Friday, May 26, 2017

M'sia Bayar RM1.1 Juta Untuk Lobi Hubungan Dengan AS.

Khamis – Kerajaan Datuk Seri Najib Razak didakwa membayar RM1.125 juta kepada bekas pembantu Presiden Donald Trump untuk melobi usaha memperkukuhkan hubungan di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, AS menetapkan bahawa sesiapa yang mahu melobi penjawat awam di negara itu bagi pihak negara asing, perlu mengisytiharkan kerja-kerja melobi termasuk bagi pihak siapa kerja-kerja melobi itu dibuat; untuk tujuan apa kerja-kerja melobi itu dibuat; dan berapa bayaran yang dibuat.

Beliau yang membuat semakan mengenai laporan sebuah portal berita AS – Daily Beast – yang mensabitkan pentadbiran Najib dengan bayaran itu, berkata, perisytiharan berkennaan dibuat melalui borang rasmi yang mesti difailkan dengan Jabatan Keadilan AS (DoJ) mengikut Akta Pendaftaran Ejen Asing.

Semakan beliau mendapati perisytiharan itu difailkan Healy Baumgardner-Nardone bagi kerja melobi yang dibayar oleh Kerajaan Malaysia dan difailkan pada 19 Mei lalu dengan menyatakan firma berkenaan mewakili Kerajaan Malaysia melalui The Godfrey Group Limited, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Alamat perhubungan dengan Kerajaan Malaysia disenaraikan di Godfrey Group Limited, 43, Jalan Molek 2/3, Taman Molek, Johor Bahru dan Pejabat Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

“Aktiviti melobi yang dibuat merujuk kepada usaha memperkukuhkan hubungan di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Amerika Syarikat dan pada 9 Mei 2017, Godfrey Group Limited membayar wang berjumlah USD250,000 (bersamaan RM1.125 juta) kepada firma lobi milik Healy Baumgardner-Nardone,” katanya.

Sehubungan itu, Rafizi berkata, beliau membuat carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengenal pasti siapa di belakang firma The Godfrey Group Limited yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia.

“Malangnya, tidak ada sebuah syarikat pun yang disenaraikan sebagai The Godfrey Group Limited di dalam rekod SSM. Rekod yang paling hampir dengan nama Godfrey adalah sebuah perniagaan milik peribadi bernama Godfrey Enterprise yang mempunyai alamat yang hampir sama dengan alamat yang disenaraikan di dalam borang pengisytiharan yang difailkan di Amerika Syarikat.

“Alamat Godfrey Enterprise ialah 32, Jalan Molek 1/6, Taman Molek iaitu berhampiran dengan alamat di dalam borang iaitu 43, Jalan Molek 2/3, Taman Molek.

“Mengikut rekod, Godfrey Enterprise dimiliki oleh seorang yang bernama Lim Boon Hoo yang berusia 70 tahun. Tidak ada bukti setakat ini yang menunjukkan Lim Boon Hoo adalah seorang ahli politik atau ada hubungan dengan Kerajaan Malaysia,” katanya.
Katanya, carian di Google Earth dan Google Map juga menunjukkan alamat 43, Jalan Molek 2/3, Taman Molek seperti yang difailkan di dalam perisytiharan bagi pihak Kerajaan Malaysia itu adalah alamat biasa yang tidak ada sebarang kaitan dengan jabatan kerajaan.

“Adalah jelas bahawa Kerajaan Malaysia telah melantik satu firma lobi yang dimiliki oleh bekas pembantu kempen Presiden Donald Trump, melalui sebuah syarikat yang nampaknya tidak wujud (berdasarkan bukti setakat ini). Persoalan paling utama ialah apakah keperluan Kerajaan Malaysia melantik bekas pembantu Presiden Trump untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat? Kes yang mana yang perlu menggunakan seorang pelobi berbayar?

“Saya mendesak Dato’ Seri Najib Razak menjelaskan kepada rakyat sama ada kerja-kerja lobi yang membabitkan pembayaran berjuta ringgit itu turut melibatkan kes-kes yang beliau mempunyai kepentingan peribadi; iaitu dakwaan penyelewengan melibatkan dana 1MDB terhadap anak tiri beliau dan Jho Low.

“Saya juga mahu Dato’ Seri Najib menjawab siapakah sebenarnya di belakang Godfrey Group Limited yang menjalankan kerja-kerja bagi pihak Kerajaan Malaysia dan siapa yang membayar RM1.125 juta kepada firma pelobi Amerika Syarikat itu?,” katanya. (http://www.ismaweb.net)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

B/Ketua Gangster Australia Comanchero Masuk Islam Lawat Mufti WP.

 Bekas gangster lawat Mufti Wilayah Persekutuan
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menerima kunjungan Abdul Salam di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.Foto-Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, hari ini menerima kunjungan daripada bekas gangster Australia di pejabatnya. Berkongsi di laman Facebooknya, Zulkifli berkata, banyak perkongsian yang beliau dapat dalam pertemuan itu. 

"Ahlan wa sahlan (selamat datang) kami ucapkan kepada Abdul Salam, 42, (Vince Focarelli), bekas gangster di Australia yang menziarahi kami di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 

"Mendengar bagaimana beliau menerima hidayah untuk memeluk Islam, cukup menginsafkan kami mengenangkan kebesaran ALLAH SWT," katanya di Facebooknya. 

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata "benarlah bahawa hidayah itu milik ALLAH SWT semata-mata,". 

Vince Focarelli sebelum memeluk Islam, merupakan ketua kumpulan Comanchero pernah terlibat dengan beberapa jenayah berat termasuk pengeboman yang membunuh dua orang ahli kumpulan gangster Hells Angels.

Anak Vince, Giovanni terbunuh dalam satu kejadian tembak menembak antara kumpulan gangster di Dry Creek pada 2012. (sinarharian)


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Di Kalangan Bukan Islam Pun Pakai Seksi Begini Ditolak Masyarakat.


KERANA didakwa sering berpakaian seksi, seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Isan, Thailand dengan berat hati terpaksa meletakkan jawatan selepas hal itu tidak disenangi pihak pengurusannya.

Foto yang menunjukkan Parichat ‘Pang’ Chatsri, 26, berpakaian seragam jururawat yang agak ketat dengan skirt di atas lutut mengundang komen negatif di media sosial selepas disiarkan di laman web Thai Nurse Lovers Association.
Susulan gambar itu disiarkan, Pang menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang menuduhnya berpakaian tidak sopan dan menjolok mata tidak selaras dengan pekerjaannya sebagai seorang jururawat.
Sehubungan perkara itu menjadi viral, Pang telah memohon maaf secara terbuka.
“Saya sudah memberi penjelasan kepada pihak pengurusan hospital namun mereka anggap kejadian itu merendahkan imej hospital.
“Saya faham dan tidak mahu ia diperbesarkan, jadi saya letak jawatan.
“Saya memohon maaf kepada semua Majlis Jururawat dan Bidan Thailand serta pihak hospital,” katanya dipetik Daily Mail. 
Pang turut menjelaskan, dia berhenti kerja kerana enggan menimbulkan masalah buat majikannya berhubung isu pemakaian seksinya. 
Rupanya di kalangan masyarakat bukan Islam pun berpakaian seksi dan menjolok mata dianggap 'tidak sopan' patut dihindari atau dijauhi. Peraturan  Islam menyusun supaya tiap wanita berpakaian secara bertamaddun dan berkemanusiaan. Itulah antara keindahan Islam. (IH)


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?


Thursday, May 25, 2017

Tawaran Teksi Percuma Dari Pemandu Muslim Di Manchester


Pemandu Muslim Tawar Teksi Percuma Di Manchester

LONDON – Simpati dengan nasib menimpa mangsa tragedi letupan di Arena Manchester kelmarin, pemandu teksi beragama Islam menawarkan perkhidmatan pengangkutan percuma di bandar itu.

Portal tempatan Mirror Online melaporkan, langkah tersebut dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghapuskan sikap prasangka sesete­ngah pihak yang cuba mengaitkan serangan berdarah itu dengan imej Islam.
Lebih menarik lagi, langkah menawarkan perkhidmatan khas tersebut dengan sedia mengangkut penumpang secara percuma itu di sekitar Manchester turut dilakukan oleh beberapa pemandu teksi lain yang berketurunan Sikh.
Kisah keunikan pemandu-pemandu tek­si tersebut kemudian menjadi tular selepas dimuat naik ramai pengguna ke dalam media sosial hingga menerima pujian daripada kalangan netizen di seluruh negara berkenaan.
Seorang pengguna Twitter me­ngicau: “Ketika ibu saudara saya masih cemas cari rakan dan sepupu di Manchester selepas insiden serangan, seorang pemandu teksi beragama Islam tiba dan membantunya berbuat demikian.”
Kicauan seorang lagi netizen pula memuat naik status: “Pemandu teksi menawarkan perkhidmatan pengangkutan per­cuma untuk bawa saya keluar daripada kepungan polis di Manchester Arena rupa-rupanya beragama Islam.”
Dalam pada itu, seorang pemandu teksi berbangsa Sikh yang hanya dikenali sebagai AJ berkata, dia menawarkan khidmat percuma kepada mana-mana penumpang terutamanya pesakit yang terlibat dalam serangan itu ke hospital.
“Kebanyakan mereka pula tidak mempunyai wang yang cukup dan secara kebetulan menjadi mangsa terkandas di kawasan serangan tersebut,” katanya kepada stesen penyiaran tempatan Channel 4 News.
Bagi Datuk Bandar Metro Li­ver­­pool, Steve Rotheram, apa yang dilakukan oleh pemandu tek­si tersebut merupakan sebahagian daripada tindakan spontan atas dasar kemanusiaan tanpa mengira latar belakang.
Tragedi letupan berdarah di Manchester Arena ketika konsert Ariana Grande kelmarin mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang serta mencederakan kira-kira 119 yang lain. – Agensi

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?


Ini, CCTV Pengebom Manchester Sedang Beli Beg..


RAKAMAN sebuah kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pengebom bunuh diri Manchester, Salman Abedi dikesan membeli sebuah beg galas bersaiz besar, sehari sebelum melakukan jenayah tersebut.

CCTV itu diperolehi menerusi sebuah kedai dalam pusat membeli-belah Manchester Arndale.
Imej Salman membeli-belah itu dipaparkan menerusi stesen televisyen Sky News,menunjukkan Salman berpakaian sukan warna gelap dan memakai topi baseball.
Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan adakah beg yang dibelinya itu merupakan beg sama yang digunakannya untuk meletakkan bom ketika melakukan serangan selepas konsert penyanyi pop Amerika Syarikat, Ariana Grande berakhir, Isnin lalu.
Serangan bom Manchester itu dilakukan Abedi berhampiran pintu masuk Manchester Arena sebaik peminat mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan tapak konsert.
Tragedi itu telah mengorbankan 22 mangsa dan mencederakan 119 yang lain. 
Lapor MYNEWSHUB.CC

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?


Belum Order, Barang Dah Sampai. Awas Kamu Bakal Mangsa Scammer..


PENGGUNA

Belum Order, Barang Dah Sampai – Hati-Hati Dengan Modus Operandi Blackhead Removal Ini. Licik!


Kalau korang perasan di media sosial akan ada iklan-iklan barang kecantikan yang menarik minat, tambah-tambah lagi jika testimoni yang dipaparkan sangat meyakinkan. Kadang-kadang masa tu juga kita pm nak beli kan.
Tapi korang kena berhati-hati jika perlu sertakan butir-butir peribadi. Risau pula jika korang menjadi salah seorang mangsa scammer ini.

Dapat bungkusan & kena bayar Rm339.60

Jangan gatal isi detail nak tahu harga

Kampung Melayu Jakarta Dibom. Militan Negara Islam (IS)?


Polisi Amankan Lokasi Ledakan Kampung Melayu
JAKARTA: Satu serangan bom bunuh diri di luar terminal bas yang sibuk di sini, malam Rabu meragut nyawa tiga pegawai polis. Serangan itu adalah yang terbaru melanda negara berpenduduk majoriti Islam itu yang bergelut dengan peningkatan plot keganasan.

Beberapa pegawai polis dan orang awam lain cedera apabila dua pengebom melancarkan serangan di jalan bersebelahan stesen bas, menyebabkan orang ramai yang panik berlari menyelamatkan diri daripada letupan itu yang disusuli kepulan asap hitam.

Bahagian-bahagian tubuh manusia dan serpihan kaca berkecai bertaburan di jalan raya berikutan serangan itu, yang berlaku kira-kira pukul 9 malam.


-fotoAFP

Masih tidak jelas dalang di sebalik serangan, tetapi Indonesia, negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia, telah berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan plot dan serangan yang ilham daripada kumpulan militan Negara Islam (IS) sejak kebelakangan ini.

Terminal Kampung Melayu di timur Jakarta yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dan tidak popular di kalangan pelancong asing kecoh apabila serangan itu berlaku dan saksi menyifatkan situasi amat panik dengan dua letupan yang berlaku.

Dicky Wahyudin, 37, berkata, dia sedang minum kopi di seberang jalan apabila serangan itu berlaku, menyebabkan orang ramai melarikan diri.
"Tiba-tiba saya dengar dua letupan yang kuat, saya segera melarikan diri," katanya kepada AFP.

Seorang peniaga, Rosmala berkata: "Pada mulanya saya nampak asap dan kaca berkecai, dan rasa bergegar, saya terkejut. Selepas beberapa minit terdapat satu lagi letupan."



Jurucakap polis kebangsaan Setyo Wasisto memberitahu pemberita bahawa dua pengebom berani mati telah terlibat dalam serangan itu dan tiga pegawai polis telah meninggal dunia.

Beliau sebelum ini berkata percaya hanya seorang sahaja penyerang terlibat.
"Saya perlu menyampaikan ucapan takziah kerana tiga pegawai polis meninggal dunia," katanya.

Lima pegawai polis yang lain dan lima orang awam cedera, kata Wasisto.
Kedua-dua pengebom berani mati, kedua-duanya lelaki, meninggal dunia dalam serangan itu.

"Saya melihat target utama adalah yang paling dekat dengan bom bunuh itu, iaitu polis," Kata Solahudin kepada Liputan6.com di Jakarta.

Polis, kata Solahudin, jadi target utama lantaran mereka dianggap musuh. Sebab selama ini polis banyak menangkap dan menembak teman-teman mereka. "Motifnya balas dendam," tandas Solahudin.

Sementara itu Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi Bernama memaklumkan setakat ini, tiada warga Malaysia dikesan menjadi mangsa berikutan insiden berkenaan.

"Setakat ini, kejadian tersebut masih disiasat oleh pihak polis Indonesia," katanya.

Jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang memantau perkembangan insiden tersebut dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa terbabit. (IH)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails