Friday, July 24, 2015

Isu 'couple seat': Ini Hasil Baik Pertembungan PAS/GHP?


ADAKAH ini kesan baik dari pertembungan PAS dengan bakal GHP (Gerakan Harapan Baru?


Agenda Daily melaporkan, PAS Perak telah memalukan DAP dengan menolak gesaan parti itu agar larangan pasangan kekasih menonton wayang di pawagam menggunakan kerusi berkembar dibatalkan dan ditarik balik. 

Bagi PAS Negeri Perak arahan pihak berkuasa itu dalam isu ini releven serta tujuannya tidak lain bagi membendung gejala social dan membendung maksiat dikalangan umat lslam. Dengan itu keengganan PAS negeri itu ia dilihat satu tempelak kepada DAP Perak yang merasakan mereka masih boleh mengarah atau memaksa PAS negeri itu ikut telunjuk macam zaman dahulu-dahulu. 

Keberanian PAS negeri  dilihat lebih-lebih lagi sejak DAP memutuskan hubungan dengan PAS dan mengistiharkan Pakatan Rakyat, dimana PAS sebagai stakeholder, berkubur. Peristiwa terbaru ini, dalam  kancah hubungan DAP dan PAS bukan saja menjadi bualan paling panas di negeri ini malah menjadikan DAP bahan ketawa dikalangan umat lslam. 

Yang pasti DAP sudah tidak ada taring di Perak dalam isu-isu agama seperti berlaku dalam isu larangan pasangan lslam bukan mahram menggunakan kerusi berkembar ketika menonton wayang di pawagam. Tak salah jika umum mengira dalam isu membabitkan agama seperti hudud sebagai satu contoh, sejak PAS berpecah dengan DAP, umat lslam di Perak bersatu hati memperjuangkannya. 

Perlu juga disebut Pemuda PAS negeri juga menyokong pihak berwajib yang melarang “muslim couple” menggunakan kerusi berkembar ketika menonton di pawagam.
Ketuanya, Akmal Kamaruddin memuji tindakan sebuah pawagam di Seri Iskandar yang menguatkuasakan larangan ke atas pasangan bukan mahram menggunakan kerusi berkembar ketika menonton wayang. Isu kerusi berkembar menarik perhatian apabila Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) menarik balik arahan kepada Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar yang mahukan peraturan itu dimansuhkan. 

Dengan itu pawagam ini dilarang  membenarkan pasangan kekasih (bukan mahram)  menggunakan  'couple seat'. Turut memperjuangkan isu sama termasuklah  Mufti Perak, Tan Sri  Harussani Zakaria yang mendesak pihak berkuasa supaya operasi panggung wayang dikaji semula kerana ia merupakan satu bentuk maksiat yang merosakkan akidah umat Islam. 

Untuk rekod, terdapat beberapa buah university dan IPT (termasuk swasta) seperti UTP (Universiti Technology Petronas) dan UiTM di kawasan ini. Para penuntut Melayu secara “coupling” sering menggunakan pawagam untuk “berdating”.
Hal begini menjadikan masyarakat di kawasan Perak Tengah naik bosan dan muak gelagat para remaja ini serta mahu perkara ini diberi perhatian serius. Lebih-lebih lagi ada yang bersikap tidak senonoh ketika menonton bersama-sama pasangan mereka. Ketika mengulas lanjut, Harussani  berharapa pemberian lesen untuk premis panggung wayang juga harus dipertimbang dan diambil perhatian semua majlis perbandaran.
"Panggung wayang itu sendiri sudah maksiat, apatah lagi duduk di kerusi bersama-sama pula . . .  itu menggalakkan orang untuk buat maksiat di dalam panggung.
"Sepatutnya tidak perlu diberi lesen, mereka bukan hendak tengok wayang tetapi mahu beromen di dalam itu," katanya.
Beliau berharap  pencegah maksiat  mengambil perhatian isu ini dan melihat tumpuan operasi bukan sahaja di panggung-panggung wayang malah banyak lagi lokasi berlainan.
"Pihak pencegahan maksiat perlu lihat bukan sahaja di panggung wayang, di mana-mana pun kalau mereka belum kahwin dan duduk berdua-duaan, tangkap sahajalah," katanya.
"Kita beria-ria habiskan wang untuk tujuan dakwah namun pihak kita sendiri yang galakkan maksiat.
"Sudahlah wayang pun tunjuk cerita beromen, orang yang tengok ini pun hendak beromen di kerusi masing-masing, saya tidak faham kenapa ini semua terjadi,"tanyanya.
Seperti biasa sedang isu ini mendapat perhatian kaum muslim, DAP di Perak (juga di tempat lain) sering dilihat membantah isu-isu yang diperjuangkan umat lslam. Dulu, isunya hudud dan penggunaan kalimah Allah, kini di Perak, isunya ialah isu kerusi berkembar pula.
Satu kenyataan media Setiausaha Politik kepada Pengerusi DAP Perak, Chong Zhemin dilapor menggesa MDPT supaya menarik balik arahan LFS di Seri Iskandar supaya tidak membenarkan pasangan kekasih menggunakan kerusi berkembar. Bosan barangkali dengan sikap double standard DAP Perak, PAS negeri membidas DAP kerana saranan dangkal ini.
Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria berkata isunya ialah mengenai enforcement undang-undang.
“Ini kerana PAS Perak melihat isu itu sebagai satu tindakan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkenaan bagi membendung gejala sosial dan kemaksiatan di kalangan umat Islam yang perlu dipatuhi menurut hukum agama.
 DAP katanya tidak sepatutnya menunjukkan seolah-olah mereka mempunyai kuasa `super power’ untuk mengarahkan pihak MDPT supaya menarik balik arahan itu yang kononnya boleh menjejaskan iklim pelaburan dan kedatangan pelancong di negeri ini.
"PAS Perak tidak menyokong tindakan DAP dalam isu ini kerana ia melibatkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pasangan bukan mahram yang tidak mempunyai ikatan sah menurut hukum agama yang mesti dipatuhi," katanya.
Bagi Pemuda PAS Perak tindakan pihak pengurusan pawagam LFS itu amat dipuji dan diharapkan tindakan seumpama itu dapat diikuti oleh seluruh pawagam di negeri Perak. Pihaknya menganggap tindakan melarang pasangan bukan mahram menggunakan kerusi berkembar itu merupakan satu permulaan yang amat baik kearah membendung gejala sosial dan maksiat yang boleh merosakkan akidah umat Islam.
"Kita mengharapkan tindakan larangan ini akan berterusan sehingga kearah `pawagam patuh syariah’ 100 peratus di mana pelaksanaannya meliputi disemua pagawam di seluruh negeri Perak," kata Akmal lagi.
Pihak media difahamkan arahan melarang couple bukan mahram kalangan muslim menggunakan couple seat dikeluarkan pada pertengahan 2014 lagi. Ahli Majlis Daerah Seri Iskandar, Khairul Shahril Mohamed berkata, arahan itu dikeluarkan  selepas pihak pengurusan pawagam membuat permohonan untuk membuka panggung wayang di kawasan itu.
Katanya satu kajian dan tinjauan telah dibuat oleh wakil Ahli Majlis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk mendapatkan reaksi orang ramai, disamping meninjau beberapa pawagam sekitar Kedah dan Kelantan. Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, pihak  pawagam LFS diberi tanggungjawab  memastikan agar pelanggan mematuhi syarat yang ditetapkan.

Apakah ini hasil awal dari kesan baik, hasil dari pertembungan PAS lawan GHP/DAP? (IH)

Lihat sebelum ini..

Thursday, July 23, 2015

Kenyataan Anwar/Kit Siang Dialu-alukan Mohamad Sabu...


Gerakan Harapan Baru (GHB) mengalu-alukan kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pemimpin DAP Lim Kit Siang berhubung penubuhan permuafakatan politik baru yang lebih utuh.

Pengerusi GHB Mohamad Sabu berkata kenyataan kedua-dua pemimpin itu selari dengan hasrat gerakan itu untuk menghidupkan semula gerakan kerjasama parti politik dengan NGO dan rakyat dengan lebih utuh selepas Pakatan Rakyat berkubur.

Dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu serta ramalan harga minyak mentah yang menurun, ia sekaligus menjadikan Malaysia tidak berdaya saing sebagai destinasi pelaburan, kata pemimpin yang lebih dikenali Mat Sabu.

Apatah lagi, katanya, negara kini berdepan dengann situasi yang sangat meresahkan dengan dakwaan skandal kewangan, kenaikan harga barang akibat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta krisis nilai ringgit.

"Maka bagi Harapan Baru, pembentukan muafakat baru seperti yang dinyatakan, sangat kritikal pada waktu ini, untuk memimpin kebangkitan rakyat dan anak muda dalam misi "Menyelamatkan Malaysia" dari bencana kemusnahan hasil dari kegagalan pentadbiran Umno, BN," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Dalam perutusannya, Anwar mengumumkan usaha mewujudkan pembentukan muafakat baru progresif yang merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan BERSIH, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru.

Malah, Kit Siang juga berkata, wakil daripada parti pembangkang - kecuali PAS - sudah memulakan rundingan bagi membentuk gabungan baru menggantikan Pakatan Rakyat ekoran PAS membuat keputusan memutuskan kerjasama politik dengan DAP dalam muktamar pada bulan lalu.

Bagaimanapun, PAS kini mengambil sikap 'tunggu dan lihat' berhubung cadangan penubuhan pakatan baru pembangkang yang akan tubuhkan tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, Mohamad menyeru kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama untuk bergerak bersama GHB untuk menyelamatkan negara.

"Pada masa sama, Harapan Baru juga mahu menyeru kepada seluruh rakyat negara ini, tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama untuk bergerak bersama kami dan muafakat baru ini bagi menyelamatkan negara ini," katanya lagi. (IH)

Siti Zailah Desak Hukum Pemimpin Tubuh GHB?







Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan Siti Zailah Mohd Yusof, antara satu dari tiga Dewan PAS di Kelantan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri itu mendesak kepimpinan parti menjalankan satu prosiding tindakan tatatertib kepada pemimpin PAS susulan rancangan mereka manubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Mereka berkata tindakan perlu ekoran penglibatan beberapa tokoh PAS masih berjawatan dalam parti termasuk wakil rakyat PAS dalam ceramah pengisytiharan Gerakan Harapan Baru (GHB) di Kota Bharu baru-baru ini.

Dalam kenyataan bersama mereka, keempat-empat sayap PAS itu menganggap tindakan kumpulan pemimpin PAS itu sebagai "terbukti telah melakukan tindakan yang merugikan parti."

"Ia termasuklah menyampaikan ceramah di hadapan khalayak dan mempertikaikan PAS secara terbuka di dalam majlis ceramah tersebut.
"Kami sepenuhnya berpendirian bahawa tindakan tatatertib wajb diambil bagi menjaga keutuhan dan kestabilan parti dari diganggu gugat pihak yang mendakwa sebagai penyokong-penyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) ini," kata mereka.

Desakan tersebut dinyatakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS negeri Datuk Hassan Mahmood, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Dewan Pemuda Ahmad Fadli Shaari dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Lim Guan Seng. (IH)

Terlalu Taksub, Wanita Ini Kahwin Dengan Anjing..




kahwin dengan anjing

Belanda : Sebilangan kecil masyarakat Barat punya ketaksuban terhadap sesuatu yang melampaui batas. Cerita ini adalah salah satu buktinya.

Seorang wanita, Dominque Lesbirel, sangat kecewa dan sedih apabila ‘suami’ yang menjadi temannya selama 16 tahun, Doerack mati akibat kegagalan buah pinggang.

Situasi ini tidaklah sukar untuk dibayangkan memandangkan ramai yang pernah mengalaminya. Namun, jangan terkejut jika diberitahu, Doerack sebenarnya adalah seekor kucing!

Dan kini, Lesbirel telah menemui ‘cinta’ baharu, Travis. Jika Doerack adalah seekor kucing, Travis pula adalah seekor anjing. ‘Perkahwinan’ Lesbirel dengan Travis akan disempurnakan melalui sebuah laman web, marryyourpet.com.

Seperti juga proses perkahwinan normal sesama manusia, ia perlu dimulakan dengan prosedur permohonan perkahwinan terlebih dahulu. Selepas perkahwinan disahkan, ‘pasangan’ akan diberikan sijil perkahwinan.

Laman web marryyourpet.com diwujudkan pada tahun 2003, dan ia diwujudkan untuk menggalakkan pemilik agar tidak membuang haiwan peliharaan mereka. (Stv)

Maklumat Tambahan:


5 Perkahwinan Manusia Dengan Binatang



Berikut 5 perkahwinan antara manusia dengan binatang yang telah berlaku di dunia. Ada yang rela, dan ada juga yang terpaksa. Sebagai manusia normal dan beragama, harapnya kita semua dijauhkan daripada mende ini.

1998 - Lelaki Mengaku Berkahwin Dengan Kuda


Mei 1998 - The Jerry Springer Show mempunyai sebuah episod bertajuk "I Married a Horse!". Rancangan tersebut akhirnya tidak disiarkan oleh kebanyakan stesen televisyen seperti yang dirancang. Kemungkinan disebabkan oleh kebimbangan tentang kebolehterimaan penyiaran sebuah episod di mana seorang lelaki mengaku mempunyai hubungan emosi dan seksual dengan seekor kuda. Lelaki dan kuda tersebut kemudiannya terlibat dalam sebuah dokumentari British untuk membincangkan hubungan mereka. - Wikipedia


Dipetik daripada satu sumber lain, George Willard (juga dikenali sebagai Mark Matthews) menjadikan kudanya Pixie sebagai isteri. Dia muncul dalam episod The Jerry Springer Show yang tidak disiarkan tetapi lebih terkenal setelah muncul dalam dokumentari British bertajuk "Hidden Love: Animal Passions".


2006 - Ditangkap Melakukan Hubungan Seks Dengan Kambing


Di Sudan, seorang lelaki bernama Tombe telah dipaksa untuk menjadikan seekor kambing sebagai "isterinya". Kejadian itu berlaku selepas pemilik kambing, Alifi berjaya menangkap Tombe yang sedang melakukan hubungan seks dengan kambing miliknya. Alifi memberitahu sebuah akhbar bahawa dia terdengar bunyi bising pada tengah malam 13 Februari dan segera bergegas ke luar. Pesalah kemudiannya dihadapkan kepada penduduk kampung yang lain dan mereka bersepakat untuk mengarahkan pesalah membayar mas kahwin sebanyak 15,000 dinar Sudan ($50) kepada pemilik kambing.

"Mereka berkata saya tidak perlu membawanya kepada pihak polis, tetapi biarlah dia membayar mas kahwin untuk kambing saya kerana ia digunakan sebagai isterinya," kata Alifi. - BBC News

Pada tahun 2007, kambing yang menjadi mangsa kerakusan nafsu Tombe dilaporkan telah mati tercekik akibat makan sisa beg plastik buangan - BBC News
2006 - Wanita India Jatuh Cinta Dengan Ular


Jun 2006 - Seorang wanita India dari Bhubaneswar, Orissa, dikatakan jatuh cinta dengan seekor ular dan telah berkahwin dengan binatang tersebut dalam upacara perkahwinan tradisional Hindu yang disambut oleh 2000 tetamu. Dia mendakwa bahawa satu ikatan persefahaman wujud antara mereka berdua. Wanita itu sebelum ini sakit dan kembali pulih selepas memberikan susu kepada ular itu dan dalam masa yang masa dia jatuh cinta. Satu penyiasatan oleh wartawan majalah HarperMischa Berlinski mengatakan bahawa ular itu mungkin tidak wujud sama sekali dan kejadian itu telah dirancang secara berperingkat disebabkan pergelutan kuasa tempatan antara pemimpin-pemimpin aliran Vaishnav. - Wikipedia

2007 - Anjing Dijadikan Isteri Untuk Buang Malang


Selvakumar adalah seorang petani berusia 33 tahun (pada tahun 2007). Dia telah berkahwin dengan seekor anjing betina yang diberi nama Selvi untuk menebus kesilapannya yang lalu. Sebelum ini, dia pernah merejam dua ekor anjing sehingga mati dan menggantung anjing-anjing tersebut di atas pokok.

Selepas kejadian itu, kaki dan tangannya lumpuh. Dia hilang pendengaran pada sebelah telinga dan pertuturannya terjejas. Bantuan para doktor tidak dapat memyembuhkannya. Dia percaya perbuatan terkutuk sebelum ini telah membuatkan dirinya menderita. Kemudian Selvakumar merujuk kepada ahli astrologi yang menasihati beliau supaya meneruskan perkahwinan pelik ini. Ia telah dijalankan mengikut upacara perkahwinan tradisional Hindu di sebuah kuil di Tamil Nadu, India. - PELIK ORG

2010 - Dipaksa Berkahwin Dengan Lembu


Ngurah Alit ialah seorang penganggur remaja Bali berusia 18 tahun dan tinggal di sebuah kampung tepi laut Yeh Embang di Jembrana. Dia telah ditangkap dalam keadaan telanjang sambil posisinya di belakang seekor lembu di sebuah sawah padi di sini. Penduduk kampung percaya dia telah melakukan hubungan seks dengan lembu berkenaan.

Dalam pembelaannya, Alit mengakui perbuatan kebinatangannya tetapi mendakwa lembu tersebut adalah seorang wanita muda dan cantik yang memerlukannya. Sebagai sebahagian daripada ritual untuk menolak bala, dia yang dikenali sebagai remaja yang pendiam telah dipaksa untuk berkahwin dengan lembu tersebut. Mendengar paksaan tersebut, dia jatuh pengsan dikelilingi oleh penduduk tempatan dan pihak polis. Upacara simbolik tetap diteruskan untuk membersihkan kampung tersebut. - The Jakarta Globe  (IH)

Kahwin Dengan Binatang Dari sudut hukum Islam
Lihat..

Al-Quran Tertua Di Dunia Ditemui Di Universiti Birmingham


BIRMINGHAM – Senaskhah al-Quran dipercayai antara tertua di dunia ditemui di Universiti Birmingham, Bri­tain baru-baru ini.
Berdasarkan ujian radiokarbon, kitab suci itu dipercayai berusia sekurang-kurangnya 1,370 tahun sekali gus menjadikannya antara naskhah al-Quran paling awal yang pernah wujud. Kitab suci itu tersimpan tanpa dikaji di universiti berkenaan hampir selama satu abad.
“Penemuan menarik ini akan menggembirakan umat Islam,” kata pakar Perpustakaan Britain berkaitan manuskrip lama, Dr. Muhammad Isa Waley.
Al-Quran tersebut katanya, disimpan bersama koleksi buku dan dokumen dari Asia Barat tanpa dinyatakan bahawa ia merupakan antara al-Quran tertua di dunia. Apabila seorang penyelidik peringkat doktor falsafah, Alba Fedeli melihat secara dekat helaian al-Quran tersebut, dia membuat keputusan untuk menjalankan ujian pentarikhan radiokarbon dan keputusannya adalah mengejutkan.
Ujian yang dijalankan oleh Unit Pemecut Radiokarbon Universiti Oxford mendapati naskhah yang ditulis sama ada pada kulit kambing atau biri-biri itu adalah antara al-Quran tertua. Ujian tersebut mendapati al-Quran itu ditulis antara tahun 568 dan 645 Masihi.
Penulisnya juga dipercayai mengenali Nabi Muhammad dan mendengar baginda berdakwah. – Agensi

Wayang Cerita Romen, Penonton Diberi Kemudahan Beromen, Mufti Sanggah 'couple seat' Di Perak.


HALAMAN HIBURAN
SERI ISKANDAR: Pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) mengambil langkah mempamerkan notis larangan penggunaan kerusi berkembar atau "couple seat" bagi pasangan bukan mahram yang belum berkahwin.

Pawagam yang terletak di Seri Iskandar itu mengeluarkan notis berkenaan atas arahan dari pihak pengurusan pawagam atas nasihat dari Majlis Daerah Perak Tengah dan telah mula berkuatkuasa sejak pawagam tersebut mula beroperasi dua tahun lalu.


Menurut satu laporan dari Astro AWANI, pawagam tersebut adalah satu-satunya pawagan di kawasan tersebut dan pengunjungnya adalah mereka dari sekitar daerah Perak Tengah. Memandangkan Seri Iskandar menjadi kawasan tumpuan golongan generasi Y berikutan bandar itu menempatkaninstitusi pengajian tinggi, tidak hairanlah pawagam itu menjadi tempat untuk pelajar-pelajar mendapatkan hiburan.

Pawagam LFS mempunyai 12 kerusi berkembar dan tujuh bilik pawagam. Rata-rata pasangan yang sudah berkahwin ketika ditemui oleh tinjauan Astro AWANI berkata ia(notis larangan) adalah langkah yang terbaik bagi mengekang gejala sosial dari berleluasa dalam kalangan generasi muda. Lain pula bagi golongan belia, ramai dari mereka yang menyifatkan tindakan itu tidak wajar.

"Bagi golongan belia, ramai yang berkata ianya tidak wajar dan pengunjung wajar diberikan kebebasan dalam menilai tingkah laku dan berfikir secara matang.‎", kata laporan terbabit.

Mengulas perkara terbabit, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahukan operasi panggung wayang dikaji semula kerana ia merupakan satu bentuk maksiat yang merosakkan akidah.

"Panggung wayang itu sendiri sudah maksiat, apakah lagi duduk di kerusi bersama itu menggalakkan orang untuk buat maksiat di dalam panggung.
"Sepatutnya tidak perlu diberi lesen, mereka bukan hendak tengok wayang tetapi mahu beromen di dalam itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Tambahnya lagi, kemudahan-kemudahan yang boleh mendatangkan maksiat tidak harus di gunakan atau dipromosikan kepada orang ramai.

"Harus ganti dengan kemudahan lain, cara lain. Pihak berkuasa juga wajib melihat isu itu secara serius dan jadi penggalak maksiat kepada umat Islam terutamanya.
"Kita beria-ria habiskan wang untuk tujuan dakwah namun pihak kita sendiri yang galakkan maksiat.
"Sudahlah wayang pun tunjuk cerita beromen, orang yang tengok ini pun hendak beromen di kerusi masing-masing, saya tidak faham kenapa ini semua terjadi," Demikian pandangan Mufti.

Tahniah Mufti yang tegas demi membina generasi Islam Malaysia. Al-hamdulillah. (IH)

Wednesday, July 22, 2015

Timbang Kembali Hasrat Tinggalkan PAS - Takiyuddin Hassan


Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan masih menaruh harapan terhadap kumpulan anggota parti yang mahu menubuhkan parti Gerakan Harapan Baru (GHB) itu, menimbang kembali hasrat mereka untuk meninggalkan PAS. Lapor Bernama.
  
"PAS mungkin lemah atau melakukan kesilapan tetapi masih ada banyak ruang untuk mereka bersama-sama betulkan keadaan dan berbincang melalui konsep musyawarah," katanya.
    

Bahkan menurutnya, langkah mengenakan tindakan tatatertib terhadap anggota parti yang mahu menubuhkan parti Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah langkah pramatang. Ini kerana, setakat ini mereka belum melanggar mana-mana peraturan atau Perlembagaan parti selain tidak ada mana-mana anggota PAS lain yang membuat sebarang aduan rasmi terhadap tindakan mereka.  
  
"Setakat ini tiada aduan rasmi, Facebook, Whatsapp itu kita tidak boleh ambil kira kecuali ada aduan rasmi dibuat mengikut saluran yang betul barulah kita akan ambil tindakan.
"Setakat ini, kesalahan itu dalam proses atau (mereka masih) merancang melakukan kesalahan. Kalau betul-betul buat baru kita ambil tindakan," katanya kepada Bernama.
  
Kononnya, kemelut dalaman PAS semakin meruncing apabila beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif, atau pernah dikenali sebagai G18, yang tewas dalam pemilihan parti awal bulan lepas melancarkan GHB. Ini bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang yang retak susulan keputusan PAS dan DAP untuk menamatkan kerjasama politik mereka.

Antara pemimpin itu ialah Mohamad Sabu yang merupakan bekas Timbalan Presiden Pas; Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa (bekas Naib Presiden); Suhaizan Kaiat (bekas Ketua Pemuda), Khalid Samad (anggota Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin (anggota Parlimen Sepang) dan Datuk Kamaruddin Jaafar (anggota Parlimen Tumpat).

(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails