Thursday, July 09, 2015

Najib Dedah Petugas Khas Tidak Bebas? Perlu Cuti Segera. -T/Presiden PAS (88)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Menjadi satu kesilapan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi penerangan mengenai skop siasatan pasukan petugas khas yang sedang menyiasat dakwaan mengenai penyaluran dana 1MDB ke akaun peribadinya

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoal kenyataan Najib semalam di mana perdana menteri itu berkata siasatan yang sedang dilakukan sama ada dana 1MDB digunakan untuk kepentingan diri sendiri berasas atau pun tidak.

"Kenyataan itu mengundang persepsi bahawa pasukan petugas khas tidak bebas, sedang menerima arahan, atau melaporkan penyiatasan kepada Najib selaku orang yang sedang dituduh dalam kes ini.
"Ini tidak betul dan tidak baik untuk usaha Najib membersihkan namanya," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Najib mengulangi 
penegasan bahawa beliau tidak pernah mengambil dana firma pelaburan 1MDB untuk kepentingan diri beliau malah, satu pasukan sedang menyiasat sama ada tuduhan Wall Street Journal (WSJ) bahawa beliau mengambil dana itu untuk kepentingan peribadi, berasas ataupun tidak.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menyifatkan tindakan tersebut "lebih buruk" apabila pasukan itu dianggotai peguam negara, ketua polis negara, pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan gabenor Bank Negara yang dilihat sedang bekerja di bawah arahannya.

"Oleh itu, PAS sekali (lagi) menegaskan Najib perlu bercuti segera agar siasatan dilihat bersih.
"Jika tidak, Najib akan kelihatan bermasalah meskipun pasukan siasatan mendapati dakwaan ke atas beliau tidak benar," katanya.

Bekas pensyarah itu juga meminta supaya skop siasatan petugas khas menentukan sama ada benar dakwaan dana 1MDB dimasukkan ke akaun Najib dan menyiasat ke mana wang itu disalurkan termasuk cek dan individu yang menerimanya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata selain mengadakan serbuan, PAS mencadangkan supaya akaun 1MDB perlu dibekukan bagi membantu mempercepatkan siasatan.

"Diharap siasatan dapat diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakkan negara dan rakyat terus berada dalam keadaan gawat dan kebimbangan. Atas ini, selain menyerbu pejabat 1MDB, PAS mencadangkan agar akaun 1MDB juga dapat dibekukan untuk membantu mempercepatkan siasatan," katanya. (MK)

VIDEO: Aksi Panas Atas Katil Ayda Jebat Dan Zul Ariffin Pula..

HALAMAN HIBURAN

NAMPAKNYA tersiar di laman sosial hari ini sebuah video yang diambil sedutan dari drama MAID arahan Michael Ang yang tengah ditayangkan Astro sekarang yang telah menjadi bahan kritikan netizens. Mana tidakknya video berkenaan menunjukkan aksi panas dua pelakon terkenal iaitu Ayda Jebat dan Zul Ariffin sedang berpelukan di atas katil.

Selepas Ayda mengalih badannya tangan Zul Ariffin telah tersentuh bahagian 'dada' pelakon wanita berkenaan. BACA: Filem Atau Drama Tempatan Sindir, Persenda Dan Kritik Kerajaan Dilarang Tayangan Di Televisyen

Nampaknya aksi berpelukan tersebut sudah pasti tidak mematuhi akta Garis Panduan Penapisan Filem 2010 seperti yang telah ditetapkan apatah lagi dengan pekeliling baru yang dikeluarkan oleh Lembaga Penapisan Filem. Berikutan video itu, rata-rata netizens mempertikaikan adakah perlunya aksi-aksi berkenaan dilakonkan kerana ia sudah pasti merosakkan minda penonton.

Kalau berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), mana-mana adegan intim, ghairah dan romantik secara pelukan dan dakapan antara lelaki dan perempuan atau sejenis dalam drama/filem Melayu diharuskan dipotong.

Tetapi bagaimana adegan sebegini yang sepatutnya tidak ditayang terlepas untuk tontonan orang ramai. - Siakapkeli.my

Gambar Ini, Sempat Raba Punggung Lagi, Di Bulan Puasa..

SANGAT biadap, itulah salah satu ungkapan yang boleh digambarkan dengan beberapa keping gambar yang menunjukkan tindakan seorang lelaki meraba punggung wanita di tepi jalan.

Gambar berkenaan dikatakan telah diambil di Jalan Besar Kampung Jejawi Perlis pada ahad lalu.

Lelaki berkenaan yang melalui jalan tersebut telah mengganggu wanita-wanita berkenaan yang dipercayai warga Vietnam sebelum bertindak meraba punggung mereka.


Mangsa yang berjalan dengan rakan-rakannya nyata terkejut selepas lelaki itu menggenggam punggungnya.

Lelaki berkenaan yang melakukan perbuatan keji itu meneruskan atau beredar tanpa rasa bersalah seperti tidak berlaku apa-apa. Saksi yang merakam gambar berkenaan bertindak memecut kenderaannya untuk menghampiri lelaki berkenaan untuk mengambil gambarnya.

Tujuan mengambil gambar adalah untuk mengetahui identiti lelaki tersebut supaya senang untuk sebarang tindakan undang-undang diambil nanti. (Sumber- Siakapkeli.my)

Harga Rumah Melambung, Rakyat Britain Tinggal Dalam Bot.

AFP - DERETAN bot berlabuh di Terusan Regent, London pada 28 Mei lalu.

JOM KREATIF
LONDON – Harga rumah yang melambung tinggi di ibu kota Bri­tain, London mendorong lebih ramai penduduk untuk tinggal di dalam bot berikutan kosnya yang jauh lebih murah. Bilangan bot juga semakin me­ningkat sehingga menyebabkan rangkaian sungai dan terusan di bandar raya itu sesak.

“Sudah menjadi perkara biasa untuk orang ramai tinggal di dalam bot kerana mereka tiada pilihan,” kata seorang pekerja pendidikan berusia 39 tahun, Jim Bryden.

Bryden tinggal di dalam botnya, Violent Mae bersama teman wanitanya sejak dua tahun lalu.

“Saya pernah berkenalan dengan warga kota lain yang membeli bot pada harga £10,000 (RM55,364) selepas mereka menerima notis dua minggu untuk mengosongkan flat mereka,” tambahnya.

Menurut Bryden, bot mewah yang harganya mencecah £100,000 (RM553,646) adalah jauh lebih murah berbanding purata harga rumah di London yang mencecah £500,000 (RM2.76 juta).

Selain menginap di bot, bilangan penduduk kota metropolitan itu yang memilih untuk menyewa kabin kenderaan air tersebut juga semakin bertambah. Rata-rata kos sewa rumah di London mencecah separuh daripada gaji pekerja biasa.

Menurut sebuah yayasan yang menguruskan laluan air di London, bilangan bot di kota raya itu me­ningkat sebanyak 85 peratus sejak setahun lalu. Walaupun tinggal di bot agak remeh kerana penghuninya terpaksa membersihkan tangki tandas, mendobi di luar dan risiko pencuri, mereka memiliki lebih kebebasan bergerak dan bersosial bersama penghuni bot lain. – AFP

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4) 

Video Hadiah Ramadhan 2015: Hikmah & Amalan Puasa.. -Ustaz Azhar Idrus

Video: Hikmah dan Amalan Puasa di Bulan Ramadhan Ceramah Terbaru Ustaz Azhar Idrus 2015.
 
Ustaz Azhar Idrus: Kuliah Ramadhan dan Soal jawab.
 

Orang Balik Pulau (P.Pg), Kini Berada Di Christmas Island, Australia.. Tolong Sambut!

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

Berkerja di Australia..

SAJA aku pilih tajuk ini, sekurang-kurangnya untuk memberi tahu, bahawa di Chrismas Island, Australia, ada orang kampungku yang menetap di sana sejak kira-kira hujung tahun 1960an atau awal tahun 1970an lagi.

Aku rindu kepadanya. Bukan kerana Melayunya, tetapi kerana Islam di samping Melayu sebagai bangsanya yang kebetulan sama dengan bangsaku. Dia itu kawan abangku. Nama abangku Omar Hasyim dari kampong Perlis Balik Pulau. Namanya ialah Abdul Latif, tinggal di Sungai Rusa Balik Pulau. Dia sering ke rumah  kami, dulunya.
Pekan 'Kongsi' Balik Pulau, walaupun gambar ini baru diambil, tapi masih nampak klasik, macam di tahun 1970an..
Dia adalah pemuda terkenal kampungku. Ada suatu keistimewannya waktu itu. Dia terkenal sebagai 'bomoh patah'. Entah apa musibah melanda daerahku masa itu, setiap minggu ada saja kanak-kanak yang terjatuh, patah tangan atau kakinya. Maka dia muncul sebagai juara pengubatnya. Terkenal di mana-mana, anak muda bomoh patah.

Tiba-tiba dia hilang dari kampong, khabarnya dia dijemput bekerja atau berkhidmat di sebuah klinik di Australia, di tempat ramai orang Melayu iaitu di Christmas Island. Kalau betul berita ini, dia atau warisan keluarganya masih tinggal di sana, dan berita penulisan ini sampai kepada mereka, tolonglah beri sambutan... kerana saya akan ziarah ke sana, insya Allah!
Christmas Island.
Christmas Island.

Christmas Island atau Pulau Natal merupakan salah satu pulau teritorial Australia yang berlokasi di Asia Tenggara, tepatnya di Samudera Hindia. Luasnya hanya sekitar 135 kilometer persegi dengan empat area pemukiman di ujung utara pulau yakni Flying Fish Cove, Silver City, Poon Saan dan Drumsit. 

Pengambilan nama Christmas berkaitan dengan penemuan pulau tersebut oleh seorang Inggeris Captain William Mynors pada saat natal tahun 1643 silam. Meski telah ditemukan, Christmas Island baru muncul di peta pada abad ke-17 masehi. Hingga kini, pulau tersebut menjadi destinasi migrasi bangsa Asia Afrika, termasuk muslimin.

Berdasarkan CIA World Factbook, populasi muslim di pulau tersebut bekisar sekitar 25 persen dari total penduduk 1,496 jiwa. Sebahagian besar mereka merupakan imigran etnik Melayu. Namun etnik tersebut bukanlah migran majoriti. 

Terdapat beragam etnik pemukim daratan yang hanya berjarak 500 kilometer dari Jakarta, Indonesia, diantaranya Anglo Australian, Eropah, Han China dan sebagainya. Namun Tionghoa Hokkien lah yang paling mendominasi populasi. Tak hairan, paham Budha yang menjadi majoriti agama di pulau kaya hutan tropika tersebut. 

Lebih rinci, penganut Budha terdata sebanyak 36 persen dari total populasi, kemudian Kristian Katholik 18 persen, serta kepercayaan lain sepeti Baha'i, Tao dan Konghucu sebanyak 21 persen.
Satu-satunya masjid di Christmas Island nampak sangat padat ketika hari Jumaat tiba.

Islam

Dengan demikian, Islam menjadi agama majoriti kedua di pulau tersebut. Dikatakan, pulau tersebut asalnya tak memiliki penghuni asli. Penduduknya merupakan migran yang sebahagian besar mencari status kewarganegaraan dari pemerintah Australia.

Jangan terkejut, jika berkunjug ke Christmas Island sekarang, anda akan temui ramai pendatang asing disana. Jasa mereka amat besar kerana membawa dan menghadiahkan ajaran Islam ke pulau di selatan Indonesia itu. Komuniti Muslim lebih banyak tinggal di Flying Fish Cove atau dikenal pula dengan nama "Kampong" atau hanya disebut sebagai "Settlement" di dalam gambaran peta. 

Kawasan inilah yang menjadi pemukiman bangsa Inggeris pertama pasca penemuan pulau. Kampong memiliki sebuah pelabuhan kecil yang menjadi tempat kapal pelancong biasa berlabuh. Pemandangannya sangat cantik dengan garis pantai yang elok dipandang mata. Muslimin hidup damai ditengah beragamnya etnik di pulau migran itu.

Pemerintah setempat menerapkkan cuti untuk hari besar tiap etnik dan umat beragama. Dua hari raya, yakni Idul Fitri dan Idul Adha pun ditetapkan menjadi hari libur. Beragam festival budaya Islam pun diizinkan. Sebagaimana di Indonesia dan Malaysia, muslimin Christmas Island pun mengumumkan perayaan Islam tradisional.

Peringatan hari kematian, pengajian, khitan, syukuran, dan perayaan lain pun dibolehkan warga muslim Christmas Island. Terdapat pula tradisi muslim lain di pulau Samudra Hindia tersebut, yakni adanya kewajiban mengenakan baju muslim atau yang menutup aurat bagi setiap pengunjung kawasan Kampong.  Aturan tersebut telah membudaya di kawasan pulau dan tak ada yang merasa keberatan.

Muslim setempat yang memang didominasi Melayu terbiasa mengenakan sarung, baju koko dan peci. Beberapa diatara mereka pun mengenakan gamis berwarna putih. Tak terdapat perbedaan dengan muslim di Indonesia ataupun Malaysia.

Awal mula masuknya Islam ke pulau sangat erat dengan distribusi bangsa Melayu dari Asia Tenggara. Dimulai abad kelima masehi, Melayu sudah aktif berpergian dengan adanya perdagangan. Hingga abad ke-15, kegiatan perdagangan terus dilakukan nenek moyang kita ini meski saat itu telah memasuki era kolonial. 

Dari perdagangan tersebutlah terjadi eksodus bangsa Melayu dari nusantara, termasuk Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand dan Filipina. Selain perdagangan, banyak pula disebutkan beberapa kepindahan bangsa Melayu akibat adanya pembuangan hamba dan pengasingan politik yang marak di sekitar abad 17.

Isu pencari suaka di Christmas Island mulai mencuat di tahun 1980an dengan mendaratnya kapal sejumlah imigran pencari suaka dari Indonesia. Sejak itu semakin banyak kapal-kapal lain yang mengangkut sejumlah pencari suaka. Pada tahun 2001, begitu banyak pencari suaka asal Timur Tengah. Tercatat dalam setahun lebih dari 6,500 pengungsi meminta suaka Australia.

Sebahagian besar mereka berasal dari Irak, Afghanistan dan Sri Lanka yang diangkut kapal dari Indonesia. Selama ini Australia memang menghadapi masalah pelik berkaitann pencari suaka. Sebuah penahanan imigrasi center pun kemudian dibuat di Christmas Island. Sebelumnya, Muslimin Christmas Island sangat antusias menyambut baik para pendatang pencari suaka.

Mereka bahkan membuat perayaan kecil ketika ada kapal pengangkut muslimin mendarat di pulau. Namun jumlah pencari suaka yang terus meningkat membuat Muslimin semkin lama semakin gerah. Mengingat tak sedikit dari para pencari suaka yang kemudian mengganggu komuniti muslimin penduduk setempat.

"Ketika kapal mulai berdatangan, kami memandang mereka sebagai pencari bantuan dan kami pun ingin membantu sebagai sesama muslim. Namun kemudian perahu terus datang dan datang dan orang-orang mulai berbicara hal yang berbeda," ujar Abdul Ghafar, imam masjid Christmas Island.

Muslimin Christmas Island pun merasa skeptis dengan legitimasi para pencari suaka. Apalagi melihat banyaknya anak-anak yang ikut serta dalam kapal para pencari suaka. Belum lagi banyaknya korban berjatuhan di tengah laut sebelum mendarat di pulau.

"Kami mulai persoalkankan pendatang baru itu benar-benar kesulitan atau hanya beralasan ekonomi. Komuniti kami sangat terganggu dengan banyaknya nyawa yang hilang di antara para pencari suaka saat berlayar di laut," tutur Ghaffar dikutip The Daily Telegraph.

Satu-satunya masjid di Christmas Island nampak sangat padat ketika hari Jumaat tiba. Meski terganggu, muslimin setempat tentu tak melarang para pencari suaka untuk melaksanakan shalat Jumaat. Itu hak ibadat mereka. Mengingat saat itulah para pencari suaka diizinkan keluar dari pusat penahanan imigran. Maka tumpah ruahlah jama'ah masjid tak seperti hari bisa. 
Foto : Imam Abdul Ghaffar at Flying Fish Cove on Christmas Island. Picture: Toby Zerna Source: news.com.au

Terdapat satu masjid yang menjadi pusat kegiatan agama muslim setempat. Masjid At-Taqwa, demikian nama masjid tersebut. Beberapa muslim juga menyebutnya sebagai masjid kampong kerana lokasinya di Teluk Kampung pulau. Kerana muslimin Christmas Island didominasi etnik Melayu, maka bentuk masjidnya pun sangat mirip dengan masjid-masjid di Indonesia. Atapnya tak berbentuk kubah, melainkan merucut. 

Masjid tersebut sangat sederhana dengan ukuran yang standart. Meski demikian, terdapat sebuah menara yang bentunya unik dan dapat dilihat dari jauh. Disekitar bangunan masjid banyak pepohonan kelapa rendang. Pemandangan laut pun dapat dilihat dari masjid. Sehingga meski masjid tersebut tak megah namun terlihat sangat indah.

Tak hanya sebagai tempat ibadah, para muslimin pun rutin mengajar pelajaran agama disana. Bahkan terdapat sebuah madrasah yang dibangun di halaman masjid. Para anak muslimin mempelajari baik ilmu Islam ataupun umum disana. Sistem pembelajarannya pun begitu ketat dengan waktu belajar setiap harinya dimulai sejak pukul 03.30 waktu setempat.

Masjid tersebut dikelola oleh Dewan Islam Federasi Australia (AFIC) di Christmas Island. Mereka pun bertanggung jawab dalam setiap kegiatan musimin serta partisipasi masyarakat Muslim dalam kegiatan tersebut. AFIC pertama kali terbentuk di tahun 1976 dengan base awal di Melbourne. Merekalah yang berperanan dalam menyuarakan hak muslim, termasuk dalam politik Australia.
Masjid Malaysia Christmas Island 1938...
Adapun sejak bila muslim Christmas Island memiliki masjid, tak jelas khabarnya. Tak terdapat keterangan sejak bila pula masjid At-Taqwa dibangunkan. Namun diberitahu dalam Arsip Nasional Australia, terdapat foto sebuah bangunan yang diidentifikaksi sebagai sebuah masjid bernama 'Masjid Malaysia' di Christmas Island. Foto tersebut diambil pada tahun 1938.

Namun telah nampak bangunan tersebut telah berdiri kokoh dan menjadi pusat aktiviti muslimin. Hanya saja bentuknya tak sama dengan masjid At-Taqwa saat ini. Masjid Melayu dalam foto tersebut nampak sangat tradisional dan sangat khas melayu. Luasnya tak seberapa, dengan penanda masjid hanya bulan sabit kecil di ujung atap.
.
Tapi pada saya, yang jelas, kelirunya. Yakni, perkataan 'Malaysia' belum ada lagi pada tahun 1938.. Yang ada perkataan 'Malaya' atau 'Persekutuan Tanah Melayu'. 

Akan bersambung kepada kisah Orang Melayu di Pulau Kokos Australia atau Keeling Island pula.. Kalau tiada halangan, saya akan ke sana.

Insya Allah.

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
8 Julai 2015 KL 

An Introductian To Christmas Island -Steven Tan Dokumentary 1977 (4/8)

Malay Kampung Concert 1988 -Christmas Island (1/3)

Wednesday, July 08, 2015

Najib Tak Perlu Undur Masa Siasatan -Kata B/Peguam Negara. Lega! (87)

Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah perlu digunakan dalam kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak. - Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Julai, 2015.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Walaupun gesaan supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sementara siasatan dijalankan mengenai dakwaan RM2.6 bilion dikreditkan ke dalam akaun di bawah namanya, bekas peguam negara menjelaskan tidak ada keperluan undang-undang yang memaksa perdana menteri berbuat demikian.

"Tiada keperluan undang-undang untuk perdana menteri mengosongkan jawatannya semasa siasatan dijalankan.
"Tambahan pula, tidak terdapat bukti perdana menteri campur tangan dalam penyiasatan pasukan petugas khas," kata Tan Sri Abu Talib Othman kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukan petugas itu yang terdiri daripada Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Bank Negara Malaysia perlu menyelesaikan tugas secepat mungkin kerana ia melibatkan kedudukan perdana menteri.

"Pasukan petugas khas mempunyai kuasa penyiasatan luas dan perlu menyelesaikan kes seberapa segera yang mungkin. Ia harus bertindak secara profesional dan mengeluarkan keputusan serta menafikan dakwaan terhadap perdana menteri jika beliau tidak terlibat," katanya.


Abu Talib yang juga peguam negara paling lama berkhidmat di antara 1980 dan 1993, berkata tidak ada bukti Najib campur tangan dalam siasatan yang dijalankan, termasuk "mengganggu" saksi.

"Ini siasatan mudah dan biasa sekiranya saksi dan dokumen terbatas dalam negara ini.
"Tidak ada keperluan bagi Najib berundur atau bercuti hanya kerana beliau sedang disiasat," katanya.

Abu Talib berkata, prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah juga perlu digunakan kepada Najib. Beliau berkata, senario berbeza jika siasatan mendapati terdapat lebih daripada bukti yang mencukupi mengaitkan Najib dengan kesalahan jenayah.

"Bagaimanapun, ia terpulang kepada peguam negara untuk membuat keputusan, sama ada untuk mendakwa," katanya.

Semalam, pasukan petugas khas mendedahkan ia membekukan 6 akaun bank dalam siasatan mereka setakat ini dan turut merampas dokumen berkaitan 17 akaun di 2 bank untuk siasatan lanjut ..

Walaupun kenyataan dikeluarkan pasukan itu tidak menamakan bank terlibat, juga tidak menyatakan sama ada mana-mana akaun milik kepada perdana menteri, sumber The Malaysian Insider memberitahu, 3 daripada 6 akaun bank yang dibekukan adalah kepunyaan Najib.

Sumber mendedahkan kepada The Malaysian Insider, 2 akaun adalah daripada Ambank dan Affin Bank. Terdahulu semalam, aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, dalam satu mesyuarat khas bersama ahli Parlimen, kumpulan bukan kerajaan dan ahli politik, berkata Najib perlu bercuti sementara siasatan terhadapnya sedang berjalan.

"Perdana Menteri perlu bercuti. Pemimpin pembangkang harus pergi dan berjumpa beliau dan meminta beliau berbuat demikian.
"Siasatan sedang berjalan dan kita tidak akan mendapat siasatan adil jika beliau masih perdana menteri," kata Ambiga sambil menambah pilihan raya baharu perlu diadakan dalam tempoh setahun.

Majlis Pimpinan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Isnin menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Najib mengambil cuti sementara siasatan diteruskan. Presidennya, Hanif mahpa juga mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hanif berkata, jika kerajaan gagal mengambil tindakan dan menghentikan penyelewengan dana negara, pelajar tidak akan teragak-agak mengadakan bantahan besar-besaran yang terdiri daripada pelajar universiti seluruh Negara.
Pemantau pilihan raya Bersih 2.0 juga menuntut supaya Najib mengosongkan semua jawatan kerajaan sementara pihak berkuasa menyiasat dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) dan laman pendedah maklumat Sarawak Report.

Bersih juga mengancam mengadakan perhimpunan besar-besaran jika tiada jawapan daripada perdana menteri berhubung kemelut 1MDB itu. Jumaat lepas, WSJ mendakwa AS $ 700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke akaun bank peribadi Najib di AmPrivate Bank, sebelum pilihan raya umum ke-13.

Najib menafikan dakwaan itu dan berkata tidak pernah mengambil sebarang dana daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi, serta menyalahkan pendedahan terkini kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang beberapa bulan kebelakangan ini menggesa peletakan jawatannya.

Najib mengancam menyaman WSJ tetapi akhbar perniagaan itu semalam membalas dengan menyiarkan dokumen atas talian yang memperincikan pergerakan wang berkenaan. Semua dokumen itu menurut WSJ diperoleh daripada "siasatan kerajaan Malaysia" termasuk borang permohonan kiriman wang, surat kuasa deposit tunai dan carta aliran wang.

Dalam borang berkenaan, butiran pembayaran disenaraikan sebagai pemindahan dana untuk "program CSR". - 8 Julai, 2015. (TMI)

"Lega, Nu.." Mungkin begitu kata hati Najib.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails