Friday, October 20, 2017

Dagang Seks Kanak-kanak Dalam Talian 84 Diselamatkan.


Hasil carian imej untuk 84 kanak-kanak mangsa pemerdagangan seks diselamatkan
NEW YORK: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan 84 kanak-kanak, seorang daripadanya berumur tiga bulan dan menahan 120 yang lain dalam operasi membanteras pemerdagangan seks kanak-kanak di seluruh negara, kata pegawai semalam.
Kebanyakan mereka ditahan mengiklankan dan menjual kanak-kanak dalam talian untuk tujuan seks, kata Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Pusat Kanak-kanak Hilang dan Eksploitasi Kebangsaan (NCMEC) dalam satu kenyataan.
Hasil carian imej untuk 84 kanak-kanak mangsa pemerdagangan seks diselamatkan
Hasil carian imej untuk 84 kanak-kanak mangsa pemerdagangan seks diselamatkan
Hasil carian imej untuk 84 kanak-kanak mangsa pemerdagangan seks diselamatkan
Dikenali sebagai Operasi Cross Country XI, ia dijalankan di hotel, kasino dan perhentian trak, selain di jalanan dan laman web, kata mereka.
Operasi itu turut membabitkan penangkapan sejumlah pekerja seks dewasa, termasuk 20 pelacur di Oregon.
Terdahulu, Operasi Cross Country mendapat kritikan hebat oleh peguam bela mewakili pekerja seks yang mendakwa mereka adalah mangsa eksploitasi dan tidak patut dikenakan tindakan jenayah. - Reuters

IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

G/Eng Tidak Patut Tanding CEC, Terpalit Tuduhan Rasuah Di Mahkamah.


GEORGETOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak sepatutnya bertanding pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu kerana sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah, kata Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak.
Beliau berkata, atas dasar integriti dan maruah, ketua menteri Pulau Pinang itu seharusnya mengecualikan dirinya sebagai calon pada CEC dijadual November ini walaupun senarai calon terbabit berasaskan pada pemilihan Disember 2012.
“Secara rasionalnya mengecualikan dirinya sebagai calon adalah contoh terbaik … pada ketika beliau sedang berhadapan dengan dua pertuduhan rasuah walaupun Guan Eng enggan melepaskan jawatannya sebagai ketua menteri.
“Malah beliau juga perlu menolak sebarang jawatan dalam parti berasaskan kepada lantikan oleh 20 pemegang jawatan CEC setelah pemilihan parti bagi kali ke-3 kelak selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rahmad berkata, kini merupakan masa terbaik seorang pemimpin seperti Guan Eng mentransformasikan soal akhlak mulia serta elemen integriti mahupun kredibiliti dan maruah.
“Jangan jadikan alasan bahawa senarai pemilihan Disember 2012 sebagai satu kewajipan untuk beliau menjadi calon disebabkan atas arahan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), tetapi adalah menjadi hak eksklusif beliau untuk menentukan kedudukannya dari sudut maruah sendiri serta parti.
“Tidak mungkin timbul soal pentadbiran DAP akan menjadi cacat tanpa penglibatan Guan Eng kerana sebelum ini pun kecacatan terhadap dua pemilihan tidak diiktiraf oleh RoS adalah di ketika beliau menjadi setiausaha agung,” katanya.
Guan Eng dalam sidang akhbar khas di Kuala Lumpur baru-baru ini mengumumkan pemilihan semula CEC DAP akan diadakan 12 November ini di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam selepas dipersetujui RoS.- BERNAMA
IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

AMK Cuba Calarkan Imej PAS Selangor ?














AIDCNews -18/10/17-Berlatarkan imej Angkatan Muda Keadilan Kuala Langat, Khairul Fikril Aziz Kamaruzzaman bersama-sama rakan-rakannya mengkritik sikap ADUN PAS Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang disifatkannya tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.


Khairul Fikril, pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1 secara terbuka di media melahirkan rasa kesal dengan sikap Ahmad Yunus yang didakwanya sengaja melengah-lengahkan proses menandatangani sebuah dokumen yang diserahkan ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sijangkang pada 11 Oktober 2017.
Dakwanya, dia membuat panggilan berkali-kali kepada Ahmad Yunus tetapi tiada jawapan sehingga memaksanya untuk hadir semula ke pejabat ADUN PAS berkenaan, namun masih gagal untuk mendapat tandatangan tersebut.
“Tapi sehingga semalam masih tak ada jawapan, dan saya ke pejabat Ahmad Yunus semula untuk mendapatkan penjelasan.
“Masa tu kerani bertugas memaklumkan YB sudah ambil kertas kerja itu untuk diteliti dan sekali lagi memohon supaya menghubungi YB untuk mendapat tahu bila boleh mengambil semula dokumen, tetapi masih tidak berjawab,”katanya dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, semalam.

Dalam respon segera, Ahmad Yunus yang juga Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Selangor berkata beliau tidak pasti adakah benar Khairul Fikril menghubunginya berkali-kali, namun jika penama itu menghubunginya secara pesanan ringkas (SMS) ataupun WhatsApp pasti beliau akan menjawab.
“Hubungi saya berkali-berkali saya tidak pasti sebab saya tiada nombor handphonenya dan (saya) tidak pernah mengenali beliau sebelum ini.
“Semudah SMS atau WhatsApp, Insya Allah saya akan hubungi balik. Wallahu aklam,”kata Ahmad Yunus dalam Facebook.
Tambahnya, selaku wakil rakyat DUN Sijangkang, beliau tidak pernah dihubungi sebelum ini untuk melaksanakan program anjuran AMK Kuala Langat tersebut.


“Adakah salah mengambil sedikit masa untuk saya buat semakan (terhadap) dua program yang telah berlalu (30 Ogos dan 4 Okt) yang mohon sokongan dari saya dan belum dapat kelulusan (daripada pihak) Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) tetapi (kedua-dua program itu) telah berlaku.
“Program (itu) tidak dimaklumkan kepada saya sebelum ini dan diadakan di luar Zon 1. Hari Kelima (bekerja) seawal (jam) 8.20 pagi saya (telah) serah borang permohonan dan kertas kerjanya kepada Timbalan Yang Dipertua (MDKL),”jawab Ahmad Yunus.

Orang Cina Bersama PAS..





IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.


Arak &Taliban, G/Eng Timbulkan Kebencian Terhadap Islam.. -Datuk Shabudin


Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mempersoal tindakan Lim Guan Eng menyamakan Malaysia dengan Taliban dalam isu pesta arak yang diadakan di Pulau Pinang.


Katanya kenyataan tersebut adalah cubaan Guan Eng dalam menimbulkan kebencian terhadap Islam.

Tambahnya lagi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu sedar larangan pesta arak secara terbuka bukan dibenci Islam sahaja, malah agama lain turut bersetuju dengan perlakuan seperti itu.

“Apakah menghalang pesta arak bermakna Malaysia seperti Taliban? Kenapa Guan Eng cuba bandingkan dan kaitkan dengan Taliban? apa maksud beliau? cuba mengugut atau menakutkan rakyat dan cuba menimbulkan kebencian kepada orang Islam di Malaysia atau samakan pemimpin negara yang menghalang pesta arak ini sebagai Taliban?

“Beliau perlu jelaskan kepada rakyat atau sememangnya beliau berniat untuk mencari pasal dengan orang Islam dan cuba mencari helah bagi mengalihkan fokus rakyat yang sedang melihat kepincangan dan krisis identiti serta konflik yang amat teruk melanda DAP dan PH.

“Terlalu kemaruk sangatkah jiwa Guan Eng untuk menzahirkan kepada dunia bahawa Malaysia negara sekular dan bukan sebuah negara Islam?” Soalnya kepada BNBBC.my portal pada Selasa.

Acara Oktoberfest ke-45 yang dianjurkan Persatuan Jerman Malaysia di Pulau Pinang kelmarin berlangsung tanpa sebarang halangan.

Guan Eng dengan bongkak berkata hal itu menunjukkan Pulau Pinang “bukan negara Taliban”.

“Pelampau ini mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang.
“Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban,” kata Guan Eng.

Mengimbas kembali prinsip Guan Eng yang sering menyebut Amar Ma’ruf Nahi Mungkar pada suatu ketika dahulu, kini ia langsung tidak bertepatan dengan apa yang dilaungkan sebelum ini.

Ia sekaligus menunjukkan yang Guan Eng tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak menghormati budaya bangsa lain.

“Sewaktu Guan Eng di buai dengan jolokan Khalifah Umar Abdul Aziz (jolokan yang di anugerah oleh Mat Sabu), beliau acapkali melaungkan slogan amar makruf nahi mungkar sebagai prinsip dalam setiap ucapan beliau yang mendokong kerajaan CAT nya.. tapi semuanya itu terbukti sebagai cakap burung kakak tua sahaja.. sebut apa orang suruh tapi tak faham satu apa pun dan lakonan beliau semata-mata.

“Guan Eng tidak selayaknya jadi pemimpin di sebuah negeri berbilang bangsa dan agama kerana tidak dapat menjiwai kontrak sosial dan menyelami roh kehidupan di Malaysia yang hidup secara berbilang bangsa agama dan budaya.
“Umum mengetahui rakyat secara majoriti tidak bersetuju dan membantah jika arak diminum di jalanan secara pesta terbuka. Kenapa Guan Eng masih tidak faham mesej daripada majoriti rakyat?”, soal Shabudin lagi.

Acara yang sama sebelum ini diharamkan di Selangor apabila polis menegaskan risiko keselamatan, sementara parti pembangkang seperti PAS dan Pemuda PPBM membuat petisyen kepada kerajaan negeri untuk meneruskan larangan tersebut.

Bantahan keras kemudiannya dilakukan Pengerusi Gabungan-Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunos dengan memecahkan puluhan botol arak di hadapan pejabat kerajaan negeri di Shah Alam.

IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim. 
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Ini Rogol Kejam, Indonesia Perlu Perundangan Islam..


KEJAM! Seorang gadis berusia 18 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan sahaja dipukul malah turut dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki dalam satu kejadian di Indonesia.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Fira Zainab berkata insiden itu bermula apabila dia bertembung dengan suspek di tengah jalan sewaktu pulang daripada kerja.
Menurut mangsa, mereka sempat makan bakso bersama-sama sebelum suspek membawanya ke sebuah bangunan kosong dengan alasan untuk berjumpa rakan sebelum pulang ke rumah.
Bagaimanapun, sebaik tiba di bangunan berkenaan mangsa telah ditolak sehingga jatuh sebelum diikat menggunakan tali oleh dua orang lelaki yang dipercayai rakan kepada suspek.
Kemudiannya, Fira telah dirogol berulang kali secara bergilir-gilir tanpa belas kasihan oleh suspek.
Menurutnya lagi, penderitaan yang ditanggung tidak berakhir di situ apabila mangsa turut dipaksa untuk melakukan hubungan di luar tabii sehingga membuatkan dia mengeluarkan najis.
Lebih kejam, mangsa ditinggalkan begitu sahaja selepas tiga lelaki durjana itu selesai melampiaskan nafsu masing-masing.
Sehari selepas kejadian, Fira memberanikan diri untuk menceritakan insiden itu kepada abangya sebelum membuat laporan polis.
Sementara itu, tangerang AKBP Harley berkata, selepas laporan dibuat pihak mereka telah berjaya memberkas ketiga-tiga suspek.
Salah seorang suspek, terpaksa ditembak pada bahagian kaki berikutan percubaan untuk melarikan diri.
Difahamkan, mangsa kini masih menjalani rawatan di hospital kerana mengalami pendarahan dan trauma akibat insiden yang menimpanya itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Indonesia juga perlu perundangan yang adil terutama perundangan Islam. Kerana Indonesia termasuk negara umat Islam terbesar di dunia. Maksiat dan kes-kes jenayah tidak kurang juga seperti negara-negara lain di dunia.

Boleh dilihat contoh, antaranya seperti negara Brunei dan lain-lain. 


IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Thursday, October 19, 2017

Muzium Cheng Ho Di Melaka Ubah Sejarah.






















HARI ini kami bersempatan melawat Muzium Cheng Ho dan beberapa lagi buah muzium di Melaka atas tujuan kajian.
Ketika tamat sesi lawatan, kami sempat berbual-bual dengan kurator Muzium. Bertanya tentang asal usul muzium, bagaimana boleh dibangunkan dan sebagainya.
Banyak yang boleh diceritakan, cuma fokus saya hanya satu. Apakah naratif sejarah yang difahami bangsa selain Melayu di Malaysia, khususnya bangsa Cina.
Ketika berceritakan tentang Melaka, beliau dengan bangganya menyatakan bahawa emapayar China Ming yang memajukan Melaka.
Dahulu Melaka tiada apa-apa, orang Melayu bukan orang asal, tetapi orang asli dan pelarian yang datang ke Melaka.
Rombongan Cheng Ho datang ke Melaka dan menunjukkan cara bercucuk tanam, memberi tunjuk ajar teknologi dan sebagainya.
Kami terkedu.
Tetapi kami biarkan sahaja, buat-buat tidak tahu untuk mendengar lagi penerangan beliau.
Inilah naratif yang difahami tentang sejarah di negara kita. Salah satunya hasil dari pengajaran dari silibus mereka di sekolah vernakular.
Melalui naratif ini, mereka menafikan Melayu sebagai sebuah peradaban di nusantara. Mereka menafikan segala sejarah dan pemilikan Melayu ke atas tanah ini.
Bagi mereka, empayar Melayu seperti Champa, Srivijaya, Kedah Tua, Melaka tidak wujud. Mereka menganggap tanah “nanyang” ini milik kerajaan Ming.
Usah berbicara tentang perpaduan, kalau kita sendiri tidak dapat mengangkat sejarah kita yang sebenar.
Kami pulang hiba, sambil melihat makam-makam Hang Jebat, Hang Lekiu, Syamsuddin Al Sumatrani terbiar, dan sejarah kegemilangan empayar Melayu Melaka hanyut dan terus tenggelam.
Siapakah yang kisah akan nasib bangsa ini? Jika sejarahnya yang hilang diabaikan begitu sahaja.
Tiada siapa yang kisah. Dan…
Perjuangan ini masih panjang.
p/s: Peta dalam buku teks China yang menunjukkan, tanah Melayu sebagai wilayah ke 19. Sumber peta Dr Geoff Wade (ANU)
Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE


IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails