Thursday, February 25, 2016

Jangan Letak ‘Handphone’ Bawah Bantal, Ini Jadinya..

PENGGUNA

NEW YORK – Seorang anggota polis di Jabatan Polis New York (NYPD), memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak meletakkan telefon bimbit di bawah bantal semasa tidur. 

Anggota tersebut telah memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan bagaimana rupa alas katilnya terbakar menerusi laman sosial Twitter milik dirinya.
Capture
Gambar yang dimuat naik itu menunjukkan kesan-kesan terbakar setelah telefon yang diletakkan di bawah bantal menjadi terlalu panas.
Menurut laporan Daily Mail, pihak bomba negara itu sebelum ini pernah memberi amaran supaya tidak letak telefon yang sedang dicas di antara bantal dan katil.
Ini kerana ia boleh menyebabkan telefon tersebut menjadi panas dan mudah terbakar.
David Berardesca, Ketua Bomba dari Hamden, Connecticut, berkata kepada NBC, telefon perlu diletakkan di kawasan yang ada pengudaraan yang baik agar tidak menjadi terlalu panas.
Saranan itu dikeluarkan kerana terdapat kes seorang remaja berusia 15 tahun, mendapati katilnya dijilat api selepas telefon bimbit yang sedang dicaj terbakar.
Daily Mail juga melaporkan kejadian yang sama belaku pada Ariel Toffee, 13 tahun; yang melecur teruk apabila katilnya terbakar akibat telefon bimbit Samsung S4 yang dicas diletakkan di bawah bantal terbakar.
hp-nypd-2-data
hp-nypd-4-data
Gambar alas katil Ariel yang terbakar itu merupakan antara empat gambar yang dimuat naik NYPD ke Twitter. NYPD menyatakan, tweet yang ditulisnya itu merupakan amaran keselamatan umum, dan tidak ada kaitan dengan sebarang insiden tertentu. (IH)

Amanah Sukar Cari Sokongan 'Mat Sabu


KUANTAN - Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui parti tersebut berdepan tugas getir dalam meraih keyakinan rakyat di negara ini.

Presidennya, Mohammad Sabu berkata, parti itu perlu berdepan dengan propaganda yang dimainkan pemerintah terutamanya membabitkan isu perkauman dan survival bangsa Melayu.

Namun parti tersebut tidak mahu mengalah dan akan bekerja keras dalam meraih keyakinan rakyat untuk bersama parti tersebut untuk membina masa depan lebih baik negara pada masa depan.

“Kita sedar dengan isu yang dimainkan oleh pemerintah dan ejen-ejennya seperti isu bagaimana bangsa Melayu untuk bertahan jika parti Umno kalah.
“Kita akur memang kita berdepan tugas sukar namun itu tidak melemahkan Amanah untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan pejabat Zon Timur Amanah di Jalan Bukit Sekilau di sini yang turut dihadiri Pengerusi Amanah Pahang, Dr Hamzah Jaafar; Ketua Penyelaras Amanah Parlimen Kuantan, Khairul Anuar Mohd Yusof; Ketua Penyelaras Amanah Parlimen Paya Besar, Mat Shukri Daud dan Pengerusi Penyelaras Parlimen Indera Mahkota, Abdul Aziz Ahmad.

Menurutnya, sehingga kini Pejabat Pendaftar (ROS) telah meluluskan cawangan di 110 buah kawasan Parlimen di seluruh negara dan Johor sedang mendahului negeri negeri lain dengan penubuhan di 17 buah kawasan Parlimen.

“Buat masa kini kita tumpukan pada pendaftaran untuk semua peringkat di kawasan parlimen dan cawangan selain mengembangkan pengaruh di kawasan kampung-kampung.
“Kita akan akan menjalankan pelbagai program antaranya sebaran risalah, ceramah, dialog berkelompok selain siaran akhbar secara berkala kerana sedar parti ini masih baru dan kurang dikenali lagi,” katanya lagi. (SH)

Hanya 40% Kepercayaan Rakyat Pada K'jaan -Penganalisis

Barisan ahli panel perbincangan hasil Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia semalam di mana kajian menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia kepada kerajaan pada tahap 40%. 

Rakyat Malaysia, tidak kira tahap pendidikan mereka, semakin hilang kepercayaan terhadap Putrajaya, memungkinkan keadaan di mana kerajaan persekutuan digulingkan pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis. 

Mengulas mengenai Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia yang dikeluarkan semalam, mereka berkata, ia menunjukkan rasa tidak percaya itu boleh mencerminkan bagaimana rakyat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018. Walaupun terdapat jurang antara 2 segmen penduduk – lepasan universiti dan tidak – dalam kepercayaan mereka terhadap kerajaan, jurang ini makin mengecil, kata pemungut suara bebas Ibrahim Suffian. 

Internet sebagai sumber maklumat Kajian Edelman menunjukkan kepercayaan keseluruhan terhadap kerajaan adalah pada 40%. Mereka yang dikategorikan sebagai “bermaklumat”, yang berpendidikan universiti dan menyumbang kepada 25% teratas daripada kumpulan umur mereka, kurang mempercayai kerajaan. 

Hanya 34% daripada mereka yang mempercayai kerajaan, berbanding dengan 39% daripada kalangan “orang awam”, menurut kajian itu. 

Sebab utama kemerosotan kepercayaan ini ialah merebaknya Internet yang kini mendemokrasikan akses kepada maklumat. Internet, serta skandal kewangan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma politik RM2.6 bilion dan pandangan yang Putrajaya melakukan salah urus ekonomi, membawa kepada kemerosotan kepercayaan ini, kata penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee. 

Pakar media Prof Zaharom Nain berkata, peningkatan penggunaan Internet sebagai sumber maklumat berkebetulan dengan hakisan terhadap kredibiliti institusi di negara ini, seperti badan kehakiman dan media. Trend ini bermula sejak zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Zaharom dari Universiti Nottingham (Malaysia). 

“Ia semakin teruk sejak beberapa tahun lepas dan sejak kebelakangan ini, apabila banyak institusi dan kakitangannya terang-terangan mempamerkan ketiadaan profesionalisme, kebebasan dan neutraliti,” kata Zaharom, yang mengajar kajian media dan komunikasi. 

Tetapi, perbezaan 4% antara kepercayaan rakyat bermaklumat dan kepercayaan orang awam adalah kecil dan semakin berkurangan kerana lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada Internet, kata Ibrahim dari Merdeka Center. 

Ibrahim berkata, kadar keseluruhan penembusan Internet pada 80% di seluruh negara manakala 60% daripada rakyat Malaysia kini menggunakannya sebagai sumber berita. Perbezaan antara kedua-dua kumpulan itu, daripada segi kepercayaan mereka terhadap kerajaan, adalah dalam butirannya, kata Ibrahim. 

"Sebagai contoh, seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pemandunya mungkin mempunyai anggapan lebih kurang sama terhadap kerajaan, walaupun seorang lebih berpendidikan daripada seorang lagi. 
"Ini kerana, kedua-duanya mendapat maklumat daripada Internet dan media sosial." 

Perbezaannya adalah, CEO itu mungkin memahami butiran mengenai 1MDB, tetapi pemandu itu tidak, kata Ibrahim, sambil menambah, pemandu itu bagaimanapun, tetap tahu yang isu itu ialah satu skandal besar. Perbezaan pendapat kini merebak Kemerosotan dalam kepercayaan di kalangan mereka yang dikategorikan sebagai "orang awam", termasuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, adalah satu perkembangan kritikal, kata Lim. 

"Ia menunjukkan, perbezaan pendapat, yang bermula di kawasan bandar, kini merebak ke kawasan luar bandar." 

Pada PRU13, Barisan Nasional dapat terus berkuasa walaupun mengutip hanya 47% undi popular kerana mendapat sokongan terutamanya di kawasan luar bandar di utara semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ibrahim berkata, walaupun penduduk luar bandar masih bergantung kepada televisyen dan media tradisional untuk maklumat, mereka masih boleh mendapatkan pandangan alternatif daripada anak mereka yang pergi ke bandar untuk bekerja. 

"Tidak ramai lagi masyarakat yang benar-benar terpencil di Malaysia ini dan sudut pandangan alternatif juga kini merebak, terima kasih kepada Internet," kata Ibrahim. 

Sekiranya tahap ketidakpercayaan terhadap kerajaan juga rendah di kalangan penduduk luar bandar, kata Lim, dan keadaan ini tidak bertambah baik, mungkin akan ada kerajaan baru di Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.  -malaysianinsider- at 2/24/2016 06:34:00.

Wednesday, February 24, 2016

‘Keterlanjuran’ Azmin? PKR Mohon Maaf Kepada Guan Eng..

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat permohonan maaf kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di atas tindakan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang itu secara terbuka kelmarin.
Permohonan maaf itu disebabkan tindakan Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor membantah kerajaan DAP Pulau Pinang memecat dua wakil rakyat PKR sebagai pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
“PKR meminta perkara ini dibincangkan secara terbuka dalam Majlis Presiden Harapan Pakatan akan datang.
“Kami amat berharap Guan Eng bermurah hati dan bersedia mengampuni. Mari selesaikannya dalam suasana sivil dan baik. Keupayaan kami untuk mengatasi perbezaan adalah kunci untuk menyakinkan rakyat,” kata Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam satu kenyataan media hari ini.
Kelmarin, Mohamed Azmin selaku Menteri Besar Selangor membantah perbuatan Guan Eng memecat dua wakil rakyat PKR yang bersikap berkecuali semasa mengundi usul penambakan tanah dalam persidangan DUN Pulau Pinang.
Guan Eng menempelak tindakan Mohamed Azmin dengan mempersoalkan mengapa Menteri Besar Selangor itu mahu mencampuri urusan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP.
“Pernahkah anda melihat saya mengulas mengenai hal ehwal negeri lain yang ditadbir oleh pakatan?” soal Guan Eng kepada pihak media semalam.
Tian Chua dalam kenyataan hari ini bagaimanapun menjelaskan Timbalan Presiden PKR tidak berhasrat untuk campur tangan dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.
Katanya, Guan Eng perlu memahami bahawa teguran Mohamed Azmin ke atas kerajaan DAP Pulau Pinang itu bukan pendapat peribadi beliau sebaliknya pendirian PKR.
“Kami mengakui bahawa adalah hak Ketua Menteri untuk melantik ahli lembaga pengarah dalam GLC negeri. Bagaimanapun dengan pengurusan hal negeri adalah tanggungjawab bersama.
“Sebagai rakan kongsi dalam kerajaan campuran Pulau Pinang, kita bukan sahaja berkongsi kuasa tetapi juga tanggungjawab. Sokongan orang ramai bukan hanya pada populariti peribadi tetapi kerja berpasukan,” tegasnya.
Kemelut yang berlaku diantara PKR dan DAP dalam soal pentadbiran kerajaan negeri itu berlaku hanya selepas sebulan kedua-dua parti itu menandatangani Perjanjian Pakatan Harapan pada Januari 2016.
Kemelut itu juga menidakkan dakwaan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebelum ini kononnya tiada lagi prinsip ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dalam Pakatan Harapan.
Rafizi waktu itu mendakwa, ketiga-tiga parti Pakatan Harapan termasuk Parti Amanah Negara (PAN) masih bebas untuk membuat keputusan politik mereka namun selagi ia tidak bertentangan dengan perjanjian dan keputusan bersama.  (mynewshub.cc/Aidcnews)
azman2
keadilan

Mat Sabu: 'Kalau aku marah, aku buka baju atas pentas ..' Tapi..


Kalau aku marah, aku buka baju atas pentas ... pasti esok suratkhabar muka depan tulis Mat Sabu takde akhlak. Sesetengah ustaz pun akan kata gitu. 

"Tapi, bila pemimpin rasuah depa diam. Padahal buka baju bukan dosa, tapi rasuah jelas haram. Inilah masalah umat Islam hari ini. Mereka tidak merasa jijik dengan rasuah." kata Mohamad Sabu didalam satu ceramah Parti Amanah Malaysia (PAN) Di Taman Asa Jaya, Kajang.

Tetapi Mat Sabu tak pula menjelaskan kepada para penyokongnya dimanakah letaknya perlembagaan PAN yg mencatatkan penentangan pada rasuah..

PAN sehingga kini langsung tak menyatakan pendirian didalam penentangan mereka berkenaan isu rasuah didalam negeri yang dikuasai oleh Pakatan pembangkang khususnya di Selangor dan juga P.Pinang.

Di P.Pinang,  apabila ada ADUN PKR bangun bersuara menentang unsur rasuah dalam isu tambak tanah oleh kerajaan DAP negeri, mereka dipecat oleh Lim Guan Eng yang merupakan "Abang angkat" kepada Mat Sabu. 

Jika benar Mat Sabu memandang jijik kepada rasuah seperti yang diucapkannya didalam ceramah, sudah tentu berbakul Lim Guan Eng kena maki.. Tetapi sehingga kini langsung tiada suara yang keluar dari tekak bekas Timbalan Presiden PAS tersebut. Mungkin Mat Sabu takut hilang elaun dari Guan Eng jika dia bersuara..

Inilah Mat Sabu yang rakyat Malaysia kenal selama ini.. Cakapnya berdegar-degar hinggakan langit pun mampu runtuh kalau dia berceramah.., walhal satu apapun cakapnya tak boleh dipakai. Sebab itulah Mat Sabu sekadar mampu jadi balaci Guan Eng sahaja sehingga kini.. - Big B/Utaranews.com




Halalkan Seks Antara Adik-Beradik & Mayat -Parti Liberal Sweden.

PARTI Liberal Sweden yang kebanyakannya terdiri daripada ahli parlimen belia telah menyatakan petisyen untuk membenarkan dan menghalalkan perlakuan seks antara adik-beradik berusia lebih 15 tahun dan juga mayat.

Menurut mereka, walaupun ramai yang melihat perlakuan seks jenis itu sangat menjijikkan namun ianya tidak bermakna ia harus diharamkan.

Mereka dikatakan ingin memperjuangkan hak asasi manusia selain seks antara mayat itu perlu mendapat keizinan daripada individu itu sendiri sebelum dirinya mati.
cecilia
Presiden Parti Liberal Sweden, Cecilia Johnsson.
Menurut presiden parti itu, Cecilia Johnsson, mereka mewakili suara anak muda dan langkah ini adalah salah satu daripada anjakan paradigma yang cuba dibawa mereka untuk kebaikan rakyat di sana.
“Kami tidak mahu terikat dengan undang-undang moral, kami adalah mewakili sayap anak-anak muda dan ia merupakan satu tugas untuk kami memikirkan sesuatu perkara itu di luar kotak.
“Kami sedar perlakuan seks dengan mayat dan adik beradik dilihat sebagai suatu perkara luar biasa dan ‘jijik’ dari segi undang-undang, namun ia tidaklah sebegitu rupa (jika lihat dari sudut lain),” katanya kepada akhbar Aftonbladet.
Sementara itu, seorang pemimpin senior, Carl B Hamilton, yang tidak sealiran dengan parti liberal, menyatakan ahli-ahli parti itu sebagai sengaja mencipta publisiti murahan dan lari daripada perjuangan politik yang ingin diperjuangkan.
“Parti Liberal hanya lebih pentingkan publisiti (terhadap hal-hal yang tidak penting) dan tidak memberikan fokus terhadap isu-isu yang lebih penting untuk masa hadapan rakyat dan negara Sweden itu sendiri,” katanya.  
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Oleh itu, kembalilah kepada parti yang berasaskan agama, nescaya selamat dunia akhirat, supaya tidak terbabas perjalanan di dunia sahaja. Bukan seperti parti sekular dan liberal, yang meliberalkan agama. Di Malaysia ada Parti Islam Se malaysia. (IH)



Makin Biadap! DAP Hina Almarhum Raja Arab Saudi -Mynewshub.

KURANG ajar dan biadap. Tindakan DAP menyebarkan video klip dengan mesej antikerajaan ketika sambutan Tahun Baharu Cina awal bulan ini nyata berlawanan dengan semangat tradisional perayaan kaum itu sendiri.

Ia bukan sahaja menimbulkan rasa kurang senang kaum bukan Cina, malah parti komponen BN iaitu MCA juga mengutuk video itu sebagai nyata menghina almarhum Raja Arab Saudi, Allahyarham Raja Abdullah sendiri.
Paparan video yang menyindir derma baginda kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 tidak sahaja boleh mencetuskan perasaan kebencian ketika musim perayaan itu, bahkan dianggap amat jijik.
Selain itu DAP sengaja mencaci pemerintah Arab Saudi yang menjaga dua kota suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah, walhal baginda turut derma ratusan bilion riyal kepada negara-negara Muslim lain sejak sekian lama.
Ini bukan sahaja mencemarkan nama baik raja negara tersebut, malah menunjukkan DAP tidak sensitif dengan hubungan diplomatik akrab Malaysia-Arab Saudi hanya kerana marah dalam isu dana peribadi baginda itu.
dap biadap1
Menurut Bendahari Kebangsaan Pemuda MCA, Michael Lee, DAP sepatutnya menggalakkan perhubungan baik sesama rakyat dan bukannya menjaja ‘sentimen antikerajaan’ ketika musim Tahun Baharu Cina yang mulia.
“Tindakan pemimpin DAP Pusat, Tony Pua dan Teo Nie Ching menerbitkan klip video ini menyebarkan sentimen antikerajaan ketika sambutan Tahun Baharu Cina berlawanan dengan semangat tradisional perayaan tersebut.
“Tindakan mereka adalah menjelikkan dan tamparan bukan sahaja terhadap sambutan perayaan itu tetapi akal mereka itu sendiri,” kata Lee dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Kuala Lumpur pada Isnin.
Katanya, mereka sepatutnya mengurangkan kelakuan buruk ketika musim perayaan ini daripada buat video jijik mempersenda lagu popular Tahun Baharu Cina, Cai Shen Daoyang bermaksud ‘Tuhan kemakmuran sudah tiba’.
Dalam video itu, Pua dan Teo dilihat mengalu-alukan ketibaan Tuhan Kemakmuran dengan paket angpow merah yang diubah menjadi seorang lelaki berpakaian tradisi Arab sambil memegang cek Ambank bernilai RM2.6 bilion.
dap biadap3
Video itu juga menunjukkan sekumpulan orang baling ke udara sejumlah duit palsu, manakala Pua mempamerkan cek Ambank beralamat kepada ‘Perdana Menteri’ dan Teo bersama beg tangan dengan cincin berlian besar.
Beberapa portal berita tempatan melaporkan, video biadap DAP menerusi YouTube tersebut sudah ditonton lebih 160,000 kali dengan kira-kira 1,043 pengguna memilih butang ‘like’ manakala hanya 51 lagi sebagai ‘dislike’.
Lazimnya, taktik cerca pemerintahan Arab Saudi popular dilakukan pihak Zionis Israel dengan aktif menyebarkan berita palsu mengenai negara kaya minyak itu bagi menyemai kebencian umat Islam kepada pemerintah Riyadh.
Baru-baru ini beberapa bekas pemimpin Melayu yang pernah menyertai DAP mendedahkan parti itu menerima RM1.2 bilion dana rejim Tel Aviv untuk menguasai pemerintahan Malaysia daripada BN yang diterajui UMNO.
Tindakan biadap Pua dan Teo dijangka bakal menyebabkan mereka dikenakan perintah ‘persona non grata’ daripada memasuki Arab Saudi seperti pernah dikenakan ke atas beberapa individu dari Malaysia sebelum ini.
Namun, apa yang hendak dihairankan kerana kedua-dua pemimpin DAP ini tidak mungkin mahu melaksanakan ibadah umrah, haji atau ziarah ke Arab Saudi sekali gus bebas hina raja negara itu tanpa langsung rasa bersalah. – Mynewshub.cc/HAA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails