Thursday, June 11, 2015

Renungan Tajammu Di Tv Membuat Dia Alami 'tekanan rohani'. Tuntut Pampasan Di Mahkamah.

Tuntut pampasan kerana direnung aktres dalam TV
Dalam siri televisyen 'Tiger Mom', Zhao Wei (gambar) memegang watak seorang isteri yang mengalami masalah emosi yang tidak stabil.

SEORANG lelaki membuat tindakan gila apabila bertindak menyaman seorang aktres popular China hanya kerana aktres berkenaan merenungnya dari kaca televisyen.

Zhao Wei, antara aktres papan atas di China, membintangi sebuah siri televisyen popular di China, "Tiger Mom", yang telah bersiaran sejak Mei lalu.

Lelaki tersebut membuat dakwaan berkenaan di sebuah mahkamah di Shanghai Pudong, dengan mengatakan renungan tajam Zhao Wei telah menyebabkan dia mengalami 'tekanan rohani'.


Dalam siri drama tersebut, Zhao Wei memegang watak seorang isteri yang mengalami masalah emosi yang tidak stabil, dan dilihat kerap kali memberi renungan tajam kepada suami dan anaknya.

Lelaki tersebut kini menuntut pampasan di atas 'tekanan rohani' yang dialaminya.


Kerja gila! (IH)





Siapa Ganti Posisi Pemikir Dalam PAS? – Luqman Tarmizi


Berakhir sudah muktamar PAS. Lengkap sudah saf pimpinan yang baharu (kecuali beberapa jawatan lantikan). Naiklah ramai muka baharu. Kecundang sudah ramai tokoh lama.


Tokoh-tokoh yang dilihat sebagai “think tank” parti, yang muncul dengan gagasan-gagasan yang boleh difahami dan diterima rakyat seluruhnya, bercakap dengan bahasa politik yang sesuai dengan konteks Malaysia, mendukung aspirasi rakyat untuk menjatuhkan Umno-Barisan Nasional (BN) dan mengambil alih tampuk Putrajaya; 99% daripada mereka tewas.

Persoalan yang besar timbul; siapa mampu hadir dengan gagasan politik yang boleh menatijahkan kejayaan kepada PAS?

Apakah muka-muka baharu ini mampu menggalas tugas yang diamanahkan sebagai pemikir baru parti?Siapa akan menggantikan posisi dan peranan mereka-mereka yang disebut ini dalam membawa agenda PAS?

Dr Mujahid Yusof Rawa, anak bekas Presiden PAS Yusof Rawa – yang saya anggap “Bapa Perpaduan Malaysia” abad ke-21 – pernah muncul dengan idea pembaharuan parti.

Namun berapa ramai ahli PAS yang membaca karya beliau, “Menuju PAS Baru” dan “Rejuvenasi PAS”?

Berapa kerat ahli PAS yang menghargai idea-idea beliau dalam mereformasi wajah dan pendekatan parti?

Peranan penting yang beliau mainkan dalam memimpin Dewan Himpunan Penyokong PAS (sebelumnya bertaraf kelab), bertanggungjawab menggembleng ribuan tenaga non-Muslim dalam menggerakkan kempen ketika pilihan raya, menambah undi non-Muslim untuk PAS secara signifikan, yang menjelajah ke gereja-gereja seluruh pelosok negara ketika kemelut isu kalimah Allah dan dirakamkan dalam travelog “Berdialog Dengan Gereja”; semua ini tampaknya dipandang sepi dan tidak dianggap penting para perwakilan.

Dr Dzulkefly Ahmad, salah seorang “think tank” idea “Negara Berkebajikan”, perangka manifesto PAS dan Pakatan Rakyat (PR), juga penulis aktif yang sering melontarkan kritikan terhadap isu-isu ekonomi dengan analisis yang didukung kuat fakta (mungkin kerana fakta-fakta inilah beliau ditolak perwakilan, kerana menurut Datuk Mahfuz, golongan profesional yang suka berhujah dengan fakta ini menyukarkan keputusan dibuat dalam mesyuarat – rujuk temu bual ketua Dewan Ulama ini dengan Utusan Malaysia).

Sering muncul dalam forum dan wacana anjuran NGO dan teguh mempertahankan dasar-dasar PAS, berbekalkan hujah tradisi Islam dan rasionalisme ketika berhujah dengan kelompok sekular, liberal, kiri dan sebagainya. Siapa bakal mengambil tempat beliau?

Sementara di peringkat pemuda, Hasbie Muda, tokoh pemuda yang makin meningkat naik, penulis prolifik dan sentiasa hadir dengan idea-idea segar, dipandang sebelah mata oleh perwakilan, hanya kerana beliau menolak amalan fitnah dan label-melabel yang dilakukan secara berleluasa oleh pihak “sebelah sana”.

Usaha beliau dalam Lujnah Pendidikan Politik Pemuda Pusat nampaknya tidak dianggap sebagai “benchmark” dalam memilih saf kepimpinan Pemuda. Analisis beliau terhadap keputusan PRU-13 untuk Parlimen terpilih dalam buku “Kemenangan Yang Tertangguh” nampaknya tidak dianggap penting oleh kebanyakan ahli PAS, yang lebih diberi tumpuan ialah satu dua bab dalam buku itu yang bersifat kontroversial.

Seminar “Pemikiran Politik Datuk Asri Muda” kelolaan beliau juga menunjukkan majoriti ahli PAS masih enggan berlaku jujur dengan sejarah, dan terperangkap dengan naratif yang sangat tidak adil terhadap Almarhum Asri.

Tokoh pemuda mana dalam saf pimpinan sekarang, yang mengangkat nilai intelektualisme seperti beliau?

Ramadan Fitri Elias, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Hasrizal Jamil; semua ini tokoh-tokoh ilmuwan muda yang di zaman muda mereka sangat cenderung dan aktif dengan PAS, akhirnya tidak dihargai oleh ahli. Kerana apa?

Kerana mereka melawan arus, tidak mahu parti terus terjerat dengan tarbiah ala indoktrinasi, tidak mahu ahli terus dikhayalkan dengan candu wala’ yang dimainkan “ustaz-ustaz tarbiah” dan tidak mahu parti ini menjadi parti yang mempergunakan nama Islam untuk agenda kelompok tertentu.

Usah risau. PAS masih punyai ramai tokoh profesional  dalam AJK PAS Pusat yang tentunya sangat berkepakaran dalam bidang masing-masing. Dr Zaharuddin Muhammad, menantu kesayangan presiden PAS, seorang pakar ekonomi Islam, pastinya akan mencetuskan banyak idea dan teori ekonomi Islam untuk melahirkan umat Islam yang mampu membeli kereta Mercedes.

Razman Zakaria, bekas pegawai Kastam, pastinya pula akan menjadi ejen “check and balance” kepada badan Kastam dalam mengawal kegiatan penyeludupan di sempadan-sempadan negara.

Tidak ketinggalan juga Dr Zuhdi Marzuki, pensyarah Universiti Malaya, seorang intelektual tersohor yang mampu mengemukakan analisis yang terperinci melalui “teori jentik” dan pandangan PAS kini dalam landasan betul dan kedudukan yang terkuat dalam sejarah.

Dan pastinya, “core” kepada saf pimpinan yang baharu ini, para ulama haraki, ‘amilin dan faqih yang meneruskan tradisi kepimpinan ulama dalam parti. Khairuddin at-Takiri, kita harapkan akan muncul lagi dengan teori “kafir haraki” atau  sebagai kesinambungan daripada teori “munafiq haraki” yang menjadi ratib ramai ahli bawahan.

Ridhuan Md Noor,seorang penulis prolifik, dengan karya-karya yang dipenuhi dengan sumber-sumber dan rujukan-rujukan yang “credible”, naratif sejarah yang sangat adil dan tidak berpihak; beliau pastinya wajar diangkat sebagai ideologue dan tokoh pemikir parti.

Jangan lupa juga kepada Norazli Musa a.k.a  Ustaz Taliban, dengan ceramah beliau yang lemah lembut dan berhikmah, pastinya menarik lebih ramai Muslim dan non-Muslim terhadap keindahan dan kesejahteraan ajaran Islam.

Mokhtar Senik, tokoh tarbiah parti yang setanding dengan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dalam menjernihkan pemikiran ahli PAS daripada fikrah songsang yang bercanggah dengan dasar perjuangan Islam.

Tidak ketinggalan juga ketua dua sayap penting parti, Dewan Pemuda dan Dewan Ulama.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pastinya akan terus menggegar Parlimen dengan soalan-soalan bernas yang membuatkan menteri-menteri Umno-BN tidak senang duduk.

Berbekalkan pengalaman sepenggal menjadi timbalan ketua Pemuda sebelum ini, beliau pastinya hadir dengan idea-idea baru yang lebih baik daripada ketua Pemuda sebelum ini.

Dr Mahfoz Mohamed pula, tidak syak lagi seorang ulama muktabar negara, yang sumbangannya terhadap perkembangan Islam dalam negara cukup besar, pastinya akan muncul dengan teori-teori fikah yang menjadi panduan penting untuk Muslim seluruhnya.

Kerana itu, jangan sedih dan khuatir, kerana Allah akan sentiasa menolong perjuangan Islam yang didukung para ulama muktabar dan ‘amilin mukhlisin dalam PAS.

Allah juga akan menggantikan “ayam-ayam sabung” PAS seperti Mohamad Sabu, Khalid Samad dan Hanipa Maidin – yang sekian lama melawan rejim Umno hingga keluar masuk penjara – dengan “kuda-kuda perang” yang lebih gagah berani dalam mempertahankan presiden daripada dikritik dan lebih terkehadapan dalam menzahirkan ‘izzah Islam di mata DAP dan PKR.

Tokoh-tokoh baharu yang disebut di atas akan hadir dengan idea-idea politik segar yang pasti akan mencorakkan perjalanan politik negara. – 10 Jun, 2015.

Saya Gadis Muslimah, Bukan Teroris! -Sumaiya Mahe (13 Tahun)

Sumaiya Mahee: Saya seorang gadis Muslimah, bukan teroris!
Sumaiya Mahee

Cambridge: Seorang gadis Muslimah kecil berusia tiga belas tahun telah menyuarakan jeritan hatinya terhadap Islamophobia yang dia alami setiap hari dalam hidupnya dan juga di sekolahnya.

Dia meminta kepada pihak sekolah untuk menawarkan kepelbagaian mengajar untuk memperbaiki salah faham yang tersebar di media .

"Saya menghadapi stereotaip ini setiap hari kerana saya seorang gadis Muslimah. Itu yang saya alami, "Sumaiya Mahee mengatakan kepada Metro.us, sebagaimana dilapor oleh onislam, Rabu (10/6/2015).
"Menulis tentang ini menguatkan rasa percaya diri saya kerana ia memberi saya cara untuk mengatasi stereotaip yang saya hadapi. Ketika saya mula bercakap tentang hal itu, saya menyedari bahawa saya tidak sendirian dan bahawa anak-anak lain mengalami hal yang sama."

Hidup di bandar yang berbeza-beza dan progresif sebagai Cambridge, Massachusetts, Mahee merasa tidak selamat dari prasangka yang dialami setiap hari akibat agama yang dianutnya. Dia kemudian menuliskan apa yang dialaminya sehari-hari dalam sebuah easi. 

Ia menulis esei yang bertajuk, "You'RE Not Who You Say You Are: Beyond the Single Story,". Tulisan tersebut dibuatnya dalam sebuah tugasan sekolah di Kennedy-Longfellow School.

Tulisan tersebut kemudian menyebar di media sosial dan diterbitkan dalam sesi Public Radio International 's Global Nation Education. Tulisan yang dibuat Mahee menunjukkan kesedaran diri dan pengetahuan budayanya yang jauh melampaui usia sekolahnya.

"Adalah sukar untuk menerima kerana saya dipandang sebagai pengganas oleh orang. Sukar untuk menerima kerana saya bukan jenis orang yang akan menyakiti seseorang, "ungkap Mahee.

Dia menulis dalam eseinya, "menurut masyarakat dan segala sesuatu yang terjadi di dunia ini, saya bukan saya yang sebenarnya," identiti luaran yang telah dipaksakan pada anak Muslim.

"Tujuan saya adalah untuk terus berusaha memperbaiki stereotaip ini," kata Mahee.
"Saya tidak mahu anak-anak Muslim lainnya tumbuh dan menghadapi hal itu dan tidak boleh melakukan apa-apa."

Mahee menulis tentang perlakukan buruk yang harus dihadapi setiap hari dimana hal itu sudah tidak boleh diterima lagi. Peristiwa itu terjadi ketika ia, kakaknya dan rakannya dalam perjalanan pulang dari masjid pada suatu malam dengan memakai tudung, pada saat itu ada dua orang yang mentertawakan mereka dan berkata, "Bahaya! Ada Muslim! "

Mahee kemudian berteriak, "Tunggu sehingga kami datang di hadapan kamu! kamu takkan tunggu lama lagi! "

Bagi Mahee yang masih berusia muda itu, media yang harus dipersalahkan atas terjadinya peningkatan sentimen anti-Muslim di mana media sering gambarkan Muslim sebagai pengganas.

"Jika seseorang menyebut saya seorang pengganas, saya tidak akan memilih tindakan yang telah saya pilih. Saya akan memberitahu anak-anak Muslim lain untuk memberitahu orang-orang seperti apa Muslim yang sebenarnya, "kata Mahee.
"Muslim dipaparkan di TV sebagai pengganas dan itu membuat orang berfikir bahawa itulah Muslim yang sebenarnya."

Tulisan Mahee mengejutkan guru bahasa Inggerisnya yang menolak kenaikan sentimen anti-Muslim.

"Saya terkejut apabila saya pertama kali membaca ini," kata guru bahasa Inggerisnya, Woodly Pierre-Louis.
"Ini dia, seorang gadis kecil kecil dan hal itu membuatku terkejut bahawa orang-orang boleh melihat dia sebagai ancaman atau sasaran ejekan. Saya sama sekali tidak percaya ada orang yang memberi komen seperti itu. "

Mahee percaya bahawa sekolah harus mulai mengajarkan kepelbagaian dan menggalakkan pelajar untuk melakukan dialog secara terbuka untuk menumbuhkan peleburan budaya yang nyata.

"Ia mengambil masa lama untuk mengubah pola pikir masyarakat," kata Mahee.
"Sekolah harus memberikan kepada pelajar cara untuk melihat bahawa kita melalui perkara yang sama walaupun kita mempunyai latar belakang yang berbeza. Itu langkah pertama dalam membuat perubahan, "ungkapnya.
(Ameera / arrahmah.com/IH)

Mesyuarat AJK PAS Pusat Tidak Bocor Lagi. T/Kasih Pendedahan Nordin Ali..


Pertama Kali Semenjak 2004, Mesyuarat AJK PAS Pusat Tidak Bocor di Media Massa

SAYA cuba untuk mendapat gambar mesyuarat AJK PAS Pusat kali Pertama. Saya terokai hampir semua facebook AJK PAS Pusat yang baru dilantik. 

Malah saya juga cuba terokai facebook wartawan Harakah yang masih berkhidmat saya gagal menjumpainya. Mungkin saya terlepas pandang dan jika ada pembaca tolong sendkan kepada emel saya. (gambar di atas adalah mesyuarat sesi lalu)

Itu baru gambar.

Saya cuba dapatkan maklumat apa yang dibincangkan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat kali ini, saya juga gagal. Hanya sekadar apa yang disebut oleh Timbalan Presiden Tuan Ibrahim dalam sidang media. Mungkin juga saya terlepas pandang.

Kalau dulu belum lagi habis mesyuarat AJK PAS Pusat, isi kandungan mesyuarat telah tersebar luas di media sosial.

Esoknya kalau kita layari blog atau facebook AJK PAS Pusat kita akan dapatkan maklumat mesyuarat secara detail dari A sampai Z.

Saya masih ingat lagi kawan saya yang bekerja di akhbar menyebut, "Pimpinan PKR berbalah dan berbeza pandangan juga. Azmin - Wan Azizah mana boleh bertemu. Tapi kita tak nampak perbalahan mereka di media. Dalam PAS kita nampak macam tak berbalah, tapi jika kita buka facebook atau blog pimpinan kita tak payah siasat, kita boleh dapat maklumat A sampai Z perbalahan yang berlaku".

Bila saya sebut macam ini, saya akan dapat komen daripada Anonymous yang saya tak ada data, maklumat saya tak benar. Untuk itu saya nama 3 wartawan harakah yang suka bocor maklumat mesyuarat iaitu Zul Sulong, Tarmizi Mohd Jam dan Wan Nordin.

Dulu pernah berlaku AJK PAS Pusat hendak mesyuarat di JK10 Kelantan. Tak sempat mesyuarat lagi The Malaysian Insider (akhbar yang ambil peranan Utusan/UMNO menyerang PAS) telah menyiar berita kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak lagi dilantik menjadi Musyidur Am PAS dan kononnya TGHH nak jatuhkan TGNA. 


Ya wartawan harakah menggunakan maklumat parti untuk menyerang kepimpinan PAS.

Ada satu mesyuarat, Presiden PAS minta semua AJK PAS Pusat meletakkan gajet dan smartphone dalam bekas dan setiap orang AJK tidak dibenarkan bawa telefon dalam mesyuarat. Nak bukti lagi??

Mesyuarat ini adalah untuk menentukan calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu sehingga Presiden sendiri umum baru orang tahu siapa calon, pasal AJK PAS Pusat telah ditutup mulutnya.

Dalam usrah kita diajar tentang kerahsian parti, hatta kepada isteri pun tak boleh beritahu, tapi malangnya AJK PAS Pusat sebelum ini tak pernah amal apa yang diwar warkan dalam usrah dan tamrin.

Apa yang saya harap, AJK PAS Pusat kali ini menjalankan amanah dengan jujur, jika tidak Insya-Allah saya akan tulis di blog untuk menegur trak kira siapa. Semoga Allah berikan saya kekuatan atas tujuan ini.

http://nordinali.blogspot.com/


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com 


Terima kasih Nordin Ali, kalau benar apa yang anda sebutkan, dari weblog Ibnu Hasyim. (IH)

Krisis PAS/DAP: S'ngor Di Ambang Pilihanraya Negeri.

Pakatan Rakyat yang kini retak hubungan antara parti DAP dan PAS menjejaskan kestabilan dan majoriti kerajaan negeri Selangor yang kini dipimpin Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Jun, 2015.


Keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR), terutamanya antara PAS dan DAP dengan terbaru muktamar parti Islam itu meluluskan usul memutuskan hubungan dengan rakan sekutunya, mengakibatkan kerajaan negeri Selangor kini hilang majoriti dan kestabilan, kata Dr Abdul Aziz Bari.
Pakar perlembagaan itu berkata, pertembungan terbuka antara dua parti komponen PR itu menyebabkan kerajaan negeri kini tidak dapat lagi berfungsi tanpa persefahaman dan permuafakatan sesama mereka.

"Bila kamu (PAS) serang DAP macam itu, bagaimana kamu mahu kata 'business as usual' (kerja seperti biasa)?
"Sama ada kamu suka atau tidak, sistem kerajaan Westminster ini berasaskan keyakinan dan majoriti. Kalau tidak, bagaimana mahu mentadbir kerajaan?" soalnya.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Aziz merujuk kepada kenyataan pimpinan PAS yang menyerang DAP semasa muktamar yang berlangsung minggu lepas. Ia disusuli kenyataan balas pemimpin DAP diketuai penasihatnya Lim Kit Siang yang mengatakan PR sudah berkubur dan hanya menunggu dikebumikan.
Berdasarkan pengamatan situasi semasa, khususnya antara PAS dan DAP, Aziz menegaskan, kestabilan dalam kerajaan negeri Selangor kini sudah hilang.

"Di Selangor, mereka gagal menunjukkan imej kestabilan. Ia tidak baik untuk kerajaan negeri," katanya.

PR mempunyai majoriti 43 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dengan PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi dan PKR 13.
Barisan Nasional pula mempunyai 12 kerusi.
Walaupun PKR memiliki jumlah kerusi yang lebih rendah, jawatan menteri besar Selangor diberikan kepada mereka atas persetujuan sesama rakan komponen dalam PR.

"Jangan terkejut jika bakal ada pilihan raya negeri. Rasanya kedudukan (Menteri Besar Selangor Mohamed) Azmin Ali pun, kita tidak tahu macam mana," kata Aziz.

Menjelaskan mengenai jalan penyelesaian di Selangor, beliau berkata, jalan terbaik ialah dengan mengadakan pilihan raya negeri dan menyerahkan keputusan kepada rakyat.

"Untuk selesaikan masalah ini dengan segera, mungkin baik diadakan pilihan raya negeri supaya rakyat dapat membuat keputusan.
"Kemudian, bila sudah ada pilihan raya negeri, tidak perlu lagi pilihan raya umum nanti. Keadaannya sama seperti di Sarawak," katanya.

Menurut Aziz, keputusan itu bergantung kepada budi bicara pihak Istana di mana sekiranya tiada lagi keyakinan terhadap kerajaan semasa, baginda berhak memutuskan mengadakan pilihan raya negeri.

"Istana ada hak untuk mainkan peranan mereka. Semestinya mereka mengikuti perkembangan secara dekat.
"Ini bukan hendak pro Istana, tetapi mengikut sistem, itu sepatutnya yang mereka lakukan.
"Saya tidak rasa kamu boleh salahkan Istana. Mereka juga mempunyai tugas untuk melindungi atau memastikan kerajaan negeri dalam tangan pihak yang stabil dan baik," katanya.

Aziz juga menyentuh mengenai peranan Istana dalam kerajaan negeri semasa krisis menteri besar Selangor sebelum ini, di mana mereka meminta lebih daripada satu nama calon dikemukakan.
Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad juga bersetuju dengan pandangan Aziz, malah mengatakan baginda mempunyai hak mutlak membubarkan DUN.

"Semangat dalam perlembagaan adalah mengenai kestabilan dan ketua negeri semestinya adalah Sultan. Baginda punya hak mutlak.
"Seandainya baginda berdasarkan budi bicaranya merasakan tidak ada lagi kestabilan, maka baginda berhak memanggil pembubaran DUN," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dzulkefly berkata, keretakan antara parti dalam PR jelas.

"Bahkan kini lebih parah. Saling serang menyerang. Ini suatu yang sumbang," katanya.

Beliau menegaskan, untuk menyelamatkan keadaan, Azmin harus memulakan usaha memulihkan PR segera jika mahu memastikan ia kekal di Selangor.

"Menteri besar kena segera berperanan untuk memastikan parti komponen PR di Selangor yang beliau pimpin ini dipulihkan, daripada segi rentak kerja dan hubungan kerjasama itu.
"Itu mesti diyakinkan bukan sahaja kepada Tuanku tetapi juga kepada rakyat," katanya.

Krisis PAS dan DAP semakin meruncing sebaik berakhir pemilihan PAS pada minggu lalu yang menyaksikan golongan progresif dalam parti itu tidak menjadi pilihan perwakilan, sebaliknya golongan konservatif dan pro ulama yang mendominasi barisan kepimpinan tertinggi parti.

Serangan terbuka juga dibuat perwakilan terhadap DAP yang dilihat lantang menentang undang-undang hudud yang dibawa parti Islam tersebut. – 10 Jun, 2015.

Kopi Tahi Gajah, Termahal Di Dunia..

GAMBAR dirakam pada 10 April lalu menunjukkan biji-biji kopi yang telah diasingkan daripada tahi gajah. - AFP

CHIANG SAEN: Di kawasan berbukit-bukau di utara Thailand, seorang wanita teliti mengutip biji kopi daripada timbunan tahi gajah yang merupakan proses utama dalam menghasilkan antara minuman termahal di dunia.

Kawasan pedalaman Thailand dan bersempadan dengan Myanmar serta Laos itu lebih dikenali kerana kegiatan penyeludupan dadah berbanding penghasilan kopi. Namun, seorang pengusaha Kanada, Blake Dinkin memutuskan lokasi itu sempurna untuk perniagaan kopinya selain memulihara alam sekitar.

“Apabila saya menjelaskan projek saya kepada gembala-gembala gajah, saya sedar mereka menyangka saya gila,” kata Dinkin, 44, yang merupakan pengasas jenama Black Ivory Coffee.

Dia menggunakan sistem pencernaan gajah untuk menghasilkan biji kopi berkualiti dan bernilai tinggi.

“Saya pernah menimbang untuk menggunakan singa dan zirafah sebagai pencerna kopi tetapi memilih gajah kerana haiwan ini memakan kopi semasa musim kemarau di Asia Tenggara,” katanya.

Untuk menghasilkan sekilogram (kg) kopi, gajah-gajah itu perlu memakan sekitar 33kg biji kopi bersama makanan yang biasa diberikan seperti nasi dan pisang.

Pada tuaian ketiganya tahun ini, Black Ivory menghasilkan 150kg kopi yang berharga sekitar AS$1,880 (RM7,009) sekilogram manakala secawan kopi itu pula berharga AS$13 (RM48). – AFP

Ahli Yang Tidak Terpilih Pemilihan Akan Dilantik Ke AJK PAS Pusat.

ENAM ahli PAS yang tidak berjaya dalam pemilihan parti baru-baru ini akan dilantik ke dalam jawatankuasa pusat.

Pengumuman rasmi akan dibuat pada 21 Jun, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama jawatankuasa pusat sesi 2015-2018.

Parti itu perlu melantik seorang setiausaha agung, ketua penerangan dan ketua empat biro parti. Ketua-ketua PAS negeri juga perlu dilantik.

"Ya, biasa begitu, setiap kali muktamar, yang tak menang pun ada diberi jawatan," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada kelewatan dalam membuat pengumuman rasmi itu bagi memastikan pelantikan itu diterma terlebih dahulu, Tuan Ibrahim berkata, bukan begitu kesnya.

"Tidak, itu prosedur biasa," katanya.

Demikian saringan dari laporan Malaysiakini.

Sementara itu buat masa ini, ahli-ahli PAS yang telah dilantik ke jawatan kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor mesti terus bertugas seperti biasa, kata Tuan Ibrahim.

"Ia merupakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat," kata Tuan Ibrahim, membayangkan bahawa ahli PAS perlu memenuhi mandat yang diberikan oleh pengundi.

PAS mempunyai kira-kira 1,100 ahli yang memegang jawatan dalam kerajaan yang dilantik di Pulau Pinang dan kira-kira 5,000 jawatan di Selangor. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails