Saturday, March 17, 2018

Parti Laksana Islam wajib Dipertahan – Ustaz Azhar Idrus.



KOTA BHARU: Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus berharap rakyat Kelantan mengekalkan kerajaan negeri yang ada sekarang pada PRU14 tidak lama lagi.
Serunya, parti yang memerintah mengikut kehendak Islam wajib dipertahankan di mana Kelantan telah menjadi contoh dalam aspek pentadbiran Islam di Malaysia.
"Perkara yang baik mesti dipertahankan termasuk kerajaan Kelantan. Insya-Allah ada ganjarannya kerana membantu menyebarkan agama Allah," ujarnya ketika menyampaikan kuliah Jumaat sempena Himpunan Bangkit Pertahan di Padang Perdana hari ini.
Ustaz Azhar idrus 2
Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Dato’ Abdul Fattah Mahmood serta para pimpinan PAS.
Ustaz Azhar juga mahu rakyat di negeri itu menolak pemimpin yang memperlekehkan undang-undang Islam pada PRU14 ini.
“Golongan itu mesti ditolak kerana mereka lebih pandai daripada Allah Yang Maha Esa. Adakah patut mendakwa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan?
"Kenyataan itu menggambarkan dia lebih pandai dari Allah. Golongan ini mesti ditolak,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/3/2018

UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

Friday, March 16, 2018

Jom WINS! Hala Tuju Negara Bersama PAS. -Presiden PAS

Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) – Hala tuju negara bersama PAS

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menawarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) bagi menyelesaikan masalah negara yang membebankan rakyat dan kerajaan, akibat kegagalan melaksanakan konsep warisan penjajah yang dialami oleh semua bekas jajahan takluk, khususnya negara umat Islam.
Islam adalah penyelesaian yang perlu dikemukakan, setelah melihat kegagalan ideologi atau teori ciptaan manusia yang diperjuangkan oleh semua pihak yang hanya mengenali apa yang ditinggalkan oleh penjajah masing-masing.

Islam adalah petunjuk Allah, pencipta alam semesta termasuk makhluk manusia. Petunjuknya adalah sempurna memenuhi naluri atau fitrah manusia yang tidak mampu dipenuhi oleh semua agama dan ideologi lain daripada Islam yang menjadi punca atau sebab kegagalannya.

Firman Allah:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (٤١) قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ (٤٢﴾
[الروم: 41-42]
  • “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (41) Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik". (42)” (ar-Rum: 41-42)

Al-Quran adalah petunjuk sepanjang zaman. Ini dapat disaksikan kebenarannya terkini apabila seluruh dunia dan manusia menghadapi krisis nilai dan masyarakat, sehingga mencetuskan krisis politik, ekonomi, pentadbiran, moral dan alam sekitar. Puncanya kerana syirik. Bukan sahaja syirik dalam ibadat, namun termasuk juga dalam mencipta penyelesaian sendiri di luar kemampuan sehingga meninggalkan petunjuk Allah yang Maha Rahmat dan Adil terhadap makhluknya.

Firman Allah:
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (٢١﴾
[الشورى: 21]
  • “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang lain daripada Allah) yang mencipta untuk mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (as-Syura: 21)

WINS adalah berpandukan acuan Allah daripada petunjuk al-Quran. Firman-Nya:
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ(٤١﴾
[الحج: 41]
  • “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat (sembahyang), serta memberi zakat (sumbangan harta atau ekonomi), dan mereka melaksanakan amar maaruf (berkebajikan), serta nahi mungkar (melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar). Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (al-Hajj: 41)

Ayat ini mengandungi di dalamnya 4 ciri terpenting dalam aspek menegakkan negara sejahtera berkonsepkan ibadah kepada Allah di dalam solat agar manusia memimpin dengan jati dirinya berhubung dengan Allah dan peranan manusia bermasyarakat madani melalui ibadat, khilafah dan amanah untuk melaksanakan syariat:

1.Mendirikan solat

Mentarbiyah pemimpin supaya sentiasa memohon hidayah Allah setiap waktu yang wajib dan sunat, bagi melaksanakan seluruh kehidupannya bersama hidayah tersebut. Bukan sekadar ilmu dan pengalamannya sahaja dan bukan juga mendirikan masjid tanpa mendirikan solat, tetapi memakmurkan masyarakat yang menghubungkan urusan negara dengan Islam yang sempurna.

Meneguhkan keimanan, bukan sahaja sokongan rakyat melalui pilihan raya yang terdedah kepada kejahilan dan penipuan, tetapi juga beriman kepada kewajipan daripada Allah yang ada perhitungan dosa dan pahala.

Ini sangat berbeza dengan ideologi yang dipisahkan daripada urusan agama yang bukan maksudnya daripada kalimah al-Din dan juga berlainan dengan agama-agama dan ideologi yang tidak sempurna tanpa politik, ekonomi dan urusan kemasyarakatan.

Menafsirkan perkataan Islam sebagai agama persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan perkataan al-Din mengikut istilah yang merdeka daripada penjajah kerana Islam adalah sempurna dan merangkumi urusan agama dan ideologi.

Maka negara sejahtera bercirikan ayat al-Quran yang disebutkan di atas dan menghubungkan politik kepada iman atau aqidah yang diikat dengan sentiasa beribadat kepada Allah melalui ikatan solat yang diucapkan dengan bacaan:
الحمد لله رب العالمين

  • “Segala pujian itu bagi Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam semesta”

Mewajibkan patuh kepada syariat Allah dengan ikhlas dalam segala urusannya, termasuk juga mentadbir negara selepas bersolat. Dilafazkan di dalam solat itu:
إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين
  • “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku semata-mata kerana Allah Pencipta dan Mentadbir Alam”

Setiap calon PAS diwajibkan baiah yang menjadi sebahagian daripada rukun politik Islam. Politik yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan perintah Allah daripada Al-Quran. Para ulama’ dan ilmuan Islam yang setia dan beramanah mewarisi cara pelaksanaan Rasulullah S.A.W, menetapkan ketaatan (kepatuhan) dan wala’ (kesetiaan) mutlak kepada Allah dan Rasul yang menjadi aqidah perjuangannya sehingga ketaatan rakyat terhadap pemimpinnya bersyaratkan tidak menderhakai perintah Allah dan Rasul.

Ini berbeza dengan kalangan yang memperkecilkan baiah sehingga boleh melakukan apa sahaja. Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ (١﴾
[المائدة: 1]
  • “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian (termasuk perjanjian syahadah dan baiah)”. (al-Maidah: 1)

Firman Allah:
إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا(١٠﴾
[الفتح: 10]
  • “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan baiah (memberi pengakuan taat dan wala’ (setia) kepadamu (wahai Muhammad S.A.W), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya, maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar” (al-Fath: 10)

Selain itu, dikaitkan baiah dengan iman atau aqidah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat supaya melaksanakan konsep adil terhadap masyakat majmuk yang berbilang bangsa, agama dan sikap terhadap kerajaan. Tegasnya, adil terhadap seluruh rakyat tanpa mengira penyokong kerajaan atau pembangkang, kerana semuanya adalah sebahagian daripada negara.
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (٨﴾
[المائدة: 8]
  • “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (al-Maidah: 8)

Rasulullah S.A.W melakukan baiah apabila memerintah negara, dan dikuti oleh pemerintah Islam dan parti Islam yang menyambung perjuangannya.
Setiap calon PAS yang beragama Islam sebelum berbaiah, hendaklah lebih dahulu diluluskan oleh Majlis Syura Ulama secara jamaie selepas diketahui peribadinya secara terperinci daripada semua sumber maklumat sekadar kemampuan.

Kenyataan pihak kerajaan di Parlimen menyebut bahawa kerajaan PAS khususnya di Kelantan yang paling lama memerintah, bersih daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini menunjukkan kejayaan aspek tarbiah dan baiah dalam membina jati diri dan syakhsiah pemimpin kerajaannya.

2.Konsep ekonomi yang adil (zakat)

Ekonomi menyumbang kepada negara dan masyarakat. Salah satu ciri terpenting yang menjadi rukun negara sejahtera adalah melaksanakan konsep ekonomi yang adil dan mewajibkan zakat kepada penganut Islam sahaja yang merupakan ibadat harta daripada mereka yang berada dan berkemampuan.

Konsep ini menjadi petunjuk dalam aspek percukaian yang diwajibkan ke atas mereka yang mampu sahaja. Tidak menyekat kekayaan seperti teori sosialis dan komunis dan tidak bebas sehingga berlakunya kekayaan yang berpusing di kalangan orang yang tertentu sahaja yang menjadi penyakit teori liberal kapitalis.

3.Negara Berkebajikan (amar maaruf)

Amar Makruf adalah konsep Negara Berkebajikan yang berbeza dengan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Berkebajikan itu merangkumi seluruh kehidupan manusia yang berhubung dengan Allah, diri, keluarga dan masyarakat sehingga melibatkan kerajaan dan rakyat menunaikan tanggungjawab dalam seluruh kegiatan kerajaan dan masyarakatnya yang melibatkan jasad, roh, ilmu dan akhlak.

Dalam bidang ekonominya berpandukan firman Allah:
 كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (٧﴾
[الحشر: 7]
  • “(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).” (al-Hasyr: 7)

Contohnya GST adalah cukai darurat ekonomi apabila berada dalam keadaan darurat. Adakah ekonomi kita dalam keadaan darurat? Sebelum itu, hendaklah mengurus hasil tanpa cukai dengan baik, zakat dan cukai dikenakan kepada yang melibatkan kalangan yang berkemampuan terlebih dahulu, serta tidak berlakunya ketirisan atau salah laku tanpa membebankan rakyat termiskin, kerana kesan GST berlakunya inflasi.

4.Kehaibatan undang-undang tarbiyah (Nahi Mungkar)

Konsep Nahi Mungkar dengan maksud yang luas, bukan sahaja melaksanakan undang-undang yang punya kehaibatan mendidik masyarakat dan bukan sekadar menghukum sekeras-kerasnya seperti Hudud, Qisas dan Takzir, tetapi dengan syarat-syarat yang sukar bagi menjatuhkan hukuman dengan memilih bertaubat atau hukuman Takzir yang ringan lebih digalakkan. 

Namun undang-undangnya memberi kesan rohani kepada penjenayah atau bakal penjenayah. Hanya kalangan yang mengambil hasil haram daripada penjenayah juga menentangnya.

Nahi Mungkar juga adalah kebebasan bersuara oleh semua pihak terhadap kerajaan dan jenteranya, bukan sahaja oleh kalangan yang dinamakan pembangkang, tetapi pihak dalam kerajaan sendiri boleh membangkang dan juga rakyat umum.

Ditegaskan dengan penubuhan badan yang dinamakan hisbah di bawah kuasa perundangan untuk melakukan muhasabah terhadap pemimpin kerajaan, jentera kerajaan dan kegiatan rakyat dalam segala lapangan.

5. Akhirnya Wawasan Sejahtera (ولله عاقبة الأمور)

Berkeyakinan bahawa penyelesaian Islam itu pasti memberi kemenangan dan kejayaan dalam kehidupan dunia sehingga menerima ganjaran di Hari Akhirat yang kekal abadi berpandukan firman Allah:
فَآتَاهُمُ اللَّهُ ثَوَابَ الدُّنْيَا وَحُسْنَ ثَوَابِ الْآخِرَةِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ(١٤٨﴾
[آل عمران: 148]
  • “Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.” (ali-Imran: 148)

Firman Allah:
يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (١٢) وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ (١٣﴾
[الصف: 12-13]
  • “(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. (12) Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya di alam dunia). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (13)”  (as-Saff: 12-13)

Mewajibkan keyakinan kepada Wawasan Sejahtera bersama Islam yang jauh dan luas kerana lapangannya daripada dunia sehingga akhirat, menggantikan Wawasan 2020 di Malaysia atau Wawasan 2030 di negara arab yang diperkenalkan kini, yang pasti gagal di dunia sebelum akhirat kerana salah kiblat politik walaupun betul kiblat solatnya, yang diakibatkan daripada ideologi kanan dan kiri walaupun diubah kepada pragmatik.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG 
Presiden PAS
Bertarikh: 27 Jamadil Akhir 1439 / 15 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 15/3/2018

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Bongkar Lagi! Rakyat PP Menderita, Rugi RM 20 Bilion – Wee Ka Siong


Lelaki Kahwin Percuma! Pekerja Seks Sanggup Bayar. Tapi..


Ratusan foto wanita panggilan yang menjadi anak buah Keyko saat gelar barang bukti di Mapolrestabes  Surabaya, (9/10). TEMPO/Fully Syafi

KUALA LUMPUR – Sebilangan wanita warga asing sanggup membayar wang kepada lelaki warga Malaysia supaya berkahwin dengan mereka bagi tujuan mendapatkan pas untuk berada di Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, mereka bagaimanapun tidak tinggal bersama dan hanya berjumpa dengan lelaki yang dikahwini setahun sekali untuk tujuan lanjutan pas.
“Pas-pas tersebut dimohon sebagai kemudahan untuk tujuan bekerja di negara ini dan mengaut keuntungan yang lumayan melalui aktiviti tidak bermoral,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Terdahulu, Mustafar memaklumkan, pihaknya mengadakan Operasi Gegar keatas dua buah pusat urut pada 14 Mac lalu di kawasan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
Kata beliau, hasil risikan awal Jabatan Imigresen mendapati premis itu menawarkan pakej urutan dan juga tawaran perkhidmatan sampingan ‘urutan batin’ pada harga RM100 hingga RM150.
Menurut beliau, pemeriksaan juga mendapati kebanyakan wanita warga China yang ditahan dalam operasi itu mempunyai Pas Residen dan Pas Isteri Kepada warganegara tetapi bekerja di pusat-pusat urut.
“Wanita-wanita ini memberikan butiran palsu semasa menghantar permohonan mendapatkan pas-pas sebegini untuk menjalankan akitiviti-aktiviti tidak bermoral,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Masalah di atas, dan semuanya ada jalan selesai, iaitu dengan kembali kepada cara hidup Islam. Cara hidup peribadi, keluarga, masyarakat dan pemerintahan. Bagaimana untuk mendapatkan pemerintahan Islam?

Mudah sahaja, undilah parti Islam dalam PRU akan datang.
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

Kami Bantu Mangsa Ah Long Secara Percuma. -Datuk Nadzim (PPIM)



PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan dakwaan mereka mengenakan caj ke atas mangsa ah long yang meminta bantuan daripada organisasi itu.


PPIM menjawab dakwaan bekas pekerjanya, mereka mengenakan caj sebanyak 10% selain caj tambahan lain terhadap mangsa ah long yang meminta perlindungan dan bantuan menyelesaikan bayaran hutang tertunggak dengan ah long.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyangkal dakwaan itu dan memberitahu FMT yang PPIM tidak meminta sebarang bayaran daripada mereka yang meminta bantuan.

“Di mana kami boleh bantu, kami bantu secara percuma. Ini termasuklah memberi nasihat kepada orang ramai, mesyuarat dan berunding dengan pihak berkaitan.
“Tetapi, ada perkara yang memerlukan kepakaran luar atau perkhidmatan profesional, seperti bantuan undang-undang, perakaunan dan sebagainya.”

Katanya, perunding itu akan mengenakan caj maksimum 10% untuk perkhidmatan profesional mereka, tetapi mangsa yang meminta bantuan PPIM tidak wajib menggunakan perkhidmatan panel perundingnya.

“Yuran maksimum 10% dikenakan perunding kepada pelanggan. PPIM tidak terlibat mahupun mendapat keuntungan daripadanya.
“Jika seseorang mahu menggunakan perunding lain, mereka bebas berbuat demikian. Kami masih akan memainkan peranan untuk memberi nasihat dan menyelia secara percuma.”

Nadzim berkata, resit untuk perkhidmatan rundingan luar akan dikeluarkan perunding, bukan PPIM.

Katanya, jika panel perunding mereka didapati tidak beretika, PPIM tidak ragu-ragu mengeluarkan mereka daripada senarai perunding.
Beliau berkata, 5 perunding sudah dikeluarkan daripada senarai itu, setakat ini.

Nadzim berkata, panel perunding luar PPIM termasuk 2 syarikat dikenali sebagai Semboyan 1Malaysia (S1M) serta Risk Group Management and Consultancy yang diketuai Yusuf Azmi yang juga pengarah Unit Tindakan Khas PPIM.

“Saya tidak rasa ada konflik kepentingan dengan Yusuf menjadi sebahagian daripada PPIM dan syarikatnya menjadi panel perunding kami kerana tiada paksaan untuk sesiapa yang meminta bantuan kami berbincang dengan perunding luar PPIM.”

Nadzim berkata, walaupun perunding luar tidak wajib memberi balasan kepada PPIM, kumpulan pengguna itu akan mengutip sumbangan apabila pihaknya memerlukan dana untuk menganjurkan program.

“Menjalankan forum dari semasa ke semasa tidak murah. Jadi, apabila kami mahu menganjurkan acara, kami mengumpul dana dengan meminta sumbangan daripada semua orang, daripada perunding luar kami sehinggalah kerajaan dan sektor swasta.”

Nadzim turut menafikan Syed Alwi Al Hadad Syed Mustaffa yang mengakui dirinya bekas pekerja PPIM. Katanya, Syed Alwi adalah bekas pekerja Yusuf di satu daripada 2 firma perunding itu. Dengan memetik fail sulit, Syed Alwi mendakwa ada masanya mangsa dikenakan bayaran melebihi jumlah hutang mereka dengan ah long.

Isnin lalu, Yusuf membuat laporan polis terhadap Syed Alwi dan 3 yang lain atas dakwaan mencuri fail penting mengenai ah long dari pejabat PPIM.
Tetapi Syed Alwi berkata fail-fail tersebut tidak hilang dan masih ada di pejabat PPIM. (TKO)


Usul Pulangkan RM430J 1MDB Tewas Di Parlimen Swiss



Parlimen Switzerland hari ini menentang usul mengembalikan dana berkaitan 1MDB yang diperolehi secara salah kepada negara asalnya. Usul itu dibentangkan oleh anggota parlimen daripada Parti Sosial Demokrat (SP) Carlo Sommaruga.

Sejumlah 138 anggota parlimen mengundi menentang usul itu dan hanya 53 menyokong. Tiada yang berkecuali.
Rampasan CHF104 million (RM430 juta) yang dikaitkan dengan 1MDB yang dirampas kerajaan Switzerland disebut dalam usul itu.

"Perjuangan ke arah keadilan dan solidariti serta melawan korupsi dan aliran kewangan haram akan diteruskan," kata Setiausaha Antarabangsa SP Peter Hug menerusi emel kepada Malaysiakini.

Ketika perbahasan, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland Ignazio Cassis berkata usul tersebut "terlalu umum".
Cassis adalah anggota Majlis Persekutuan, iaitu cabang eksekutif kerajaan negara itu.

"Usul ini...terlalu umum, kerana ia meminta Majlis Persekutuan masuk campur melangkaui apa yang mampu dilakukannya, ekoran pemisahan kuasa dan kebebasan kehakiman," katanya.
Cassis berkata keputusan untuk memulangkan dana haram perlu bergantung kepada keputusan sebarang prosiding jenayah.

"Majlis Persekutuan telah memainkan peranan penting dalam membantu pemulangan dana...dalam beberapa kas rasuah yang besar dan kompleks.
"Namun pemulangan seumpama itu sentiasa berdasarkan keputusan dan atas permintaan kehakiman," katanya.

Sebelum ini, SP menjelaskan dana haram yang dirampas di Switzerland tidak akan dipulangkan kepada kerajaan negara asal tetapi kepada rakyat.
Artikel 17 Akta Aset Luar Haram Switzerland (FIAA) menyatakan pemulangan aset perlu dibuat sama ada untuk menambahbaik kehidupan penduduk negara asal atau mengukuhkan kedaulatan undang-undang negara itu.

Artikel 18 akta sama pula menggariskan jika tiada persetujuan dengan negara asal, pengembalian aset akan dibuat melalui pertubuhan dalam negara itu atau antarabangsa, termasuk NGO.

Anggota parlimen pembangkang dan NGO di Malaysia melobi agar wang tersebut dipulangkan kepada "mereka yang berhak", iaitu rakyat Malaysia.
Kerajaan Switzerland merampas dana daripada tiga bank - Bank BSI, Coutts & Co dan Bank Falcon - selepas terbabit mencuci wang yang dikaitkan dengan 1MDB.

Ketiga-tiga bank kini membuat rayuan berhubung rampasan itu di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.

Menteri Kewangan Switzerland Ueli Maurer sebelum ini berkata dana tersebut disalurkan kepada perbendaharaan negara kerana tiada pihak yang menuntutnya. (Indah.com)

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

L/Kit Siang Hantar Seorang Lagi Anak Tanding Di PP? Apa Balacinya?



Azizi Safar – Pada 6 Feb 2013, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan yang adik perempuan bongsunya, Lim Hui Ying akan dicalonkan untuk bertanding pada PRU13.


Desas desus terkini menyebut bahawa adik perempuan Lim Guan Eng, Lim Hui Ying akan bertanding di Tanjong Bungah, kerusi DUN yang kini disandang oleh Teh Yew Cheu.
Setahun setengah yang lalu sudah kedengaran bunyi-bunyi yang menyatakan Lim Hui Ying akan diletakkan sebagai calon DAP untuk kerusi DUN sebagai persediaan untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya Lim Guan Eng ke penjara kerana didapati bersalah melakukan rasuah.
Teh Yew Cheu sudah pasti tidak akan dinamakan semula sebagai calon DAP pada PRU14 ini. Lim Guan Eng tidak berkenan dan sangat marah dengan Teh Yew Cheu yang seringkali membangkitkan mengenai had tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Teh pernah beberapa kali membawa usul ke DUN Pulau Pinang untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada hanya 2 penggal. Selain itu, Teh Yew Cheu juga sering mempersoalkan dan mempersalahkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng berhubung kerosakan alam sekitar dan penggondolan bukit secara haram.
Teh Yew Cheu juga telah menyatakan bahawa beliau akan umum keluar DAP sebaik saja pembubaran DUN Pulau Pinang dibuat. Beliau dikatakan sangat berkemungkinan akan menyertai PSM selepas keluar DAP.
Beliau juga dikatakan akan bertanding lagi pada PRU 14 sebagai calon PSM di satu kerusi DUN yang lain untuk memenuhi janji supaya memberi laluan lebih mudah kepada adik Lim Guan Eng untuk kerusi DUN Tanjong Bungah.
Kerusi manakah jadi pilihan Teh Yew Cheu?

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Maka redhalah puak-puak balaci DAP salak bukit walau pun 7 jong berlalu, dia tetap bercawat ekor juga! 

Mereka takut sangat kalau pengundi Malaysia memilih...
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails