Thursday, June 25, 2015
Berbuka Puasa Di Somalia, Bandingkan Dengan Malaysia?
Puluhan wanita muslim Somalia semasa beratur untuk mengambil makanan buka puasa di Mogadishu (23/6). Muslim Somalia perlu beratur agar dapat makanan berbuka puasa kerana memang hidup mereka benar-benar tidak mampu.
Muslim Somalia beratur demi berbuka puasa. Masih banyak muslim Somalia yang tidak mampu sehingga perlu diberi bantuan.
Bandingkan dengan Muslim di Malaysia yang hidup bermewah-mewah dan membazir. Memiliki hiasan batu cincin permata saja sudah berjuta-juta ringgit, kalau ditukar dengan makanan ini berapa juta pinggan yang boleh diperolehi, dan berapa juta orang boleh menikmatinya?
(IH)
Wednesday, June 24, 2015
Ramadhan: Berpakaian Seksi Menjolok Mata Didenda RM2000 - JAIP
KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengeluarkan amaran kepada wanita Islam di negeri berkenaan supaya tidak berpakaian mencolok mata sepanjang bulan Ramadan termasuk berpakaian terlalu pendek atau ketat.
Memetik laporan Malaysian Digest, bagi mereka yang ingkat dengan arahan tersebut, mereka boleh dihukum penjara setahun atau denda sehingga RM2,000. Ketua Siasatan JAIP, Mohd Anis Azmin berkata, pihak Jaip yang melakukan rondaan di bazar Ramadan mendapati ramai wanita Islam memakai pakaan yang tidak sopan dan tidak sesuai.
“Mereka perlu mengelak daripada memakai pakaian seperti itu sepanjang bulan mulia ini.
“Ini merupakan amaran kepada orang ramai sebelum kami melakukan operasi terhadap pesalah tidak lama lagi,” katanya.
Tambah Anis, JAIP tidak meletakkan sebarang ketetapan dalam etika berpakaian secara sopan.
“JAIP tidak bleh menetapkan penanda aras mengenai bagaimana pakaian yang sopan, kerana apa yang baik bagi JAIP, tidak semestinya dianggap begitu oleh orang lain.
"Kita juga tidak boleh memberitahu mereka apa yang mereka perlu pakai tetapi peraturan praktikal adalah untuk berpakaian sopan walaupun anda hanya keluar untuk membeli makanan di bazar Ramadan," katanya.
Bagi mereka yang kali pertama ditahan oleh JAIP akan diberikan sesi kaunseling dahulu, tetapi sekiranya mereka mengulangi kesalahan berkenaan baru boleh dikenakan tindakan denda atau penjara. - Siakapkeli.my
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tindakan bagus demi menjaga maruah agama dan negara. Tapi takkan nak jaga maruah dalam bulan Ramadhan sahaja?
Pimpinan Baru PAS: Datuk Husam, Sudah Tiada Jawatan Apa-apa Lagi.
SHAH ALAM: Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar) sudah tiada lagi apa-apa jawatan dalam kepimpinan PAS Malaysia. Bahkan di Kelantan beliau digugurkan daripada barisan kepimpinan PAS Kelantan apabila kabinetnya dibentuk semalam
Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Lajnah Politik dan Pilihan Raya yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lajnah Dakwah oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Lajnah Pendidikan oleh Datuk Mohd Amar Abdullah dan Lajnah Hal Ehwal Parlimen oleh Datuk Mahfuz Omar
"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang lepas juga bersetuju membentuk 24 portfolio dengan menggabungkan dua lajnah sebelum ini, iaitu Lajnah Asas Tani dan Lajnah Alam Sekitar menjadi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar," kata beliau dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman web Pas, hari ini.
Beliau juga berkata lajnah gabungan itu akan dipengerusikan seorang muka baharu, Sanusi Mohd Noor yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah. Mengulas lanjut, beliau berkata lagi, satu portfolio baharu telah diwujudkan iaitu Lajnah Hubungan NGO dan dipengerusikan oleh seorang muka baharu, iaitu Prof Madya Zainal Abidin Kidam yang juga bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel).
Sementara itu, katanya Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) akan dipengerusikan semula oleh beliau sendiri seperti di awal penubuhannya pada 2000 sebelum ini.
"Manakala satu lagi perubahan adalah jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Pusat Penyelidikan Pas (PPP) juga telah ditukarkan kembali kepada Pengarah PPP seperti di awal penubuhannya dahulu," katanya lagi.
Berikut adalah senarai penuh Pengerusi dan Pengarah Lajnah-lajnah dan Jabatan di kalangan AJK Pas Pusat bagi sesi 2015-2017:
1) Lajnah Politik dan Pilihan raya Pengerusi: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Timbalan: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Setiausaha: Datuk Takiyuddin Hassan Ketua Pengarah Pilihan Raya: Dato Mustafa Ali
2) Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pengerusi: Idris Ahmad Timbalan: Sallehen Mukhyi
3) Lajnah Dakwah Pengerusi: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan 1: Dr Nik Zawawi Salleh Timbalan 2: Mokhtar Senik
4) Lajnah Penerangan dan Perhubungan Media Pengerusi: Nasrudin Hassan Tantawi Timbalan: Datuk Nasurudin Daud
5) Lajnah Ekonomi & amp; Pengurusan Harta PAS Pengerusi: Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali Timbalan: Zaharuddin Mohammad
6) Lajnah Pendidikan Pengerusi: Datuk Mohd Amar Abdullah Timbalan: Zainal Abidin Kidam
7) Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & amp; Hal Ehwal Orang Asal Pengerusi: Razman Zakaria Timbalan 1: Dr Ali Akbar Timbalan 2: Mohamad Hussain
8) Lajnah Pekerja dan Pengguna Pengerusi: Mohd Taufek Abdul Ghani Timbalan: Abdullah Hussin
9) Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pengerusi: Datuk Takiyuddin Hassan Pengarah IT - Mohd Shuhaimi Embong
10) Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pengerusi: Dr Rosni Adam Timbalan 1: Dr Ridhuan Mohd Nor Timbalan 2: Datuk Nasuruddin Daud
11) Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Pengerusi: Datuk Seri Abdul Hadi Awang Timbalan: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
12) Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pengerusi: Datuk Wan Abdul Mutalib Embong Timbalan: Datuk Dr Mohamad Fadzli Hassan
13) Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Pengerusi: Sanusi Mohamad Nor Timbalan: Mohamad Hussain
14) Lajnah Perpaduan Nasional Pengerusi: Dr Najihatul Salihah Ahmad
15) Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pengerusi: Dr Ridhuan Mohd Nor Timbalan: Norazli Musa
16) Lajnah Hubungan NGO Pengerusi: Zainal Abidin Kidam
17) Lajnah Hal Ehwal Parlimen Pengerusi: YB Dato Hj Mahfuz Omar
18) Lajnah Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi
Pengerusi: Salahuddin Ayub
19) Lajnah Lembaga Pemerkasaan Parti Pengerusi: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan: Dr Rosni Adam
20) Lajnah Lembaga Pembinaan
Kompleks Pas Pengerusi: Datuk Iskandar Abdul Samad Timbalan 1: Mohamad Noor Mohamad Timbalan 2: Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali
21) Lajnah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Pengerusi: Datuk Seri Abdul Hadi Awang Pengarah: Dr Mohd Zuhdi Marzuki Timbalan: Zaharudin Mohammad
22) Lajnah Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Pengerusi: Datuk Iskandar Abdul Samad Timbalan: Hussin Ismail
23) Jabatan Pilihan Raya pas Pengerusi: Datuk Mustafa Ali
24) Harakah Pengerusi: Idris Ahmad Pengarah Urusan: Dr Rosli Yaakup Penasihat Editorial: Nasrudin Hassan Tantawi
25) Pejabat Presiden Pas Setiasaha Politik: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Setiausaha Sulit: Zaihan Mohd Daud Setiausaha Akhbar: - Pegawai Khas: Kamaruzaman Mohamad Pegawai Penyelidik: Abdul Malik Abdul Razak.
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa digugurkan daripada barisan kepimpinan PAS Kelantan apabila kabinetnya dibentuk semalam. Dalam kabinet baharu itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kekal sebagai pesuruhjaya manakala Datuk Dr Fadzli Mohamad dilantik timbalan pesuruhjaya, mengambil alih tempat bekas exco Kelantan itu.
Turut dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya adalah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Dr Johari Mat. PAS Kelantan juga mendapat setiausaha perhubungan yang baharu, apabila Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilantik menggantikan Zulkiflli Mamat yang kini dilantik sebagai pengarah pilihan raya.
Ketika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan, Husam merupakan orang kanan beliau dalam parti dan kerajaan. Husam dan rakan-rakan progresifnya dalam PAS tewas dalam pilihan raya pada awal Jun lalu. - 24 Jun, 2015. IH

Melawat Pesakit, Wanita Dilarang Pakai Seluar Pendek. Bagus, Menuju Negara Bermaruah!
SEORANG wanita diarah memakai tuala oleh pengawal keselamatan di Hospital Sungai Buloh untuk menutup lututnya sebelum memasuki bangunan hospital. Kejadian itu dikongsi oleh mangsa di akaun Facebook yang menggunakan nama "Nisha Daddygal" pada 21 Jun lepas.
Menurut Nisha, dia terpaksa meminjam tuala pesakit untuk melawat pesakit. Menceritakan kejadian, Nisha berkata ketika dia sampai di pagar hospital, terdapat beberapa orang pengawal keselamatan memberhentikannya dan berkata dia tidak boleh masuk kerana memakai seluar pendek.
Kerana tiada pilihan ayah Nisha terpaksa masuk ke dalam wad dan meminjam kain tuala pesakit dan memberi kain tuala itu kepadanya untuk menutup bahagian lutut dan pinggang. Menurut pegawal keselamatan itu, arahan itu dari kementerian keselamatan.
Bagaimanapun, Pengarah Hospital Sungai Buloh mengambil tindakan pantas dengan membuat permohonan maaf dan berkata perkara itu(menghalang pelawat memasuki bangunan kerana pakaian) bukan polisi dari hospital atau Kementerian Kesihatan.
Sebelum ini, beberapa kes yang hampir sama turut menggemparkan Malaysia -Siakapkeli.my
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagus, kerana ianya tindakan ke arah menuju negara bermaruah, membawa kebahgiaan di dunia dan akhirat. Sepatutnya banyak lagi jabatan-jabatan mengikutnya. Al-hamdulillah!
Renang Bogel Di Cuaca 11 Darjah Celsius.. Australia.
Festival renang bugil di Tasmania. ©Daily Mail
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
Berkerja di Australia..
Siri 1: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4... Siri 2: Inikah Rahsia Melancong Ke Australia, Demi Islam &...
Siri 3: Paling Sikit 30 Serangan Terhadap Muslim Australia...
Siri 4: Gadis Australia Ini Pula Diserang Islam.
SEBANYAK 752 orang dari pelbagai usia berenang bogel di tengah cuaca 11 darjah Celsius pagi ini di Sungai Horbart, Tasmania.
Mereka berani menceburkan diri ke laut di cuaca sejuk itu dalam rangka memperingati Festival Dark Mofo atau hari di mana siang sangat pendek dan malam sangat panjang tahun ini.
Acara nekad itu dianjurkan oleh Muzium of Old and New Art, seperti yang dilaporkan oleh surat khabar the Daily Mail, Isnin (22/6). Ratusan orang itu hanya memakai penutup kepala berwarna merah dan tuala di badan sebelum berlari menceburkan diri ke sungai sejuk.
"Ini peluang bagus buat telanjang," kata seorang peserta bernama Ben Coxen.
Ini adalah kali ketiga Festival Berenang Bogel Dark Mofo. Di tahun pertama peserta berenang telanjang itu ada 230 orang.
Dalam festival yang dilaksanakan selama 10 hari ini siri pameran seni unik dan persembahan, juga dipaparkan.
Kesimpulan:
Berita ini sekurang-kurang menjadi cabaran bagi pekarja-pekerja dari Malaysia yang bekerja di perkebunan Australia sekarang dalam cuaca yang agak sejuk. Mereka terus berpuasa dan berkerja dengan penuh cabaran. Terutamanya bagi pemuda-pemuda yang baru sampai ke sana.
Orang bukan Islam sanggup bermati-matian demi perjuangan mungkar dan maksiat mereka, mengapa orang beriman tidak sanggup berjuang untuk kebenaran dan keadilan agama kita sendiri?
Bersambung..
Ramadhan: Panas Sangat, Tidur Dalam Sungai..
Seorang warga Pakistan merendamkan tubuhnya ke air selama gelombang panas melanda wilayah Karachi (22/6).
Sebelum ini hampir 200 orang terkorban akibat cuaca panas melampau yang melanda Pakistan di Bulan Ramadan.
Sebelum ini hampir 200 orang terkorban akibat cuaca panas melampau yang melanda Pakistan di Bulan Ramadan.
Seorang pemuda Pakistan tidur terlentang di dalam air menjadi sejuk tubuhnya di atas perairan pantai selatan Pakistan di Karachi.
Suasana pantai selatan Karachi terlihat dipenuhi warga Pakistan yang merendamkan dirinya ke dalam air.
Mereka mendinginkan tubuh mereka di sebuah sungai selama gelombang panas melanda pinggiran Islamabad, selatan Pakistan.
Ramadhan tahun ini mencabar mereka. (IH)
Surat Khabar Bungkus Makanan.. Haram!
Mat (kiri) melancarkan Kempen Keselamatan Makanan di bazar Ramadan Arau, Kangar semalam.
PENGGUNA
KANGAR – Kerajaan negeri Perlis akan menguatkuasakan undang-undang bagi melarang penggunaan kertas surat khabar sebagai pembungkus makanan yang didakwa boleh menyebabkan penyakit kanser.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil negeri, Mat Hassan berkata, kertas surat khabar didapati digunakan secara meluas oleh peniaga di seluruh Perlis termasuk untuk membungkus pisang goreng dan kuih-muih.
“Sebenarnya, kertas surat khabar mengandungi bahan kimia berbahaya iaitu karsinogenik pada bahagian dakwatnya yang boleh menjejaskan sistem penghadaman seseorang selain meningkatkan kandungan toksik dalam badan manusia yang menjadi punca kanser,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Keselamatan Makanan di bazar Ramadan Arau di sini semalam. (kOSMO!)
Subscribe to:
Posts (Atom)