KOREA selatan kini dilanda trend baru, iaitu remaja perempuannya gemar memakai seluar jean koyak di bahagian bawah punggung.
Trend ini menjadi popular sejak selebriti Kylie Jenner memuat naik imej seluar jean yang dipakainya itu di dalam Instagram.
Ia dianggap sebagai fesyen paling mudah diperolehi, sama ada membelinya atau mengoyak sahaja seluar jean lama di dalam simpanan.
Namun bukan semua orang menyukainya kerana ia merupakan sesuatu yang memalukan dan tidak semua orang akan teruja melihat punggung orang lain.
Selain menjolok mata, bayangkan jika ia dipakai di khalayak ramai. Sudah tentu akan menjadi tumpuan. Tumpuan ke arah kelucahan dan kegilaan. Semoga bagi wanita yang mengaku beragama Islam tidak begitu.
Kematian Harun Din Dicaci Maki Oleh Penyokong Pembangkang Di Portal FMT & Malaysiakini.
Kisah pagi tadi.
Tuan Guru dikatakan mengalami pendarahan dalaman yang akhirnya menyebabkan dia koma dan perlu bergantung kepada alat saluran pernafasan sejak malam tadi sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini pada waktu tempatan. Media kemudiannya melaporkan kematian ATG Harun Din secara berleluasa kerana arwah ialah tokoh politik dan agamawan yang tersohor di Malaysia. Penglibatan arwah dalam parti politik PAS membawanya ke jawatan akhir sebagai Mursyidul AM Pas mengantikan jawatan ATG Nik Aziz yang juga telah meninggal dunia pada tahun lepas. PAS telah kehilangan dua tokoh agamawan yang berpengaruh dalam masa setahun.
Ketika beberapa tokoh pembangkang dan kerajaan menyampaikan salam takziah dan menyatakan kesedihan berhubung dengan kehilangan itu, lain pula halnya yang berlaku di kalangan penyokong-penyokong pembangkang.
Hasil pemerhatian aku mendapati rata-rata masyarakat non muslim yang berkomen di Malaysiakini dan Free Malaysia Today lebih cenderung melepaskan komen berbaur sindiran, cemuhan dan kata-kata nista bila mengulas tentang berita tersebut. Lihat paparan gambar- gambar ;
Komen-komen tersebut akhirnya telah mencetuskan konflik berbaur perkauman di ruangan komen laporan berita Malaysiakini dan Free Malaysia Today dan sudah tentu akan menjadi satu pergaduhan yang berpanjangan pada masa-masa mendatang.
Dipercayai rata-rata penyokong DAP yang mengeluarkan komen2 sedemikian. Ini terjadi berikutan mereka mempercayai selain dari TG Hadi Awang, ATG Harun Din juga adalah dalang yang memecahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Mereka juga menyakini laporan portal Sarawak Report bahawanya PAS mendapat laba 90 juta (team Hadi-Harun, team TITM tidak mendapat apa-apa, kononnya lah) daripada Mahathir bagi memecahkan dan mengucar-kacirkan pembangkang agar Pakatan Rakyat musnah dan berkecai. Disebabkan fahaman itulah yang membuatkan rata2 penyokong DAP membenci ATG Harun Din. Tak dinafikan juga pendapat ATG Harun Din dalam isu kitab bible melayu yang mencetuskan polemik muslim-kristian turut menjadi sebab kepada kebencian tersebut.
Kerjasama PAS - UMNO, kononnya mahu berUG juga menjadi punca penyokong2 DAP membenci ATG Harun Din kerana arwah kononnya bersetuju dengan penyatuan tersebut bahkan antara yang terlibat secara utama bagi mendekatkan PAS kepada UMNO. Namun sehingga TG Harun Din meninggal dunia, PAS dan UMNO belum lagi bersatu secara legal. Sekadar kerjasama dalam beberapa perkara2 politik dan pentadbiran yang juga turut dilakukan oleh PKR dan DAP, mereka bersama-sama kerajaan pusat pimpinan Najib dalam sesetengah isu berkaitan hudud, pentadbiran negeri dan juga projek pembangunan.
Respon luarbiasa penyokong2 pembangkang ini juga jadi pemerhatian blogger2 dan penyokong2 Najib dari jarak jauh. Mereka melihat akhlak yang sama mengkritik kematian pimpinan pembangkang seperti mendiang Karpal Singh & ATG Nik Aziz oleh sesetengah penyokong kerajaan berbalik kepada penyokong2 pembangkang terutamanya pada geng2 DAP. Adakah ini akhlak yang patut ditunjukkan ketika berlakunya kematian? Adakah perbezaan politik menghilangkan perikemanusiaan kita? Tidak kah kita belajar moral di sekolah bahawanya orang yang mati harus dihormati? Ucapan2 yang baik bagi memujuk ahli keluarga yang kehilangan sudah tidak wujud kah?
Apetah lagi ucapan2 negatif itu dihamburkan pada saat semua yang kita diberi-faham tentang ATG Harun Din tidak terbukti. Apakah kita ada bukti ATG Harun Din ialah dalang perpecahan PAS - DAP? Apakah kita ada bukti ATG Harun Din terima wang 90 juta? Apakah kita ada bukti PAS - UMNO berUG atas inisiatif TG Harun Din? Tuduhan2 yang dilemparkan oleh sesetengah blogger pembangkang seperti blogger pro Amanah / Khalid Samad adalah tidak pernah dibuktikan secara fakta serta hujah bahkan tiada apa2 dokumentasi konkrit yang dilampirkan dan bagaimana mudahnya kita berdasarkan hanya persepsi menunjukjan kebencian yang melampaui batas kemanusiaan? Mana moral kita di saat kita persoalkan moral pimpinan kerajaan? Bagus sangat ke akhlak kita neh?
Memalukan. Semua orang baca komen kita. Dan sekarang semua orang tahu bagaimana adab kita bila mendengar perkhabaran tentang kematian. Hormat orang meninggal dunia konon. Cakap tak serupa bikin. Pura-pura dan kemunafikan yang jelas disitu. Sekarang penyokong2 PAS akan bertambah benci kepada DAP. Terima kasih kepada sesetengah penyokong DAP yang biadap. Jangan bermimpi tentang Putrajaya. Aku tak rasa Pulau Pinang pun akan menjadi laluan mudah sekarang. Tidak hanya kita berpecah. Bahkan berlumba2 melakukan kebodohan juga. Err tahniah la. Babai.
Nota. 1. Sesetengah gambar kredit to Lim Sian See. Yang lain aku semak dan siasat sendiri dan nampaknya terbukti apa yang sedang berlegar2 di media sosial kini.
Nota 2. Dimaklumkan oleh LSS juga, terlalu banyak komen2 biadap di Malaysiakini saluran English yang melaporkan kematian ATG Harun Din sehingga memaksa pihak Malaysiakini memadamkan semua komen2 tersebut dan block orang awam menghantar komen ke atas berita tersebut. Diangkat dari http://www.amenoworld.net
MARANG: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din adalah generasi awal lulusan Islam yang menyertai PAS sejak parti itu ditubuhkan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Beliau merupakan generasi awal yang bersama dengan PAS, generasi awal lulusan Islam bersama dengan Profesor Dr Zulkifli Mohamad dan kumpulan Islam," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, di sini.
Hadi kemudiannya berkata beliau berharap roh Allahyarham dicucuri rahmat dan semoga segala amal jariahnya diterima Allah SWT.
“Kita harap semua sumbangan Allahyarham terhadap Islam dapat diterima Allah SWT dan semua kekurangan beliau diampunkan oleh Allah SWT.
“Mudah-mudahan Allah bagi rahmat dan meletakkan rohnya bersama para Anbia, syuhada dan para solehin yang menegakkan Islam,” ujarnya lagi.
Allahyarham Haron Din, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
Haron Din generasi terawal lulusan agama sertai PAS, kata Hadi.
KL:NAMPAKNYA PAS semakan mahal sekarang, walaupun sebelumnya PAS diserang, dimaki hamun, oleh musuh-musuh politiknya yang sama-sama dalam pembangkang. Yang meludah dulunya kini sudah jilat kembali.
Sehingga lahirnya kata-kata, rundingan kerjasama politik antara parti pembangkang hanya akan berjaya jika Pas komited dengan usaha tersebut.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata sekali gus menghasut, ini kerana pihaknya percaya ada dalam kalangan pemimpin Pas yang tidak mahu rundingan itu direalisasikan.
"Saya percaya halangan utama membabitkan sebilangan pemimpin Pas. Bagi Pakatan Harapan, kami tiada masalah begitu juga parti Bersatu.
“Sekiranya mereka tidak mahu berunding, rakyat harus sedar bahawa mereka (pemimpin Pas) tidak lagi bersama dalam agenda reformasi untuk menggantikan Umno dan mungkin mempunyai niat untuk menyelamatkan Umno,” katanya lapor Sinar Harian.
Namun Nga Kor Ming terus menghasut lagi, ahli dan penyokong Pas wajar memberikan tekanan kepada pimpinan mereka supaya kembali ke meja rundingan bagi mencerahkan peluang Pas mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU13.
“Jika tidak saya yakin Pas akan kalah di semua kerusi yang ditandingi di Selangor, Perak dan mungkin tinggal beberapa kerusi sahaja di pantai timur,” katanya. (IH)
IMEJ Malaysia tercalar gara-gara dilaporkan ada sesetengah majikanyang ‘menyeksa’ pekerja yang datang dari luar negara. Apalagi bila dikaitkan Islam sebagai agama bagi persekutuan negara ini. Kerana Islam menentang kezaliman walaupun kepada pekerja luar negara atau dalam negara sendiri, semuanya perlu ditangani segera. Sebuah kerajaan yang mengaku Islam patut bertanggung jawab penuh supaya hal-hal seperti ini tidak berlau. Lihat hak pekerja dalam Islam seperti di bawah. The India Times melaporkan seorang lelaki Punjab dari Amritsar, India mendakwa dirinya dilayan seperti hamba selepas datang ke Malaysia untuk bekerja. Ishak Masih, seorang tukang jahit meninggalkan kampung halaman selepas konon dijanjikan pekerjaan yang baik bagi menampung tiga anaknya. Lelaki berusia 30 tahun itu mendakwa dilayan seperti hamba selepas bekerja di sebuah ladang di Johor Bahru selama sembilan bulan dan bekerja lebih 16 jam sehari. Lebih menyeksakan apabila perkerjaan yang dilakukannya itu tidak mendapat apa-apa bayaran. Tidak tahan dengan kehidupan itu, dia menghubungi rakannya di Amritsar bagi mendapatkan pertolongan daripada NGO untuk membawanya pulang. "Saya tinggalkan kedai jahit untuk masa depan yang lebih cerah tetapi lain jadinya apabila dipaksa bekerja di ladang,”katanya yang datang ke negara ini pada Disember 2015. Ishak berkata, dia membayar sekitar 1.25 lakh rupee (kira-kira RM7,712) kepada ejen untuk bekerja di luar negara. Katanya, pilihan pertamanya adalah di England namun ejen mendapatkan dia pekerjaan yang disangkanya lebih sesuai di negara ini. Ishak kini selamat kembali ke kampungnya namun enggan berkongsi pengalaman kerana masih trauma dengan kejadian itu. Hak Pekerja Dalam Islam. Satu: Islam memposisikan pembantu sebagaimana saudara majikannya. Dari Abu Dzar RA:
“Saudara kamu adalah hamba kamu. Allah jadikan mereka dibawah kekuasaan kamu.” (HR. Bukhari no. 30)
Nabi SAWmenyebut pembantu sebagaimana saudara majikan agar derajat mereka setara dengan saudara.
Dua: Beliau SAW melarang memberikan beban tugas kepada pembantu melebihi kemampuannya. Jikapun terpaksa itu dilakukan, beliau perintahkan agar majikan turut membantunya.
“Janganlah mereka membebani mereka (hamba), dan jika kamu memberikan tugas kepada mereka, bantulah mereka.” (HR. Bukhari no. 30)
Tiga: Nabi SAW mewajibkan majikan untuk memberikan gaji pegawainya tepat waktu, tanpa dikurangi sedikit pun. Dari Abdullah bin Umar RA Nabi SAW bersabda:
“Berikanlah upah pegawai (buruh), sebelum kering keringatnya.” (HR. Ibn Majah dan dishahihkan al-Albani).
Empat: Islam memberi peringatan keras kepada majikan yang menzalimi pembantu atau pegawainya. Dalam hadis qudsi dari Abu Hurairah RA Nabi SAW meriwayatkan, bahwa Allah berfirman:
“Ada tiga orang, yang akan menjadi musuh-Ku pada hari kiamat: … orang yang mempekerjakan seorang buruh, buruh memenuhi tugasnya, namun dia tidak memberikan upahnya (yang sesuai).” (HR. Bukhari 2227 dan Ibn Majah 2442)
Dapat anda bayangkan, di saat kita sangat perlu kepada ampunan Allah, tetapi justru Allah menjadi musuhnya.
Lima: Islam memotivasi majikan agar meringankan beban pegawai dan pembantunya. Dari Amr bin Huwairits, Nabi SAW bersabda:
“Keringanan yang kamu berikan kepada hambamu, maka itu menjadi pahala di timbangan amalmu.” (HR. Ibn Hibban dalam shahihnya dan sanadnya dinyatakan shahih oleh Syuaib al-Arnauth).
Enam: Islam memotivasi agar majikan dan atasan bersikap tawadhu yang berwibawa dengan buruh dan pembantunya. Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:
“Bukan orang yang sombong, majikan yang makan bersama hambanya, mau mengendarai himar (kendaraan kelas bawah) di pasar, mau mengikat kambing dan memerah susunya.” (HR. Bukhari dalam Adabul Mufrad 568, Baihaqi dalam Syuabul Iman 7839 dan dihasankan al-Albani).
Tujuh, Islam menekan semaksiamal mungkin sikap kasar kepada bawahan. Seorang utusan Allah, yang menguasai setengah dunia ketika itu, tidak pernah main tangan bawahannya. Aisyah menceritakan:
“Rasulullah SAW tidak pernah memukul dengan tangannya sedikit pun, tidak kepada wanita, tidak pula hamba.” (HR. Muslim 2328, Abu Daud 4786).
Nabi SAW juga pernah menjumpai salah seorang sahabat yang memukul budak lelakinya. Tepatnya ia sahabat Abu Mas’ud Al-Anshari. Seketika itu, Nabi SAW mengingatkan sahabat itu dari belakang:
“Ketahuilah wahai Abu Mas’ud, Allah lebih kuasa untuk menghukummu seperti itu, dari pada kemampuanmu untuk menghukumnya.”
Ketika Abu Mas’ud menoleh, dia terkejut kerana ternyata Rasulullah SAW. Spontan beliau langsung membebaskan hambanya. Nabi SAWmemujinya:
أَمَا لَوْ لَمْ تَفْعَلْ لَلَفَحَتْكَ النَّارُ
"Andai engkau tidak melakukannya, niscaya neraka akan melahapmu.” (HR. Muslim 1659, Abu Daud 5159, Tumudzi 1948 dan yang lainnya).
Bukan manusia yang pemberani ketika dia hanya boleh menzalimi bawahannya. Bersikap keras kepada bawahan justru merupakan tanda bahawa dia tidak berwibawa.
Nabi SAW bersama pembantunya
Anas bin Malik RA, adalah diantara daftar pernah menjadi pembantu Nabi SAW. Selama hampir 9 tahun lamanya, sejak di usia 10 tahun, beliau melayani Nabi SAW.
Berikut testimoni sahabat Anas :
Rasulullah SAW adalah orang yang paling baik akhlaknya. Suatu hari (sewaktu aku masih kanak-kanak), beliau menyuruhku untuk tugas tertentu. Aku bergumam: Aku tidak mau berangkat. Sementara batinku meneriakkan untuk berangkat menunaikan perintah Nabi Allah. Aku pun berangkat, sehingga melewati gerombolan anak-anak yang sedang bermain di pasar. Aku pun bermain bersama mereka. Tiba-tiba Rasulullah SAW memegang tengkukku dari belakang. Aku lihat beliau, dan beliau tertawa. Beliau bersabda: “Hai Anas, berangkatlah seperti yang aku perintahkan.” “Ya, saya pergi sekarang ya Rasulullah.” Jawab Anas. Beliau memberi kesan:
Demi Allah, aku telah melayani Nabi SAW selama 7 atau 9 tahun. Saya belum pernah sekalipun beliau berkomentar terhadap apa yang aku lakukan: “Mengapa kamu lakukan ini?”, tidak juga beliau mengkritik: “Mengapa kamu tidak lakukan ini?” (HR. Muslim 2310 dan Abu Daud 4773).
Dalam cuplikan sejarah beliau yang lain, Rasulullah SAW sangat beri perhatian terhadap keperluan pembantunya. Bahkan sampai memberi semangat untuk menikah. Dari Rabi’ah bin Ka’b al-Aslami, beliau menceritakan:
Saya pernah menjadi pelayan Nabi SAW. Beliau menawarkan: “Wahai Rabi’ah, kamu tidak menikah?” Aku jawab: “Tidak ya Rasulullah, saya belum ingin menikah. Saya tidak punya dana yang cukup untuk menanggung seorang isteri, dan saya tidak ingin disibukkan dengan sesuatu yang menghalangiku untuk melayani anda.
Rasulullah SAW kemudian berpaling dariku. Setelah itu beliau bertanya lagi: “Wahai Rabi’ah, kamu tidak menikah?” Aku pun menjawab dengan jawaban yang sama: “Tidak ya Rasulullah, saya belum ingin menikah. Saya tidak punya ….dst.”
Rasulullah SAW kemudian berpaling dariku. Kemudian aku ralat ucapanku, aku sampaikan: “Ya Rasulullah, anda lebih tahu tentang hal terbaik untukku di dunia dan akhirat.” Aku bergumam dalam hatiku: “Jika beliau bertanya lagi, aku akan jawab: Ya.”
Ternyata Nabi SAW tanya lagi untuk yang ketiga kalinya: “Wahai Rabi’ah, kamu tidak menikah?” Aku langsung menjawab: “Ya, perintahkan aku sesuai yang Anda inginkan.” Selanjutnya, Nabi SAW memerintahkanku untuk mendatangi keluarga fulan, salah seorang dari suku Anshar… (HR. Ahmad 16627, Hakim 2718 dan at-Thayalisi 1173).
Tidak hanya bersikap baik dalam urusan dunia, Nabi SAW juga memperhatikan urusan akhirat pembantunya. Beliau pernah memiliki seorang pemabntu yang masih remaja beragama Yahudi. Suatu ketika si Yahudi ini sakit keras. Nabi pun menjenguknya dan memperhatikannya. Ketika merasa telah mendekati kematian, Nabi SAW menjenguknya dan duduk di samping kepalanya.
Beliau ajak anak ini untuk masuk Islam. Anak spontan melihat bapaknya, seolah ingin meminta pendapatnya. Bapak mengatakan: ‘Taati Abul Qosim (nama Nabi SAW).’ Dia pun masuk Islam. Setelah itu ruhnya keluar. Nabi SAW meninggalkan rumahnya dengan mengucapkan:
Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din mengamanatkan untuk dikebumikan di Amerika Syarikat (AS) jika ditakdirkan meninggal dunia di negara itu.
Amanat terakhir arwah itu disampaikan kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangannya di negeri ini, menurut BH Online. Memetik kenyataan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, pesanan tersebut disampaikan arwah di Pusat Rawatan Darussyifa di Santan, Kangar sebelum berlepas ke AS pada 10 September lalu.
"Amanat itu disampaikan sebagai persediaan kerana ini kali keenam Allahyarham menjalani pembedahan," katanya ketika dihubungi, menurut laporan yang sama.
Arwah yang juga pendakwah terkemuka meninggal dunia di Hospital Stanford University, San Francisco, AS pada usia 76 tahun.
Terdahulu, arwah dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas mengalami masalah jantung.
Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.
Allahyarham mula bergiat aktif dalam PAS sejak 1974 sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983) dan dipilih sebagai Mursyidul Am PAS selepas pemergian arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata, solat jenazah ghaib akan diadakan di Kompleks PAS Perlis di Jalan Stadium Utama, Kangar malam ini. (IH)
MALAYSIA DATELINE: Dijangka ahli dan tokoh politik Pas akan menisytiharkan keluar parti untuk masuk Amanah pada majlis sempena sambutan setahun Amanah yang akan diadakan malam ini. Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor hari ini dijangka akan menerima ahli baru Amanah dalam satu majlis ceramah perdana 'Harapan Baru Kelantan' yang diadakan dipejabat Adunnya Datuk Husam Musa malam ini. Majlis itu akan turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bagi meraikan sempena setahun tertubuhnya Amanah di Kelantan. "Bertarikh 16 September 2016, bertempat di Bangunan Salor, satu majlis Ceramah Perdana dan perisytiharan kemasukan beramai-ramai ahli baru ke dalam Amanah sempena sambutan setahun Amanah Kelantan. "Majlis ceramah perdana ini akan diumumkan ahli yang telah menyertai Amanah bersekali dengan pimpinan mereka di dalam Pas," ujar Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Zahari Sidik dalam satu kenyataan. Orang ramai juga dimaklumkan untuk bersama hadir menyaksikan peristiwa bersejarah perisytiharan tokoh politik pentng Kelantan yang menyertai Amanah. "Kami di pihak Amanah Kelantan menjemput dan mempersilakan semua rakyat Kelantan hadir ke majlis ini seterusnya dapat bersama menjadi 'turning point' merealisasikan 'Harapan Baru Kelantan," ujarnya. Pada 30 Ogos lalu bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa telah mengisytiharkan beliau masuk Amanah dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya selepas beliau dipecat dari Pas. Selepas tiga hari beliau menyertai Amanah dua cawangan dibuka di Dun Salor. Ini kerana sebelum itu pada 2 September Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar agar mana-mana ahli yang mempunyai masalah dengan Pas agar keluar dari parti itu. "Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar dari Pas, senang sahaja… Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,” katanya kepada wartawan di perkarangan Masjid Rusila seperti dilaporkan portal berita. Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas naib presiden parti itu yang dipecat, Datuk Husam Musa menyertai Amanah. Justeru majlis pada malam ini diadakan khusus untuk meraikan kehadiran beliau dalam Amanah Kelantan. Selain pengumuman kemasukan ahli- ahli Pas bersama pimpinan mereka, majlis juga dijangka akan mengisytiharkan penyertaan pimpinan "hardcore" NGO yang menuntut 'Royalti' serta profesional dan pegawai kerajaan yang sudah bersedia untuk diumumkan bersama menyertai parti itu pada malam ini. Majlis ini akan disiarkan secara langsung melalui youtube (http://tinyurl.com/mediaghb) dan facebook page (https://www.facebook.com/ghbmediatv).