Saturday, April 15, 2017

'Saya Orang Cina, Saya Penganut Agama Taoism... Saya Sokong RUU 355'




KUALA LUMPUR: "Sebagai seorang bukan Islam, kita tidak perlu mencampuri urusan agama lain. Hadi Awang juga tidak pernah mencampuri agama lain seperti Kristian, Taoist, Buddha atau agama Hindu sekalipun," kata bekas Setiauasaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat.Menurut Tuan Tat, usul persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) atau lebih dikenali sebagai RUU355 adalah usaha Ahli Parlimen Marang itu untuk menjaga agamanya.

"Biar Hadi Awang buat apa yang dirasakannya baik untuk agamanya. Asalkan ianya tidak bertentangan dengan hukum Tuhan Allah yang disembah orang Islam.
"Itu pendapat saya sebagai seorang penganut agama Taoist. Agama saya tidak pernah mengajar saya untuk menentang apa yang dilakukan oleh penganut agama lain," katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usaha Pakatan Harapan menentang usul persendirian dibawa Abdul Hadi di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kim Swee (DAP) serta Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli (PKR) kedua-duanya mendakwa usul RUU355 merupakan cara PAS bersama UMNO menutup isu 1MDB.

Kedua-dua mereka mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bersekongkol bersama PAS.

Membidas dakwaan oleh Pakatan Harapan, Tuan Tat yang bersama DAP selama 18 tahun menegaskan taktik memburukkan PAS adalah kerana parti berkenaan kini tidak lagi menjadi rakan politiknya selepas pembubaran Pakatan Rakyat pada 2013.

"Dahulu, (Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP) Anthony Loke menyokong pelaksanaan hukum Hudud yang ingin dibawa oleh PAS. Tetapi sekarang mereka menentang RUU355 yang dibawa oleh PAS.

"Kalau menentang, dahulu lagi sudah menentang. Kalau sokong, sudah tentu sekarang juga perlu sokong. Hormati PAS samaada mereka masih berada bersama pakatan pembangkang ataupun tidak," tegasnya.

Bukan setakat isu agama, DAP juga menentang sesiapa sahaja yang tidak lagi menyokong perjuang parti teraju Lim Kit Siang itu sepertimana DAP kini menghentam wakil rakyat Melaka yang meninggalkan parti pada Februari lepas.

"Jangan cakap mengenai agama, lihat sahaja isu keahlian DAP. Terutama isu keahlian DAP Melaka. Selepas ADUN DAP dan Ahli Parlimen DAP dari Melaka keluar dari parti, lihat bagaimana DAP mengehentam mereka," katanya.

Mengulas lanjut mengenai RUU355 dibawa Abdul Hadi, Tuan Tat menjelaskan bahawa orang Islam sudah tentu menentang usul berkenaan sekiranya ianya bertentangan daripada ajaran Islam namun sokongan kuat masyarakat Muslim terhadap usul berkenaan menunjukkan sebaliknya.

"Jangan lupa, Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama. Setiap agama mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing.
"Saya bukan satu-satunya orang Cina yang katakan sebegini, ramai lagi orang Cina diluar sana yang menyokong usul Hadi. Kerana mereka tahu apa yang dilakukan oleh PAS adalah untuk orang Islam semata-mata. Tiada kaitan dengan orang bukan Islam," katanya lagi.

- Malaysian Digest

Gelombang RUU 355 -TUAN GURU ABDUL HADI AWANG


TIDAK diduga betapa RUU 355 mencetuskan gelombang besar terhadap perkara yang tersirat di dalam lubuk hati semua kumpulan terhadap Islam. Walaupun ia bukan hukum hudud yang selalu dijadikan senjata paling tajam mengikut tanggapan semua kumpulan anti Islam, namun tetap dikaitkan juga. 
Tujuannya untuk menikam Islam daripada segenap penjuru dengan hukum Allah tersebut, walaupun mereka jahil berkenaannya. Matlamatnya semata-mata mencacatkan wajah Islam yang murni dan mulia.
Walaupun RUU 355 melalui proses demokrasi paling lembut perjalanannya melalui parlimen dengan kebijaksanaan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia menangguh lagi untuk memanjangkan perbahasannya bagi memberi peluang lebih panjang kepada semua pihak. 
PAS dan semua yang menyokongnya daripada Umno dan lain-lain menerima dengan terbuka, namun kepada penentangnya laksana batu besar yang dicampak ke dalam lubuk tenang yang tidak disangka adanya buaya, bukan sahaja ikannya terkejut gelombangnya. 
Tiba-tiba semua menimbulkan diri, termasuk ular dan buaya paling besar  menerkam dengan rakus menempik segala hujah, termasuk mencetuskan perkara yang tersasul tidak ada kena mengena dengan tajuk RUU 355, apabila menimbulkan Peraturan Mesyuarat yang tidak menyentuhnya sedikit pun, niatnya untuk memamah masa supaya tidak ada ruang langsung bagi RUU 355.
RUU 355 adalah perkara Islam yang paling mudah difahami oleh setiap penganut Islam yang beriman dan budiman walaupun sebesar zarah paling halus dan paling lemah pegangan agamanya, tetapi rasa kasihkan Islam masih tersemat di dalam dirinya. 
Maka, RUU 355 berjaya sehingga menyatukan semua penganut Islam termasuk paling jahil agamanya, namun masih wujud jati diri Islamnya tanpa mengira aliran politik dan pendidikan, kecuali segelintir yang terpinggir laksana melukut di tepi gantang.
Adapun kalangan bukan Islam yang bersaudara dalam masyarakat majmuk tidak menghalang kerana punya sifat persaudaraan kemanusiaannya dalam satu negara yang wajib dihormati, kerana bahasa penjelasannya pula sangat mudah difahami perlunya bagi umat Islam sahaja, tanpa gangguan terhadap bukan Islam.
Disebabkan setiap perjalanan menuju Islam itu pasti diganggu oleh syaitan yang sentiasa mengekori di sepanjang jalan dan masa, termasuk perkara paling asas dan mudah seperti mengambil wuduk dan sembahyang pun ada was-was syaitan. Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia. Apatah lagi perkara Mahkamah Syariah yang hendak dimuliakan itu bergelumang dengan masyarakat umum yang masih dibejati karat semangat penjajah, menjadikan RUU 355 diganggu begitu rupa.   
Allah mendedahkan betapa kalangan bukan Islam yang bermusuh terhadapnya dan segelintir serpihan kalangan Islam yang ada sifat munafiq lapuk bersamanya, berpura-pura Islam mencari kesempatan semata-mata apabila mereka tidak dapat menyembunyikan rasa hati sanubari mereka kebenciannya terhadap Islam, walaupun penganut Islam menunjukkan semangat persaudaraan bermasyarakat majmuk. 
Firman Allah memberi peringatan kepada yang beriman:
﴿هَٰٓأَنتُمۡ أُوْلَآءِ تُحِبُّونَهُمۡ وَلَا يُحِبُّونَكُمۡ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱلۡكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ عَضُّواْ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَنَامِلَ مِنَ ٱلۡغَيۡظِۚ قُلۡ مُوتُواْ بِغَيۡظِكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ١١٩﴾ [آل عمران: 119]
  • “Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada kitab (Al-Quran) semuanya. Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: Kami beriman, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada)”. (Surah Ali-Imran: 119)

Kini umat Islam dapat meletakkan markah atau kadar suhu kepanasan kemarahan mereka yang ingin bermusuh terhadap Islam dan membezakan mereka yang mahu bersahabat bersama umat Islam dalam satu masyarakat madani.

Namun, umat Islam tetap dilarang memaksa pihak lain dalam urusan keagamaan dan kemasyarakatnya serta diwajibkan berlaku adil terhadap semua dengan nas daripada Al-Quran:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ٨﴾ [المائدة: 8]
  • “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan).” (Surah al-Maidah: 8)

Di Malaysia, kita telah menerima konsep masyarakat majmuk yang bersaudara, bukannya bermusuh dan kebencian, maka sepatutnya bersikap saling menghormati di antara satu sama lain.  Apabila RUU 355 adalah khusus bagi penganut Islam sahaja yang berkewajipan meninggikan kedudukan agama Islam dari segi meninggikan taraf Mahkamah Syariah yang berkait dengan penganut Islam sahaja, maka sepatutnya mereka sekurang-kurangnya berdiam dan bersikap terbuka, tetapi malangnya ada kalangan yang menunjukkan penentangan dan berkempen bagi menghalangnya, serta mengugut yang tidak bersamanya.
RUU 355 adalah tangga menaikkan hukum syariat yang dihalang dan dihina oleh penjajah dahulu dan pintu memperkenalkan sistem kehakiman Islam dan hukuman Islam yang mendidik penjenayah dan masyarakat. Apabila ditentang bermakna menghalang jalan Allah, keadilan dan rahmat-Nya kepada seluruh alam, bermaksud mahu meroboh tangga yang menaikkan Islam. 
Tindakan menghalangnya adalah satu kezaliman dan kejahatan yang tidak boleh diizinkan oleh umat Islam dan setiap manusia yang ingin mencari kebenaran dan kebaikan. Tindakannya juga mengancam perpaduan masyarakat majmuk dengan maksud melemahkan umat Islam yang menjadi terasnya, tanpa menghargai sikap Islam yang terbuka dan fleksibel terhadap semua.
Sejarah Islam membuktikan keterbukaan Islam yang tegas pegangannya boleh menerima kebijaksanaan daripada semua pihak yang tidak bercanggah dengan Maqasid Syariah (tujuan mencari kebaikan dan menolak keburukan) dalam perkara yang tiada ketetapan daripada Al-Quran dan Hadis, termasuk yang datang daripada kebijaksanaan akal, pengalaman dan kajian pihak yang lain daripada Islam. Ini menjadikan Islam mewarisi tamadun ilmu paling kaya dalam dunia termasuk dalam aspek perundangan dan sistem kehakiman.
Aspek spiritual yang ada dalam kehakiman Islam berkonsepkan iman dan taqwa yang tidak ada dalam sistem ciptaan manusia, kerana konsep Islam bukan sahaja ilmu dan akhlak, menjadikannya mendidik masyarakat bukannya menghukum. Pendekatannya membawa keberkatan yang mewujudkan keamanan dan perpaduan masyarakat majmuk yang unggul.
Contohya hukuman sebatan syariat yang tidak mencederakan jasad yang berbeza dengan sebatan undang-undang sivil yang sangat menyeksakan dan tidak ada kesan mendidik. Konsep saksi yang adil dalam sistem kehakiman bermakna tidak fasik dalam sistem kehakiman Islam bersama konsep dosa besar dan neraka terhadap saksi fasik, kerana tiada dosa dan tanpa syarat menjaga maruah dalam undang-undang sivil sepatutnya diketahui oleh semua kalangan pengamal undang-undang dalam proses reformasi kehakiman yang perlu dihidupkan sepanjang zaman. Ini adalah ruang daripada RUU 355.
Jelas bahawa kalangan yang menentangnya adalah secara yang disebut dalam pepatah Melayu laksana membabi buta. Sudahlah babinya najis, tiba-tiba buta pula.    
Maka umat Islam yang bangkit bersatu tidak boleh memberi kemaafan terhadap mereka. Adapun kalangan bukan Islam yang bersaudara dalam masyarakat majmuk bermadani wajib menolak parti politik dan semua kumpulan yang sifatnya sudah tidak adil dalam politiknya, bersifat cauvinis dan opportunis tanpa perhitungan secara saksama.  
Islam tetap mewajipkan keutamaan pendekatan damai dan bersaudara, serta berhujah secara ilmu dan matang mencari kebenaran. Islam juga mewajibkan penganutnya tegas dan bijak mencari kebenaran dan menegakkannya bersama jaminan Allah:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ٧ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَتَعۡسٗا لَّهُمۡ وَأَضَلَّ أَعۡمَٰلَهُمۡ٨ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَرِهُواْ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأَحۡبَطَ أَعۡمَٰلَهُمۡ٩﴾ [محمد: 7-9]
  • “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (7) Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka. (8) Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka) (9).” (Surah Muhammad: 7-9)

“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 
18 Rejab 1438H / 15 April 2017 - HARAKAHDAILY 15/4/2017

Ini, 3 Lawak, Rafizi MP Pandan.



Lawak Pertama

Tiada Bukti PAS Terima Dana 1MDB, Rafizi Bawa Akuan!


PUTRAJAYA – Lain diharap, lain pula yang berlaku. Mungkin itulah gambaran paling sesuai untuk menceritakan ‘aksi lawak’ terbaharu Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Ia gara-gara kehadiran beliau di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini cuma bagi membuat laporan berhubung dua akuan berkanun berkaitan isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MBD).
Kemunculan Rafizi di bangunan SPRM kira-kira pukul 12 tengah hari itu dianggap pelbagai penganalisis politik cuba untuk menutup kegagalan dirinya membawa bukti korupsi 1MDB yang hebat dicanangkannya sendiri sebelum ini.
Secara kebetulan Rafizi hadir tepat pada waktunya untuk mengalihkan perhatian daripada skandal kekayaan luar biasa Ketua AMK Ampang Jaya, Datuk Adam Rosly yang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini sebelum itu.
Justeru, Rafizi tampil di SPRM dengan hanya membawa akuan berkanun mendakwa kononnya bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana rahsia daripada SRC, syarikat berkaitan 1MBD.
Lucunya, tiada butiran ditampilkan walhal sebelum itu, Rafizi memaklumkan konon ada bukti bagi menyokong dakwaan kes tersebut. Nasharuddin menjadi pemimpin No.2 PAS sebelum 1MDB wujud dan berundur pada 2011.
Akuan kedua pula, menafikan tohmahan oleh penulis blog, Raja Petra Kamarudin dan Badrul Hisham Shaharin berkaitan isu PKR pernah menerima wang sulit RM26 juta daripada ahli perniagaan, Datuk John Soh Chee Wen.
Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard dan dipecat secara zalim sebagai ahli seumur hidup parti mendakwa jutawan itu membiayai PKR dan ia lebih teruk daripada dakwaan Rafizi konon 1MDB ada bantu PAS.
Pengamat politik tempatan justeru melihat tindakan terdesak Rafizi membawa akuan sendiri ke pejabat SPRM itu bukan sahaja kelakar, tetapi jelas menyerlahkan beliau hanya membuat tuduhan secara rambang tanpa asas kukuh.
Minggu lalu, Rafizi jadi bahan kutukan netizen tempatan yang menyelar beliau biadab mempertikaikan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan usul persendirian RUU 355.
Untuk rekod, Rafizi sudah banyak kali ‘kontoi’ dalam pelbagai dakwaan tertentu dan pernah menyatakan beliau sekadar bergurau apabila kalah dalam kes fitnah cincin isteri Perdana Menteri. – Agensi
Lawak Kedua:
Rupa-rupanya Rafizi Nak Tembak Azmin
Rafizi ada cara lain untuk tembak Azmin. Gunalah jalan jantan, bukan jalan pondan. Menyerang PAS dengan menempel pada nama seorang yang tiada kaitan dengan kepimpinan PAS sejak 2011, bukanlah cara jantan. 
Apabila berlaku krisis antara PAS-PKR yang memungkinkan PAS memutuskan tahaluf siyasi, Azmin menggelabah. Nadanya mula mengendur seolah-olah cuba menyejukkan suasana. Kemnya mula bertindak. PKR Selangor dikatakan mula menyokong RUU355.

Azmin dan sekutunya dalam PKR melibat bahana menanti jika PAS berputus arang. Penganalisis meramalkan beliau tidak akan menjadi MB lagi selepas PRU14. Implikasinya juga, kedudukannya dalam hierarki kepimpinan akan tercabar. Justeru, hati PAS perlu disejukkan kembali.

Sebab itulah beliau berkata pemimpin PAS dalam kerajaan Selangor tidak perlu menarik diri atas nama dan semangat Pakatan Rakyat. Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar pula berkata pertuduhan Rafizi tidak mewakili parti PKR. Tiada kesan kepada tahaluf siyasi katanya.

Namun bagi Rafizi, Azmin perlu ditembak sebelum kedudukannya kembali teguh. Itu saja cara mudah untuk Rafizi naik lebih ke atas. Bukankah Rafizi juga membangkitkan isu rasuah seks dalam kerajaan Selangor pimpinan Azmin dulu? Apa tujuan Rafizi sebenarnya?

Dengan menembak PAS agar peluru terpantul pada tubuh Azmin, Rafizi fikir dia dapat dua ekor burung sekaligus. Rupa-rupanya tembakannya hanya terkena pelepah sayap Azmin. Usaha Azmin untuk mengendurkan amarah PAS digagalkan oleh Rafizi melalui fitnah terbaru ini.

Maka kedudukan Azmin menjadi goyah. Cita-cita untuk menjadi MB untuk penggal kedua tersirna. Manakala kedudukannya dalam kepimpinan PKR tergugat. Yang untung adalah Rafizi, si butir tahik yang berlagak hero.

PAS adalah burung yang tersasar dari tembakan Rafizi. Dentuman peluru kapur hanya mengejutkannya sebentar. Burung ini akan terus terbang tinggi dengan jatidiri sendiri. Meninggalkan Azmin, Rafizi dan PKR memperjudikan nasib di tangan Mahathir dan DAP. (TKO)

Lawak Ketiga:



Dalam perlimen olok-olok Rafizi Ramli menghina hakim mahkamah syariah kononnya dengan gaji yang sedikit meraka mungkin makan rasuah. Rafizi fikir macam dia sikit nak duit!!

Kredit
Pak Lebai Syawal Atan  (TKO)

Sekian (IH)




INFO

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. Kira-kira RM2500 sebulan..

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. RM2500 sebulan..

Sila hubungi: 

Muaz Tel 0182018342 
Aziz   Tel 0172748255

Salahguna &Ujian Senjata Baru AS Di Afghanistan. -Hamid Karzai.













GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan bom MOAB GBU-43. - REUTERS

AS gugur ‘ibu segala bom’ di Afghanistan
KABUL – Sebanyak 36 militan Daesh terbunuh di Afghanistan apabila Amerika Syarikat (AS) menggugurkan ‘ibu segala bom’, senjata bukan nuklear paling kuat pernah digunakan di medan perang, kata Kementerian Pertahanan Afghanistan semalam.
Angka korban itu belum disahkan tetapi jurucakap Kementerian Pertahanan, Dawlat Waziri berkata, tiada orang awam cedera dalam letupan besar itu yang menyasarkan rangkai­an gua dan terowong bawah tanah di wilayah Nangarhar, timur Afghanistan dekat sempadan Pakistan.
“Hanya pangkalan yang digunakan Daesh untuk melancarkan serangan ke kawasan lain, musnah dalam serangan ini,” kata Dawlat dalam satu kenyataan.
Menurut jurucakap Pentagon, Adam Stump, bom seberat 9,797 kilogram yang dinamakan MOAB GBU-43B itu membawa lebih 8 tan bahan letupan.
“Senjata pemusnah ini digugurkan dari sebuah pesawat jenis MC-130 di daerah Achin, Nangarhar,” katanya kelmarin.
Senjata yang juga dikenali sebagai ‘ibu segala bom’ itu tidak pernah digunakan di medan pertempuran sejak diuji pada tahun 2003. Letupan bom MOAB GBU-43B menghasilkan awan berbentuk cen­dawan yang dapat dilihat dari jarak 32 kilometer.
Terdahulu, beberapa pegawai AS berkata, bom itu dirancang untuk digunakan di Afghanistan sejak dari era pentadbiran bekas Presiden Barack Obama. Senjata dahsyat itu digunakan ketika AS meningkatkan kempen serangan udara terhadap militan Daesh dan Taliban di Afghanistan. 
Washington meletupkan hampir 500 butir bom di Afghanistan sepanjang masa tiga bulan tahun ini, meningkat daripada 300 butir bom berbanding tempoh sama pada tahun 2016.
Hasil carian imej untuk Presiden Hamid Karzai. Hamid Karzai, bekas Presiden bergaji kecil tetapi kaya raya dari wang AS. 
Sementara itu, bekas Presiden Afghanistan, Hamid Karzai mengutuk penggunaan bom itu di bumi Afghanistan.
“Ini bukannya perang menentang keganasan tetapi penyalahgunaan paling kejam dan tidak berperikemanusiaan ke atas negara kami yang digunakan sebagai tapak ujian senjata baharu dan berbahaya,” katanya di laman Twitter. - Reuters
INFO

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. Kira-kira RM2500 sebulan..

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. RM2500 sebulan..
Sila hubungi: 

Muaz Tel 0182018342 
Aziz   Tel 0172748255

B/Pemain Bola Sepak Pula Ditahan SPRM..

 AH CHONG ditahan SPRM ketika tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam.


SUKAN
PUTRAJAYA – Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Anuar Baharum atau popular dipanggil sebagai Ah Chong ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana melibatkan pasukan bola sepak Malaysia Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA) baru-baru ini.
Satu sumber memberitahu, Ah Chong, 43, ditahan pada pukul 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat SPRM di sini semalam selepas lelaki itu tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan mengenai mengatur keputusan perlawanan bola sepak.
Ah Chong yang memakai baju lengan panjang berwarna putih tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 10.30 pagi namun selepas memberi keterangan dia ditahan.
INFO

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. Kira-kira RM2500 sebulan..

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. RM2500 sebulan..
Sila hubungi: 

Muaz Tel 0182018342 
Aziz   Tel 0172748255

Artis Dera Anak Tiri Dihadap Ke Mahkamah..

 MOHAMMAD AZRI (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.


HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA – Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan, Mohammad Azri Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan men­dera anak tirinya dengan mencelup kedua-dua belah tangan kanak-kanak itu ke dalam air panas pada tahun lalu.
Bagaimanapun, Mohammad Azri, 30, yang juga suami kepada bekas juara program Mentor musim kelima, Salma Andi-Asis, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar.
Mengikut pertuduhan, Mohammad Azri yang kini membantu ibunya berniaga didakwa melakukan penganiayaan terhadap anak tiri perempuannya yang kini berumur 10 tahun dengan cara mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas. (Kosmo!)
INFO

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. Kira-kira RM2500 sebulan..

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. RM2500 sebulan..
Sila hubungi: 

Muaz Tel 0182018342 
Aziz   Tel 0172748255

Tuduhan YB Rafizi Bersumberkan 'Dengar Cakap', Ini Jawab Nasharudin..


KENYATAAN media kredibiliti YB Rafizi sangat meragukan dengan tuduhan yang bersumberkan 'dengar cakap'.
Demikian penjelasan Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali mewakili  Dewan Uama PAS Pusat.
Lihat 20 perkara ini..
1. Sidang media oleh YB Rafizi dalam isu tuduhan kaitan PAS dengan dana 1MDB menunjukkan betapa beliau seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak boleh dipercayai. Bagaimana beliau boleh membuat tuduhan berasaskan sangkaan dan sumber yang tidak jelas?
2. Sekiranya bekas pegawai SPRM yang dirujuk oleh beliau sebagai sumber tuduhan beliau adalah orang sama yang saya dan beberapa pimpinan PAS temui sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan berkaitan siasatan isu 1MDB, maka sangat jelas bahawa YB Rafizi agak bermasalah dalam menilai maklumat yang disampaikan kepada beliau.
3. Dalam pertemuan kami, bekas pegawai tersebut menyebut bahawa beliau "merasakan" pernah melihat sekeping cek dalam fail seorang peguam "seimbas lalu" sahaja yang "dirasakan" mempunyai nama seseorang yang pernah ada kaitan dengan PAS.
4. Berulang kali saya minta dibuat pengesahan nama. Beliau menyatakan hanya melihat sepintas lalu sahaja. Justeru, kami meminta beliau membuat pengesahan dan mendapatkan kembali fail tersebut. Beliau berjanji untuk mengusahakannya walaupun agak sukar kata beliau kerana fail tersebut bukan lagi berada pada tangan beliau.
5. Beliau juga tidak menyatakan jumlah wang yang terkait dan juga tidak dapat menyatakan tarikh berkaitan. Semuanya hanya bersifat maklumat lisan tanpa sebarang dokumen dan sebarang evidence.
6. Kami menganggap ianya hanya satu bentuk maklumat yang sangat longgar dan tidak sesuai utk dijadikan isu atau diambil tindakan lanjut secara lebih konkrit.
7. Sehingga kini segala dokumen yang kami perlukan belum dibekalkan oleh pegawai SPRM berkenaan (sekarang beliau adalah pesara).
8. Kenyataan YB Rafizi juga hanya bersumberkan maklumat pegawai SPRM secara lisan dan kenyataan itu juga tidak disertakan dengan sebarang bentuk maklumat terperinci mahupun sebarang dokumen pembuktian.
9. Persoalannya; bolehkah sumber maklumat yang kabur dan tidak jelas sebegini dijadikan asas kepada sesuatu pertuduhan? Seterusnya disebarkan pula ke seantero dunia yang boleh menyebabkan kezaliman terhadap seseorang dengan tuduhan yang tidak selayaknya?
10. Kaedah pengadilan Islam yang diterima oleh dunia pengadilan menyebut:
"Bukti adalah kewajipan ke atas pendakwa"
Adakah sumber maklumat yang tidak jelas sebegitu adalah "bukti"?
11. Kaedah pengadilan juga menyatakan:
"Seseorang itu secara asasnya adalah bebas daripada sebarang tuduhan".
12. Mungkin kegelojohan mencipta isu untuk menarik khalayak bagi kepentingan politik sempit mendorong beliau melakukan sesuatu yang tidak beretika.
13. Kenyataan YB Rafizi yang bersifat tuduhan ini adalah dalam konteks niat jahat memalitkan isu ini kepada PAS dengan bersandarkan "cakap dengar" sahaja tanpa sebarang pembuktian.
14. Orang yang dituduh pula tiada lagi kaitan dengan PAS. Jika ada kaitan sekalipun apa bukti sebarang transaksi kewangan kepada PAS daripada individu yang dituduh itu. Semuanya hanya bersifat sangkaan untuk mencipta persepsi jahat. Betapa ramai rakyat Malaysia yang jatuh berdosa menyebarkan tuduhan kerana ia dicetuskan oleh seorang bergelar YB.
15. Rakyat telah menilai betapa gelojohnya YB Rafizi membuat tuduhan berasaskan cakap dengar hanya semata-mata kebencian kepada PAS dan juga semata-mata kerana menentang RUU 355 yang diusahakan oleh PAS.
16. Justeru, saya menyeru YB Rafizi untuk segera bertaubat kepada Allah daripada dosa merosakkan nama seseorang dengan tuduhan palsu dan tuduhan yang tidak mempunyai asas yang jelas dan kabur.
Allah berfirman
  • "Dan orang-orang yang menyakitkan orang-orang beriman lelaki dan perempuan dengan sesuatu yang tidak dilakukannya maka mereka telah menanggung kejahatan tuduhan palsu (buhtaan) dan dosa yang sangat nyata". Surah al-Ahzab ayat 58.

17. Berkata seorang tokoh ulamak terkenal, Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid
  • "sesungguhnya sangkaan jahat dan kegopohan menuduh telah menakutkan ramai yang tidak berdosa dan menzalimi ramai manusia. Menjadi sebab orang yang soleh diketepikan tanpa sebab yang syarie. Membangkitkan permusuhan dan siri-siri kezaliman daripada golongan yang jahil yang menyebarkan berita, sangkaan penuh dosa, umpatan yang jahat dan tuduhan palsu. Sesungguhnya tuduhan kepada orang yang tidak bersalah dengan tuduhan palsu, hanya berupa sangkaan dan telahan dan tuduhan terhadap orang Islam melakukan sesuatu yang tidak dilakukan, kesudahannya sangat buruk di dunia dan di akhirat." rujuk https://almunajjid.com/8087

18. Suka juga disebut bahawa pegawai SPRM berkenaan menganggap pembangkang sebagai " bodoh" apabila memfokuskan pada 1MDB yang tiada bukti yang kukuh (kerana tiada penyiasatan terperinci) sedangkan bukti yang boleh disiasat menurut penyiasatan mereka adalah melibatkan SRC. Itu pandangan beliau.
19. YB Rafizi juga sangat kuat berbohong apabila menuduh PAS tidak pernah berbicara tentnag 1MDB. Sedang PAS konsistan berbicara tentang isu 1MDB sejak dahulu berasaskan kepada beberapa prinsip antaranya prinsip kerajaan berniaga, perniagaan bermodalkan hutang, hutang dijamin kerajaan melibatkan dana awam dan hutang berasaskan riba. Semua prinsip ini adalah asas kepada penolakan PAS terhadap 1MDB bukan hanya fokus kepada kegagalan bisnes 1MDB.
20. Saya rasa YB Rafizi perlu fokus pada tuduhan oleh Chegu Bard yang telah tersebar bahawa beliau dan PKR menerima wang daripada John Soh yang terlibat dengan pelbagai skandal salah laku kewangan sehingga merengkok di dalam penjara di Singapura sekarang.
Sekian. Jumaat 14 hb April 2017 http://www.facebook.com/drtakiri/
Hasil carian imej untuk rafizi ramli
Maka bertaubatlah wahai Ahli Parlimen Pandan daripada dosa-dosa fitnah itu. Lihat berita ini..
KUALA LUMPUR, 17 Rejab 1438H, Jumaat – Dewan Uama PAS Pusat menasihati Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli supaya segera bertaubat kepada Allah swt di atas dosa-dosanya yang sering merosakkan nama-nama baik orang lain demi kepentingan politik.
Mengesali fitnah Rafizi itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, rakyat telah menilai betapa gelojohnya pemimpin PKR itu dalam membuat tuduhan yang berasaskan kebencian serta berdasarkan cakap -cakap dan dengar-dengar sahaja.
“Semuanya hanya bersifat sangkaan untuk mencipta persepsi jahat. Betapa ramai rakyat Malaysia yang jatuh berdosa menyebarkan tuduhan kerana ia dicetuskan oleh seorang bergelar Yang Berhormat.
“Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 58 (Dan orang-orang yang menyakitkan orang-orang beriman lelaki dan perempuan dengan sesuatu yang tidak dilakukannya maka mereka telah menanggung kejahatan tuduhan palsu dan dosa yang sangat nyata),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi semalam, membuat tuduhan ke atas bekas Naib Presiden PAS yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa kononnya menerima duit daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rafizi dipercayai membuat tuduhan secara terbuka itu bagi mengalih perhatian orang ramai daripada kisah penentangan PKR terhadap usaha memperkasakan peranan Mahkamah Syariah yang menimbulkan kemarahan umat Islam Malaysia. 
Kenyataan Rafizi itu Adalah Fitnah dan Berniat Jahat Kepada Saya dan Pas.
Ini, kenyataan akhbar oleh Dato' DR. Nasharudin Mat Isa Mengenai Dakwaan dan Akuan Berkanun yang Dibuat oleh Rafizi Ramli
Dengan merujuk kepada kenyataan Sdr. Rafizi Ramli bertarikh 13.4.2017, saya dengan ini menegaskan bahawa segala pernyataan beliau yang melibatkan saya adalah tidak ada kaitan dengan diri saya malah kenyataannya itu adalah fitnah dan berniat jahat kepada saya dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 
Saya dengan ini juga menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran dan/atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang dinyatakan oleh beliau melalui tuduhan yang tidak berasas dalam Kenyataan Bersumpah (SD) tersebut. 
Ingin juga saya menegaskan bahawa bukan sahaja saya bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak SPRM bahkan saya juga telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah seterusnya termasuklah memulakan tindakan undang-undang dan apa jua tindakan yang wajar untuk dilakukan menurut lunas undang-undang yang mana dianggap wajar dan suai manfaat.
Dato’ Dr. Nasharudin Mat Isa |  Kuala Lumpur  | 14 April 2017
(IH)
INFO

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. Kira-kira RM2500 sebulan..

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. RM2500 sebulan..
Sila hubungi: 

Muaz Tel 0182018342 
Aziz   Tel 0172748255


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails