Thursday, April 28, 2016

Persatuan Hindu Pun Tak Mahu Galakkan Minum Minuman Keras..


PIHAK pengurusan pawagam GSC hari ini telah tampil memberi jaminan bahawa mereka akan hanya menjual bir kepada orang dewasa dan bukan Islam dari cawangannya, lapor Malaysiakini.

Pihak GSC tampil membuat kenyataan berkenaan selepas Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHA) telah membuat aduan berikutan terdapat jualan alkohol di pawagam itu di mana menurut persatuan berkenaan ia boleh menggalakkan tabiat meminum minuman keras di kalangan pengunjung dan mereka di bawah umur.

"Jualan ini hanya dihadkan kepada pengunjung dewasa di GSC Perdana dan Gold Class lounge.

"Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, pawagam kami mematuhi undang-undang tempatan dan tidak menjual bir kepada orang Islam dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun," katanya melalui e-mel kepada Malaysiakini.

Ia menambah bahawa para pelanggannya "datang dari semua lapisan masyarakat".

"GSC sentiasa berusaha memastikan pawagam kami terbuka kepada semua kerana kami percaya dalam memberikan nilai yang besar dan suasana yang selesa untuk semua orang bagi menikmati keajaiban filem pada skrin besar," katanya.

Minggu lalu, Timbalan Presiden PHA P. Murugiah melalui NGO Persatuan Hindu Pulau Pinang telah mengadu kepada pihak berkuasa berhubung perkara itu.

"(Kami mahu) tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penjualan arak di pawagam," katanya. - Siakapkeli.my



Wednesday, April 27, 2016

Jom Berhibur Lagu Iban Bersama Calon PAS. Sulu Aku Menya - Clement Bayang



HALAMAN HIBURAN
Clement Bayang: Bekas penyanyi Iban terkenal calon PAS di S'wak 

Bekas penyanyi dan artis rakaman Iban terkenal di Sarawak, Clement Bayang mencipta sejarah dalam politik Sarawak apabila menjadi calon bukan Islam PAS yang pertama bakal bertanding dalam pilihan raya ke-11 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang. 


Clement, 59, pernah merakamkan sebuah album pada 2010 juga adalah tuan rumah (ketua rumah panjang) serta Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak adalah antara 11 calon yang bakal ditampilkan oleh PAS dan akan bertanding di kawasan DUN Kakus.




Jom berhibur..

Sulu Aku Menya - Clement Bayang
(IH)

Kaum Iban Berbangga Presiden PAS Turun Ke Perkampungan Mereka..



SAMARIANG, 27 April : Sokongan daripada kaum Iban untuk calon PAS N07 Dun Samariang tidak berbelah bahagi apabila kehadiran mereka di Pusat Penamaan Calon  memberangsangkan. 

Mereka setia menanti walaupun cuaca di tempat kejadian hujan lebat. 

Sebaik sahaja pengumuman calon oleh pihak SPR, laungan takbir silih berganti dengan jeritan “HIDUP PAS” daripada mereka.

Dalam ucapan wakil daripada kaum Iban semalam ada menyebut mereka terharu dan berbangga Tuan Guru Presiden PAS dapat turun ke perkampungan mereka untuk melihat kesusahan mereka yang sering diabaikan oleh pihak kerajaan sekarang. 

Mereka yakin PAS dapat membantu mereka untuk meneruskan hidup dengan lebih baik.

Terkini, Ustaz Yusof menerima keahlian baru Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dari penduduk berbangsa Iban, Kampung Siol Kandis, 25 April lalu.

Seramai 30 orang penduduk menyerahkan borang keahlian DHPP disaksikan juga oleh AJK PAS Pusat Dr. Riduan Mohd. Nor dan Ustaz Ahmad Dusuki.

"Bersama Sejahterakan Samariang"

#SamariangSejahtera
#UntukmuSarawak
#PRNSarawak

Pas Yakin Kredibiliti Calon Dipilih

SHAH ALAM - Pas yakin kriteria calon berwibawa di lima kawasan pertembungan dengan Parti Amanah Negara (Amanah), memberi kelebihan kepada parti itu untuk menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 11 Sarawak.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau percaya Pas mampu memperoleh kemenangan berdasarkan reaksi positif yang diterima dalam kalangan pengundi Sarawak.

“Kita meletakkan calon anak tempatan yang berwibawa, bekas tokoh korporat, jurutera, dengan 80 peratus daripada mereka ini adalah lepasan ijazah.
“Insya-ALLAH, dengan meletakkan calon berwibawa ini akan memberi kelebihan kepada Pas untuk menang,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengumumkan parti itu akan bertembung dengan Pas di lima kerusi pada PRN Sarawak.

Kawasan berkenaan ialah Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro. Pada PRN kali ini, Amanah akan bertanding 13 kerusi, DAP 29 kerusi, manakala PKR bertanding 40 kerusi.

Tuan Ibrahim berkata, meskipun Pas telah membuat pengumuman awal bertanding di 11 kerusi awal April lalu, ternyata pertembungan itu tidak dapat dielakkan.

“Bagi Pas, kita berharap tidak berlaku pertandingan tiga penjuru dalam kalangan blok pembangkang yang ada kerana ini akan memberi ruang dan peluang kepada BN.
“Namun sayangnya, isu perundingan kerusi di Sarawak ini tidak berjalan sebagaimana sepatutnya dan tidak dapat dielakkan.
“Jadi, apa yang boleh kita lakukan, pastikan gerak kerja terus dilakukan oleh jentera parti,” katanya. (SH)

Hari Tu Seks Dicelah Batu, Ini Di Atas Bangku Menunggu Komuter Pula..

HARI itu, dipaparkan kisah 'Berhubungan Seks Di Celah Batu Besar Ini? Lihat Ga...', kini di tempat terbuka pula.

Walaupun stesen kereta api mungkin bukan tempat yang menarik untuk melakukan seks, tetapi bagi pasangan ini, tiada tempat yang lebih senonoh untuk melepaskan nafsu.

Mereka dirakam melakukan hubungan seks di atas bangku yang dikhaskan untuk menunggu komuter di stesen Metro Barcelona, awal pagi Ahad lalu. Dalam rakaman tersebut, pasangan itu bertindak membuka seluar tanpa segan silu di hadapan orang ramai yang berjalan di hadapan mereka.


3aSeorang lelaki dipercayai warga tempatan turut dilihat berjalan di hadapan mereka sambil cuba untuk mengabaikan aksi lucah yang sedang berlaku. Sekumpulan remaja turut dilihat menghentikan perjalanan mereka dan melihat aksi pasangan tersebut sehingga ke penghujungnya. 

Tidak dapat dipastikan jika pasangan tersebut melakukan perkara memalukan itu dalam keadaan mabuk atau sengaja bertindak berani untuk menghidupkan susasan di stesen berkenaan.

Media Sepanyol melaporkan, pihak berkuasa sedang berusaha menjejaki pasangan itu untuk mendakwa dan mendenda mereka kerana 'melakukan perbuatan tidak senonoh di kawasan awam'. 

Di barat mungkin kesalahan itu dianggap mudah, tapi di dalam agama Islam kesalahan najis 'zina' itu adalah suatu kesalahan besar atau 'dosa besar'. Kesalahan yang perlu dididik dengan hukuman di khalayak ramai.

Itulah kelebihan Islam, hukumannya ialah untuk mendidik masyarakat. Masyarakat tidak akan dapat nikmat kehebatan perundangan itu, selagi tidak dilaksakan perundangan tersebut sepenuhnya. (IH)

Jadikan Perlembagaan Turki Berasaskan Islam, Bukan Lagi Sekular: -Speaker Parlimen

. negara dengan majoriti penganut agama Islam, Turki harus mempunyai Perlembagaan berasaskan Islam bukan sekular. Speaker Parlimen Turki, Ismail Kahraman ...

TURKI, Selasa – Sebagai sebuah negara dengan majoriti penganut agama Islam, Turki harus mempunyai Perlembagaan berasaskan Islam bukan sekular.
Speaker Parlimen Turki, Ismail Kahraman dalam ucapannya berkata, selama beberapa dekad yang lalu, sekularisme telah menjadi asas kepada Turki moden yang dibentuk oleh Mustafa Kemal Ataturk.
Sekularisme telah menjadi asas kepada Turki moden yang dibentuk oleh Mustafa Kemal Ataturk.
Katanya, Mustafa Kemal mengasaskan negara pada nasionalisme Turki dan gaya Barat sekularisme atau pemisahan antara negara dan agama.
“Kita sebuah negara Islam, dengan itu kita harus mempunyai Perlembagaan berasaskan agama Islam. Sekularisme tidak akan wujud dalam Perlembagaan yang baru,” katanya ketika berucap pada persidangan Ulama dan Penulis di Istanbul hari ini.
Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia, memartabatkan Islam sebagai Agama Negara [Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan] ...
Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) berakar umbi kepada politik Islam sekian lama mendesak untuk pindaan Perlembagaan semasa pemerintahan 13 tahun negara itu.
Pembaharuan itu adalah isu utama pada pilihan raya umum tahun lalu apabila AKP menegaskan bahawa Presiden sahaja yang berkuasa memegang Tuki terhadap sebarang ancaman keselamatan seperti pemberontakan Kurdish.
Sekularisme di Turki bukanlah mutlak walaupun selepas reformasi Ataturk kerana negara itu mempunyai badan khas kerajaan yang ditugaskan untuk mempromosikan Islam.
Namun, Ismail Kahraman berkata, beliau mahu kemenangan AKP sebagai sebuah politik Islam dapat berperanan lebih besar kepada agama Islam. – Agensi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mampukah Malaysia mengikut jejak Turki berubah dari negara sekular kepada Islam sepenuhnya?

Awas! Serangan Musim Panas Ini, ISIS Sasarkan Pantai Eropah..


MILITAN IS/ISIS dilaporkan tengah merancang serangan-serangan di Eropah musim panas ini. Perisikan Itali mengingatkan, IS boleh menyasarkan pelancong dengan menyamar sebagai penjual ais krim dan kaos.

Surat khabar popular Jerman, BILD melaporkan, ISIS menghantar ahlinya untuk berpura-pura menjual ais krim dan makanan kecil lainnya, dan siap meledakkan bom yang disembunyikan di bawah kerusi berjemur di resort-resort Sepanyol, Perancis dan Itali.

Menurut BILD seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, Rabu (20/4/2016), badan perisikan Jerman, BND mengetahui plot ISIS tersebut dari badan-badan perisikan Itali. Pihak perisikan Itali mendapat maklumat mengenai rancangan keganasan tersebut dari sebuah sumber kredibel di Afrika.

Disebutkan BILD, para calon pembunuh tersebut telah menyusun rancangan konkrit untuk menyamar sebagai pelarian, yang menjajakan minuman dan cemilan, ataupun asesoris pantai dan baju-baju kepada para pelancong yang tengah bercuti.
Menurut BILD, rencana tersebut melibatkan penggunaan senjata automatik, bom bunuh diri dan bahan letupan yang disembunyikan di bawah pasir kerusi berjemur untuk pelancong.

Dituliskan BILD, himpitan kewangan yang mendera ISIS seiring gempuran koalisi antarabangsa, telah menyukarkan pergerakan tersebut dan aksi-aksi tentera. Oleh kerananya, ISIS kini lebih memilih target-target lunak di Barat dan muncul dengan idea untuk beraksi di resort-resort pelancongan.

"Ini boleh jadi dimensi baru keganasan. Pantai-pantai pelancongan tak boleh dilindungi," tutur seorang pegawai tinggi BND.

Pada tahun 2015 lalu, seorang lelaki bersenjata menembak pengunjung pantai di Tunisia. Sebanyak 38 orang terbunuh dalam pembunuhan itu. Daripada 38 korban jiwa, 30 orang di antaranya merupakan warga Inggeris. 

Awas dan berjaga-jagalah.. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails