Wednesday, February 04, 2015

Penjenayah Ini Pernah Lawat Menara Kembar & M/Negara..


Boumeddiene (kiri) dan Coulibaly.

 
PETALING JAYA: Penyerang pasar raya Hyper Cache di Paris, Amedy Coulibaly dan isterinya dilaporkan telah berkunjung ke Malaysia apabila beberapa gambar dalam dokumen mahkamah menunjukkan pasangan itu berada di lokasi tumpuan pelancong di Kuala Lumpur.

Dilaporkan dalam Washington Post pada Isnin bahawa dokumen mahkamah yang diperoleh akhbar harian Amerika Syarikat (AS) itu menunjukkan Coulibaly, 32, dan isterinya, Hayat Boumeddiene, 26, mengambil gambar secara individu di Menara Kembar Petronas, Masjid Negara dan sebuah lagi masjid yang dipercayai di Terengganu.

Gambar-gambar yang tidak bertarikh itu diperoleh daripada siasatan polis pada 2010. Dilaporkan pada 10 Januari lalu bahawa dokumen kehakiman Perancis berhubung pencarian polis terhadap kediaman Coulibaly pada 2010 telah menemui antaranya beberapa negatif dan gambar tidak bertarikh kepunyaannya semasa lawatan ke Malaysia, termasuk surat rasmi bagi memohon pemalsuan dokumen.

Media asing sebelum ini melaporkan pasangan itu bercuti ke Malaysia namun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasangan itu tidak pernah memasuki Malaysia. Coulibaly merupakan rakan karib kepada pasangan adik beradik yang terlibat dalam serangan Charlie Hebdo, Cheris, 32, dan Said Kouchi, 34.

Pasangan beradik itu membunuh 11 orang dan mencederakan 11 yang lain di pejabat akhbar mingguan Paris itu pada 7 Januari lalu. Ia diikuti serangan pada 9 Januari di pasar raya yang dilakukan oleh Coulibalu, mengorbankan empat orang dan menahan 15 tebusan, sebelum polis membuat serbuan dan membunuhnya.  Boumeddiene meninggalkan Paris 2 Januari lalu, dilaporkan menuju ke Syria. (mStar)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..






Lagu Rap Ke Festival Canberra, Wakili Tradisional Melayu/Islam M'sia?



HALAMAN HIBURAN

Lagu rap 'Kenek-kenek' ke Festival Canberra
Penyanyi dan pelakon Rozita Rohaizad akan membawa lagu rentak Rap pada Festival Pelbagai Budaya Nasional Canberra 2015 selama dua hari bermula 13 Feb ini.

Anak seniwati Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail berkata ia satu cabaran memandangkan bukan mudah untuk membawa lagu Rap memandangkan beliau memiliki suara yang lembut, namun menyahut cabaran itu bagi membuktikan dirinya penyanyi serba boleh.

Rozita berkata lagu lagu versi rap 'Kenek-Kenek' itu dirakamkannya pada tahun lepas bersama penyanyi rap Dior dan Doul, dan untuk persembahan di Canberra beliau akan menyampaikan secara solo.

"Saya beraksi dalam kategori melibatkan konsep persembahan 'Flavour of Malaysia' meliputi lagu-lagu berentak tradisional seperti Joget Budaya, Kenek-Kenek, Manusia dan Jelingan Manja.
"Persembahan selama 30 minit akan diiringi oleh kumpulan penari terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Canberra, Melbourne dan Sydney," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur semalam.

Rozita berkata tujuan festival itu bagi mempamerkan pelbagai bentuk kebudayaan dari seluruh dunia.

"Saya mengikuti jejak langkah mama (ibu saudaranya Allahyarhamah Seniwati Saloma) yang pernah menyanyi di Australia pada 1958, jadi saya tak sangka akan mengikuti jejak arwah mama ke negara yang sama," katanya yang bakal mengayakan dua busana tradisional rekaan pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek.

Mengulas mengenai pemilihannya ke Canberra, Rozita berkata dia menghantar portfolio mengenai penglibatannya dalam seni suara kepada pihak yang menguruskan dirinya di Australia sebelum terpilih mewakili Malaysia dalam festival tersebut.

Rozita terlibat dalam arena seni suara sejak 1978 dengan komposer Ahmad Nawab banyak menaikkan namanya dalam industri seni melalui lagu-lagu ciptaannya.

Antara album lagu yang pernah dihasilkan beliau ialah Hari Yang Kunantikan Kekal Abadi, single Kenek-Kenek serta single lagu hari raya berjudul Raikan Lebaran.
- Bernama


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rap begini sesuaikah dengan budaya Melayu/Islam di Malaysia hingga boleh diwakilkan ke Austrlia?

Lihat videonya: 
 

Tuesday, February 03, 2015

Debat PAS/DAP Panas, Berkembang Ke Masalah 'Hadir Mesyuarat'..



 
PETALING JAYA: Isu Debat PAS/DAP dikatakan semakin panas.  Isunya berkembang apabila  DAP mengungkit dan turut memberi kata dua kepada PAS bagi memastikan Abdul Hadi hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan sebelum 10 Februari ini.

Menurut mStar, dikatakan 'percakaran' antara dua sekutu pakatan pembangkang seakan tidak berkesudahan apabila mulanya DAP menegaskan bahawa mereka enggan tunduk kepada PAS dalam isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru itu, dikatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu mengemukakan permohonan maaf kepada Mustafa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, kepimpinan parti itu menyokong penuh usaha Kerajaan Pulau Pinang untuk melaksanakan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 2012 walaupun menerima tentangan daripada PAS.

"Saya ingin menegaskan bahawa soal perlunya Lim Guan Eng memohon maaf kepada Datuk Mustafa Ali tidak timbul sama sekali. DAP tidak akan dan tidak pernah tunduk kepada apa-apa tekanan daripada mana-mana pihak.
"Seluruh pimpinan DAP di semua peringkat berdiri teguh di belakang Setiausaha Agung DAP dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Selain itu Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, pelaksanaan pilihan raya PBT juga adalah selari dengan agenda dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

"Kami ingin mengulangi pendirian kami bahawa semua usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Pulau Pinang ke arah matlamat tersebut telah dimaklumkan oleh Guan Eng kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mustafa dan tidak pernah ada bantahan daripada mereka sebelum ini.
"Matlamat untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan juga amat jelas selari dengan agenda dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, DAP turut memberi kata dua kepada PAS bagi memastikan Abdul Hadi hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan sebelum 10 Februari ini.

Menurut Loke, kepimpinan tertinggi DAP hanya akan menghadiri mesyuarat tersebut jika ia turut disertai Abdul Hadi.

"DAP memberikan komitmen akan menghadiri mesyuarat tersebut sekiranya PAS juga memberikan komitmen bahawa Presiden PAS akan menghadiri mesyuarat tersebut.
"Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah meluluskan satu resolusi sebelum ini yang menegaskan bahawa pimpinan tertinggi DAP hanya akan menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dengan kehadiran Presiden PAS sendiri untuk mengelakkan keadaan di mana apa-apa keputusan yang dicapai dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak direstui kemudian oleh Presiden PAS," katanya.
 
Jelasnya isu yang panas itu semakin berkembang. (IH)

Dia Diperkosa Oleh 3 Perempuan

Ditodong pistol, pria di Afsel diperkosa tiga perempuan Bandar Johannesburg Afrika Selatan. (c) shutterstock 

Seorang lelaki di Bandar Johannesburg, Afrika Selatan telah dirogol. Seperti yang dilaporkan oleh Daily Sun (1/2), lelaki yang tidak disebut namanya itu ditahan dengan pistol oleh tiga perempuan di dekat pusat beli belah di pinggir bandar.

Semasa lelaki 21 tahun ini hendak membeli-belah saat sebuah kereta Toyota Tazz mengandungi tiga wanita bertanya arah kepadanya. Ketika dia ingin menjelaskan laluan yang ditanyakan, mendadak sebuah pistol diacukan ke kepalanya.

Salah satu wanita itu menyuruh lelaki ini masuk. "Kepada penyiasat, korban mengaku ketiga suspek berusia 40-an tahun," kata sumber polis.

Kereta ini berjalan keliling bandar Johannesburg, sebelum seorang dari mereka memaksa lelaki itu menanggalkan seluruh bajunya. Dia lantas terpaksa melayani nafsu jahat ketiga perempuan tersebut di kerusi belakang.

Setelah puas memperkosa, lelaki ini ditendang keluar kenderaan. "Dia tidak boleh mengingat nombor plat kerana dipasang terbalik."

Lucunya, korban mengaku pemerkosanya cantik-cantik dan memakai baju kemas. Tapi di menutut kesnya disiasat. Soalnya lelaki ini bimbang ketiga wanita itu sengaja ingin menyebar penyakit menular seksual pada para lelaki tersebut. (IH)

Guan Eng Masih Tutup Mulut Walau Sudah 7 Hari Dicabar SU PAS..



Guan Eng masih menutup mulut walaupun selepas tujuh hari dicabar Mustafa untuk berdebat berhubung isu pilihan raya PBT di Pulau Pinang. 

P/JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikatakan masih menutup mulut walaupun selepas tujuh hari dicabar Setiausaha Agung PAS untuk berdebat berhubung isu pilihan raya PBT di Pulau Pinang yang beliau sendiri mulakan.

Beliau digesa segera tampil menyelesaikan perbalahan yang berlaku antara beliau dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Seakaan tidak mahu mencampuri kemelut yang dianggap 'peribadi' itu, Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai berkata kempimpinan parti itu juga masih menanti kenyataan rasmi Guan Eng.

"Saya juga tak pasti apa perkembangan tentang isu ini. Kita masih tunggu respons (Guan Eng).
"Kita tunggu kenyataan Guan Eng. Saya difahamkan beliau akan buat kenyataan rasmi hari ini (Selasa). Selebihnya saya tak boleh komen," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Pada 28 Januari lalu, Mustafa menggelar Guan Eng bermulut celupar dan mencabar Ahli Parlimen Bagan itu untuk berdebat secara terbuka berhubung kontroversi pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT). Cabaran itu timbul selepas Guan Eng dilaporkan terlebih dahulu menuduh Mustafa berbohong kerana mendakwa beliau (Mustafa) bersetuju dengan pilihan raya PBT sedangkan pemimpin PAS itu menafikannya.

Bagaimanapun sejak daripada itu Guan Eng masih menutup mulut dan mengelak pertanyaan media walaupun selepas tujuh hari dicabar. Sementara itu seorang lagi pemimpin senior DAP, Dr Tan Seng Giaw turut mengambil pendirian yang sama iaitu untuk tidak mencampuri perbalahan antara dua pemimpin Pakatan Rakyat itu.

Katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, krisis berkenaan hanya boleh diselesaikan sendiri oleh Mustafa dan Guan Eng tanpa campur tangan pihak luar.

"Cara yang terbaik ialah Mustafa dan Guan Eng selesaikan sendiri. Kita yang lain nak komen lebih pun tak boleh sebab tak tahu apa yang sebenarnya berlaku," katanya. (IH)

Thaipusam: Lebih Meriah M'sia Dari India. Mengapa?


Sebahagian penganut Hindu menjunjung belanga yang berisi susu menjelang sambutan Thaipusam di Batu Caves semalam.

KL: SEMALAM menurut tinjauan Kosmo!, mendapati kawasan di sekitar Batu Caves dekat sini sudah dibanjiri penganut agama Hindu sejak dua hari lalu. Lebih sejuta penganut Hindu membanjiri Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves di sini bagi membayar nazar dan menebus dosa sempena sambutan Thaipusam.

Perayaan tersebut yang termasuk dalam kalendar pelancongan negara turut menggamit keda­tangan pelancong asing yang tidak melepaskan peluang melihat keunikannya yang mungkin tidak pernah dirai di negara mereka.

Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia berbanding dengan di India, Di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Mengapa? Benarkah Thaipusam dapat menyatukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar, juga bertumpu kepada beberapa kuil Hindu yang besar sahaja?

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Namun begitu tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Namun begitu tidak semua penganut Hindu perlu membawa belanga berisi susu ini.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk.
Thaipusam di Batu Caves semalam.

Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain.

Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang.(IH)

HHS 44: Istamiituu, Nasyid Jihad Beserta Terjemahan.

Laskar Diponegoro Media
Mempersembahkan:
::::        Video Nasyid Jihad Beserta Terjemahnya       ::::
::::   ISTAMIITUU   ::::

اِسْتَمِيْتُوا

اِسْتَمِيْتُوا هَبُّوا الْجَحِيْمَ اضْطِرَامَهْ
Burulah kematian (syahid) untuk lari dari neraka jahim yang menyala
وَاطْلُبُوا الْمَوْتَ فِي سَبِيْلِ الْكَرَامَةْ
Dan carilah kematian itu di jalan yang penuh dengan kemuliaan
لَمْ تَكُ الشَّامُ غَيْرَ قِبْلَةِ صَبْرٍ
Negeri Syam ini tak akan menjadi kiblat kecuali kesabaran
أَمَّهَا الدَّهْرُ غَاضِبًا فِي شَهَامَةْ
Meskipun pada masanya akan menggugah amarah para ksatria
أَيُّهَا الْخَالِدُوْنَ فِي كُلِّ فَجْرٍ
Wahai generasi kholid di setiap penjuru
سَعِّرُوا الْكَوْنَ أَذْهِلُوا أَيَّامَهْ
Nyalakanlah setiap material dengan api demi mengubur hari-hari yang kelam
لَيْسَ فِيْنَا سِوَاكُمُ فَامْنَحُوْنا
Tak satupun yang kami miliki kecuali kalian, maka tolonglah kami
مَوْلِدَ النُّوْرِ يَقْظَةً وَاسْتِقَامَةْ
Sumber cahaya yang membangkitkan lagi memiliki komitmen
وَاسْبِقُوْنَا إِلَى الْجِنَانِ سَلَامًا
Dan dahuluilah kami menuju jannah yang penuh dengan keselamatan
قَدْ رَضِيْنَا الْهَوَانَ بِاسْمِ السَّلَامَةْ
Sungguh kami telah menerima segala bentuk kehinaan atas nama perdamaian
أَيُّ شِبْرٍ لَمْ يَنْتَفِضْ فِي غَرَامٍ
Tak sejengkalpun kami akan mundur dari seluruh kerugian ini
كُنْتُمُ رَيَّهُ وَكُنَّا أُوَامَهْ
Karena kalian bagaikan sumber air untuk kami, kaum yang lemah
قَدْ خَطَبْتُمْ مِنَ الرَّحِيْلِ خُلُوْدًا
Sungguh kalian telah meminang keberangkatan (isytisyhad) itu dengan sesuatu yang kekal
وَطَلَبْتُمْ مِنَ الْبَقَاءِ احْتِدَامَهْ
Dan kalian mencari sesuatu yang abadi dengan semangat membara
اُنْشُرُوا ذِي الدِّمَا الْوَضِيْئَةِعُرْسًا
Menyebarlah kalian wahai yang memiliki keinginan tinggi lagi berseri-seri menyambut pernikahan
أَبَدِيًّا وَضَوِّعُوا أَنْسَامَهْ
Yang bersifat kekal serta kondisikanlah kalian dengan ketenangan
لَطِّخُوا اللَّيْلَ وَارْقُصُوا فِي هُتَافٍ مِنْ نِضَالٍ وَثَوْرَةٍ مِقْدَامَةْ
Hapuskanlah pekatnya malam dan nikmatilah kegembiraan revolusi perjuangan yang semakin maju
عَلِّمُوْنَا مَتَى امْتَشَقْتُمْ مِنَ الضَّعْفِ صُمُودًا وَكُنْتُمُ أَنْغَامَهْ
Ajarilah kami cara bangkit dari kelemahan ini sebagaimana kalian berdendang
اِشْرَبُوا الْمَوتَ فِي ابْتِهَاجِ النَّدَامَى
Teguklah air kematian itu dalam kondisi harap-harap cemas
وَاتْرُكُوْنَا لِرَقْدَةٍ مِنْ نَدَامَةْ
Dan tinggalkanlah kami untuk beristirahat dari sesaknya penyesalan
لاَ تُبَالُوا وَأَثْخِنُوا فِي افْتِخَارٍ
Jangan hiraukan (perkataan manusia) dan perteballah keyakinan demi membela kehormatan
وَارْكَبُوا الْكِبْرِيَاءَ شُدُّوا لِجَامَهْ
Dan naikilah kendaraan kebanggaan kalian serta tariklah kekangnya
لَيْسَ عَارًا أَنْ يَفْقِدَ الْمَرْءُ عُمْرًا
Bukanlah sebuah aib itu bila sesorang mengakhiri usianya (dalam isytiyhadiyah)
إِنَّمَا الْعَارُ أَنْ يُذَلَّ اسْتِضَامَةْ
Sesungguhnya aib itu terletak pada kehinaan yang mengikat terus menerus
قَدْ قَذَفْتُمْ عَلَى الطَّوَاغِيْتِ رُعْبًا
Sungguh kalian telah melemparkan rasa takut kepada para thogut
فَرَمَوْكُمْ مِنْ خِلْفِ حِصْنِ اللَّئَامَةْ
Maka kalian juga telah melontarkan ketakutan dari balik benteng kejahatan
قَدْ عَرَفْتُمْ مَعْنَى الْحَيَاةِ فَمُتُّمْ
Sungguh kalian telah mengetahui arti dari kehidupan, maka carilah kematian (isytisyhad)
فِي ثَبَاتٍ وَالحُرُّ يَأْبَى انْهِزَامَهْ
Dalam panggung keteguhan dan kebebasan yang akan menghilangkan kekalahan
أَيُّهَا السَّائِرُوْنَ طِبْتُمْ مَسِيْرًا
Wahai pasukan infantri yang baik bagi kalian adalah teguh di atas jalan
فِي جُمُوْعٍ بِمَجْدِهَا مُسْتَهَامَةْ
Dalam barisan regu yang diliputi kemuliaan dan kerinduan
هَذِهِ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَابْقَوْا
Inilah waktu malam yang tepat maka berjuanglah untuk keabadian
وَاعْصِمُوا رَايَةَ الْجِهَادِ عِمَامَهْ
Dan pakailah panji jihad ini sebagai sorban
كَبِّرُوا يَا حَنَاجِرَ الْفَجْرِ حَتَّى
Berbanggalah kalian wahai (penyibak serangan) ujung fajar hingga
يَاْذَنَا اللهُ لِلصَّبَاحِ اسْتِدَامَةْ
Allah mengizinkan untuk pagi itu berlanjut
قِمْ ذُوْ عَزْمٍ مَأَذِنُ الْفَأْلِ خَيْلُ اللهِ تَجْرِي وَفِي السَّمَاءِ حَمَامَةْ
Bergegas bangkitlah wahai yang memiliki tekat menaiki menara kebaikan, (di darat) bagaikan kuda Allah yang berpacu sedang di langit (seperti) merpati
طِيْنَةُ الْحُبِّ شَتْلَةٌ مِنْ يَقِيْنٍ
Sepotong Tanah kecintaan dari bibit-bibit keyakinan
بِئْرُ صَبْرٍ، وَرَحْمَةٌ فِي غَمَامَةْ
Telaga kesabaran serta kemurahan gumpalan awan (hujan)
هَكَذَا يَكْتُبُ الشَّهِيْدُ خُلُوْدًا
Beginilah seorang Syahid itu menuliskan keabadian
بَرْزَخِيًّا مُدَيَّلاً بِابْتِسَامَةْ
Menyambut lembah barzakh dengan seutas senyuman

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails