Wednesday, December 10, 2014

AFF Suzuki Gaduh Bola: Polis Buru Gambar2 Ini.

AFF Suzuki gaduh Mohd Adnan (kanan) bersama pegawainya menunjukkan gambar individu yang dicari polis berkaitan kes pergaduhan di Piala AFF Suzuki pada Ahad lepas, semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Selasa.


Antara gambar individu yang dicari polis berkaitan kes pergaduhan bersama penyokong Vietnam semasa separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki pada Ahad lepas, semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Selasa. -fotoBERNAMA

SUKAN
SHAH ALAM: Sejumlah 15 individu diburu bagi membantu siasatan berhubung insiden keganasan semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah memaklumkan kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Beliau meminta individu-individu dalam foto yang dipamerkan supaya tampil menyerah diri untuk membantu siasatan, selain orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden berkenaan.

"Kita tidak boleh kata mereka ini suspek kerana masih dalam siasatan. Kita masih dalam proses kenal pasti mereka untuk bantu polis siapkan kertas siasatan," kata Mohd Adnan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan polis sudah menahan sembilan individu atas pelbagai kesalahan.

"Sembilan tangkapan telah dibuat, tiga ditahan dibawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya, seorang untuk tujuan siasatan dan lima atas kesalahan kecil kerana memiliki pembakar suar," ujarnya.

Dalam kejadian 7 Disember lepas, pada aksi separuh akhir pertama malam tersebut, segelintir penyokong fanatik Harimau Malaya dilaporkan bertindak keterlaluan sehingga berlaku ketegangan diantara mereka dengan penyokong Vietnam sebaik tamat perlawanan tersebut.

Kejadian itu juga turut dikesali oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kecewa dengan sikap tidak bertamadun kumpulan penyokong ultra IJF (Inter Johor Firms) itu yang bertindak melampaui batas dengan menyerang para penyokong Vietnam ketika berlangsungnya perlawanan separuh akhir pertama.

Turut kecewa dalam kejadian tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan beliau memohon maaf bagi pihak Kerajaan Malaysia terhadap Vietnam di atas kejadian terbabit. (IH)

Tuesday, December 09, 2014

Dirogol Dalam Teksi.


PERKHIDMATAN tempahan kereta Uber, yang sedang popular di dunia lantaran menggabungkan konsep teksi dan rental, kini dinodai dengan kes di India. Seorang pelanggan perempuan dirogol oleh pemandu penjemputnya.

Insiden itu berlaku di Ibu Kota New Delhi. Korban yang tidak disebut namanya, menempah jemputan Uber Jumaat (5/12) malam. Tidak disangka dalam perjalanan dia tertidur. Bangun-bangun dia sudah berada di pinggir bandar, dengan baju kumal berserabai.

Korban terus melarikan diri dan menuju hospital terdekat. Pemeriksaan perubatan membuktikan dia dirogol, seperti yang dilaporkan oleh the Daily Mail, Isnin (8/12).

Polis langsung memburu pemandu dan berjaya menangkap dua hari lalu di Kota Mathura, Negara Bahagian Uttar Pradesh.  


"Pelaku kami bawa ke Delhi untuk menjalani pemeriksaan lanjutan," kata AKP Sektor New Delhi Utara Madhur Verma.

Bila khabar rogol tersebar, hujung minggu ini diumumkan tunjuk perasaan. Soalnya Uber sebagai operator terkesan lepas dari tanggung jawab.

"Siapa yang membenarkan permohonan antarabangsa beroperasi di India, tanpa ada kepatuhan pada peraturan pengesahan identiti pemandu, pensijilan, dan pemasangan GPS," kata salah satu penunjuk perasaan. 


Uber setakat ini mengaku berjaya membuka cawangan di 170 bandar seluruh dunia. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India 

Kilang Perwaja Steel Tutup 1,500 Pekerja Diberhentikan.




K/TERENGGANU: Kilang Perwaja Steel Sdn Bhd (PSSB) telahpun tutup operasinya pada 19 November lalu dan seramai 1,500 pekerjanya diberhentikan setelah tidak dibayar gaji secara tetap dalam tempoh sekian lama.

"Apabila keadaan ini berlaku, maka terdapat lambakan 1,500 tenaha kerja mahir dalam sektor perkilangan industri berat yang terpaksa bersaing dengan tenaga kerja baru untuk mendapatkan pekerjaan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Hanafiah Mat ketika membahaskan Bajet 2015 negeri pada persidangan Dun, petang ini.

Katanya, jumlah mereka yang terjejas sebenarnya adalah 5,000 orang setelah dikira jumlah pekerja, pasangan masing-masing atau tanggungan serta keluarga mereka.
Ini, ujar beliau akan memberi kesan langsung kepada ekonomi setempat serta kesan kepada setiap keluarga yang terlibat.

Justeru, katanya negeri amnya dan daerah Kemaman khasnya juga akan kehilangan putaran ekonomi pada kadar gaji pekerja Perwaja sebanyak RM3.5 juta hingga RM4 juta sebulan.

"Ini memberi kesan langsung kepada sektor perniagaan runct dan sektor perbankan di Kemaman," ujarnya yang juga Penolong Setiausaha PAS negeri.

Setelah mengambil kira implikasi penutupan kilang Perwaja di Kemaman, beliau mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri untuk menamatkan krisis itu atau mengurangkan kesannya kapada yang terlibat khasnya dan daerah Kemaman amnya.

Bagi pihak 1,500 pekerja yang diberhentikan, beliau mensyorkan agar kerajaan negeri menggunakan saluran-salurannya untuk mempengaruhi kerajaan Pusat supaya dapat mengiktiraf agar PSSB dapat beroperasi semula dan menjana semula pertumbuhan ekonomi negeri dan negara.

"Kerajaan negeri mesti membantu pekerja yang telah diberhentikan dengan menyediakan satu pelan atau skim yang membolehkan bekas pekerja Perwaja diasimilasi ke dalam masyarakat dengan lebih cepat dan berkesan," ujarnya.

Menurutnya, mereka umpama sudah jatuh ditimpa tangga apabila sebelum ini imbuhan yang mereka dapat tidak dibayar mengikut jadual dan mengalami kesulitan dalam menguruskan kehidupan peribadi dan rumahtangga mereka.

Sekarang, ujar Ketua PAS Kawasan Kemaman itu bulan Disember dan dalam masa tidak sampai sebulan, penggal persekolahan baru akan dibuka.

"Bayangkanlah betapa pilunya hati mereka melihat pakaian sekolah anak-anak yang telah lusuh tidak dapat diganti baharu kerana kini digelar sebagai penganggur.
"Cuba pula kita duduk dalam keadaan mereka, betapa aibnya menjadi ibu bapa yang tidak dapat membayar yuran-yuran persekolahan anak dan membeli buku-buku anak yang bukan sedikit jumlahnya," katanya lagi.

Mereka kini, kata Hanafiah bukan sahaja tidak mampu untuk membuat persiapan menghadapi sesi persekolahan, bahkan memikirkan untuk mencari rezeki bagi menyuap makanan kepada anak-anak juga sudah menjadikan mereka sakit kepala.

Kata beliau lagi, sememangnya penutupan kilang PSSB dan pemberhentian pekerjanya di Kemaman secara total merupakan satu titik hitam dalam sejarah perindustrian negara dan negeri ini.

"Sekiranya ia benar-benar menjadi kenyataan dan kita gagal untuk membendungnya atau mengurangkan impak kepada rakyat, maka kita sebagai kerajaan adalah bertanggungjawab," katanya lagi.

Justeru, ujarnya adalah menjadi harapan agar usaha-usaha dapat digembleng oleh kerajaan untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku dan setidak-tidaknya mengambil langah yang dikira wajar untuk meminimumkan impak dan kesan kepada rakyat negeri ini. - HARAKAHDAILY 9/12/2014

Pelakon Zahiril Adzim Solat Di Parkir PWTC. Al-hamdulillah!

Zahiril Adzim sedang solat di parkir PWTC

HALAMAN HIBURAN
PELAKON Zahiril Adzim menjelaskan tindakannya menunaikan solat di parkir Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ke majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada 7 November lalu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Zahiril, 29, berkata, dia terpaksa menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta tersebut berikutan sudah kesuntukan masa selepas berkejar-kejar dari lokasi penggambaran untuk menghadiri majlis berkenaan.

"Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.
"Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau," ujarnya.

Zahiril berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya sedang bersembahyang di kawasan parkir sebelum bermula majlis ASK 2014 tersebar dan dibualkan di laman sosial.

Gambar dirakamkan oleh peminat yang melihat situasi itu menyebabkan Zahiril dituduh mahu menunjuk-nunjuk kerana tidak menunaikan solat di surau yang disediakan di PWTC.


Jelas Zahiril, dia sendiri terkejut apabila diberitahu tentang gambar itu tersebar dan diperkatakan di laman sosial.

"Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet  sahaja.
"Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah! Tidak abaikan solat.

Indonesia: Malaysia Tangkap Kapal Indonesia..



Ini momen kapal asing dihancurkan dengan senapang mesin. Kapal asing pencuri ikan itu ditembak dari jarak 200 meter.
 
Indonesia: Aparat Malaysia tangkap kapal Indonesia berpenumpang 36 WNI
Di tengah gencarnya pemerintahan Jokowi menangkap kapal asing yang beroperasi secara haram di Indonesia. Aparat Malaysia menangkap sebuah kapal tanpa identiti berpenumpang WNI di wilayah mereka.

Penangkapan tersebut dilakukan Unit Keselamatan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut. Mereka menahan seluruh penumpang kapal yang berjumlah 32 orang, serta empat awak kapalnya.

"Pada tarikh 7 Disember 2014 menahan sebuah kapal tanpa identiti di sekitar 43 batu dari barat daya Pulau Pangkor, Perak. Kapal berpenumpang 32 WNI Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 4 (empat) orang awak kapal. Petugas juga mencari barang wang bernilai RM 26.000 dalam bentuk mata wang Ringgit dan Rupiah, "tulis KBRI Kuala Lumpur dalam kenyataannya kepada wartawan di Jakarta, Senin (8/12).

Puluhan WNI tersebut diduga akan berlayar menuju perairan Indonesia tanpa melalui jalur rasmi. Saat ini ke-36 WNI, termasuk 6 perempuan dan seorang bayi usia 1 bulan ditahan di pejabat polis daerah Manjung, Perak.

Setelah mendapat laporan, Dubes RI untuk Malaysia, Herman Prayitno menugaskan Tim Satgas Perlindungan KBRI Kuala Lumpur untuk menemui WNI yang ditahan. Pasukan tersebut telah bertemu secara langsung dengan Capt Razak.

"Menurut Capt Razak, jika pemilik kapal beserta anak buah kapal terbukti bersalah melakukan pengangkutan pendatang gelap, sesuai Akta Anti Perdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Pendatang 2007, maka yang bersangkutan terancam hukuman denda maksimum RM 250,000 atau hukuman penjara maksimum 5 tahun, atau dikenakan kedua hukuman tersebut sekaligus. "

KBRI Kuala Lumpur memastikan, seluruh WNI yang ditangkap aparat sempadan Malaysia tersebut dalam keadaan sihat. Namun, mereka berusaha agar bayi dan ibunya, serta seorang wanita hamil dibebaskan dari hukuman dan dipulangkan ke Indonesia.

"Ketiga-tiga mereka saat ini sedang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur. Sedangkan selebihnya masih dalam tahanan polis untuk menjalani proses undang-undang kerana melanggar Akta Imigresen." (IH)

Malaysia ikut tangkap kapal Indonesia, alasannya imigran gelap
Kapal nelayan.
Lihat sebelum ini..

Tidak Selesa Dengan Ulama? Hanipa Maidin Jawab.








JAUH di sudut hatinya beliau mahukan ulama yang mentadbir PAS. Sebabnya golongan ulama lebih memahami. Biarpun beliau dikatakan melawan arus dengan golongan ulama, Ahli Parlimen, Sepang, Hanipa Maidin yang juga AJK PAS Pusat menzahirkan hasratnya kepada Wartawan, ROY RASUL, semasa berbicara di Parlimen, 19 November lalu.

Diangkat dari Detikdaily.

WARTAWAN: Saudara dilabel sebagai orang yang tidak selesa dengan ulama, apa respon saudara?
 
HANIPA: Saya tidak selesa dengan ulama? Sebenarnya itu satu tuduhan yang tidak betul. Malahan saya memang hendak golongan ulama tadbir PAS. Mungkin dia orang lebih memahami tetapi yang saya hendak ulama diperkasakan. Ulama juga perlu ke hadapan dalam apa-apa isu.

Sebab itu bagi saya ulama dalam PAS memang sudah ada kekuatan. Tetapi saya rasa ulama perlu dilihat lebih ke hadapan dalam sesuatu isu contohnya isuisu rakyat.
Mereka juga harus menunjukkan mereka ini adalah pemimpin nasional dan juga pemimpin yang boleh memimpin kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Ini mungkin kerana ramai ulama atau ustaz mungkin hebat dalam aspek memberi kuliah-kuliah dan sebagainya, tetapi tidak dilihat boleh memimpin masyarakat berbilang kaum.

Contoh, apabila timbul isu-isu Islam, hudud, bible atau nama Allah, bagi saya mereka perlu ke hadapan dan memberikan hujah dan pandangan.Pandangan pandangan itu juga mesti mengambil kira bahawa orang tidak nampak Islam itu agama yang dilihat sebagai agama yang hanya menghukum orang.Namun dalam masa sama agama juga boleh menawar formula penyelesaian yang rea listik kepada masyarakat dalam keadaan semasa.

Maksudnya dalam PAS ini ulama tidak ke hadapan untuk menyelesaikan isuisu berkaitan?

Saya tidak kata begitu, cuma bagi saya masih ba nyak lagi yang perlu dilakukan untuk pertingkatkan peranan ulama. Ulama tidak boleh selesa setakat mem baca kitab, kemudian me ngajar di masjid-masjid, tetapi ulama harus dilihat mampu untuk menjadi pemimpin nasionalis, nasional dan pemimpin yang boleh semua kaum.

Ini yang kita nampak ada kelemahannya. Ini yang perlu diperkasa dan bagi saya ulama tidak ada masalah menerima kritikkan.

Sebabnya setengah ulama mereka terlampau sayang ulama sampai ke peringkat seolah-olah ulama tidak boleh ditegur. Bagi saya itu satu yang tidak betul. Lebih baik kita tegur perbaiki atau perkasakan ulama daripada menyokong tetapi merebah isu-isu ulama.

Saudara juga didakwa kononnya cenderung kepada kem yang tidak sehaluan dengan presiden, betul ke?

Dalam PAS tidak ada kem yang tidak sehaluan dengan presiden.
Kita semua satu kumpulan. Dalam muktamarlah perwakilan memilih kepimpinan di peringkat pusat itu, ada yang memilih dari golongan ulama dan ada juga daripada profesional.
Semua golongan itu bersatu dalam Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat. Bagi saya AJK PAS Pusat tidak ada kem. Semuanya mewakili kepimpinan parti.

Cuma apabila timbul beberapa isu yang kita lihat adanya kelemahan dari segi pengurusan sesuatu isu menyebabkan apabila ada te guran-teguran tertentu orang melihat PAS ada kem.
Itu tidak betul. Kalau kita ada kem tetapi kita langsung tidak mahu bekerjasama dalam apa-apa perkara, kita tidak hadir mesyuarat.

Kita tidak pergi dalam program- program anjuran PAS dan kerana itu saya sendiri atau YB Khalid (Ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad mungkin digelar orang yang tidak sehaluan dengan presiden. Sedangkan kita sentiasa memberi sokongan kepada program-program parti, ‘retreat’ kita pergi, mesyuarat PAS Pusat kita pergi.

Jadi tuduhan itu tidak berasas. (IH)

Felcra: 3 T/Menteri Ini Dapat Bonos -BAPA

KUALA LUMPUR: Isu pemberian bonus secara tidak adil dalam kalangan ahli lembaga pengarah Felcra yang didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) baru-baru ini membuktikan pendedahan Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) sebelum ini berasas.

Justeru, bagi memastikan isu tersebut disiasat secara telus, Bapa mengambil langkah membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kuala Lumpur, hari ini.

Pertemuan itu diharapkan dapat membuka ruang kepada SPRM untuk menyiasat isu tersebut selaras dengan pendedahan yang dilaporkan PAC.

Pertemuan itu diketuai Pengerusi Bapa, Haji Razman Zakaria selain turut diiringi Pengerusi Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, di pejabat agensi itu, di Jalan Cochrane.

Ketika ditemui selepas pertemuan tersebut, Razman memaklumkan pihak SPRM meminta beliau untuk membuat laporan polis berhubung kerana agensi itu beranggapan isu tersebut membabitkan kesalahan jenayah dan bukannya rasuah.

"Selaras dengan cadangan pegawai SPRM tadi, maka Bapa akan membuat laporan polis di Ipoh, esok berhubung isu itu, selain meminta Bapa di peringkat negeri juga berbuat demikian," tegas beliau ketika ditemui di luar bangunan SPRM Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya pihak SPRM tetap memberikan jaminan untuk menyiasat  perkara tersebut.

Dalam masa sama, Pesuruhjaya PAS Perak itu turut mengharapkan SPRM bersedia bekerjasama untuk meneliti semua laporan-laporan berhubung penyelewengan yang berlaku di Felcra, yang sebelum ini didedahkan Bapa.

Sebelum ini, PAC yang diketuai Datuk Nur Jazlan Mohamed, dalam laporan PAC menyatakan pemberian bonus kepada ahli lembaga pengarah Felcra dibuat tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

Bonus tersebut diluluskan Felcra untuk diberikan kepada lembaga pengarah Felcra, termasuk tiga timbalan menteri iaitu Timbalan Menteri Pertaanian dan Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini merupakan bekas Pengerusi Felcra,  Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, dan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempatan, Datuk Halimah Siddique. – HARAKAHDAILY 8/12/2014

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails