Friday, August 03, 2018

Menuntut Hak Pekerja Wanita Islam Termasuk Aurat. -Siti Zailah


MP PAS Kesal Sikap Timbalan Menteri Beragama Islam

KL: Ahli Parlimen Rantau Panjang, kesal dengan sikap Timbalan Menteri kerajaan Pakatan Harapan beragama Islam tergamak menyindir beliau hanya kerana membangkitkan tentang soal aurat wanita di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, beliau dan Ahli Parlimen Pas yang lain telah difitnah kononnya hanya aktif membahaskan isu aurat berbanding isu rasuah di Parlimen.
“Dari pagi hingga malam kami bahas pelbagai isu sama ada isu ekonomi, salah gunakuasa, rasuah, pendidikan, sosial, pembangunan luar bandar, kesihatan, kanak kanak, kekeluargaan, keselamatan, kos sara hidup rakyat dan banyak lagi.
“Tergamak seorang Timbalan Menteri muslim menyindir seolah olah kami aktif isu aurat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin di Facebook kelmarin mengkritik tindakan beberapa Ahli Parlimen membangkitkan isu penutupan aurat di Dewan Rakyat.
Hanipa dipetik berkata, Ahli Parlimen terbabit aktif dan segar untuk berbahas isu seperti aurat dibandingkan isu-isu lain seperti isu rasuah, isu salah guna kuasa, isu pembaziran dan isu-isu lain.
Dakwa Hanipa, sikap Ahli Parlimen terbabit mudah dipersepsikan apa yang dipanggil dengan istilah “reductionist.”
“Akan wujudnya satu ironi. Kita seolah-olah cuba lantang membela Islam , tapi dalam masa yang sama Islam pula akan dilihat lekeh oleh setengah pihak. Kerana apa? Kerana kita akan dilihat cuba “reduce Islam to” berhukum semata mata,” dakwa Hanipa.
Menjawab dakwaan itu, Siti Zailah berkata, beliau membangkitkan itu bagi menuntut hak pekerja wanita beragama Islam diberi hak berpakaian menutup aurat sebagaimana
dijamin secara dalam perlembagaan Persekutuan.
Beliau dalam pada masa sama menyelar Ahli Parlimen Pakatan Harapan Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berhubung isu menjamin hak pekerja wanita muslim menutup aurat berkenaan.
Maria dilaporkan menyanggah perkara itu dan seolah-olah menganggap pemakaian menutup aurat sebagai “menyalahkan golongan wanita” dalam isu gangguan seksual. –MYNEWSHUB.CC

Surat Intelijen Bocor, Terdedah M'sia Miliki 1,000 K/tangan Perisik Seluruh Dunia




Jakarta (IH): Surat surat-menyurat antara Badan Perisikan Malaysia (MEIO) dengan agensi perisikan Amerika Syarikat (CIA) yang baru-baru ini bocor mendedahkan ada lebih dari 1,000 kakitangan perisik Malaysia di seluruh dunia.

Menurut laporan, surat-menyurat surat itu berlaku pada Mei 2018 lalu, pada masa kepemimpinan Ketua MEIO Datuk Hasanah Abdul Hamid di bawah pemerintahan Perdana Menteri Najib Razak.

Sekarang, Hasanah tidak lagi berkhidmat sebagai pemimpin MEIO sejak Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai perdana menteri baru Malaysia.

Datuk Hasanah Abdul Hamid

"Saya tidak diberi kuasa untuk mengatakan berapa banyak ejen, pegawai dan operasi yang diuruskan oleh MEIO. Tetapi saya boleh memberitahu anda bahawa agensi mempunyai lebih daripada 1,000 (personel) di seluruh dunia, dan penting bahawa kebocoran seperti itu sepatutnya tidak berlaku. "

Kata Datuk Shaharudin Ali, peguam mantan ketua MEIO Datuk Hasanah Abdul Hamid menjelaskan duduk perkara tentang insiden kebocoran tersebut, seperti yang dipetik dari The Star Malaysia, Rabu (1/8).

Kebocoran berlaku pada bulan Julai 2018. Mereka yang bocor tidak diketahui.

Shaharudin berkata, Hasanah bimbang bahawa kepercayaan dan kredibiliti MEIO akan terjejas oleh insiden kebocoran surat tersebut. Beliau menambah bahawa Hasanah juga cemas tentang keselamatan dan semangat pegawai MEIO.

Berita Ini, Benarkah? Jelas CIA Tiada Kaitan Dengan PAS..
SELASA, 13 MAC 2012
Anwar, CIA, KAF..

Apa dia KAF? Ia adalah singkatan kepada Konrad Adenauer Foundation sebuah Yayasan Nasrani Jerman sebuah think-thank kepada Christian Democratic Union dan mendapat tajaan sebuah yayasan Yahudi iaitu American Jewish Committe. Hubungan anwar dengan Yahudi Israel melibatkan banyak hubungan dengan kumpulan pro Zionis Israel di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Hubungan dan 'front' terbaik Anwar dengan Israel yang tidak jelas kelihatan adalah kumpulan Jerman bernama Konrad Adenauer Foundation (Siftung) yang mempunyai hubungan lama dan utama dengan American Jewish Committee. Anwar juga mempunyai hubungan rapat dengan Council for Foreign Relations yang merupakan penentu polisi luar negara Amerika. CFR dikuasai Yahudi Amerika dan Israel. Sila lihat posting sebelum ini dan gambarajah berikut:
Di dalam network CFR adalah juga media seperti WSJ yang menyiarkan sokongan Anwar kepada keselamatan Israel. Media antarabangsa juga yang menaikkan Anwar kononnya sebagai pemimpin Islam saviour dunia.
Chandra Muzaffar sendiri pernah melihat hubungan rapat Anwar dengan Martin S Indyk dan mendedahkan hubungan ini. Hari ini, Anwar sedia hentam Chandra teruk-teruk sini walhal dialah yang membantu ketika dia di penjarakan. Ketika flotila yang melibatkan rakyat Malaysia MV Marmara dan Rachel Corrie diserang tentera Israel, ia meletakkan anwar dalam keadaan serba salah dan terpaksa berlakun.Anwar juga menandatangani perjanjian Annopolis dan terlibat dengan two state solution:
Selepas isu flotilla, Anwar segera ke Amerika untuk minta maaf selepas ada akhbar menimbulkan isu kaitan anwar dengan kumpulan teroris Islam.
Selain jariangan kumpulan kapitalis dan pemodal yang backing CFR, Anwar juga mempunyai hubungan 'business' Anwar dengan kumpulan kapitalis pro Israel Yahudi Zionis:
Dicatat oleh 

Tahniah KPN! Tindakan Tukar KPD Kerana Gagal Tangani Judi Haram, Wajar..


KETUA Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada sidang media di Maktab Polis, Cheras. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

KUALA LUMPUR: Tindakan Bukit Aman menukarkan Ketua Polis Daerah (KPD) Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad dalam tempoh 24 jam, Sabtu lalu disebabkan kegagalannya menangani kegiatan judi haram di daerah itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tindakan itu tidak akan terhenti di situ kerana beberapa orang ketua polis daerah lain akan dikenakan tindakan sama.

“Few more will follow (beberapa lagi akan mengikut jejak itu).
“Saya sudah bagi amaran mengenai perkara-perkara membabitkan isu judi, bukan sahaja di Gombak, malah diseluruh negara.
“Arahan demi arahan sudah dibuat yang membabitkan ketua polis negeri, KPD dan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab, sekiranya mereka tidak mematuhi… kita terpaksa mengambil tindakan tegas,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri Seminar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mendepani Cabaran Dalam Kepolisan Moden di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail.

Tegas Mohamad Fuzi lagi, tindakan yang diambil terhadap Ali dan empat lagi pegawai kanannya itu diharap menjadi pengajaran kepada pegawai kanan PDRM yang lain.

“Kita terpaksa mengambil satu tindakan tegas supaya mereka (pegawai kanan PDRM) yang berada di daerah-daerah lain tidak melakukan tindakan serupa.
“Kalau mereka masih membiarkan keadaan ini (kegiatan judi haram) berleluasa, maka kita akan mengambil tindakan yang serupa,” jelas beliau.

Beliau berkata, kegagalan melaksanakan tugas seperti yang diharapkan terutama dalam menangani isu kegiatan judi haram menjadi antara sebab pegawai kanannya dikenakan tindakan pertukaran itu. Susulan itu, katanya beliau bersama Noor Rashid serta kepemimpinan tinggi PDRM yang lain akan mengadakan satu pertemuan khas dengan 157 KPD daripada seluruh negara Isnin ini khusus untuk membincangkan isu berkenaan.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan Ali dan empat lagi pegawai kanannya ditukarkan serta merta susulan serbuan diketuai Mohamad Fuzi di pusat judi di Rawang, Jumaat lalu. Arahan pertukaran Ali disahkan menerusi satu siaran media dikeluarkan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad pada jam 6.30 petang, Sabtu lalu.

Dalam kenyataan itu, Ali dipindahkan ke PULAPOL Air Hitam sebagai Komandan manakala bekas komandan PULAPOL itu, Asisten Komisioner Samsor Maarof dilantik sebagai KPD Gombak baharu. Sumber pula memberitahu, selain KPD, Timbalan KPD, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Pegawai Risikan Operasi Daerah dan Ketua Balai Polis Rawang turut ditukar serta merta pada tarikh berkenaan.-BH.

Komen Weblog Ibnu HasyimTahniah KPN! Tindakan tukar KPD kerana gagal tangani judi haram (dari sudut perundangan negara ini), adalah wajar. Jazakallahu khairan kathira!.. Bagaimana pula judi 'halal', yakni halal dari sudut perundangan negara ini tetapi 'haram' dari sudut Islam?
Imej yang berkaitan

Melucahkan 'Belajar Tulisan Jawi', Sokong Cadangan K'jaan PH Perlu Tangani Segera..




PETALING JAYA: Kecoh di media sosial mengenai ‘kelas belajar tulisan jawi’ yang mengajar anak-anak muda terutama kanak-kanak untuk menyebut huruf dengan betul.
Menerusi satu video yang tular, seorang lelaki mempelawa golongan muda untuk mengalihkan tumpuan dari laman sosial kepada mengenal huruf jawi atau hijaiyah.
“Assalamualaikum, kepada adik-adik Tik Tok, Tumblr, Bigo dan sebagainya. Mari abang nak ajar pelajaran huruf jawi.
“Seperti yang kita belajar jawi Alif Ba Ta, di sini ada satu rahsia yang abang hendak kongsikan. Ini adalah huruf Ha, ada ‘ekor’ di situ. Ini adalah Ha ‘pedas’ bunyinya ha.
“Ini juga adalah huruf Ha, tapi ia dipanggil Ha ‘bulat’. Tapi membezakan Ha ini dan Ha itu adalah makhrajnya sahaja,” katanya menerusi video berdurasi lebih seminit itu.
‘Guru’ berkenaan turut memegang kertas putih yang memaparkan huruf Alif, Ha ‘pedas’ dan Ha ‘bulat’.
Dia kemudian menunjukkan jari hantu tangan kanannya bagi menggambarkan huruf Alif dan menggunakan dua jari tangan kirinya untuk Ha ‘bulat’.
Namun, seperti yang diketahui ramai, penggunaan jari hantu itu turut memberi isyarat lucah, dan pada masa sama pemuda berkenaan membuat aksi tidak senonoh berulang kali dengan bunyi yang berbaur seks, kononnya untuk menunjukkan bunyi Ha ‘bulat’.
Video ‘kelas belajar tulisan jawi’ itu mendapat bantahan seorang pendakwah muda, Pencetus Ummah (PU) Amin yang menyifatkan ia haram dan keterlaluan.
PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim berkata, tindakan itu bercanggah dengan ilmu pengajian huruf al-Quran.
Ini kerana katanya, tulisan atau huruf jawi atau hijaiyah adalah huruf-huruf wahyu, juga bahasa Arab dan pertuturan nabi, selain bahasa al-Quran dan bahasa syurga.
“Huruf hijaiyah yang dipermainkan dengan kelucahan tanpa asas cara pemahaman perbezaan dua huruf Ha telah membawa kepada kerosakan tulisan wahyu.
“Ia merupakan satu perkara yang amat besar dan sangat dahsyat, dan kalau perkara ini tersebar dan ada dalam kalangan budak-budak yang mengambilnya sebagai bahan lawak, maka ia akan memberi kesan negatif kepada bahasa al-Quran.
“Ia akan merosakkan syiar dan merendahkan maruah agama serta memusnahkan kualiti dan keistimewaan yang ada pada tulisan al-Quran,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
PU Amin
Mempergunakan nama ‘belajar’, PU Amin turut menyatakan rasa kesal dengan tindakan melampau pemuda terbabit yang hanya menimbulkan kekeliruan masyarakat.
“Bila dia buat macam tu, bukannya orang lagi faham. Bahkan orang makin keliru mengenai apa yang dia cuba hendak sampaikan dan apa maksud sebenarnya huruf Alif, Ha yang ini dan Ha yang itu,” kata PU Amin yang banyak berdakwah kepada masyarakat khususnya membabitkan golongan muda seperti usahawan kosmetik terkenal, Safiey Ilyas.
Sehubungan itu, pendakwah muda ini meminta supaya masyarakat terutama netizen sama-sama membantu dalam menangani tindakan lucah seumpama ini daripada ia mempengaruhi anak-anak muda khususnya kanak-kanak.
Beliau berharap agar pihak berkuasa Islam di negara ini mewujudkan satu badan yang mengawal selia media sosial terhadap perkara-perkara yang melanggar hukum dan syarak, sebagaimana yang cuba dipaparkan di dalam video berkenaan.
“Saya kesal masyarakat hari ini sudah terdedah dengan perkara-perkara lucah yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Ia juga akan memberi tanggapan buruk kepada agama lain mengenai Islam,” katanya dengan nada kesal. (http://wowberita.org)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sokong cadangan bernas ini..
  • 'pihak berkuasa Islam di negara ini mewujudkan satu badan yang mengawal selia media sosial terhadap perkara-perkara yang melanggar hukum dan syarak, sebagaimana yang cuba dipaparkan di dalam video berkenaan.'
  • Siasat 'perkara-perkara lucah yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan tertentu.'
  • Siasat 'memberi tanggapan buruk kepada agama lain mengenai Islam,'


2 Bulan Lagi Anwar Tanding Parlimen? Apa Kata Tun M?


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (duduk, tengah) bersama Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni (duduk, kiri) pada Majlis Makan Malam di Tokong Sou Gui Miao Taman Saujana Jati Klang hari ini. - Foto BERNAMA  


KLANG: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi.
Anwar membayangkan demikian pada jamuan Makan Malam Khas Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Sejati di sini, malam ini, dalam siri kempen PRK di Sungai Kandis.
"Orang kata PRK memang meletihkan tetapi bukan kita yang tentukan.
"Ada orang bertanya mengapa mahu berkempen lagi (sebabnya) kita mahu kerja untuk rakyat. Kerja (perlu) jalan.
 Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Calon PKR DUN Sungai Kandis, Zawawi Ahmad Mughni (kiri) pada Majlis Makan Malam bersama masyarakat Cina di Taman Sentosa Klang. - Foto Osman Adnan
 Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Makan Malam bersama masyrakat cina di Taman Sentosa Klang. - Foto Osman Adnan
Satu dua bulan lagi, mana tahu, saya pula bertanding di (kerusi) Parlimen nanti," katanya.
Ini kali kedua Anwar dalam kempen di Sungai Kandis memberi bayangan demikian.
Anwar juga berkata pengundi Sungai Kandis perlu memilih PKR pada Sabtu ini bagi membolehkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kerja baik untuk rakyat.
"Yang penting, kita sudah tengok kuasa rakyat boleh menentukan sejarah baharu negara kita (pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
"Sekarang masyarakat kita semua kaum sudah bersatu hati untuk membawa perubahan,"katanya.
Beliau juga meminta rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan pimpinan Dr Mahathir.
Anwar sebelum ini pada ceramah di Kampung Jalan Kebun kelmarin, secara berseloroh membayangkan akan bertanding di kerusi Parlimen. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita lihat apa kata Tun M?

PH Nak Tunai Janji Hapus Hutang Peneroka FELDA, Bila? -Ahli Parlimen Bera.


Hasil carian imej untuk feldaH) digesa memberikan penjelasan lanjut mengenai janji untuk menghapuskan hutang peneroka sebagaimana termaktub dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PPRU-14).
Gesaan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kecewa de­ngan sikap kerajaan kerana masih membisu mengenai janji tersebut.
Hal ini kerana, Naib Presiden UMNO itu percaya bahawa ramai peneroka mengundi PH kerana `termakan’ dengan janji penghapusan hutang itu.
“Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) perlu menjawab apakah hutang peneroka akan dihapuskan? Jika ya, apakah semua hutang atau sebahagian daripada hutang?
“Apakah jenis hutang-hutang dan bila akan dihapuskan?” kata­nya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ismail Sabri dalam pada itu berpendapat hutang-hutang pe­neroka tidak akan dihapuskan selepas melihat kepada penjelasan mengenainya dalam sidang Dewan Rakyat semalam.
“Samalah seperti pengundi di Sabah dan Sarawak yang tertipu dengan janji royalti minyak 20 peratus daripada pendapatan kasar hasil minyak sedangkan PH membuat definisi sendiri seba­nyak 20 peratus daripada keuntungan bersih,” jelas beliau.
Selain itu, beliau turut menzahirkan rasa kecewa berikutan kegagalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjawab isu Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan mengelak daripada celahan isu Felda pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Sedangkan, kata Ismail Sabri, isu berkaitan Mara sangat dekat dengan hati orang Melayu serta bumiputera.
“Isu memecahkan fungsi-fungsi Mara dengan meletakkannya di bawah beberapa kementerian langsung tidak mendapat maklum balas daripada menteri,” ujar beliau. – UTUSAN

Thursday, August 02, 2018

Menarik! Siti Nurhaliza Guna CCTV Mengubat Rindu.

Siti Nurhaliza Guna CCTV Intai ‘Buah Hati’
HALAMAN HIBURAN


PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkata perasaan rindu sentiasa wujud ketika berjauhan dengan cahaya matanya iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia empat bulan.

Memandangkan teknologi hari ini serba canggih, Siti memberitahu dia menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengubat kerinduan tersebut.

"Rindu tu sentiasa ada. Kalau saya perlu hadiri program seni, memang teringat anak di rumah.
"Jadi, saya melihat dan memantau Aafiyah menerusi CCTV yang disambungkan terus ke telefon bimbit saya.


Siti dan Aafiyah.

"Kalau nampak saya tunduk tengok telefon, maknanya saya tengah intai Aafiyah di rumah lah tu," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, penyanyi lagu Comel Pipi Merah ini mendedahkan dua bulan pertama kelahiran Aafiyah merupakan antara pengalaman paling mencabar sebagai ibu.

Dalam tempoh tersebut, dia perlu membiasakan diri menjaga bayi yang masih kecil dan mengakui kitaran tidurnya sedikit berubah.

"Masa awal-awal dulu agak mencabar kerana perlu bangun tengah-tengah malam untuk menyusu dan menukar lampin.
"Waktu tidur pun berubah, tapi sekarang Alhamdulillah, semuanya sudah okay. Aafiyah tak banyak ragam dan mudah dijaga," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Info Tambahan:



Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pengikut yang bertindak biadap melemparkan pelbagai komen negatif di laman sosial, Instagram (IG) bukan berlaku kepada Siti saja, juga berlaku di blog ini. 

  • Blog ini diserang dengan kata-kata lucah yang ekstrem, agak malu nak sebut di sini, tapi boleh diteliti semula di ruangan komen blog ini..
  • Kebanyakan isi serangan penyerang tersebut bertaraf sampah tidak ilmiah, memancing emosi, keanak-anakan, dan melihat dari sudut kelompok sempit mereka sahaja.
  • Sasaran serangan mereka adalah kumpulan Islam, parti Islam (PAS), kegiatan Islam seperti JAKIM, sekolah tahfiz, sistem kekeluargaan Islam, ekonomi dan segala yang berbau Islam.
  • Dipercayai mereka adalah puak-puak muda dari parti pemerintah (PH) sekarang yang dilatih khusus untuk menguasai media sosial.
  • Kadang-kadang mereka mengugut penulis atau tuan punya blog akan report polis, polis sedang mencari dan lain-lain.
  • Dipercayai juga kumpulan ini terpecah dua. Satu, kumpulan yang mirip ke arah Islam, mereka mengketengahkan pemimpin-pemimpin Islam PKR dan Amanah.
  • Kumpulan yang satu lagi, agak anti Islam, banyak membela pemimpin Parti Bersatu, DAP, ajaran sesat Liberal, LGBT, Kumpulan Harimau Tamil, sosialis, mirip komunis dan yang sejenis dengannya lagi. Puak-puak anti Islam inilah yang mendominasi kebanyakan komen di blog ini.
  • Pihak PH dikatakan berjaya merekrut kumpulan fanatik atau taksub yang seakan-akan 'mabuk histeria' mempertahankan pendirian atau 'aqidah ciptaan' mereka, dengan apa cara sekali pun.
  • Pemberontakan jiwa mereka ini mula terserlah dalam keluarga mereka, masyarakat, dan negara, yang boleh dilihat melalui tulisan dan ucapan mereka atau pemimpin mereka.
Begitulah kira-kira, Sekian. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails