Thursday, January 07, 2016

Politik Hijeck PAN Di P.Pg. 4 Ahli P/Amanah Dilantik A/Majlis PBT..


PULAU PINANG – Seramai empat ahli PAN dilantik sebagai ahli majlis pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) di negeri ini bagi penggal baharu bermula 1 Januari lalu sehingga 31 Disember tahun ini.

Mereka terdiri masing-masing dua Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow, pelantikan ahli PAN itu bagi menggantikan kuota yang diberikan kepada ahli Pas sebelum ini.

Dalam perkembangan sama, Kon Yeow turut mengumumkan kenaikan elaun tetap sebanyak 50 peratus kepada setiap ahli majlis bagi penggal ini.

Dengan kenaikan itu, ahli majlis di negeri ini akan menikmati elaun baharu sehingga RM2,500 berbanding hanya RM1,500 sebelum ini. – UTUSAN

Ini juga 'Politik Hijeck' PAN di Pulau Pinang?

4 Perkara Politik 'Hijack' PAN S'gor Dikecam..

Oleh Lizamuslim

Firman Allah s.w.t. dalam surah al Anfal ayat 27 yang bermaksud,?

  • "..Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)..."
Tuntutan tidak munasabah dan melangkaui hak yang dibuat oleh PAN kepada Kerajaan Selangor berkaitan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) adalah sangat tidak bertanggungjawab.
Tuntutan PAN ini menggambarkan sikap dan rupa mainan politik kotor mereka yang langsung tiada kena mengena dengan Kerajaan Negeri Selangor yang dibina atas persepakatan dan kemenangan dengan paduan 3 kompenan parti iaitu PAS, PKR DAN DAP pada PRU 13 yang lalu.
PAN daripada awal penubuhannya telah memperlihatkan cara politik tidak berakhlak dan tiada maruah diri dengan melarikan beberapa kerusi PAS DUN dan Parlimen di Selangor dengan melalui jalan pintas. Terbaru mereka juga ingin melakukan tindakan yang sama dalam mendapatkan kedudukan dalam Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.
PAN sebenarnya tidak memiliki apa-apa hak dalam Kerajaan Selangor walaupun mereka bersahabat dengan PKR dan DAP. Mereka tidak patut dengan sewewenang-wenang ingin memposisikan orang mereka dalam kerajaan apatahlagi ingin mengambil kerusi Ahli Majlis daripada PAS Selangor.
Berdasarkan kepada senario terkini hal Ahli Majlis PBT, dengan ini kami daripada ketiga-tiga Dewan iaitu ULAMAK, PEMUDA dan MUSLIMAT Pas Selangor ingin menegaskan :
1. Kami bersama dengan pendirian yang telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato' Iskandar Samad bahawa PAS Selangor sama sekali tidak akan melepaskan kerusi Ahli Majlis PAS kepada PAN.
2. Kami juga tetap mempertahankan kerusi Ahli Majlis PBT PAS yang sebelum ini dan begitu juga lantikan-lantikan politik PAS yang lain dalam kerajaan negeri.
3. Kami juga merujuk kepada keputusan Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor bahawa PAS akan mempertimbangkan kedudukannya dalam Kerajaan Negeri Selangor sekiranya hak PAS diketepikan dan PAN dengan mudah boleh berada dalam Kerajaan Negeri.
4. PAN adalah parti daripada pengkhianatan kepada perjuangan Islam yang tiada jaminan bahawa ia tidak akan melakukan perkara yang sama terhadap pihak lain.

BerIstiqamahlah sehingga Kemenangan

Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor
Ustaz Syarhan Humaizi Halim
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan
Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor.
6 Januari 2016 / 25 Rabiul Awwal 1437h.

STAGG Gempur 25 Premis Judi Ekor Haram, Judi Halal(?) Belum Diusik..

Ini, judi apa pula begini? Sila lihat..
http://rumahprediksibola303.com/negara-surga-judi-dan-cara-daftar-number-game-online/
KAJANG - Pelbagai muslihat dilakukan oleh penjaga premis judi ekor haram termasuk berselindung di sebalik perniagaan lain terbongkar apabila 25 premis itu digempur Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) di sekitar daerah ini petang tadi.
Ketua Penolong Pengarah STAGG, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, serbuan serentak selama dua jam setengah bermula pukul 4 petang di enam lokasi termasuk di Beranang, Semenyih dan Kajang itu berjaya menahan seramai 35 penjaga premis termasuk beberapa warga asing dari China, Kemboja serta Indonesia dan tiga pembeli.
Katanya, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM35,320, 56 unit telefon bimbit, 36 buah mesin pencetak mudah alih dan peralatan yang digunakan untuk aktiviti judi ekor selain 221 kotak rokok pelbagai jenama yang tidak dibayar cukai. - K! ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada dua jenis judi di Malaysia.

Satu judi haram, yang haram di sudut perundangan Islam dan perundangan kerajaan Malaysia. Yang ini yang sedang dibanteras pemerintah. Al-hamdulillah.
Satu lagi yang haram di sudut perundangan Islam tetapi tidak haram (tidak salah) dari sudut perundangan kerajaan sekular Malaysia. Yang ini tidak diusik bahkan dipertahan kononnya tidak salah, kerana untuk kebajikan ekonomi negara. Contohnya TOTO, Empat Nombor Ekor, Judi Bola dan lain-lain.
Yang ini yang belum diusik dan tidak akan diusik selagi BN masih memerintah di Malaysia. Kalau orang Islam tak mahu kerajaannya makan hasil judi, tolak UMNO/BN segera. Itu jalan terbaik untuk selamatkan Malaysia dari hal-hal yang haram.
Bukan tolak secara ganas, tetapi tolak melalui demokrasi peti undi. Itu jalan mudah yang ada dihadapan kita, kalau ada jalan mudah mengapa pilih jalan susah?

Isteri Zulkifli Tinggal Di Warung. Zulkifli Bunuh Perompak Dihukum, Bagaimana Menurut Islam?

KEMAMAN: Isteri  kepada Mohammad Zulkifli Ismail, 50, lelaki yang didakwa menikam perompak dan viral di laman sosial, Roslina Abdul Kari memberitahu bahawa dia telah mengambil keputusan untuk berpindah segera bagi meneruskan kehidupannya dan tiga anak selepas suaminya tidak lagi berada di sisi mereka.

“Rumah ini akan dirobohkan dan kami empat beranak akan pindah tinggal di warung untuk mudahkan saya berniaga semula,” katanya dipetik Sinar Harian.


Semua barang-barang milik mereka seperti peralatan kimpalan milik suaminya akan dipindahkan terlebih dahulu ke dalam rumah separuh siap milik mereka bersebelahan rumah bapanya yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya sekarang.

“Waktu melawat suami di Penjara Marang minggu lalu, suami pesan suruh saya buka semula warung kami yang terletak lebih kurang 500 meter dari rumah, tapi dalam keadaan sekarang memang saya tak dapat berniaga lagi berikutan saya juga perlu hantar dan ambil dua anak sekolah setiap hari.

“Tugas itu sebelum ini suami yang buat dan sekarang saya ambil alih, sebab itu saya mahu pindah terus ke warung supaya senang saya memasak sebelum hantar anak ke sekolah dan balik buka warung,” katanya lagi kepada Sinar Harian.

Mereka telah mengusahakan warung sarapan pagi berkenaan yang terletak bersebelahan Masjid Kampung Labohan sejak setahun lalu lagi untuk menyara keluarga sehinggan Zulkifli mengambil keputusan untuk menutup bengkel kimpalan kerana besi dan wayar elektrik yang disimpan dalam bengkel dan sekitar rumah kerap dicuri.

Menurut Roslina lagi, dia kini belum lagi membuka warungnya sejak Zulkifli direman 7 Desember menyebabkan pendapatan mereka terjejas.

Roslina juga membaeritahu bahawa warungnya itu akan diubah suai bagi membolehkan dia dan tiga anaknya, Muhammad Afif, 9; Nur Aqiela, 8, yang menghidap autisme dan yang bongsu, Nur Athiera, 3, duduk berteduh di situ.

Beliau juga menyatakan sebelum ini dia dan suami juga telah becadang untuk merobohkan rumah berkenaan kerana didirikan atas tanah rezab dan menunggu hingga rumah mereka sendiri berdekatan rumah bapanya siap.

“Rumah ini sudah kami huni sejak 15 tahun lalu dan kami amat bersyukur sebab kerajaan benarkan kami tinggal di sini hingga hujung tahun ini cuma apabila berlaku kejadian yang tak diduga ini eloklah saya berpindah awal dan untuk pulihkan kembali semangat saya dan anak-anak.

“Lagipun saya trauma kerana dalam tempoh suami ditahan reman selama 14 hari masih ada lagi pencuri yang datang potong wayar elektrik di belakang rumah kami. Sepanjang tahun lalu sahaja dah lima kali rumah kami dipecah masuk dan berlaku kecurian besi serta wayar di sekitar rumah,” katanya. (
http://www.kitabantai.info/)

Pandangan awal kes Zulkifli bunuh perompak: Zaharudin Muhammad

Saya terbaca facebook selamatkan Zulkifli yang menceritakan bahawa beliau telah membunuh pencuri atau perompak rumah beliau. Zulkifli ditahan semula setelah pertuduhan dibuat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tidak cukup dengan itu tambah lagi bawah seksyen 326.

Menurut berita yang diviralkan, mahkamah dijadualkan bersidang pada 24 Januari depan. Sekitar 25 hari dari sekarang. sebagaimana dikhabarkan, jika sebelum ini ketika direman 14 hari, keluarga tak dapat berniaga makanan malah diceroboh lagi rumah dengan beberapa kecurian dari penagih dadah yang makin bertambah di kawasan sekitar, apakan pula yang berlaku selama 26 hari sebelum perbicaraan ini?

Dari sudut pandangan Islam, pencuri yang telah sabit dengan bukti atau pengakuan, maka kerajaan Islam wajib melaksanakan hukuman memotong tangan sebagaimana firman Allah swt di dalam surah Al-Maidah ayat 38. Ia tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana individu atau kelompok kecil masyarakat tanpa kerajaan Islam yang berdaulat.

Dalam kes rompak pula, jika ia merompak dan mengambil harta tetapi tidak membunuh, maka hukumannya dipotong sebelah tangan dan sebelah kakinya. Jika ia merompak, mengambil harta dan membunuh mangsa, maka dijatuhkan hukuman dibunuh dan disalib (gantung mayatnya). Hukuman mengerikan ini bagi memberikan kebebasan kepada seluruh rakyat. Bukan kebebasan serta keberanian kepada perompak.

Jika ditakdirkan, seseorang mampu menyekat perompak dengan melawan dan didapati tiada jalan lain melainkan dengan membunuhnya, maka membunuh perompak pada waktu itu adalah harus dari segi syariat.

Sememangnya kes seperti ini diperlukan maklumat lengkap dan tepat diperlukan kerana hukuman akan berbeza disebabkan berbezanya keadaan seperti situasi (1) perompak yang telah ditangkap, diikat kemudian dibunuh oleh tuan rumah atau (1) perompak yang dibunuh ketika berlawan dengan tuan rumah (2) atau perompak yang dibunuh ketika lari dari rumah atau (3) perompak yang tersalah bunuh oleh tuan rumah seperti menembak senapang patah untuk memberi amaran, tetapi terkena tepat pada perompak (4) dan lain-lain.

Dari segi Islam, tuan rumah agak sukar hendak disabitkan kesalahan membunuh sengaja sehingga layak dibunuh balas dalam kes ini zulkifli dijatuhkan hukuman gantung. Ini berdasarkan perbahasan ulama berkenaan status darah perompak adakah mahdar (halal) darahnya atau tidak? Jika mahdar, maka tuan rumah hanya dikenakan takzir, bukan qisas seperti dalam situati (1) di atas.

Ini berdasarkan kepada hadis di bawah: 

من قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون أهله فهو شهيد، ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه فهو شهيد. 

  • Maksudnya: Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya, maka ia syahid. Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan keluarganya, maka ia syahid. Barangsiapa yang mati mempertahankan agamanya, maka ia syahid. Barangsiapa yang mati mempertahankan darahnya (dirinya) maka ia syahid. – (Hadis riwayat Imam Ahmad dan lafaz yang sama terdapat di dalam Sahih Bukhari dan Muslim).
Menurut Imam Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim: hadis ini adalah bab yang menunjukkan bahawa barangsiapa yang berniat mengambil harta orang lain tanpa jalan yang benar, maka yang berniat demikian adalah mahdar darahnya. Saya tidak cenderung mahdar diterjemah dengan makna halal kerana ia membawa faham bahawa halal dibunuh. Tetapi Mahdar di sini bermaksud, barangsiapa yang membunuhnya tetap bersalah, tetapi terlepas daripada hukum Qisas atas sebab status si pesalah adalah Mahdar darahnya.


Dari sudut yang lain, Islam memuliakan mereka yang berani melawan perompak sebagaimana maksud hadis di atas. Di dalam Tuhfah Al-Ahwazi, Syarah Sunan Tarmizi menyebut bahawa mempertahankan harta dengan maksud mempertahankan hartanya daripada diambil oleh orang lain secara zalim.

Mempertahankan keluarga pula ditafsirkan sebagai mempertahan kemaluan (al-budh’i) isteri atau kaum keluarga yang perempuan. (Sesiapa yang mendalami hadis ini, dia akan faham betapa pentingnya mempertahankan aurat isteri ketika dharurat sekalipun seperti aurat ketika bersalin di hospital dan lain-lain sebagaimana yang telah saya nyatakan di dalam buku saya sebelum ini).

Di dalam satu riwayat lain (sebagai lanjutan hadis di atas), seorang lelaki datang bertanya nabi SAW jika ada penceroboh datang merompak hartanya. Nabi menjawab, jangan kamu beri. Apa pandangan kamu jika ia ingin membunuhku? Jawab Rasulullah, bunuhlah dia (lawan balik). Beliau bertanya lagi, apa pandangan kamu jika ia membunuhku? maka jawab baginda saw, “maka mati anda adalah syahid.”

Dalam kes Zulkifli ini (jika si mati adalah perompak yang sedang merompak), apa yang saya dapat pastikan ialah:

1. Tiada hukuman bunuh balas melainkan hanya dalam kemungkinan yang sangat kecil sebagaimana dinyatakan di atas.

2. Hukuman reman adalah zalim kerana perlaksanaan reman hari ini memberikan kesan kepada ekonomi keluarga serta memudaratkan keluarga itu sendiri. Dalam Islam, penjara dibenarkan dalam beberapa keadaan seperti seseorang yang mengambil harta awam (seperti kes rasuah atau audit finding hari ini), maka hukumannya ialah si pesalah dipenjarakan sehingga keluarga si pesalah membayar semua duit yang telah diambil.

Maka penjara menurut Islam di dalam kes ini bersifat paksaan supaya si pesalah dan keluarganya mengembalikan hak orang ramai bagi memastikan pihak lain tidak terbeban. Jika keluarga si pesalah yang dipenjarakan berhadapan dengan masalah kewangan akibat suami (sebagai contoh) dipenjarakan, maka menjadi tanggungjawab baitulmal (bahagian sumber al-fai’ / hasil bumi dll) untuk membantu mereka.

Tetapi hari ini, reman adalah satu prosedur rutin bagi memudahkan pihak berkuasa menyoal siasat atau dengan alasan takut si pesalah lari. Di zaman Saidina Umar, si pesalah (yang sudah dibicarakan) kes bunuh daripada Syam bukan sahaja tidak direman, bahkan dibenarkan pulang menyelesaikan kes wasiatnya tanpa seorang pengiring(polis) pun. Kemungkinan melarikan diri di zaman itu jauh lebih tinggi berbanding Malaysia hari ini kerana sempadan negara Islam yang sangat luas dan Syam pula sangat hampir dengan sempadan Rom yang memusuhi Islam.

Apapun saya menyatakan solidariti saya terhadap Zulkifli yang dizalimi dengan hukuman reman. Saya berdoa supaya keluarga beliau tabah menghadapi ujian ini.

Sekian.

Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
Zaharudin Muhammad
(http://www.ismaweb.net/)

Persembahan Hiburan Wanita Dewasa Masih Ada Di K'tan..

Masih bolehkah persembahan wanita begini di K'tan? Kalau masih tidak dilarang, pun akan jadi boleh..

HALAMAN HIBURAN
KUALA KRAI: Biar pun kerajaan negeri mengharam persembahan hiburan membabitkan perempuan dewasa sejak 1990, namun masih ada pihak yang melanggarnya secara terang-terangan.

Terbaru pada malam sambutan tahun baru Khamis lepas persembahan hiburan diadakan di kawasan Hospital Kuala Krai (HKK) dengan menampilkan artis perempuan.



Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Nazman Che Iberahim berkata, pihaknya sangat sedih keterlanjuran pihak terbabit menganjurkan program yang tidak mengambil kira sensitiviti orang Islam.

Katanya, selepas bencana banjir besar melanda akhir 2014, sepatutnya umat Islam sedar dan menginsafi ujian tersebut yang didatangkan dari Allah SWT.


“Ramai lagi yang masih bersedih dan bermalam di rumah transit sementara menunggu rumah kekal siap.

“Apakah hiburan melampau itu sengaja mahu mengundang kemurkaan Allah SWT lagi,” katanya di sini.



Oleh itu Pemuda PAS Kelantan akan menghantar memorandum bantahan kepada HKK, Pengarah Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan membantah penganjuran program berkenaan.

“Kami juga desak Pengarah HKK memohon maaf kepada rakyat Kelantan secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” tambahnya

Difahamkan penganjuran program hiburan itu tidak mendapat kelulusan Ketua Jajahan Kuala Krai, selaras Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman berkata Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) hanya mendapat tahu program hiburan berkenaan selepas kejadian berlaku.

“Saya dimaklumkan tiada permohonan program tersebut diajukan kepada MDKK. Perlanggaran itu pertama kali berlaku di Kuala Krai sehingga mengundang kemarahan orang ramai,” katanya.

Beliau yang juga Adun Mengkebang berharap MDKK menghantar pekeliling peringatan kepada setiap jabatan, agensi dan NGO di Kuala Krai mengenai peraturan di bawah Enakmen Kawalan Hiburan 1998. -HARAKAHDAILY 6/1/2016

Wednesday, January 06, 2016

ADUN DAP Rasuah? Lobi Projek K'jaan P.Pg?

lau2Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Pengkalan Kota, Pulau Pinang, YB Lau Keng Ee membuat laporan polis mendakwa keselamatannya diancam oleh seorang lelaki bernama ‘Jackie’ terbongkar pula kisah sebenar di antara mereka berdua itu.
YB Lau dan ‘Jackie’ saling mengenali antara satu sama lain kerana ‘Jackie’ atau nama sebenarnya Chan Swee Teik merupakan aktivis parti di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili ADUN DAP itu.
‘Jackie’ disebut sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan C.Y.Choy.
Laman berbahasa Cina, penangheadline.com mendedahkan Lau mengambil rasuah sebanyak RM200,000 daripada Jackie untuk melobi mendapatkan projek perumahan di negeri itu.
Namun, Lau gagal mendapatkan projek itu sedangkan duit rasuah sudah diambil.
lau-penang
Lau marah dengan dakwaan laman itu dan mengancam akan mengambil tindakan undang-undang jika penangheadline.com gagal mengemukakan bukti.
lau
Selanjutnya, sila baca “ADUN DAP Dikejar Pemungut Hutang“ (AIDCNews 06/1/16)

25 Lelaki Gay Dihukum Bunuh.. -ISIS

Seorang lelaki dihukum dibunuh dengan dicampak dari bangunan tinggi.


Dilaporkan.. Terbaharu, ISIS menghukum bunuh 25 orang lelaki gay. Seramai 16 daripada mereka telah dicampak dari bangunan-bangunan tinggi.  Wajarkah?


IRAN:
Pernah dengar tak pasal Mahmoud Asgari dan Ayaz Marhoni? Dua remaja Iran yang digantung sampai mati kerana dikatakan telah meliwat seorang remaja lelaki berumur 13 tahun pada 2005.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails