Thursday, September 28, 2017

Pemimpin PAN Tersinggung Apabila DAP Diasak.. -Wacana Ilmiah Jais.



SHAH ALAM, 8 Muharram 1439H, Khamis – Program Wacana Isu Semasa dan Perundangan Peringkat Negeri Selangor di sini, pagi tadi bertukar tegang selepas beberapa peserta yang mengakui daripada sebuah parti politik tidak berpuas hati dengan pembentangan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim), Prof Datuk Naser Disa.
Keadaan itu tercetus ketika sesi soal jawab berlangsung, di mana salah seorang peserta yang mendakwa antara pimpinan Parti Amanah Negara (PAN), berang dengan pembentangan Prof Naser yang mengaitkan isu Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU355) dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada parti itu.
Prof Naser menerusi pembentangannya bertajuk ‘Kedaulatan Islam di Malaysia Diancam Pengembangan Doktrin Palsu’ menyatakan bahawa sikap segelintir Ahli Parlimen enggan menyokong, malah merumitkan cadangan memperkasakan undang-undang Syariah.
“Ahli Parlimen Shah Alam tidak mahu menyokong RUU355, itulah yang menyebabkan pindaan akta itu tidak dapat dilaksanakan lagi. Tidak tahu bila agaknya.
“Jika kita nak RUU355 dilaksana, maka selepas ini pilih pemimpin, jika tidak mahu (RUU355 dilaksana), maka boleh terus mengekalkan MP sekarang,” kata Prof Naser.
Sejurus berakhir pembentangan berkenaan, dan sesi soal jawab dibuka, individu yang mendakwa sebagai Naib Ketua Pemuda PAN itu lantang membidas dan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap kenyataan itu.
Katanya, kenyataan Prof Naser seolah-olah memberi gambaran bahawa Khalid yang menjadi punca berlaku permasalahan kepada pelaksanaan itu.
Seorang lagi penyokong PAN bangun dan menyatakan pendirian sama, termasuk mendesak Prof Naser menarik balik kenyataanya itu.
Individu terbabit juga mendesak Prof Naser supaya mengemukakan bukti terhadap dakwaannya itu, untuk ditunjukkan hari ini di hadapan peserta lain yang hadir dalam program anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Saya tidak akan menarik balik apa yang saya katakan tadi. Dan saya kira program hari ini bukan berkaitan dengan isu sebegini sebaliknya kita fokus dengan tajuk asal,” kata Prof Naser, disambut tepukan gemuruh peserta di dalam dewan.
Ismaweb juga sempat menemubual individu terbabit, yang turut mendakwa kandungan pembentangan Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni dalam program berkenaan sebagai cuba menyasarkan satu pihak, iaitu sekutunya, parti rasis dan cauvinis DAP.
“Kita melihat kertas kerja yang dibentangkan hari ini juga adalah doktrin untuk membenci kepada satu pihak. Kita nampak itu adalah tuduhan-tuduhan tidak berasas, contohnya pembentang sekarang (Ustaz Fauzi) dalam kertas kerja dia ada menceritakan berkaitan pesta arak, ianya menuduh kepada DAP.
“Tetapi kalau kita lihat terang-terang benda itu dianjurkan oleh MCA tetapi yang lain pula dituduh, seolah-olah memberi gambaran fitnah yang dilemparkan kepada pihak tertentu iaitu, DAP,” katanya.
Ustaz Fauzi ketika ditemui membidas kenyataan individu terbabit sambil berkata, meskipun MCA terlibat dalam penganjuran itu, namun dia tidak sepatutnya berasakan bahawa sekutunya, DAP, sebagai suci.
Tegasnya, individu terbabit berhak mengkritik MCA tanpa sebarang halangan, namun perlu menerima dan tidak tersinggung jika DAP dikritik.
“Mempertahan DAP menimbulkan persoalan mengenai ke manakah wala’ beliau. Sepatutnya tidak timbul perasaan sayang kepada DAP yang terang-terangan menghalang penegakan syariah.
“Jika benar ahli-ahli PAN telah berdialog dan menjelaskan prinsip Islam kepada DAP, sepatutnya kesan tersebut boleh dilihat jelas dalam tindak tanduk DAP. Tetapi apa yang diperhatikan dari dulu sampai sekarang, penentangan DAP terhadap penegakan syariah di Malaysia tetap sama.
 “Saya mengucapkah tahniah kepada Jais yang berjaya menganjurkan wacana pada hari ini. Ia adalah wacana akademik dan perbincangan dengan hujah ilmiah. Dakwaan bahawa ianya adalah serangan kepada pihak tertentu adalah tuduhan atas dasar emosi tanpa meneliti keseluruhan kertas-kertas kerja yang dibentangkan,” katanya. (http://www.ismaweb.net)

Bagini Cara, K'tn Tarbiah Rakyat Menutup Aurat. Al-hamdulillah!


KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) me­negaskan tindakan anggota pe­nguat kuasanya mengeluarkan notis arahan kepada seorang pemuda kerana memakai seluar pendek di tempat terbuka adalah untuk mendidik umat Islam supaya menutup aurat.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JHEAIK, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, individu yang menerima notis arahan daripada pihaknya hanya diminta menghadiri sesi kaunseling.
Bagaimanapun, sekiranya ing­kar arahan tersebut dia boleh dikenakan denda sehingga RM1,000.
“Notis tersebut dikeluarkan selaras dengan Seksyen 5 (1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 iaitu perbuatan tidak sopan. Untuk makluman, peraturan ini bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah termaktub sejak 1985, namun kita tidak kuatkuasakan secara tegas sehingga sekarang.
“Sebelum ini pun memang ada individu yang dikenakan tindakan sama tetapi selepas menghadiri sesi kaunseling, mereka faham dan tidak dikenakan denda,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagini antara cara-caranya, Kelantan mentarbiah rakyatnya supaya menutup aurat. Al-hamdulillah!

Saudi Benarkan Wanita Memandu, Bahkan Jimat Berbilion?


Hasil carian imej untuk wanita saudi memandu
AP - GAMBAR fail bertarikh 29 Mac 2014 menunjukkan seorang aktivis wanita memandu kereta di sebuah lebuh raya di Riyadh, Arab Saudi.


RIYADH – Arab Saudi berkata kelmarin bahawa ia akan membenarkan golongan wanita memandu sekali gus menjadi negara terakhir di dunia berbuat demikian.
Pengumuman bersejarah itu merupakan antara transformasi Arab Saudi dalam menempuh era pascaminyak di samping memperbaiki reputasinya di mata dunia.
“Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud mengeluarkan perintah supaya wanita di negara ini dibenarkan memandu.
“Perintah ini akan berkuat kuasa pada Jun 2018,” kata pengumuman oleh stesen televisyen kerajaan.
Arab Saudi akan menggunakan ‘tempoh persediaan’ sebelum tarikh tersebut untuk menambah fasiliti perlesenan di samping membina lebih banyak infra­s­truktur bagi menampung jutaan pemandu wanita, tambah pengumuman sama.
Barisan ulama Arab Saudi, sebuah negara monarki berpandukan undang-undang syariah, sudah lama menyokong larangan memandu terhadap wanita dan berhujah pembatalannya akan mendorong kepada maksiat.
Salah seorang daripada mereka juga mendakwa bahawa memandu boleh menjejaskan rahim wanita.
Sebelum ini, ramai aktivis hak wanita dipenjarakan kerana melanggar larangan tersebut.
Namun, pengumuman mengejutkan itu dialu-alukan di Arab Saudi dan di negara luar.
“Hari yang gemilang. Sukar untuk saya menahan air mata ini,” kata ahli majlis syura, Latifah Alshaalan di laman Twitter
Aktivis Manal Al-Sharif yang menge­tuai protes Women2Drive pada tahun 2011 pula menyatakan di Twitter: “Hari ini, negara terakhir di dunia membenarkan wanita memandu, kita berjaya.”
Bagaimanapun, masih samar sama ada wanita memerlukan kebenaran mah­ram mereka untuk memohon lesen memandu.
Pengumuman bersejarah itu juga mendorong hashtag “Wanita Arab Saudi Boleh Memandu” menjadi viral di media sosial.
Dalam perkembangan sama, pakar-pakar berkata, dasar baharu Riyadh itu memberi kelonggaran kepada wanita yang selama ini bergantung kepada pemandu warga asing dan aplikasi perkongsian kenderaan sebagai kaedah pengangkutan.
Perubahan itu, kata mereka, dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan sekali gus membantu menjana ekonomi negara ketika harga minyak dunia merudum.
Langkah itu juga selaras dengan Wawasan 2030 kerajaan Arab Saudi bagi menjana transformasi sosial dan ekonomi.
Dekri diraja itu diumumkan ketika lebih separuh daripada populasi Arab Saudi berumur bawah 25 tahun. Pewaris takhta, Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga arkitek Wawasan 2030 dilihat cuba merintis aspirasi golongan muda.
Terdapat lebih lapan juta wanita dalam usia layak mendapatkan lesen memandu daripada kira-kira 32 juta rakyat Arab Saudi. Lapor AFP. 

Sedangkan menurut Reuters pula..

Saudi jimat berbilion bila benarkan wanita memandu


RIYADH/DUBAI: Keputusan Arab Saudi menamatkan larangan wanita untuk memandu boleh membantu isi rumah negara itu berjimat berbilion dollar, merancakkan pertumbuhan pelbagai industri termasuk automotif dan insurans.
Keadaan itu sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur bahawa Arab Saudi akan mampu mempelbagaikan kegiatan ekonomi selain minyak.
Ia juga menggalakkan lebih ramai wanita ke dalam sektor pekerjaan dan meningkatkan produktiviti ekonomi, walaupun penganalisis menjangka pertumbuhan awal adalah sederhana.
Namun ratusan ribu pemandu lelaki yang membawa wanita ke mana-mana, kebanyakannya dari Asia Selatan dan Filipina, berisiko kehilangan pekerjaan.
Selasa lalu, Raja Salman mengarahkan wanita dibenarkan memandu, menamatkan larangan berunsur agama yang menjadikannya sukar buat wanita bekerja dan memaksa ramai keluarga Arab Saudi menggajikan sekurang-kurangnya seorang pemandu.
Dekri itu menjanjikan perubahan gaya hidup terhadap jutaan rakyat. Kira-kira 10 juta wanita berusia lebih 20 tahun termasuk warga asing, tinggal di Arab Saudi. Hampir 1.4 juta warga asing bekerja sebagai pemandu peribadi, memperoleh pendapatan kasar AS$500 (RM2,111.25) sebagai tambahan kepada tempat tinggal dan makanan.
Larangan itu mungkin tidak ditarik balik hingga Jun 2018, dan kerana tradisi konservatif, ia mungkin mengambil masa bertahun berbanding bulan buat wanita memandu di sesetengah kawasan.
Lebihan pendapatan keluarga kemungkinan meningkat ketika mereka memberhentikan pemandu.
Perkhidmatan berita ekonomi Arab Saudi, Maaal, menganggarkan pemandu kini secara bersama memperoleh pendapatan AS$8.8 bilion (RM37.16 bilion) setahun. Lapor Reuters
(IH)

Hajar Aswad Kemaluan Wanita, 10,000 Melayu Murtad Di Johor.. Betul Ke?


Sebuah video yang ditularkan semula berikutan tersebarnya gambar seorang lelaki berkopiah dengan rantai salib, memaparkan ceramah yang dirakamkan melibatkan seorang Paderi Melayu yang dikenali sebagai Benjamin Stephen. 

Video berdurasi lebih 1 jam 30 minit, memaparkan Benjamin berkongsi pengalaman dan kesaksiannya sebagai seorang bekas muslim kepada jemaah yang hadir di dalam majlis tersebut.

Video yang memuatkan beberapa bentuk penghinaan terhadap Islam, diucapkan oleh Paderi tersebut. Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah kenyataannya yang mendakwa bahawa di Johor sahaja sudah lebih dari 10,000 orang Melayu telah pun dimurtadkan. 

“Jadi.. aaa.. saya dari suku ‘M’, suku yang paling sensitif.. ya.. dan segala puji Tuhan, tiada yang mustahil bagi tangan Tuhan, orang ‘M’ juga mampu dipanggil Tuhan dan segala puji Tuhan, di Johor sahaja lebih daripada.. atau hampir kepada 10,000 jiwa M sudah diselamatkan” 

Kenyataannya itu disambut ucapan ‘Amen’ yang gemuruh. 

 https://www.menara.my/hajar-aswad-kemaluan-wanita-dakwa-paderi-melayu/ 

turut membuat beberapa kenyataan berunsur menghina Islam. Penghinaan yang diucapkan Paderi tersebut termasuk menyatakan umat Islam memasang pelita semasa malam tujuh likur kerana Malaikat mereka rabun malam (minit 16:30). 

Beliau juga menyatakan, umat Islam tidak mempunyai konsep kelahiran semula lalu perlu mencipta Hajarul Aswad yang dibentukkan seperti kemaluan wanita dan jemaah haji memasukkan kepala ke dalam Hajar Aswad dalam bentuk kemaluan wanita tersebut sebagai mencuci dosa seperti kelahiran semula. 

“Banyak sangat yang pelik-pelik, aneh-aneh, yang bodoh-bodoh, yang diajar orang-orang itu. Jadi Bagimana? Kemudian ada lagi dalam Islam lahir kembali, lahir baru. Dalam Kristian ada ‘reborn’. Apabila kita percaya kepada Yesus, maka hidup kita dijadikan ciptaan yang baru, lahir kembali kita. Tetapi dalam Islam tidak ada ‘reborn’, tidak ada istilah lahir kembali itu. 

Jadi Muhammad melihat orang dah berdosa 50 tahun, 60 tahun, 40 tahun, jadi Islam, bagaimana nak ampun dosa balik? Teringat dia lahir kembali. Tetapi konsep berlain dari konsep kita orang kristen. Dibikinnya di Mekah, satu batu hitam, diukir bentuk, maaf cakap, women secret part.. ya.. alat sulit orang perempuan. 

Apa yang dibikin? Dibuat lobang, diukir persis gambarnya sama gambarnya.. orang semua pergi masuk kepala dalam lobang itu, waktu musim Haji,” Video kelihatan mengapi-apikan kebencian golongan Kristian terhadap Islam di Malaysia. 

Sebelum ini, turut tular sebuah video radikal yang menghasut golongan Kristian di Johor untuk merampas negeri dan menghalau keluar semua musuh-musuh mereka dari negeri tersebut. Kemuncak kepada video tersebut, menyaksikan laungan Johor For Jesus diulang-ulang beberapa kali dengan footage gambar Istana Johor dipaparkan sebelum laungan tersebut dibuat.

https://www.menara.my/hajar-aswad-kemaluan-wanita-dakwa-paderi-melayu/

Kemunculan video-video yang memuatkan seruan radikal dalam amalan beragama seperti ini, harus disekat pihak berkuasa dan penghasil dan mereka-mereka yang terlibat berucap dan menghasilkannya perlu dikenakan tindakan oleh undang-undang dengan segera. 
(diangkat dari https://www.menara.my)

Pihak berwajib kena siasat dan bertindak segara.. (IH)

Tuesday, September 19, 2017

Wujud Geng Budak Jahat Di Sesuatu Kampung, Siapa Salah?















Kereta lama di tempat letak kenderaan di Taman Tasik Datuk Keramat turut menjadi lokasi melepas gian tujuh remaja ditahan.

KUALA LUMPUR – Rata-rata penduduk di sekitar Jalan Keramat Hujung di sini mengenali ketujuh-tujuh remaja digelar Geng Budak Jahat Keramat yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes membakar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sehingga meragut nyawa 21 pelajar dan dua gurunya pada Khamis lalu.
Penduduk sekitar memang mengelar kumpulan remaja lelaki itu sebagai Geng Budak Jahat Keramat ekoran sikap mereka yang gemar melepak hampir setiap malam di Taman Tasik Datuk Keramat untuk merokok, menghidu gam dan membuat bising ikut suka hati.
Kedudukan Taman Tasik Datuk Keramat dan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah kira-kira 50 meter.
Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Izwani berkata, dia dan penduduk lain terkejut apabila wajah ketujuh-tujuh remaja yang ditahan polis dan tular di laman sosial itu merupakan individu dikenali mereka dengan gelaran Geng Budak Jahat Keramat.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam kes ini siapa yang bersalah? Adakah kerajaan yang mentadbir negara tidak bersalah? Atau hanya suasana persekitaran yang bersalah, kerajaan tetap tidak bersalah. Bukankah suasana persekitaran itu lahir dari kesan pemerintahan?

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

MCA Beli Tanah RM1 Sekaki Per. Samakah Dengan G/Eng P.Pg?


FullSizeRender (1)
PETALING JAYA, 18 SEPT: MCA didakwa membeli tanah milik kerajaan dengan harga RM1 sekaki persegi di Kampung Chempaka, di sini, dakwa Yeo Bee Yin.
Ahli Dewan Negeri Damansara Utama itu berkata, ia dilakukan pada 2007 ketika Kerajaan Negeri masih diteraju Barisan Nasional (BN).
Katanya, tanah berkenaan yang pada asalnya dizonkan sebagai ‘water body’ juga dijual kepada MCA tanpa perlu membayar premium semasa.
“Kita berasa sangat pelik bagaimana MCA boleh memiliki tanah diklasifikasikan sebagai ‘water body’.
“Betapa beraninya BN melakukan perkara sedemikian, malah mereka juga berani membuat permohonan penukaran zon walaupun Kerajaan Negeri kini diteraju Pakatan,” katanya menerusi Instagram @yeobeeyin.
Bee Yin mendedahkan perkara itu ‘kantoi’ apabila MCA membuat permohonan bagi menukar status ‘water body’ kepada status komersial kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), awal tahun ini.
“BN sangat sakit, rakyat diharap menolak ahli politik yang menyalah guna kuasa untuk mengkayakan mereka dan kroni mereka,” katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa penjualan berkenaan dilakukan menerusi bekas ahli parlimen MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Katanya, tanah itu bernilai sekurang-kurangnya RM400 sekaki persegi dengan nilai keseluruhan RM18 juta namun dijual pada harga RM50,000 sahaja kepada MCA.
“Kami menggesa tanah itu dikembalikan kepada Selangor atau MCA bayar harga semasa tanah berkenaan,” katanya dipetik Malay Mail Online.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beli tanah murah ini, samakah dengan pembelian tanah oleh Lim Guan Eng yang didakwa rasuah di Pulau Pinang, atau Khir Toya di Selangor?
Sama saja perangai puak-puak sekularis dan materialis dalam mentadbir kerajaan, mahu merompak tanah rakyat?
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.


Walau Presiden Melayu Islam, Azan Tak Boleh Guna Pembesar Suara. Menapa?




Captain M – 1. Akhirnya penyusunan perancangan PAP berjaya meletakkan Halimah Yaacob sebagai Presiden Singapura wanita Melayu pertama sejak 47 tahun lalu. Apa yang perlu dibangga dengan Halimah Yaacob? Benarkah beliau layak?benarkah beliau kuat jika ada pertandingan kerana beliau menang tanpa dipilih (tanpa bertanding) dalam Pilihanraya Presiden!
2. Di Malaysia DAP dan PAN begitu gembira sekali dengan pelantikan Halimah. Mereka menggunakan sebagai buah politik menunjukkan Singapura tidak perkauman dan beginilah usaha DAP nanti kalau berkuasa.
Apa yang Rakyat Malaysia perlu tahu!
3. Pilihanraya Presiden kali ini dikhaskan untuk calon-calon sesuatu kaum dan kali ini untuk orang Melayu. Sistem presiden dipilih melalui pilihan raya bermula pada tahun 1993. Syarat utama bertanding calon Presiden ialah jika calon kerajaan mestilah dari jawatan penting kerajaan melebihi 3 tahun.
4. Bagi calon sektor swasta calon perlu menerajui syarikat yang mempunyai SGD $500 juta ekuiti pemegang saham berbanding syarat lama iaitu SGD $100 juta modal berbayar.
5. Sebelum itu Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengumumkan di Parlimen Singapura pilihan raya presiden tahun depan 2017 akan dikhaskan kepada calon Melayu sahaja.
6. Halimah berumur 62 tahun menyertai politik pada 2001 sebelum menjadi menteri pada 2011 dan dilantik sebagai speaker 2 tahun kemudian. Oleh itu Halimah layak bertanding sebagai Presiden Singapura. Apa yang penting ialah Halimah Presiden Singapura yang telah di “Set Up” oleh PAP untuk memenangi kerusi itu tanpa bertanding. Mengapa?
7. Pastinya Lee Hsien Loong dan PAP pasti mahu memastikan Presiden mereka dari kalangan pemimpin yang ‘dilembukan’ mengikut telunjuk PAP. Maka sebab itu tidak hairanlah Lee Hsien Loong yang merupakan Setiausaha Agung PAP selaku ketua parti PAP menerima peletakan jawatan politik Halimah untuk diletakkan sebagai Presiden.
8. Malah PAP telah membuka jalan untuk Halimah menyandang jawatan tertinggi negara itu apabila tahun lalu Parlimen meminda Perlembagaan bagi mengkhaskan pemilihan presiden kali ini hanya untuk calon-calon dari kaum Melayu.
9. Pindaan itu menjelaskan sesuatu Pilihan Raya Presiden hendaklah ‘dikhaskan kepada calon kaum-kaum yang tidak memegang jawatan itu selama lima penggal atau 30 tahun. Tempoh satu penggal ialah enam tahun. Jika tidak ada calon yang layak bagi Pilihan Raya Presiden, maka ia barulah dibuka untuk semua kaum. Sebab itulah Halimah dilantik walaupun Halimah dikatakan bukan Melayu tulen kerana bapanya dari keturunan India Muslim.
10. PAP juga memastikan Halimah menang apabila calon yang bertanding iaitu Farid Khan Kaim Khan Pengerusi Bourbon Offshre Asia dan Mohamad Salleh Marican CEO Second Chance Properties dari sektor swasta tidak layak kerana tidak melepasi kelayakan SGD$ 500 juta pegangan saham dalam syarikat. Nampak cara halus permainan PAP menggunakan pindaan perlembagaan untuk membunuh kelayakan calon Melayu lain. Adakah melayu punya SGD$500 juta di Singapura?. Akhirnya Halimah menang tanpa bertanding.
11. Percayalah selepas sahaja giliran Halimah dari Melayu ini selesai PAP pasti akan meminda perlembagaan semula untuk mengembalikan kepada kaum lain dan kemungkinan syarat dari Swasta SGD$500 juta pegangan saham bakal ditukar!.
12. Itulah jawapan mengapakah kerajaan PAP bersungguh-sungguh mahukan jawatan Presiden republik itu turut disandang oleh orang Melayu. Kalau Melayu jadi Presiden pun mesti apa yang ditentukan oleh mereka bukan sebab Melayu kuat dan boleh bersaing di Singapura. Kuasa defactonya tetap Lee Hsien Loong PM Singapura atau Setiausaha Agung PAP!. Inilah apa yang DAP lakukan di Pulau Pinang dan dulu di Perak.
13. PAP sedang mengurus wayang perkauman dari pertikaian majoriti 74 peratus kaum cina yang mendominasi Singapura.
14. Di Malaysia kalau DAP hendak menganjingkan Melayu inilah apa yang mereka akan buat. Mereka meminda perlembagaan untuk kepentingan mereka. Jadikan Melayu sebagai simbul saja.
15. Jadi apa yang hendak dibangga Halimah Yaacob menjadi Presiden Singapura? Ia hanya mengembalikan Melayu sejak 47 tahun dahulu ketika Yusof Ishak sebagai Presiden pertama yang menjadi alat PAP. Tidak begitu warga Melayu Singapura dan Malaysia?
16. Tidak hairanlah ada warga Singapura membantah Presiden Singapura yang di ‘set up’ ini sebagai merompak suara mereka sehingga membuat hastag #NotMyPresiden


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails