Thursday, February 11, 2016

'elok Datin Seri buang je azmin' Kerananya Mat Sabu Lempar Mikrofon..

Seorang penyokong Parti Amanah Negara (PAN), Abe Awang Malaya mendakwa Presiden PAN, Mohamad Sabu (Mat Sabu) melempar mikrofon selepas berucap di ‘Himpunan 365-Genap Setahun Anwar Dipenjara’ di Penjara Sungai Buloh pada Selasa kerana marah dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak menghadiri program tersebut.

“Ya, Azmin… Azmin yang dulu kononnya orang yang paling setia kepada Anwar, digambarkan begitu selama berbelas-belas tahun…. Azmin yang dulu ketika baru bertatih nak belajar berjalan dalam politik, Abang Mat yang tolong pegang tangan takut rebah..Rupa-rupanya, semua itu hanya lakunan….
“Sikap dan perawakan Azmin yang separuh lembut, mukanya comel, cerah kulit, cakapnya teratur menyerlahkan budi bahasanya yang tinggi; semuanya itu menjadi selimut yang sangat berguna baginya.
“Dalam keadaan lanskap politik yang sudah jadi seperti ini, sekarang ini.. ketika Anwar masih dalam penjara, ketika Abang Mat sudah jadi Presiden Amanah, ketika Hadi Awang sudah berpeluk dengan Ibrahim Ali dan sudah pakai sedondon dengan Najib…. ketika ini…. menurut logika politik, Azmin sepatutnya menyebelahi Abang Mat, tetapi dialektika politik lebih memperlihatkan wajahnya.
“Rupa-rupanya, Azmin lebih menyebelahi Hadi Awang dan Najib….!!!,”katanya dalamFacebook semalam.
“Sekarang bukan main biadab lagi dia….. tak ada hati dan perasaan langsung terhadap kesengsaraan Anwar.. dasar muka tak malu….! Kamu naik kerana Anwar, sekarang kamu kurang ajar dengan orang yang nak bela Anwar, bekas musuh Anwar…!!!
“Mau Abang Mat tak baling mikrofon…..,”katanya lagi.

Ketidakhadiran Azmin dalam program itu turut dikritik oleh Katon Bagaskara.
“Azmin bukan tak tau tarikh (perhimpunan) semalam (Selasa). Umrah bila-bila boleh pii. Banyak alasan..“Sebaiknya dari sekarang elok Datin Seri (Dr Wan Azizah) buang je azmin dan geng lahanat dia. Kalau tidak, ini manusia akan menyusahkan kita nanti. Tak percaya sudah,”kritiknya.
Perkara sama turut dibangkitkan blogger pro PKR, Omak Kau.“Pergi mengerjakan umrah bagi Omak hanyalah suatu alasan yang tegap dan menyakinkan demi menggelak dari dipersoalkan sudah 365 hari Anwar merengkok dalam penjara sedangkan dalam suatu ceramah berasap berapi Azamin berjanji ketat akan mempastikan Anwar tidak akan menjadi penghuni penjara walaupun satu hari dan rela pecahkan tembok penjara bagi membebaskan Anwar.“Realitinya itu semua adalah retorik omong-omong kosong … mengerjakan umrah tarikhnya boleh diubah … di situ kita tahu prioriti perjuangan Azmin Ali dan isi hati budinya,”katanya.
dsai5
dsai2
dsai1
dsai3
dsai
dsai6
ronnie-sabah
yuktes vijay

Bandar Pertama Di AS Terapkan Syariat Islam. M'sia Tak Malu Ke?


Sejak tragedi WTC, diskriminasi terhadap muslim di Amerika Syarikat makin membesar. Islamphobia di negeri Paman Sam tersebut menguat. Namun di sisi lain, jumlah penganut Islam mengalami peningkatan. Ada apa?

Ternyata berita-berita tidak benar tentang Islam membuat banyak orang yang mempelajari Islam. Semakin hari, penganut Islam di Amerika Syarikat makin bertambah. Meski perlakuan buruk terhadap umat muslim tetap masih tinggi.

Di sisi lain, sebuah bandar di negara bahagian Michigan, Amerika Syarikat bak oase di tengah gejolak tersebut. Dearborn, nama kota tersebut, sejak tahun lalu memutuskan menerapkan syariat Islam secara menyeluruh.

Dikutip dari nationalreport.net, Rabu (24/06/2015), keputusan tersebut ditetapkan selepas pengundian yang melibatkan sebahagian besar warga kota Dearborn.

Penerapan syariat Islam berlaku untuk segala aspek. Baik qisas untuk pencurian, hukum sebat untuk pemabuk, rejam untuk penzina, dan lain-lain.

Penerapan syariat Islam tersebut tentu tak serta merta diluluskan semua pihak. Polemik sempat berkecamuk saat putusan tersebut disampaikan. Beberapa pihak menyokong, sedang yang lain mengecam.

Pelajar di bandar Dearborn

Pihak yang tak setuju menganggap penerapan syariat Islam tersebut sebagai ancaman terhadap kepelbagaian. Bahkan mereka yang tak setuju menyampaikan aspirasi mereka di media sosial dengan tajuk "RIP Dearborn".

Dearborn sendiri memang mempunyai populasi muslim yang cukup besar. Dengan populasi total 98.000 jiwa, 30% penduduknya beragama Islam.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul berita ini, malulah negara Malasysia yang mengaku Islam. Kerana ada orang Islam Malaysia yang tak mahu terapkan syariat Islam. Lebih rela ambil Demokratik Sosialis, atau yang lain dari Islam untuk dilaksanakan, contohnya seperti UMNO, DAP dan lain-lain.

Perlu Tahu Beza, Budaya Dan Ritual Agama -Kenyataan PAS S'gor.


SHAH ALAM - Pas perlukan satu garis panduan terperinci mengenai budaya dan agama masyarakat bukan Islam.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, garis panduan yang ada sekarang hanya polisi secara am.

“Perayaan kebudayaan boleh dan perayaan keagamaan tidak boleh. Pas jelas dalam hal ini. Untuk perayaan keagamaan, Dewan Himpunan Penyokong Pas akan mewakili Pas. Tetapi ia tidak semudah itu.
“Contohnya bagi Tahun Baharu Cina yang merupakan perayaan kebudayaan tetapi terdapat masyarakat Cina yang mengadakan upacara sembahyang khas. Upacara sembahyang sudah tentu Pas tidak boleh terlibat,” katanya.

Iskandar berkata, iktibar daripada isu ini adalah pimpinan dan ahli Pas perlu memahami budaya dan agama masyarakat bukan Islam.

“Kenal yang mana satu budaya dan yang mana satu agama. Kita hidup di dalam satu masyarakat dan sudah tentu kita perlu mengetahui tentang agama dan budaya jiran-jiran dan rakan-rakan kita,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berpakaian dipercayai menyerupai dewa Cina, Dewa Cao Guo Jiu pada sambutan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat Tionghua di Wangsa Permai, Kepong.

Iskandar berkata, beliau akan mengarahkan Dewan Ulama Pas Negeri Selangor dan Lajnah (Biro) Perpaduan Nasional Pas Selangor menghasilkan kajian dan garis panduan tersebut.

“Garis panduan ini penting bagi kami di Selangor kerana kami berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam sepanjang masa.
“Mereka adalah jiran kami, rakan sekerja kami malah saudara-mara kami bagi yang berkahwin campur. Ia bukan semata-mata kerana keperluan politik,” katanya. (SH)

Visit My Masjid Day. Program Tahunan Perkenalkan Islam Di UK.

Muslim UK Semarakkan “Visit My Masjid Day”

London: Lebih daripada 90 masjid di seluruh United Kingdom (UK) membuka pintu mereka pada hari Ahad (07/02) untuk setiap orang pada acara tahunan "Visit My Masjid Day".

Setiausaha Agung Dewan Muslim Inggeris, badan payung Muslim U.K. terbesar dan penganjur acara tersebut, berkata inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan pemahaman yang lebih baik mengenai Islam dengan mengundang semua orang ke pusat peradaban Islam, Masjid.

"Kami fikir ini akan sangat berguna dengan menikmati satu hari untuk melancong / berkunjung ke masjid atau sebanyak mungkin masjid yang ada di Inggeris boleh membuka pintu mereka untuk tetangga dan memberikan khabar baik tentang Islam dan kegiatan Islam di masjid," kata Dr Shuja Shafi.

"Dengan cara itu mereka akan mempunyai idea yang lebih baik dan mudah-mudahan kita akan mempunyai masyarakat yang padu yang lebih baik."

Seorang tokoh lintas agama juga menghadiri acara di Masjid Pusat London di mana sidang akhbar berlangsung.

Pastor Jeremy Taylor dari Gereja Paroki Wood St John berkata masalah timbul akibat dari tidak mengenal dengan baik antara satu sama lain dalam masyarakat: 

"Keindahan acara seperti ini adalah membuka dan mengalu-alukan orang, dalam cara yang sangat jelas.. Membantu untuk menggalakkan hubungan boleh menyebabkan /memberikan pemahaman yang lebih baik, "katanya.

Oliver Miller, seorang mahasiswa pengajian keamanan antarabangsa di University College London, mengatakan ia datang untuk ambil tahu tentang erti sebenarnya dari agama.

"Saya ingin mengetahui lebih banyak tentang apa mesej sejati Islam, kerana kita mendengar banyak tentang hal itu di media dan yang digambarkan dalam media itu sentiasa buruk, jadi saya ingin melihat apa erti sebenar Islam daripada orang Islam," lanjutnya.
Michelle Obama Kena Sensor semasa melawat Raja Abdullah. (Foto: Mirror)

Sebuah stesen televisyen Arab Saudi melakukan sensor imej terhadap Michelle Obama yang tidak mengenakan jilbab atau tudung, berdiri di samping suaminya Presiden AS Barack Obama ketika melawat Arab Saudi. 

Lawatan ke Masjid Day muncul selepas Presiden AS Barack Obama membayar kunjungan pertama, untuk masjid di negara itu, pada Rabu lalu.

Ada kira-kira 3 juta Muslim di Inggeris, yang mewakili hampir 5 peratus daripada penduduk. Dan khabar baiknya, populasi ini terus meningkat sepanjang tahun. Islam akan jaya di Eropah dan Eropah akan menjadi negara Islam. (IH/lasdipo)

UBAH: Projek Jangka Panjang Hapus Etnik Di PP..

Usaha kerajaan tempatan (PBT) Pulau Pinang merobohkan gerai-gerai peniaga kecil Melayu dan India merupakan sebahagian daripada projek jangka panjang untuk menjayakan misi UBAH penghapusan etnik yang dirancang di negeri itu, lapor Anti Senju Uderan Kes.

“Untuk memastikan imej sebagai Pulau Cina … usaha dilakukan agar tidak ada lagi peniaga Melayu dan India di lokasi strategik .
“Peringkat pertama semua kedai di Tenggiri telah dirobohkan . Setakat post ini 18 gerai makan , dua car wash diruntuhkan .
"Selepas (itu) MPSP akan sekat pemberian lesen dengan mengunakan alasan kesihatan .
“Penghapusan etnik ini dilakukan untuk memastikan kaum Melayu dan India Pulau Pinang kekal sebagai kuli Cina,”dedahnya.
Selain itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng didakwa hanya menumpukan perhatian kepada projek-projek mega yang bakal dihuni oleh golongan berpendapatan tinggi dan mengabaikan flat-flat murah yang sedia ada yang dihuni oleh golongan berpendapatan rendah.
“Lebih menderita lagi flat-flat di Seberang Jaya tidak diselanggara. Paip air najis kumbahan sudah lama dan berkarat . Penduduk flat ini hidup dalam bau busuk. Perkara ini bukan jadi isu kepada DAP ,”dedahnya lagi.
mpsp1
Sementara itu, Tan Khai Beng pula mendedahkan Guan Eng yang merupakan ahli politik terbuang dari Melaka sedang melakukan kerosakan besar-besaran di Pulau Pinang termasuk memusnahkan warisan bersejarah di negeri itu.
“Orang yang tidak bermoral dari Melaka itu sedang memusnahkan Bangunan Warisan Pulau Pinang. Bermula dari bangunan Khaw Sim Bee di Pykett Avenue ke rumah 128 Macalister Road .
“Dan sekarang ini ..Tiba masanya kita melakukan sesuatu mengenainya,” dedahnya.
penang
penang1
penang2
penang3

Hidup! Lakonan Mat Sabu Mengamuk Campak Mikrofon..






KL: "Memang hidup, lakonan Mat Sabu itu! Hebat.." Kata seorang penyokong parti Amanah, yang ditemui di Pasar Malam KL sebentar tadi.
Dia memuji perbuatan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mencampak mikrofon di hadapan khalayak ramai dengan kasar selepas menyampaikan ucapan di Himpunan Bebaskan Anwar malam Selasa seolah-olah membuktikan nilai-nilai agresif pemimpin pembangkang negara ini dalam berpolitik.
Namun ada juga yang mengeecam tindakan beliau itu, ramai pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan berkenaan membayangkan mentaliti tidak bermoral pemimpin pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk memegang kuasa.
Laman Facebook PAN yang menyiarkan rakaman video Mat Sabu mencampak mikrofon bagaimanapun mendakwa presiden parti itu berbuat demikian bagi melahirkan rasa marah dan mengajak rakyat Malaysia bangun melawan Barisan Nasional (BN).
“Usia sudah 60 tahun tetapi rakyat Malaysia belum lagi berubah. Ayuh adakah kita seorang pejuang atau hanya slogan mahu menyedapkan hati saudara kita (Anwar Ibrahim),” kata Mat Sabu lalu mencampakkan mikrofon kepada gambar Anwar di belakangnnya.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Rahimi Ismail dalam komennya berkata: “Kurang waras dah Ahmad Sabu ni… mungkin parti PAN semakin tidak mendapat sambutan, kesian Bang Mat”.
Ashryl Ahmad pula berkata: “Baling microphone atas pentas sendiri buat haper.. sungguh biadap Mat Sabu… Presiden PAN tunjuk contoh yang buruk… di kawasan kami nanti INSYAALLAH Mat Sabun tak akan di jemput….”
Seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan akaun Mohd. Hazim berkata:“Selamat dia baling ke arah belakang kalau dia baling ke arah audience…memang biol kena”
Beberapa lagi pengguna Facebook menyindir akhlak buruk Mat Sabu dan perut beliau yang semakin buncit kerana Mat Sabu sering mendakwa rakyat Malaysia tidak cukup makan di bawah pemerintahan BN.
Namun, pada pandangan weblog ini lakonannya mengamuk campak mikrofon itu memang hidup, apalagi bila dia seorang pemidato yang hebat. (IH)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails