Saturday, May 05, 2018

Kerana Kata Mangsa Memali Syahid, Penasihat AMANAH Dihalau..

Hasil carian imej

Dari MALAYSIA DATELINE

Tun dah minta maaf, maka sewajarnya dia dimaafkan, kata Ahmad Awang. Penasihat AMANAH, Ustaz Ahmad Awang berkata, beliau pernah dihalau dari mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan kerana memberikan pandangan bahawa mangsa Memali adalah syahid.

“Saya dihalau dari Majlis Fatwa kerana kata mangsa Memali syahid,” kata Ahmad Awang yang pernah menjadi Pengarah Institut Dakwah Islamiyah (Indah), nama asal kepada Pusat Islam dan kini Jakim.


Menurut Ahmad, “satu-satunya ahli yang menentang keputusan Majlis Fatwa itu adalah saya (yang hadir mesyuarat Majlis Fatwa sebagai ex-officio).

“Akibatnya saya diusir daripada sidang mesyuarat itu (1986) dan dilarang terus daripada menghadiri mesyuarat Majlis itu hingga saya bersara pada tahun 1991,” katanya.

Bagi beliau, apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir bahawa korban Memali tidak syahid ada asasnya tetapi berkata korban itu mati katak memang tidak wajar.

“Tun kata korban Memali tu tak mati shahid kerana ikut yang Tun faham peristiwa itu berbangkit daripada amanat Haji Hadi yang mengkafirkan Umno.
“Lagi pun ikut fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan (dengan 14 mufti dan 5 ahli lagi) telah memutuskan bahawa korban Memali itu hukumnya tidak mati shahid kerana mereka di anggap sebagai bughah (penderhaka).
“Yang masih hidup jadi mufti adalah mufti Perak Tan Sri Haji Harussani Zakaria. Sila confirmkan daripada beliau,” katanya.

Ustaz Ahmad Awang menyokong bahawa Tun Mahathir tidak wajar dan terkasar apabila mendakwa korban Memali adalah ‘mati katak’

“Tun telah agak terkasar bila beliau mengatakan korban Memali itu tidak syahid dan ‘mati katak’.
“Tun M sudah mengaku terkasar bahasa dan minta maaf kepada keluarga yang terkorban dalam peristiwa Memali. Nampak ikhlas sungguh-sungguh.
“Maka wajarlah beliau memohon MAAF dan yang berkenaan patutlah memaafkan Tun Mahathir. Itu lah yang diajarkan Rasul kepada ummatnya,” kata Ahmad, bekas naib presiden Pas itu.

Bekas pengarah Institut Dakwah Negara (Indah) itu menyatakan, korban Memali adalah mati syahid, namun tidak persetujui oleh para mufti.

“Kalau ada yang marah Tun kata korban Memali tak mati syahid saya cadangkan minta Majlis Fatwa Kebangsaan kaji semula fatwa tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ahmad, beliau sendiri telah sampaikan nasihat supaya Tun Mahathir jangan sentuh hal hukum hakam Islam (melalui Presiden).

“Mungkin Tun terkadang terdesak bila di provok Ustaz Haji Hadi yang tak habis-habis menyerang peribadi Tun.
“Jadi kita pun boleh faham situasi beliau seperti itu. Apa pun kita doakan agar Tun M sentiasa diberi Allah hidayahNya,” kata Ahmad.

Ahad Ini, Gereja Evangelise Doa Calonnya Menang &Di Israel Doa BN Tumbang.




Allahyarham Dato’ Dr Haron Din, Mursyidul Am PAS dalam satu mesyuarat Majlis Syura pernah meminta ahli ahli PAS menjauhi DAP setelah sedar akan pengaruh gerakan evangelis dalam parti itu dalam isu kalimah Allah.
Kerana ketegasan arwah Haron Din, ada ahli parlimen DAP yang menghinanya secara terbuka ketika arwah meninggal dunia. Dr Zuhdi, Pengarah Penyelidikan PAS juga pernah dedahkan punca PAS berpecah dengan DAP adalah kerana gerakan evangelis.
Kumpulan yang liberal dan berfikiran bebas dalam PAS turut sama keluar dari PAS dan menubuhkan PAN yang ditaja oleh DAP. Mohd Sabu “G String Merah” menjadi ketuanya.
DAP bukanlah gerakan parti politik yang biasa, majoriti ahli ahli parlimen mereka adalah berfahaman evangelis dan cukup menentang kuat hukum agama Islam di negara ini.
DAP menerusi konsep “Malaysian Malaysia” menentang agar hak dan kedudukan orang Melayu dihapuskan. Malah DAP sudah anggap Mahathir sebagai Ketua Paderi, baca tulisan Beruang Biru ini :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1744998885520581&id=697192853634528
DAP perkudakan orang Melayu, DAP maki orang Islam dengan bahasa kasar, mereka tentang tulisan jawi, mereka lawan perlaksanaan hudud dan mereka pecah belahkan orang Islam menerusi parti PAN dan PPBM. Lihatlah bagaimana Nga Kor Ming, memaki orang Melayu dalam video ini :
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam satu laporan Berita Harian semalam berkata DAP sebenarnya masih mengetuai pakatan pembangkang dengan bawa bersama ideologi sosialisme dan liberal, yang tidak boleh diterima masyarakat Islam walaupun parti itu bersetuju memakai logo parti PKR.
Beliau berkata, dalam PRU sebelum ini, DAP berusaha memecahkan undi Melayu dan kali ini terpaksa menerima musuh politiknya, Mahathir Mohamad untuk mencapai cita-cita itu.
Komplot menjatuhkan kerajaan bermula apabila Mahathir gagal menguasai pentadbiran yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga beliau memilih untuk bersekongkol dengan musuhnya, DAP dan PKR.
“Apabila penyingkiran berlaku dalam UMNO, Mahathir dan Mukhriz hilang platform dan kekuatan dalam UMNO sehingga terpaksa mengambil talian hayat daripada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
“Melihat keadaan ini berlaku, DAP sedar Mahathir mempunyai kekuatan yang boleh diambil kesempatan untuk memecahkan undi Melayu.
“Saya fikir rakyat perlu melihat situasi ini kerana isunya bukan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau 1MDB tapi asasnya DAP masih mengenengahkan ideologi sosialisme dan liberal jika parti itu diberi peluang,” kata Annuar.
DAP membawa budaya sosialisme serta ateisme yang bertentengan dengan Islam, antaranya budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang membolehkan manusia itu melakukan apa sahaja yang mereka suka, ulas Annuar Musa
Kalau mereka berkuasa, perkara seperti hak istimewa orang Melayu akan dirosakkan oleh parti ketua pakatan ini iaitu DAP. Parti PKR, PPBM dan PAN hanya jadi suruhan politik yang akan diam seribu bahasa selepas disogok dengan jawatan dan kedudukan yang besar dalam kerajaan. Pemimpin seperti Mahathir, Dr Wan Azizah dan Anwar akan restu apa sahaja yang dibuat oleh DAP ke atas negara ini kerana kuasa.
Dalam pilihan raya pun, mereka hanya tahu gunakan #TsunamiPHitnah untuk hebahkan berita palsu mereka dan tuduhan jahat mereka.
Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin hanyalah umpan undi DAP sahaja. Yang sebenarnya berkuasa adalah DAP, tiga orang yang Guan Eng sudah lantik sebagai menteri itu (Nga Kor Ming, Liew Chi Tong dan Chong Cheng Jien) adalah berfahaman Evangelis.
Dalam khutbah Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen DAP Bakri) di Damansara Utama Full Gospel Businessmen  (FGB) Fellowship pada 13 Jun 2013, Yeo Bee Yin mendedahkan Tuhan bercakap terus dengan beliau.
Apakah yang Yeo Bee Yin maksudkan dengan ungkapan ini “It took 52 days to rebuild the walls of Jerusalem instead of 100. All it takes is one person to answer the call”. Jangan biarkan kumpulan Evangelis ini menang dalam PRU14.
Orang Islam kena ingat, khabarnya hari Ahad ini seluruh gereja yang berfahaman Evangelise mendoakan agar semua calon calon Evangelis mereka dalam DAP dan PKR menang dalam PRU14 ini.
Dalam PRU14, gereja Evangelis di Israel mendoakan agar kerajaan BN tumbang. Namun Allah SWT masih sayang BN, doa Evangelis ini tidak menjadi.
Hari ini hari Jumaat terakhir sebelum 9 Mei 2018, hari mengundi. Ayuh seluruh umat Islam kita doakan kerajaan Islam ini kekal di Putrajaya. Jangan biar parti yang mendapat dana Israel menjajah Putrajaya.
Tulisan: Beruang Biru
BB903, Jumaat, 4 Mei 2018. (PRU14TV)


Hanya PAS Sifar Rasuah!
Lihat..

Berpotensi Tingkat Ekonomi Rakyat -PAS PP


PERMATANG PAUH: Hasrat PAS Pulau Pinang membantu mengurangkan jurang ekonomi masyarakat di negeri ini akan terlaksana jika keputusan undian pada 5 dan 9 Mei ini berpihak kepada calon-calon PAS dan Gagasan Sejahtera.
Menurut calon PAS bagi N.12 Penanti, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, PAS telah mengenal pasti potensi yang dapat membantu meningkatkan ekonomi rakyat di negeri ini.
Ujarnya, ekonomi anak-anak tempatan dapat dihidupkan dengan menaikkan dan memajukan tanah-tanah wakaf di Pulau Pinang.
"Di Pulau Pinang, tidak ada tanah rizab Melayu, tetapi memiliki tanah wakaf yang banyak. Masalahnya, tanah wakaf di sini tidak diuruskan dengan baik.
"Jadi tidak upaya kerana urusan isu tanah adalah di bawah bidang kuasa Ketua Menteri. Ada tanah wakaf yang diganti dengan duit, duit semakin banyak tetapi tanah wakaf semakin kurang dan bila nak beli keadaan tanah itu tidak sama begitu juga dengan harga tanah yang semakin mahal," katanya.
Ujarnya, inilah keadaan yang berlaku sekarang ini di Pulau Pinang yang mana sistem pembaziran menjadi amalan kerajaan PH begitu juga keadaannya ketika Umno-BN memegang tampuk pemerintahan di negeri ini enam dekad lalu.
"Sebab itu saya menyeru marilah kita bersama-sama ubah apa yang boleh diubah yang mana tanah wakaf ini kalau ianya diuruskan dengan baik, orang Islam di Pulau Pinang akan merasai nikmat kesenangan yang sangat besar.
"Tambahan pula, saya pernah bekerja di pejabat zakat Pulau Pinang, selain zakat adalah sumber kekuatan ekonomi orang Islam, tanah wakaf juga mampu menjadi sumber ekonomi orang Islam," katanya. –HARAKAHDAILY 4/5/2018
Hasil carian imej untuk ceramah nurul Izzah di P.Pinang
Mesti tolak DAP berselindung di balik PKR di P/Pinang.

Strategi ‘Diversion’: Ini,Fokus Agenda Besar DAP -IKSIM



Asmawi Mat Seman – Ini Dato Prof Mahamad Naser bin Disa. Beliau salah seorang peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia ke persidangan Geneva. 

Di sana kerajaan kita didesak dan ditekan hebat oleh semua negara supaya tandatangan tuntutan agar mengiktiraf golongan LGBT di negara kita. Hebatnya desakan mereka sampai tepuk-tepuk meja.

Tapi, alhamdulillah walaupun didesak hebat, kerajaan kita tak tandatangan. Kalaulah kerajaan yang dibentuk nanti dalamnya berlonggok puak pro LGBT, liberal, anti hadith.. Hah, kau fikirlah sendiri.

Siapa Dato Prof Mahamad Naser ni?
Beliau adalah CEO Institut Kajian Strategik Islam Malaysia. Diceritakan beliau pernah berlawan dengan Karpal Singh di mahkamah sebanyak 20 kali berkaitan kes-kes kedaulatan Islam dan hak-hak orang Islam.

Daripada 20 kes, Karpal hanya menang 2 kali dan beliau menang 18 kali. Yang duk kata Karpal hebat sangat tu dalam kes curi, rompak, dadah, boleh la.

Tapi, bila dia cabar kedudukan Islam yang termaktub dalam perlembagaan, dia kalah teruk. Suruh tunjuk celah mana dalam perlembagaan yang kata Malaysia ni negara sekular, sampai mati dia tak boleh jawab. Islam tak diancam?

Google lah pasal tuntutan IFC, COMANGO..
Google lah pasal RECS / Evangelis Kristian..
Cari video di Youtube tajuk ‘Johor for Jesus’, ‘Jesus for Malaysia’..
Cari video ust Wan Ji cakap 2030 nanti Malaysia jadi negara republik.. Sistem beraja akan dihapuskan..
Google pasal 7 Mountains Mandate.. 7 gunung yang perlu ditawan bagi puak Evangelis untuk menguasai negara..
Salah satunya ialah.. Kerajaan.. 

Itu pasal kau tengok kat logo pakatan harapan ada gambar gunung. Harapan tu pulak dalam bahasa Inggerisnya ‘Hope’… Kau google tengok apa kaitannya.. Siapa yang finalizekan logo ni? Kau google lah…

Google gambar perjumpaan Obama berjumpa dengan wakil/aktivis pro LGBT Malaysia termasuk Nisha Ayub (Presiden Mak Nyah Malaysia, Pejuang Transgender di Malaysia yang dapat anugerah di US), Ambiga (Pengerusi Bersih), Maria Chin (Calon PKR, PJ – Pro LGBT) , Zuraidah (Ahli Parlimen PKR)..

Google apa itu Komuniti Muslim Universal (KMU) dan tengok apa kerja diorang.
Kau tengok apa dah jadi kat Indonesia, Singapore. Kahwin lain agama dibenarkan. Tukar agama macam tukar baju.

Sekejap Muslim sekejap Kristian. Itulah yang puak-puak ni nak supaya berlaku di negara kita dan anak cucu kita nanti.
Bagi yang mahu berfikir.. Tentang kedaulatan Islam di negara kita..

Solusinya, jom undi PAS
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini.
  PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular &sekandang dengannya, politik suku agama suku, yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

PAS Tanding 155 Kerusi. Cita Putrajaya &Simple Majoriti. 2/3 Muslim Ke Parlimen.

Hasil carian imej untuk pas tawan Malaysia


Walaupun PAS sebelum ini mensasarkan sekurang-kurang 40 kerusi parlimen untuk ditawan, tetapi kajian semasa yang dibuat khusus oleh jentera PAS melalui Pusat Penyelidikan PAS (PPP) dan Institut Strategi PAS (ISP) menunjukkan potensi yang tinggi untuk meraih kemenangan lebih daripada itu. Maka, pada saat akhir PAS memutuskan supaya bertanding 155 kerusi Parlimen. Bilangan ini tidak termasuk anggota Gagasan Sejahtera lain yang bertanding atas lambang PAS.
Sasar undi Melayu 
155 kerusi adalah melebihi dua pertiga majoriti kerusi Parlimen (148). Juga melebihi jumlah kerusi majoriti Melayu (117). Ini merupakan kali pertama dalam sejarah penubuhan PAS, bertanding lebih daripada majoriti mudah (112). Ia sekali gus membuktikan PAS serius dalam membawa perubahan untuk negara. Jumlah 155 adalah cukup realistik dari sudut kemampuan dan potensi, kerana PAS hari ini sudah memiliki 195 Kawasan berdaftar yang aktif.
Apakah PAS mampu tawan? 
Persoalan yang kini timbul adalah, mampukah PAS menawan semua kerusi yang ditandingi? Bohonglah jika saya katakan PAS mampu membolot 100 peratus. Jumlah yang mustahil dalam teori Sains Sosial. Tetapi PAS percaya, mampu meraih sekurang-kurang majoriti mudah jika segala strategi berjalan lancar.
Hasil carian imej untuk pas tawan Malaysia
Menawarkan calon Muslim di kerusi Non-Muslim 
Kepercayaan PAS ini bersandarkan kepada beberapa fakta dan fenomena yang boleh dilihat. 
Pertama, dalam 117 kerusi majoriti Melayu yang PAS tandingi, terdapat kira-kira 30 kerusi yang kini kebiasaannya hanya ditandingi oleh bukan Melayu sama ada BN mahupun pembangkang.
PAS menawarkan alternatif kepada pengundi Melayu yang juga Muslim dengan mengetengahkan calon Melayu-Muslim. Contohnya seperti Parlimen Hulu Selangor, Alor Star, Padang Serai dan Beruas. Senario yang sama juga banyak berlaku di kerusi-kerusi Dun. PAS yakin, undi Melayu bakal bertumpu kepada PAS.
Memanfaatkan kerusi campuran 
Fakta kedua pula, baki selain 117 kerusi yang PAS tandingi itu mempunyai anggaran Melayu antara 30 - 50 peratus. Kawasan ini juga hampir kesemuanya ditandingi oleh bukan Muslim sebelum ini.
Ramai pengundi sebelum ini tidak keluar mengundi kerana tidak ada calon Melayu. Dengan menawarkan calon Muslim, PAS yakin dapat membolot undi Melayu yang tinggi seperti di Petaling Jaya, Seremban, Port Dickson dan Kluang.
Mengambil peluang lebih tiga penjuru 
Ketiga, fenomena yang kita boleh lihat hari ini, berlaku banyak kerusi yang ditandingi lebih dari 3 penjuru seperti di Bangi, Bayan Baru, Sungai Siput dan Cameron Highlands.
Kebanyakannya adalah kalangan bukan Melayu sama ada Cina mahupun India seperti PSM, PRM, PCM, PAP dan Bebas. Ia sekali gus boleh memecahkan undi kaum lain.
Laba dari kemerosotan DAP 
Fakta keempat, berlaku peralihan sokongan kaum Cina daripada DAP kepada BN kembali. Kita boleh lihat melalui keputusan PRN Sarawak, PRK Rompin, Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Juga kajian daripada Strategis DAP sendiri, Liew Chin Tong bahawa sokongan Cina kepada DAP sekarang menurun kepada 65 peratus daripada 90 peratus PRU13 yang lalu. Ia sudah tentu memberi kelebihan buat PAS terutama di kerusi campuran seperti Taiping, Kampar, Teluk Intan, Gopeng dan Bentong.
Satu lawan satu 
Fakta keempat, ada kerusi yang sepatutnya ditandingi oleh PH seperti Batu tetapi tidak layak atas berbagai sebab juga menjadi kerusi potensi PAS. Pengundi yang menolak BN tidak ada pilihan lain lagi selain PAS.
Namun desas-desus menyebut PH sanggup berkempen untuk calon Bebas, walaupun potensi bebas sangat rendah. Seolah-olah sengaja memberi tekanan kepada PAS, walaupun tindakan tersebut hanya akan memberi kelebihan buat BN.
Kerusi dominan Melayu 
Di kerusi tradisi calon Melayu seperti di Terengganu, Kelantan dan Perlis, pertembungan sebenar hanyalah antara PAS dan BN, atau lebih tepatnya Umno. Potensi PH untuk menang adalah tersangat tipis. Merekalah sebenarnya pengacau yang boleh mengganggu kemenangan PAS.
Tambahan PAN sebagai satu anggota PH mampu menarik sebilangan pengundi PAS. Walau bagaimanapun, faktor Mahathir mampu menarik sebilangan pengundi Umno lalu mengimbangi peranan PAN, membuatkan PAS kembali selesa.
Sebagai maklumat, kira-kira 15 peratus Melayu yang menolak untuk mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 dan terpaksa memberi undi kepada BN hanya kerana takutkan DAP. Setelah PAS berjaya membebaskan diri dari DAP, tidak ada sebab lagi untuk mereka terus mengundi BN. Mereka adalah sasaran undi PAS yang signifikan di kerusi tradisi PAS vs Umno.
Intelektualiti calon PAS 
Faktor calon yang diketengahkan PAS mengatasi calon-calon lain. Dari sudut intelekualiti, calon PAS jauh di depan dengan variasi pemegang Ijazah PhD, Master, kalangan Profesional, Teknokrat, agamawan dan ramai lagi. Pensyarah Sains Politik mendedahkan bahawa empat orang calon MB dan KM daripada PAS adalah pemegang PhD, berbanding hanya satu BN dan kosong daripada PH.
Integriti pimpinan PAS 
Dari sudut integriti juga, PAS jauh mendahului parti lain. Menurut laporan SPRM, daripada 2013 hingga 2017 sahaja sebanyak 71 orang pemimpin BN dan 21 daripada PH terlibat dengan kes rasuah, malah ada di kalangan kedua gabungan ini yang sudah menjalani hukuman. Sedangkan PAS mencatatkan pencapaian sifar kes rasuah.
Hanya PAS Sifar Rasuah!

Lihat..

Tun M's pushing factor 
Seterusnya, faktor kemasukan Mahathir ke dalam PH. Tidak dinafikan, Mahathir mampu menarik sebilangan penyokong BN kepada mereka. Tetapi dalam waktu yang sama, ia telah menyebabkan lebih ramai penyokong PH berpaling dari mereka.
Sejak Mahathir menyertai PH, sudah berapa ramai wakil rakyat DAP keluar parti. Sudah berapa ramai pemimpin PKR dan DAP letak jawatan. Malah kempen Undi Rosak yang semakin agresif di seluruh negara juga berpunca daripada penglibatan Mahathir.
Hikmah BPMS
Dari sudut pembawaan budaya politik baharu, PAS juga ke depan. Dengan BPMS, PAS mampu menarik sokongan golongan masyarakat yang sebelum ini tidak pernah terlibat dengan politik (Apolitical Stratum).
PAS membawa budaya politik idea dengan mengetengahkan gagasan-gagasan dan solusi baharu untuk negara seperti WINS2051, Dokumen Hijau, Kerajaan Teknokrat dan terbaru Manifesto Malaysia Sejahtera. Di saat BN dan PH kutuk-mengutuk sesama sendiri, PAS membina kekuatan tersendiri. Inilah strategi Blue Ocean yang diterapkan PAS.
Agenda PAS untuk negara 
Bercakap mengenai wawasan dan idea, PAS kini terkehadapan dari sudut manifesto. Orang ramai kini hanya bercakap tentang Manifesto PAS sahaja. Tentang cukai Saham dan cukai Korporat, tentang hapus PTPTN, tentang pemerkasaan Syariah, tentang pinjaman pembelian kereta tanpa faedah, tentang kuota IPT dan MRSM serta banyak lagi.
Manifesto BN walaupun menjanjikan bulan bintang, orang tidak mengendahkan kerana rekod mereka terlalu buruk dalam menepati janji. Manifesto PH juga tenggelam kerana tidak memiliki idea baru dan berwawasan tinggi. Mengembalikan cukai SST dianggap tawaran yang mundur, manakala tawaran siaran EPL percuma terlalu populis.
Bukan lagi 40 kerusi 
Inilah antara kelebihan PAS yang boleh membantu mencapai sasaran. Justeru itu sedarlah kita bahawa PAS kini bukan lagi bercakap soal King Maker dan 40 kerusi, tetapi sudah jauh kehadapan dengan cita-cita Putrajaya dan Simple Majoriti. Matlamat utama; kembalikan dua per tiga kerusi Muslim ke Parlimen.
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 4/5/2018

Memali, 'Mati Katak'. Tun M Mohon Maaf Petang Tadi.



PAS menyambut permohonan maaf dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa kematian penyokong parti itu di Memali lebih 30 tahun dulu sebagai "mati katak".
Namun Presiden PAS Datuk Seri Abdu Hadi Awang menegaskan pendirian parti itu tidak berubah - bahawa semua 14 penyokong serta pemimpin PAS yang terbunuh dalam insiden berdarah itu sebagai syahid.

“PAS melalui ulama-ulama yang masih hidup pada masa itu, yang menyaksikan peristiwa Memali, sudah membuat keputusan bahawa mereka (mangsa korban) itu para syuhada.
"Sebabnya kerajaan mengaku bersalah dalam tindakan dan ini diakui pihak kerajaan sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sembang Santai Bersama Ayah Cik di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, petang tadi.

Semalam Dr Mahathir sekali lagi menyentuh isu Memali yang sangat sensitif kepada PAS.

Dalam insiden pada 1985 itu 14 penduduk kampung Memali dan empat anggota keselamatan terbunuh dalam usaha mereka menangkap seorang ustaz yang juga pemimpin PAS setempat, Ibrahim Mahmud.
Tokoh itu yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya enggan menyerah dan ketegangan itu berakhir dengan pertumpahan darah.

Serang cuma buat letih

Dr Mahathir mendakwa, “Amanat Hadi” yang merujuk kepada ucapan Abdul Hadi pada 1981 menjadi punca berlakunya peristiwa hitam itu. Kata Dr Mahathir orang awam yang terbunuh itu bukan mati syahid, sebaliknya "mati katak".

Bagaimanapun beliau membuat permohonan maaf petang tadi.

“Saya dalam ucapan-ucapan saya, kadang-kadang tersilap kata. Saya minta maaf kalau saya menyebabkan kemarahan orang-orang tertentu,” katanya.
Kata Abdul Hadi beliau mendengar penjelasan dibuat Dr Mahathir itu.

“Dia (Dr Mahathir) terlanjur dan saya dengar dalam kenyataan (itu) dia minta maaf atas keterlanjuran dia, dan kita terima maaf itu.
"Tapi kita tetap anggap sahabat kita itu mati sebagai para syuhada (mati syahid),” katanya.

Sementara itu dalam sesi soal jawab, Abdul Hadi berkata beliau memaafkan Dr Mahathir jika pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkenaan melakukan kesalahan ke atasnya.

“Kalau kesalahan berkaitan dengan saya, saya maafkan dia. Kalau berkaitaan dengan tuhan, dia kena taubat sebab dia dengan Allah,” katanya.

Dalam perkembangan sama Abdul Hadi berkata beliau tidak kisah jika Dr Mahathir terus menyerangnya kerana memahami memang itu sikap bekas perdana menteri terbabit dan tidak pernah berubah.

“Sehari dua ini dia mengamuk dan serang saya. Tak apa, nak serang saya seranglah, tapi buat dia letih sahaja,” katanya. (TKO)


Bersama Kumpulan Islam. -Wasiat Rasul SAW


IMAM Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Kitab Al-Sahih: Abu Idris Al Khaulani meriwayatkan bahawa dia mendengar Huzaifah bin Al-Yaman R.A. berkata:

  • “Orang ramai bertanyakan Rasulullah S.A.W berkenaan kebaikan, namun aku bertanyakannya berkenaan kejahatan (keburukan) kerana takut kejahatan itu mengenai diriku sendiri. Aku berkata: Wahai Rasulullah, kami dahulu berada dalam kejahatan (kesesatan jahiliah), kemudian datang kepada kami kebaikan (Islam) ini. Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan? 
  • Sabda Rasulullah S.A.W: Ya! Aku bertanya lagi: Adakah selepasnya datang pula kebaikan? 
  • Sabda Rasulullah S.A.W: Ya! Di dalamnya ada kekeruhan. Aku bertanya: Apakah kekeruhannya wahai Rasulullah? 
  • Sabdanya: Adanya kalangan yang menunjuk bukan petunjuk (ajaran)ku. Kamu dapat mengetahui mereka dan kamu menegah (menentang) kemungkaran (kejahatan). Aku bertanya lagi: Adakah selepas itu datang pula kejahatan? 
  • Sabda Rasulullah S.A.W: Adanya golongan yang mengajak ke dalam Neraka Jahanam, sesiapa yang menyahutnya (mengikutnya) nescaya dihumban bersama ke dalamnya. Aku berkata: Sila sebutkan sifat (rupanya) kepada kami. 
  • Sabda Rasulullah S.A.W: Mereka itu daripada kalangan yang sama warna kulit kita dan bercakap dengan bahasa kita juga (daripada kalangan satu bangsa dan bercakap Islam juga). Aku berkata: Apakah perintah suruhan Rasulullah kepada kami, sekiranya kami berkesempatan menemui kumpulan itu? Sabda 
  • Rasulullah S.A.W: Kamu hendaklah bersama kumpulan Islam dan Imam (pemimpin) mereka. Aku berkata: Kalau tidak ada jamaah (kumpulan Islam) dan tidak ada imam (pemimpin)? 
  • Sabda Rasulullah S.A.W: Kamu pisahkan diri daripada semua kumpulan itu walau terpaksa memakan umbi pokok atau menemui kematian, namun tetap bersama Islam”.


Lihat..

Solusinya, jom undi PAS
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini
 PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular &sekandang dengannya, politik suku agama suku, yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Sanggup PH Khianat Syuhada Memali?




MENGEJUTKAN betul kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini tentang ahli dan penyokong PAS yang terbunuh dalam insiden Memali di Baling, Kedah pada 1985.

Dalam ceramah di Putrajaya bersama mereka yang pernah mengecam dan mempertanggungjawabkan beliau atas insiden itu, Mahathir mempersalahkan Datuk Seri Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, kejadian itu berpunca daripada “Amanat Haji Hadi” yang menyebabkan berlaku kafir-mengkafir sesama orang Islam.
“Amanat Haji Hadi ringkasnya menyuruh orang dia (PAS) supaya membunuh pegawai kerajaan, kononnya kerajaan kafir dan sebab itu dia menentang kerajaan kafir.
“Kononnya orang dia (PAS) yang mati dalam melawan kerajaan kafir ini akan mati syahid. Tragedi di Memali, mereka menembak mati empat orang polis dan selepas itu baru polis membalas balik dan mereka mati juga seramai 14 orang. Bukan mati syahid, mati katak,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Dendam Mahathir pada Abdul Hadi kerana politik dan terbaharu kerana tidak mahu bekerjasama menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak nampaknya terus membara.
Mahathir menunjukkan permusuhannya pada Abdul Hadi dan parti PAS kerana tidak bersama PH menentang Barisan Nasional (BN).
Inilah yang menjadi punca beliau menggunakan istilah “mati katak” hingga mengguris perasaan keluarga mangsa insiden Memali.
Beliau memilih kata mati katak kerana menolak fahaman Islam yang dibawa oleh PAS dan menganggapnya sebagai sesat.
Mahathir tidak percaya yang mangsa Memali mati syahid dan beliau tetap dengan pendiriannya bahawa mereka mati katak.
Beliau seperti dijangka meminta maaf dan akan melawat Memali untuk meredakan kemarahan, tetapi inilah pemikiran Islam Mahathir.
Beliau hanya memahami Islam menurut pemikirannya sendiri, yang sekepala dengan Kassim Ahmad menolak hadis dan menuntut kitab al-Quran ditafsir semula.
Sebenarnya ramai bekas ahli PAS dalam Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang turut sama terkejut dengan kenyataan Mahathir itu.
Bagaimanapun, kerana sekarang Mahathir telah disucikan, mereka sekadar tergamam tidak dapat berkata apa-apa.
Sekarang terpaksalah mereka usung Mahathir ke Kedah untuk melakukan “damage control” supaya PPBM yang bercita-cita menawan Kedah tidak bungkus pada PRU14.
Kalau bungkus, susahlah anak beliau Datuk Seri Mukhriz Mahathir hendak memastikan tempat dalam masa depan politik negara.
Bagi bekas-bekas PAS dalam PH, tergamak mereka terus mengangkat bekas PM yang bertanggungjawab dalam insiden tahun 1985 itu.
Di mulut mereka tidak lekang nama Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetapi dalam amalan, mereka setia dengan musuh politik Almarhum Nik Aziz.
Sia-sia sahaja mengusung anak Almarhum, Nik Omar Nik Abdul Aziz dan mengusung sentimen Almarhum ke sana-sini tetapi mengkhianati dengan tunduk kepada musuh yang telah menghina perjuangan Almarhum.
Pemimpin-pemimpin PH cuba menenggelamkan isu penghinaan Mahathir terhadap mangsa Memali dengan mengatakan apa yang lebih penting ialah jatuhkan BN terlebih dahulu.
Malangnya, mereka menunjukkan yang pilihan lainnya ialah kumpulan mereka yang mengumpulkan segala puak yang gila kuasa. – Mynewshub.cc

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails