Saturday, December 23, 2017

Kesian W/Azizah, Anwar Tersisih. Dianggap “Time-Out”


KUALA LUMPUR – Entah mengapa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah disisihkan oleh Pakatan Harapan sejak Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi pembangkang.

Jika dulu Anwar dianggap sebagai `de facto’ pakatan pembangkang, kini cerita-cerita tentang susuk Anwar dan reformasinya kurang dicanang oleh Pakatan Harapan.
Jarang-jarang juga ayat reformasi terkeluar daripada mulut pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sejak kebelakangan ini.
Tinggal ahli keluarga Anwar yang masih terus berkata-kata mengenainya.
Mungkin kerana itu isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang agak pedas dalam satu majlis pembangkang.
Beliau di hadapan penyokong Pakatan Harapan secara terbuka membidas mereka kerana beranggapan masa untuk Anwar dalam arena politik telah berakhir.
Wan Aizah yang juga Presiden PKR mempertahankan suaminya masih relevan dan minta jangan ada penyokong Pakatan Harapan berkata masa untuk Anwar telah tamat.
“Anwar masih relevan walau tidak bersama kita. Kalau fikirkan antara Mahathir dengan Anwar.. `time over’ apa?” katanya mempertahankan Anwar dengan membandingkannya dengan Mahathir yang dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.
Rakaman video ucapan beliau itu disiarkan di internet.
Mahathir menyertai Pakatan Harapan selepas keluar daripada UMNO gara-gara kecewa tidak dapat menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Perdana Menteri berusia 92 tahun itu kemudian diberi `fast track’ menjadi Pengerusi Pakatan Harapan oleh pimpinan tertinggi pembangkang walaupun keputusan itu tidak digemari ahli keluarga Anwar.
Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh seterusnya mengambil kesempatan membidas PAS dengan berkata, walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, tetapi Pakatan Harapan ada Parti Amanah Negara (PAN)
Katanya, beliau pernah ditanya wartawan akhbar Cina adakah tiada golongan Islamik dalam Pakatan Harapan selepas ketiadaan PAS dan beliau menjawab, Islam yang progresif dan mempunyai visi kini bersama Pakatan Harapan.
Beliau berkata, PAN adalah sudut Islam progresif dalam PAS yang meninggalkan PAS untuk menyertai Pakatan Harapan kerana mahu terus bekerjasama dengan PKR.
“Saya kata Islam progresif dan ada visi bersama kita. Saya juga nak ingatkan bahawa PAN adalah mereka yang ikut Tok Guru Nik Abdul Aziz,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Hasil carian imej untuk katun rebut politik kuasa
Komen Weblog Ibnu HasyimKesian Wan Azizah, Anwar dikatakan diisisih, dianggap “Time-Out”. Itulah politik PH? Tiada kuasa tertinggi, akan tersungkur. 
Berlaku pertarungan rebut kuasa antara Wan Azizah/Azmin/Anwar.. Tun M/Mukhriz.. Kit Siang/Guan Eng..

Artikel Malaysiakini Melampau Pro-Israel?


SEMALAM Malaysiakini portal terkenal propembangkang secara biadab berani menyiarkan satu artikel “Pro-Israel” dalam portal mereka.

Di saat rakyat Malaysia dan antarabangsa mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) untuk memindahkan pejabat kedutaannya ke Baitulmaqdis, tiba-tiba Malaysiakinibersikap pro-Israel.
Di saat semua anggota Majlis Keselamatan PBB (kecuali AS) mengundi kecam tindakan AS, tiba-tiba Malaysiakini mahu menyalahgunakan kebebasan media untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia.
Ini termasuk perhimpunan solidariti di Putrajaya hari ini bersama Perdana Menteri untuk membantah tindakan Presiden Donald Trump itu.
Artikel itu bukan sahaja mengecam tindakan Najib, Malaysia dan dan Turki yang dianggap bodoh tetapi membuat provokasi melampau dengan mengatakan Jerusalem telah menjadi ibu negara Jewish sejak 3,000 tahun lalu.
Bahkan masyarakat Yahudi kononnya adalah majoriti sehingga ke tahun 1800 semasa pemerintahan Kerajaan Uthmaniah.
Bukan itu sahaja, si penulis menggunakan hujah, bahawa dalam Al Quran hanya menyatakan Jerusalem kota suci ketiga kepada umat Islam berbanding Judaismmenyatakan ia adalah kota paling suci untuk orang Yahudi.
Hakikatnya orang Palestin adalah majoriti di Baitulmaqdis sehinggalah ke tahun 1900-an apabila penjajah British menggalakkan perpindahan haram penduduk Yahudi ke kawasan berkenaan.
Apakah rakyat Malaysia yang berhimpun hari ini adalah bodoh? Malaysiakini memang melampau. – MYNEWSHUB.CC
Mohd Puad Zarkashi,
MT UMNO
22.12.17
Lihat sebelum ini..

Friday, December 22, 2017

Najis Dibuat Tisu Mewah Termahal Di Dunia!



JOM KREATIF

Di China, terdapat tisu yang diperbuat daripada najis panda telah dijual dengan harga 43 yuan (RM26.46) sekotak dikenali sebagai Panda Poo. Kebiasaannya tisu poket yang dijual di negara tembok besar itu hanya berharga 30 sen sahaja, tapi harga tisu Panda Poo ini mencecah 10 kali ganda daripada biasa!


Tisu yang diproses daripada najis panda itu juga turut menggunakan lebihan buluh yang telah dikumpul dari tiga pusat pemeliharaan panda di Sichuan, China.
Lapor akhbar Sinar Harian, memberitahu bahawa menurut SCMP, Pusat Penyelidikan dan Pemeliharaan Panda Gergasi serta syarikat tisu Sinchuan Jianwei Fengsheng telah bekerjasama bagi mengeluarkan produk berkenaan.


Oleh kerana proses penghasilan yang agak rumit, mereka terpaksa menjual tisu tersebut dengan harga yang tinggi.




Selain itu, proses berkenaan juga memerlukan bahan-bahannya dikenakan suhu yang tinggi untuk dihasilkan.
“Kami pastikan tisu-tisu berkenaan mencapai piawaian antarabangsa, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah,” kata Pengurus Sichuan Jianwei Fengsheng, Zhou Chuanping.


Seorang penyelidik yang bernama Huang Yan berkata, seekor panda gergasi mampu menghasilkan lebih 10 kilogram najis setiap hari.
Setiap pusat panda dapat memelihara lebih daripada 300 ekor panda di Wolong, Bifengxia dan Dujiangyan.


Najis panda juga kaya dengan serat serta telah digunakan sebagai baja di ladang-ladang teh dekat Sinchuan.
Ladang-ladang teh berkenaan telah bertanggungjawab bagi menghasilkan Teh Panda yang mana merupakan salah satu jenama teh yang termahal di dunia. 


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

PM: Cina Kuasai Islam Lebih Layak Dari Si Melayu Jahil.



Suka tak suka Cina akan jadi PM Satu penulisan menarik oleh bekas wartawan veteran 

SAMA ada Lim Kit Siang berpura-pura tidak mahu jadi Perdana Menteri bukanlah suatu yang perlu didebat.
      
Isunya bukan Kit Siang tetapi kemungkinan Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti orang Cina.

Sekalipun pemimpin senior DAP itu tidak jadi Perdana Menteri, apakah orang UMNO reda seorang Cina yang lain jadi Perdana Menteri?
      
Suka atau tidak suka tiada cara ia dapat dibantah. Mungkin orang UMNO dapat menghalangnya. Sekali atau 10 kali. Tetapi ia tidak mungkin terhalang akhirnya. Kalau tidak dalam masa 50 tahun ini, dalam masa 100 tahun lagi atau 200 tahun lagi. 
     
Siapa yang tidak terliur untuk jadi Perdana Menteri. Orang yang jadi sultan pun jika boleh teringin juga kerana banyak yang sultan tidak boleh buat tapi Perdana Menteri boleh buat.
     
Bukan satu dosa besar atau dosa kecil jika Kit Siang teringin jadi Perdana Menteri. Ia tidak dilarang oleh perlembagaan. Perlembagaan yang disediakan oleh UMNO 70 tahun dulu membenarkan siapa saja warganegara boleh jadi Perdana Menteri. Yang tidak boleh untuk jadi sultan saja.
     
Kit Siang dengan usianya, pertengahan 70-an sekarang masanya tidak sempat. Menangis air mata darah pun dia tidak jadi Perdana Menteri. Bukan dihalang perlembagaan, politik masa ini tidak memberi laluan kepada selain Melayu jadi Perdana Menteri. Bukan semua Melayu boleh jadi Perdana Menteri. Setakat ini Melayu UMNO saja.
     
Melayu Sarawak sekalipun kerabat Barisan Nasional, tiada peluang. Kena jadi UMNO dulu. Lainlah setelah tiada lagi UMNO.
      
Masa 10 tahun ini tidak selesa bagi Kit Siang unuk jawatan itu. Selepas 10 tahun usianya lewat 80-an. Bukan usia yang logik lagi. Yang 90-an boleh jadi PM, Mahathir saja.
      
Kalaupun Kit Sing terliur, dia tahu masa tidak memihak kepadanya. Maka tidak berbangkit baginya jadi PM. 
    
Jika dengan kemahiran politiknya, dia dapat gunakan Dr. Mahathir atau Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, itu adalah kelebihannya. Bodohlah dia jika tidak menggunakan siapa saja - Melayu, Mahathir atau Anwar – untuk bekerja demi kepentingan kumpulan yang diwakilinya.
     
Jangan sangka Mahathir dan Anwar saja jika jadi PM diperalatkan oleh Kit Siang atau mana-mana Cina jua. Jangan kata Tunku dan Tun Razak bebas langsung daripada diperalat Cina dan India.
     
Selain Tunku dan Tun Razak memperalat Cina dan India untuk jadi PM, mereka juga bagi persepsi setengah orang, diperalat saudagar Cina. Banyak yang kata mereka pernah jadi alat MCA.
     
Bahasa politik terbuka Melayu dan Cina, UMNO dan MCA bekerjasama bagi mencapai kemenangan demi kekuasaan. Bahasa tidak diplomasinya iaitu Melayu diperalat Cina dan UMNO diperalat MCA dan sebaliknya.
     
Tunku pernah kata pada MCA, jangan tuntut banyak sangat. Setakat yang diberi itu orang sudah kata dia jual negeri pada Cina. Dari mula MCA tidak boleh menang di kawasan pengundi Cina. MCA menang sampai sekarang di kawasan Melayu. Ertinya UMNO jual kawasannya pada MCA.
     
PM itu baik dari DAP atau MCA sama saja iaitu Cina. Bukan PM dari DAP saja UMNO  tidak suka. Mana-mana Cina saja UMNO tidak senang. Jika Anuar Tan, Cina PAS Kelantan jadi PM, UMNO tidak suka juga.
     
Tiada jaminan Cina tak boleh jadi PM. Itulah sebab TG Nik Aziz pernah kata, Cina yang menguasai Islam lebih layak daripada Melayu yang jahil.

SUBKY LATIF 



Lihat sebelum ini..

Celaka Badut Trump! Gagal ‘Beli’ 128 Negara…


DONALD TRUMP! Anda sudah biasa mengugut dan merasuah komuniti perniagaan. Anda sudah faham dalam perniagaan, wang menentukan segalanya. Maruah anda mungkin pernah dibeli.

Malahan anda juga mungkin pernah membeli maruah orang lain dalam perniagaan. Cuma malang dan penuh celaka, dalam isu Baitulmaqdis – anda gagal membeli maruah 128 pemimpin hebat dunia.
Setelah diaib dengan 14 undi dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang menentang pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menanggung malu berganda.
Bayangkanlah dua pertiga anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) semalam turut menentang keputusannya malam tadi. Trump tewas teruk. Hanya sembilan negara bersama AS menyokong Zionis.
Manakala 35 negara berkecuali dan 21 lagi tidak mengundi. Namun, paling jelas, 128 negara menyatakan pendirian tegas bahawa Baitumaqdis bukan hak milik Israel bahkan tidak layak diiktiraf sebagai ibu negara Zionis itu.
Trump mencuba sedaya upaya sebelum pengundian bermula. AS mengugut untuk untuk menarik balik bantuan kewangan pada negara-negara yang menentang mereka.
Namun, usaha dan taktik politik paling kotor dalam sejarah pengundian UNGA itu, tetap gagal memenangkan misi Trump dalam usahanya membantu rejim haram Israel.
Dua hari lalu, Trump dengan lantang dan bongkak secara terbuka mengugut untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang didapati menyokong draf resolusi itu.
“Mereka ambil ratusan juta AS dolar, malah berbilion dolar daripada kita dan kini menentang kita,” katanya.
Dalam senario pengundian semalam, wujud kesepakatan sejagat menentang pengisytiharan Trump terhadap status Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember lalu.
Uniknya, hanya 57 negara OIC mengundi dengan membawa semangat yang dicapai di Turki minggu lalu. Jadi, maknanya 71 undi pro-Palestin sebenarnya diperoleh daripada negara bukan Islam.
Sudah pasti undi diperoleh daripada kalangan negara blok Eropah, Afrika, Amerika Latin dan Asia.
Hanya lapan negara yang bersama AS iaitu Guatemala, Honduras, Kepulauan Marshall, Micronesia, Nauru, Palau dan Togo. Pastinya sebuah lagi yang sudah diketahui dunia, ialah Israel.
Baki 35 negara yang berkecuali tidak penting lagi, kerana Trump mengharapkan sokongan dan bukan pengecualian. PBB memiliki 193 keanggotaan negara dunia.
Keputusan undian menjadikan suasana di PBB semalam, sebagai hari paling celaka buat Trump. Malah, turut mencatat sejarah sebagai detik yang paling memalukan AS di PBB selama 8 dekad kewujudan badan dunia itu.
Pergi jahanam Trump!
Anda kini ‘badut dunia’ yang diperlekehkan di PBB. Malah, keputusan undian malam tadi juga, menghantar isyarat jelas pada rakyat AS: Anda semua telah mengundi seorang badut sarkas hebat.
Trump kini sumber hiburan politik yang menyakitkan hati masyarakat dunia!
Lihat sebelum ini..



PBB Batal Pengiktirafan Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel


Hasil carian imej untuk masjid putrajaya palestin
NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) isytihar keputusan Amerika Syarikat (AS) iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagai tidak sah dan terbatal.
Dalam satu pengundian, 128 negara menolak keputusan AS itu, dengan sembilan lagi negara menyokong.
35 negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian tersebut, manakala wakil 21 negara tidak hadir.
Pengundian yang berlangsung pada Khamis disifatkan satu kemenangan untuk Palestin, biarpun ia mencatat sokongan lebih rendah, berbanding 150 yang dijangka sebelum ini.
Terdahulu, sebelum pengundian 193 negara itu, AS menerusi dutanya ke PBB, Nikki Haley mengulangi ancaman Presiden Donald Trump untuk memotong bantuan kewangan kepada mana-mana negara yang menyokong resolusi berkenaan.
Haley juga menegaskan keputusan undian di PBB tidak akan membuat sebarang perubahan ke atas rancangan Washington memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis – astroawani
Lihat sebelum ini..


Mufti Wilayah Turun Padang Jumpa Maknyah, Pelacur, Pendadah..


 Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengadakan pertemuan dengan golongan maknyah semalam.
KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri nampaknya lebih mengamalkan pendekatan terbuka termasuk berjumpa sendiri dengan golongan mak nyah.
Semalam, beliau meluangkan masa kira-kira dua jam berjumpa sendiri dengan golongan transgender itu di sekitar Chow Kit di sini.
Sebelum ini, beliau telah menarik perhatian masyarakat apabila bertemu dan duduk berbual dengan pekerja seks dan pengguna dadah.
Pagi tadi dalam laman Facebooknya, Zulkifli memaklumkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan golongan itu bermula pukul 12 tengahari hingga 2 petang.
 Antara golongan maknyah yang hadir dalam pertemuan dengan Mufti Wilayah Persekutuan di Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.
“Alhamdulillah, semalam merupakan sesi suaikenal yang amat bermakna bagi kami. Banyak maklumat baru yang diperoleh bagi memantapkan lagi kajian dalam isu-isu berkaitan.

“Sesungguhnya kami mengasihi kalian semua kerana Allah,” kata Zulkifli dalam laman sosialnya itu. Beliau berkata, program suaikenal itu akan diteruskan dengan program susulan yang diharapkan dapat mendatangkan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Mengambil sepotong hadis nabi Muhammad, Zulkifli dalam muatnaiknya itu turut menekankan soal kasih-sayang antara manusia.
“Sabda Nabi bermaksud; “Tidaklah seorang dari kalian sempurna imannya, sehingga dia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang dia cintai untuk dirinya.”
“Terima kasih kepada Elisha Kor Krishnan selaku Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Kesihatan Umum Malaysia (PKKUM) yang memulakan langkah membina jambatan persaudaraan ini. Begitu juga kepada Syed Azmi yang menjadi rakan strategik kami dalam memaknai kehidupan bermasyarakat di Malaysia,” katanya lagi.
Berdasarkan gambar yang dikongsi, antara kegiatan yang dijalankan adalah sembahyang berjemaah serta sesi soal jawab.
Program itu dianjurkan PKKUM dan disertai NGO antaranya Rumah Solehah, Sister in Islam, Rumah Wake, Pertubuhan Amal Firdausi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur.
Aktivis masyarakat, Syed Azmi Alhabshi yang turut bersama program itu pula berkata, perbincangan sekitar pengalaman hidup sebagai transgender di Malaysia.
“Kami berbincang tentang kondom, pekerja seks, kehidupan transgender dan bagaimana stigma memberi kesan kepada mereka,” katanya di Facebook hari ini.
Syed Azmi juga berkongsi pengalamannya ketika sesi solat berjemaah, apabila soalan pertama yang ditanya salah seorang daripada golongan mak nyah ialah; “Solat bahagian lelaki ke perempuan?”
“Beliau (Zulkifli) mendengar semuanya dan selepas makan tengah hari, kami solat Zohor bersama-sama. Beliau kasihkan semua manusia, itulah yang dikatakannya,” kata Syed Azmi lagi.- MalaysiaGazette
Hasil carian imej untuk masjid putrajaya palestin
Lihat sebelum ini..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails