GEORGE TOWN – Ia bukan sahaja biadab malah langsung tidak sensitif dengan kehidupan majmuk masyarakat setempat yang berbeza agama dan boleh mencetuskan suasana tegang jika dibiarkan!
Begitulah jelas dapat disaksikan menerusi rakaman video amatur seorang netizen yang hanya dikenali sebagai Rahman San terhadap aksi sekumpulan penduduk Cina membuat bising ketika jemaah masjid tekun beribadah.
Video berdurasi 1 minit 10 saat itu menunjukkan mereka tetap ‘selamba’ mengetuk beberapa gendang sambil memainkan pelbagai alat muzik dengan amat kuat di depan Masjid Maqbul, Jalan Jelutong di sini baru-baru ini.
Menerusi video berkenaan, jelas kedengaran azan Isyak disusuli jemaah masjid menunaikan solat fardu tersebut manakala kumpulan terbabit terus membuat gangguan sehingga menjejaskan masyarakat Islam bersembahyang.
Tidak dapat dipastikan apakah acara keramaian yang berlangsung di kawasan berkenaan namun berdasarkan video dikongsi netizen tersebut menerusi akaun Facebook pada Khamis, tindakan mereka itu nyata amat kurang ajar.
Perkongsian Rahman San turut menjadi tular melalui media sosial apabila menerima lebih 1,000 tanda sokongan, majoritinya marah dan sedih; selain hampir 300 komen daripada netizen yang mengutuk aksi biadab kumpulan itu.
Ramai mempersoalkan kenapa kumpulan berkenaan enggan menghormati umat Islam mengerjakan ibadah ketika itu dengan berhenti rehat sejenak atau membuat ‘persembahan’ tersebut jauh sedikit daripada kawasan masjid.
Ada menyifatkan ia berlaku disebabkan DAP yang menguasai pentadbiran kerajaan Pulau Pinang ketika ini sering ‘tindas’ etnik minoriti sekali gus mengakibatkan masyarakat Cina bebas berbuat apa sahaja dengan sesuka hati.
Umum mengetahui, penguat kuasa tempatan di Pulau Mutiara sering mengusir penjaja Melayu konon berniaga tanpa lesen dan ganggu lalu lintas, namun tidak bertindak terhadap penjaja Cina yang melakukan perkara sama.
Malahan, puluhan perkampungan masyarakat Melayu yang wujud sejak sekian lama dihapuskan kerajaan negeri itu konon diduduki secara haram dan digantikan pula dengan projek perumahan kos mewah. Lapor Mynewshup.cc
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah/Sarawak memberi maklumat lengkap.