Friday, April 08, 2016

Ini, Tong Sampah Kreatif, Didik Masyarakat Jaga Kebersihan.



JOM KREATIF

SEBUT sahaja tong sampah, pasti ramai membayangkan bekas kotor, jijik, berbau dan sebagainya menyebabkan kita tidak mahu untuk mendekatinya. Namun ternyata tidak semua tempat pembuangan sampah seperti itu.

Masyarakat hari ini sudah mulai sedar akan kepentingan menjaga kebersihan dan pelbagai cara telah dilakukan bagi mendidik netizen tentang kebersihan alam sekitar terutama sekali melibatkan kawasan umum.

Beberapa negara di dunia telah mencipta atau merealisasikan idea-idea kreatif untuk mendidik orang ramai melalui transformasi yang dilakukan terhadap tong sampah dalam memupuk kesedaran kepada masyarakat.

Berikut ini adalah beberapa idea design atau konsep tong sampah menerapkan elemen permainan atau game untuk menarik dan mendidik masyarakat menggunakan tong sampah secara tidak langsung sama-sama menyumbang kepada kebersihan bandar yang didiami.

Maze Trash Can, antara idea bijak pemerintah Switzerland apabila merobah tong sampah menjadi tempat permainan Maze atau Labirin.

Idea ini adalah bertujuan untuk mengelakkan orang awam membuang atau membaling cawan kertas merata-rata di kaki-kaki lima. Projek ini dinamakan sebagai ‘Lucerne Shines’.
Ini pula idea dari pereka  Perancis dikenali sebagai Collectif DC tampil dengan konsep seumpama itu untuk menarik mereka yang lalu lalang di situ bermain permainan‘Three Point’ atau ‘Tiga Mata’  seperti dalam permainan bola keranjang.
Lain pula halnya di Filipina, pemerintah di sana menggunakan konsep tong sampah sebagai ‘alat permainan’ namun disuntik dengan elemen kitar semula.
Ini pula tong sampah khusus untuk para perokok tegar rasanya kerana hanya kelihatan putun-putun rokok didalam. Menariknya tong sampah ini, tertera dua nama pemain bola sepak antarabangsa terkenal iaitu Ronaldo dan Messi.
TetraBIN pula mengimplikasikan interaksi antara pengguna. Perbuatan meletakkan sampah ke dalam tong bertukar menjadi permainan, di mana sampah yang dimasukkan itu akan dipaparkan di luar skrin tong sampah berkenaan sebagai satu permainan yang dikenali sebagai ‘Tetra Game’.(IH) 
Lihat juga..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

Boleh, Pelajar Lelaki Tidak Jabat Tangan Dengan Guru Wanita..



GENEVA – Sebuah sekolah awam yang terletak di Therwil, utara Switzerland mencipta sejarah tersendiri apabila membenarkan pelajar-pelajar lelaki untuk tidak berjabat tangan dengan guru perempuan.

Keputusan itu dibuat ekoran ada pelajarnya Muslim menyuarakan pandangan bahawa adat berjabat tangan yang diamalkan masyarakat Swiss bertentangan dengan ajaran agama terutama sekali apabila guru terbabit adalah wanita.

Kumpulan pelajar terbabit yang berusia 14 dan 15 tahun itu menjelaskan bahawa Islam melarang bersentuhan kulit dengan individu berlainan jantina kecuali anggota keluarga terdekat sahaja.

Menurut Monika Wiss, jurucakap Lembaga Pendidikan Therwil, pihaknya tidak akan masuk campur dalam urusan itu kerana menjadi tanggung jawab pihak sekolah untuk menentukan sendiri perkara tersebut.

Keputusan itu mencetuskan kemarahan netizen Switzerland. Ketua Suruhanjaya Parlimen Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Felix Mueri menegaskan bahawa berjabat tangan merupakan budaya penduduk Switzerland.

“Perbuatan itu (berjabat tangan) melambangkan rasa hormat dan sopan santun,” jelasnya kepada portal 20Minuten. 

Sementara itu pula, Christoph Eymann yang mengetuai Persidangan Menteri Pendidikan Cantonal Switzerland berkata: “Pengecualian terhadap peraturan itu bukanlah satu penyelesaian”.

“Kami tidak boleh membiarkan sama sekali golongan wanita dalam perkhidmatan awam diberi layanan berbeza dari lelaki,” katanya kepada sebuah stesen televisyen tempatan.

Persekutuan Pertubuhan Islam di Switzerland (FIOS) bagaimanapun menegaskan bahawa berjabat tangan antara lelaki dan wanita diharuskan mengikut sesetengah pandangan dan biasa diamalkan di beberapa negara Islam. (IH) 

PAN BORNEO: Utamakan Kualiti Dan Kemudahan - PAS Sabah

 

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah menyambut baik perancangan kerajaan untuk membina lebuhraya Pan-Borneo yang akan menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei. Walau bagaimanapun, PAS Sabah menyarankan kepada kerajaan agar memberi penekanan kepada beberapa perkara;

Satu:

Pihak kerajaan diminta mengutamakan kepada kualiti pembinaan dan struktur jalanraya. Berdasarkan kepada pemerhatian PAS Sabah, pembinaan jalanraya utama seperti jalanraya Kota Kinabalu-Kimanis-Keningau dan jalanraya Kota Kinabalu-Sepulut-Kalabakan, kerajaan seolah-olah tidak mengambil berat soal kualiti dan keselamatan. 

PAS melihat kos jutaan ringgit yang dibelanjakan untuk pembinaan jalanraya seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk keselesaan dan keselamatan pengguna. Kebanyakan jalan yang dibina antara 2 hingga 5 tahun sudah mengalami kerosakan.

Dua:

Kerajaan diminta menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk keperluan pengguna. Berdasarkan contoh jalanraya Kota Kinabalu-Kimanis-Keningau- Kalabakan, pihak berkuasa tidak menyediakan kemudahan yang sempurna kepada pengguna. 

PAS amat berharap kerajaan menyediakan kemudahan yang sempurna seperti kemudahan Rehat dan Rawat(R&R) seperti yang terdapat di  lebuhraya di Semenanjung Malaysia.  PAS Sabah melahirkan rasa terkilan apabila terdapat jalan-jalan utama di Sabah yang tidak disediakan kemudahan seperti surau, medan selera dan tandas yang sempurna oleh pihak berkuasa.

Tiga

PAS Sabah amat mengharapkan supaya pihak berkuasa menyegerakan penyelenggaraan terhadap sebarang kerosakan yang berlaku ke atas jalanraya yang dibina. Sepanjang pemerhatian kami, kebanyakan jalanraya di Sabah, termasuk jalan-jalan utama tidak diselenggara dengan baik. 

Jalan-jalan yang tidak rata dan berlubang seolah-olah sudah menjadi suatu kebiasaan ke atas jalanraya di Sabah. Ini pasti akan mendatangkan kesan negatif khususnya boleh menyebabkan kemalangan.

Akhirnya, PAS Sabah mengharapkan agar peruntukan pembinaan lebuhraya ini digunakan dengan sebaiknya dan pengguna mestilah diutamakan dalam sebarang keputusan yang dibuat.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah 
6 April 2016

Hampir 500 Tentera AS Bunuh Diri, Tahun 2015. Mengapa?


Washington: Taraf bunuh diri di kalangan anggota tentera Amerika Syarikat terus meningkat tinggi. Tahun lepas tahun 2015, hampir 500 kakitangan aktif dan cadangan dalam tentera AS dilaporkan telah membunuh diri.

Dalam laporan terbarunya seperti dilapor News.com.au, Rabu (6/4/2016), Jabatan Pertahanan AS alias Pentagon menyebutkan bahawa 265 tentera yang aktif bertugas di Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan Kor Marin bunuh diri pada tahun 2015. 

Adapun di kalangan tentera cadangan, tercatat 210 kes bunuh diri tahun lalu. Sebelumnya pada tahun 2011, tercatat sebanyak 145 kes bunuh diri di kalangan tentera. Sejak itu jumlah kes bunuh diri terus meningkat sehingga pada tahun 2012, jumlahnya mencapai 321 kes.

"Mengurangkan risiko bunuh diri memerlukan iklim yang mendorong para anggota tentera untuk mencari bantuan, mengurangkan akses kepada alat-alat mematikan dan memperluaskan komunikasi dan kesedaran para anggota tentera dan keluarga mereka," kata jurucakap Pentagon, Hermes Gabrielle.

Menurut Pentagon, peningkatan kes bunuh diri di militer sebahagian besar terjadi di Angkatan Darat, di mana 120 kes bunuh diri dilaporkan tahun 2015 lalu, angka yang sama pada tahun 2013 dan 124 kes pada tahun 2014.

Tingkat bunuh diri di Angkatan Darat pada tahun 2012 hampir mencapai 30 kes bunuh diri bagi setiap 100,000 tentera, jauh di atas tahap nasional sebanyak 12.5 per 100,000 pada tahun 2012. 

Penglibatan tentera AS yang terus-menerus dalam perang di negara-negara lain dan kurangnya rawatan yang mencukupi untuk para veteran yang pulang ke AS, kerap disebut sebagai sebab utama peningkatan kes bunuh diri tersebut. (Nw/dt/lasdipo)

Kencing Syaitan Sensasi Terbaru Di Eropah. Ini, Bir Bendalir Faraj..


JIKA sebelum ini pernah tersiarkan artikel tentang wanita yang buat roti menggunakan yis daripada vaginanya sendiri, kini satu lagi inovasi kononnya “berwawasan tinggi” terbaharu dari bumi Eropah, iaitu minuman air kencing syaitan yang disebut, 'bir bendalir faraj'. 

Diberi nama Bottled Instinct, bir ini tanpa syak lagi memberi definisi ‘anu dalam botol’ yang sebenar. Pembuatnya, The Order of Yoni daripada Republik Czech berkata, bir ini dibru daripada keputihan vagina milik model warganegara Czech, Alexandra Brendlova dan menjanjikan ‘initipati kewanitaan dalam setiap tegukan’.

Tak berapa pasti apa maksudnya.

“Kandungan asid laktik yang tinggi di dalam bendalir faraj wanita menjadikannya antara ramuan paling sesuai untuk menghasilkan bir,” terang The Order of Yoni di dalam laman webnya.
the-order-of-yoni-beer-advert
Model yang baik hati menyumbangkan lendir vaginanya untuk penghasilan bir ini, Alexandra Brendlova.

“Untuk mengesktrak keputihan ini, mula-mula kami perlu memasukkan sebatang ‘kayu ginekologi’ ke dalam vagina wanita tersebut.
“Batang kayu ini kemudiannya akan dibawa ke makmal di mana bakteria asid laktik itu akan ‘diasing dan dibersihkan’.
“Bakteria yang dikumpulkan seterusnya digunakan di dalam pek permulaan kultur mikroorganisme dan diadun dengan hop, malt, cip kayu dan yis untu menghasilkan bir ini.”

Merasakan produk mereka bakal mencetuskan fenomena, syarikat tersebut menggunakan laman web pembiayaan komuniti Indiegogo untuk mendapatkan dana untuk mengembangkan produksi minuman ini.

Jumlah yang mereka perlukan adalah €150,000 atau RM668 970.18. 

Menurut The Order of Yoni lagi, bir tersebut tidak mempunyai sebarang bau atau rasa vagina, namun diperisakan dengan ‘naluri’ dan ‘pesona’ serta ‘kelembutan’ personaliti Alexandra.

Seterusnya, kata syarikat itu lagi, dengan meminum bir Bottled Instinct ini, seseorang akan dapat merasakan sensasi seperti bersama seorang wanita. Pendek kata, Bottled Instinct dipasarkan sebagai ‘wanita di dalam bentuk minuman beralkohol’.

Maksudnya, bir ini memang simbol objektifikasi terhadap wanita di tahap yang tertinggi, seperti yang ditulis di dalam deskripsi produk ini di laman webnya:

“Bayangkan wanita idaman anda, objek nafsu berahi anda.
“Tarikan magnetiknyanya, keghairahannya…Rasakan sensasi personanya pada setiap deria rasa anda…
“Bayangkan wanita itu sedang mengurut-urut anda dengan penuh berahi sambil membisikkan kata-kata mengasyikkan di telinga anda.
“Sekarang, bebaskan fantasi anda dengan sebotol bir Bottled Instinct!”

Dari sudut kebersihan pula, dilaporkan, tak perlu risau. Semua wanita yang sukarela ‘mendermakan’ bendalir faraj mereka itu perlu menandatangani satu kontrak yang mengesahkan bahawa mereka bukanlah pekerja seks, mempunyai penyakit kelamin ataupun seorang pelakon filem lucah!


Buat masa ini, harga setiap botol bir ini adalah €39 (RM215.05) dan sebahagian daripada wang itu akan disalurkan kepada Alexandra sebagai tanda penghargaan, mungkin.
Konon diramalkan, bir ini akan laris terjual dalam kalangan mereka yang ‘forever alone’ dan takut untuk bergaul dengan wanita. Ya lah, lelaki normal mana yang tergamak teguk air yang dirumus daripada keputihan, kan? Kegilaan yang menuju tidak normal! (IH)

Thursday, April 07, 2016

Undang-undang Hak Asasi Pelacur Diluluskan... Apa Dia?

PARIS – Parlimen Perancis akhirnya meluluskan satu undang-undang kontroversi yang akan menghukum salah laku pelanggan pelacur dengan denda sebanyak 3,750 euro (RM16,717) sekali gus mengiktiraf kerjaya pelacuran.


Menerusi undang-undang baharu itu, seseorang yang terbukti menggunakan layanan pelacur perlu mematuhi peraturan mengenai pelbagai keadaan dihadapi pekerja seks tersebut demi mencari nafkah untuk diri mereka.
“Aspek paling penting dalam undang-undang ini ialah perlindungan terhadap kebajikan dengan memberi mereka kad pengenalan rasmi kerana kami tahu 85 peratus adalah mangsa pemerdagangan manusia,” ujar Maud Olivier.
Anggota parlimen dari Parti Sosialis itu memberitahu agensi berita Associated Press, undang-undang terkini itu diluluskan dewan rendah dengan 64 suara bersetuju berbanding hanya 12 suara bantahan dan 11 suara berkecuali.
Dalam pada itu, akhbar terkenal Perancis, Le Monde berkata, undang-undang ini secara praktis melengkapkan undang-undang pada 2003 yang dikritik hanya mengenakan hukuman terhadap pelacur dan bukan pelanggan.
Menurut laporan media tempatan, undang-undang tersebut memerlukan waktu dua tahun agar dipersetujui parlimen kerana menjadi ‘mangsa tarik tali’ antara pelbagai penggubal perlembagaan yang ada kepentingan.
Dewan tinggi perundangan iaitu Senat Parlimen, yang didominasi majoriti anggota parti sayap kanan, sering menolak draf undang-undang hak asasi pelacur tersebut sehingga sesi perdebatan kerap menemui jalan buntu.
pelacur1
Namun, undang-undang tersebut yang bakal menghukum pelanggan pelacur bukannya mudah diluluskan tanpa diselubungi siri protes daripada golongan petugas seks itu sendiri yang bimbang ia menjejaskan rezeki mereka.
Dianggarkan 60 pelacur mengadakan tunjuk perasaan menentang undang-undang itu di luar bangunan parlimen Perancis di sini dengan mengusung sepanduk antaranya ‘Jangan bebaskan saya, biar saya urus diri sendiri’.
Kumpulan anggota kesatuan sekerja pelacuran tempatan mendakwa, undang-undang itu akan memberi kesan besar kepada pendapatan pekerja seks profesional yang diperkirakan berjumlah 30,000 sehingga 40,000 orang.
Sebaliknya, kumpulan penyokong undang-undang yang menghukum pelanggan pelacur, menilai undang-undang itu sebagai langkah yang membantu memerangi hamba seks hasil jaringan penyeludupan manusia antarabangsa.
Undang-undang itu juga dinilai akan mempermudahkan pelacur dari luar negeri untuk mendapat izin tinggal sementara di Perancis jika mereka kemudan sepakat mencari pekerjaan lain di luar daripada bidang pelacuran.
Melalui undang-undang ini, Perancis mengikuti jejak Sweden. Negara rantau Skandinavia itu merupakan yang pertama yang menjatuhkan hukuman terhadap pelanggan dan bukan menghukum pelacur sebagai mangsa seks.
Pihak polis Sweden mendakwa, susulan pelaksanaan undang-undang itu menyaksikan jumlah pelacur di kawasan seks di ibu kota Stockholm menurun drastik apabila ramai wanita tersebut mulai ‘taubat’ balik ke pangkal jalan. (IH)

Semina, Betemu Dalam Mimpi -YouTube. Oleh Clement Bayang Calon PAS S'wak.

Clement Bayang 


HALAMAN HIBURANBekas penyanyi terkenal calon PAS di S'wak

Bekas penyanyi dan artis rakaman Iban terkenal di Sarawak, Clement Bayang mencipta sejarah dalam politik Sarawak apabila menjadi calon bukan Islam PAS yang pertama bakal bertanding dalam pilihan raya ke-11 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Clement, 59, pernah merakamkan sebuah album pada 2010 juga adalah tuai rumah (ketua rumah panjang) serta Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak adalah antara 11 calon yang bakal ditampilkan oleh PAS dan akan bertanding di kawasan DUN Kakus.
Hamidah Mokhtar, S/Usaha Muslimat PAS Sarawak.

PAS turut menampilkan calon termuda dan satu-satunya calon wanita iaitu Hamidah Mokthar,26, seorang pengurus butik pakaian Muslimah dan Setiausaha Muslimah PAS Sarawak yang bakal bertanding di kerusi DUN Beting Maro.

Calon-calon PAS lain ialah Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Samariang), Zainal Abidin Yet (Pantai Damai), Zulkipli Ramzi (Muara Tuang), Asan Sikro (Sadong Jaya), Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad (Sebuyau), Kiprawi Aman (Jepak), Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo (Lambir), Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee (Pujut) dan Zharudin Narudin (Samalaju-kerusi DUN baru).

Kesemua nama-nama calon diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sebuah hotel di Bintulu malam tadi.
Terdahulu sebelum pengumuman dibuat, Abdul Hadi di dalam ucapan berkata, pemilihan calon-calon PAS untuk pilihan raya adalah berdasarkan maklum balas dari akar-umbi di Sarawak.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Untuk pilihanraya negeri kali ini sebanyak 82 kerusi DUN bakal dipertandingkan termasuk 11 kerusi DUN baharu selepas persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

- Bernama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails