Mesir menangkap ribuan umat Islam dari Asia Timur, kebanyakannya melarikan diri daripada penganiayaan kerajaan komunis China,
Kaherah: 13 Syawal 1438H, Jumaat – Suasana panik di kalangan komuniti muslim Uyghur di Kaherah tercetus sejak pihak berkuasa Mesir melakukan tangkapan besar-besaran terhadap pelajar dalam serbuan di rumah, sekolah, universiti dan masjid, berikutan desakan Kerajaan China.
“Mereka tidak lagi memeriksa visa, sebaliknya melakukan terus tangkapan dan kami tidak tahu di mana mereka berada sekarang,” kata seorang lelaki Uyghur.
Gambar penggeledahan dan tangkapan mula berlegar dalam laman-laman sosial sejak Rabu lalu, dengan laporan menyatakan pihak berkuasa rejim menangkap mereka walaupun mempunyai visa, serta yang pelancong Uyghur di Alexandria.
Sementara itu, pelajar Islam Uyghur yang dilaporkan bersembunyi di rumah, dikepung polis Mesir. Difahamkan, ada antara mereka ditangkap di Universiti Al-Azhar, di mana kebanyakan pelajar Uyghur itu belajar bahasa Arab dan Islam.
“Kebanyakan yang ditangkap adalah lelaki muda. Tetapi, saya juga menerima maklumat ada gadis yang turut ditangkap,” kata Sumaya, seorang muslim etnik Uyghur.
Serbuan dan tangkapan itu dilakukan selepas pihak berkuasa China mengarahkan semua pelajar etnik Uyghur yang berada di luar negara pulang ke negara Tembok Besar sebelum 20 Mei lalu, sebagai sebahagian daripada tindakan kerajaan untuk menyekat aktiviti politik.
Wakil Kerajaan China juga dilaporkan berada di kawasan komuniti Uyghur di Kaherah, mengarahkan pelajar yang ada di masjid dan sekolah supaya pulang ke China.
Pemantau hak asasi manusia (HRW) menggesa pihak berkuasa Mesir menyatakan di mana semua individu yang ditangkap ditempatkan dan tidak menghantar mereka pulang ke China, di mana mereka akan berdepan penganiayaan dan seksaan.
HRW juga percaya puluhan individu telah ditangkap dan bakal dihantar pulang ke China. Komuniti Uyghur mengatakan penghantaran pulang akan mengakibatkan mereka dipenjara.
Anggota komuniti lain yang meninggalkan Mesir kerana takut ditangkap dilaporkan sering hilang apabila mereka tiba di China.
“Sesetengah rakan kami yang pulang ke China tiba-tiba hilang. Kami tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka. Ianya tidak selamat untuk kami pulang,” kata seorang lagi etnik Uyghur, Maryam.
Kaherah menjadi tumpuan ribuan etnik Uyghur yang melarikan diri daripada tindakan keras komunis China, termasuk larangan terhadap kebebasan agama, di bandar dan kampung. Kebanyakan mereka datang untuk belajar bahasa Arab, termasuk di Universiti Al-Azhar.
Bagi memastikan pelajar itu pulang, kerajaan China juga melakukan ugutan untuk memenjarakan keluarga mereka. Bagaimanapun, sesetengah pelajar yang meninggalkan Mesir tidak pulang kerana bimbang dianiaya dan diseksa.
Kerajaan Komunis China meningkatkan penindasan terhadap umat Islam etnik Uyghur, khususnya di wilayah Xinjiang, termasuk mengenakan beberapa larangan seperti berpuasa pada bulan Ramadan dan menyimpan janggut
Wanita pula dihalang memakai hijab, manakala kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun dilarang mengamalkan ajaran agama mereka dan pihak berkuasa akan mengenakan denda yang berat kepada keluarga kanak-kanak yang belajar al-Quran dan berpuasa.
Pada masa sama, penduduk Xinjiang yang dikenali sebagai ‘Turkestan Timur’ hanya dibenar memiliki sebilah pisau di rumah mereka yang mesti didaftarkan.
Kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di dalam dan luar masjid dan rancangan juga dibuat bagi mewajibkan pemasangan GPS pada kenderaan penduduk.
Jika keluarga atau individu yang ditangkap belajar Arab dan al-Quran, mereka akan dipenjarakan dan mesti membayar sehingga AS$15,000 untuk keluar dari penjara. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mesir termasuk negara balachi, barua, talibarut atau trojan musuh Islam yang merampas dari pemimpin yang sah sebelumnya.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya