Thursday, December 22, 2016

Sejarah Islam Di Korea Selatan, Ini 8 Buah Masjid..



Di Korea Selatan, agama Islm merupakan agama minoriti. Terhitung tidak sampai 1% populasi umat muslim di sana. Meski begitu, penyebaran Islam di Korea Selatan terbilang tidak mudah, banyak hal yang mesti dilalui sampai agama islam dapat masuk dan berkembang di Korea Selatan seperti sekarang. 

Sejarah Perkembangan Islam Di Korea Selatan.

Berikut fakta-fakta sejarah perkembangan Islam dari abad 19 hingga kini.

1. Dinasti Joseon.

 Dinasti Joseon (Via: id.wikipedia.org)
Selama berabad-abad, Korea Selatan dikuasai oleh Dinasti Joseon. Selama dikuasai oleh Joseon, Korea Selatan mengalami kemajuan dalam segala bidang. Sayangnya, kerajaan Joseon yang menguasai Korea Selatan membuat negara gingseng terisolasi atau terpencil dari pengaruh luar. Termasuk agama Islam.


2. Kemasukan Jepun.

.

Kemasukan Jepun (Via: bumirakyat.wordpress.com)

Kejayaan Dinasti Joseon berakhir pada 1910 setelah Jepun masuk.

3. Tentera Turki.

Tentara Turki (Via: senjatarohani.wordpress.com)

Tahun 50-an, Korea Selatan dan Utara mengalami perang besar. Korea Selatan yang berada di bawah naungan PBB kedatangan Tentara Turki untuk membantu mereka. Dari sini, agama Islam berkembang melalui dakwah tentara Turki. Sejak tahun itu pula, sudah terdapat sekitar 35 ribu muslim di Korea Selatan.

4. Sokongan Pemerintah.

Bantuan Pemerintah (Via: regifauzi.wordpress.com)
1970, pemerintah menghibahkan sebidang tanah di Itaewon, Korea Selatan untuk dijadikan masjid. Atas bantuan negara-negara Islam di dunia, berdirilah Masjid Sentral Seoul pada 1976 yang menjadi tonggak penyebaran agama Islam di Korea Selatan.
5. Masjid Central SeoulMasjid Sentral Seoul (Via: al-rayani.blogspot.com) 
Masjid Central Seoul menerima kunjungan warga setempat yang ingin mengenal Islam. Saat hari libur pun masjid terbesar di Korea itu kerap menjadi tempar wisata oleh turis lokal maupun internasional.
6. Abdurrahman Lee


Abdurrahman Lee adalah imam Masjid Central Seoul sejak 2006 hingga kini. Tiap hari Sabtu selepas Ashar, ia membuka kajian agama Islam untuk para mualaf.

Itu dia 6 fakta sejarah Islam di Korea Selatan yang kamu  dapat ketahui sebagai umat muslim.

Menelusuri 8 Masjid di Korea Selatan


Bagi chingudeul muslim yang berniat mengunjungi Korea Selatan dan menelusuri jejak Islam di Korea Selatan, ada beberapa Masjid nih yang bisa chingudeul singgahi untuk menunaikan kewajiban agama ataupun untuk sekedar berwisata. Ada 8 Masjid di Korea Selatan yang memiliki sejarah penting dan juga design yang unik. Simak dibawah ini untuk infonya:  


1. Seoul Central Mosque


Terletak di pusat kota Seoul di Itaewon, Masjid Sentral Seoul ini merupakan masjid permanen pertama yang berada di Korea Selatan dan merupakan satu-satunya masjid di Seoul. Masjid ini dibangun tahun 1976, dengan bantuan dari pemerintahan Korea dan kontribusi moneter yang besar dari Arab Saudi dan negara-negara Islam lainnya.

Masjid ini memiliki tiga lantai, yang memiliki fungsi berbeda. Di lantai pertama terdapat kantor Federasi Muslim Korea dan ruang pertemuan, sedangkan ruang salat berada di lantai dua dan tiga. Di tempat ini juga dibangun sebuah madrasah yang dijadikan sebagai lembaga pendidikan Islam bagi anak-anak, Pusat Penelitian Kebudayaan Islam dan Organisasi Islam lainnya.

2. Masjid Busan


Masjid Busan merupakan masjid kedua yang didirikan di Korea Selatan. Dibangun pada tahun 1980, dengan sokongan dana dari Ali Fellaq, mantan Menteri Keuangan Libya. Masjid ini berada di 30-1 Namsan-dong Keumjeong-ku, Busan. Di masjid ini, pengunjung tidak hanya dapat melaksanakan ibadah solat dan mengaji, tetapi juga dapat mempelajari lebih banyak mengenai Islam di Korea Selatan.

Kerana di Masjid ini, jamaah dapat bertemu dan bertanya banyak hal kepada ketua Masjid, atau yang disebut sebagai imam. Masjid ini juga menyediakan perpustakaan yang memberikan banyak bahan dan materi audio yang dapat dipinjam.

3.  Masjid Gwangju


Masjid Gwangju merupakan Masjid ketiga yang dibangun di Korea. Terletak di Yeok-dong 48-9, Gwangju, Gyeonggi-do. Masjid Gwangju dibuka pada tahun 1981. Masjid ini juga merupakan satu-satunya Masjid di Gwangju. Muslim yang beribadah di Masjid Gwangju, biasanya datang dari berbagai negara seperti Bangladesh, Mesir dan India. Masjid ini dikelola oleh Korea Muslim Federation dan menjadi Pusat Dakwah Islam di Gwangju. Organisasi ini mewakili umat Islam dan melindungi kepentingan mereka di Korea.

4. Masjid Jeolla-do/Jeonju


Jeonju merupakan kota yang memiliki tradisi dan seni korea dengan harmoni yang indah. Keharmonian tersebut, ditunjukkan pula pada Masjid Jeonju yang memiliki arsitektur Korea dan Islam. Masjid ini memiliki atap yang berupa perpaduan atap khas korea dan kubah khas Islam.

5. Masjid Ansan


Masjid ini berada di 741-5, Wongok-dong, Danwon-gu, Ansan-si, Gyeonggi-do. Pemimpin di Masjid ini berasal dari Bangladesh, yang dipilih oleh para imigran Islam di Korea Selatan. Masjid ini biasanya digunakan oleh para imigran Muslim dari Bangladesh, Pakistan, dan Indonesia yang bekerja di dekat Kompleks Industri Ansan.

6. Masjid Anyang


Tidak jauh dari Seoul, berdiri sebuah Masjid yang diberi nama Masjid Anyang. Sama seperti Ansan, Masjid ini juga digunakan oleh para imigran Korea Selatan. Namun kebanyakan hanya imigran dari Bangladesh dan Pakistan yang beribadah di Masjid ini. Masjid ini beralamat di 618-132, Anyang 5-dong, Anyang-si, Gyeonggi-do.

7. Masjid Bupyeong


Terletak di ujung timur Incheon, atau di antara Seoul dan Incheon,  Masjid Bupyeong merupakan tempat ibadah bagi umat Islam yang bekerja di daerah tersebut dan sekitarnya, termasuk Kompleks Industri Namdong di Incheon. Kebanyakan dari pekerja adalah penduduk imigran, dan hanya sedikit warga asli Korea Selatan yang beribadah di Masjid ini. Masjid ini beralamat di 574-19, Sipjeong-dong, Bupyeong-gu, Incheon.

8. Masjid Gyeonggi / Paju


Masjid ini terletak di dekat Sungai Injin, yang terletak di antara Seoul dan kota Kaesong Korea Utara. Kota ini merupakan sebuah kompleks teknologi tercanggih di Korea yang dikembangkan di dalam kota. Masjid Paju, biasanya dikunjungi oleh umat Muslim yang berasal dari Pakistan dan Bangladesh yang tinggal di sekitar wilayah tersebut. Masjid ini beralamat di 421-9, Yeongtae-ri, Wonreung-myeon, Paju-si, Gyeonggi-do.
(IH)


Lihat..
Tawaran baru kerja di Korea Selatan..

Kurang Ajar! Halau Keluar Kerana Guna Bahasa Arab..



KUALA LUMPUR – Seorang penumpang lelaki muslim melalui detik malang apabila dihalau keluar dan dinafikan hak menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Delta Airlines gara-gara menggunakan bahasa arab sewaktu berbual di telefon, dalam pesawat itu.

Lelaki Amerika-Muslim itu yang dikenali sebagai Adam Saleh memuatnaik video berdurasi 1 minit 26 saat menyatakan rasa tidak puas hati beliau ketika diminta keluar oleh pramugari pesawat Delta Airlines.

“Kami dihalau kerana bercakap dalam bahasa lain selain Inggeris. Adakah ini tahun 2016? Terima kasih banyak ,saya bukan penjenayah” ujarnya.




Lihat..



Tawaran kerja di Korea Selatan & Australia.

Putus Hubungan Dengan PKR, Jika Gabung PAN -PAS S'ngor.


AIDCNews -21/12/16 – PAS bertegas akan memutuskan hubungan dan kerjasamanya dengan PKR jika parti keadilan itu bergabung dengan Parti Amanah Negara (PAN), kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Namun, Iskandar berkata hubungan dengan parti keadilan masih boleh diteruskan jika PAN dibubarkan dan semua ahli bekas serpihan PAS itu menyerap masuk menjadi ahli PKR.
“Jika PKR bergabung dengan PAN maka nama PAN akan lenyap dari muka bumi ini jadi tidak ada isu PAN akan bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.
“Tetapi jika PKR bergabung dengan PAN atas nama baru yang ada keahlian PAN, PAS tidak akan kerjasama dengan mereka melainkan ahli-ahli PAN menyertai PKR, maka mungkin ya (PAS bekerjasama dengan PKR),” kata Iskandar yang juga Naib Presiden PAS kepadaBNBBC.my.
Beliau berkata demikian berhubung cadangan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang mahu PAN bergabung dengan PKR bagi mengelak PAS terpisah dengan Pakatan Harapan.
“Bergabung dengan PKR ataupun tidak, PAS memang tidak akan sesekali menyerahkan kerusi kami kepada mana-mana parti,” tegas Iskandar lagi.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad menegaskan PAS akan bertanding di kerusi PKR, jika parti itu gagal ‘mengawal’ rakan kongsinya, PAN daripada mengusik kerusi parti Islam pada pilihan raya akan datang.
“Jika kerusi PAS diusik oleh Amanah (PAN) yang sepatutnya dikawal oleh PKR, maka kita akan bertanding di mana-mana kerusi (PKR) yang kita rasa boleh mendapat kemenangan tipis yang ditandingi oleh PKR.
“Jika berlaku begitu, memang akan berlaku pertembungan walaupun masing-masing berkehendakkan satu lawan satu. Jika PAS lawan BN, maka kita harapkan Amanah tidak bertanding di kerusi PAS,” tegas Mahfodz kepada Antarapos, hari ini.
Mahfodz juga memberitahu, buat masa ini PAS dan PKR saling memerlukan bukan sahaja dari konteks pentadbiran di Selangor sekurang-kurangnya sehingga habis penggal PRU 13.
“Memang kedua-dua pihak masih mengharapkan PKR, begitu juga PKR, walaupun dalam PH, mereka masih kekal dengan PAS. Sekurang-kurang sampailah dalam pilihan raya ini, kita berharap hubungan PAS dengan PKR akan berlanjutan.
“Untuk selepas pilihan raya kita tak dapat nak jangka. Itu ikut kepada prestasi masing-masing,” katanya.

PAS Di Pihak Pembangkang, Tiada Campuran Lepas PRU 14. -Idris Ahmad.

Hasil carian imej untuk tiada campuran PAS/UMNO
SHAH ALAM: Pas menegaskan bahawa parti Islam itu masih berada di pihak pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan campuran selepas PRU14 nanti.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, sehingga kini tiada sebarang perbincangan berhubung kerjasama diadakan dengan Umno memandangkan Pas kini komited bagi bersama dengan blok ketiga Gagasan Sejahtera.

“Saya menolak dakwaan mengenai kerjasama tersebut memandangkan Pas kini komited bersama dengan Gagasan Sejahtera bagi menumbangkan Umno-BN pada PRU14 akan datang,” katanya.

Sebelum ini, ketua kepada sebuah NGO Melayu Islam mendakwa bahawa Pas dan Umno berkemungkinan akan berkerjasama bagi mewujudkan kerajaan campuran pada PRU14 akan datang.

Menyentuh mengenai perkara tersebut, Idris memaklumkan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak berasas memandangkan Ibrahim bukan merupakan sebahagian daripada parti Pas mahupun Umno.

“Sebelum dia nak cakap begitu, dia kena tentukan dulu dia dari parti mana,” katanya.

Dalam pada itu, Idris memaklumkan bahawa Pas akan menyokong Umno sekiranya mereka membawa perkara atau isu-isu yang membawa kebaikan kepada rakyat di negara ini.

Namun begitu, Idris menjelaskan bahawa Pas juga turut lantang menentang tindakan parti Melayu itu yang membebankan rakyat khususnya dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), perjanjian Perkongsian Trans - Pasifik (TPP), Rm2.6 bilion dan sebagainya.

“Apa yang membawa kebaikan kepada rakyat kita sokong namun apa yang membebankan rakyat kita akan lawan.

“Dan saya ingin jelaskan di sini yang tiada sebarang kerjasama lagi antara kedua pihak sehingga kini,” katanya. #sumber


Lihat..
Tawaran baru kerja di Korea Selatan..

Polis Indonesia Bunuh 3 Suspek Militan.


Ads by Kiosked
Polis Indonesia berkawal di hadapan kediaman yang menjadi lokasi pertempuran antara polis dan tiga suspek militan di Tangerang Selatan semalam.


JAKARTA – Polis Indonesia menggagalkan komplot pengebom bunuh diri pada Hari Krismas selepas membunuh tiga suspek militan dan menemui sejumlah bom semalam, kata pihak berkuasa.
Pertempuran senjata api tercetus di sebuah rumah di Tangerang Selatan, 25 kilometer dari Jakarta dengan polis berkata, suspek-suspek militan itu melepaskan tembakan terhadap pasukan polis.
“Kami meminta tiga lelaki itu menyerah diri tetapi mereka mahu bertempur. Seorang daripada mereka membaling bom ke arah anggota kami.
“Nasib baik bom ini tidak meletup. Kami mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” kata jurucakap Polis Indonesia, Rikwanto.
Katanya, kumpulan itu merancang untuk menikam seorang anggota polis di sebuah balai dengan menunggu orang ramai datang berkumpul sebelum melancarkan pengeboman pada musim cuti Hari Krismas.
Komplot itu didedahkan seorang militan itu yang ditangkap awal semalam. Dia juga mendedahkan lokasi persembunyian tiga konconya kepada polis.
Serbuan semalam berlaku kurang dua minggu selepas polis menangkap empat militan termasuk seorang pengebom bunuh diri wanita di Bekasi, timur Jakarta.
Mereka berkomplot untuk mengebom sebuah pos pengawal di Istana Presiden.
Militan-militan di Tangerang Selatan ini mempunyai hubungan dengan kumpulan di Bekasi, kata Rikwanto. – AFP

Tawaran baru kerja di Korea Selatan..


Serangan Di Bazar Krismas Berlin, Dituduh Pengganas.


KEADAAN di lokasi kejadian sebuah treler merempuh orang awam di sebuah bazar Krismas di Berlin semalam.- REUTERS


BERLIN – Polis Jerman semalam percaya pemandu treler yang merempuh orang ramai di sebuah bazar Krismas di Berlin sengaja berbuat demikian dalam insiden yang dipercayai serangan pengganas.
Seramai 12 orang terbunuh dan 48 lagi cedera dalam kejadian itu.
Treler tersebut merempuh orang ramai yang berkumpul di beberapa buah gerai kayu yang menghidangkan wain dan sosej di kaki lima gereja Kaiser Wilhelm Memorial Church di Berlin Barat petang kelmarin.
Gereja itu musnah dalam Perang Dunia Kedua.
“Pasukan penyiasat kami menganggap lori ini sengaja dipandu ke arah orang ramai di bazar tersebut di Breitscheidplatz,” kata polis dalam satu kenyataan di laman Twitter.
“Semua langkah polis berkaitan kejadian ini yang disyaki serangan pengganas diusahakan sepenuhnya dan dengan penuh tekun,” tambah kenyataan itu.
Insiden itu mengimbau kembali tragedi rempuhan di Nice, Perancis pada Julai lalu apabila seorang lelaki kelahiran Tunisia memandu lori seberat 19 tan di kaki lima sebatang jalan tepi pantai dan merempuh orang ramai yang berkumpul untuk menonton persembahan bunga api sempena sambutan Hari Bastille.
Serangan itu yang dilakukan oleh militan Daesh telah meragut 86 nyawa.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Jerman, Thomas de Maiziera berkata, terdapat petunjuk bahawa nahas di Berlin merupakan satu serangan.
Polis berkata, lelaki yang ditemui mati di dalam lori itu merupakan rakyat Poland tetapi percaya bukan dia yang memandu kenderaan tersebut.
Kerakyatan pemandu lori tersebut yang melarikan diri dari lokasi kemalangan sebelum ditahan pula masih tidak jelas.
Namun, media Jerman memetik sumber keselamatan tempatan sebagai berkata, terdapat bukti bahawa suspek yang ditangkap berasal sama ada dari Afghanistan ataupun Pakistan.
Dia dipercayai memasuki Jerman pada Februari lalu sebagai pelarian. Demikian menurut Reuters.

GAMBAR lokasi insiden rempuhan treler di Bazar Krismas Berlin selepas serangan itu semalam. – AFP


Sedangkan menurut AFP, seorang pemohon suaka dari Pakistan yang disyaki memandu sebuah treler dan merempuh orang ramai di sebuah bazar Krismas di Berlin dibebaskan kelmarin.


Seramai 12 orang terbunuh dalam serangan itu.
Pejabat pendakwa raya Berlin dalam satu kenyataan berkata, kekurangan bukti memaksa pasukan penyiasat membebaskan lelaki itu dan menumpukan usaha memburu suspek baharu iaitu seorang imigran dari Tunisia.
“Suspek yang ditahan berhubung serangan di Bazar Krismas Berlin pada Isnin lalu dibebaskan petang ini (kelmarin). Dia dibebaskan atas arahan pendakwa raya persekutuan.
“Ujian forensik yang dilakukan mendapati suspek tidak berada di dalam treler tersebut pada hari kejadian,” kata kenyataan itu.
Lelaki Pakistan itu ditahan selepas akhbar Jerman, Die Welt melaporkan bahawa seorang saksi melihat dia keluar daripada treler tersebut dan meninggalkan lokasi kejadian.
Terdahulu, Ketua Polis Berlin, Klaus Kandt berkata, penjenayah yang memandu treler itu masih berada di bandar tersebut dan meminta orang ramai berwaspada.
Seramai 48 orang cedera dalam tragedi itu, manakala 24 mangsa pula dibenarkan keluar dari hospital kelmarin.  (IH)

Tawaran baru kerja di Korea Selatan..


Pencuri Dihukum Di Depan Ramai Adalah Cara Didik Yang Baik..

Curi Basikal, Pelancong Australia Diarak Keliling Kampung  


SEPASANG pelancong warga Australia diarak keliling kampung gara-gara didapati bersalah mencuri sebuah basikal milik sebuah hotel di pulau Gili Trawangan, Indonesia.
Kedua-dua pelancong yang tidak didedahkan identiti itu dipkasa berjalan sekitar perkampungan itu dengan mengenakan papan tanda yang diperbuat daripada kertas tertera perkataan ‘Saya pencuri. Jangan lakukan apa yang saya lakukan.’
Menurut portal Straits Times memetik laporan Agence France-Presse (AFP) memberitahu kedua-dua pelancong itu dikatakan melakukan kesalah itu pada 10 hari lalu ketika berkunjung ke pulau tersebut.

Curi Basikal, Pelancong Australia Diarak Keliling Kampung  


Malah ketua kampung Gili Trawangan, Muhammad Taufik berkata, kedua-dua pelancong itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika mengambil basikal tersebut.
Pengurus hotel tersebut melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa dan suspek berjaya ditangkap keesokan harinya, tambah Encik Taufik.
“Kami menyoal siasat mereka, mencapai perjanjian, bawa mereka berjalan di sekitar pulau dan paksa mereka tinggalkan Gili,” katanya kepada AFP.
Pasangan pelancong ini adalah yang pertama menerima hukuman sebegini pada tahun ini selain daripada beberapa warga Indonesia yang turut melakukan kesalahan yang sama.
Difahamkan hukuman sedemikian bagi kesalahan mencuri telah diamalkan di kepulauan itu sejak bertahun-tahun lamanya atas persetujuan di antara penduduk pulau itu dan pihak berkuasa di tanah besar.
“Amalan berarak bagi mereka yang melakukan kesalahan jenayah di pulau ini atas persetujuan kedua-dua pihak iaitu penduduk tempatan dan pihak berkuasa (polis) di tanah besar,” kata Ketua Pejabat Pelancongan Nusa Tenggara Barat, Lalu Muhammad Fauzal kepada portal BBC negara itu. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menghukum kesalahan jenayah di khalayak ramai adalah cara didik masyarakat yang baik. Cuba lihat sistem perundangan jenayah dalam Islam yang begitu berjaya dalam catatan sejarajh Islam, bahkan hingga sekarang.


Lihat..
Tawaran baru kerja di Korea Selatan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails