Friday, October 12, 2018

PH Minta Rakyat Naik Grab Sebagai Ganti Bas




[Video] PH minta rakyat naik Grab sebagai ganti bas perantara dan MRT  Posted on



Lama tak dengar cerita YB Tony Pua.
Tiba-tiba dia muncul dengan cadangan bernas suruh rakyat naik Grab ganti Feeder Bus MRT.
Jimat katanya.
Kalau semua benda nak jimat untuk Kerajaan, bilanya rakyat dapat jimat?
Oh mungkin bila Projek Kereta Nasional Ke-3 dah jalan.
* Grabcar boleh bawa berapa ramai penumpang dalam satu masa berbanding bas dan MRT?
LIHAT video:
https://youtu.be/wZJp8Wv9yNo

Thursday, October 11, 2018

Teruskan Pesta Arak Di Pusat Beli-belah. - Datuk Bandar KL

Hasil carian imej untuk Pesta arak di sebuah pusat membeli-belah boleh diteruskan


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak menghalang pesta arak 'Oktoberfest 2018' yang berlangsung di sebuah pusat membeli-belah hari ini selagi ia tidak melanggar undang-undang.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, ia mengambil kira pesta di kompleks membeli-belah itu dijalankan secara tertutup dan tidak dilakukan di kawasan terbuka.

“Oktoberfest itu kalau dalam premis tidak ada keluar, tidak ada mabuk kacau orang dalam premis tidak apa sebab mereka memang jual arak, alkohol di dalam tu.

“Kalau minum dalam premis tu, minumlah tapi kalau letak iklan besar-besar itu tidak boleh, itu kita akan turunkan bagaimana kita telah buat terhadap iklan yang dipasang di Sungai Besi kita turunkan serta merta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Komuniti Strata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018, di sini, hari ini.

Beliau dalam masa sama mengesahkan DBKL sehingga kini tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan pesta arak.

Namun ujarnya, pemantauan akan tetap dilaksanakan terhadap penganjuran pesta arak di pusat membeli-belah terbabit untuk memastikan ia tidak dibawa keluar.

“Memang setakat ini saya tidak menerima sebarang permohonan. Kita pergi (buat tinjauan) sebab ia di dalam. Tapi kita tetap akan pantau, jika dibawa keluar kita sita,”katanya.

Terdahulu pada Selasa lalu, Menteri Wilayah Khalid Samad berkata, pesta arak 'Oktorberfest 2018' boleh dianjurkan jika pihak penganjur membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi kesemua garis panduan yang ditetapkan DBKL.

Beliau berkata, antara garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur ialah orang Islam tidak dibenarkan terlibat dan tidak dijalankan di tempat terbuka. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah wajah PH yang memerintah Malaysia, negara majoriti umat Islam.
Pesta arak di sebuah pusat membeli-belah boleh diteruskan - Datuk Bandar KL
DBKL akan memantau penganjuran pesta arak di Mid Valley bagi memastikan ia tidak dibawa keluar.


Sokong Mufti K'tan: Oktoberfest Tak Sesuai, Haramkan Serta-merta! -I/H

Imej yang berkaitan


SHAH ALAM - Program pesta arak Oktoberfest 2018 yang dijadualkan berlangsung esok di ibu negara tidak sesuai diadakan walaupun ia hanya untuk orang bukan Islam.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ia tidak bertepatan dengan kehendak moral dan majoriti masyarakat di negara ini.

Katanya, ini kerana Islam merupakan agama rasmi negara seperti yang tercatat di dalam perlembagaan negara.

"Sebagai sebuah negara dengan Islam sebagai agama rasmi, penganjuran pesta seperti itu adalah tidak sesuai walaupun ia hanya untuk orang bukan Islam.
"Terserah kepada orang bukan Islam untuk minum minuman keras dan sebagainya kalau dalam agama mereka tidak dihalang, tetapi penganjuran pesta itu adalah satu (yang) boleh mencemarkan nama baik negara memandangkan Islam sebagai agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan secara aman," katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad memberi lampu hijau penganjuran pesta itu jika penganjur membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi semua garis panduan ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Katanya, antara garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur ialah orang Islam tidak dibenarkan terlibat dan tidak dijalankan di tempat terbuka.

Dalam pada itu, Mohamad Shukri berkata, penganjuran pesta itu dianggap sudah keterlaluan dan menampakkan tiada rasa hormat kepada penganut-penganut Islam.

"Ia seolah-olah ingin mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
"Walaupun orang Islam tidak dibenarkan menyertainya, dari segi permuafakatan, orang bukan Islam dan Islam sepatutnya perlu mewujudkan keharmonian dan saling hormat-menghormati," katanya.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana pesta itu boleh dilakukan secara tertutup.

"Tertutup macam mana kalau dah namanya pesta? Kalau pesta, ia tak jadi tertutup. Tertutup itu barangkali tertutup yang tidak boleh dihadiri orang Islam, tetapi sensitiviti umat Islam seharusnya dipelihara dan diberi rasa hormat kita," katanya.


Oktoberfest 2018 yang berasal dari Jerman dikatakan akan diadakan di Mid Valley, Kuala Lumpur, dengan pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak.
Pada 2017 , penganjur membawa 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat pengusaha arak (breweries) untuk memenuhi citarasa pengunjung.
Penyertaan adalah dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, England, Scotland, Belgium, Germany, Denmark, Norway, Japan, Thailand dan Vietnam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ibnu Hasyim bersetuju dengan program pesta langgah kencing syaitan, atau 'arak Oktoberfest 2018' yang dijadualkan berlangsung esok di ibu negara tidak sesuai diadakan. Ianya perlu diharamkan serta-merta, walaupun ia hanya untuk orang bukan Islam.
Hasil carian imej untuk ibnu hsyim
"Orang Islam perlu diberikan kebebasan melaksanakan ajaran agama di negaranya sendiri, sesuai sebagai Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Lihat perkara 3 Perlembagaan Persekutuan).

"Umat Islam perlu diberi kebebasan, itu yang pemimpin-pemimpin Malaysia baru kena tahu.. Jangan fikir macam orang yang bukan Islam dalam meminpin negara majoriti orang Islam." Jelas editornya Hj. Mohd Hasyim.

Berita hangat


Cukai &Bajet Baru Ekonomi, Tikus PH Repair Labu..


Cukai Baru Dan Bajet 2019 Bakal Jadi Resipi Malapetaka Kepada Ekonomi Negara

Rakyat kini berada di situasi di mana Kerajaan menaikkan cukai tetapi mengurangkan bantuan rakyat, membuang pekerja di sektor awam dan menghilangkan kerja di sektor swasta, serta mencari alasan dan menyalahkan orang lain untuk segala permasalahan daripada mencari penyelesaian.

Kata Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil.

Beliau berkata demikian berhubung kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir semalam yang menyatakan bahawa Kerajaan akan memperkenalkan cukai baru.

“Ini adalah resipi malapetaka kepada ekonomi negara. Saya telah menjangka perkara ini beberapa bulan yang lalu. Saya berpendapat ini adalah satu lagi dasar yang memudaratkan rakyat oleh Kerajaan baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, apabila ekonomi tidak baik kerajaan sepatutnya menurunkan cukai untuk menggalakkan ekonomi dan bukannya menaikkan cukai atau memperkenalkan cukai baru.

“Alasan hutang negara RM1 trillion telah terbukti tidak benar dan tidak munasabah oleh pakar-pakar ekonomi dari dalam dan luar negeri. Hutang negara kita yang sebenar adalah jauh lebih rendah iaitu pada paras kurang RM700 billion atau 50 peratus dari pertumbuhan ekonomi negara berdasarkan pengiraan piawaian antarabangsa.

“Apabila cukai dinaikkan dan cukai-cukai baru diperkenalkan, ianya akan membebankan peniaga mahupun pengguna. Cukai-cukai ini akan meningkatkan kos untuk menjalankan perniagaan dan ianya juga mengurangkan pembelian barangan oleh pengguna yang terkesan apabila harga barangan meningkat akibat cukai. Apabila pengguna tidak beli barang, peniaga juga tidak dapat untung.

“Ekonomi Malaysia kini menuju ke bawah akibat dasar-dasar Kerajaan baru ini. Petunjuk-petunjuk ekonomi membuktikan senario ini.”

Ujarnya, jumlah dagangan antarabangsa menurun dan ekonomi domestik juga tergugat. Sektor pembuatan yang berkembang pada paras 5% pada tahun lalu jatuh ke paras 3% kini. Sektor pembinaan pula jatuh daripada paras perkembangan 7% tahun lalu ke paras 4% kini. 

Unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini juga telah turun daripada 6% kepada 4-5%. Setiap 1% penurunan pertumbuhan ekonomi akan mengakibatkan anggaran 100,000 orang kehilangan peluang pekerjaan.

“Hal ini diterukkan lagi dengan kehilangan kerja sedia ada oleh berpuluh-puluh ribu pekerja di sektor swasta akibat pembatalan atau kaji semula projek-projek infrastruktur seperti ECRL, HSR dan MRT oleh Kerajaan.

“Kerajaaan juga dijangka akan mengurangkan perbelanjaan kepada rakyat dalam Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada bulan depan. Pada tahun lalu, Kerajaan memperuntukkan RM280 billion untuk rakyat dalam Bajet 2018. Pada tahun ini, adalah dijangka peruntukkan ini akan dipotong sebanyak sekurang-kurangnya RM10 billion.

“Jumlah ini adalah lebih kurang bersamaan dengan anggaran jumlah ketirisan SST, dan ianya juga adalah lebih kurang bersamaan dengan jumlah perbelanjaan bantuan untuk rakyat melalui BR1M oleh kerajaan dahulu.

“Bantuan-bantuan dan peruntukan-peruntukan lain juga akan dipotong termasuk kenaikan gaji dan elaun penjawat awam. Apabila ditanya kepada kerajaan kini, jawapan mereka ialah ini semua salah kerajaan dahulu,” bidasnya lagi. – MyKMU.Net
MR : PH menepati peribahasa seperti tikus membaiki labu....

Politik Binatang (political animal)




INILAH hasil falsafah politik Niccolò Machiavelli (1469-1527), seorang tokoh ilmuan Itali yang membawa teori yang terkenal di Barat dengan ungkapannya: “The ends justify the means” (matlamat menghalalkan cara) yang disebut oleh para ulama’ Islam (الغاية تبرر الوسيلة).
Kita sedang menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang diadakan kerana mahu mencalonkan seorang yang dikatakan untuk menjadi Perdana Menteri dan telah mendapat pengampunan mengikut proses undang-undang yang menjadi pertikaian dan perbincangan hangat hari ini.
Saya terpaksa menulis dengan bahasa-bahasa sebegini kerana ingin menjaga maruah negara tercinta, kerana sangat menyentuh maruah Institusi Raja-raja, Badan Kehakiman dan sistem demokrasi yang wajib dimurnikan secara bermoral dan bermaruah.
Pertama: Konsep pengampunan. Seseorang yang membuat permohonan maaf, adatnya dia mengaku bersalah atas dosa dirinya. Kalau adab bertaubat kepada Allah Yang Maha Besar sekalipun, mestilah bersyarat mengaku berdosa, menyesal dan berazam tidak mengulangi dosanya.
Kedua: Kalau Badan Kehakiman yang salah, maka sepatutnya Badan Kehakiman yang wajib memohon pengampunan, termasuk segala cabangnya iaitu para hakim, Peguam Negara, pendakwa dan polis yang menyiasat.
Persoalannya, kita tidak tahu siapa yang dihinakan dalam kemalangan ini?
Selain itu, sistem demokrasi sangat sinonim dengan dasar dan konsep politik Islam, sekiranya dijaga adab dan akhlaknya. Barat juga ada akhlak dalam demokrasinya sehingga seburuk-buruk akhlak. Mereka juga mahukan orang yang bermoral tinggi atau lulus integritinya.
Saya melihat amalan demokrasi di Port Dickson menunjukkan beberapa kepincangan berlaku;
Pertama: Rakyat diberi hak memilih wakil mengikut parlimen dan Dun masing-masing. Adapun Perdana Menteri dipilih untuk menjadi Ketua Kerajaan kepada semua rakyat di seluruh negara, bukan untuk satu kawasan parlimen sahaja.
Maka, sepatutnya pemilihan PM melalui proses yang sama secara serentak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang diadakan dan diberikan kepercayaan melalui cara dia memimpin parti atau gabungannya itu dalam PRU. Bahkan, ada negara yang mengadakan pilihan raya seluruh negara untuk memilih seorang pemimpin terbesar bagi negaranya.
Kedua: PRK tidak wajar diadakan kecuali ada sebab yang munasabah berlaku selepas PRU, kerana keuzuran yang syar'ie yang memestikannya dilantik menjadi PM baru daripada kalangan yang telah dipilih dalam PRU, bukannya dengan cara memotong di tengah jalan atau dicantas di tengah dahan.
Apakah jenis demokrasi kita ini? Barat pun tidak, Timur pun tidak.
Tidakkah memalukan? Kerana catatan dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah Agama Negara. 


Islam meletakkan kewajipan memimpin negara adalah satu amanah yang sangat besar daripada perkara amanah yang sangat banyak bahagian dan cabangnya, sehingga disebut secara khusus melalui firman Allah:
۞ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59) ]سورة النساء: 58-59[
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (58); Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (para ulama’ yang memahami Islam dan para pemimpin yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (sunnah kebijaksanaan) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”. (59) (Surah An-Nisa': 58-59)
Dalam ayat ini, dinyatakan secara khusus berkenaan urusan memerintah dan melaksanakan hukum adalah amanah terbesar supaya berlaku adil terhadap semua manusia. Ketaatan mutlak hanyalah kepada Allah dan Rasul, ketaatan bersyarat terhadap para ulama’ dan pemimpin. Dikaitkan pula dengan beriman kepada Allah dan Hari Akhirat yang membezakan Islam dengan demokrasi barat dan teokrasi.
Demokrasi barat menjadikan suara rakyat suara keramat seperti firman Tuhan, walaupun rakyat telah ditipu atau jahil dan miskin terdesak. Adapun teokrasi pula memberi kuasa mutlak kepada agamawan, walaupun ada yang menyalahgunakan agama.
Dalam hal ini, Islam menerima demokrasi kerana rakyat juga ada hak, tetapi hendaklah dipelihara dengan adab dan akhlak, serta roh agama yang ada perhitungan dosa dan pahala. Begitu juga kalangan agamawan juga wajib beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Maka langkah murni demokrasi itu akan berlaku sekiranya berpandukan Islam, bukan berpandukan teori pemisahan politik daripada agama (sekularisme) atau teori matlamat menghalalkan apa sahaja caranya.
Apabila perkara memimpin negara adalah amanah yang terbesar. Maka, Rasulullah S.A.W. mentafsirkannya kepada umat Islam bahawa jangan memilih pemimpin yang gelojoh dan mahukan jawatan atau yang fasiq seperti berbohong dan lain-lain.
Allah berfirman:
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا (74) ]سورة الفرقان: 74[
“Dan juga mereka (yang diredhai dan dirahmati Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Furqan: 74)
Rasulullah S.A.W. juga menolak orang yang gelojoh mahu menjadi pemimpin. Sabdanya:
إنا والله لا نولي على هذا العمل أحدا سأله ولا أحدا حرص عليه (متفق عليه)
“Demi Allah aku tidak melantik tugas ini kepada seorang yang meminta atau seorang yang terlalu rakus mahukan jawatan ini”. (Muttafaq ‘Alaih)
Sabda Rasulullah S.A.W. kepada sahabatnya Abdul Rahman bin Samurah R.A.:
يا عبدَ الرحمن بنَ سمرة، لا تسأل الإمارة؛ فإنكَ إنْ أُوتِيتَهَا عن مسألة وُكِلْتَ إليها، وإنْ أوتيتَها من غير مسألة أُعِنْتَ عليها. (متفق عليه)
“Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah meminta jawatan untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kamu dilantik dengan sebab memintanya, nescaya dibebankan kepadamu (tanpa pertolongan Allah). Jika dilantik bukan dengan sebab kamu memintanya, nescaya diberi pertolongan (Allah) kepada kamu”. (Muttafaq ‘Alaih)
Terdapat banyak nas secara berulang kali yang melarang kita mengikuti atau memilih pemimpin yang fasiq. Di antara tanda fasiq itu ialah perangai berbohong dan perkara-perkara lain yang menunjukkan tiada maruah atau jati diri. Di manakah kita dalam meletakkan pesanan Rasulullah S.A.W.?
Seluruh dunia kini sedang menyaksikan kesilapan rakyat Amerika yang dianggap paling maju demokrasinya, menyebabkan mereka terpaksa merasa malu terhadap seluruh dunia. Sehingga sudah ramai pula yang meletak jawatan.
Buah salak buah kedondong, 
Dipungut diletak ke dalam baldi, 
Bukan salah ibu mengandung, 
Tetapi salah memangkah undi.

Janganlah kita menjadi sebab berlakunya Hari Kiamat kerana salah memilih pemimpin.
Saksikan Ya Allah! Bahawa saya telah menyampaikan.
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 
Bertarikh: 8 Oktober 2018 / 28 Muharam 1440 - HARAKAHDAILY 8/10/2018


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Tuduh Dulu Maaf Kemudian, Teori Machiavelli PH.




BANGI, 1 Safar 1440H, Rabu – Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyindir pihak tertentu – dipercayai merujuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) – kononnya perlu menyiasat sesuatu berita atau maklumat terlebih dahulu, sebelum membuat tuduhan.
Bertentangan dengan apa yang berlaku terhadap PAS, beliau berkata parti itu sudah lali dengan politik persepsi dan fitnah, terutama sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), termasuk dituduh menerima wang RM90 juta daripada UMNO.
Walaupun sudah diperjelaskan berulang kali, katanya, isu itu terus dimainkan portal dan ‘cybertroopers’ yang tidak bertanggungjawab, demi untuk mencapai matlamat.
“Biasalah sifat manusia yang rakus dengan kuasa. Apabila kena kepada PAS, bersorak seantero dunia. Tidak cukup ‘cybertroopers’ di Malaysia, guna pula media dan penulis upahan di luar.
“Apabila kena atas kepala sendiri, baru terasa pedih sampai ulu hati atau seperti kulit yang disimbah dengan cuka getah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Idris berkata, PAS konsisten tidak bersetuju dengan politik fitnah, sekali gus menyokong Akta Antiberita Tidak Benar di sidang Parlimen Mac lalu, walaupun mengakui ada kesan negatif.
“Tetapi PAS melihat dari sudut moral dan akhlak, apakah wajar kita boleh menerima berita tidak benar.
“Guna istilah tabayyun, tanya dulu, siasat dulu, dengar dulu, telefon dulu, bincang dulu, dengar sampai habis, jangan baca sekerat-sekerat.
“Jikalau kepada orang lain, sila saman kalau tidak betul. Tuduh dulu, bicara kemudian, tuduh dahulu, maaf kemudian. Asalkan cita-cita politik songsang tercapai,” katanya. (Ismaweb)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasalah perangai PH begitu, kalau bukan begitu bukan PH. Itu termasuk strategi perjuangannya, teori Machiavelli menghalalkan cara, teori kafir..

YB Dap Samseng, Biadap Bukan Perkara Baru

Wakil Rakyat DAP Samseng Bukan Isu Baru

KUALA LUMPUR, 10 Okt – “Inilah ajaran pembangkang khususnya Dap. Kini apabila mereka berkuasa maka mereka mula ‘naik tocang’,” ujar Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Ridwan Mohd Ali yang mengulas berkaitan video tular membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dap Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee.
Jelas beliau, ini bukan kali pertama pemimpin Dap bersikap biadap dan kurang ajar kerana ketika mereka menjadi pembangkang lagi, mereka sudah bersikap sedemikian.
“Jadi, bila mereka sudah berkuasa maka mereka tidak pandai untuk menggunakan budi bicara bagi menyelesaikan masalah. Kita bukan mempertikaikan keputusan yang dibuat tetapi sikap biadapnya itu menjadi isu.
“Seharusnya sebagai seorang Yang Berhormat (YB), beliau harus menggunakan budi bicara dan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah. Beliau seharusnya sedar, jawatannya itu adalah pilihan rakyat,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Kata Mohd Ridwan, rakyat kini seharusnya sudah dapat menilai yang mana kaca dan yang mata permata.
“Inilah akibatnya jika tersalah pilih dan memilih kerana sentimen dan emosi. Jika dulu hanya keburukan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang dipandang sehinggakan rakyat mahukan perubahan, tetapi kini adakah perubahan yang diharapkan menjadi kenyataan?
“Saya mengaku, UMNO dan BN bukanlah sebuah parti yang sempurna tetapi jika kita mahukan perubahan, seharusnya kita pilih yang lebih baik dan bukannya yang lebih buruk. Sebab itu kita tidak boleh memilih hanya kerana sentimen atau emosi. Kita harus memilih seseorang yang benar-benar layak untuk disandarkan harapan membawa suara rakyat.
“Kini, mahu tidak mahu kita terpaksa menerima hakikat inilah wakil rakyat yang anda semua pilih,” ujar beliau lagi.
Semalam tular di media sosial sikap Norhizam melayani para penduduk kampung dengan suara tinggi dan kata-kata yang tidak wajar ekoran isu jalan menuju ke masjid iaitu di Taman Akasia, Melaka
Cara Norhizam yang dianggap seperti samseng itu menjadi kecaman rakyat.
Ini bukan kali pertama video Norhizam berlagak samseng menjadi tular. Sebelum ini pada 29 Ogos lalu Norhizam pernah mengundang kemarahan netizen apabila menyerbu tempat simpanan baja orang kampung selain mendakwa mereka menyorok dan menyimpan baja subsidi. – MediaUMNO
YB DAP Tengking, Kutuk Orang Tua Tak Sekolah

Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails