Friday, August 24, 2018

Bohong Lagi, Konon Calon PH PRK S/Setia Dapat Sokongan 'penyokong senyap PAS'.



PETALING JAYA, 12 Zulhijjah 1439H, Jumaat- Calon PAS bagi pilihan raya kecil Seri Setia, Dr Halimah Ali, menyangkal dakwaan calon lawannya dari Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar bahawa beliau mendapat sokongan daripada penyokong senyap PAS di kawasan itu.
Dr Halimah berkata ini mungkin berlaku sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tetapi oleh kerana PH sekarang menjadi kerajaan persekutuan dan kebanyakan kerajaan negeri, ini tidak lagi berlaku.
“Beliau (Halimey) tidak faham bahawa selepas PH mengamblih kuasa kuasa di peringkat negeri dan persekutuan, apa yang dikatakan pengundi senyap juga telah bangkit,” kata beliau kepada pemberita selepas mengagihkan daging korban kepada penduduk di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang di sini hari ini.
Beliau merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Halimey semalam bahawa beliau yakin memperoleh sokongan daripada sesetengah penyokong senyap PAS di kawasan Seri Setia.
Sementara itu, Dr Halimah berkata pilihan raya kecil merupakan peluang terbaik bagi pengundi untuk mengingatkan gabungan PH mengenai janji pilihan raya dan obligasinya.
Pilihan raya kecil Seri Setia pada 8 Sept diadakan kematian penyandang kerusi kawasan itu Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos kerana kanser usus.
Pilihan raya kecil itu diadakan serentak dengan pilihan raya kecil di Balakong. Selangor menyaksikan tiga pilihan raya kecil sejak PRU14 dengan pilihan raya kecil yang pertama di Sungai Kandis diadakan pada 4 Ogos.
Pilihan raya kecil Seri Setia merupakan pertandingan satu lawan satu antara Halimey, bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Dr Halimah, bekas Exco kerajaan negeri Selangor dan bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) bagi Selat Klang. – BERNAMA
Lihat satu komen dalam blog ini... 
Anonymous said...  Melihat babi tunggang lebai kulup anti Islam kaki pembohong dan tiada fakta, maka tidak hairan bos atau kepala bapaknya pun begitu. Ha ha ha.  August 24, 2018 at 10:19 AM 
Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..

Mahathir Berbohong Lagi : Geely Penyelamat Proton?


Imej yang berkaitan
















Kisah 'Menyayat Hati' Antara Mahathir, Najib, Proton Dan Geely..
Mahathir Berbohong Lagi : Geely Penyelamat Proton Malah Akan Melabur Untuk Projek Proton 3
Dulu masa kerajaan Malaysia setuju dengan keputusan DRB-Hicom untuk PROTON berkerja sama dengan Geely ramai yang mencemuh DS Najib Razak, perdana menteri masa tu...

Masa tu Tun Mahathir kata Najib dah jual Proton pada China...
Sindir Mahathir, apa lagi yang Najib nak jual pada China...
Tapi Najib bertegas pada waktu itu dengan menyatakan bahawa Geely mampu selamatkan Proton dan membawa Proton kehadapan dengan lebih baik lagi...

Akhirnya hari ini pekara itu terbukti benar...
Proton yang dulunya sering mengalami masalah keewangan dan pasaran yang mengucup akibat persaingan hari ini dah mampu buka kilang keretanya di negara China bersama Geely bagi pasaran antarabangsa...
Bukan itu sahaja Geely jugak di katakan bakal melabur RM41 Bilion bagi projek Proton 3 yang mana berkemungkinan besar di negara Indonesia...
Apa yg di persetujui antara Proton - Geely masa lawatan Mahathir sebenarnya adalah ulangan perjanjian antara Proton - Geely era Najib...
Mahathir di lihat tak konsisten dengan keputusan kerjasama antara Proton - Geely...

Kerjasama yg 'haram' di zaman Najib sekarang dah jadi 'halal' lepas 'di sucikan' lepas Mahathir berkuasa...
Jelas sekali Mahathir tanpa segan silu menjilat balik 'kahak hijau' yang dia ludahkan...
Usaha Najib menjalinkan kerjasama dengan Geely dulu adalah untuk menyelamatkan perindustrian otomobil nasional dan bukan menjual industri otomobil nasional kepada China...

Hasil dari perkembagan ini tulahan dan cemuhan pelbagai pihak termasuk daripada Tun Mahathir sendiri sebelum ini jelas satu tulahan dan cemuhan yang bersifat satu pembohongan kepada rakyat Malaysia...
Sekali lagi Mahathir berjaya buktikan bahawa beliau memang hebat menukarkan fitnah yang telah dia lemparkan kepada Najib menjadi satu kisah kejayaan untuk dirinya sendiri...
Rujukan :
FB Abdul Muzammir
utusan.com


Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..

6 Pelacur Lagi Ditangkap Di Little Tokyo Jakarta, Negara U/Islam... PH?



SELAIN dipenuhi dengan kedai makanan Jepun, Blok M yang terletak di daerah Melawai, Jakarta Selatan yang turut dikenali sebagai Little Tokyo juga menjadi tempat pelacuran pada waktu malam, yang mana kebanyakan wanita memberi 'khidmat' kepada warga Jepun.
Baru-baru ini empat pemain bola keranjang Jepun yang bersaing di Sukan Asia telah dihantar pulang selepas mereka ditangkap meniduri pelacur di salah sebuah hotel di daerah itu.
Skandal itu telah menarik perhatian media yang mana dilaporkan kegiatan seks di situ jarang diberi perhatian pihak berkuasa berbanding kawasan 'panas' lain yang terkenal di Jakarta.
Pada malam Isnin, Agensi Ketenteraan Awam (Satpol PP) berkata mereka menangkap enam pekerja seks di Little Tokyo semasa melakukan operasi menyamar.
Wanita-wanita itu dihukum dengan 'pemulihan sosial'.
"Enam orang yang tertangkap itu sudah kami serahkan Agensi Sosial Jakarta," kata Ketua Satpol PP Jakarta Selatan Ujang Harmawan memetik Tempo, Selasa.
Ujang berkata Satpol PP secara rutin menjalankan serbuan pelacuran di dalam dan sekitar Blok M tetapi mengakui mereka telah meningkatkan usaha susulan kes melibatkan atlet Jepun.
Dalam operasi itu petugas menyamar sebagai lelaki hidung belang untuk menangkap mereka.
Ini kerana, wanita-wanita itu kelihatan seperti orang biasa dan tidak menunjukkan tanda-tanda seorang pelacur.
Setelah mereka menawarkan 'harga', petugas Satpol PP terus menangkap enam wanita terbabit.
Setelah peristiwa memalukan itu, Jepun terus menghantar pulang empat atletnya. Empat atlet itu adalah Yuya Nagayoshi, Takuya Hashimoto, Takuma Sato, dan Keita Imamura.
"Saya berasa malu. Kami meminta ribuan maaf dan akan membimbing atlet kami mulai sekarang," demikian kenyataan chef de mission kontinjen Jepun, Yasuhiro Yamashita.
Yamashita berkata keempat-empat atlet itu meninggalkan perkampungan atlet pada Khamis selepas pukul 10 malam untuk makan malam di sebuah restoran Jepun di kawasan Blok M dan kemudian mereka 'membayar pelacur'. (mStar)
Komen Weblog Ibnu Hasyim6 pelacur atau penajis zina lagi ditangkap di Little Tokyo Jakarta, negara umat Islam terbesar di dunia. Ini satu lagi contoh negara umat Islam yang menjadi ikutan PH dari Malaysia. Mengapa dikatakan jadi ikutan?  
Kerana sama-sama sekular, tiada bantahan apa-apa, dan terus ikut. Untuk selamat dari jadi kerajaan sekular pilihlah PAS dalam PRU 15 akan datang.


Video



RedNightCity
YouTube - 11 Mac 2013


WenDika
YouTube - 13 Jun 2017


H22 channel
YouTube - 5 Nov 2017
Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..

Dr M Dah Meroyan? Mahu Roboh 'Tembok Besar China Kuantan'. Mengapa?




WAWANCARA | Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tembok yang mengelilingi Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dirobohkan.

Malaysiakini dalam laporan khas tahun lalu menyorot pembinaan tembok sepanjang kira-kira sembilan kilometer mengelilingi kompleks industri berkenaan yang digambarkan oleh penduduk tempatan sebagai "Tembok Besar China Kuantan".

Dr Mahathir dalam wawancara pertamanya selepas pulang dari China berkata beliau sedang cuba meletakkan semula pihak berkuasa Malaysia di kawasan itu dan telah membangkitkannya kepada Beijing.

"Saya jelaskan kepada kerajaan China bahawa kita akan patuhi peraturan, undang-undang dan amalan mereka di China, jadi kita juga mahu mereka mematuhi undang-undang dan amalan di Malaysia. Mereka tidak pernah menyatakan keengganan kepada hal ini.
"Kami perlu memastikan bahawa pembangunan ini mengikut undang-undang dan peraturan," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Pekerja dari China memberitahu Malaysiakini bahawa mereka dilarang keluar dari kawasan tembok berkenaan dan pekerja dibahagi-bahagi mengikut wilayah tempat tinggal mereka di China. Wakil tempatan yang dipilih juga mengadu bahawa mereka tidak dibenarkan masuk.
"Taman industri bukan negara asing, ia masih lagi tertakluk kepada undang-undang Malaysia, menghalang pegawai tempatan masuk bukan perkara yang seharusnya dilakukan.
"Tiada sesiapa yang pernah melakukan perkara itu. Anda bina taman industri dan anda tidak benarkan rakyat Malaysia masuk.
"Ini bukan amalan yang kita gunakan. Kita mempunyai ratusan taman industri dan semuanya tertakluk di bawah undang-undang Malaysia.
"Jadi kita perlu robohkan tembok dan semua (amalan) ini kerana ia salah di sisi undang-undang negara," kata Dr Mahathir.

MCKIP sebelum ini menjelaskan bahawa tembok berkenaan tidak meliputi keseluruhan kawasan taman industri berkenaan dan hanya terhad untuk kawasan kompleks Alliance Steel (M) Sdn Bhd. Perlu beri manfaat kepada Malaysia

Dalam wawancara yang berlangsung dalam bahasa Inggeris itu, Malaysiakini bertanya maksud sebenar Dr Mahathir apabila mengatakan "taking down walls". Dr Mahathir mengesahkan bahawa ia memberi maksud secara harfiah dan figuratif.

"Taman industri ini dibuat di bawah undang-undang Malaysia dan kita perlu menguatkuasakan undang-undang kita di dalam taman industri berkenaan.
"Katakan ada jenayah berlaku di dalam sana, ia tanggungjawab kita. Ia bukan tanggungjawab pihak yang memiliki taman itu," katanya.

Dr Mahathir pulang dari China pada Selasa lalu selepas berbincang dengan Beijing berhubung pengkajian semula beberapa projek mega di Malaysia yang dibiayai oleh negara itu.

Dr Mahathir berulang kali menuduh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjual tanah kepada China sewenang-wenangnya atas nama pelaburan luar. 

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu menekankan bahawa pelaburan luar langsung perlu memanfaatkan Malaysia dari segi pengetahuan teknologi selain peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan bukannya sekadar memberi syarikat China tanah untuk dibangunkan.
Dilancarkan secara rasmi pada 5 Feb, MCKIP dimiliki 49 peratus oleh Guangxi Beibu Guld International Port Group Co Ltd, sebuah syarikat China yang dimiliki oleh kerajaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi dan 51 peratus pemilikan selebihnya adalah konsortium tempatan, Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd.

Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd merupakan perkongsian awam-swasta yang terdiri daripada IJM Land Bhd (40 peratus), Sime Darby Property Bhd (30 peratus) dan kerajaan Pahang melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (30 peratus).

Upacara pembukaan disempurnakan oleh Najib dan Jia Qinglin yang ketika itu merupakan pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Republik Rakyat China. Dibahagikan kepada tiga fasa, pembangunan 1,219 ekar ketika ini akan disusuli dengan 1,000 ekar dan 800 ekar masing-masing bagi fasa dua dan fasa tiga.

Sebahagian besar fasa pertama, atau 710 ekar, telah dijual kepada Alliance Steel (M) Sdn Bhd, yang merupakan usaha sama antara dua syartikat China - Guangxi Beibu Gulf Port International Group Co Ltd dan Guangxi ShengLong Metallurgical Co Ltd - menurut jawapan bertulis sidang DUN Pahang bertarikh 14 Sept.

Jawapan bertulis itu menyatakan Alliance Steel, syarikat CHina pertama yang melabur dalam MCKIP, sedang membina loji keluli bersepadu moden yang sudah 50 peratus disiapkan dan dijangka mula beroperasi hujung tahun.

Kerajaan Pahang juga mendedahkan syarikat China yang mengkhususkan kepada bateri kereta berjanji untuk melabur dalam fasa ketiga MCKIP. Laporan media juga menyatakan sebuah lagi syarikat China akan melabur dalam taman industri itu bagi membina kilang aluminium.

MCKIP merupakan projek pertama yang akan dianugerahkan status "Taman Industri Kebangsaan" dan dikatakan akan melonjakkan perkembangan ekonomi tempatan yang akan membuka ribuan peluang pekerjaan kepada warga Kuantan.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa PM Malaysia dah meroyan? Mahu roboh 'Tembok Besar China Kuantan'.. Tapi sebenarnya cuba menutupi kegiatan perobohan cara hidup Islam dan budaya Melayu oleh beliau sendiri di negara ini..

Thursday, August 23, 2018

Gimnastik Artistik M'sia Hampa.


SUKAN

JAKARTA: Skuad gimnastik artistik negara menamatkan saingan berpasukan akhir di kedudukan keenam secara keseluruhan, malam tadi.
Malaysia yang diwakili Farah Ann Abdul Hadi, Tan Ing Yueh dan Tracie Ang  mengumpul 140.100 mata pada saingan di Pusat Pameran Antarabangsa Jakarta, Kemayoran.
Malaysia paling cemerlang dalam senaman lantai apabila menduduki tempat kedua dengan mengumpul 35.050 mata.
Tiga lagi apparatus menyaksikan Malaysia berada pada kedudukan keenam dan ketujuh sekali gus menyumbang kepada kedudukan kedua tercorot.
Pada saingan akhir yang membabitkan lapan negara itu, pingat emas menjadi milik China (165.250 mata) diikuti Korea Selatan (157.350) dan Jepun (157.150).

Komen Weblog Ibnu HasyimGimnastik artistik, beginilah yang ditarbiah PH, lanjutan warisan kerajaan BN yang lalu. Bukan 'sadaqah tarbiah' tapi 'maksiat jariah. Anda akan faham jika anda mampu fikir secara Islam. 

Kalau fikir secara sekular 'sampai mampos pun lu tak faham..'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails