Thursday, November 05, 2015

Najis Manusia Boleh Jadi Sumber Bersihkan Negara? -Lapor PBB

GAMBAR yang menunjukkan sebuah motosikal menggunakan najis manusia di Jepun

JOM KREATIF



Konon, ini juga penemuan terbaru Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang tidak menolak kemungkinan penagih di negeri ini menggunakan wap najis manusia untuk lepaskan gian.

WASHINGTON – Gas yang dihasilkan daripada pereputan najis manusia berpotensi menjadi sumber tenaga utama untuk menyediakan bekalan elektrik kepada berjuta-juta kediaman di samping meningkatkan tahap kebersihan di negara-negara membangun, jelas satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.
Biogas yang mengandungi 60 peratus metana, boleh dihasilkan dengan menggunakan bakteria untuk menguraikan najis manusia. Sumber tenaga itu dianggarkan bernilai AS$9.5 bilion (RM40.5 bilion), lapor Institut Air, Alam Sekitar dan Kesihatan PBB.
Sisa kumbahan terawat itu boleh menghasilkan dua juta tan bahan api ‘pejal’ setahun di seluruh dunia sekali gus mampu mengurangkan penggunaan arang batu dan penebangan pokok, tambah laporan tersebut.
Hampir satu bilion penduduk di seluruh dunia tidak mempunyai akses kepada tandas, manakala hampir 60 peratus daripadanya tinggal di India. Mereka terpaksa membuang air besar di luar rumah.
Jika najis mereka dapat dikumpulkan, ia berpotensi untuk digunakan bagi menghasilkan biogas bernilai lebih AS$200 juta (RM853 juta) setahun dan nilai itu dijangka meningkat kepada AS$376 juta (RM1.6 bilion), jelas kumpulan penyelidik tersebut.
Jumlah tenaga tersebut cukup untuk kegunaan 18 juta kediaman, jelas laporan itu. (IH)

Lihat juga..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

Rakam Wanita Mandi, Ini Padahnya...

PETALING JAYA - Seorang lelaki bukan saja gagal merakam adegan seorang wanita yang sedang mandi, malah 'terperangkap' oleh telefon bimbitnya sendiri yang digunakan untuk merakam.
Panik bila menyedari wanita tersebut mengesan sebuah telefon dalam mod rakam di tingkap bilik air rumahnya di sebuah kondominium di sini Ahad lepas, lelaki itu melarikan diri tanpa sempat mengambil telefonnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Zaini Che Din berkata, suspek berusia 40-an ditahan polis keesokan harinya (Isnin) di kediamannya di Seksyen 12, di sini, berdasarkan gambar salinan kad pengenalannya dalam telefon bimbit berkenaan.
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.03 pagi hari tersebut."
"Sebaik saja menyedari adegan beliau sedang dirakam, mangsa merampas telefon berkenaan dan menjerit beberapa kali menyebabkan suspek terus melarikan diri," katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini Zaini berkata, suspek bila disoal, menjelaskan beliau kehilangan telefonnya di tempat kejadian sewaktu melawat rakannya yang tinggal di kondominium yang sama.
Beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis berkenaan kehilangan itu.
Suspek direman empat hari bermula semalam dan barang bukti telah dirampas dan dihantar ke jabatan forensik untuk analisis, kata Zaini. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dilarang mengintai..
Dari hadis Abu Hurairah RA Rasulullah SAW bersabda:
لَوْ أَنَّ رَجُلًا اطَّلَعَ عَلَيْكَ بِغَيْرِ إِذْنٍ، فَخَذَفْتَهُ بِحَصَاةٍ، فَفَقَأْتَ عَيْنَهُ مَا كَانَ عَلَيْكَ مِنْ جُنَاحٍ
  • "Jika ada seseorang mengintaimu tanpa izin, lalu engkau membalingnya dengan batu sampa“i terkena pada matanya, maka tidak ada dosa atasmu.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6888, 6902. Muslim, no. 2158, lafaz muslim)

Dari hadis Abu Dzarr RA Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَشَفَ سِتْراً فَأَدْخَلَ بَصَرَهُ فِي البَيْتِ قَبْلَ أَنْ يُؤْذَنَ لَهُ، فَرَأَى عَوْرَةَ أَهْلِهِ، فَقَدْ أتَى حَدّاً لاَ يَحِلُّ لَهُ أنْ يَأْتِيَهُ، لَوْ أَنَّهُ حِينَ أَدْخَلَ بَصَرَهُ اسْتَقْبَلَهُ رَجُلٌ، فَفَقَأَ عَيْنَهُ مَا عَيَّرْتُ عَلَيْهِ، وَإِنْ مَرَّ رَجُلٌ عَلَى بَابٍ لا سِتْرَ لَهُ غَيْرِ مُغْلَقٍ، فَيَنْظُرُ لا خَطِيئَةَ عَلَيْهِ، إِنَّمَا الْخَطِيئَةُ عَلَى أَهْلِ البَيْتِ
  • “Siapa yang menyingkap tirai rumah orang lain, kemudian dia melihat ke dalam rumah tersebut sebelum dia mendapat izin, lalu dia melihat pula aurat penghuninya, maka benar-benar dia telah melanggar ketentuan yang tidak halal baginya untuk melanggarnya. Seandainya ketika dia melihat ke dalam rumah tersebut lalu seorang penghuni rumah bertindak padanya, kemudian mencederakan matanya maka aku tidak mencela penghuni rumah tersebut. Adapun jika seseorang melintasi rumah yang tidak memiliki tirai (penutup) serta tidak ditutup, lalu dia melihat (tanpa kesengajaan) maka tidak ada dosa baginya, akan tetapi dosa adalah bagi penghuni rumah (kerana kecuaiannya yang tidak memasang tirai atau menutup rumah mereka – pent.).” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2707. Lihat: As-Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 3463)
Wallaahu a’lam.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Abu Sayyaf Minta RM270 Juta Tebusan 2 Warga Kanada, 1 Noeway..

AGENSI - RAKAMAN imej (dari kanan) Sekkingstad, Ridsdel, Hall dan teman wanitanya, Flor dalam klip video terbaru yang disebarkan Abu Sayyaf.
MANILA – Sebuah kumpulan pengganas di Filipina menuntut wang tebusan 1 bilion Peso (RM90 juta) setiap seorang bagi membebaskan dua warga Kanada dan seorang rakyat Norway yang diculik enam minggu lalu, demikian menurut rakaman video terbaharu tebusan terbabit.
Klip video berkenaan disiarkan oleh agensi pemerhati kumpulan militan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, SITE kelmarin.
Ia memaparkan beberapa penculik bertopeng memperkenalkan diri mereka sebagai anggota Abu Sayyaf iaitu kumpulan pengganas yang kerap melakukan penculikan dan serangan bom di selatan Filipina.
Dalam klip video itu, tebusan-tebusan tersebut memaklumkan bahawa mereka memerlukan wang tebusan 1 bilion Peso bagi setiap seorang.
Pelancong Kanada, John Ridsdel dan Robert Hall serta pengurus resort warga Norway, Kjartan Sekkingstad bersama warga Filipina, Marites Flor diculik dari sebuah kapal layar di sebuah jeti di selatan Filipina pada 21 September lalu.
Pihak berkuasa Filipina mendedahkan mereka tidak tahu di mana semua tebusan terbabit ditahan tetapi beberapa penganalisis keselamatan berpendapat bahawa semua mangsa itu ditawan di kubu kuat Abu Sayyaf di pulau Jolo, selatan negara berkenaan.
Ditubuhkan dengan dana da­ripada ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden pada tahun 1990-an, kumpulan Abu Sayyaf mendapat perhatian antarabangsa kerana kekerapan mereka menculik berpuluh-puluh pelancong asing untuk mendapatkan wang tebusan sejak tahun 2000.
Kumpulan itu dituduh me­lakukan beberapa serangan keganasan paling buruk dalam sejarah Filipina termasuk pengeboman sebuah feri di Teluk Manila pada 2004 yang membunuh lebih 100 orang.
Abu Sayyaf dipercayai ha­nya mempunyai beberapa ratus anggota bersenjata tetapi berpengaruh di kawasan pedalaman selatan Filipina di mana pejuang-pejuang Islam berperang dengan tentera Manila untuk mendapatkan kemerdekaan ataupun pemerintahan autonomi sejak beberapa dekad lalu.
Tiga warga asing lain turut dipercayai berada dalam tahanan kumpulan itu iaitu dua warga Malaysia dan seorang lelaki Belanda, jelas sumber tentera. – AFP

Gegar Vaganza Lahirkan 'Tukang Azan' Ke 'Rumah Syaitan'...

HALAMAN HIBURAN

Berita Hiburan hari ini..

TIDAK keterlaluan kami katakan, pelakon dan penyanyi Faradhiya merupakan antara peserta 'favourite' penonton dalam program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2). 

Buktinya, baru beberapa minggu berada dalam program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2), Faradhiya mengakui dia sudah menerima banyak tawaran menyanyi yang cukup luar biasa. Bagaimanapun, Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 31, berkata, dia terpaksa menolak buat masa ini kerana kekangan masa.

"Malangnya tak boleh nak terima sebab kebanyakan show pada hujung minggu sedangkan saya sibuk bertanding GV," katanya.


Dalam pada itu, Farahdhiya berkata, dia sangat teruja sejak konsert minggu pertama sambil menyifatkan program realiti boleh mengembalikan popularitinya.


"Saya teruja selepas melihat sokongan yang diberikan para penonton dan peminat. Selesai konsert minggu pertama saya rasa seronok sangat.

"Saya mesti menyesal kalau tolak tawaran GV2 kerana inilah platform terbaik untuk menggilap semula populariti sebagai penyanyi," katanya kepada Astro Gempak.

Anak kelahiran Itali ini pernah popular menerusi lagu Bertakhta Di Hati suatu ketika dahulu sebelum menceburi bidang lakonan. 

Demikian diangkat dari media berita hiburan.

Memang, program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2) berjaya melahirkan dengan mengasuh bakat-bakat baru artis dan mengenegahkan mereka ke gelanggang 'hiburan yang tidak  bermanfaat' di tengah masyarakat. (Terutamanya tiada manfaat untuk agama dan hari akhirat).

Kalau dalam institusi peribadatan dan pendidikan masyarakat seperti masjid atau surau, peranan artis-artis ini lebih kurang macam tukang azan atau bilal, dan ustaz penceramah yang memainkan peranan menarik orang ramai ke masjid. Mereka mengajak orang ramai ke rumah Allah. Al-hamdulillah!

Seperti juga artis-artis, mengajak orang ke rumah.......  Bolehkah dikatakan ke 'rumah syaitan'? Begitulah peranan program realiti Gegar Vaganza dalam melahirkan kader-kader 'tukang azan' dari rumah syaitan itu. Mereka diperlukan supaya bersemarak dan berselerak mengatasi tukang-tukang azan dari rumah Allah.

Itulah peranan dunia hiburan di Malaysia, hanya hiburan tanpa arah, yang kadang-kadang berperanan memisahkan remaja dari agama mereka. Patutlah begini jadinya remaja sekarang, bila di bawah pimpinanan UMNO/BN. (IH)

Wednesday, November 04, 2015

Hari Ini Rokok Naik Ke RM15.50-RM18 Sekotak.. Undilah BN (Barang Naik)

Beberapa jenama rokok kini telah diumumkan kenaikan harga bermula pada 4 November 2015. Pengumuman tersebut dibuat oleh Commercial Marketes and Distributer SDN BHD.

Pada kenaikan harga kali ini beberapa jenama rokok naik mendadak dengan harga RM18.00sekotak dan paling rendah adalah pada harga RM15.50 sekotak. Kenaikan harga ini berkuatkuasa  pada hari Khamis 4 November 2015.


Berikut adalah senarai jenama rokok yang terlibat.



Undilah BN-Barang Naik!  (IH)

HHS 48: Perang Dengan Israel/Yahudi! Ini 14 Video Hadiah Dari ISIS.

NEGARA Islam IS mengeluarkan 14 video mengandungi "ancaman mati" kepada Israel dan kaum Yahudi atas penjajahan mereka di Bumi Palestin.

Sejumlah video yang diterbitkan secara serentak oleh 14 pejabat media dari 14 wilayah dibawah "kekhalifahan IS", menyampaikan mesej ancaman peringatan kepada Israel, serta seruan jihad kepada para pemuda Palestin di Baitul Maqdis bagi mengukuhkan serangan kepada orang-orang Yahudi.

Berikut adalah senarai Video mereka yang dihadiahkan kepada umat manusia se dunia..:

1) Message to the Mujāhidīn in Bayt al-Maqdis – Wilāyat Nīnawā (Mosul)
    Source: https://archive.org/details/MediaNinawa (sub-Indonesia)
2) Terrorize the Jews Oh People of Bayt al-Maqdis – Wilāyat Karkūk (Kirkuk)
    Source: https://archive.org/details/ArhiboAlyahood (sub-Indonesia)
3) Message to the Defiant in the Third Holiest Place – Wilāyat al-Fallūjah (Falujjah)
    Source: https://archive.org/details/resala_201510 (sub-Indonesia)
4) And [When] the [True] Promise Has Approached – Wilāyat al-Janūb (Janub)
    Source: https://archive.org/details/PRO_JNOB (sub-Indonesia)
5) Return the Terror to the Jews – Wilāyat al-Khayr (Khair)
    Source: https://archive.org/details/MAQKHAYR (sub-Indonesia)
6) Message to Our People in Bayt al-Maqdis – Wilāyat Ḥalab (Halab)
    Source: https://archive.org/details/RsalahElaAhlnaFeBitAlmqds (sub-Indonesia)
7) Oh Jews, We Are Coming – Wilāyat al-Furāt (Furat)
    Source: https://archive.org/details/QADMOONYA (sub-Indonesia)
8) Oh People of the Land of al-Masrā [Two Holy Places] – Wilāyat al-Raqqah (Raqqa)
    Source: https://archive.org/details/Msra_Land (Arabic)
9) Horrify the Jews for the Proximity of the Vows – Wilāyat al-Jazīrah (Jazirah)
    Source: https://archive.org/details/WYJ12 (Arabic)
10) Where are the Insurgents in the Land of Palestine – Wilāyat Ḥimṣ (Homs)
      Source: https://archive.org/details/ayn1h (sub-Indonesia)
11) Breaking of the Borders and Slaughtering the Jews – Wilāyat Dimashq (Damaskus)
      Source: https://archive.org/details/na7r03 (sub-Indonesia)
12) Oh Jews, We Are Coming – Wilāyat Khurāsān (Afghanistan)
      Source: https://archive.org/details/qdmkrsn (Urdu)
13) Butcher Them and Don’t Show Them Mercy – Wilāyat al-Barakah
      Source: https://archive.org/details/isdar_201510 (Arabic)
14) Support For Our People in the Land of al-Masrā – Wilāyat Ḥaḍramawt (Hadramaut)
       Source: https://archive.org/details/zuuud82967_gmail_Mmmm (sub-Indonesia)

Sebuah satelit milik Amerika Syarikat mengesan kilatan panas apabila jet penumpang Rusia jatuh di Gurun Sinai, Mesir, Sabtu, 31 Oktober 2015, mengorbankan 224 penumpang. Al-Jazeera.
(IH)

Kerja Di Australia, Bagaimana Dapatkan Bridging Visa?


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

"BARU-BARU ini, kami membuat pertemuan dengan seorang agen penerangan mengenai visa kerja di Australia. Kami menjemputnya ke tempat kerja kami, dan... Al-hamdulillah, selepas pertemuan penerangan itu, kami memohon visa tersebut beramai-ramai." 


Kata seorang pekerja ladang dari Malaysia yang sedang bekerja di Australia melalui telefon kepada saya. Dia antara puluhan pekerja yang pergi melalui khidmat runding Weblog Ibnu Hasyim baru-baru ini.


"Visa banyak jenis, visa apa yang kamu mohon?" Aku tanya balik.


"Bridging Visa atau Visa Jambatan..  Iaitu visa sementara dikeluarkan oleh pemerintah Australia, untuk mereka yang visanya akan tamat dan sedang dalam proses buat visa baru. 


"Mungkin jarang yang tahu bridging visa ini, kalau baru pertama kali nak minta visa. Tapi buat orang yang visanya dekat nak habis, tahulah bagaimana leceh nak dapatkannya." Jelasnya.


Nak tahu juga aku apa yang lecehnya, sehingga ramai pekerja-pekerja luar tidak minta menyambungnya, sanggup duduk secara gelap atau underground?


Menurutnya, ada banyak jenis Bridging Visa..
  • Bridging Visa A (BVA) subclass 010
    Visa ini adalah visa sementara membolehkan seseorang untuk tinggal di Australia setelah visa yang ada expired, atau sedang dalam proses buat visa baru. 

    Visa ini diberi jika diajukan permohonan di Australia untuk visa lanjutan, dan visa lama masih berlaku. Pemohon tidak diperkenankan untuk masuk ke Australia lagi jika pemohon pergi keluar menggunakan visa ini.

    • Bridging Visa B (BVB) subclass 020
    Ini juga adalah visa sementara membolehkan seseorang untuk pergi dan kembali ke Australia semasa permohonan visanya sedang diproses. Pemohon perlu menyertakan bukti bahawa akan kembali ke Australia dalam jangka waktu tertentu. Seperti halnya BVA, pemohon dapat tinggal di Australia semasa visanya sedang dalam proses.
    • Bridging Visa C (BVC) subclass 030
    Juga visa sementara yang membolehkan tinggal di Australia semasa visa barunya sedang diproses. BVC akan diberi jika pemohon mengajukan permohonan di Australia untuk visa baru, sedangkan visanya ini telah berakhir. Pemohon juga tidak diperkenankan untuk kembali ke Australia jika pemohon sudah keluar dari Australia.
    • Bridging Visa D (BVD) subclass 040 dan 041
    Adalah visa sementara yang dikeluarkan oleh Australia jika visanya sudah ekspired. Visa ini membolehkannya tinggal sementara di Australia, sampai dapat buat visa baru atau merancang untuk meninggalkan Australia. Pemohon tidak boleh bekerja atau kembali lagi ke Australia jika telah pergi.
    • Bridging Visa E (BE) subclass 050 dan 051
    Adalah visa sementara yang membolehkan pemohon tinggal di Australia, sementara melakukan preperesen meninggalkan Australia, menyelesaikan persoalan imigresen, atau menunggu keputusan pihak imigresen. Pemohon tidak diperkenankan untuk masuk ke Australia jika telah keluar atau pergi.

    Menurut pekerja kawanku yang menelefon itu lagi, bahawa agen penerangan mengenai visa kerja di Australia itu mengingatkan... 

    "Jika kamu tinggal di Australia setelah visamu berakhir dan tidak ajukan permohonan visa baru, kamu tidak dibenarkan untuk masuk kembali ke Australia selama 3-5 tahun. Kalau kamu terpaksa masuk juga kembali ke Australia atas sebab-sebab tertentu, status visamu akan diperiksa habis-habisan.." Jelasnya.
    Aku tanya lagi, "Berapa kamu kena bayar tiap seorang untuk buat visa itu?"

    "Kira-kira AUD600, untuk 2 tahun kerja di Australia. Dan tak semestinya kerja ladang sahaja, kerja di bandar pun boleh. Tapi ada istimewa lagi... " Jawabnya saspen.

    "Ha, apa dia??" 

    "Boleh pula bayar ansuran tu! Ha Ha Ha!!" Dia ketawa lucu.

    Itu juga istimewanya bila pergi kerja ke Australia melalui Weblog Ibnu Hasyim sebagai perunding. Jadi, sebenarnya, tidak ada leceh, semuanya boleh diselesaikan. Insya Allah dan Al-hamdulillah!
    Perhatian: 
    Untuk maklumat proses pengambilan pekerja di Australia, boleh juga hubungi Ibnu Hasyim 

    Ibnu Hasyim
     e-mil: ibnuhasyim@gmail.com
    Tel: 014 2225865
    3 Nov 2015
    KL.

    Sila Lihat..
    E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia &; Islam.
    E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails