Sembang Buku Dedah Siapa Sebenarnya Yang Membuka Pulau Pinang
18 MEI 2017, Batu Uban- Program Sembang Buku yang bertajuk Batu Uban Sejarah Awal Pulau Pinang yang dianjurkan oleh sebuah NGO TEROKA (Pertubuhan Warisan Tanah & Teroka Bandar), berjaya menarik golongan pemuda dan masyarakat yang menetap di Batu Uban. Program ini diisi dengan sesi pembentangan buku Batu Uban Sejarah Awal Pulau Pinang oleh Saudara Zikrullah Ismail.
Melalui pembentangan beliau, saudara Zikrullah telah mendedahkan beberapa fakta yang tidak diketahui umum tentang negeri Pulau Pinang. Diantara fakta tersebut ialah sejarah Pulau Pinang bukan hanya bermula selepas kedatangan Francis Lights pada 1786 seperti yang ditonjolkan dalam kebanyakan buku sejarah. Sejarah penempatan awal Batu Uban mengikut beberapa sumber adalah seawal hujung tahun 1720an.
Penonjolan sejarah begini adalah disifatkan oleh Penulis buku, Prof Dato Dr Ahmad Murad Merican sebagai Eurosentrik yang bersifat memenuhi agenda kolonial British.
Iaitu di mana naratif tempatan yang merupakan sumber lisan sebagai sejarah tidak ditonjolkan . Bahkan disisih oleh penulis-penulis sejarah luar dan yang lebih menyedihkan ia disisihkan oleh penulis dan sejarahwan alam melayu sendiri .
Akibatnya kesedaran sejarah dikalangan rakyat, pihak berwajib , kerajaan , parti-parti politik dan masyarakat Melayu Pulau Pinang khususnya pada tahap yang amat daif , pembangunan yang dibuat telah mengorbankan nilai warisan sejarah Kg Batu Uban sebagai penempatan terawal penduduk Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Lights.
Di samping itu , tekanan politik oleh pihak tertentu yang rakus telah menggadaikan warisan sejarah semata-mata keuntungan dalam pasaran hartanah di Pulau Pinang.
Program ini turut dihadiri oleh Saudara Dr Mohd Zabidi selaku Pengerusi TEROKA. Dalam ucapan tersebut beliau menekankan tentang 3 perkara yang wajib dilakukan oleh orang Pulau Pinang. Menurut beliau, orang Pulau Pinang wajib beli rumah di kawasan pulau walaupun nilaian gaji tidak begitu tinggi. Pembelian tersebut boleh dilakukan dengan menggunakan skim-skim yang telah disediakan oleh kerajaan negeri.
Dr Mohd Zabidi juga menekankan tentang kepentingan penduduk Melayu Pulau Pinang untuk mendaftar sebagai pemilih. Mengikut statistik, orang Melayu mewakili 41% dari bilangan penduduk di Pulau Pinang tetapi hanya 70% peratus sahaja dari orang Melayu Pulau Pinang yang mendaftar sebagai pemilih. Akhirnya Dr Mohd Zabidi mengingatkan orang Melayu Pulau Pinang supaya tidak menjual tanah kepada bangsa lain kerana tanah merupakan hak peribadi yang perlu dijaga.
Program yang bertempat di Masjid Batu Uban itu bermula pada jam 9.30 Malam dan berakhir pada jam 11.30 Malam. (IH)
Bekas pengarah strategic hal ehwal orang Melayu-Islam DAP Mohammad Razali Abdul Rahman memberitahu, bahawa yang dia adalah setiausaha Bahagian masa itu.
Dia (YB Jeff) ahli parlimen Jelutong, Pulau Pinang, buat satu mesyuarat, ingin membuat satu jamuan makan malam meraikan kemenangan DAP di Sarawak.
Jadi, kita buat keputusan, ingin menjemput 12 orang calon yang menang disana datang ke pulau Pinang untuk merayakan bersama kami satu jamuan makan malam.
Kita tetapkan pada 5 Mei 2011 di Hotel Red Rock. Semua dah siap. kita dah atur semua dah. Selepas mesyuarat tu, saya terbang ke Indonesia balik, urusan kerja.
So, saya berada di Indonesia hampir seminggu. Jadi saya serahkan semua tugas tugas saya dekat penolong setiausaha saya.
Lepas itu Mohammad Razali balik ke Malaysia 4 Mei 2011. Malam tu. Esok dah 5 Mei. Dia tak tanya kat dia perancangan, sebab dia tahu penolongnya tu can do everything.
Kata, Razali 5 Mei saya hadir, saya hadir dalam pukul 8 lebih. Sepatutnya kena ada dalam majlis tu 40 orang sahaja iaitu ahli parti bahagian Jelutong dengan ADUN yang menang 12 orang.
Katanya lagi, Tetapi yang ada pada malam itu hampir seratus orang berada dalam dewan tu. Ada setengah paderi yang saya biasa jumpa di Miri, Bintulu, di Sarawak. Di sarikei dan juga di Sibu. Banyak paderi yang saya kenal. Begitu juga paderi daripada Seri Aman.
Dia rasa hairan. Majlis makan DAP, pasal apa paderi ni hadir. Ada pula sesetengah wakil luar Negara yang dia tak pernah kenal langsung. Dia Tanya kat rakannya. Pasal apa semua paderi ni hadir, sedangkan ni cuma makan malam DAP saja. Rakannya itu jawap dia pun tak tahu.
Kata Razali, saya rasa malam tu tak puas hatilah. Saya setiausaha Bahagian, kenapa benda ni tak dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu. Saya tanya kat dia balik siapa orang orang putih ni. Dia kata mereka merupakan ketua paderi daripada beberapa Negara asing.
Tegas Razali, Majlis makan malam DAP pasal apa kertua paderi luar Negara dan dalam Negara hadir. Ini penganjur majlis dia, Ahli Parlimen Jelutong.
Majlis pun bermula dengan ucapan ahli parlimen Jelutong ni, sebelum ni ucapannya sama, saya boleh terima dia kutuk Islam, menghina Islam. Tak ada masalah bagi saya.
Terangnya, Tetapi pada malam itu,dia kata benda yang sama juga. Saya tak boleh nak terima langsung. Dia mempertikaikan, dia kata agama islam merupakan satu agama pengganas, terrorist religion. Dia pertikaikan kenapa al kitab tidak dibenar masuk ke semanjung Malaysia.
Dia (Razali) mendiamkan diri, datang seorang paderi daripada Seri Aman. Nama beliau paderi Jackson ketua paderi Seri Aman.
Ujarnya, ucapan dia. Dia kata, hanya Nabi Isa saja dalam dunia ini yang boleh membawa masuk syurga, bukan Nabi Mohammad. Dia kata nabi mohammad tidak layak di panggil nabi.
Kata razali, sebab itu pihak kristian telah berusaha telah mengkristiankan seramai banyak yang boleh untuk mereka bersama sama dia masuk ke syurga.
Dia kata, Nabi Isa merupakan anak Tuhan. Cuma dia seorang saja yang memberi jaminan semua orang dalam dunia ini masuk syurga.
Inilah yang dikatakan dakyah kristian, malangnya ada orang islam tergamak mengatakan kristian juga berdakwah yang sangat bercanggah dengan peristilahan sebenarnya. Awas menggunakan Istilah.
Selepas itu datang pula, Ketua paderi daripada Afrika Selatan. Ucapan beliau, dia kata mereka telah membuat satu Frame time.
Dalam jangka masa sepuluh tahun, mereka akan pastikan agama rasmi Malaysia adalah agama kristian. Dalam pada itulah YB Jeff telah bangun dan memberi satu menyataan.
Dia (YB Jeff) kata, pihak DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak kristian untuk menjayakan misi ini. Kita akan berganding bahu dengan pihak kristian untuk pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi Malaysia adalah agama kristian.
Lepas itu paderi itu kata, kita akan menghantar banyak mubaligh mubaligh Kristina datang ke semanjung Malaysia. Dia kata projek mereka di Sabah dan Sarawak telah Berjaya.
Lepas itu mereka akan fokus di Semanjung Malaysia. Tentang dana. No problem. Kita akan salurkan melalui parti DAP dan juga NGO NGO kristian.
Terang Razali lagi, Selepas itulah, 35 orang paderi dipanggil satu satu nama datang kedepan buat satu bulatan. Inilah cara mereka berikrar, bersumpah dan berdoa tiga dalam satu.
Ini kenyataan terakhir yang dikeluarkan oleh paderi itu, We must sure Christian became official religion in Malaysia and we must make sure the next prime minister is a Christian. (Kita mesti memastikan Kristian menjadi agama rasmi di Malaysia dan kita mesti memastikan perdana menteri akan datang seorang Kristian.)
KUALA LUMPUR – Enam sekeluarga terpaksa tinggal di bawah jejambat di Pandan Perdana dekat Cheras dengan bertemankan sebuah khemah, dapur memasak dan beberapa barangan peribadi mereka sejak dua bulan lalu.
Jeffry Husin, 41, dan keluarganya diusir keluar dari rumah mereka di flat kos rendah di sini selepas gagal membayar sewa untuk tempoh dua bulan.
Jeffry, isterinya Siti Nor Sazila Zakaria, 30, dan empat anak mereka, Siti Nurfadhilah, 8, Siti Nurfatihah, 6, Nur Farisha Alesha, 4, dan Nur Cahaya Adawiyah berusia sembilan bulan tinggal di flat tersebut sejak 11 tahun lalu.
“Saya tidak dapat bayar sewa, jadi saya mahu bayar RM200 dahulu tetapi tuan rumah enggan menerimanya,” kata Jeffry yang melakukan kerja rencam seperti jual barangan kitar semula selepas tidak lagi bekerja sebagai pengawal keselamatan setahun yang lalu.
Dia terpaksa berhenti kerja selepas kecederaan lama pada tulang belakang akibat terjatuh pada 2006 bertambah teruk dan menjejaskan kesihatannya.
Dia mendakwa tuan rumah pergi ke rumah tersebut hampir setiap hari sebelum mereka diusir.
“Dia akan menjerit kepada kami dan menyebut nama kami,” kata Jeffry.
Dia berkata anak bongsunya sering mengalami demam sejak mereka tinggal di bawah jejambat itu.
Jeffry berkata dia dan keluarganya kini hidup dihantui perasaan malu memandangkan jejambat itu dekat dengan flat yang pernah didiami mereka sebelum ini.
“Ia amat memalukan setiap kali kami melalui kawasan flat itu,” katanya.
Dia berkata mereka sekeluarga akan masak dan makan di bawah jejambat tersebut tetapi keempat-empat anaknya akan tidur di rumah adiknya pada sebelah malam.
Pengerusi MCA Pandan, Datuk Leong Kok Wee melawat Jeffry dan keluarganya pada Khamis dan mendermakan wang serta barangan keperluan untuk mereka.
Kok Wee berkata beliau telah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM) yang memberi jaminan akan mencari tempat berteduh bagi keluarga tersebut.
Seorang penderma, Danny Sum turut menyerahkan sejumlah wang kepada keluarga itu dan akan menawarkan pekerjaan kepada Jeffry sebaik sahaja dia mendapat tempat tinggal.
Lapor mStar Online.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Negara makmur, rupanya rakyat masih begini. Masih pemimpin negara ini merasa tak bersalah, dan tiada merasa bertanggung jawab?
Kisah Sayyidina Umar RA dan ibu miskin
Lihat dalam sejarah Islam, kisah Sayyidina Umar RA, pemerintah Islam dan ibu yang memasak batu.
Dikisahkan pada suatu malam, Khalifah Sayyidina Umar ra. melakukan kebiasaan rutinnya, iatu berjalan bersama pengawal nya yang bernama Aslam, untuk "memata-matai" nasib rakyatnya, bahkan seringkali sampai ke wilaah pinggirn kota. Tiba-tiba di sebuah dusun kecil terpencil, sayup-sayup telinga mereka menangkap suara tangis anak anak kecil.
Tak lama kemudian, tangisan berhenti, namun sebentar kedengaran lagi.. Setelah mereka yakin arah suara tangis itu tadi, pelan-pelan mereka pun mendekati sebuah rumah rakyatnya. Mereka melihat seorang ibu, dengan wajah yang muram menghadap ke sebuah periuk yang di atas satu panggangan api, sedang memasak sesuatu.
Di sebelah ibu itu ada dua anak kecil yang sedang menangis sambil memegang di baju ibunya.
Sambil berteriak "Mak lapar mak!"
Sesekali ibu itu menghadap periuk itu dan mengaduk-aduk sesuatu , mulutnya bicara pelan kepada anaknya, "Diamlah wahai anakku. Tidurlah kamu sesaat, sambil menunggu bubur segera masak."
Mendengar hibur ibu, anak-anaknya pun dapat tertidur sesaat. Namun, tak lama bangun lagi, dan si anak menangis lagi. Si ibu kembali berlagak, pura-pura mengaduk periuk itu sambil menghibur pilu., "Diamlah wahai anakku. Tidurlah kamu, ibu sedang memasakkan makanan untukmu."
Peristiwa itu terjadi berulang kali. Melihat adegan ganjil ini, Khalifah umar ra. lantas bertanya dalam hati: apa gerangan yang dimasak itu? Dan kenapa masakan si ibu itu tak masak masak? Sayyidina Umar bersama pengawalnya pun pelan-pelan mendekat, lalu mengetuk pintu pelan di daun pintu sambil mengucapkan salam, "Assalamu'alaikum."
Si ibu itu pun menjawab, "Wa'alaikumusalam," dan membukakan pintu. Dia pun bertanya dengan penuh curiga di dalam hatinya, "untuk apa tengah malam ada lelaki asing bertamu ke rumahnya?"
Umar lantas bersegera melontarkan pertanyaan tentang apa yang sedang di masak si ibu, dan apa penyebab anak-anaknya tak henti-hentinya menangis pula. Dengan suara lirih, ibu itu menjawab,
“Aku memasak batu-batu ini untuk menghibur anakku. Inilah kejahatan Khalifah ‘Umar bin Khaththab. Ia tidak mau melihat ke bawah, apakah keperluan rakyatnya sudah terpenuhi belum. Aku seorang janda. Sejak pagi, aku dan anakku belum makan apa-apa. Jadi ia kusuruh berpuasa, dengan harapan ketika waktu berbuka kami mendapat rejeki. Namun ternyata tidak. Sesudah maghrib tiba, makanan belum ada juga. Anakku terpaksa tidur dengan perut kosong. Aku mengumpulkan batu-batu kecil, memasukkannya ke dalam panci dan kuisi air. Lalu batu-batu itu kumasak untuk membohongi anakku, dengan harapan ia akan tertidur lelap sampai pagi. Ternyata tidak. Mungkin karena lapar, sebentar-sebentar ia bangun dan menangis minta makan.”
Oleh kerana pada zaman itu, tidak semua rakyat di Madinah yang tahu rupa wajah Amirul Mukminin Sayyidina Umar. Cuma rakyat yang tinggal di berdekatan kota yang kenal, tetapi yang tinggal berjauhan cuma kenal nama pemerintah mereka. Jadi tidak hairan jika ibu itu tidak kenal rupa Sayyidina Umar dan tidak tahu bahawa lelaki asing itu adalah sebenarnya Sayyidina Umar.
Mendengar penuturan si ibu, Aslam berniat menegur perempuan itu. Namun Khalifah ‘Umar sempat mencegah. Dengan air mata berlinang Umar bangkit dan mengajak Aslam cepat-cepat pulang ke Madinah. Sambil berjalan dari rumah itu, dia menangis dalam hati, memohon ampun pada Ilahi, kerana dia melihat dia sudah gagal sebagai pemerintah yang adil. Dan dia takut, Allah akan murka pada Hari Kiamat. Sayyidina Umar bergegas ke Baitulmal dan lalu mencedok beberapa gandum dan memasukkan ke dalam sebuah guni.
Pengawalnya yang melihat Umar berasa curiga kenapa dia membuat sedekemian. Dia pun mengangkat sendiri guni gandum itu. Lalu pengawalnya berkata "Wahai Amiru Mu'minin, biar aku sajalah yang mengangkat karung ini." kerana merasa bersalah.
Dengan wajah merah padam lalu Sayyidina Umar menjawab, "Apakah kamu mahu menggantikanku menerima murka Allah akibat membiarkan rakyatku kelaparan? Biar aku sendiri yang memikulnya kerana ini lebih ringan bagiku dibanding siksaan Allah di akhirat nanti."
Pengawalnya terdiam atas jawapan Umar. Mereka pun jalan kembali ke rumah ibu tadi. Akhirnya, sampailah Umar di rumah buruk tadi. Sang Amirul Mu'minin terus masuk dan lalu memasakkan sebagian gandum yang dibawanya, dan menyuruh ibu untuk mengejut anak-anaknya itu. Ibu itu terus mengalir air mata kerana tidak sangka lelaki asing itu sangat baik sekali untuk bantu. Setelah masak, Sayyidina Umar pun mengajak keluarga yang miskin itu untuk makan.
Sambil melihat mereka makan, Umar duduk tersenyum dalam hatinya. Hatinya berasa sangat lega kerana melihat anak-anak kecil itu kembali gembira. Sejurus berikutnya, Umar berpesan agar esok harinya anak dan ibu datang ke Baitul Mal menemui Umar untuk mendapatkan makanan dari negara.
Ibu itu pun mengucapkan terima kasih, lalu berkata "Engkau lebih baik dibanding khalifah Umar."
Pada keesokan hari itu, datanglah ibu itu ke Baitul Mal. Umar pun menyambut dengan senyum bahagia. Ketika ibu itu melihat wajah Khalifah, dia menyedari bahawa orang yang membantunya semalam adalah Umar Amirul Mu'minin, Wajah ibu itu seketika pucat pasi dan tubuhnya gemetar, setelah tahu bahawa lelaki dihadapannya adalah Khalifah Umar bin Khatab. Dia kelihatan ketakutan sekali, apalagi telah mengatakan dzalim kepada beliau.
“Aku mohon maaf!” tangan dan kakinya gemetar.
Selama ini ia belum pernah tahu wajah khalifah Umar hanya mendengar saja dari orang lain. Kini pemimpin besar umat Islam itu ada dihadapannya, betapa hatinya kecut. Ia telah menyumpahi dengan kata-kata dzalim kepada beliau. Ia sudah siap menerima hukuman yang akan ditimpakan.
“Ibu tidak bersalah, akulah yang bersalah selama ini. Aku berdosa membiarkan seorang ibu dan anak kelaparan di wilayah kekuasaannku, bagaimana aku mempertanggungjawabkan dihadapan Allah? Sudi kiranya Ibu memaafkan aku?” ucap Khalifah dengan rasa penyesalan mendalam.
Wanita itu terdiam, tidak keluar sepatah katapun. Ia masih belum percaya kalau lelaki gagah itu adalah Khalifah Umar bin Khatab yang sangat ditakuti dan disegani kaum muslimin. Beliau masih sempat datang membawa makanannya sendiri sekedar untuk memenuhi keperluan makanan wanita dan anaknya yang kelaparan. Itulah kepemimpinan dalam sebuah negara Islam sebenarnya! (IH)
Kenapa Pemimpin DAP Tak Nafi Dakwaan Terlibat Gerakan Kristianisasi?
KUALA LUMPUR – Pusat Penyelidikan Pas (PPP) mendakwa sebuah buku yang ditulis oleh seorang ahli akademik dari New Zealand mendedahkan penglibatan DAP dalam gerakan Kristianisasi.
Penulis buku itu, Iain Buchanan mendedahkan hubungan DAP dan ajaran Kristian dalam konteks amalan berpolitik di Malaysia.
Pengarah PPP, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki mempersoalkan penglibatan pimpinan parti itu seperti Lim Guan Eng, Hannah Yeoh dalam gerakan terbabit memandangkan tidak ada sebarang penafian daripada mereka.
“Pusat penyelidikan Pas melihat DAP tiada kesungguhan untuk ‘membersihkan’ nama mereka daripada tuduhan-tuduhan tersebut.
“Sikap berlepas tangan pimpinan DAP yang lain dan meletakkan beban untuk menjawab isu itu hanya kepada Hannah Yeoh, menunjukkan DAP bimbang isu ini akan meletup.
“Tuduhan berkaitan hubungan DAP dan gerakan Kristianisasi ini bukan sahaja akan menyebabkan masyarakat Islam semakin menyedari tentang siapa sebenar DAP bahkan masyarakat Tionghua juga yang majoritinya beragama Buddha juga akan turut sedar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zuhdi juga tidak menolak sikap ‘membisu’ pimpinan DAP daripada menjawab isu itu berkemungkinan tidak mahu pengundi beragama Islam mengetahui penglibatan mereka dalam gerakan tersebut kerana ia akan menjejaskan sokongan mereka dalam pilihan raya nanti.
“Sekiranya tuduhan ini benar, DAP akan kehilangan undi yang lebih besar dalam kalangan pengundi-pengundi Islam malah berkemungkinan juga akan kehilangan undi dari pengundi-pengundi masyarakat Tionghua,” katanya lagi.
Menurut Zuhdi, DAP perlu menjawab tulisan buku tersebut khususnya pada mukasurat tujuh dimana ia mendakwa Malaysia mudah diserang dengan gerakan Dominionism dan Christian Zionism.
“Nama Guan Eng dan Hannah turut disebut di bawah tajuk kecil ini. PPP melihat pendedahan buku ini yang memalitkan DAP khususnya dengan gerakan Dominionism adalah perkara yang lebih utama untuk mereka jawab,” tambahnya.
Buku berjudul Sang Nila Utama And The Lion of Judah: Dominionism And Christian Zionism iIn Malaysia pada awal tahun 2015 yang mengaitkan nama pimpinan DAP.
Ia diterbitkan oleh International Movement for a Just World. Buchanan juga sebelum ini menghasilkan sebuah buku yang bertajuk The Armies of God: A Study In Militant Christianity. – MalaysiaGazette
MALAM semalam siri 1, Jelajah SEMARAK (Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat) bersama Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan YB Dato' Seri Mukhriz Mahathir telah diadakan di Jitra Kedah.
Tun Mahathir dalam ceramah berkenaan banyak menyerang PAS termasuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Dia dah balik perangai macam 80an dulu.
Jelajah Semarak yang berojektif untuk selamatkan Malaysia daripada kerangkusan Najib telah menjadi medan menyerang PAS dan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang telah lama meninggal dunia.
Lebai tunggu juga komen atau bantahan daripada PEMUJA TOK GURU yang dulu buat seminar berebut dengan PAS dan keluarga Tok Guru kononnya Tok Guru Nik Abdul Aziz adalah idola mereka.
Tak ada pun, senyap macam tikus berada dalam beras.
Lebai cari juga komen daripada 2 penasihat parti PAN. Kalau dia tak bela PAS pun memang boleh diterima, tapi sekurang-kurangnya mereka menegur cara Mahathir bercakap dan membuat tuduhan yang tak betul atas diri Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Idola parti PAN yang tak dapat membela diri kerana sudah meninggal dunia.
Rupanya puak-puak PAN lebih takut dedak yang dijanjikan RM500 juta oleh Tun Mahathir untuk membantu PAKATAN HARAPAN tidak dapat untuk parti PAN.
Pendakwa dia anak murid Tok Guru Nik Abdul Aziz dan mimpi 15 kali jumpa Tok Guru Nik Abdul aziz juga membisu sepi... Mungkin tak datang mimpi.
Yang peliknya bila ada teguran mengenai gerakan kritianisasi oleh pimpinan DAP Hannah Yeoh terus dibela oleh puak PAN dan mereka boleh mengada sidang akhbar untuk perkara ini tetapi MEMBISU KELU untuk membela ISLAM yang dibawa oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Sangat jelas mereka menjual agama demi untuk mendapat undi bukan Islam. Ini pengkhianatan yang menjadi sejarah akan datang untuk anak cucu kita melihat bagaimana mereka yang bercakap Islam tetapi menjual diri untuk mendapat sedikit habuan kedunian sanggup mengkhianat parti Islam yang telah mereka dokong berpuluh-puluh tahun.
“SEKALI air ombak sampai ke pantai..”itu kata-kata yang tak sempat dihabiskan Penerbit David Teoh yang dipetik Pemuda PAS pada Jumaat untuk bagi 'warning' kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan kenyataannya mengenai Datuk Nik Aziz Nik Mat.
David tak sempat hendak habiskan kata-katanya selepas ditampar oleh pelakon komedi 'Mat Ober' atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin kerana berang mendakwa penerbit itu tidak menghormati Perdana Menteri dalam majlis Dialog TN50 penggiat seni malam Rabu.
Video pergaduhan tersebut viral selepas pengguna internet membuat macam-macam poster untuk memperolok-olokkan kejadian tersebut.
Pada Jumaat, Pemuda PAS mengingatkan Muhyiddin untuk tidak terikut-ikut dengan gaya bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed yang kini menyerang PAS habis-habisan sehingga tergamak mengungkit nama Allahyarham Nik Aziz Nik Mat.
Naib Ketua DPPM, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak perlu mengikut 'lenggok' Mahathir itu kerana jelas gaya politik Penasihat PPBM itu sudah sampai ke penghujungnya.
"Gaya politik seperti itu sudah ketinggalan zaman, politik membantai dan menyondol bagaikan penasaran hanya boleh menikam diri sendiri. Ibarat kata David Teo, “sekali air ombak sampai ke pantai..” (sambungannya tidak sempat diketahui)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Muhyiddin yang memberi respon terhadap kenyataan yang kononnya dikeluarkan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyatakan PAS akan mewujudkan kesepakatan dengan UMNO dengan persetujuan bahawa kerusi PAS tidak ditandingi oleh UMNO dan begitu juga sebaliknya.
"Sebagai seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, sekalipun diapit oleh pemimpin-pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP, adalah tidak wajar Muhyidin melontarkan komen demikian.
"Apakah salahnya jika Muhyidin berkata, “saya perlu membuat pengesahan terlebih dahulu adakah benar kenyataan tersebut daripada Mursyidul Am atau sebaliknya sebelum membuat ulasan..” ? Tidakkah ia kelihatan lebih berseni dan bertoma’ninah?
"Kita tidak berhasrat untuk mengambil langkah menyerang parti baru ini namun mengharapkan untuk kita memeluk tubuh di saat PAS diserang adalah sama sekali tidak mungkin," katanya.
Di antara yang disebut oleh Muhyiddin dengan merujuk kepada Mursyidul Am PAS ialah, “.. dan ada juga kenyataan yang saya baca mengatakan mungkin dia akan buat keputusan mana kerusi UMNO, PAS tak akan bertanding. Mana kerusi PAS, mereka UMNO tak akan bertanding. Jadi bagi kami, baguslah buat begitu, memudahkan kita untuk membezakan PAS ini samada dia third force ataupun dia sebenarnya dia masuk bersubahat dengan UMNO. Dan kita nak bagitahu kalau begitu halnya, sokong PAS bermakna sokong UMNO.Mudah untuk kita mengatur strategi..”
Tambah Ahmad Fadhil, pengesahan telah dibuat dengan Mursyidul Am PAS dan ayat-ayat tersebut tidak pernah keluar dari mulut beliau sedangkan mengulangi semangat yang telah ditegaskan oleh Allahyarham Nik Aziz sebelum ini bahawa 'jika UMNO terima Islam, PAS boleh bubar'.
"Apa yang disebut oleh beliau ialah PAS boleh bekerjasama dengan mana mana pihak yang boleh menerima Islam sebagai agenda perjuangan PAS. Tidak pernah wujud dalam perbincangan PAS untuk memberikan laluan kepada UMNO di kerusi-kerusi tertentu dan menuntut balasan yang sama daripada UMNO. Ia hanyalah omong-omong kosong pelari kerusi yang melarikan diri setelah tewas di gelanggang parti.
"Saya tertarik untuk menggunakan analogi yang sama yang digunakan oleh Muhyidin apabila melontarkan fatwa bahawa “undi PAS ialah undi UMNO” kerana katanya PAS tidak akan bertanding bersama UMNO di kerusi yang sama. Justeru, apabila telah sahih PPBM tidak akan bertanding di kerusi sama yang ditandingi DAP, secara mudahnya menurut sifir tersebut, undi BERSATU bererti undi DAP.
"Saya mengira Muhyidin bahkan Mahathir sekalipun akan bersetuju jika kita menyebut secara jelas dan terang, dengan lidah yang fasih, Undi Bersatu bererti Undi DAP!," katanya.-19/5/2017 (AD)