Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, beliau boleh menerima kandungan ceramah berkaitan hudud yang disampaikan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang kerana dia bukan orang Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mei, 2015.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mempertahankan tindakan Penasihat DAP Lim Kit Siang berceramah mengenai pelaksanaan hukum hudud dalam ceramah perdana di sini, Ahad lepas dengan menyifatkannya sebagai sesuatu yang boleh diterima.
Beliau boleh menerima kandungan ceramah berkaitan hudud yang disampaikan oleh Kit Siang kerana dia bukan orang Islam.
"Bila seseorang yang nak ceramah kita tidak tahu apa yang dia hendak cakap... ia bukan macam seminar atau forum kita nak bagi tajuk.
"Itu (kenyataan Lim Kit Siang) kita serah kepada orang untuk membuat pertimbangan sebab dia bukan orang Islam, kira tidak apa lah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kota Baru, hari ini.
Beliau, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, turut berceramah pada ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Kota Baru itu, berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan yang diberikan penasihat DAP itu kerana terdapat lagi pihak yang mempertikaikan pelaksanaan undang-undang Islam itu.
Pandangan Mat Sabu itu bertentangan dengan PAS Kelantan yang menyifatkan tindakan Kit Siang sebagai sesuatu yang bertentangan dengan pendirian kerajaan negeri Kelantan. Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata tindakan Kit Siang yang menyentuh isu hudud pada ceramah berkenaan sebagai tidak wajar.
"Kita memang tahu dia sebelum ini sudah menolak hudud, namun tidak sepatutnya dia bersuara secara terbuka di rumah kita. Dia sepatutnya menghormati Kelantan," katanya.
PAS Kelantan turut meminta PAS kawasan Kota Baru memberi penjelasan segera berhubung menjemput Kit Siang dan tujuan ceramah itu diadakan. Akhbar melaporkan dalam ceramah berkenaan, Kit Siang menjadikan 2 buah negara iaitu Jordan dan Mesir sebagai contoh kerana mempunyai lebih 90% penduduk beragama Islam namun sehingga kini tidak melaksanakan undang-undang Islam.
Kit Siang dilaporkan berkata sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, beliau mengingatkan semua parti yang berada dalam pakatan pembangkang supaya berpegang kepada janji asas yang sudah dipersetujui bersama. – Bernama, 14 Mei, 2015.
Kalau betul berita ini, Mohamad Sabu mempertahankan tindakan Lim Kit Siang berceramah mengenai pelaksanaan hukum hudud sebagai sesuatu yang boleh diterima kerana dia bukan orang Islam. Bagaimana pula dengan kenyataan puak-puak UMNO dan PKR (Najib/Anwar) yang mengaku Islam tetapi menolak hudud? (IH)
Friday, May 15, 2015
Taliban Serang Konsert Di Kabul, Hasil Kebiadaban AS
PENYANYI (tengah) beraksi semasa mengadakan konsert di Kabul pada 24 November lalu. - AFP KABUL, Afghanistan - Digelar Elvis Afghanistan, Farhad Darya ...
HALAMAN HIBURAN
KABUL – Sekurang-kurangnya 14 orang dengan kebanyakannya warga asing terbunuh dalam serangan kumpulan Taliban ke atas sebuah rumah tumpangan di Kabul yang menyebabkan berpuluh-puluh orang menghadiri sebuah konsert terperangkap, kata pihak berkuasa semalam.
Penyerang turut bertempur dengan pasukan keselamatan Afghanistan selama beberapa jam.
Empat warga India dan dua rakyat Pakistan dan seorang warga Amerika Syarikat antara yang maut dalam serangan ke atas rumah tumpangan Park Palace menjelang persembahan penyanyi popular Afghanistan, Altaf Hussain.
Kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab melakukan serangan selama tujuh jam itu yang mencetuskan letupan dan tembakan senjata api. Ia berlaku semasa tentera Afghanistan berdepan musim pertempuran pertama memerangi Taliban tanpa bantuan tentera asing yang diketuai AS.
Terdahulu, Ketua Polis Kabul, Abdul Rahman Rahimi berkata, seramai lima orang termasuk warga asing dan penduduk tempatan maut dalam serangan itu, manakala lima lagi cedera.
Namun, bilangan kematian yang disahkan oleh kerajaan asing kemudian menyaksikan angka korban meningkat.
“Seramai 54 orang berjaya diselamatkan,” tambah Rahimi selepas ratusan anggota pasukan keselamatan mengepung Park Palace yang terletak di kejiranan mewah dan popular dalam kalangan pekerja bantuan antarabangsa. – AFP

Itulah kesannya dari kebiadaban campurtangan AS di negara-negara umat Islam seperti Afghanistan dan lain-lain. Mereka cuba menghapuskan budaya tempatan yang Islamik dan menggantikan dengan budaya barat cabul perosak remaja. Taliban tidak boleh bersabar lagi. (IH)
IS Tawan Bandar Sukhna, Bunuh 70 Askar Syria..
REUTERS - PEJUANG pemberontak daripada puak Jaysh al-Sunna kelihatan meronda di kawasan berdekatan kem tentera al-Mastouma yang dikuasai tentera kerajaan Syria di bandar Idlib pada Selasa lalu.
DAMSYIK – Kumpulan militan Islamic State (IS) membunuh sekurang-kurangnya 70 anggota askar kerajaan dalam satu serangan besar-besaran ke atas kawasan yang dikuasai tentera Syria di wilayah Homs, tengah Syria, kata sebuah kumpulan pemantau hak asasi manusia kelmarin.
Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia menyatakan, sekurang-kurangnya 40 militan IS turut terbunuh dalam pertempuran itu.
Terdahulu, kumpulan pemerhati berkenaan yang memantau keganasan di Syria memberitahu bahawa 30 askar rejim Presiden Bashar al-Assad itu dan 20 militan IS maut dalam pertempuran sengit di timur Homs selepas kumpulan militan berkenaan menyerang askar kerajaan.
Menurut satu kenyataan IS, pihaknya telah menawan bandar Sukhna yang terletak sekitar 300 kilometer ke timur laut Damsyik.
Langkah itu membolehkan IS menguasai sebuah lebuh raya strategik yang menghubungkan Homs dengan wilayah Deir al-Zor di timur laut Syria.
Kumpulan militan itu juga mendakwa telah menembak jatuh sebuah pesawat MiG milik tentera Syria di kawasan tersebut. – Reuters
2 Diculik Dipercayai Oleh Kumpulan A/Sayyaf Tepi Pantai Sandakan...
Empat lelaki bersenjata dipercayai anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf malam tadi menyerang sebuah restoran tepi pantai dekat Sandakan, Sabah, sebelum melarikan pengurusnya dan seorang pelanggan, menurut The Star Online.
Kumpulan itu, salah seorang daripada mereka lengkap dengan senapang automatik dan seorang lagi dengan pistol, menyerbu Restoran Ocean King pada jam 8 malam menyebabkan pelanggan bertempiaran lari.
The Star Online turut memetik pemilik restoran, Chung Yan Tsim, sebagai berkata kakak iparnya berumur 48 tahun yang bertugas sebagai pengurus, dan seorang pelanggan dari Sarawak yang duduk bersama keluarganya, dilarikan diri dalam serbuan yang berlaku kurang seminit
"Mereka melarikan diri menggunakan bot. Mereka tidak bertopeng dan tiada tembakan dilepaskan," kata Chung.
Seorang pemilik restoran dan seorang pelanggan diculik oleh lelaki bersenjata yang menyerbu restoran atas air di Sandakan pada kira-kira jam 8 malam tadi.
Kejadian hari ini yang terbaharu dalam siri penculikan orang awam oleh kumpulan bersenjata di persisiran Sabah, dipercayai berpangkalan di wilayah bergolak selatan Filipina.
Ia belaku dua bulan selepas Lans Koperal Zakiah Aleip, yang diculik kumpulan bersenjata di Pulau Mabul, Semporna pada Julai tahun lepas, dibebaskan.
Sebelum itu, pengusaha ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun dan seorang pekerja dikenali sebagai Mazlan diculik di Kampung Sapang Air, Kunak, Sabah, sebelum dibebaskan Disember lalu.
Tahap keselamatan yang membimbangkan itu menyebabkan perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone) dilanjutkan sehingga 15 April lepas.
Polis Sabah berkata perintah berkurung itu bagi menjamin tahap keselamatan pengguna perairan serta penduduk di kawasan daratan ESSZone termasuk pelancong.
(IH/thekl-chronicle)
SPRM Bekukan Harta Di Serawak, Peringatan Pada PM Najib? (52)
Hampir 1,200 batang kayu balak juga disita, termasuk 600 batang di kawasan Belaga, Bakun oleh pihak SPRM. |
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Beberapa akaun bank bernilai RM4 juta milik seorang menteri muda Sarawak dibekukan bagi memudahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menurut badan pencegah rasuah itu.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah berkata ia berikutan aduan aduan rasuah dan penyalahgunaan kuasa bernilai lebih RM250 juta melibatkan kontrak pembinaan bangunan kerajaan Baitul Makmur II di Petra Jaya.
“Berikutan siasatan ini, beberapa akaun bank bernilai RM 4 juta milik menteri muda tersebut dibekukan," kata Jamidan.
Jamidan berkata, menteri muda Sarawak itu merupakan antara beberapa individu dipanggil dalam siasatan tersebut, namun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai identiti mereka.
"Selain mereka, beberapa pihak lain juga akan dipanggil untuk ambil keterangan," katanya.
Sementara itu, SPRM hari ini berkata akaun seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut dibekukan berhubung dakwaan rasuah dalam operasi Ops Gergaji melibatkan hasil balak di Sarawak.
Akaun Adun itu antara 30 lagi akaun syarikat dan individu yang dibekukan dalam operasi tersebut, di mana jumlah keseluruhan akaun yang dibekukan itu bernilai RM600 juta.
Menurut kenyataan SPRM, 1,200 hasil balak disita setakat ini setelah 2 hari Ops Gergaji dijalankan terhadap 49 lokasi di sana.
Hampir 1,200 batang kayu balak juga disita, termasuk 600 batang di kawasan Belaga, Bakun oleh pihak SPRM.
Jamidan menambah, mereka yang memberi keterangan bagi membantu siasatan diminta dirakam percakapan mereka berkaitan perbuatan rasuah, aktiviti pembalakan dan penebangan hutan haram dan perbuatan mengelak cukai.
Difahamkan seramai 10 orang setakat ini dipanggil untuk dirakam percakapan, termasuk pemilik kilang papan dan penyelia kilang.
Hampir 1,200 lagi batang kayu balak juga disita termasuk 600 batang di kawasan Belaga, Bakun oleh SPRM. Semalam, 500 batang balak disita.
Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009, serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. (TMI)
Suatu peringatan untuk PM Najib. (IH)
Thursday, May 14, 2015
Siapa Beli Sukuk 1MDB, Soal PAS, Walaupun Sokong Najib Tidak Undur.. (51)
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan siapa sebenarnya pembeli sukuk bernilai RM579.2 juta 1MDB seperti didakwa Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insider.
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
WALAUPUN Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyokong pendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya Datuk Seri Najib Razak terus berkhidmat sebagai sebagai perdana menteri dan tidak tunduk kepada sebarang tekanan, namun lihat persoalan PAS ini..
Selepas Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menafikan pembelian sukuk syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), PAS kini membangkitkan persoalan siapa sebenarnya pembeli sukuk bernilai RM579.2 juta 1MDB seperti didakwa Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebelum ini.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mempersoalkan di mana dana RM1.5 bilion yang dikeluarkan hasil jualan sukuk oleh 1MDB, yang mana RM920.8 juta disahkan pembeliannya oleh Lembaga Tabung Haji pada Februari 2014. "Selepas penafian PNB, jadi siapa sebenarnya yang membeli Sukuk 1MDB?
Dua hari lepas, Tabung Haji mengaku membeli sukuk Bandar Malaysia terbitan 1MDB sebanyak RM920.8 juta pada Februari 2014.
"Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini menafikan dakwaan ia terlibat dalam pembelian sukuk keluaran 1MDB bernilai RM1.5 bilion, jadi, siapa sebenarnya membeli sukuk 1MDB atau dalam erti kata meminjam duit kepada 1MDB? Apakah ia satu lagi badan berkanun kerajaan atau pihak asing?" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.
"Namun persoalannya mudah, ialah di manakah duit RM1.5 bilion ini hasil jualan sukuk ini sekarang?"
Rafizi semalam mendedahkan, memandangkan Tabung Haji mengaku membeli sukuk bernilai RM920.8 juta, ia bermakna PNB "meminjamkan" wang kepada 1MDB melalui pembelian selebihnya, iaitu RM579.2 juta. Akhbar The Star sebelum ini turut melaporkan 1MDB mengeluarkan sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lepas kepada PNB dan Tabung Haji.
"Begitu juga dengan duit hutang RM3.5 bilion yang dipinjam daripada 6 bank yang diketuai Deutsche Bank, di manakah duit RM3.5 bilion ini sekarang?" soal Tuan Ibrahim.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata, tidak dinafikan banyak perkara yang di dalam 1MDB menimbulkan seribu satu persoalan dan transaksi melibatkan 1MDB amat merumitkan.
"Tetapi segalanya itu boleh dirangkum dalam satu persoalan yang mudah – di manakah duit 1MDB sebanyak RM42 bilion yang dipinjam daripada merata tempat ini sekarang kerana Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) yang diwar-warkan masih jauh daripada direalisaikan?" soalnya.
PNB hari ini menafikan dakwaan terlibat dalam pembelian sukuk keluaran 1MDB bernilai RM1.5 bilion.
"PNB juga tidak menerima sebarang tawaran daripada 1MDB," kata pengurus aset terbesar negara itu dalam kenyataan hari ini. Selain itu, Tuan Ibrahim juga mempersoalkan status suntikan oleh Putrajaya dalam bentuk “standby credit” RM950 juta ke dalam 1MDB yang diperakui Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Mac 2015.
"Di manakah duit RM950 juta itu sekarang? Bagaimana pula dengan duit untung RM188.5 juta yang diperolehi daripada penjualan tanah TRX kepada Tabung Haji baru-baru ini? Di manakah duit ini sekarang?" soalnya.
"Diharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Penasihat 1MDB boleh menjawab persoalan ini," katanya. – 13 Mei, 2015 (TMI)
Jawab jangan tak jawab, kita tunggu jawapannya.

Ini Lagi Hijaber Penakluk Dunia Maya Lantunan Al-Quran.
Menakluk hati berjuta orang dari panggung dunia maya. Baca kisah ini..
JOM KREATIF
GADIS belia itu diam sejenak. Lalu menarik nafas. Tubuh tegak berdiri. Di depannya, sebuah mike berukuran besar sudah menunggu. Hari itu, dia memakai hijab kuning. Kemeja hitam lengan panjang. Sebuah earphone besar mengatup telinga. Orang-orang sudah menunggu.
Lalu dia menundukan kepala. Sorot matanya fokus. Menatap sebuah Alquran kecil yang sudah terbuka. Kitab Suci itu dia letakkan di kedua tangan. Gadis itu melantunkan Surat Al-Imran ayat 190-194. Dan sungguh mengejutkan. Suaranya begitu merdu, seperti sedang mengirim kesejukan ke dalam jiwa para pendengar.
Jika sudah mendengar, berterima kasihlah kepada Maghfirah M Husain. Itu nama lengkap gadis belia itu. Berasal dari ujung barat Indonesia. Bumi Serambi Mekah. Nangroe Aceh Darusslam. Pada video itu, dia membacakan beberapa surat Alquran. Berdurasi 11 menit, video itu baru diunggah tiga bulan lalu. Sudah dibanjiri ratusan sanjungan.
Qariah
Maghfirah sudah lama menjadi pembaca Alquran. Dikenal dengan sebutan qariah. Dia lahir di Simpang Mamplam, Samalanga 31 Desember 1996. Sebuah tempat yang sohor disebut sebagai Kota Santri di Bireuen.

Cubalah anda dengar sendiri. Carilah dengan judul ini: Inilah Suara Merdu Bacaan Quran Gadis Aceh Indonesia yang Mengguncang Dunia Maya.
Jika sudah mendengar, berterima kasihlah kepada Maghfirah M Husain. Itu nama lengkap gadis belia itu. Berasal dari ujung barat Indonesia. Bumi Serambi Mekah. Nangroe Aceh Darusslam. Pada video itu, dia membacakan beberapa surat Alquran. Berdurasi 11 menit, video itu baru diunggah tiga bulan lalu. Sudah dibanjiri ratusan sanjungan.
Qariah
Maghfirah sudah lama menjadi pembaca Alquran. Dikenal dengan sebutan qariah. Dia lahir di Simpang Mamplam, Samalanga 31 Desember 1996. Sebuah tempat yang sohor disebut sebagai Kota Santri di Bireuen.
Dalam kumpulan video yang diunggah Ystudio Recording milik kakak, Yacob Samalanga, suara Maghfirah memang terdengar merdu. Indah dan sejukan jiwa. Tak hairan dikagumi orang.
Seorang netizen memberi komentar: "Masya Allah, suaranya merdu dan adem didengar. Tak terasa air mataku menetes. Ratusan orang lain memberi kesaksian yang sama. "
Khamis 7 Mei 2015 lalu, Maghfirah baru saja selesai kuliah. Dia mengisahkan panjang lebar awal mula mempelajari Al Quran. Mempelajari cara membacanya agar indah didengar. Dan jika kemudian dia berhasil, itu kerana dia bertekun semenjak usia 6 tahun.
Ilmu dan bakat itu diwarisi dari ayahnya, yang juga seorang Qari. Dan Maghfirah mengaku sangat beruntung.
"Ayah juga qari. Biasanya kami membaca Al Quran itu setelah shalat subuh hingga jam 6.30 pagi. Kalau untuk iramanya, saya pelajari sendiri dari kaset. Saya sering mendengarkan kaset-kaset qari dan qariah," kisahnya.
Lahir dari keluarga yang taat beragama, Maghfirah tentu disokong penuh. Mengasah kemampuan melantunkan ayat-ayat suci Al Quran dengan irama indah ini. Dia sempat berniat mengikuti ajang Indonesia Idol. Suara merdu itu jadi modal. Tapi ayah melarang.. anaknya tunduk.
Rencana terjun ke dunia tarik suara itu sempat meletik lagi setelah ayahnya wafat. Hendak ikut ajang Talent Aceh, tapi ibu pula melarang. Didikan keluarga yang baiklah, yang membuat Maghfirah patuh pada orang tua.
Youtube.
Allah memberikan jalan lain bagi Maghfirah demi menyalurkan suara emasnya. Melantunkan bacaan Al Quran. Melalui Ystudio milik kakaknya, rekamannya saat membaca ayat-ayat Al-quran diunggah ke Youtube. Ia pun langsung mendapat sorotan dari netizen. Juga media massa. Maghfirah meraih banyak sokongan melalui berbagai media sosial dan laman Youtube.
Puluhan wartawan juga secara bergantian mewawancarainya. Terutama setelah video mengajinya populer di Youtube. Pada zaman yang serba gegas ini, idola baru memang datang secara tidak terduga. Mereka datang dari panggung media sosial. Laman berbagi video. Microblog yang menjamur hingga ke sudut negeri itu, dengan cepat melambungkan seseorang menjadi bintang.
Jika buntu di media massa konvensional, cubalah pakai sejumlah media baru itu. Dari jejaring perkawanan di Facebook, hingga zon berbagi video di Youtube. Kita jadi sohor dalam sekali pencet. Asal aksi itu mematut dibenak publik. Bakat mengagumkan di media Youtube boleh berubah jadi pintu ketenaran.
Bacalah pengakuan Pew Research Center soal media sosial. Media unjuk diri seperti Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest, Youtube dan lainnya telah jadi alat menggapai populariti di kalangan generasi muda.
Bayangkan saja, 52 persen orang dewasa di Amerika Syarikat AS) menggunakan aneka media sosial. Siapa pintar meraih hati penonton, bersiaplah melayang ke angkasa ketenaran.
Sementara Youtube telah berubah menjadi stasyen tv percuma. Mereka yang tak punya duit masuk dapur rekaman, berbondong-bondong masuk Youtube. Berharap suara atau bakatnya ditonton jutaan pengakses Youtube.
Youtube, mengutip data Alexa 2011, telah menjadi situs paling populer di dunia. Di belakang Google dan Facebook. Tak kurang dari 100 juta klip video ditonton setiap hari.
Sebuah survei terbaru dari Android Digital bahkan menyebut Youtube lebih populer dibandingkan tv. Dari dari 2,000 penduduk AS berusia di atas 18 tahun, sebanyak 68 persen menjadikan Youtube sebagai alat mengonsumsi video. Hanya 51 persen yang masih menjadikan tv sebagai tontonan.
Di kalangan anak muda, teknologi seolah telah menjadi keperluan utama. Lebih dari 76 persen dari 600 orang dewasa di Aalto University, sudah menjadikan Youtube untuk mendengar muzik kesukaan.
“Popularitas Youtube mendapat sambutan positif. Hampir semua orang menggunakannya untuk mendengarkan muzik,” kata Lassi A Liikkanen, seorang peneliti.
Liikkanen boleh saja beranggapan begitu. Tapi sebahagian orang memang menganggap Youtube hanya situs amatiran yang membuat video berkualiti buruk. Apapun kontroversi, situs video Youtube telah menjelma menjadi pintu menuju populariti. Youtube menyediakan cara singkat plus murah untuk mewujudkan mimpi tersebut.
Ketiga hijaber itu membuktikan bahwa bakat, ketekunan mengasah, bisa menaklukan banyak orang. Maghfirah adalah contoh bagaimana mengirim kesejukan ke dalam jiwa pada jaman yang serba gaduh ini. Seperti kesaksian salah seorang netizen ini,
“Subhanallah. Merinding aku mendengar suara bacaan ayat suci Alquran ini.” Atau seorang penonton yang lain, yang menitis air matanya demi mendengar suara itu. (IH)
Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
Subscribe to:
Posts (Atom)