KUALA LUMPUR – DAP beranggapan adalah sukar untuk Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO jika ada parti pembangkang masih berpegang kepada pendirian Islam.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, parti politik yang berpegang kepada dasar Islam akan berpandangan perihal jawatan Perdana Menteri Malaysia perlu disandang oleh seorang muslim jauh lebih penting daripada isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan.
“Saya bersetuju adalah sangat sukar untuk menyingkirkan UMNO dan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) dari Putrajaya.
“Ini terutama apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) seorang muslim kekal sebagai Perdana Menteri jauh lebih penting berbanding isu lain dalam Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Bagaimanapun, kata Kit Siang, UMNO dan kerajaan BN akan dapat ditumbangkan jika setiap rakyat Malaysia memberi sokongan kepada Pakatan Harapan dan PPBM dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang patriotik tanpa mengira kaum, agama atau politik untuk bersatu dalam PRU14 untuk mencipta sejarah,” katanya.
Pakatan Harapan yang turut disertai Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun lalu bagi menyingkirkan PAS daripada pakatan pembangkang.
PAS disingkirkan kerana enggan tunduk kepada desakan DAP dan PKR dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap menyusahkan pembangkang.
Pakatan Harapan kemudian dipelawa oleh PPBM yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bekerjasama menumbangkang UMNO dan kerajaan BN.
Mahathir mewujudkan PPBM selepas meletak jawatan sebagai ahli UMNO kerana kecewa hasrat beliau mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO ditolak parti itu.
Lapor MYNEWSHUB.CC
Komen Weblogg Ibnu Hasyim: DAP beranggapan adalah sukar untuk Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO jika ada parti pembangkang masih berpegang kepada pendirian Islam.
Ertinya, pembangkang yang ingin merampas Putrajaya mestilah dikosongkan dari pendirian Islam. DAP ingin menghapuskan Islam di kalangan pemimpin-pemimpin Malaysia pada masa akan datang. Selagi umat Islam di Malaysia berpegang kepada Islam, selagi itulah DAP dan kuncu-kuncunya tidak akan mampu menawan Putrajaya.
Sama seperti pendirian pemimpin Cina Kristian Jakarta Indonesia, selagi bangsa Indonesia masih berpegang kepada Al-Quran Surah Al-Maidah (jamgan melantik kafir sebagai pemimpin) selagi itulah Indonesia tidak akan mampu menyaingi kemajuan di dunia.
Sama juga seperti kata Syeikh Yahya Muhd Ilyas di dalam bukunya Al Qhazwul Fikri (الغزو الفكرى) menceritakan, ketika Raja Perancis, King Lois ke 9 dibebaskan dari penjara Mansurah, Mesir, beliau pulang ke Perancis dan berucap di hadapan rakyatnya.. katanya..
“Untuk mengalahkan umat Islam, kalian tidak boleh menggunakan pedang. Kerana terbukti kita telah tewas sejak ratusan tahun ketika kita berhadapan dengan umat Islam di dalam peperangan bersenjata. Tetapi untuk mengalahkan mereka, perangilah mereka di sudut aqidah Islam mereka, kerana di situlah terletaknya punca kekuatan Umat Islam.”
Sama juga seperti kata Gleed Stones, mantan perdana menteri British (1886, 1892-1894) mengatakan hal yang sama..
"Percuma memerangi umat Islam, kita tidak akan mampu menguasainya selama di dada pemuda-pemuda Islam Al-Qur'an masih bergelora. Tugas kita kini adalah mencabut Al-Qur'an hati mereka, baru kita akan menang dan menguasai mereka.”
Al-Qur'an mengatakan, ertinya, "Sesungguhnya syaitan bagi kamu merupakan musuh, maka perlakukanlah ia sebagai musuh. Sesungguhnya syaitan itu mengajak hizb (golongan)nya agar mereka menjadi penghuni neraka." (QS.Faathir : 6).
Justeru, apa akan jadi jika pemimpin negara umat Islam Malaysia tidak lagi berpegang prinsip Islam? Na'auzubillahi minzalik.
(IH)