Saturday, October 28, 2017

Gagal Banjir, Tarik Balik Mandat Dari Kerajaan DAP PP. - M/Fauzi Yusoff,

 KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (tengah) semasa hadir meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Pangsapuri Kayangan Puri Mutiara, Tanjung Bungah. - Foto Danial Saad

KEPALA BATAS: PAS Pulau Pinang mengingatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya menjadikan banjir kilat yang melumpuhkan sebahagian besar kawasan di negeri ini Jumaat lalu, sebagai pengajaran kerana terlalu lantang mengkritik kerajaan Kelantan.
Pesuruhjaya PAS negeri, Muhammad Fauzi Yusoff, berkata kritikan Guan Eng yang mendakwa kerajaan Kelantan gagal mengurus tadbir negeri itu dengan baik selepas berlakunya banjir besar pada 2014 lalu, mengguris perasaan banyak pihak khususnya rakyat negeri terbabit.
Beliau berkata, setiap negeri tidak terkecuali berhadapan dengan senario bencana alam termasuk Pulau Pinang sendiri yang beberapa kali dilanda banjir kilat.
"Lihatlah, banyak kali negeri ini dilanda banjir kilat, tetapi isu ini masih tidak dapat diselesaikan bahkan keadaan menjadi semakin teruk.
"Semasa PAS di bawah pakatan pembangkang lagi masalah ini wujud dan berlarutan," katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Hijau dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Pulau Pinang di sini, malam tadi.
Muhammad Fauzi berkata, susulan daripada masalah banjir yang gagal ditangani kerajaan negeri, rakyat Pulau Pinang harus memikirkan sama ada mahu terus memberi mandat kepada kerajaan DAP Pulau Pinang atau sebaliknya.
"Kerajaan negeri sebelum itu mengkritik kerajaan Kelantan, tetapi dalam masa sama mereka turut gagal menyelesaikan masalah sama.
"Jadi, nak bagi lagi ke mandat kepada mereka untuk memimpin?," katanya. (BH)
IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Gagal Salurkan RM22.09 Juta, G/Eng 'Terlepas Pandang'?



GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dibidas berhubung pendirian beliau yang menyatakan terlepas pandang berhubung kegagalan menyalurkan sekurang-kurangnya RM22.09 juta peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri yang dinyatakan dalam Laporan Audit Pulau Pinang 2016.
Ahli Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) negeri, Datuk Dr Muhammad Farid Saad, menyifatkan pendirian Guan Eng itu sebagai alasan untuk mengelak daripada menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri, khususnya dalam menangani isu banjir kilat.
Katanya, pendirian itu juga jelas membuktikan Guan Eng kurang arif mengenai pentadbiran kerajaan negeri, selain dipercayai berpunca daripada sikap suka menuding jari kepada pihak lain terutama kerajaan Persekutuan.
"Saya kasihan kerana pegawai Guan Eng hanya memaklumkan perkara baik saja termasuk bekas Yang Dipertua Majlis Seberang Perai (MPSP) yang kini Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Maimunah Mohd Sharif yang perlu memaklumkan kepada Ketua Menteri.
"Mereka (pegawai Guan Eng) sepatutnya mencontohi sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Arifin yang lantang mengkritik kerajaan negeri dan tidak kisah dimarahi ketika membela penduduk di kawasannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang mengakui tidak maklum mengenai kegagalan kerajaan negeri menyalurkan dana sekurang-kurangnya RM22.09 juta hasil caruman perparitan kepada JPS Pulau Pinang, sejak 2008 hingga Jun tahun lalu.
Difahamkan, dana bernilai RM22.09 juta yang dinyatakan dalam Laporan Audit 2016 itu dikatakan hanya merangkumi jumlah caruman perparitan oleh pemaju swasta yang dibayar kepada MPSP, dan tidak termasuk nilai tertunggak di MBPP.
Muhammad Farid turut menyifatkan alasan Guan Eng bahawa JPS adalah agensi di bawah kerajaan Persekutuan sebagai suatu yang menghairankan apabila beliau seharusnya maklum bahawa agensi itu turut menggunakan peruntukan daripada kerajaan negeri.
"Selain JPS, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengguna pakai kaedah sama iaitu membelanjakan peruntukan daripada sumber kewangan negeri dan Pusat. Justeru, Guan Eng perlu berhenti memberi alasan tidak munasabah," katanya. (BH)
IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Bajet Bodohkan Rakyat. -Dr Nik Muhammad Zawawi


BANGI, 7 Safar 1439H, Jumaat – Sekali lagi tahun ini, rakyat diperbodohkan dengan Bajet 2018 yang hanya untuk memancing undi, kata Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
Meluahkan rasa kecewanya, beliau berkata, bajet 2018 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak petang tadi adalah ‘gula-gula pilihan raya’ yang menjadi tradisi kerajaan, memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan tidak lama lagi.
Sepatutnya, bajet tahun depan lebih mengutamakan rakyat, dari aspek cara meningkatkan sumber pendapatan rakyat.
“Misalnya dengan meningkatkan prasarana penambahan peluang pekejaan dan memberi peluang pekerjaan kepada penganggur.
“Tambahan pula, dengan kegawatan ekonomi sekarang, ia menyebabkan rakyat susah nak cari kerja sehingga terpaksa menanggung kos kehidupan seharian.
“Bahkan, dari sudut keselesaan rakyat sendiri pun memang amat rendah kerana masih ada lagi GST, kos hidup yang tinggi, belanjawan rumah, pinjaman, PTPTN, bayaran kesihatan dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.
Antara sogokan saban tahun untuk rakyat katanya, adalah Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan sejak Bajet 2013.
“Memberi duit secara tunai kepada rakyat adalah satu tindakan yang hanya memperbodohkan rakyat. Kalau beri kepada warga emas, saya boleh terima tetapi saya tidak setuju jika diberikan kepada belia atau orang muda.
“Inflasi ini perlu dikikis dengan mengikut cara negara luar bagaimana mereka mentadbir kerajaan tanpa sogokan duit.

Rakyat perlu bijak menilai perkara yang biasa atau luar biasa yang dilakukan oleh kerajaan agar tidak terpengaruh,” katanya.

Bajet 2018 juga adalah yang terakhir sebelum tempoh Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib sekarang ini akan berakhir Jun tahun depan, bagi membolehkan PRU14 diadakan.

IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Friday, October 27, 2017

Kerjasama Akrab PAN-Umno Bergabung, Isu Pasar Siti Hajar.




BIARPUN Parti Amanah Negara (PAN) bermatian mendakwa PAS mahu bekerjasama dengan Umno, namun di peringkat bawah parti serpihan itu didapati menjalani hubungan akrab dengan Umno.
Isu Pasar Baru di Pasir Puteh Sentral dan Lembah Binjai membuktikan jalinan kerjasama antara kedua-dua parti terbabit.
Ahli Majlis, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Mohd Sabri Yusoff berkata, Umno terbukti bekerjasama dengan PAN bagi memperjuangkan isu Pasar Siti Hajar.
Katanya, mereka terlibat secara tidak langsung di sebaliknya keengganan segelintir peniaga berpindah ke pasar baharu.
“Kira-kira 40 peratus daripada 500 peniaga tidak mahu berpindah kerana terpengaruh dengan dakyah dimainkan oleh kedua-dua parti berkenaan.
“Sedangkan 60 peratus peniaga pasar lama bersetuju berpindah ke pasar baharu. Pemimpin politik tampil melambat-lambatkan pemindahan peniaga.
“Sengaja mereka mencari modal politik bagi meraih simpati pengundi menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi,” katanya di Pasir Puteh.
Pasar baharu dibina di Pasir Puteh Sentral oleh MDPP memandangkan pasar lama tidak lagi sesuai dengan pertambahan jumlah penduduk. –HARAKAHDAILY 26/10/2017
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)


IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Ahli Parlimen Amanah Tegas Sokong Pesta Arak



AIDCNews -26/10/17-Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyokong Pesta Arak diadakan di negara ini kerana ia merupakan hak bukan Islam.
“Orang bukan Islam nak buat…Dia minum bagi dia macam minum teh sahaja.
“Kenapa kita tidak menangani masalah ini dengan satu pendekatan yang mengiktiraf hak umat Islam dan mengiktiraf juga hak bukan Islam,”kata Khalid dalam sidang parlimen hari ini.
Tambahnya sepatutnya pesta arak bukan merupakan satu masalah di negara ini kerana beberapa peraturan tertentu boleh dikenakan terhadap pihak penganjur.
“Tetapi ini dipolitikkan dan kehendak mereka itu (bukan Islam) dijadikan satu tindakan (seperti) mencabar Islam. Dan kita panggil umat Islam bersatu untuk menentang !
“Di sinilah yang merosakkan imej Islam..”katanya lagi.
Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Dato’ Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali tampil menanya soalan kepada Ahli Parlimen Amanah Sepang Mohamad Hanipa Maidin adakah beliau bersetuju dengan kenyataan Khalid Samad itu.
“Adakah (Ahli Parlimen Amanah) Sepang (Mohamad Hanipa Maidin) bersetuju dengan pandangan (Ahli Parlimen Amanah) Shah Alam bahawa pesta arak boleh dibuat oleh bukan Islam kerana fatwa daripada syeikul Al Azhar yang membezakan hak minum arak oleh bukan Islam dan hak untuk berpesta.
“Mesti bezakan ada dua keadaan di sini..”katanya.
Hanipa menjawab dengan mengatakan bahawa beliau bersetuju dengan pandangan Khalid Samad tersebut.
“Saya bersetuju dengan Shah Alam (Khalid Samad) dan saya minta ucapan Shah Alam itu dimasukkan dalam catatan saya,”katanya.




IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Mansuh Kutipan 4 Tol Di 3 Negeri. B2018


PETALING JAYA – Kutipan di empat plaza tol melibatkan tiga negeri akan dimansuhkan berkuatkuasa 1 Januari depan.
Pemansuhan tersebut meliputi Plaza Tol Batu Tiga di Shah Alam dan Plaza Tol Sungai Rasau bagi Selangor; Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman itu pada pembentangan Bajet 2018 yang berlangsung pada petang Jumaat.
Kadar tol yang dikenakan di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau masing-masing bernilai RM1.10 dan RM1. – mstar
IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Wanita Sektor Swasta Dapat Cuti bersalin 90 Hari


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan, 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita.


Katanya, wanita adalah tulang belakang kepada kesejahteraan keluarga dan pembangunan negara dan pengumuman itu adalah sebagai menghargai sumbangan mereka.


“Pertama: Mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah GLC dan GLIC serta badan berkanun, sebelum akhir tahun 2018.

“Kedua: Mencadangkan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari, seperti yang telah dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.


“Ketiga: 20 juta ringgit untuk program latihan dan keusahawanan wanita antaranya PEAK Entrepreneur Programme di bawah MyWin Academy.


“Keempat: Bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja, kerajaan mencadangkan layanan pengecualian cukai pendapatan individu disediakan ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan berturut-turut, kepada mereka selepas tempoh sekurang-kurangnya dua tahun berhenti daripada pekerjaan.


“Pengecualian ini layak dituntut bagi tahun taksiran 2018 hingga 2020,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat, hari ini.



IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.

Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails