Friday, August 05, 2016

Port Klang Roads: BN has failed

PAS Selangor along with PAS Klang is dismayed and extremely disappointed by the Federal Governments lackadaisical attitude and non difference towards ensuring the safety of the people using the main federal roads in Port Klang. The condition of the Federal roads leading towards North Port (including southpoint) and West Port, specifically highway 180, 181 and 103, is deplorable. The roads are riddled with potholes, uneven surfaces, slipshod patchwork and dangerous bumps. Furthermore, the lights in critical off ramps and on ramps, including curves are not working.
Northport and Westport employ more than 10,000 workers combined and most of the users of these federal roads are these workers, on motorcycles and small motor vehicles. Amirudin Hamidah died in an accident in Pulau Indah while on his way to work two weeks ago. He was a committed member of the mosque and now leaves behind five schooling children and a stay at home mother. He died at the young age of 40. The untimely death of Amirudin Hamidah is a stark and sad reminder of the Federal Government’s efforts in securing and implementing safety measures in these roads.
The failure of a government can be measured by their delivery system. The Barisan Nasional Government must fix its failures. The must:
1. Fix the entire stretch of road (highways 180, 181 and 103) – eliminating potholes, shoddy patchwork
2. Upgrading the load of the roads to support heavy vehicles
3. Ensuring sufficient lighting
4. Ensuring complaints to JKR is addressed within 6 hours
PAS Selangor challenges Barisan Nasional to allocate budget, implement and build safe passageways for motorcycles travelling to and from the ports. Anything short of this is a failure of Barisan Nasional.
Bakti Untuk Semua
Beristiqamah Hingga Kemenangan
Mohd Prasad Bin Hanif
Information Chief
PAS Selangor

4th August 2016

Berita Ini Tentu DAP/Kuncu Gembira.. Adakah Isteri LGE Begitu?

Isteri PM Singapura Jadi Tumpuan, Bawa Tas Tangan RM45

Isteri PM Singapura Bawa Tas Tangan RM45

VIRAL di laman sosial, isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong iaitu Ho Ching membawa tas tangan bermotifkan dinosaur berwarna putih sewaktu lawatan rasmi ke Amerika Syarikat (AS).

Menurut laman berita milik pemerintah republik itu, Channel News Asia, tas tangan berkenaan hanya berharga S$14.80 iaitu bersamaan dengan RM45.
Isteri PM Singapura Jadi Tumpuan, Bawa Tas Tangan RM45
Ho dilihat membawa beg berkenaan sewaktu menghadiri majlis ketibaan rasmi di White House, Washington DC yang disambut sendiri oleh Presiden Barack Obama dan isterinya, Michelle.
Tambah laman itu lagi, tas tangan itu adalah hasil rekaan pelajar autisme dari Pathlight School, Seetoh Sheng Jie yang obses dengan haiwan zaman purba tersebut.
Isteri PM Singapura Jadi Tumpuan, Bawa Tas Tangan RM45
Tas tangan berkenaan bagaimanapun dijual secara dalam talian menerusi laman web The Art Faculty dalam usaha mempromosikan bakat kanak-kanak autisme.
Satu jam selepas gambar Ho viral di internet, permintaan terhadap tas tangan berkenaan meningkat naik sehinggakan pihak The Art Faculty hampir kehabisan stok.
Ho merupakan penasihat kepada persatuan ibu bapa Pathlight, Autism Resource Centre, dan juga penaung Autism Association Singapore. 



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berita ini tentu mengembirakan DAP dan sekutunya, kerana dikatakan Singapura (PAP) adalah idola DAP. Tetapi adakah isteri Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin DAP begitu dengan beg tangan mereka?
Yang jelas kita tidak dengar, isteri pemimpin-pemimpin PAS mempunyai beg tangan seperti isteri Perdana Menteri  (PM) Malaysia. Ada kemungkinan juga macam isteri PM Singapura, tapi bukan macam isteri pemimpin DAP? 

Thursday, August 04, 2016

'Ramas Aku' Mie Bikini Porno! Untuk Kanak-kanak. Bantah Segera!

KPAI Menilai Mie Bikini dengan gambar bikini dan kalimat tak pantas, amat sangat tak layak bagi anak. (bisnis.com)
KPAI Menilai Mie Bikini dengan gambar bikini dan kalimat tak pantas, amat sangat tak layak bagi anak. (bisnis.com)


Jakarta: Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menilai mie bikini atau bihun kekinian yang dijual secara dalam talian ini dengan gambar bikini dan kalimat tak pantas, amat sangat tak layak bagi kanak-kanak.

Dalam keterangan pers, Rabu (3/8/2016) KPAI meminta agar pemerintah, dalam hal ini Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) perlu mengambil tindakan.

"Selain jenamanya yang tidak layak untuk kanak-kanak, gambar di bungkusan juga berupa tubuh wanita dengan pakaian bikini. Selain itu, ada tulisannya remas (ramas) aku. Ini sudah pelanggaran terhadap undang-undang, "kata Pesuruhjaya KPAI bidang pornografi dan cyber crime, Maria Advianti, kepada detikcom.

Lebih lanjut, dikatakannya, undang-undang yang dilanggar adalah UU Perlindungan Anak, UU Pornografi dan UU ITE. Oleh sebab itu, KPAI mendesak Kerajaan menarik peredaran mie tersebut demi melindungi anak-anak Indonesia.




Protes keras juga dilayangkan Yayasan Lembaga Konsumen Indonesia (YLKI).

"Di pasaran, khususnya di pasarkan via media sosial dan juga talian; sebuah produk makanan ringan berupa mi segera dengan tajuk yang sangat tidak edukatif bahkan tak senonoh. Makanan itu berjenama Bikini, Bihun Kekinian. Dengan tag line 'remas aku'. Sampul bungkusan pun dengan ilustrasi seorang perempuan yang hanya mengenakan bikini (bra dan seluar dalam), dengan pose dari arah pungung," 

Kata Ketua Pengurus haroan YLKI Tulus Abadi sebagaimana dilansir pikiranrakyat.com, Rabu, (3/8/2016).

YLKI menyatakan bantahan atas hal ini. YLKI juga meminta agar produk trrsebut ditarik dari peredaran. 

"Badan POM agar segera menegur dengan keras produsennya. Jualan via on line pun, khususnya yang via OLX dan bukalapak.com agar segera dihentikan. Pelanggan pun tak usah membeli produk makanan seperti itu, khususnya anak-anak, "tuturnya. (IH/SaBah / dakwatuna)

2 Remaja 'bawah umur' Merompak & Merogol? Tak Cukup Umur Rogol Bagaimana?

 Dua remaja (menutup muka) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam atas tuduhan merompak dan merogol seorang wanita, bulan lalu.
KOTA BHARU – Dua remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan merompak dan merogol seorang wanita berusia 27 tahun di Bachok dekat sini, Julai lalu.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh berusia 17 tahun itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Isa Mohamed.
Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua remaja terbabit bersama dua orang lagi yang telah ditangkap untuk disoal siasat serta seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang wanita di Bachok pada pukul 4 pagi, 15 Julai lalu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pada saya (editor IH), itulah undang-undang jenayah yang tidak sempurna. Selagi tidak diambil dan dilaksanakan undang-undang Allah atau undang-undang Islam yang tegas dalam mentarbiah manusia, selagi itulah kecacatan perundangan ciptaan manusia itu akan terserlah.
Contohnya, bagaimana 'masih dibawah umur' mampu merogol? Sedangkan wanita baligh bawah 18 tahun segar bugar berkahwin secara sah suka sama suka dikatakan 'dirogol'?
Itulah undang-undang awam Malaysia..

Syabas K/Pengarah Imigresen Baru Gempur Pelacuran & GRO..

 Mustafar (dua dari kanan) memeriksa senarai nama wanita warga asing yang ditahan di kelab malam.
PUCHONG: Syabas! Walaupun baru dua hari menerajui Jabatan Imigre­sen, Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali mengisytiharkan perang ke atas kegiatan pelacuran dan gadis pelayan pelanggan (GRO) melibatkan warga asing dengan menggempur tiga buah kelab malam di sini awal pagi semalam.
Menariknya, Mustafar sendiri turun padang dan mengetuai serbuan tersebut bersama 50 penguat kuasa Jabatan Imigresen bermula dari pukul 11 malam sehingga pukul 3 pagi itu.
Dalam serbuan itu, pelanggan yang asyik menari serta leka dibelai gadis-gadis seksi terutamanya dari Vietnam dan Thailand terkejut apabila anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan mengejut di pusat-pusat hiburan itu.
Mustafar yang turut masuk ke dalam kelab malam tersebut melihat sendiri anggotanya membuat pemeriksaan ke atas 110 individu dengan kebanyakan GRO yang diarahkan berkumpul dan duduk di atas lantai kelab. Syabas dan tahniah! (IH)

Presiden PAS Hadir Sidang Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Ke 4.

Bandar Konya, Turki menjadi tuan rumah Persidangan Lembaga Pemegang Amanah Kesatuan Ulamak Islam Sedunia kali ke-4 bagi sesi 2014-2018; bermula 3 hingga 6 Ogos.
Persidangan yang dipengerusikan oleh Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi selaku Presiden turut dihadiri Naib Presiden Kesatuan itu, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang kini telah berada di sana.
 
IMG-20160803-WA0015
Persidangan di bawah seliaan Sheikh Dr Ali Al-Qurrah Daghi selaku Setiausaha Agung itu bakal dihadiri anggota majlis pemegang amanah serta para pemerhati dan tetamu.
Antara acara yang dinanti-nantikan dalam persidangan ini adalah perbincangan mengenai isu ummah terutamanya di Palestin, Syria, Iraq, Mesir, Yaman, Libya, Turki, Bangladesh, Myanmar, Kashmir dan lain-lain isu yang sepatutnya menjadi tumpuan dunia arab dan dunia Islam, serta isu-isu global berkaitan.
Persidangan kali ini bakal menyaksikan beberapa pertemuan, seminar akademik dan golongan muda serta umum dianjurkan dengan kerjasama majlis perbandaran Konya dan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia.
Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Ustaz Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, yang merupakan Ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Ustaz Muhammad Ismi bin Mat Taib, serta setiausaha Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Saudara Muhd Faiz bin Nawi.

Fanatik, Seksiskah Kamu? Lihat Gambar Ini..

Mural Hillary Clinton Berbikini Diganti Dengan Imej Berniqab

MELBOURNE – Dewan bandar Maribyrnong, Australia, mengancam mendenda seorang seniman jalanan dikenali sebagai Lushux kerana melukis mural Hillary Clinton berbikini pada sebuah dinding.

Bukan hanya berbikini malah pada sebelah kiri wajah calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Demokrat itu juga terselit beberapa wang kertas bernilai AS$100 (RM406.72).
Setelah mendapat amaran daripada pihak berkuasa tempatan, individu berkenaan akur menutupi gambar Clinton yang berbikini dengan imej berniqab yang lazim dirujuk kepada wanita Muslim.
Sebaris kata-kata tertera di sebelah imej berniqab itu berbunyi, “Jika wanita Muslim ini menyinggung perasaan anda, maka anda seorang yang fanatik , seksis dan Islamophobia .”
Mural Hillary Clinton Berbikini Diganti Dengan Imej Berniqab
Menurut dewan bandar itu, mural yang dilukis tersebut bukanlah satu karya seni tetapi satu tindakan memperlekeh individu berkenaan dan tidak menggambarkan kesamarataan jantina yang diamalkan di negara tersebut.
Pihak bandar Maribyrnong mengeluarkan amaran sedemikian kepada Lushux setelah mendapat aduan daripada warganya yang melihat mural itu pada sebuah kedai jual motosikal di Footscray, 5 kilometer dari barat Melbourne.
“Kami yakin mural berkenaan satu penghinaan kerana menggambarkan seorang wanita hampir telanjang, tidak menghormati Hillary Clinton,” kata Ketua Eksekutif Dewan Maribyrnong, Stephen Dinding.
Selain Lushux, mereka juga akan mendakwa pemilik bangunan tersebut atas perlakuan jenayah dan dikenakan denda sekiranya mural separa telanjang tersebut tidak segera dipadam.
Selain Clinton, beberapa individu lain turut menjadi sebahagian daripada ‘hasil seni’ Lushux termasuklah pencabar terdekat wanita itu iaitu Donald Trump dan isterinya Malenia serta penyanyi Taylor Swift.

Pemimpin dan orang biasa bukan Islam pun tahu bahasa moral dan maruah, seperti yang disarankan oleh Islam.. (IH)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails