Wednesday, April 01, 2015

Apa Hukum Binaan Kubur Almarhum Tok Guru Nik Aziz Begini? Hukum Makam Pahlawan?


KL: Berikut ialah penjelasan Nik Mohamad Abduh menerusi facebook berhubung kubur ayahandanya, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Ada sebaran dan viral gambar kubur al Marhum ayahanda yang dipasang binaan pagar bertutup dan telah menimbulkan persoalan ramai. Saya mohon menjelaskan bahawa binaan itu telah dibina oleh individu penduduk kampung dan murid ayahanda tanpa pengetahuan pihak kami keluarga. 

Tujuannya baik, iaitu untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah yang bertentangan ajaran Islam yang suci oleh beberapa individu 'jahil dan rosak hati' yang datang dari luar seperti mengambil tanah untuk tujuan 'berkat' yang hakikatnya adalah 'sesat'.


Walau bagaimanapun pihak keluarga tidak setuju dengan binaan tersebut dan kami sepakat bahawa ia diletakkan dengan status 'sementara' atas maslahat di atas. Ia akan dipindahkan dalam tempoh terdekat insya Allah.


Kubur al Marhum ayahanda rahimahuLlah akan kekal dengan sunnah nabawiyah. Tanpa binaan selain batu nisan. Mohon maaf dan terima kasih atas prihatin semua.

Terima kasih.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda.

Infomasi Lanjut:

Fatwa: Membuat Binaan Di Atas Kubur .

Satu.

Fatawa: Membina Maqam Atau Apa-Apa Binaan Atas Kubur (Fatwa Kedah). Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah

Soalan:
Haruskah disisi syarak membina apa-apa binaan, maqam atau sebagainya di atas kubur? 

Jawapan: 

1) Makruh dibuat binaan di dalam atau di atas kubur yang di dalam tanah yang dimilki oleh orang yang membuat binaan kecuali binaan itu dibuat bertujuan untuk menyelamatkan kubur dari digali atau dikorek oleh binatang buas atau diruntuh oleh banjir seumpamanya.

2) Haram dibuat binaan di dalam atau di atas kubur apa jua jenis dan bentuk binaan yang boleh jadi kekal selepas hancur mayat dengan tiada apa-apa tujuan seperti yang tersebut di atas sekiranya kubur itu di dalam tanah yang disediakan untuk perkuburan atau yang di wakaf untuk perkuburan dan wajib dirobohkan.

Hal ini kerana binaan yang kekal wujudnya selepas hancur mayat itu menghalangkan orang-orang Islam daripada menggunakan tempat perkuburan itu dengan tiada ada apa-apa sebab yang diluluskan oleh syarak.

Dan meruntuhnya itu hendaklah dengan kebenaran qadhi atau dengan kebenaran Majlis Agama Islam jika ditakuti berbangkit perbalahan atau pergaduhan dan sebagainya, batu-batu dan perkakas-perkakas binaan itu menjadi hak milik warisnya dipulangkan kepada mereka jika tiada waris atau ada tetapi mereka enggan mengambilnya maka menjadi hak kepada Baitulmal. 

Dua.    

Fatwa Mengenai Penyalahgunaan Kubur. Fatwa Perak.
Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan pada 15 Safar 1427 H bersamaan 18 Mac 2006 M bagi kali 169 dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengistiharkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.“Bahawa haram membina bangunan sama ada berbentuk rumah, kubah atau masjid di atas tanah perkuburan am (musabbalah), dan wajib di robohkan segala binaan tersebut” . Rujukan Pewartaan : Enakmen Pentadbiran Tarikh Pewartaan : 24 Januari 2007 

Keterangan :
DALIL DAN HUJJAH


Dipetik dari kitab Mughni al-Muhtaj jilid satu mukasurat 364.

مغني المحتاج إلى معرفة معاني ألفاظ المنهاج شرح الشيخ محمد الخطيب الشربيني علي متن منهاج الطالبين للامام ابي زكريا بن شرف النووي المجلد الاول.
(ولو بني) عليه ( في مقبرة مسبلة ) وهى التي جرت عادة اهل البلد بالدفن فيها ( هدم ) البناء لانه يضيق علي الناس ، ولا فرق بين أن يبنى قبة أو بيتا أو غير ذلك.

Bermaksud :
Jika seseorang membina binaan di atas kubur am dan ianya merupakan kebiasaan penduduk negeri tersebut hendaklah ( diruntuhkan ) binaan tersebut kerana ianya menyusahkan orang lain. Dan tiada perbezaan samaada binaan itu berbentuk kubah, rumah atau dan lain-lain binaan.

Dipetik dari kitab al-Majmuk Sharah al-muhazzab juzuk lima muka surat 298.

قال أصحابنا رحمهم الله : ولا فرق في البناء بين أن يبنى قبة او بيتا او غيرهما.ثم ينظر فإن كانت مقبرة مسبلة حرم عليه ذلك ، قال أصحابنا ويهدم هذا البناء بلا خلاف. قال الشافعي فى الام : ورأيت من الولاة من يهدم ما بني فيها، قال ولم ار الفقهاء يعيبون عليه ذلك ولان في ذلك تضييقا علي الناس. قال أصحابنا وإن كان القبر فى ملكه جاز بناء ماشاء مع الكراهة ولا يهدم عليه. قال إصحابنا وسواء كان المكتوب على القبر فى لوح عند رأسه كما جرت عادة بعض الناس ام في غيره فكله مكروه لعموم الحديث. قال أصحابنا وسواء فى كراهة التجصيص للقبر فى ملكه او المقبرة المسبلة. واما تطبين القبر فقال إمام الحرمين والغزالى يكره ، ونقل ابو عيسي الترمذي في جامعه المشهور أن الشافعى قال لا بأس بتطبين القبر ولم يتعرض جمهور الاصحاب له، فالصحيح انه لا كراهة فيه كما نص عليه ولم يرد فيه نهي.

Bermaksud :
Telah berkata ulama’ mazhab Shafie rahimullah : dan tiada beza pada binaan samaada ia berbentuk kubah atau rumah atau lain-lainnya, hendaklah diselidik dahulu jika ianya kubur am haram dibuat binaan atasnya. Ulama berkata hendaklah dirobohkan binaan itu tanpa khilaf.

Berkata Imam Shafie dalam kitab al-Um: dan aku lihat daripada pemerintah yang mana mereka merobohkan sebarang bentuk binaan dan aku tidak melihat ulama’ fiqah membantahnya kerana bahawasanya ianya menyusahkan manusia lain. Berkata lagi ulama samaada ianya ditulis diatas satu papan kenyataan di tepi kubur seperti mana kebiasaan adat setengah orang maka semuanya adalah makruh hukumnya kerana keumuman hadis.

Berkata lagi ulama : dan begitu juga makruh samaada meletak kapur pada kubur yang dimiliki atau kubur yang am. Adapun meletakan tanah di perkuburan maka imam al Haramain dan imam al Ghazali telah berkata ia adalah makruh. Dan telah menaqal oleh Abu Isa Attirmizi dalam kitab Jami’nya yang mashur bahawasanya As Shafie berkata tidak mengapa meletakkan tanah pada kubur, dan tiada satu tegahan dari Jumhur ulama. Maka pendapat yang sahih bahawa tidak makruh sepertimana nas dan tiada ada satu tegahan pun padanya.

Tiga.

Hukum menggunakan semula Tanah Perkuburan Islam (Fatwa Selangor)
Oleh : Ustazah Norzila Bt. Mohd. Nor, (Bahagian Istinbat)

Isu kekurangan tanah perkuburan Islam di negara kita timbul hasil daripada penelitian terhadap beberapa isu semasa yang dibincangkan dalam akhbar harian negara kita. Masalah yang berlaku ini terutamanya di bandar-bandar besar telah disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan beberapa bulan yang lepas. Pelbagai cadangan dan pandangan untuk mengatasi masalah ini telah dikemukakan oleh orang ramai termasuklah cadangan untuk mengguna semula tanah perkuburan yang lama.

Memandangkan isu ini telah mendapat perhatian ramai, maka satu fatwa telah dibuat untuk memperjelaskan pendirian syara’ mengenai perkara ini.

Hujah dan dalil.

Kubur dari segi takrifannya merujuk kepada tempat yang digunakan untuk menanam manusia yang telah meninggal dunia. Kawasan perkuburan menurut Islam adalah tempat yang perlu dihormati.

Umat Islam ditegah daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan adab dan dianggap tidak menghormati mayat di kawasan perkuburan tersebut seperti mendirikan penempatan di atasnya, membina tembok, menggali balik mayat tanpa tujuan dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis ada menyebutkan bahawa: Maksudnya :
“Nabi s.a.w. menegah dari membina tembok di atas kubur, tinggal di atasnya, membuat binaan dan menulis di atasnya”. (Riwayat al-Tarmizi)

Perbuatan menggali balik mayat dari kubur ditegah oleh Islam kerana ia mencarik kehormatan mayat, tetapi dalam keadaan tertentu dan ada tujuan yang munasabah menurut syara’ maka ia dibolehkan. Walaupun begitu, para fuqaha’ Islam berselisih pendapat tentang sebab atau tujuan yang membolehkan mayat digali semula, antaranya :

i Fuqaha’ Hanafiah berpendapat sebab yang membenarkan kubur digali semula ialah apabila ia bersangkutan dengan hak-hak manusia pada kubur atau mayat tersebut seperti tanah kubur tersebut ialah tanah yang dirampas, kain kapan mayat diambil dari kain yang dirampas, ada harta orang lain dalam kubur tersebut atau seumpamanya. Adapun sekiranya hanya bersangkutan dengan hak-hak Allah pada mayat tersebut seperti mayat tidak dimandikan sebelum dikebumikan, tidak disembahyangkan atau seumpamanya maka tidak harus digali semula selepas selesai dikebumikan.

ii. Fuqaha’ Malikiah pula berpendapat kubur boleh digali semula dalam lima keadaan;
  • a. Apabila kain kafan tersebut daripada harta yang dirampas.
  • b. Apabila mayat dikebumikan di tanah milik orang lain tanpa keizinan.
  • c. Apabila terdapat harta orang lain bersama mayat walaupun sedikit.
  • d. Apabila terdapat keperluan (dharurat) untuk mengebumikan mayat lain.
  • e. Apabila wujud keperluan memindahkan mayat berdasarkan syarat-syarat yang dibenarkan.

iii. Fuqaha’ Syafiiah pula berpendapat kubur boleh digali semula dalam keadaan dharurat sahaja. Antara dharurat tersebut ialah mayat yang tidak dimandikan sebelum ditanam, mayat yang ditanam di tanah atau bersama pakaian yang dirampas, harta yang terjatuh ke dalam kubur, mayat yang tidak mengadap kiblat, mayat yang ditanam di masjid dan seumpamanya.

iv. Fuqaha’ Hanabilah pula mengharuskan kubur digali semula sekiranya ia dibuat untuk menyempurnakan perkara yang wajib dan untuk tujuan-tujuan yang baik. Antara perkara tersebut ialah mayat yang tidak dimandi atau disembahyangkan sebelum ditanam, mayat yang tidak mengadap kiblat, harta yang terjatuh ke dalam kubur dan sebagainya. (Wazarah al-Awqaf wa al-Shu’un al-Islamiah, al-Mawsuahal-Fiqhiah, Jld. 32, hlm. 252-255)

Ini merupakan pendapat-pendapat fuqaha’ Islam tentang hukum menggali balik kubur mayat sebelum reput.

Manakala selepas mayat telah reput (berdasarkan pendapat pakar dalam bidang tersebut) maka tidaklah ditegah menggalinya semula. Bahkan diharamkan (iaitu selepas reput) daripada membuat binaan atau meratakan tanah di atas tanah perkuburan yang diwakafkan kerana ia akan menegah orang lain daripada mengebumikan mayat kerana menyangka kubur tersebut masih baru dan mayat belum lagi reput.

Sungguhpun begitu sesetengah fuqaha’ berpendapat hal ini dikecualikan kepada kubur-kubur para sahabat Nabi s.a.w. dan orang-orang salih dan terkenal untuk memberi kemudahan kepada orang ramai menziarahinya dan mengambil berkat. (Muhammad bin al-Khatib al-Syurbaini, Mughni al-Muhtaj, Jld. 1, Hlm. 545)

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa;
  1. Tanah perkuburan mestilah dihormati dan adab-adab yang berkaitan dengannya hendaklah dipatuhi.
  2. Perbuatan menggali kubur pada asalnya tidak dibenarkan dalam Islam, tetapi sekiranya terdapat sebab-sebab.yang dharuri maka ia diharuskan. Hal ini merujuk kepada keadaan mayat yang belum reput.
  3. Sekiranya mayat telah reput maka tidaklah menjadi kesalahan menggalinya semula untuk tujuan-tujuan yang.munasabah.
  4. Keadaan reput atau tidak mayat ditentukan melalui orang yang pakar dalam bidang berkenaan.
Warta Kerajan Negeri Selangor.

Hukum Mengguna Semula Tanah Perkuburan Islam.
Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah D.Y.M.M. Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.

Jadual.
  1. Harus menggali semula tanah perkuburan sekiranya terdapat keperluan yang mendesak atau darurat dengan sebab-sebab tertentu yang diharuskan oleh syara’.
  2. Harus menggali semula tanah perkuburan setelah dikenalpasti mayat itu telah reput oleh pihak berkuasa untuk digunakan bagi mengebumikan mayat yang baru.
  3. Tanah perkuburan yang sudah penuh dan tiada kawasan lapang sebagai menambah keluasan tanah perkuburan, maka adalah disarankan bahawa menggunkan semula tanah perkuburan lama dengan cara/kaedah :
Menimbun tanah di atas kubur lama di kawasan tanah perkuburan setinggi 4 kaki. Kaedah ini amat sesuai ditanah perkuburan yang rendah.

Bertarikh 8 September 2004 Diwartakan pada 7 Oktober 2004
[Mufti Sel. 500-2; PU. Sel. AGM. 0007 Jld. 2]

Video:

Sungai Golok Yang Hampir Kering, Ini Doa Untuk Penghuninya..

Beberapa orang penduduk menyeberangi Sungai Golok di Rantau Panjang semalam yang semakin cetek selepas berlaku kemarau sejak Februari lalu. 

RANTAU PANJANG: Cuaca panas yang melanda negara sejak bulan lalu menyebabkan Sungai Golok di sini yang menjadi sempadan antara Malaysia dan Thailand hampir kering apabila paras air sungai itu surut sehingga paras paha.

Keadaan air Sungai Golok yang mempunyai kedalaman maksimum sehingga sembilan meter dan kelebaran kira-kira 30 meter itu dikatakan beransur surut sejak Februari lalu. 

Lapor Kosmo! Online sebentar tadi.

Tinjauan Kosmo! di sungai tersebut tengah hari semalam mendapati air Sungai Golok di Pengkalan Che Kasem dan Lorong Klinik mengalami penyu­sutan dengan pasir sungai kelihatan di bahagian tepi sungai. Dalam cuaca panas yang mencatatkan suhu 32 darjah Celsius pada pukul 1 tengah hari semalam, gigi air semakin ke tengah sungai dan bahagian tengah sungai pula dianggarkan berada pada kedalaman paras paha orang dewasa sahaja.
 
Seorang penduduk tepi Sungai Golok di kawasan Lorong Klinik, Yusof Hasam, 65, berkata, air sungai dilihat semakin cetek sejak Februari lalu kerana cuaca panas.

“Lepas banjir besar, sekarang jadi kemarau besar pula. Semasa banjir pada Disember tahun lalu, air Sungai Golok melimpah sehinggakan air naik sampai paras pinggang di dalam rumah kami. 

Bagi orang-orang Islam kita perlu sentiasa ingat bersama dengan Allah SWT, ini doa ketika ditimpa bencana. Ini yang perlu menjadi amalan kita, disamping berusaha menanganinya.


Ertinya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi da Tuhan Arasy yang mulia.

Ertinya:
Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.
Ertinya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong daripada orang-orang yang zalim.
Ertinya:
Allah, Allah Tuhanku, tidak akan aku sekutukanNya dengan sesuatu.
Sekian.
(IH)

Demokrasi M'sia, Sokong IS Dijel 2 Tahun.

GAMBAR fail menunjukkan anggota polis mengiringi Ummi Kalsom (kanan) ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 31 Oktober lalu.

KL: Inilah Demokrasi Di Malaysia. Seorang penolong pegawai kredit wanita dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas pertuduhan cuba memberikan sokongan kepada kumpulan militan Islamic State (IS) pada September tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman tersebut kepada Ummi Kalsom Bahak, 26, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada mengaku bersalah selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan pilihan, Ummi Kalsom didakwa cuba memberikan sokongan kepada kumpulan militan IS dengan cara mengambil penerbangan pesawat AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) ke Brunei dan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan Muhammad Aqif Huesin Rahizat bagi manfaat kumpulan militan tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kaunter Imigresen, Ba­lai Pelepasan Antarabangsa, KLIA 2, Sepang pada pukul 5.20 pagi, 5 Oktober tahun lalu. Difahamkan Ummi Kalsom merupakan wanita tempatan pertama yang dihukum penjara berhubung penglibatan dengan IS.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J kanun tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara sehingga 30 tahun atau denda dan harta boleh dirampas jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Hanif Hassan. Terdahulu, Afzainizam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Ummi Kalsom walaupun tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan agar aktiviti seumpama itu dapat dicegah pada masa akan datang. (IH)

Demokrasi S'pura, Kritik Mendiang Kuan Yew Ini Padahnya..

AMOS Yee (kanan), 16, hadir bersama bapanya di Mahkamah Negara Singapura untuk berdepan pertuduhan selepas membuat video menghina mendiang Lee Kuan Yew dan penganut agama Kristian di negara itu semalam.

SINGAPURA – Seorang remaja yang ditangkap kerana didakwa membuat rakaman video mengutuk mendiang Lee Kuan Yew dan agama Kristian di YouTube dihadapkan ke mahkamah di sini semalam.

Amos Yee, 16, cuma tersenyum dan kelihatan sedikit gelisah ketika pertuduhan itu dibacakan kepadanya di sebuah mahkamah daerah. Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin S$20,000 (RM53,834). Remaja itu boleh dibicarakan sebagai seorang dewasa.

Yee memang dikenali dalam komuniti YouTube tempatan dengan paparan lucu di samping memainkan satu watak sampingan dalam filem komedi, We Not Naughty sebelum ini.

Dia hanya mengenakan baju-T gelap dan seluar kuning serta selipar getah ketika berdepan tiga pertuduhan berasingan termasuk ‘sengaja dengan niat mengguris perasaan kaum dan keagamaan mana-mana individu’.

Remaja itu turut dituduh menyebarkan bahan lucah melalui blognya iaitu lakaran kartun grafik Kuan Yew bersama bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher di samping komen mengancam, kesat dan menghina di bawah peruntukan undang-undang baharu, Akta Perlindungan Daripada Gangguan.

Dalam sebuah video lapan minit bertajuk Lee Kuan Yew is finally dead (Lee Kuan Yew akhirnya sudah mati), Yee menyampaikan kutukan pedas ke atas ahli politik itu ketika pengebumian negara berlangsung sebelum mayatnya dibakar pada Ahad lalu. Yee ditahan pada hari yang sama.

Dia turut menyamakan Kuan Yew dengan Jesus ketika dia mula mengecam agama Kristian sedangkan mendiang tidak pernah mengaku menganut mana-mana agama. Yee juga mengutuk Kuan Yew sebagai seseorang yang sangat teruk dan mencabar anak mendiang iaitu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong agar menyamannya.

Kes tersebut akan didengar pada 17 April ini. Hakim turut mengarahkan remaja itu berhenti membuat sebarang komen di media sosial sepanjang kes itu berjalan. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah demokrasi di Singapura. Antara tuduhan ke atasnya kerana mengkritik pemimpin ialah..

  • melalui blognya iaitu lakaran kartun grafik Kuan Yew bersama bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher di samping komen mengancam, kesat dan menghina di bawah peruntukan undang-undang baharu, Akta Perlindungan Daripada Gangguan.
  • Dalam sebuah video lapan minit bertajuk Lee Kuan Yew is finally dead (Lee Kuan Yew akhirnya sudah mati), Yee menyampaikan kutukan pedas ke atas ahli politik itu ketika pengebumian negara berlangsung sebelum mayatnya dibakar pada Ahad lalu. Yee ditahan pada hari yang sama.
  • Dia turut menyamakan Kuan Yew dengan Jesus ketika dia mula mengecam agama Kristian sedangkan mendiang tidak pernah mengaku menganut mana-mana agama. Yee juga mengutuk Kuan Yew sebagai seseorang yang sangat teruk dan mencabar anak mendiang iaitu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong agar menyamannya. 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-27: Minda Lee Kuan Yew & Singapura
E-Buku IH-27: Minda Lee Kuan Yew & Singapura

Kerajaan Jin Pulomas Indramayu, Wujud Hingga Kini?

Kerajaan jin Pulomas Indramayu.

Misteri Kerajaan Jin Pulomas Indramayu
MUQADDIMAH. "Seandainya sebahagian dinding istana Pulomas itu runtuh lalu masuk ke muara Cimanuk, nescaya bakal muncul kawasan pendulangan emas terbesar di seluruh jagat.   

"Dengan runtuhnya dinding istana itu maka seisi muara bakal mengandung emas melebihi kandungan lumpur emas di sungai Musi, Kalimantan. Bahkan konon akan lebih besar dari hasil perlombongan di Irianjaya. 

"Malangnya, dinding istana yang dibuat dari emas itu sangat kukuh, dan istana itupun adanya hanya di alam ghaib Pulomas. "

Demikianlah muqaddimah dan bermulanya cerita rakyat Dermayu Jawa Barat dipersembahkan , sebagai pelengkap dan penutup dari kisah 3 siri 'Pasar Cari Jodoh', di Jawa Barat.

Siri 1: Kisah Pasar Jodoh Tradisional Di Desa Lebak, Jawa ...
Siri 2: Calon Isteri Pakai Sarung, Dapat Terus Nikah.. 
Siri 3: Tradisi 'Rangkaian' Buat Janda Bawah Umur Kian Men... 

Apa yang penting dalam cerita ini, ke mana ruh cerita ini hendak di bawa? Apa iktibar yang boleh diambil? Kadang-kadang di sebalik cerita khayalan sesuai dengan perkembangan pemikiran waktu itu, akan terungkaplah kenyataan dan keazaman yang hendak disampaikan. Adanya khayalan sebagai bukti adanya kenyataan.

Maka, bersambung balik, 'Misteri Kerajaan Jin Pulomas Indramayu' itu..


Kerajaan Jin

Di alam manusia, Pulomas hanya berupa rawa-rawa yang saling bersebelahan dengan muara Laut Jawa, persisnya berada di Kampung Pulomas, Desa Centigi Sawah, Kecamatan Centigi, Kabupaten Indramayu, Jawa Barat. 

Di atas paya seluas puluhan hektar itu, menurut terawangan ghaib, berdiri kompleks istana dengan bahan terbuat dari emas murni.  Kerajaan dengan keraton sangat megah itu sampai saat ini dipimpin oleh sesosok raja jin sangat sakti bergelar Raden Werdinata, dengan mahapatihnya yang juga cukup tersohor yakni Mahapatih Jongkara. Sang rajua juga dibantu Panglima Perang bergelar Panglima Kalasrenggi. 

Diceritakan oleh juru kunci Kampung Pulomas yang akrab disapa Wak Cartim, dibandingkan raja-raja lain yang menguasai alam ghaib, Raja Pulomas tergolong paling tinggi ilmu kadigdayaannya. Alam ghaib terbahagi dua wilayah, yakni kawasan atas bumi dan di bawah laut.  

Alam ghaib bawah laut dikuasai Nyi Ratu Roro Kidul untuk kawasan Pantai Selatan, sedangkan Pantai Utara dikuasai Nyi Ratu Nawangwulan. 

"Kesaktian Raden Werdinata sempat tercatat dalam sejarah berdirinya daerah Kabupaten Indramayu," ungkap Wak Cartim. 
Tanggul Sungai Cimanuk Kritis
 
Raden Wiralodra, Manusia Kesatria Berdarah Biru

Dikisahkan, semasa Indramayu masih belum punya nama serta masih berupa hutan belantara, singgah seorang kesatria yang sedang memikul tugas besar. Kesatria itu berasal dari Desa Banyu Urip, Kecamatan Banyu Urip, Kabupaten Bagelen, Jawa Tengah, bergelar Raden Wiralodra. Kesatria berdarah biru dari Kerajaan Majapahit itu mengemban tugas membuka hutan belantara di lembah Sungai Cimanuk.  

Untuk menjalankan tugas dari nenek moyangnya, dia ditemani seorang punakawan atau pembantu yang sangat setia serta sakti bernama Ki Tinggil. Selama tiga tahun lebih keduanya berjalan kaki dari Bagelen, Jawa Tengah dengan tujuan (membuka) hutan belantara lembah Sungai Cimanuk. Tetapi, kerana kejahilan, mereka kebablasan sampai ke hutan lembah Sungai Citarum, Kabupaten Karawang.  

Berdasarkan keterangan Ki Sidum seorang manusia kuno sangat sakti dari Kerajaan Pajajaran, Raden Wiralodra dan punakawannya menyedari kalau perjalanannya itu kebablasan. Melalui perjuangan keras serta mengikuti binatang peliharaan pemberian Ki Sidum yang berupa seekor Kijang Kencana, akhirnya sampai juga mereka ke hutan di lembah Sungai Cimanuk.  

Tiga bulan membabat hutan di lembah sungai, halangan pun datang. Ternyata di hulu Sungai Cimanuk ada kerajaan jin yang membawahi raja-raja kecil di alam ghaib sepanjang aliran sungai sejak Kabupaten Sumedang hingga ke muara Laut Jawa pantai utara Indramayu. Maharaja jin di hulu sungai itu bernama Budipaksa, yang didampingi seorang mahapatih bernama Bujarawis.  

Maharaja Budipaksa ini membawahi raja-raja kecil, di antaranya Kerajaan Tunjungbong yang dipimpin Kalacungkring, Kerajaan Pulomas yang dipimpin Raden Werdinata, dan kerajaan-kerajaan jin lainnya sampai tercatat sebanyak 12 kerajaan.

Kehadiran Raden Wirlodra di hutan lembah Sungai Cimanuk membuat gerah bahkan mencipta keganasan menakutkan di kalangan bangsa jin dan makhluk halus lain yang menetap di lembah sungai. Atas laporan teliksandi, Mahapatih Bujarawis mengadukannya kepada Maharaja Budipaksa. Mendengar pengaduan dari mahapatihnya, Maharaja Budipaksa marah besar. 

Pertarungan Jin (Maharaja Budipaksa) Dengan Manusia (Raden Wiralodra)

Tanpa buang masa, Maharaja Budipaksa didampingi Mahapatih Bujarawis menyatroni Raden Wiralodra yang sedang membabat hutan didampingi Ki Tinggil. Bermula perdebatan, terjadilah pertarungan secara kesatria di lembah Sungai Cimanuk. Maharaja Budipaksa berhadapan dengan Raden Wiralodra, sementara Mahapatih Bujarawis berhadapan dengan Ki Tinggil. 

Konon, pertarungan dua makhluk berbeza alam itu berlangsung selama dua bulan. Karuan hal ini membuat penduduk ghaib di tempat itu bubar ketakutan. Berkat kesaktian Raden Wiralodra, Maharaja Budipaksa berjaya dilumpuhkan dan dikurung di dasar muara Sungai Cimanuk. Dikisahkan, sebelum dilumpuhkan, Maharaja Budipaksa memerintahkan Mahapatih Bujarawis supaya meminta bantuan para raja kecil taklukannya.  

Namun, sepuluh raja taklukan Maharaja Budipaksa beserta mahapatihnya dengan gampangnya dilumpuhkan oleh Raden Wiralodra dan Ki Tinggil. Hanya Raden Werdinata yang masih bertahan. Dia bertarung melawan Raden Wiralodra, sementara Mahapatih Jongkara maupun Panglima Kalasrenggi kabur dihajar ilmu pamungkas Ki Tinggil. 

Kerana punya kesaktian seimbang, pertarungan antara Raden Werdinata dengan Raden Wiralodra memakan masa 11 bulan. Senjata andalan Raden Wiralodra berupa Cakrabaswara yang telah melumpuhkan Maharaja Budipaksa ternyata mampu diatasi Raden Werdinata dengan menggunakan pusaka berupa tameng bernama Kopyahwaring, pusaka turun temurun Kerajaan Pulomas. 

Sebelum ada yang jatuh korban, muncul Kalacungkring, penguasa ghaib Kerajaan Tunjungbong. Kalacungkring menyarankan pada Raden Werdinata supaya menghentikan pertarungan dan sebaiknya menjalin persaudaraan dengan Raden Wiralodra.  

Selain dengan dalih Maharaja Budipaksa sudah dikurung di dasar muara Cimanuk, alasan yang paling utama adalah kerana ketakutan bilamana leluhur Raden Wiralodra tersinggung. Jika manusia-manusia kuno Majapahit setingkat Ki Sidum murka, nescaya kerajaan alam ghaib di sepanjang lembah Sungai Cimanuk dibuat musnah untuk selama-lamanya.  

Ikat Tali Persaudaraan Jin/Manusia

Atas cadangan Kalacungkring, Raden Werdinata meminta lawannya agar menyudahi pertarungan dan mengajak mengikat tali persaudaraan hingga ke anak cucu.  Sebagai pengikat persaudaraan, Raden Werdinata menyerahkan putri kesayangannya bergelar Putri Inten untuk diperistri Raden Wiralodra. 

Setelah perdamaian itu, dengan dibantu para prajurit dan penduduk Pulomas, tugas mendirikan kerajaan di lembah Sungai Cimanuk lebih cepat selesai, dan Raden Wiralodra tercatat menjadi pemimpin pertama kerajaan di lembah sungai tersebut, yang hingga kini bernama Kabupaten Indramayu. 

Sebagai bangsa jin yang diberi umur panjang, (meski manusia Raden Wiralodra telah meninggal dunia dan digantikan keturunannya bahkan sampai sekarang ini), Raden Werdinata masih kukuh memimpin kerajaan Pulomas didampingi Mahapatih Jongkara. Sedangkan Panglima Kalasrenggi, setelah kabur dari hadapan Ki Tinggil kini menjadi pemimpin raja kecil di Rawabolang, masuk Desa Jatisura, Kecamatan Terisi, Kabupaten Indramayu. 

Seiring perubahan zaman, ikatan persaudaraan antara penduduk gaib Kerajaan Pulomas dengan penduduk Kabupaten Indramayu mulai menyimpang dari makna persaudaraan yang sejati. Penduduk Kerajaan Pulomas siap membantu berbagai problem terkait soal ekonomi yang dialami manusia penduduk Kabupaten Indramayu dengan pampasan, manusia bersangkutan, sesuai dengan perjanjian menjadi budak (hamba) di alam ghaib Pulomas hingga hari khiamat. 

Seiring banyaknya penduduk bangsa manusia yang terjerumus ke dalam perjanjian jiwa, lambat laun Pulomas dikenali sebagai tempat pesugihan. Kewujudan Pulomas sebagai tempat pesugihan, belakangan gaungnya sudah meluas, sehingga orang yang mengadakan laku ritual pesugihan di Pulomas bukan setakat warga Indramayu, melainkan datang dari berbagai daerah di Pulau Jawa bahkan hingga ke Sumatera.  

Wak Cartim selaku juru kunci memang bukan orang yang dibekali wawasan kehumasan, sehingga dia tidak sekalipun menyediakan buku tamu di kediamannya. Tapi, dari pengakuan para tetamu yang minta dibantu melakukan ritual pesugihan, mereka banyak yang datang dari luar Kabupaten Indramayu, bahkan dari luar Pulau Jawa. Rumah juru kunci pesugihan Pulomas yang sangat tersohor itu, sukar diterima akal sihat. 

Misteri

Awalnya Misteri membayangkan rumah Wak Cartim semegah Villa di Gunung Guci, namun ternyata hanya berupa pondok berdinding bilik anyaman buluh beratap welit yang diperbuat daripada daun buluh. Di dalamnya hanya terdapat ruang tamu, bilik tidur dan bilik dapur merangkap bilik mandi.Umur Wak Cartim mungkin di atas 60 tahun. 

Dia hanya seorang diri menduduki rumah pondok yang berada di bawah rendangnya pohon Asam Jawa itu. Di sekelilingnya dipagari hutan bakau. Jarak dengan penempatan penduduk Desa Centigi Sawah sekitar 5 kilometer yang hanya dihubungkan jalan setapak tanpa koral. Jika siang hari, untuk sampai di rumah juru kunci boleh memanfaatkan perkhidmatan ojeg dengan ongkos Rp. 5,000.  

Jika ada keinginan untuk refreshing, disyorkan jalan kaki sambil menyusuri tepian pantai. Walaupun disana-sini sudah tercipta bibir pantai curam akibat abrasi, namun tetap masih menyisakan panorama khas pantai yang indah untuk dinikmati.

Tapi jika lepas Maghrib, jangankan dibayar dua kali lipat, dibayar seratus ribu pun tidak bakalan ada tukang ojeg yang bersedia menghantar ke rumah Wak Cartim. Paling disyorkan menginap di rumah penduduk untuk berangkat keesokan paginya. Memang tidak sukar mendapat penginapan di tempat itu. Nyaris setiap rumah penduduk di kampung itu dengan senang hati disinggahi dengan membayar sewa inap sebesar Rp. 50,000 semalam.  

Dengan sewa sebanyak itu malamnya mendapatkan jamuan kopi hangat berikut cemilan khas kampung, dan keesokan paginya seusai mandi mendapatkan segelas kopi disusul sarapan berupa longsong. Sehingga jika ditotal, sewa 50,000 benar-benar murah meriah. Namun ternyata tidak gampang mengadakan ritual pesugihan di Pulomas.  

Selama seharian, Wak Cartim tak bosan-bosannya menasihati tamunya supaya mengurungkan rencananya yang jelas-jelas menyimpang dari syariat agama itu. Jika seharian dinasihati tetap degil, maka malamnya baru boleh digelar ritual ghaib dipandu langsung Wak Cartim. Ada juga bocoran dari Wak Cartim, khusus bagi orang yang lahir hari Jumaat, jangan cuba-cuba mengadakan ritual, kerana dijamin ditolak penduduk ghaib Pulomas. 

Tidak aneh ketika menyebutkan nama Misteri yang memang lahir hari Jumaat kerana bermula suku kata "Dha", tanpa banyak dalih langsung ditolak. Tapi, kerana maksud singgah di tempat itu bukan untuk ritual pesugihan melainkan dalam rangka menghimpun bahan tulisan, dengan agak berat hati, Wak Cartim membenarkan Misteri untuk bermalam di rumah pondok miliknya. 

Malamnya, sejak lepas Isya, Wak Cartim langsung mengajak Misteri bincang-bincang di ruang tamu. Di ruangan ini hanya tersedia tikar pandan dan bantal kapuk randu. Tak ada peranti meubeler, akibatnya, mesti duduk bersila di lantai tanah yang dilapisi tikar. Ada yang aneh, meski rumah berada di sekitar paya dengan dinding bilik dari anyaman buluh, namun di ruang tamu ini tidak terdengar dengungan nyamuk walau satu ekor pun.

Dalam perbincangan, Wak Cartim lebih mendominasi. Banyak sekali yang diceritakan, mulai soal tetamu-tetamu yang seluruhnya dari kalangan orang-orang gagal dan putus asa, hingga petikan sejarah kerajaan ghaib Pulomas seperti yang sudah dipaparkan di muka. 

"Karena umurnya mendekati seribu tahun, Gusti Raden Werdinata kini lebih banyak berada di ruang kholwat daripada mengurusi pemerintahan. Beliau lebih banyak berdzikir kepada Allah daripada urusan dunia, "kata Wak Cartim. 

Jin Masuk Islam

Mendengar peristiwa kali ini, Misteri dibuat heran. Kehairanan di benak Misteri rupanya boleh terbaca. Wak Cartim langsung menjelaskan, semasa masih di bawah pengaruh Maharaja Budipaksa, Raden Werdinata tidak mempunyai agama apapun kecuali adat leluhur. Tapi, sejak rasmi mengikat persaudaraan dengan Raden Wiralodra, dia menyatakan diri masuk ajaran agama Islam.

Sebagai Raja muslim yang taat, Raden Werdinata tidak pernah dan tidak akan menyesatkan manusia apalagi dari keturunan Raden Wiralodra. Lalu siapa yang mengadakan ikatan perjanjian pesugihan dengan bangsa manusia? 

"Sama halnya bangsa manusia, bangsa jin di Pulomas pun ada yang menganut Islam dan agama lain, juga ada yang memelihara adat leluhur. Ada penduduk yang berbudi luhur ada juga yang berperangai jahat. Nah, penduduk Pulomas yang berperangai jahat inilah yang selama ini menangani proses perjanjian pesugihan dengan manusia, " urai Wak Cartim. 

Secara logiknya, mustahil seorang raja mau melayani urusan manusia dari kalangan rakyat biasa. Selain tidak pernah menyesatkan, Raden Werdinata juga konsisten dengan ikatan persaudaraan dengan Raden Wiralodra meski saudaranya itu sudah meninggal dunia sejak beratus-ratus tahun silam.  

Tewas tenggelam di Sungai Cimanuk
Buktinya, dalam zikirnya, suatu malam Raden Werdinata mendapat petunjuk bahawa daerah Indramayu bakal dilanda ombak pemusnah (Tsunami). Tanpa banyak pertimbangan, dia menyudahi zikirnya lalu mendatangi penguasa Pantai Utara. Di hadapan Nyi Ratu Nawangwulan, Raden Werdinata meminta supaya ombak pemusnah itu jangan sampai menerjang penduduk Indramayu. 

Jika ombak pemusnah itu sampai terhempas, dia bersetuju untuk bertarung. Walaupun sedar ilmu Nyi Ratu Nawangwulan jauh lebih tinggi, demi ikatan persaudaraan dengan Raden Wiralodra, dia rela mempertaruhkan nyawanya mati di tangan Nyi Ratu Nawangwulan.

"Mujurlah Nyi Ratu Nawangwulan bersedia memenuhi permintaannya, sehingga ombak pemusnah itu urung menerjang Indramayu dan berputar menerjang daerah Pangandaran, Kabupaten Ciamis," ungkap Wak Cartim, menutup kisahnya. 

Menjelang tengah malam, Wak Cartim pamit untuk mengadakan upacara peribadi di bilik tidurnya, sementara Misteri disuruh tetap di ruang tamu dengan ditemani bantal kumal. Seiring merembesnya bau buhur jin dari sela-sela dinding bilik bilik tidur, alam mimpi pun tersingkap dan Misteri tidur di ruang tamu yang lumayan sempit itu. 

Sekian. 
... ikan besar sumber rezeki yang baru ditangkap dari aliran Sungai Cimanuk. (ANTARA/Feri Purnama)
 
Kesimpulan dari cerita rakyat di atas, Islamlah penyelamat manusia dan jin. Dengan peraturan dan cara hidup yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat. Wassalam.
(IH)

Tuesday, March 31, 2015

Penghina Hudud Diugut Rogol, Komen Dr Mujahid -LOOI SUE-CHERN

Oleh LOOI SUE-CHERN
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Nasional PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kebanyakan pengguna laman media sosial tidak menitikberatkan soal etika ketika mengeluarkan sebarang kenyataan. 

Komen emosi di laman sosial tidak bantu perjelas hudud, kata Mujahid


Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Nasional PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyuarakan kebimbangan terhadap reaksi dan komen berkenaan pindaan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 terutamanya yang dimuat naik di laman media sosial.

Beliau berkata, kebanyakan pengguna laman media sosial tidak menitikberatkan soal etika ketika mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Mereka bukan pakar dan cara penulisan yang penuh dengan emosi,” katanya, memetik ancaman terbaharu terhadap wartawan radio BFM Aisyah Tajuddin sebagai contoh.

Berikutan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan enakmen berkenaan lebih seminggu lalu, stesen radio itu memuat naik video klip BFM Projek Dialog BFMKupas, membangkitkan persoalan mengenai hudud dan membandingkannya dengan isu keperluan harian.

Video yang ditarik balik itu, mencetuskan rasa kurang senang sesetengah pihak, dan Aisyah menerima ancaman rogol dan bunuh daripada pengguna media sosial.

“Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku terhadap wartawan itu. Sebagai contoh, saya pun tidak suka dengan video itu, tapi tidak adil melakukan ugutan atau mempunyai keberanian untuk merogolnya.
“Kamu bercakap dengan undang-undang yang suci kepada umat Islam, tetapi dalam masa sama kamu mengancam orang lain.
“Itu salah tanggapan dalam Islam,” katanya, ketika sesi meja bulat bersama media mengenai hudud dan pindaan enakmen tersebut.

Polis kini sedang menyiasat tiga pekerja stesen radio berkenaan, yang terlibat dalam produksi video klip tersebut, di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan. Mereka turut disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ditanya mengapa beliau mengkritik ruangan komen tersebut, Mujahid berkat orang ramai tidak boleh mengambil keputusan bersendirian terhadap mereka yang dipercayai sebagai mengkritik Islam dan mengambil tindakan bersendirian.

“Mungkin keadaan akan jadi di luar kawalan,” katanya, dan menambah, mereka yang melakukan kesalahan perlu dilaporkan dan dibawa ke muka pengadilan.

Mujahid berkata, perlu ada kawalan di laman media sosial untuk mengelakkan orang ramai melampaui batasan masing-masing dengan komen-komen mereka, sama ada mereka menyokong atau menentang enakmen jenayah syariah tersebut.

Sebaliknya, beliau berkata, orang ramai bebas membahaskan dan mempersoalkan enakmen berkenaan berbanding kesahan dan objektif pelaksanaannya dalam cara yang bertamadun, daripada menggelarnya “tidak bertamadun”.

“Akidah itu emosional tetapi mempertahan tuntutannya dengan akidah perlukan objektif.
“Jika berlaku kekecohan, saya amat malu. Saya tidak mahu undang-undang syariah digunakan sebagai contoh ia mencetuskan kekecohan,” kata ahli Parlimen Parit Buntar dan timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu lagi.

Mujahid juga berkata, organisasi media seharusnya lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka dan tidak mensensasikan isu itu lagi. Beliau turut memetik kenyataannya sebelum ini yang menekankan perbincangan isu itu perlu diuruskan dengan objektif dan bukannya emosi, disalah lapor oleh media dan mengatakan dirinya mengkritik parti sendiri.
 
Beliau turut berkata, orang ramai perlu memahami maksud Enakmen Jenayah Syariah II, kerana ia disalah tafsir, termasuk penggunaan istilah “hudud” itu sendiri kerana orang ramai tidak mendapat penjelasan sebenar. Hudud bukanlah nama undang-undang yang diluluskan Kelantan katanya, namun terma itu digunakan merujuk kepada kesalahan dan kanun keseksaan Islam.

Kesalahan-kesalahan berkenaan katanya dinyatakan di beberapa bahagian – kesalahan hudud daripada perspektif al-Quran dan Sunnah – mencuri (sariqah), rompakan menggunakan keganasan (hirabah), zina, liwat, menuduh individu lain berzina tanpa empat saksi (qazaf), suami yang bersumpah palsu zina terhadap isterinya tanpa mengemukakan saksi (li’an), minum arak (syrub), dan murtad (irtidat).

Kandungan pindaan itu memperincikan penalti dan bagaimana setiap jenayah yang akan dihukum dan kebarangkalian kesalahan tidak akan dihukum dengan hudud. Sebagai contoh, jika pemotongan membahayakan nyawa pesalah sariqah, hudud tidak akan dilaksanakan.

Jika pesalah hirabah menyerah diri secara sukarela sebelum proses perundangan, bertaubat dan memulangkan barang curian kepada pemiliknya atau pihak berkuaasa, hudud – pemotongan tangan kanan atau kaki kiri dan penjara – juga tidak akan dilaksanakan.

Bahagian kedua pindaan enakmen itu adalah qisas dan diyat, hukuman atas kesalahan yang menyebabkan kematian dan kecederaan, yang mana diperincikan di bawah syarat hutang darah dibayar darah boleh dilaksanakan atau tidak. Juga turut terdapat peruntukan ‘ta’zir’, hukuman atas kesalahan lain yang mana tidak diperincikan di dalam al-Quran.

Bahagian ketiga pindaan itu meliputi perkara berkaitan bukti untuk menunjukkan kesalahan, saksi dan testimoni mereka. Bahagian keempat adalah hukuman hudud dan cara serta kaedah untuk ianya dilaksanakan seperti memotong pergelangan tangan pesalah.

Bahagian kelima meliputi peruntukan umum, yang menyatakan tertuduh di bawah enakmen itu tidak boleh didakwa di bawah hukuman Kanun Keseksaan sivil atas kesalahan sama. Bahagian keenam adalah prosiding syariah.

“Saya mahu memberikan penjelasan sebenar, sebagai Muslim, saya bertanggungjawab untuk memaklumkan orang ramai syariah adalah undang-undang yang lengkap. Tak boleh tanpa sistem hukuman,” kata Mujahid.

Pesalah juga katanya berkemungkinan menerima hukuman atas kesalahan mereka di dunia, namun dengan hukuman hudud, atau menderita secara semula jadi seperti dipinggirkan orang ramai atau mengalami kesukaran hidup jika berjaya melepaskan diri.

Jika pelakunya tidak dihukum ketika hidup, dia akan menerima balasannya di akhirat kelak, katanya.
Tambahnya, kebanyakan orang akan fokus kepada pemotongan anggota badan apabila berbicara soal hudud, namun katanya, Islam bukanlah agama yang menghukum. Tambahnya, isu itu dimanipulasi dan disensasikan berikutan kekurangan maklumat atau sengaja, apabila objektif jenayah syariah adalah mengenai menyelamatkan kemanusiaan dan mempertahankan akidah di samping menghormati agama lain.

“Jenayah syariah tidak menyatakan jika seseorang itu mencuri, mereka akan terus hilang tangan. Ia juga akan melihat sebab tindakan berkenaan, sama ada terpaksa, dari segi ekonomi atau dilakukan tanpa sebarang alasan dan menyalahi undang-undang.
“Inilah persoalan yang ditekankan ketika menguatkuasakan undang-undang Islam, yang mana mempunyai elemen yang menyelamatkan orang. Saya mengharapkan ia akan memberi keadilan kepada sistem.
“Tiada jalan pintas untuk memahami undang-undang jenayah syariah, dan orang tidak boleh menulis apa yang mereka mahu,” katanya.

Mujahid turut mengharapkan penerangannya difahami media yang menulis berkenaan hudud saban hari. Berkenaan pandangan rakyat Malaysia masih belum memahami undang-undang syariah itu sepenuhnya, seperti kanun keseksaan dan kesalahan trafik, ia dilaksanakan tanpa orang ramai memahami sepenuhnya undang-undang berkenaan.

Mujahid, yang dikenali dengan tugas dialog dan tugas perpaduan di gereja, berkata, beliau akan terus bekerjasama bersama komuniti untuk berkongsi tadbir urus yang baik dan berkongsi nilai-nilai murni. – 29 Mac, 2015.
 
Lihat sebelum ini..
Isu Hudud, 1 Hingga 3
Isu Hudud, 1 Hingga 3 E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails