AIDCNews -17/11/17-Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendapati mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dibuat 2 November tahun lalu hanyalah “mesyuarat majlis pimpinan tertinggi” dan bukan mesyuarat agung khas (EGM) sepertimana yang didakwa parti itu.
“PPBM menyatakan telah membuat EGM pada 2 November 2016, (tetapi) hakikatnya itu mesyuarat majlis pimpinan tertinggi sahaja.
“RoS telah meneliti ‘Minit Mesyuarat Agung Khas 2016’ dan mendapati hanya 12 orang ahli majlis pimpinan tertinggi yang direkodkan hadir,” kata Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Difahamkan Difahamkan pertubuhan nama sayap pemuda PPBM kepada Armada dibuat semasa ‘Mesyuarat Agung Khas’ yang dihadiri 12 ahli tersebut.
Tambah Suriyati, memandangkan mesyuarat pada 2 November 2016 itu bukanlah EGM, maka ia tidak memenuhi perkara 28 perlembagaan PPBM yang menyatakan perlembagaan parti hanya boleh dipinda dengan persetujuan dua per tiga perwakilan di EGM atau mesyuarat agung tahunan (AGM).
“Pucuk pimpinan PPBM perlu tahu yang perlembagaan parti dan juga undang-undang berkaitan pertubuhan adalah sesuatu yang amat serius,” katanya.
PPBM didaftarkan pada September tahun lalu dengan jumlah keahlian rasmi yang tidak diketahui, namun parti itu mendakwa penyertaan sebagai ahli sangat menggalakkan.
“Kesalahan tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan juga hal yang serius kerana ia telah melanggar perlembagaan PPBM sendiri dan boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran,” katanya lagi.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.