Thursday, March 19, 2015
Woo-bin Tidak Mahu Adiknya Kahwini Artis, Mengapa?
HALAMAN HIBURAN
Pelakon dan juga model, Kim Woo-bin (gambar) baru-baru ini membuat kenyataan, tidak akan mengizinkan adik perempuannya berkahwin dengan artis.
Dalam siaran langsung Entertainment Weekly di saluran KBS baru-baru ini, Woo-bin hadir bersama dua lagi pelakon utama filem Twenty, Kang Ha-neul dan Junho. Ketika program sedang berlangsung, wartawan program berkenaan mengajukan soalan, bagaimana sekiranya adik perempuan mereka mahu berkahwin dengan salah seorang daripada pelakon filem Twenty, siapakah yang akan dipilih?
Selepas mendengar soalan itu, tiada seorang pun daripada tiga pelakon berkenaan bersuara memberikan jawapan. Woo-bin, satu-satunya dalam kalangan pelakon itu yang mempunyai adik perempuan akhirnya membuka mulut.
Katanya: “Perkara itu tidak boleh berlaku. Lebih baik untuk kami kekal berkawan baik seperti sekarang.”
Jawapan Woo-bin disambut dengan gurauan oleh Junho. "Saya juga tidak mahu melihat ada antara keluarga kita yang berpecah belah kerana hal demikian,” kata Junho.
Ertinya Woo-bin sendiri, tidak yakin masa depan adiknya di tangan artis, dipandang dari berbagai sudut.. Artis sendiri tidak yakin artis? (IH)
3 Jam Ke Sekolah Naik Kuda..
SETIAP hari kanak-kanak ini perlu menunggang kuda selama tiga jam untuk ke sekolah. – Agensi
GUANGGXI, China – Demi mendapatkan ilmu, tiga kanak-kanak berusia lapan tahun terpaksa menunggang kuda selama tiga jam setiap hari semata-mata mahu pergi ke sekolah yang terletak kira-kira 16 kilometer dari rumah mereka di Kampung Mudong di sini.
Kanak-kanak itu, Huang Shijun, Huang Chenbin dan Huang Lingyan akan ditemani oleh datuk mereka iaitu Huang Fengjun yang akan berjalan kaki merentas jalan berbukit, berlumpur dan berliku sebelum sampai ke Sekolah Rendah Liuli.
“Selepas menghantar mereka, saya akan berjalan kaki semula ke rumah untuk menyambung kerja harian sebagai petani manakala kuda tersebut akan diikat berhadapan dengan kawasan sekolah,” ujarnya.
Kanak-kanak ini berkongsi dua ekor kuda untuk ke sekolah yang mempunyai seorang guru dan dua buah kelas terdiri daripada 19 orang pelajar setiap satunya.
Menurut Fengjun, denai tersebut merupakan satu-satunya jalan yang ada di kampung tersebut dan kadang kala ia tidak boleh dilalui terutama ketika musim sejuk. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konon faham komunis/sosialis membela rakyat, tapi ternyata masih gendang kosong.
Siapa Di Pesawat Peribadi PM Di Indianapolis Semasa PM Di M'sia?
Naib
Presiden PKR Rafizi Ramli (tengah) bersama beberapa pemimpin
pembangkang pada sidang media mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional
membeli jet baharu, di lobi Parlimen, awal minggu ini. – Gambar fail The
Malaysian Insider, 18 Mac, 2015. - See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adakah-rosmah-ke-indianapolis-tinjau-jet-baharu-soal-pkr#sthash.4mDlWWzm.dpuf
KL: SIAPA sebenarnya yang berada di atas pesawat 9M-NAA jet peribadi Perdna Menteri di Indianapolis sedangkan Perdana Menteri berada di Malaysia menguruskan bencana banjir waktu itu?
PKR hari ini menuntut Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan sama ada isterinya, Datin
Seri Rosmah Mansor berada di Indianapolis, Amerika Syarikat untuk
meninjau sendiri kerja menaik taraf jet baharu yang dibeli kerajaan,
kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau berkata, spekulasi itu tersebar susulan misteri pesawat sedia ada, ACJ319 9M-NAA berada di lokasi berkenaan selama 6 hari pada 26 Disember, 2014 dan pada masa sama Putrajaya membeli jet baharu, ACJ320 9H-AWK.
Rafizi berkata, siasatan yang dilakukan National Oversight & Whistleblower (NOW) mendapati jet peribadi baharu yang dibeli itu sebelum ini dimiliki Comlux Aviation Group yang berpangkalan di Indianapolis.
"Perjanjian sewa beli jet peribadi baharu ACJRE0 9H-AWK ditandatangani
pada 1 Disember, 2014 dan pada Oktober 2013, Comlux mengumumkan ia
selesai menaik taraf jet peribadi kegunaan ketua negara Malaysia setelah
kerja naik taraf bermula Jun 2013.
"Perjanjian pembelian jet ACJ320 9H-AWK menunjukkan ia melibatkan kerja
naik taraf kabin, berdasarkan maklumat ini adalah tidak munasabah jet
peribadi sedia ada, ACJ319 9M-NAA singgah di Comlux, Indianapolis untuk
kerja naik taraf kabin kerana pesawat itu baru saja dinaik taraf setahun
sebelum itu," katanya, pada sidang media berkenaan.
"Kita juga tahu, pada 26 Disember, 2014 semasa pesawat ACJ319 9M-NAA
singgah di Indianapolis selama 6 hari secara misteri, kerajaan Malaysia
sudah pun membeli jet peribadi baharu, ACJ320 9H-AWK,” katanya.
Sehubungan itu, ahli Parlimen Pandan itu berkata, persoalan yang berlegar ialah kemungkinan besar penumpang yang menaiki pesawat ACJ19 9M-NAA singgah di Indianapolis untuk meninjau sendiri kerja naik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan itu.
"Oleh kerana Najib sudah pulang ke Malaysia pada ketika itu, soalan seterusnya yang berlegar siapakah sebenarnya VVIP yang singgah di pangkalan Comlux yang sedang menaik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan.

"Spekulasi yang berlegar kemungkinan besar isteri perdana menteri adalah
VVIP yang menggunakan ACJ319 9M-NAA untuk singgah di Indianapolis dan
meninjau sendiri kerja menaik taraf jet peribadi baharu," katanya.
Isu jet berkenaan sebelum ini menimbulkan persoalan apabila menurut semakan perjalanan 9M-NAA di laman www.flightradar24.com, jet peribadi itu kekal berada di Indianapolis selama 6 hari sebelum berlepas ke Los Angeles, New York, London, Dubai dan destinasi terakhir di Bangkok. Najib juga katanya sehingga hari ini enggan memaklumkan siapakah sebenarnya yang berada di atas pesawat 9M-NAA itu sedangkan beliau berada di Malaysia menguruskan bencana banjir.

"Persoalan lebih besar yang menjadi misteri, apakah istimewanya Indianapolis sehingga pesawat 9M-NAA itu singgah selama 6 hari di situ?” katanya.
Datuk Nicol David, Atlet Terbaik Negara Umat Islam M'sia..
NICOL memenangi dua pingat emas
Sukan Asia Incheon dan satu pingat emas pada Sukan Komanwel Glasgow
selain muncul juara Kejohanan Dunia, Terbuka Britain serta Terbuka Hong
Kong.
SUKAN
RATU skuasy negara umat Islam Malaysia, Datuk Nicol David dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Majlis Anugerah Sukan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2014 buat kali ketiga di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.
Pemain No. 1 dunia itu pernah merangkul anugerah tersebut pada tahun 2005 dan 2007 serta turut dipilih sebagai penerima Anugerah Khas SAM-100Plus 2014.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu mengetepikan saingan hebat empat calon lain iaitu Sazali Abdul Samad (bina badan), Mohd. Hafifi Mansor (angkat berat), Mohd Zaqhwan Zaidi (pelumba motosikal) dan Lim Chee Wei (karate) yang turut tersenarai sebagai calon akhir Anugerah tersebut.
Nicol yang tidak menghadiri majlis itu kerana berada di luar negara dan diwakili bekas rakan sepasukannya, Sharon Wee untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Mampukah kerajaan Malaysia, memajukan lagi pakaian atlet perempuannya, supaya sesuai dengan negara umat Islam yang bermaruah? (IH)

Setiap Orang Muslim Wajib Menyokong Hudud -UMNO K'tan
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata Umno menyokong pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud kerana ia merupakan hukum Allah dan bukannya politik.
"Saya sokong hudud kerana Allah. Umno juga sokong (hudud) kerana Allah bukan politik," katanya ketika membahaskan pindaan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 di sidang DUN Kelantan pada Rabu.
Mengulas lanjut Alwi (BN-Kok Lanas) berkata undang-undang hudud yang akan dilaksanakan di Kelantan hanya terpakai ke atas orang Islam yang didapati bersalah melakukan jenayah sahaja.
"Kenapa perlu orang bukan Islam, melatah dalam hal ini, pindaan yang dilakukan telah menyatakan undang-undang hudud ini hanya terpakai ke atas orang Islam.
"Yang bukan Islam sibuk sangat nak buat apa," katanya.
Beliau berkata dalam Islam sendiri membolehkan perbezaan pendapat namun perbezaan pendapat tersebut sepatutnya mengukuhkan ummah dan bukannya memecah belahkan umat Islam di Kelantan.
Soalnya sekarang adakah 'Setiap orang muslim wajib menyokong Hudud.' itu hanya berlaku kepada UMNO Kelantan saja, tidak kepada UMNO seluruh Malaysia? Ini yang politiknya, kalau tidak politik tentu semua UMNO/Islam hukumnya sama, wajib sokong Hudud. (IH)
Hudud: 4 Perkara, Tersirat Dibalik Tekanan DAP? -HarakahDaily
Jangan salahkan PAS jika PR berpecah
SERANGAN berterusan pimpinan DAP terhadap PAS di
atas isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) atau hudud menimbulkan
tanda tanya dalam kalangan umat Islam mengenai apakah yang tersirat di
sebalik tekanan ini.
PAS telahpun menjelaskan dan mengikuti apa yang diingini dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. PAS telah memperjuangkan EKJS sebelum wujudnya Barisan Alternatif mahupun PR. PAS yang ada hari ini adalah PAS yang sama yang ingin melihat Islam didaulatkan.
Pembentangan semula enakman ini pada 18 Mac di Dewan Undangan Negeri Kelantan hanyalah 'pindaan' bagi menambah kebaikan dan menjelaskan kekeliruan. Hal ini telah dijelaskan dalam mesyuarat PR.
Selepas mesyuarat, DAP memperbesarkan isu ini kononnya PAS hendak membentangkan sesuatu yang baru dan sebab itulah mereka membantah.
Soalan pertama:
Apakah kalau tak ada sebarang pindaan, apakah DAP akan sokong EKJS?
DAP juga mendakwa bahawa kerjasama antara kerajaan Kelantan di bawah PAS dan Kerajaan Pusat di bawah BN adalah petanda 'adanya usaha penyatuan PAS dan Umno.’
Pelbagai penjelasan telah dibuat, bahawa pelaksanaan enakmen ini memerlukan sokongan kerajaan Pusat kerana polis, lokap, penjara dan sebagainya masih di bawah kawalan kerajaan Pusat.
Soalan kedua:
Apakah kalau Kerajaan Pusat tidak bagi kerjasama, maka DAP akan sokong EKJS?
Kemudian, ada yang mencadangkan utamakan penyelesaian isu banjir daripada EKJS. Bantuan banjir dan proses pembangunan semula mangsa banjir terus berjalan dan tidak terhenti dengan pembentangan enakmen Jenayah Syariah ini.
Bagaimana pembentangan enakmen ini boleh mengganggu usaha pembangunan semula banjir? Logik soalan ini kena diajukan pada mereka yang bertanya.
Soalan ketiga:
Apakah kalau selesai isu banjir, maka DAP akan sokong EKJS?
Sebenarnya, rakyat Malaysia, termasuklah PAS sudah tahu DAP ini memang menentang perlaksanaan EKJS. Mesej sudah sampai ke rakyat. PAS pun tidak harapkan sokongan DAP. PAS cuba melaksanakan EKJS melalui jalan demokrasi, dan itupun kini ditentang oleh parti yang dikatakan menjunjung demokrasi.
Soalan keempat:
Oleh itu, apa lagi yang DAP mahu? Apakah DAP mahu Pakatan Rakyat berpecah dan Umno-BN terus berkuasa?
Kalau BN tidak berpecah kerana isu 1MDB, serangan Dr Mahathir dan isu rasuah yang menyelubungi Umno, apakah wajar Pakatan Rakyat pecah kerana EKJS?
PAS tidak mahu Pakatan Rakyat berpecah. PAS cuma harapkan penjenayah beragama Islam untuk diadili oleh hukum jenayah Islam. Salahkah ini?
Oleh itu, jangan salahkan PAS kalau Pakatan Rakyat pecah. – HARAKAHDAILY 18/3/2015

Ini Bukti Tiada Konspirasi Jatuhkan Presiden PAS - Wan Abdul Rahim
Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
KL: Ini bukti tiada konspirasi jatuhkan Presiden PAS. Fakta 4 PAS kawasan mencalonkan pelbagai individu sebagai calon presiden, menunjukkan kekecewaan umum, tetapi bukan pergerakan tersusun satu kumpulan untuk menggantikannya dengan seorang calon mereka.
Demikian kata Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah seperti dilapor The Malaysian Insider semalam.
Yang
dipertua PAS Kota Baru itu berkata, jika kumpulan anti Abdul Hadi
berkonspirasi menjatuhkan presiden, sudah tentu mereka hanya akan
menamakan seorang calon untuk melawannya. Sebaliknya PAS Kota Baru
mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Kota Tinggi dan Batu Sapi
mencalonkan Datuk Husam Musa manakala Shah Alam pula cuba mencalonkan
Ahmad Awang, tetapi hanya kalah 6 undi.
"Ini membuktikan kami tidak ada penyelarasan, tiada perancangan, tidak ada mesyuarat sulit atau konspirasi untuk menjatuhkan presiden.
"Yang ada hanyalah kesepakatan kepimpinan perlu berubah untuk menghadapi suasana semasa," kata Wan Abdul Rahim memulakan langkah dengan menamakan Tuan Ibrahim apabila PAS Kota Baru bermesyuarat baru-baru ini."Ini membuktikan kami tidak ada penyelarasan, tiada perancangan, tidak ada mesyuarat sulit atau konspirasi untuk menjatuhkan presiden.
Timbalan pengarah pilihan raya PAS itu berata, 85% pengundi bukan Islam
menyokong mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, tetapi
selepas 2 tahun, kepimpinan parti Islam itu berjaya menghilangkan
separuh daripada sokongan tersebut.
Wan Abdul Rahim berkata, mengikut kajian terbaru hanya tinggal 38% saja bukan Islam yang menyokong PAS.
"Senario ini bukan khayalan tetapi realiti. Ini bermakna PAS di Johor akan kembali ke status quo asalnya tanpa sebarang kerusi manakala 15 kerusi yang dimenangi PAS di Selangor tidak selamat lagi," katanya.
Walaupun 3 daripada 4 PAS kawasan sudah mengadakan mesyuarat agung dan menamakan calon lain sebagai presiden, masih banyak lagi kawasan yang belum mesyuarat menjelang muktamar pada Jun.
Mereka mempunyai masa sehingga 21 April 2015 untuk bermesyuarat dan membuat keputusan siapakah calon presiden pilihan mereka. (IH)
Subscribe to:
Posts (Atom)