Saturday, July 16, 2016

Gencatan Senjata Pembangkang, Apakata Mereka?

Post PicUlasan Antarapos:

ADALAH lunak didengar bahawa parti-parti pembangkang nampaknya menunjukkan sikap positif pada syor PAS supaya “gencatan senjata” dikuatkuasakan di kalangan mereka.

Ertinya, DAP tidak lagi akan menyerang dan mempertikaikan halatuju serta tindakan politik PAS dan begitulah sebaliknya. Begitu juga dengan PKR. Ia juga akan berhenti menegur dan mengkritik DAP dan PAS secara terbuka.
















Amanah juga nampaknya akan mengurangkan serangannya terhadap PAS untuk menjawab tuduhan PAS yang agak serius selama ini yang menyimpulkan bahawa ia adalah parti yang dipimpin pejuang Islam yang berkhianat pada PAS.

Jika seruan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ini dipersetujui dan diterima pakai oleh ketiga-tiga parti Pakatan Harapan – PKR, DAP dan Amanah – tentu hasrat menghidupkan strategi satu lawan satu menentang Umno-BN akan jadi kenyataan.

Yang gerun tentu Umno-BN. Inisiatif pemimpin-pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan Haji Idris Ahmad berpaksikan fokus menyerang Umno-BN dan bukan sesama sendiri.

Mungkin ini iktibar yang dirumuskan daripada pengalaman pahit Pilihanraya Negeri Sarawak dan dua pilihanraya kecil parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Mei dan Jun lalu.

Jika benar demikian maka rakyat Malaysia boleh menyaksikan pilihanraya raya umum yang cukup menarik dan mendebarkan dalam beberapa bulan yang akan datang.

Namun keberangkalian senario idaman itu berlaku mungkin banyak halangannya dan terencat adalah tinggi. Ketika Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menyatakan sokongan pada idea gencatan PAS itu, ada juga kerabat Pakatan Harapan (PH) yang sinis. Amanah memandang seruan PAS supaya parti pembangkang memberi tumpuan kepada musuh sebenar dan bukannya bertelagah sesama sendiri, dengan kritis.
.Pengarah Komunikasinya Khalid Samad menegaskan bahawa PAS yang sepatutnya menetapkan pendirian untuk tidak menyebabkan perpecahan yang berpunca daripada sikap tidak menentu bersabit pendekatan politik mereka.

Ujarnya sikap PAS yang kadang-kadang 'mesra' Umno-BN dan menyerang pembangkang terutamanya Amanah menjadikan pembangkang sukar menjalin kerjasama berkesan.
"Kalau dia (PAS) nak begitu (gencatan senjata), biarlah istiqamah jangan bertukar-tukar. Sekejap kata kami (PH) lawan (PAS), kejap kata musuh. Sekejap kata Umno kawan, dan sekejap kata Umno musuh.

"Bagi kami, kami berada dalam satu pakatan, maknanya kami dari awal lagi sudah memahami bahawa kerjasama untuk lawan musuh yang satu. Yang tidak faham adalah PAS," katanya.

Isunya, adakah pendirian Khalid ini bersikap peribadi atau sebenarnya mencerminkan pendirian pimpinan Amanah? Ini perlu dipastikan kerana dalam komunikasi perlu ada mesej yang jelas.
















Adakah kecurigaan Khalid terhadap PAS sebenarnya menular dalam Amanah? Bagaimanakah Amanah menilai soal keikhlasan PAS? Atau, adakah bagi Amanah penyertaan PAS tidak perlu dalam usaha menewaskan Umno-BN?

PAS nampaknya mula menghayati Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Sebab itu pemimpin-pemimpin PAS mengesyorkan supaya gencatan senjata ini. Mengapa begitu pantas Khalid menimbulkan soal istiqamah PAS dalam menghidupkan strategi satu lawan satu pembangkang ini? Apakah Khalid bimbang jika syor PAS ini diterima DAP dan PKR, Amanah akan tersisih?

Strategi ini ‘satu lawan satu’ terbukti berkesan dalam PRU 2008 dan PRU 2013. Jika ia diulang-guna, apakah kehadiran Amanah akan dilihat berpotensi menggagalkan kerjasama menjatuhkan Umno-BN ini?

Selain faktor Amanah, kemunculan blok pembangkang Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) mungkin mengancam pelaksanaan gencatan senjata ini. Ketetapan yang dibuat Saksama bahawa parti pembangkang dari Semenanjung seperti PAS, DAP, PKR, PAP serta Amanah dilarang meletakkan calon di Sabah dan Sarawak dan begitu sebaliknya, akan merencatkan tumpuan pembangkang.

Parti-parti pembangkang Semenanjung memang cukup ghairah untuk bertapak dan memerintah di Sabah dan Sarawak. Jika Saksama berjaya menyekat mereka, potensi menggantikan Umno-BN makin tipis.

Itu belum mengambil kira parti politik baru yang diura-ura akan ditubuhkan oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sudah tentu, Mahathir tidak mahu memimpin parti kerdil dan cil menempel pada PH atau Saksama.

Yang pasti, Mahathir mahu menjadi pemimpin pembangkang. Jika tidak, tentu tidak berbaloi niat politiknya mahu menggulingkan presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, jiia beliau hanya berperanan kecil dalam blok pembangkang.

PAS mahu bersikap budiman. Tetapi PAS perlu insaf bahawa ia terkucil atau menarik diri daripada Pakatan Rakyat kerana tidak serasi dengan amalan dan budaya politik parti-parti pembangkang lain.

Adalah baik bagi PAS jika PKR dan DAP menyahut syor gencatan senjatanya. Bagaimanapun pertanyaan asas yang perlu diteliti PAS ialah, adakah mereka ini ikhlas?

Soalan tokoknya ialah, adakah enam parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak serta Dr Mahathir mahu turut menghayati politik budimannya?
(Antarapos) 

PP Tak Perlu Pemimpin Sombong & Rasuah. Demo Bantah LGE.

Post Pic

GEORGETOWN: Sekumpulan 30 individu yang mendakwa mewakili rakyat Pulau Pinang, mengadakan demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, bagi mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng meletak jawatan.

Memetik laporan Berita Harian, kumpulan itu mengadakan demonstrasi di hadapan pintu utama KOMTAR dengan membawa sepanduk tertera 'Guan Eng bila mahu letak jawatan' dan 'Kita tidak mahu ketua menteri rasuah'. 

Jurucakap demonstrasi itu, Ahmad Yaakub Nazri, berkata pihaknya terpanggil untuk mengadakan demonstrasi bagi menyatakan isi hati sebahagian rakyat Pulau Pinang yang berasa tertipu dengan pentadbiran kerajaan negeri.

"DAP adalah kerajaan negeri yang talam dua muka. Tiada satu pun projek perumahan untuk rakyat kerana mereka hanya pentingkan diri sendiri. 

"Jika Guan Eng betul-betul 'gentleman', beliau perlu letak jawatan kerana Pulau Pinang tidak perlukan pemimpin yang sombong dan rasuah seperti beliau," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Guan Eng sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. 

Setiausaha Agung DAP itu menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes untuk kedua-dua tuduhan berkenaan pada 22 September depan.

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng

Berbogel Begini Tidak Boleh Dipertikaikan. Hak Peribadi?


Khairul Idham Raih Kemenangan Podium Kedua

Novosibirsk, Rusia: WANITA ini didapati berbaring dengan kedua-dua kaki dan punggungnya itu bertelanjang menghadap cahaya matahari bermula jam 10 pagi hingga 1 petang, pada setiap hari.

Kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya sebelum ini terdapat insiden sama tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa bagi menghalang perkara tersebut. 

Tidak tahan melihat jirannya gemar jemur bogel di tingkap apartmen itu, seorang penduduk akhirnya membuat petisyen kepada pihak pengurusan kediaman itu baru-baru ini.

Petisyen tersebut yang turut ditandatangani ramai penduduk lain dan bengang dengan insiden itu ditolak, sekali gus membenarkan wanita misteri itu terus berjemur secara bebas tanpa pakaian di tingkap rumahnya.
8
Di Makaysia pun akan jadi begitu, apabila perjuangan 'puak liberal' mahukan perbuatan maksiat yang ditentukan oleh agama, dijadikan hak peribadi, bebas dari hukuman agama dan negara.
Begitulah kalau negara ini masih kekal dengan negara sekular seperti negara-negara blok timur atau barat. (IH)
Ini juga berlaku di Rusia, trend wanita bonceng motosikal tak berbaju
moto nude

Friday, July 15, 2016

Larangan Berhijab Adalah Melanggar Perundangan Eropah Sendiri.

PARIS, FRANCE:  Three women wearing the Islamic veil took to the streets in central Paris 21 December 2003, as they joined a protest march upon call of Muslims organizations in France to protest against the French government ' decision to ban the Islamic headscarves in schools, hospitals and public buildings.   AFP   PHOTO   PHILIPPE DESMAZES  (Photo credit should read PHILIPPE DESMAZES/AFP/Getty Images)
PARIS, FRANCE: Three women wearing the Islamic veil took to the streets in central Paris 21 December 2003, as they joined a protest march upon call of Muslims organizations in France to protest against the French government ‘ decision to ban the Islamic headscarves in schools, hospitals and public buildings. AFP PHOTO PHILIPPE DESMAZES (Photo credit should read PHILIPPE DESMAZES/AFP/Getty Images)

Penasihat undang-undang Mahkamah Eropah yang menegaskan bahawa meminta pegawai Muslimah supaya melepaskan tudung semasa berkerja, adalah merupakan perbuatan diskriminasi yang dilarang oleh undang-undang dan undang-undang Kesatuan Eropah itu sendiri.

Kenyataan ini diungkapkan Jaksa Agung Eleanor Harpston pada hari Rabu (13/07) kelmarin,  semasa bertindak balas terhadap kes pemecatan seorang pekerja Muslimah di Perancis kerana enggan melepaskan jilbab ketika bertemu dengan pelanggan syarikat.

"Tidak ada indikasi yang menyatakan bahawa jilbab yang dikenakan seorang Muslimah di sebuah syarikat IT Perancis telah menggangu prestasi dalam menjalankan tugasnya sebagai reka bentuk engineer," ujar Jaksa Agung Eleanor Harpston seperti dilapor Reuters.

Kes ini ramai menjadi bahan pembicaraan setelah pekerja Muslimah mengajukan tuntutan ke Mahkamah Perancis, tetapi Mahkamah Perancis kemudian melimpahkannya kepada Mahkamah Eropah.

Perlu diketahui bahawa Perancis melarang pegawai kerajaan menggunakan simbol-simbol agama seperti kalung salib bagi umat Kristian, topi kecil bagi umat Yahudi, selama menjalankan tugasnya sebagai pelayan masyrakat. Akan tetapi peraturan ini tidak berlaku bagi mereka yang berkerja di sektor swasta. (IH/Skynewsarabia)  

'Gencatan Senjata' Pembangkang. Dr Mahathir & Kumpulan Setuju Tapi PAS..


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kumpulannya dan pembangkang tidak akan menyerang PAS jika mereka tidak menyerang terlebih dahulu.

Bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata kumpulan yang menyertai gerakan Selamatkan Malaysia telah bersetuju untuk mengadakan 'gencatan senjata' di antara mereka.

"Kami bersetuju dengan cadangan untuk 'gencatan senjata' di antara kita.
"Tidak dengan orang-orang yang sebahagiannya dengan kerajaan dan sebahagiannya dengan pembangkang," katanya.

Ini dipercayai merujuk kepada PAS, yang kini lebih dekat dengan BN selepas terkuburnya Pakatan Rakyat, tetapi masih kekal sebagai sebahagian daripada pembangkang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai sama ada mereka akan melakukan gencatan senjata dengan PAS, Mahathir menjawab: "Kami berharap (mereka) tidak akan menyerang kita dan kita tidak akan menyerang mereka."





Kenyataannya itu dibuat sehari selepas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru 'genjatan senjata' di kalangan parti-parti pembangkang.

Tuan Ibrahim semalam berkata, sebaliknya pihak pembangkang perlu mengembleng tenaga menentang BN.

Beliau berkata parti pembangkang boleh berkompromi tanpa mengorbankan dasar utama mereka untuk memberi tumpuan kepada "musuh sebenar".  (Bloglist M'sia)

PAN Identiti 'Demokrat Islam': Kikis Tanggapan Hudud Itu Wajib -Dr Ahmad Farouk Musa (IRF)

PETALING JAYA: Sebagai parti yang membawa identiti “demokrat Islam”, Parti Amanah Negara (Amanah) perlu jelas pendiriannya mengenai hudud, malah perlu mendidik umat Islam negara ini undang-undang itu bukan keutamaan Syariah dan agama.
“Fokus utama adalah mendidik masyarakat kerana sekarang ini rakyat obses dengan hudud. Mereka menganggap hudud salah satu aspek dan kehendak Syariah,” kata Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, dalam satu temu bual dengan FMT.
“Jika Amanah boleh mendidik masyarakat ia (hudud) bukan suatu keperluan, dan berhujah kenapa dan mengapa ia perlu dilakukan, saya fikir Amanah akan berjaya,” katanya.
Dr Farouk mempersoalkan sama ada parti yang kurang setahun ditubuhkan itu mempunyai kekuatan mendidik masyarakat tentang perkara sedemikian.
“Jika sekadar meletakkan ‘maqasid syariah’ sebagai objektif dan akhirnya tetap mahu melaksanakan syariah dan negara Islam, mereka tidak ada beza dengan PAS,” kata Dr Farouk, pakar kardiotorasik dan pensyarah kanan di Universiti Monash, Sunway.
Ujarnya, seiring dengan imej yang cuba diketengahkannya, “Muslim demokrat”, Amanah harus mencontohi Parti Ennahda di Tunisia atau setidaknya menjadi seperti Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki.
“Apa yang perlu dilakukan Amanah untuk terus kekal pada masa hadapan dan relevan adalah bukan mempakejkan semula parti itu sebagai generasi kedua parti politik Islam, tetapi sebagai Muslim demokrat,” jelasnya.
Katanya, ia tidak cukup dengan slogan “maqasid shariah” (keutamaan untuk keadilan sejagat) yang sering digunakan pemimpin Amanah.
“Hal ini kerana, ‘maqasid’ itu sendiri adalah keadilan dan dengan melaksanakan hudud adakah kita berupaya mendekati keadilan atau tidak?,” kata Dr Farouk, dan menambah kajian mendapati lebih banyak ketidakadilan berlaku dalam negara melaksanakan hudud.
Dr Farouk memberi contoh Brunei, di mana hudud dikecualikan ke atas pemerintahnya, Sultan Hassanal Bolkiah.
“Sultan Brunei ‘tidak pandai berbuat salah’ sama ada atas sifat peribadi mahupun tugas rasmi dan bebas daripada sebarang hukuman.” –FMT

Gencatan Senjata: T/Presiden PAS, K/Dewan Ulama Selari.

Post Pic

SHAH ALAM: Seruan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar parti pembangkang berhenti menyerang sesama sendiri dan menumpukan kepada musuh sebenar, Umno-Barisan Nasional (BN), bukan bermakna parti itu bersetuju menyertai Pakatan Harapan (PH).

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, PAS buat masa terdekat tidak bercadang untuk menyertai PH sebaliknya mahu semua parti pembangkang berhenti bercakaran dan 'bersatu' dalam menjayakan matlamat yang sama untuk menumbangkan Umno-BN. 

Demikian Lapor Antarapos hari ini.

Gencatan Senjata: T/Presiden, K/Dewan Ulama Selari.
   
"Kita di dalam satu gabungan memang berbeza, tapi tak perlu untuk kita serang satu sama lain kerana matlamat kita bukan nak jatuhkan pembangkang atau menang sendiri walaupun kita masing-masing (berbeza). 
"Kalau betul matlamat untuk jatuhkan Umno-BN maka itulah tumpuan kita perkukuhkan parti masing-masing. Untuk meraih undi daripada orang ramai tak perlu serang menyerang," katanya kepada Antarapos.

Semalam, Tuan Ibrahim menerusi satu kenyataan menyeru 'gencatan senjata' sesama pembangkang dan  menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

Menurut Tuan Ibrahim, sudah tiba masanya parti pembangkang mencari jalan keluar kepada permasalahan dan mencari titik kompromi walaupun masing-masing mempunyai dasar parti yang berbeza. 
Senada dengan saranan tersebut, Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor menambah, perbezaan dasar atau prinsip parti masing-masing perlu dihormati dan bukan diserang. 

"Tak ada gunanya untuk kita salahkan satu sama lain, tapi kalau kita perkukuhkan parti masing-masing dan tak perlu salahkan satu sama lain, maka walau kita tak sama (dasar), tapi kalau semua mahu jatuhkan Umno, mestilah sapa yang menang maknanya ia tetap pembangkang," ujar beliau.

PAS Bukan Punca Kepada Perpeahan PR

Mahfodz dalam pada itu turut menolak dakwaan yang mengatakan PAS sebagai punca kepada perpecahan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai PKR dan DAP sebelum ini.

"Masing-masing punyai prinsip, jadi apabila prinsip PAS dipersoalkan maka PAS bertindak balas dengan kita keluar dari PR, dan bukan PAS yang memulakan sebaliknya DAP kerana apa jua yang disuarakan PAS tidak dipersetujui," katanya.

Hubungan PAS, DAP dan PKR yang dijalin menerusi gabungan Pakatan Rakyat (PR) 'terkubur' tahun lalu selepas DAP dan PAS berterusan bertelagah khususnya membabitkan soal pelaksanaan hukum hudud. 

DAP dan PKR kemudian menganggotai sebuah pakatan baru yang dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) bersama parti serpihan PAS, iaitu Amanah pada September tahun yang sama.  

PAS pula menubuhkan kerjasama bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menerusi Blok Ketiga. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails