Monday, July 04, 2016

29 Kampung Diancam Pembangunan. Melayu/Islam Hilang Dari PP?



SEBANYAK 29 kampung di Pulau Pinang kemungkinan berdepan risiko ‘hilang dari peta’ berikutan diancam aktiviti pembangunan yang akan menenggelamkan kampung tradisi masyarakat Melayu di negeri berkenaan, kata ahli akademik.

Antara kampung dilihat terancam ialah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca,cKampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Turut mengalami risiko ialah Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata kebanyakan kampung terbabit adalah dari daerah Timur Laut.

Katanya selain aktiviti pembangunan yang pesat, pemilikan tanah jugacmenyumbang kepada faktor kampung Melayu di negeri ini kian terhakis iaitu tanah yang mereka duduki bukan hak milik mereka.

“Inilah faktor-faktor menyebabkan kampung di Pulau Pinang kian lama kian terhakis antaranya pemilikan tanah. Tuan tanah ingin membangunkan kampung itu maka kampung tersebut akan lenyap dan terus hilang dari peta, akan diberi nama lain dan sebagainya.
“Ini telahpun berlaku dan sedang berlaku. Kalau kita tengok kampung-kampung di Sungai Nibong, di sini contohnya sudah lenyap sama sekali dari peta negeri Pulau Pinang kerana sekarang ini ia dibangunkan dengan projek-projek perumahan, kondominium dan sebagainya.
“Walaupun satu ketika, mungkin ada orang yang beralamat di situ tapi kampung itu sudah tidak ada lagi. Inilah cabaran yang dihadapi di negeri ini,” katanya kepada Bernama.

Azeem Fazwan berkata pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP) juga menyumbang kepada ‘kehilangan’ kampung tradisi di negeri itu memandangkan projek berkenaan turut melibatkan pengambilan tanah. Beliau berkata jika PIPP itu berjaya direalisasikan, landskap Pulau Pinang akan berubah dan kampung-kampung sedia ada akan turut lenyap.

“Sekiranya ia berlaku, maka landskap negeri Pulau Pinang akan berubah sama sekali terutama di daerah Barat Daya. Jadi apabila pembangunan mula menyusuri ke daerah Barat Daya, maka kampung-kampung yang ada di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Batu Maung dan Teluk Bahang akan lenyap,” katanya.

Justeru, katanya tidak mustahil kampung-kampung tradisi di negeri itu akan lenyap dalam tempoh lima tahun akan datang jika tiada usaha daripada pihak berkepentingan untuk memelihara dan memulihara kampung tradisi itu.

Sementara itu, ahli akademik Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata kampung-kampung tradisi sedia ada perlu diwartakan di bawah Akta Warisan dalam usaha memastikan kampung berkenaan tidak lenyap.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu memainkan peranan mewartakan kampung-kampung tradisi itu dengan segera supaya identiti masyarakat Melayu di kawasan berkenaan terpelihara dan tidak terhakis.

“Cabaran yang pertama untuk mewartakan kampung tradisi ini adalah mewujudkan inventori dan mendefinisikan apa yang dimaksudkan dengan kampung tradisional. Takrif kampung tradisional belum diformalkan. Bukan semua 660 kampung yang ada di Pulau Pinang boleh dianggap sebagai kampung tradisional.
“Jadi kita pilih kampung yang strategik, contohnya untuk dijadikan sebagai kampung tradisional,” katanya.-3/7/2016

Tragedi 11 Sept Dirancang Bush, Bukti AS Bapa Pencetus Pengganas Dunia.



BUENOS AIRES – Seorang jurugambar yang dituduh membunuh isterinya mendakwa, dia mempunyai bukti tragedi serangan pengganas pada 11 September 2001 ke atas menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York mempunyai kaitan dengan pentadbiran bekas presiden George W. Bush.
Kurt Sonnenfeld bekerja di Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan Amerika Syarikat (AS), satu organisasi yang terikat dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS, ketika serangan itu berlaku.
Selepas dua pesawat merempuh bangunan menara WTC, Sonnenfeld diberi akses tanpa had untuk ke kawasan tapak lokasi kejadian yang dikenali sebagai Ground Zero.
Berbekalkan peralatan kamera yang lengkap, lelaki berusia 39 tahun itu diminta untuk merakam apa sahaja yang dilihat. Bukti dokumen yang dirakam Sonnenfeld sepatutnya menjadi sebahagian daripada laporan mengenai apa yang berlaku.
Namun, dia tidak pernah menye­rahkan semula bahan bukti rakaman kepada pihak atasan selepas kejadian tersebut.
Sejak itu, hidupnya mula terjejas hinggalah membawa kepada kematian isterinya, Nancy pada 2002. Sonnenfeld ditangkap atas dakwaan membunuh.
Mayat Nancy ditemui di atas sofa dalam rumah mereka de­ngan luka peluru menembusi di belakang kepalanya.
Sonnenfeld sepatutnya didakwa di mahkamah pada Jun 2002, namun dakwaan itu digugurkan tanpa sebab kukuh. Ia menyebabkan dia membawa diri ke Argentina kerana merasakan itu bukan kali terakhir polis akan menyoalnya.
Selepas 15 tahun, Sonnenfeld telah bermaustatin dan berkahwin dengan seorang wanita Argentina. Walaupun kerajaan AS mahu dia kembali, namun lelaki yang kini berusia 54 tahun itu enggan berbuat demikian.
“Di atas kertas, mereka berkata mahu menangkap saya atas tuduhan membunuh Nancy, tetapi saya percaya itu bukanlah sebabnya,” kata Sonnenfeld yang mendakwa mereka mahukannya kerana telah melihat apa yang berlaku di bawah tanah menara 6 WTC.
Menurutnya, video dan gambar yang dirakam mempunyai bukti nyata bahawa pentadbiran Pre­siden Bush ketika itu merupakan dalang utama terhadap serangan ‘pengganas’ di tanah Amerika.
Antara perkara yang dipersoalkan Sonnenfeld termasuklah bagaimana menara 7 WTC boleh runtuh sedangkan ia tidak dirempuh pesawat.
“Ia tidak mempunyai apa-apa kerosakan struktur tetapi cukup menakjubkan apabila menara se­tinggi 47 tingkat itu runtuh dengan sempurna dalam tempoh hanya 6.5 saat.
“Satu perkara yang saya pasti adalah bahawa agensi-agensi pe­risikan Amerika Syarikat tahu apa yang akan berlaku atau sekurang-kurangnya membenarkan ia berlaku. Bukan sahaja mereka tahu ia akan berlaku, tetapi hakikatnya mereka bekerjasama,” kata Sonnenfeld. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inikah bukti bahawab AS adalah bapa pencetus pengganas di dunia?

Bersama Berjamaah, PAS 'mata rantai' Quran, Hadis, Ijma’ Ulamak & Qias -Abdul Hadi

MARANG – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam khususnya kepada Pemuda PAS agar terus bersama dengan jamaah Islam.

Ini kerana, katanya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan ‘mata rantai’ kepada kumpulan Islam yang wujud di sepanjang zaman setelah kewafatan nabi Muhammad SAW.

“Di zaman tidak ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad SAW. Peranan jamaah sangat penting sama ada menang atau pun kalah, rebah atau bangun, tenggelam atau timbul mesti bersama dengan jamaah.
“Kumpulan Islam mesti wujud di sepanjang zaman. Jamaah Islam mesti wujud di sepanjang zaman. Jemaah yang mendukung asas yang terkadung di dalam al-Quran Karim.
“Maka, penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah ‘mata rantai’ kepada jamaah ini. PAS menegaskan di dalam Undang-undang Tubuhnya, hukum yang tertinggi Quran, Hadis, Ijma’ Ulamak dan Qias.
“PAS menubuhkan Majlis Syura Ulamak (MSU) untuk memelihara Quran, Hadis, Ijma’ Ulamak dan Qias. Rakan-rakan kita parti Islam di luar negara tidak ada kumpulan teras di dalam jamaah ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ifthor Jamaiey Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) di Rusila, Marang pada 30 Jun lalu.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mendakwa ketahanan PAS teruji sejak lebih 100 tahun lalu di alam Melayu ini.

“PAS mempunyai ketahanan sepanjang perjuangan kita (Islam), sejak Sarikat Islam 1908. Sudah 100 tahun lebih kumpulan Islam di alam Melayu ini.
“PAS adalah mata rantai (kumpulan Islam) walau pun dibelasah, dihentam, ditenyeh, ditekan dan ditindas tetapi Islam tidak mati,” tegasnya dihadapan 100 hadirin.

Ahli Parlimen Marang itu juga menyifatkan pelbagai taktik dan strategi dilakukan oleh musuh bagi memecah-belahkan Islam.

"Pelbagai taktik, strategi dilakukan (musuh) dengan mengambil peluang dari kelemahan-kelemahan yang ada pada umat Islam.
“(Ini) Bukan sahaja menubuhkan kumpulan-kumpulan yang terpesong daripada Islam. Di kalangan umat Islam yang jahil dan bebal termasuk mewujudkan pecahan-pecahan dan serpihan kepada jamaah Islam.
“Apa yang berlaku ialah ketahanan yang ada pada kita…PAS tetap teguh sebagai satu jamaah yang unggul walau pun dicabar oleh sama ada kumpulan-kumpulan musuh yang ditaja untuk menentang secara ‘totok’ (langsung) atau pun serpihan-serpihan yang diwujudkan untuk mengganggu perjalanan perjuangan Islam,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya golongan yang tidak bersedia menerima al-Quran Karim sama seperti menolak hidayah Allah SWT.

“Mereka tidak bersedia untuk menerima al-Quran Karim, tahu Quran itu benar, Quran itu betul, (tetapi) menolak hidayah dan tidak mendapat hidayah.
“Di sini perlunya, kita memohon hidayah dari Allah SWT dan mempertahankan hidayah itu dengan berjemaah. Di sini perlunya, kita terus di atas jalan yang benar dan memohon pertolongan Allah untuk terus berada di atas jalan yang lurus,” kata Dato’ Seri Tuan Guru

Hadir sama Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dan Timbalannya, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim. - BULETINONLINE.NET Abdul Hadi.

Bekas Penulis Terkenal Yahaya Ismail 76, Direman 3 Hari ..

 ANGGOTA polis membawa Yahya (kanan) ketika hadir bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU – Seorang penulis buku direman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam bagi membantu siasatan terhadap kes menyebarkan gambar mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi aplikasi WhatsApp pada Jumaat lalu.
Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Norhidayah Abd. Manaf membenarkan Yahya Ismail, 76, atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Ya’ direman sehingga Selasa ini bagi siasatan polis mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Yahya direman selama tiga hari selepas mahkamah mengambil kira faktor kesihatannya yang menghidap ken­cing manis dan darah tinggi.
Terdahulu, Yahya yang memakai baju lokap berwarna unggu dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 10 pagi oleh anggota polis bagi pemohonan perintah reman terbabit.
Yahya ditahan di kediamannya di Kampung Tunku, Petaling Jaya Selangor, mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah pada Sabtu lalu. (Kosmo!)

Rahim Thamby Chik Ancam Saman Mat Sabu

Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik

PETALING JAYA – Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kerana didakwa menuduh beliau atas kesalahan seksual.

“Saya tidak pernah didakwa oleh mana-mana mahkamah atas kesalahan seksual dan saya akan memastikan Mat Sabu diheret ke mahkamah,” kata bekas Ketua Menteri Melaka itu menerusi Twitternya pada malam Sabtu.
Mat Sabu dilaporkan menyifatkan penangkapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai ‘tayangan ulangan’ plot yang sama.
Bercakap kepada orang ramai di luar pejabat SPRM Pulau Pinang pada malam Khamis, bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata apa yang menimpa Lim merupakan ulang episod sama seperti berlaku pada 1998.
Beliau mendakwa Lim mempertahankan mangsa dan akhirnya dipenjarakan.
Abdul Rahim merupakan Ketua Menteri Melaka dari 1982 hingga 1994 dan dituduh terbabit kes rogol budak bawah umur.
Beliau kemudiannya menggosongkan sementara kedudukannya sementara menunggu siasatan kes tersebut.
Pada 1994, Peguam Negara ketika itu memutuskan bahawa tiada bukti yang cukup untuk mendakwanya di mahkamah. – mStar Online

Langkah Terdesak LGE, Cuba Heret Rakyat Dalam Kes Rasuah -Datuk Seri Zainal Abidin Osman

Datuk Seri Zainal Abidin Osman

NIBONG TEBAL – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditempelak kerana didakwa cuba mengheret rakyat dalam pertuduhan rasuah yang sedang dihadapinya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata tindakan Lim mengajak rakyat mempertahankannya dan mengadakan sesi penerangan terbuka merupakan langkah terdesak.
“Saya percaya Lim dan pemimpin pembangkang lain menyedari tindakan mengadakan penerangan secara terbuka itu boleh menimbulkan subjudis terhadap kes yang sedang dihadapinya.
“Jangan heret rakyat dalam tuduhan yang jelas membabitkan beliau secara peribadi. Negara ada undang-undang dan tiada sesiapa yang kedudukannya lebih tinggi daripada undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada anggota keselamatan di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan DAP yang mengheret rakyat khususnya penyokong parti itu untuk mempertahankan Lim yang berdepan tuduhan rasuah termasuk mengadakan sesi penerangan kepada rakyat di Dewan Seri Pinang, di sini hari ini.
Khamis lepas, Lim, 56, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. – BERNAMA

Sunday, July 03, 2016

Guan Eng Mengaku Mulai Takut & Bimbang Sokongan Rakyat Berubah..

Post Pic
GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengakui beliau bimbang sokongan rakyat di negeri ini terhadapnya akan berubah ekoran dua pertuduhan rasuah yang dihadapinya. 

Guan Eng walaubagaimanapun berkata beliau tidak akan meletak jawatan atau cuti sementara sehingga dua pertuduhan rasuah membabitkannya selesai dibicarakan di mahkamah. 

"Saya sememangnya bimbang apabila dituduh di mahkamah dengan dua pertuduhan rasuah. Saya takut rakyat akan beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
"Paling utama, saya takut jika rakyat sudah tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap diri saya sebagai seorang Ketua Menteri mahu pun ahli politik," katanya dipetik Berita Harian Online. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Penerangan Ketua Menteri Bersama Rakyat di Dewan Sri Pinang di sini, hari ini.

Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu. 

Khamis lalu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP didakwa atas dua tuduhan rasuah berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn yang dibelinya di bawah nilai pasaran dan menggunakan kedudukannya bagi meluluskan permohonan pengezonan semula lot pertanian kepada lot perumahan. 


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails