Thursday, March 03, 2016

Keputusan STPM 2015 Meningkat

PUTRAJAYA – Keputusan keseluruhan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 meningkat apabila mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) negara sebanyak 2.65 berbanding 2.62 pada 2014.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak bagaimanapun berkata, calon yang memperoleh PNGK 4.00 mencatat sedikit penurunan 0.11 peratus iaitu 0.80 pe­ratus atau 335 orang berbanding 0.91 peratus atau 390 dalam peperiksaan STPM 2014.
“Peratusan calon STPM 2015 yang mendapat PNGK 3.50 ke atas pula meningkat 11.22 peratus atau 4,711 calon daripada 10 peratus atau 4,285 pada tahun lalu.
“Begitu juga calon mempe­roleh PNGK 3.00 ke atas meningkat 31.36 peratus atau 13,340 calon manakala PNGK 2.50 ke atas, PNGK 2.00 ke atas dan lulus penuh dalam lima atau empat mata pelajaran turut meningkat antara 60.50 sehingga 83.85 peratus,” katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan peperiksaan STPM 2015 di sini semalam. (IH)

Main Tuduh-tuduh Zina.. Mana Boleh?




BAGI yang kurang mengenal kesempurnaan dan keadilan agama Islam maka ia akan menilai bahawa hukuman/had rajam adalah suatu yang keji dan kejam, tidak berperikemanusiaan, sebagaimana yang digembar-gemborkan oleh negara-negara bukan Islm atas tunggangan nama Hak Asasi Manusia. 

Tetapi jika mahu mempelajari Islam lebih dalam maka ia akan melihat bahawa ajaran Islam adalah sempurna, adil dan paling sesuai dengan kodrat manusia.
Penetapan syariat had rajam tersimpan hikmah iaitu menjaga nasab dan kejelasan keturunan dan juga menunjukkan sulitnya jatuh kehormatan seorang muslim. 

Ertinya tidak mudah menerapkan hukum had rajam dan membuktikan bahawasanya seorang muslim telah berzina. Berikut pembahasannya.

Penuduh Zina Tiada Saksi Patut Disebat.

Islam sangat melindungi kehormatan seorang muslim dan tidak mudah jatuh kehormataannya, Allah Ta’ala berfirman,

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً
وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَداً وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

  • “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang-orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali cambukan, dan janganlah kamu terima kesaksian yang mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” [An-Nuur: 4]
Sehingga seseorang tidak boleh main tuduh sembarangan tanpa bukti, dan menuduh berzina seperti ini termasuk dosa besar yang membinasakan. Nabi SAW bersabda,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ
وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ
وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَاتِ

  • Dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW , beliau bersabda, “Jauhilah tujuh (dosa) yang membinasakan!” Mereka (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu?” Beliau menjawab, “Syirik kepada Allah; sihir; membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali denganhaq; memakan riba; memakan harta anak yatim; berpaling dari perang yang berkecamuk;menuduh zina terhadap wanita-wanita merdeka yang menjaga kehormatan, yang beriman, dan yang bersih dari zina.” (Hadits Shahih Riwayat Bukhari, no. 3456; Muslim, no. 2669)
Jadi menuduh zina sembarangan ada ancamannya di dunia dan akhirat.

Perlu ada 4 Saksi Lelaki.
Tidak boleh ada salah satu saksi wanita dari ke 4 saksi, jika kurang  dari empat maka persaksian ditolak dan yang menuduh dan yang menjadi saksi disebat semuanya

Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di Rh berkata,
و من قذف بالزنى محصنا أو شهد عليه به, ولم تكمل الشهادة: جلد ثمانين جلدة

  • “Barangsiapa  menuduh berzina seorang “muhshan” [yang menjaga kehormataannya] atau menjadi saksi, dan saksi belum lengkap [empat orang lelaki] maka disebat 80 kali” [Manhajus Salikin Wa Taudihil Fiqh Fid Din hal. 240, cetakan pertama, Darul Wathan]
Syaikh Abdul Adzim Badawi Hafidzahullah menjelaskan,
فإذا سهد ثلاثة و تخلف الرابع حد الثلاثة خد القذف,
للأية الكريمة و لما جاء قسامة بن زهير

  • “jika bersaksi tiga orang dan saksi keempat menyelisihi, maka tiga orang saksi tersebut disebat sebagaimana disebatnya penuduh kerana dalil di ayat yang mulia [An-Nur:4] dan hadits Qusamah bin Zuhair” [Al-Wajiz Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil Aziz hal. 435, cet. III, Dar Ibnu Rajab]
  • Dari Qusamah bin Zuhair, ia berkata, “Ketika terjadi masalah antara Abi Bakrah dengan al-Mughirah -lalu menyebutkan kelanjutannya-.” (Perawi) berkata, “Kemudian ia memanggil para saksi. Kemudian Abu Bakrah, Syibl bin Ma’bad, dan Abu ‘Abdillah Nafi’ memberikan persaksian. Tatkala mereka bertiga telah bersaksi, ‘Umar berkata, ‘Urusannya membuat ‘Umar merasa berat.’ Tatkala Ziyad datang ia berkata, ‘Insya Allah, engkau tidak bersaksi melainkan dengan kebenaran.’ Ziyad berkata, ‘Adapun zina, aku tidak bersaksi atasnya, namun aku telah melihat perkara yang menjijikkan.’ ‘Umar berkata, ‘Allahu Akbar, laksanakan hukum hadd terhadap mereka dan cambuklah mereka!’ Perawi mengatakan, “Berkata Abu Bakrah setelah ia dipukul, ‘Aku bersaksi bahwa ia seorang pezina.’ Kemudian ‘Umar bermaksud mengulangi hukuman cambuk atasnya, maka ‘Ali Radhiyallahu ‘anhu melarangnya seraya berkata, ‘Jika engkau mencambuknya, maka rajamlah temanmu.’ Maka ‘Umar meninggalkannya dan beliau tidak mencambuknya lagi.” [Sanadnya shahih: Al-Irwaa’ VIII/29, al-Baihaqi VIII/334]
Lihat, betapa sulitnya membuktikan, empat orang saksi lelaki, jika melihat maka ia perlu mencari empat orang dulu, kemudian mengajak mereka melihat. Inilah yang dirasakan oleh sahabat Hilal bin Umayyah yang melihat dengan nyata Isterinya berzina dengan lelaki lain. Tetapi Rasulullah SAW tetap meminta empat orang saksi lelaki, beliau berkata kepada Hilal bin Umayyah,
البينة أو حد في ظهرك

  • “Bukti/saksi  atau had sebat kepunggungmu?”
Berkata Hilal bin Umayyah,
يا رسول الله, إذا رأى أحدنا على امراته رجلا يلتمس البينة؟

  • “Wahai Rasulullah, apakah jika seseorang melihat isterinya bersama lelaki lain, kemudian perlu mencari saksi?
Akan tetapi Rasulullah SAW Stetap menyuruhnya dan bersabda menegaskan,
البينة  و إلا حد في ظهرك

  • “Bukti/saksi  jika tidak, had sebat kepunggungmu?” [HR. Bukhari no.4747]
Lihat, 'bagai timba masuk ke telaga'.

Syaikh Abdul Adzim Badawi Hafidzahullah berkata,
فإذا شهد أربعة رجال من المسلمين الأحرار العدول بأنهم رأوا ذكر فلان
في فرج فلانة كالمرود في المكحلة, و الرشاء في البئر, حد الرجل و المرأة

  • “Jika bersaksi empat orang muslim merdeka dan adil bahawasanya mereka melihat kemaluan lelaki masuk pada kemaluan wanita seperti celak masuk ke tempat celak dan seperti timba masuk ke perigi, maka lelaki dan wanita tersebut dirajam” [Al-Wajiz Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil Azizhal. 435, cet. III, Dar Ibnu Rajab
Jadi jika sekedar melihat lelaki dan wanita menempel badannya tanpa melihat seperti timba masuk ke telaga, maka tidak boleh menjadi bukti. Ini membuktikan lagi bahawa sulit menjatuhkan kehormatan seorang muslim.

Penzina yang sudah menikah/muhshan dan sudah bersetubuh, baru dirajam.

Syaikh Abdullah Al-Jibrin Rahimahullahu berkata,
و المحصن: هو الذي قد تزوج زواجا صحيحا و قد وطئ امراة
و هما حران مكلفان, فإذا  تزوج و لم يدخل بزوحته فلا يصير محصنا
كما إذا لم يتزوج فهو غير محصن, و إذا تزوج و دخل قبل التكليف,
أي: قبل البلوغ أو في حالة الجنون, فلا يصير محصنا

  • “ Muhshan adalah seseorang yang telah menikah dengan pernikahan yang sah dan telah bersetubuh dengan isterinya, dan keduanya merdeka dan mukallaf/ baligh, jika telah menikah dan belum bersetubuh dengan isterinya maka tidak disebut muhshan. Begitu juga jika belum menikah [kemudian berhubungan badan/zina] maka tidak disebut muhshan, jika sudah menikah dan bersetubuh sebelum “taklif” iaitu akil baligh atau dalam keadaan kurang waras maka tidak disebut muhshan” [Ibhajul Mu’minin Syarh Manhajus Salikin jilid II hal 389, cet. I, Darul Wathan]
Syaikh Abdullah Al Bassam rahimahullahu menjelaskan,
المحصن: هو من جامع في نكاح صحيح, و هو حر مكلف,
أن حد الزاني الذي لم يحصن, مائة جلدة و يغريب عام

  • “Muhshan adalah seseorang yang sudah berhubungan badan dalam pernikahan yang sah, sedangkan hukuman had bagi yang bukan muhshan adalah disebat 100 kali dan diasingkan satu tahun” [Taisir Allam Syarh Umdatul Ahkam hal. 481, cet. II, Darul Kutubil ‘Ilmiyyah].
Jika mengaku berzina dan kemudian menarik pengakuan, tidak jadi dirajam
Jika ia mengaku berzina di depan pengadilan dan qhadi, kemudian ia tarik kembali pengakuannya, maka ia tidak jadi dirajam berdasarkan hadits Nu’aim bin Hazzal,

  • Dahulu Ma’iz bin Malik adalah seorang anak yatim dalam pengasuhan ayahku, lalu ia berzina dengan seorang budak wanita dari suatu kabilah (al-hadits), sampai perkataan perawi, “Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan agar ia dirajam, lalu ia dibawa keluar menuju padang pasir. Pada saat ia dirajam dan merasakan sakitnya lemparan batu, ia tidak sabar menahan sakit dan akhirnya berontak. Lalu ia lari keluar dan terkejar oleh ‘Abdullah bin Unais sementara para sahabatnya telah kepayahan. Kemudian ia mengambil wadzifu ba’iir [iaitu tulang siku dan kaki kuda atau unta] dan dilemparkan kepadanya sehingga membunuhnya. Kemudian ia mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menceritakan hal tersebut. Lalu beliauShallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
هَلاَّ تَرَكْتُمُوْهُ لَعَلَّهُ أَنْ يَتُوْبَ فَيَتُوْبَ اللهُ عَلَيْهِ.

  • “Kenapa tidak kamu biarkan ia pergi, boleh jadi ia bertaubat dan Allah menerima taubatnya.” [Shahih: Shahiih Sunan Abi Dawud no. 3716, Sunan Abi Dawud XII/99, no. 4397]
Kesnya perlu sampai kepada pemerintah/pengadilan qhadi.

Jika seseorang berzina dan mengetahui tidak melaporkan ke pemerintah/qhadi, maka ia tidak dirajam. Bahkan Rasulullah SAW lebih suka agar orang yang berzina, menyembunyikan aibnya dan bertaubat kepada Allah.
Dari Sulaiman bin Baridah dari ayahnya, ia menerangkan bahwasanya Nabi SAW didatangi seorang wanita dari suku Ghamid dari daerah Azd, lalu wanita itu berkata, “Wahai Rasulullah, sucikanlah aku.” Beliau SAW bersabda:
وَيْحَكِ اِرْجِعِي فَاسْتَغْفِرِيْ اللهَ وَتُوبِي إِلَيْهِ! فَقَالَتْ: أَرَاكَ تُرِيْدُ أَنْ تُرَدِّدَنِي
كَمَا رَدَّدْتَ مَاعِزَ بْنَ مَالِكٍ، قَالَ: وَمَا ذَاكِ؟ قَالَتْ: إِنَّهَا حُبْلَى مِنَ الزِّنَى، فَقَالَ: أَنْتِ؟
قَالَتْ: نَعَمْ، فَقَالَ لَهَا حَتَّى تَضَعِي مَا فِي بَطْنِكِ، قَالَ: فَكَفَلَهَا رَجُلٌ مِنَ اْلأَنْصَارِ
حَتَّى وَضَعَتْ، قَالَ: فَأَتَى النَّبِيَّ j، فَقَالَ: قَدْ وَضَعَتِ الْغَامِدِيَّةُ، فَقَالَ:
إِذًا لاَ نَرْجُمُهَا وَنَدَعُ وَلَدَهَا صَغِيْرًا لَيْسَ لَهُ مَنْ يُرْضِعُهُ،
فَقَامَ رَجُلٌ مِنَ اْلأَنْصَارِ فَقَالَ: إِلَيَّ رَضَاعُهُ يَا نَبِيَّ اللهِ، قَالَ: فَرَجَمَهَا.

  • “Celaka engkau! Pulanglah dan mintalah ampun kepada Allah serta bertaubatlah!”Kemudian wanita itu menjawab, “Aku melihat engkau menolak (pengakuan)ku sebagaimana engkau menolak (pengakuan) Ma’iz bin Malik.” Beliau bersabda, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Ini adalah ke-hamilan dari perzinaan.” Beliau meyakinkan, “Apakah engkau melakukannya?” Ia menjawab, “Benar.” Lalu beliau bersabda kepadanya, “Sampai engkau melahirkan apa yang engkau kandung.” (Perawi) berkata, “Lalu wanita itu ditanggung kesehariannya oleh seorang lelaki dari Anshar sampai melahirkan.” (Perawi) melanjutkan, “Kemudian ia (lelaki Anshar) mendatangi Nabi SAW dan berkata, ‘Perempuan Ghamidiyyah itu sudah melahirkan.’ Rasulullah SAW bersabda, ‘Kalau begitu, kita tidak akan merajamnya dan membiarkan anaknya yang masih kecil tanpa ada yang menyusui.’ Lalu seorang lelaki dari Anshar berkata, ‘Aku yang akan bertanggung jawab atas penyusuannya, wahai Nabi Allah.’” (Perawi) berkata, “Maka Nabi pun merajam wanita tersebut.”[Shahih: Mukhtashar Shahih Muslim no. 1039, Shahiih Muslim III/1321, no. 1695]
Rajam perlu dilakukan oleh pemerintah yang sah

Jika seseorang terbukti berzina, baik dengan empat saksi lelaki atau mengaku atau ia hamil dan belum menikah, maka walaupun ia mendapat had rajam, hukuman perlu dilakukan oleh pemerintah atau qhadi yang berkuasa. Tidak boleh sekumpulan orang atau masyarakat merajam seseorang tanpa perintah dari pemerintah. Sebagaimana rajam di zaman Rasulullah SAW, maka atas perintah beliau kerana beliau adalah pemerintah yang sah.

  • Dari Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid, keduanya menceritakan bahwa ada dua orang yang bertengkar menghadap Rasulullah SAW dan seseorang dari mereka berkata, “Putuskanlah perkara kami dengan Kitabullah.” Dan berkata yang satunya -dan ia yang lebih mengerti hukum-, “Benar wahai Rasulullah, putuskanlah perkara kami dengan Kitabullah dan izinkan aku berbicara.” Beliau bersabda, “Bicaralah!” Ia berkata, “Sesungguhnya anakku bekerja untuk orang ini, kemudian ia (anakku) berzina dengan isterinya. Lalu orang-orang memberitahu bahawa anakku perlu dirajam. Kemudian aku menebusnya dengan seratus kambing dan seorang hamba wanitaku. Setelah itu aku bertanya kepada ahli ilmu dan mereka memberitahukan kepadaku bahawa anakku perlu disebat 100 kali dan diasingkan selama satu tahun. Adapun rajam hanya bagi isteri orang ini.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Adapun aku -demi Rabb yang jiwaku berada pada-Nya, aku akan memutuskan perkara kamu dengan Kitabullah, adapun kambing dan hamba wanitamu, maka akan dikembalikan kepadamu.” Kemudian beliau menyebat anaknya 100 kali dan mengasingkannya setahun. Lalu menyuruh Unais al-Aslami untuk mendatangi isteri pihak yang bertengkar. Apabila ia mengaku, ia akan merajamnya. Maka wanita itu pun mengaku dan ia pun dirajam.” [HR. Bukhari XII/136, no. 6828, 27, Muslim III/1324, no. 1698, 97]
Jika dipaksa berzina, tidak dirajam

Orang yang diperkosa atau dipaksa juga tidak dirajam walaupun ia sudah menikah/muhshan.

  • Dari Abu ‘Abdirrahman as-Sulami, ia berkata, “Dihadapkan kepada ‘Umar bin al-Khaththab RA seorang wanita (yang dipaksa berzina). Pada suatu hari wanita tersebut sangat kehausan, lalu ia mendatangi seorang penggembala untuk meminta air. Namun penggembala itu enggan memberinya, kecuali jika ia mahu berzina dengannya, maka wanita itu pun terpaksa melakukannya. Lalu orang-orang berunding untuk merajamnya. Kemudian ‘Ali RA berkata, ‘Ia dalam keadaan terpaksa, pendapatku hendaknya kamu membebaskannya.’ Maka beliau (‘Umar RA) pun melepaskannya.” [Shahih: Al-Irwaa’ no. 2313, al-Baihaqi VIII/236]
Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat, wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.
Disempurnakan di Lombok, Pulau seribu Masjid
22 Rabiul Awal 1433 H bertepatan 15 Februari 2012
Dikemaskini oleh Ibnu Hasyim. 2/3/2016

Harapkan Husam Ganti Mat Sabu -Shafie Salleh

mazlan-husamPenyokong Parti Amanah Negara (PAN), Shafie Salleh mengharapkan agar Datuk Husam Musa agar dipecat daripada PAS bagi membolehkan beliau mengambil alih jawatan Presiden PAN yang disandang oleh Mohamad Sabu.
Menurutnya, trend kepimpinan Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu mutakhir ini diragui oleh ahli parti sendiri.
“Semoga Dato Husam Musa dipecat dari PAS, kerana kepada beliaulah kita bergantung harapan supaya beliau memimpin Parti Amanah Negara (AMANAH).
“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abang Mat Sabu sejak akhir-akhir ini menampakkan bahawa beliau bukanlah Presiden yang bagus untuk AMANAH,”katanya dalam Facebook.
Menurutnya, penglibatan Husam dalam program ‘Selamatkan Malaysia’ anjuran PAN Johor membuktikan bekas Naib Presiden PAS itu satu-satu calon yang layak memimpin PAN bakal bakal calon Perdana Menteri.
“Pada saya secara peribadi inilah pemimpin paling layak memimpin AMANAH, seterusnya membawa kita ke Putrajaya. Seterus memerintah Malaysia.
“Dalam keadaan usia DSAI yang semakin bertambah, Dato Husamlah yang paling layak ganti DSAI untuk jadi PM,”katanya lagi.
Menurut Mazlan Aliman yang merupakan penganjur program Selamatkan Malaysia, selain Husam, Abby Abadi dan suaminya juga turut hadir ke program tersebut.
“Kehadiran masyarakat berbagai kaum, ahli dan penyokong Pakatan Harapan, PAS, NGO dan juga penyokong UMNO; menggambarkan kebersamaan dengan tema ‘SELAMATKAN MALAYSIA.
“Program malam ini adalah muqaddimah kepada gelombang perubahan seluruh rakyat yang mahukan BN ditolak dalam PRU 14. Isyaratnya telah di tunjukkan pada malam ini.
“Terima kasih atas kehadiran Dato’ Husam, pimpinan parti politik dan NGO, juga pasangan suami isteri Faizal dan Abby Abadi, rakan2 media. Tahniah kepada Sdr Abrary Ramli selaku Pengarah Program dan AJK serta para petugas Arif,”kata Mazlan yang juga Naib Ketua PAN Johor dan Ahli Jawatankuasa PAN pusat.
husam
Husam dalam ucapannya menyatakan beliau tidak teragak-agak untuk menyertai PAN jika pimpinan PAS tidak berubah dan tersesat haluan perjuangannya.
“Komitmen peribadi saya, kalau PAS bersama menongkat kemungkaran, komitmen peribadi saya adalah bersama tuan-tuan..”tegas Husam dalam program itu.
“Saya tidak minta dipecat. Saya tidak minta digantung. Saya minta parti saya berubah. Pemimpin saya berubah.
“Kalau pemimpin sudah rasa tersesat, dalam Islam, kita nak pemimpin itu dihenti. Kalau imam tu uzur, orang belakang imam itu mesti orang yang boleh ganti imam.
“Imam uzur, dia boleh ditegur..kita boleh tegur, tapi kalau dia berulang-ulang buat kesalahan sama, makmun boleh nasihat imam berundur, lantik imam yang lain.
“Saya masih berdoa pemimpin PAS berubah bersama dengan arus ini, tetapi kalau ditakdirkan PAS sudah tidak boleh lagi mengikut sunnah perubahan kerana keangkuhan pemimpin-pemimpin, kita rakyat Malaysia jalan terus. Saya bersama tuan-tuan. Nasib saya macam mana, rakyat yang tentukan. Kalau PAS tak benar saya bertanding, rakyat kata saya kena bertanding, bertanding di Johor (pun) tidak apa”kata Husam lagi
Sementara itu, Suhaizan Kayat yang juga Setiausaha Organisasi PAN memberitahu beliau bersama dengan Mazlan telah menghadiri acara menyambut kepulangan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
“Bersama Sdr Mazlan Aliman dan Gabungan Selamatkan Malaysia menyambut Tan Sri Muhyiddin Yassin di KLIA.
“Semoga Tan Sri dapat terus menegur PM,”katanya dalam Facebook. (AIDCNews)
mazlan-muh1
mazlan-muh

Wednesday, March 02, 2016

Gadis M'sia Ini, Jadi Pelakon Porno Di Israel. Benarkah, Mana Buktinya?


Gadis M'sia ini (gambar di atas) kononnya, dikatakan jadi pelakon porno di Israel. Benarkah, mana buktinya? 

Gambar bawah, dikatakan 'Trend Jubah "Pelacur" melanda wanita Muslim Malaysia'. Juga tiada bukti dan tiada hak, menuduh seseorang Muslimah itu berzina, hanya dengan gambar ini.

Main tuduh-tuduh zina.. Mana boleh?


(IH)

Cybertrooper Pro DAP Serang Azmin Ali Pula..

 
Salah seorang cybertrooper utama pro DAP, Farouq Albaloque mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berusaha untuk menghijack gerakan reformasi 2.0.
Kenyataan lengkap Farouq Albaloque adalah seperti berikut :
AZMIN CUBA ‘HIJACK’ GERAKAN REFORMASI 2.0
Agak pelik dua tiga hari kebelakangan ini Azmin tiba tiba boleh pulak menyebut perkataan ‘reformasi’ dan sekarang ini sedang mempamerkan beliau kononnya sebagai juara ‘reformist’, yang umum mengetahui betapa perkataan itu sudah lama tidak diucapkan dan mungkin dia sudah melupakannya.
Satu kepelikan yang amat sangat dan mustahil sekiranya tiada udang di sebalik mee.
Sebenarnya populariti Azmin dikalangan pimpinan Pakatan Harapan telah rosak teruk akibat kedegilan beliau masih mahu mempertahankan keterlibatan PAS bersama PKR. Azmin melihat kelangsungan politik beliau bergantung dengan parti PAS bukan kerana kelangsungan politik PKR semata mata.
Azmin bukan tidak yakin akan keupayaan Amanah mengantikan PAS memperolehi undi dari kalangan kaum melayu tetapi beliau bimbang sekiranya Amanah bertambah kuat akan menghalang cita cita politiknya.
Azmin juga bermasalah dengan pimpinan DAP setelah 2 Adun PKR dilucutkan jawatan sebagai pengarah di anak syarikat Kerajaan Pakatan Harapan P.Pinang baru baru ini.
Keterlanjuran beliau dalam ‘campurtangan’ kerajaan P.Pinang bukan saja dikecam oleh DAP malah ditegur oleh Amanah. Sepatutnya isu tersebut tidak perlu dipanjangkan dalam media, tetapi di atas asakan beliau dan kartel yang mahu menunjukan PKR tidak akan ‘tunduk’ kepada keputusan Lim Guan Eng, Ketua Menteri P.Pinang telah menampakkan kebodohan beliau di mata umum.
Sepatutnya isu tersebut boleh dibincangkan dan diselesaikan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Lim Guan Eng bukanlah ‘dictator’ seperti mana sering diucapkan oleh kumpulan Azmin.
Sekiranya beliau selaku Timbalan Presiden PKR menghantarkan ‘nota bantahan’ terus kepada Sekretariat Pakatan Harapan, nescaya isu tersebut tidaklah akan menjadi begitu besar seolah-olah menampakkan PKR dan DAP sedang mengalami krisis besar dan isu tersebut boleh dielakkan.
Semalam Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah telah mengisytiharkan keluar dari UMNO dan ramai lagi akan mengikut jejak Tun meninggalkan UMNO setelah percubaan untuk menjatuhkan Najib gagal dilakukan sejak tahun lepas.
Kedudukan Najib dalam UMNO semakin kukuh selepas pengantungan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Lebih menduka citakan Tun, Mukhriz juga berjaya dipecat dari kerusi MB Kedah.
Tun sudah dilihat tidak mempunyai pengaruh dan dihormati oleh pimpinan tertinggi UMNO tidak seperti mana semasa beliau menjatuhkan Pak Lah dan digantikan oleh Najib. Bagi Tun imej UMNO sudah parah dan tidak boleh diperbetulkan lagi selain Najib dijatuhkan. Sayang Tun pada UMNO sudah sampai dipenghujung semalam, beliau dan isteri telah mengumumkan keluar dari UMNO.
Apakah kaitan peristiwa Tun keluar UMNO dengan Azmin?
Di majlis persandingan anak lelaki Azmin hujung tahun lepas Tun dan Siti Hasmah dijemput sebagai tetamu khas dan semasa ucapannya Azmin menyatakan kepada umum Tun adalah bapa angkat dan mentornya. Tun dijulang tinggi olehnya tanpa menyebut sepatah pun nama Anwar. Kak Wan tidak hadir dimajlis tersebut atas alasan kesihatan.
Azmin bukan saja telah menguriskan hati Kak Wan tetapi Anwar juga. Ramai ahli pimpinan tertinggi PKR yang hadir juga terkejut pada majlis tersebut dengan kehadiran bukan saja dengan kehadiran Tun malah ramai lagi pemimpin UMNO. Ramai juga pimpinan PKR yang hadir pada majlis tersebut pulang awal disebabkan meluat dengan perangai Azmin pada majlis itu.
Tun telah menyatakan kesediaan untuk mengenepikan perbezaan politik dan bersetuju untuk bersama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Najib.
Apa yang difahami, sebelum ini Tun berkeras cuma untuk menjatuhkan Najib tapi tidak untuk menumbangkan UMNO. Bagi Tun, Najib adalah punca permasalah UMNO dan Najib perlu dijatuhkan dan digantikan oleh pemimpin UMNO lain.
Pimpinan Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan cadangan Tun itu. Tetapi kali ini Tun sudah tiada pilihan lagi melainkan bergabung dengan Pakatan Harapan yang mahukan bukan saja menjatuhkan Najib dan UMNO juga mahukan perubahan total dalam struktur kerajaan Malaysia.
Salah satu terma Pakatan Harapan adalah pembebasan Anwar.
Azmin tidak sedar sebenarnya beberapa pimpinan PH telah menjalankan usaha berunding dengan Tun agar bersama Pakatan Harapan menumbangkan Najib dan BN sejak tahun lepas lagi.
Masakan sebagai Timbalan Presiden PKR dan juga anak angkat Tun dia tidak ada dalam kumpulan perunding PH dengan Tun. Azmin cuma dimaklumkan pertemuan Tun dengan pimpinan PH tersebut oleh Tun sendiri. Dia terkejut kerana tidak pernah dimaklumkan oleh pucuk pimpinan PH.
Selepas mengetahui adanya usaha pimpinan PH dengan Tun, barulah beliau sedar dia bukanlah dihormati dan dipercayai oleh pimpinan PH untuk melakukan perundingan dengan Tun.
Sebab itu untuk mengalihkan pelbagai masalah yang diciptanya di Selangor seperti yang dilaporkan oleh Chegu Bard seperti kes pembaziran projek pintu gerbang, kubah masjid Shah Alam, kes balak dan juga isu perlucutan 2 Adun dari jawatan pengarah anak syarikat kerajaan P.Pinang, Azmin sekarang ini cuba untuk memulihkan imejnya dengan memaparkan seolah olah beliau sebagai juara ‘reformasi’ dan akan menyambung perjuangan refomasi Anwar bersama kumpulan Tun bertujuan untuk mengambil kredit dari pimpinan PH yang telah lama berusaha berunding dengan Tun.
Jangan terkejut sekiranya dia berkata kerana dialah Tun bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Inilah sebenar karektor Azmin Ali. Bila sudah tersepit dan perlukan halatuju baru dalam memulihkan imej politiknya , tanpa segan dan malu Azmin akan meng’hijack’ ‘reformasi 2.0’ tanpa mempedulikan mereka yang menghabiskan waktu dan usaha berunding dengan Tun.
Jangan percaya dengan permainan politik Azmin. Jadi janganlah terkejut sekiranya Azmin mengambil langkah drastik meminggirkan Hadi dan PAS semata mata mahu menyelamatkan imejnya dan seterusnya menjadi pemain penting menjatuhkan Najib dan BN.
Azmin tahu sekiranya dia berjaya memainkan peranan penting dalam menjatuhkan Najib dan BN, jalan menduduki kerusi PM semakin hampir dengan bantuan Tun.
Farouq Albaloque
1-3-2016

Penyanyi Zaiton Sameon, Kini Sudah Berhijab.. Al-hamdulillah.



Penyanyi Zaiton Sameon, kini sudah berhijab..
Dipetik dari Kosmo! hari ini...
Kosmo: "Anda sering tampil sejak kebelakangan ini, boleh kongsikan sejak bila perubahan tersebut berlaku?"
Zaiton Sameon: "Saya mula memakai hijab pada ulang tahun kelahiran saya yang ke-59 pada 2 Julai tahun lepas. Saya rasa dengan faktor usia sudah tiba masanya untuk berubah ke jalan yang lebih baik. Tambahan pula, saya sudah puas mewarnakan rambut dengan warna merah atau kuning, jadi kini saya ingin menutupnya."
Al-hamdulillah! Mari kita sama-sama mendoakan kebahagiaannya, di dunia dan di akhirat.

Pemimpin PAN Memang 'Gila Kuasa' - Mat Sabu


Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang kini merupakan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) mengesahkan pemimpin Pas yang mengikut jejak langkahnya merupakan pemimpin yang gila kuasa.

Menurut Mat Sabu, beliau serta rakan-rakannya yang lain menubuhkan parti Islam yang baru kerana kecewa dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mahu menguasai pentadbiran negara.

"Sebab presiden parti lama saya (PAS) berkata tidak bertujuan untuk berebut kuasa. Kami (PAN) nak rebut kuasa. Tak guna kita buat makan malam, kita buat kutipan derma, bertanding pilihanraya tapi tak mahu kuasa," kata Mat Sabu.

Patutlah sanggup tubuhkan parti baru... Rupa-rupanya nak kan jawatan dan kuasa... Memang bodoh betul pemimpin-pemimpin PAN ni... Dah tahu Mat Sabu tu bodoh, boleh pula pi ikut sekali.

Mat Sabu pun pernah berkata ketika beliau masih bersama Pas, seandainya dirinya keluar dari Pas satu hari nanti, jangan ada mana-mana ahli Pas mengikut jejaknya kerana ketika itu Mat Sabu dah jadi bodoh... Mat Sabu sendiri yang cakap tau... Bukan rekaan atau fitnah ye!!

Maksud Presiden Pas tidak mahu menguasai pentadbiran negara bukan seperti dimaksudkan Mat Sabu... Sebaliknya, maksud Hadi adalah tidak mahu menguasai pentadbiran negara dengan cara 'kotor'.

Kalau nak menguasai pentadbiran negara, gunalah cara yang betul... Tunggu masa pilihan raya.. Bukan menguasai pentadbiran dengan berdemo menjatuhkan Perdana Menteri... Tu pun Mat Sabu tak tahu ke?? - AndyBolat/Utaranews.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails