Friday, October 06, 2017

PAS Bantu Mangsa Roboh Rumah Di Subang


MANGSA roboh rumah di Subang kini tinggal sementara di sebuah inap desa hasil bantuan PAS Kawasan Subang.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Datuk Iskandar Samad berkata, Kerajaan Negeri telah menyediakan rumah di PPR Seksyen 8 Kota Damansara bagi kedua-dua bekas pegawai masjid berkenaan.
Ia diuruskan oleh Perumahan Hartanah Selangor Sdn Bhd dan kerja-kerja pemindahan diuruskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.
"Mereka tak perlu bayar sewa dalam tempoh 6 bulan dan mereka boleh masuk dalam masa terdekat." Kata Datuk Iskandar.
Datuk Iskandar A Samad ialah Ketua Pengarah Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia PAS Pusat (Khidmat Malaysia). Saya bekerja bersama Datuk Iskandar sebagai Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia.
Kerja kami menangani apa saja insiden bencana yang berlaku dalam negara sama ada banjir, tanah runtuh, ribut, kebakaran dam sebagainya. Kami di Khidmat Malaysia berjiwa penyelamat dan bukannya tukang roboh. Yang runtuh kami bina dan yang rosak kami baiki. Yang terperangkap bencana kami bantu dan yang memerlukan kami santuni.
Inilah Khidmat Malaysia dan inilah bakti kami kepada negara. Lantaran itu, cubaan memburukkan imej Datuk Iskandar sebagai seorang pimpinan PAS dalam isu perobohan rumah di Subang adalah tak berasas sama sekali.
DR AZMAN IBRAHIM
AJK PAS Pusat
Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia 
6 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 6/10/2017

Video: DAP Yang Bodoh Makan Umpan UMNO -Nik Abduh.

Hasil carian imej untuk nik Abduh

Video: DAP yang Bodoh Makan Umpan UMNO

Akhirnya Azmin Mengaku Sokong Pesta Arak S'ngor.


AIDCNews -04/10/17-Walaupun sebelum ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia di atas muka depan akhbar itu mendakwa beliau menyokong pesta arak di negeri itu, namun kenyataan beliau hari ini mengesahkan sikap dan pendirian sebenarnya berkaitan isu tersebut.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata penganjuran festival arak tidak harus dijadikan isu memandangkan acara berkenaan sudah beberapa tahun dilaksanakan tanpa sebarang masalah.
“Ia bukan satu isu langsung di Selangor. Tahun-tahun sebelum ini pun kita berikan kebenaran tetapi penganjur kenalah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Itu amalam biasa,” kata Azmin ketika ditemui pemberita di pelancaran Institut Wanita Berdaya di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.
“Kebenaran tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan,” tambahnya.
Kenyataan terbaharu Azmin itu dilihat sebagai memperteguhkan semula solidariti 18 orang Ahli-Ahli Majlis PKR dan DAP dalam Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang mula berpecah belah akibat ditentang oleh 5 Ahli Majlis daripada PAS.
Semalam AIDCNews melaporkan kenyataan Ahli Majlis MPK daripada PAS, Mohd. Prasad Hanif yang mendedahkan Ahli-Ahli Majlis PKR dan DAP mula berpecah belah apabila isu sokongan mereka terhadap pesta arak mula diketahui rakyat Selangor.
“Dalam mesyuarat MPK, bukan main Ahli Majlis DAP kata mereka yang bantah “otak udang” dan “otak kurang upaya”.
“Bila rakyat tahu mereka menyokong, nak u-turn pula. Politik longkang,”kata Mohd Prasad.
Pada 25 Sept lalu, Azmin melalui pegawainya, Yin Shao Loong menafikan laporan muka depan Utusan bertajuk “Azmin benar pesta arak.
Yin selaku Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor mendakwa Azmin telah mengarahkan peguamnya mengeluarkan notis tuntutan undang-undang terhadap Utusan.
“Beliau (Azmin) menuntut penarikan tanpa syarat, permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi daripada Utusan,” katanya.
Walau bagaimanapun sehingga kini, tiada permohonan saman dikemukakan terhadap Utusan meskipun akhbar itu tidak memohon maaf secara terbuka sebagaimana yang dituntutnya.

Rumahnya Diroboh Di Subang, Kak Bada Ditenangkan Oleh Wanita Amanah..



Seorang anggota Wanita AMANAH menenangkan ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Kak Bada.
Tindakan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan dua rumah bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang dan kegagalan kerajaan negeri khususnya menteri besar menghalang tindakan meroboh oleh pihak berkuasa tempatan itu menimbulkan rasa tidak senang seorang pemimpin AMANAH Perak.
Naib Pengerusi AMANAH Perak Dr Muhaimin Sulam (foto) dalam satu kenyataan mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang memegang tampuk kuasa bahawa persoalan rakyat walau sekecil mana sekalipun jangan dipandang ringan dan diabaikan.
“Menangguhkan kebenaran adalah satu kezaliman. Kita berada dalam era media. Kesilapan ahli politik bukan kerana kegagalan mendapat kuasa tetapi hilang jiwa dalam bertindak (action without soul),” tegasnya.
Beliau mengingatkan bahawa pemimpin politik berdiri di atas sokongan ahli bawahan.
Dalam kejadian pagi semalam, rumah keluarga Abd. Razak Said dan Yaakob Abdul dirobohkan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) atas alasan menceroboh tanah milik Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB).
Dua keluarga terbabit sudah menetap di tanah tersebut lebih 30 tahun lalu atas kebenaran pihak masjid, pemilik asal tanah berkenaan.
Menurut Muhaimin, Razak dan Yaakub ialah dua aktivis lama yang berkhidmat tanpa nama dan jawatan.
Walaupun mereka tiada hak di sisi perundangan untuk terus tinggal di tanah tersebut, Dr Muhaimin kesal kerana isu ‘sekecil itu’ tidak ditangani secara bijaksana.
“Apa yang berlaku semalam (merobohkan rumah rakyat di laman rumah Tuhan) adalah mukadimah kegagalan sebuah kerajaan yang melindungi kepentingan rakyat biar atas nama dan slogan apapun.
“Usah dihalang suara kemarahan apabila keringat, airmata dan darah rakyat semurah air mengalir!” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, menteri besar Datuk Seri Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, kerajaan negeri mengambil maklum berhubung tindakan penguatkuasaan oleh Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) terhadap tiga buah rumah dan dua buah kedai berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang yang dirobohkan semalam.
Sehubungan itu, Azmin telah mengadakan perbincangan segera dengan Pengurus Besar Perumahan & Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) yang bersetuju untuk menawarkan unit kediaman di PPR Seksyen 8 Kota Damansara kepada dua keluarga yang terlibat.
“Saya juga telah meminta Pegawai Daerah Petaling untuk bekerjasama dengan PHSSB bagi menguruskan perpindahan kedua-dua keluarga ini ke kediaman yang ditawarkan dengan segera,” ujarnya.
Bagi tujuan itu, Azmin berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk membiayai kos sewa unit-unit kediaman tersebut bagi tempoh enam bulan sebelum unit-unit ini ditawarkan kepada dua keluarga berkenaan.
Ini selaras dengan dasar kerajaan negeri yang peduli rakyat dan tuntas membela kebajikan rakyat, ujarnya.
Semalam Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) A Sivarajan dilaporkan mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal memberi maklum balas berhubung desakannya sebelum ini supaya campur tangan dalam isu perobohan kediaman di Subang itu.
Dalam kejadian semalam Sivarajan dan lapan lagi ahli PSM ditahan kerana menghalang operasi perobohan di Lot 1210 Mukim Sungai Buloh yang dikatakan milik Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) itu.
(Malaysia Dateline)

  1. Rumah Kak Bada Jadi Padang Jarak Padang Terkukur

    • 1 day ago
    • 5,263 views
    Rumah Kak Bada Jadi Padang Jarak Padang Terkukur. Tragedi Kampung Rimba Jaya 2007 pada zaman Khir Toyo kini berulang ...

    1. KECOH | Protes Roboh Kuarters Masjid di Subang

      • 1 day ago
      • 13,083 views
      KECOH | Protes Roboh Kuarters Masjid di Subang.
      • NEW
    2. VIRAL Pejabat Tanah Selangor Nak Roboh Rumah Bekas Peg. Masjid

      • 1 day ago
      • 1,884 views
      Kekecohan berlaku pagi tadi apabila Pejabat Tanah & Galian Selangor cuba merobohan rumah dan kedai bekas pengawai ...
      • NEW
    3. Protes roboh kuarters masjid, 9 aktivis ditangkap

      • 1 day ago
      • 7,696 views
      Seramai sembilan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan pagi ini berhubung dengan protes terhadap perobohan tiga ...
      • NEW
    4. 9 Aktivis Ditangkap Protes Roboh Kuarters Masjid di Subang

      • 1 day ago
      • 1,006 views
      Seramai sembilan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan pagi ini berhubung dengan protes terhadap perobohan tiga ...
      • NEW

DAP Diam Rumah Rakyat Diroboh, Angkat Muka Dalam Kes Arak..


AIDCNews -05/10/17-Exco DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram berdiam diri apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan rumah bekas pegawai (kuarters) masjid di Lapangan Terbang Subang semalam, tetapi mula melenting apabila pesta arak di negeri itu dihalang oleh pihak polis.
“Exco kerajaan tempatan dari DAP ni bila kuarters masjid Subang dirobohkam oleh MBSA, dia senyap walau bawah dia ….tang arak ni cepat je…..binawe betul le dia ni…,” kata Abdul Manandalam Facebook.
Hari ini, Ean Yong tampil mengecam pihak polis berkaitan dengan isu pesta arak Selangor dalam kenyataan media seperti berikut:


Kenyataan Media oleh YB Ean Yong Hian Wah pada 5hb Oktober 2017 di Shah Alam.
Saya amat terkejut terhadap ulasan pihak pihak polis mengatakan penganjuran acara “Bavaria F & B Fest” di Kompleks Beli-belah One Utama PJ akan menjadi tarikan serangan militan dan seterusnya mencetus situasi ketenteraman awam.
Pertanyaan di kalangan rakyat sekarang ialah kemampuan polis untuk menjaga keselamatan awam. Mengikut situasi terkini, nampaknya polis sudah hilang kawalan sehingga terpaksa untuk menghalang penganjuran acara sebegini. Dengan sebab itu, saya ingin tanya 5 soalan kepada Ketua Polis Negara:
1. Mengapa pihak polis dapat menjaga keselamatan di Sukan SEA tetapi tidak mampu mengawal aktiviti Oktoberfest/ Bavaria F & B Fest yang berskala jauh lebih kecil?
2. Adakah ini bermaksud jamuan makan atau aktiviti yang beralkohol tidak lagi selamat di Malaysia?
3. Mengapa Melaka, Johor, Sarawak dan negeri lain boleh menganjur aktiviti Oktoberfest, tetapi Selangor dihalangkan? Adakah ini “double standards”?
4. Mengapa pihak polis tidak boleh menghantar pasukan untuk menjaga keselamatan selain daripada menghalangnya?
5. Adakah Malaysia sudah menjadi tempat yang tidak selamat dan penuh dengan ancaman serangan militan?
Rakyat malaysia bukan sahaja memerlukan ulasan polis yang profesional, tetapi juga tindakan polis yang profesional.
Jikalau polis hanya mampu memberi pandangan tetapi enggan mengambil tindakan fizikal untuk mencegah jenayah yang berpontensi mengancam keselamatan, rakyat anggap ini sebagai ketidakcekapan dan tidak berkeupayaan dan seterusnya hilang keyakinaan terhadap polis.
Justerus itu, saya menyeru kepada Ketua Polis Negera supaya menjawab soalan yang ditanya-tanya oleh rakyat.

Iskandar Turun Padang Ke ‘Little Myanmar’ Hari Ini...


Hasil carian imej untuk Datuk Iskandar Abdul Samad
BERIKUTAN aduan penduduka tempatan, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Negeri Chempaka Datuk Iskandar Abdul Samad akan mengadakan lawatan ke kawasan yang digelar Little Myanmar’.
Kawasan tersebut terletak sekitar Pangsapuri Kos Rendah Taman Pandan Mewah, Ampang  di belakang Hospital Ampang.
“Tujuan program ini adalah untuk mengenalpasti masalah di kawasan tersebut agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan yang sewajarnya,” ujar Iskandar.
Iskandar dijadualkan akan ke kawasan itu pada 6 Oktober 2017 (Jumaat ). Sebelum bergerak ke kawasan terbabit, beliau akan berkumpul di Surau An-Nur, Jalan Mewah 4, Taman Pandan Mewah pada jam 4.45 petang. 
“Saya berharap program ini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan,” ujar beliau lagi. –(HARAKAHDAILY)

Robot Seks Lelaki Mampu Henjut Lama.. Bagaimana Hukum?


Imej yang berkaitan

SEBELUM ini masyarakat dunia dikejutkan dengan penghasilan robot canggih sextech yang mampu menawarkan kepuasan seks seumpama manusia sebenar menerusi 50 posisi aksi persetubuhan.

Robot dengan kos hanya serendah AS$5,000 hingga AS$15,000 itu bahkan membolehkan pengguna mengubah suai bentuk puting buah dada dan warna bulu kemaluan faraj idaman selain sesuai menggantikan peranan pekerja seks.
Ia jadi bahan perdebatan kerana dibimbangi boleh menjejaskan industri pelacuran di sebalik ada kajian psikologi mendakwa robot itu mampu menghapuskan jenayah seksual iaitu rogol dan sumbang mahram dalam keluarga.
Namun robot seksi tersebut hanya untuk pelanggan lelaki tetapi bagaimana pula dengan wanita yang gersang dahagakan belaian seks romantis di atas ranjang selain isu tidak puas akibat pasangan cepat pancut air mani!
Usah bimbang kerana perkembangan teknologi baharu sudah membolehkan inovasisextech sekali gus bakal ancam perkhidmatan gigolo menerusi robot seks bertubuh sasa idaman wanita yang takut dipermainkan jantan miang!
Ia sesuai untuk kaum wanita yang bimbang bercinta suami orang yang gatal atau playboy kasanova suka bertukar pasangan sehingga mencetuskan risiko dijangkiti penyakit kelamin akibat batang zakar lelaki itu dicemari kuman.
Industri robot sextech antarabangsa baru-baru ini bergembira dengan pelancaran model boneka seks dikenali sebagai Mr. P bionik dan diramal bakal menjadi pilihan wanita yang tidak mahu berkahwin atau gagal temui jodoh.

Robot ini memiliki bateri di dalamnya yang dapat dicas semua jika kuasanya habis dan dikatakan mampu memberi respon isyarat verbal mengalahkan ‘alat permainan seks’ biasa seperti zakar palsu yang agak terhad getarannya.
Mr. P bionik dijangka mengalahkan tenaga batin lelaki tulen dengan ‘kekuatan’ luar biasa dimilikinya malah mampu memberikan henjutan tanpa masalah di sudut manapun ketika kemuncak syahwat si wanita di atas ranjang.
Menurut portal antarabangsa Boldsky, penyelidik mendapati robot seks lelaki ini terlalu sempurna untuk menikmati pengalaman seks kerana ia bukan sahaja tidak letih, bahkan tidak mengeluh dalam menguruskan urusan batin.
Bagaimanpun, robot tetap robot kerana ia begitu profesional dan tiada memiliki hubungan perasaan dengan si pengguna apatah lagi pendam perasaan dendam, marah atau benci diperlakukan wanita terbabit tanpa kira masa.
Justeru ia tidak sesuai untuk wanita berjiwa sentimental yang suka bercerita meluahkan emosi sebelum bersetubuh tetapi lebih kepada aksi jimak normal kira-kira 30 minit sehingga berlaku klimaks dan boleh diulang beberapa kali.
Setakat ini, harga sebuah robot ialah sekitar £8,100 (kira-kira RM45,366) tidak termasuk kos lain seperti mencacah tatoo, mengubah suai bentuk muka, gaya rambut, panjang zakar dan sebagainya. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:

Berita di atas membentangkan penggunaan alat-alat seks begitu berleluasa di kedai menjual peralatan seks ini dan melalui talian. Matlamatnya adalah jelas, untuk mencapai kepuasan seksual yang mungkin tidak diperoleh dari rakan kongsi mereka. Atau ia boleh dilakukan oleh orang tunggal. 

Mungkinkah ada mereka yang berfikir daripada berzina (dengan orang) yang boleh mengakibatkan kehamilan, lebih baik melakukan dengan alat bantu (dildo, vibrator, atau apapun namanya itu). Apapun ia perlu dielakkan. Kerana penggunaan alat seks ini boleh dikatakan tidak berbeza dari melancap, walaupun dibuat sorang-sorang.

Namun intinya, perilaku ini sama-sama tidak sesuai dengan fitrah manusia dan tujuan adanya hubungan seksual yakni sebagai penyaluran hasrat seksual yang sah dan dilakukan secara berpasangan (beza kelamin, tentunya).

Merujuk kepada Al Mu'minun (23): 5-7,
  • ”dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, — kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. — Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”

Dari ayat di atas, jelas bahawa hanya kepada pasangannya (baik itu isteri atau hamba) seorang lelaki (suami) boleh menyalurkan hasrat seksualnya.



Tetapi, kononnya ada pula yang berfikiran, selaku isteri, 'saya tidak memperoleh kepuasan dari suami, sehingga saya menggunakan alat bantu seks. Setidaknya dengan alat bantuan seks itu saya tidak perlu berzina dengan lelaki lain.'



Namun, kita mesti fikirkan efek jangka panjangnya. Jika ternyata alat rangsangan seks itu dirasa boleh lebih memuaskan dari suaminya, bagaimana jika ternyata isteri tidak tertarik lagi (secara seksual) kepada suaminya, bukankah seks itu pun dinilai ibadat?

Naudzubillah.

Kita juga boleh merujuk pada ayat, 

  • "dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan laki-laki dan perempuan, - dari air mani, apabila dipancarkan." (QS An-Najm (53): 45-56)
Jadi bagaimana penyelesaiannya?



1. Jika anda masih single dan mempunyai hasrat seksual yang tinggi, ya penyelesaian yang paling tepat adalah untuk berkahwin!

2. Jika anda sudah berkahwin, tetapi merasa kurang berpuas hati selepas bersetubuh dengan suaminya, ia membantu anda bercakap terus dengan suaminya.

3. Jika anda seorang janda, masih tidak digalakkan menggunakan alat bantuan seks (dildo, vibrator) untuk memenuhi keinginan seks anda. Walaupun janda, tidak bermakna anda kemudian 'mencemarkan' hidup anda dengan perkara-perkara yang dilarang agama.



Soalan seterusnya, jika alat bantu seks (dildo / vibrator) digunakan apabila melakukan hubungan seks dengan pasangan, adakah ia ok? Tidak digunakan 'bersendirian'. Tetapi ia juga perlu dielakkan. Kerana katakan satu kali tidak guna alat rangsangan maka kepuasan automatik seksnya dapat hilang. Dan ini bermakna, hasilnya tidak sesuai.


Bagaimana pula penggunaan boneka seks?

Orientasi seks menyimpang berlaku di luar negara. Jepun cipta anak patung seks "Wives Belanda". yang telah memberi inspirasi kepada negara-negara lain. Yunani menjadikan anak patung seks dengan gaya wanita Yunani purba. Ada yang boleh memilih jenis rambut kemaluan, memilih saiz lubang, payudara ketat atau lebar.

Patung seks ini dicipta sebagai alat bantu seks yang pada asalnya didedikasikan untuk orang kurang upaya berkesulitan melakukan hubungan seks. Tetapi tidak menolak patung ini berpotensi dinikmati oleh orang ramai, seperti kanak-kanak kecil.

Ada juga yang persoalkan, menggunakan anak patung seks ini sebagai saluran nafsu. Bagaimana mengikut pandangan agama?

Malah, terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama tentang undang-undang melancap. Menurut Imam Shafi'i dan Imam Malik, melancap adalah kegiatan yang dilarang dalam Islam. Mereka merujuk, dalam beberapa ayat Al-Qur'an seperti berikut.


  • "Ia bertuah bagi orang-orang yang beriman." (Surah Al-Mukminun 23: 1).
  • "Mereka yang menjaga kemaluannya kecuali suaminya atau isteri." (Surah Al-Mukminun 23: 5-6).
  • “Barangsiapa yang mencari di balik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melewati batas.” (QS. Al-Mukminun 23: 7).

Dalam surat Al-Mukminun ayat tujuh tersebut, terdapat kata, “Barang siapa yang mencari di balik itu.

  • ”Maksudnya adalah yang mencari kepuasan seksual bukan dengan isteri atau suaminya, tapi dengan cara yang lain seperti homo seksual, lesbian dan onani, maka tindakan tersebut merupakan perbuatan yang melampaui batas atau haram. 
Nah, dari ayat tersebutlah Iman Syafi’i dan Imam Malik membuat kesimpulan bahawa onani adalah perbuatan yang haram. Namun ada juga sebagian ulama yang memperbolehkan, terutama ulama dari mahzab Hanafi dan Hanbali.

Mereka mengatakan masturbasi secara prinsip hukumnya terlarang atau haram, namun apabila dorongan seksual seseorang sangat tinggi padahal belum mampu menikah, demi mencegah perbuatan zina, maka dalam kondisi ini onani hukumnya menjadi mubah atau harus, tetapi dengan catatan tidak menjadi kebiasaan atau adat.

Hal ini juga terdapat dalam kes, orang yang sudah menikah namun tinggal berjauhan (long distance), demi mencegah perbuatan yang tidak diinginkan, maka sebahagian ulama memperbolehkan onani. Ada juga beberapa ulama seperti Imam Ibnu Hazm berpendapat bahawa hukum masturbasi adalah makruh, ertinya bila ditinggalkan mendapat pahala dan bila dikerjakan tidak berdosa. 

Ia mendasarkan pendapatnya pada firman Allah swt 

  • “Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu.” (QS. Al Baqarah 2:29).
Sebab  itu Ibnu Hazm memandang makruh mencari kesenangan dengan cara masturbasi kerana bagi melakukannya tidak melibatkan orang lain. Secara umum Allah SWT telah menciptakan segala sesuatu dengan fitrahnya. Salah satu fitrah manusia adalah memenuhi keperluan seksual.



Namun terlepas dari penjelasan di atas, sebaiknya kita menghindari penggunaan seks toy yang berorientasi pada prilaku sex menyimpang. Seks yang mempengaruhi masalah kejiwaan seseorang yang tidak dapat menghadapi kenyataan dalam dunia nyata. 

Wallahu 'aklam.


Lihat juga artikel ini...


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails