Friday, November 02, 2018

Lesen Motor Percuma, Istimewa Tunai Janji Buat Belia.


KUALA TERENGGANU, 1 November- Satu lagi janji untuk anak muda akan terlaksana apabila kerajaan negeri bakal menghadiahkan lesen motosikal percuma kepada golongan belia bermula Januari 2019, sepertimana manifesto PAS negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata, sebagai permulaan seramai 20,000 belia berumur 16 tahun ke atas hingga 40 tahun layak menikmati tawaran itu.

"InsyaAllah, pada awal Januari 2019, keseluruhan 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mendapat agihan jumlah pemohon yang sama rata iaitu seramai 625 belia yang layak untuk menerima bantuan lesen RM300 seperti kita janjikan sebelum ini.
"Ini termasuklah 12 Institut Memandu yang terdapat di negeri ini yang akan mendapat pecahan yang sama rata iaitu kira-kira 426 penerima lesen yang berjaya supaya tidak wujud monopoli di kalangan mereka (pengusaha) nanti,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Bengkel Manifesto Lesen di Wisma Kokitab, di sini, hari ini.
Wan Sukairi berkata, bengkel berkenaan diadakan bagi mencari kaedah terbaik bagi melaksanakan bantuan lesen yang merupakan salah satu janji daripada 20 manifesto yang bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

"Kita adakan kerjasama dengan semua pihak termasuk agensi yang berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan institusi memandu.
"Hasilnya kita akan masukkan dalam mesyuarat induk manifesto dalam masa yang singkat untuk selaraskan dalam pembentangan bajet nanti,"ujarnya lagi.

Tambah Wan Sukairi, pihaknya juga mensasarkan pada pertengahan suku kedua 2019, pemberian lesen percuma ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

"Namun begitu, akan ada jumlah tertentu dengan mengambil kira kewangan negeri," jelasnya.

Terdahulu, beliau berkata, tujuan pelaksanaan janji itu kerana mahu mengurangkan gejala rempit tanpa lesen termasuk mengurangkan bebanan keluarga yang sebelum ini terpaksa membayar RM300 untuk mendapatkan lesen di samping mengurangkan kadar kemalangan.

"Mungkin ada di antara kita yang tidak punyai kemampuan untuk dapatkan lesen yang bagi sesetengah pihak merasa jumlah itu kecil tetapi bagi sesetengah orang ia rasakan jumlah itu cukup besar.
"Tawaran ini juga akan mendedahkan belia terbabit supaya mengikuti kursus kaedah pemanduan untuk jadi pemandu yang berhemah,"katanya. (Teganukita)

Tok Pa Dah Jumpa Pintu Gua Penyamun PH?


Hasil carian imej untuk mustapa muhammad

'40 penyamun' mencari pintu Pakatan Harapan  -Hasmi Hashim


ULASAN | Kata watak saudagar unta dalam filem klasik Tiga Abdul arahan P Ramlee, “Jual orang lagi untung dari niaga unta.” Kita pun ketawa!

Hasil carian imej untuk ali bujang lapok

Hasil carian imej untuk ali baba bujang lapok


Orang yang boleh dijual beli dalam era Malaysia baharu ini bukanlah hamba abdi di pasar seperti zaman di negeri Isketambola. Orang yang boleh dijual beli kini adalah politikus. Lebih tepat lagi wakil-wakil rakyat.


Sejak Mustapa Mohamad menyerahkan borang keanggotaan BERSATU, cerita ramai lagi YB Umno akan menyeberang ke Pakatan Harapan segera tersebar. Ada yang menghitungnya sampai 40 orang.


Bagi BERSATU, kehadiran bertempayan-tempayan YB Umno mungkin dipercayai sebagai cara paling mudah untuk menguatkan parti dengan sekelip mata. BERSATU walaupun dipimpin Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin tertinggi negara, dengan jumlah menteri dari parti itu yang relatif ramai, tetapi BERSATU masih parti kecil—kalaupun bukan terkecil—dari jumlah bilangan ahli parlimen dalam gabungan Pakatan Harapan.


BERSATU baru dua tahun usianya. Bahkan AMANAH sebagai parti serpihan PAS pun lebih lama tertubuh. Sepertimana sebuah syarikat, tak ada jalan singkat untuk menjadikan sesebuah parti itu kuat dalam setahun-dua. Di kampung-kampung, logo BERSATU pun tidak cukup dikenali masyarakat lagi.


Saya yakin adalah tidak sejajar dengan harapan orang Melayu di era Malaysia baharu kalau ada usaha untuk menjadikan BERSATU laksana Umno dalam sejarah zaman gelap BN dahulu. Bahkan BN 2.0 pun bukan bentuk gabungan yang mahu diwujudkan dalam Pakatan Harapan.


Alasan boleh diberikan, yakni tak semua YB Umno yang sedang menunggu masa menyeberang mempunyai beban atau rekod yang kotor. Ada juga yang baik. Contohnya Tok Pa sendiri yang pada mulanya bertepis, bertampar menafikan dia akan menyertai BERSATU, akhirnya menyerahkan borang. Dalam acara yang sama, dia segera mendapat kad keanggotaan!


Sembahyang istikharah pun digunakan sebagai ayat penunduk agar sukar bagi sesiapa mengukur kesahihannya. Hanya dia dan Allah sahaja yang mengetahui.


Pada peringkat ini, ketika Pakatan Harapan sudah berjaya membentuk kerajaan, soal kotor bersih bukan satu-satunya pertimbangan bagi menerima YB atau pemimpin Umno.


Ada pertimbangan lain yang lebih penting perlu dihitung. Sentimen dan kebencian rakyat terhadap pemimpin Umno sebenarnya termasuklah menyentuh sikap mereka yang suka membodek selama mereka mahu mendapat kedudukan dalam Umno dan kerajaan.


Begitu mudahkah mencuci tangan?


Mereka tidak pernah berpihak kepada rakyat, melainkan asyik cenderung kepada pemimpin atasan semata-mata. Rakyat merupakan keperluan lima tahun sekali apabila sampai waktu pilihan raya.


Misalnya, apa sahaja yang dilakukan mantan PM, Najib Razak sebelum 9 Mei adalah dianggap benar sebenar benarnya. Termasuklah menyentuh skandal 1MDB yang kini terdedah satu persatu. Sikap tidak tegas, biasa membodek bahkan ada kalanya bacul itu turut ditunjukkan oleh watak sebaik dan sesuci Tok Pa sepanjang dia bersama Umno.


Oleh itu dia jugalah antara yang menyumbang kepada buruk dan hodohnya wajah Umno yang wujud sekarang. Begitu mudahkah dia mencuci tangan dengan sekeping borang dan kata-kata di sebalik solat istikarah?


Sedangkan dalam Pakatan Harapan, mereka yang jujur berjuang cukup ramai. Tanpa Tok Pa, bahkan tanpa “40 penyamun” yang sedang menunggu mahu menyeberang, Pakatan Harapan tetap boleh menang dengan sokongan rakyat yang insaf selain muak dengan perangai lapuk pemimpin Umno.


PKR, DAP dan AMANAH nampaknya lebih tegas dalam hal ini. Ketegasan itu tentu disebabkan pemimpin ketiga-tiga parti berkenaan lebih merasakan betapa perih payahnya perjuangan. Mereka bukanlah di kalangan tokoh yang setahun dua berdepan tekanan Umno-BN, sebelum tak semena-mena menjadi “menteri mi segera.”


Dan sudah tentu broker politik kini sedang berkeliaran. Sudah tentu mereka cukup sebuk mengatur pertemuan siang dan malam. HP-nya tak henti-henti berdering dan ‘harga’ serta tawar-menawar sedang turun-naik. Lebih aktif dan mendebarkan berbanding mana-mana papan bursa saham di mana pun di dunia.


Memang sukar untuk YB-YB Umno itu percaya bahawa masa depan Umno masih tersisa. Terutama tatkala melihat puluhan pendakwaan yang dikenakan ke atas Najib mahupun presiden mereka sekarang, Zahid Hamidi.


Saya juga menyaksikan seorang mantan YB Umno, sejurus BN kalah, terus mengisi borang PKR. Tidak lama selepas itu, dia dikhabarkan mengisi pula borang BERSATU. Dia betul-betul menjadi tak tentu arah. Menjadi serba bingung dan serba tak kena. Malam dirasakan panas, siang dirasakan seram.


Dia hanyalah seorang mantan YB, dan tidak pernah pula menjadi menteri. Segala upaya salin kulit cuba dibuat, tetapi tidak kiralah sama ada dia “ular lidi” atau “ular sawa”, ular tetap ular. Berpindah sarang tidak bererti dia terlupa untuk membelit atau tercabut pula taring racunnya.


HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis  lirik dan otai Jalan Telawi.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rupanya Tok Pa dah jumpa pintu gua penyamun PH? Akan wujud gabungan penyamun-penyamun yang lebih mantap. Akan musnahkah kerajaan Malaysia?

Islam Memimpin Bersama Bangsa -Presiden PAS.


ISLAM yang membawa risalah sejagat, menjadi rahmat kepada seluruh alam. Dasar, konsep dan tujuannya tidak terikat dengan semangat kebangsaan dan dijadikan aqidah perjuangan. Namun tetap mengiktiraf peranan bangsa dalam perjuangannya.
Semua para Rasul A.S. selepas Nabi Lut A.S. dijadikan bangsanya salah satu tonggak pendukung perjuangannya.

Allah menetapkan kewujudan bangsa menjadi salah satu daripada dalil ketuhanan-Nya. Firman Allah:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (bermasyarakat). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah Al-Hujuraat: 13)
Firman Allah:
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ (22)
“Dan di antara tanda-tanda (yang membuktikan ketuhanan, kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya) ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan”. (Surah Ar-Rum: 22)
Kewujudan pelbagai bangsa, bahasa, warna kulit dan perbezaan yang lain menjadi dalil kuasa dan kebijaksanaan Allah dengan ikatan bermasyarakat. Membolehkan manusia itu ditugaskan di atas muka bumi dan alam dunia yang tidak mungkin dilaksanakan oleh makhluk yang lain.
Adapun kelebihannya pula bergantung kepada bagaimana mereka menjalankan tugas bagi mencapai tujuan mereka diciptakan iaitu beribadah (memperhambakan dirinya kepada Allah), berkhilafah (mentadbir bumi dan seisinya) dan melaksanakan amanah (perintah Allah daripada agama-Nya) yang menjadikan ukuran kemuliaannya ialah sifat taqwa kepada Allah.
Al-Quran menegaskan peranan keluarga dan bangsa dalam kewajipan berdakwah secara praktikal, bermula dengan kisah Nabi Lut A.S.:
قَالَ لَوْ أَنَّ لِي بِكُمْ قُوَّةً أَوْ آوِي إِلَىٰ رُكْنٍ شَدِيدٍ (80)
“Nabi Lut berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat berlindung kepada sesuatu tempat bertahan yang kuat (penyokong-penyokong daripada kaum keluarga)”. (Surah Hud: 80)
Sabda Rasulullah S.A.W.:
"رَحْمَةُ اللَّهِ عَلَى لُوطٍ إِنْ كَانَ لَيَأْوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ، قَالَ: فَمَا بَعَثَ اللَّهُ مِنْ بَعْدِهِ نَبِيًّا إِلا فِي ذِرْوَةٍ مِنْ قَوْمِهِ". (الترمذي)
“Rahmat Allah terhadap Nabi Lut A.S. sebenarnya dia telah mendapat perlidungan yang sangat kuat (pertolongan Allah dengan kedatangan para malaikat). Maka Allah tidaklah mengutuskan Rasul selepasnya melainkan bersama kekuatan kaum bangsanya”. (Riwayat Imam At-Tirmizi)

Maka Rasulullah S.A.W. juga diperintahkan pada permulaan dakwahnya untuk membentuk jamaah daripada kaumnya sendiri. Firman Allah:
فَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ فَتَكُونَ مِنَ الْمُعَذَّبِينَ (213) وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ (214)
“Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah Tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi daripada golongan yang dikenakan azab seksa. (213); Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat”. (214) (Surah As-Syua’ara’: 213-214)
Allah menegaskan melalui firman-Nya:
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ فَيُضِلُّ اللَّهُ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (4) وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَذَكِّرْهُم بِأَيَّامِ اللَّهِ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ (5)
“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (4); Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil berfirman: “Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah”. Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur”. (5) (Surah Ibrahim: 4-5)
Allah menyebut contoh Nabi Musa A.S. dengan kaumnya secara khusus, walaupun dakwahnya juga ditujukan kepada Firaun yang memerintah negara Mesir Purba yang bertamadun kebendaannya tetapi sesat aqidah, syariat dan akhlaknya.
Allah mengeluarkan Qarun yang sesat, walaupun dia sebangsa dengan Nabi Musa A.S. Firman Allah:
۞ إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ (76) وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ (77)
“Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat lagi sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu). (76); “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”. (77) (Surah Al-Qasas: 76-77)
Allah juga meletakkan seorang pembesar bangsawan di kalangan Firaun yang beriman, termasuk kalangan Nabi Musa A.S. yang diabadikan sebutannya di dalam Al-Quran.
Maka Rasulullah S.A.W. memulakan dakwahnya kepada kaum keluarga dan bangsanya dahulu, walaupun kerasulannya kepada seluruh manusia dan sekalian alam dunia ini sehingga berlakunya Kiamat yang wajib diimani.
Allah juga menyebut amaran-Nya di dalam Al-Quran bahawa bangsa Arab yang meninggalkan perjuangan Islam dipinggirkan dan ditukar dengan bangsa lain yang memimpin umat bersama Islamnya.
Firman Allah:
وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم (38)
“Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan menegakkan Islam) ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu”. (Surah Muhammad: 38)
Selepas wafatnya Rasulullah S.A.W, umat Islam melaksanakan sabda Baginda S.A.W. yang mentafsirkan Al-Quran:
الأئمة من قريش
“Para pemimpin itu hendaklah di kalangan Quraisy”. (Riwayat Imam Ahmad)
Ibnu Khaldun mentafsirkan makna Quraisy adalah kaum Arab yang mendominasi umat Islam pada masa itu. Maka umat Islam melaksanakan hadis ini mengikut Feqah Al-Waqi’e (Feqah Situasi dan Realiti) yang sentiasa berubah mengikut zaman dan tempatnya.
Amirul Mu’minin Umar bin Al-Khattab R.A. menegaskan kepada para pemimpin Islam berbangsa Arab pada zamannya:
نحن قوم أعزنا الله بالإسلام، فمهما نبتغي العز بغير أعزنا الله أذلنا الله.
“Kita adalah kaum (bangsa) yang diberi keperkasaan oleh Allah bersama Islam, sekiranya kita mencari yang lain daripada Islam nescaya kita menerima hukuman Allah, menjadi hina dan lemah”
Senario kepimpinan Islam berlaku sama ada di peringkat pusat atau negeri di sepanjang zaman membuktikan bahawa bangsa yang dominan di kalangan penganut Islam yang layak memimpin, bergilir daripada Arab kepada Kurdis (Ayyubiah), kemudiannya Turki (Uthmaniah), Tatar (Moghul) yang menganut Islam di benua India dan rumpun Melayu di Nusantara.
Rumpun Melayu Islam daripada pelbagai suku kaum dan bangsanya yang menganut Islam masih tetap menjadi bangsa terbesar menganut Islam di rantau ini (Indonesia dan Malaysia), bahkan terbesar di kalangan dunia Islam. Hanya kembali sahaja kepada Islam yang sempurna.
Maka jangan digempurkan bangsa Melayu Islam yang mendominasi penduduk di negara ini hanya kerana adanya pengaruh ekonomi dan media yang disalahgunakan untuk tujuan politik yang salah, tanpa mengambil kira peranan dominasi kaum yang masih menganut Islam ini.
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 31 Oktober 2018 / 20 Safar 1440 - HARAKAHDAILY 31/10/2018


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Pendapatan Guan Eng RM86,464.92, Tertinggi. PH Tunai Janji?




KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencatat pendapatan tertinggi di kalangan ahli parlimen dan pentadbiran kerajaan iaitu berjumlah RM86,464.92.
Ia berdasarkan Portal Pengisytiharan harta anggota Parlimen dan pentadbiran kerajaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain dirinya, Guan Eng turut memasukkan sekali nama isteri dan anaknya dalam mengisytiharkan jumlah pendapatannya itu.
Kedudukan seterusnya adalah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengisytiharkan dirinya serta isteri dengan RM75,861.57, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, (diri sendiri dan isteri) berjumlah RM73,576.15, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (diri sendiri dan isteri) sebanyak RM72,276.37 dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok (diri sendiri) sebanyak RM68,142.66.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail pula berada di kedudukan kesembilan dengan pendapatan sebanyak RM 59,048.33 menerusi pendapatan dirinya dan suami.
Maklumat itu dimuat naik ke Portal Pengisytiharan Harta SPRM tanpa memaklumkan butiran terperinci mengenai jumlah itu sama ada bagi tempoh sebulan atau setahun.
Portal itu juga memaklumkan setakat ini seramai 46 ahli parlimen kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka sementara 77 lagi belum melakukannya.
Manakala seramai 19 anggota pentadbiran kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka dan 30 lagi belum melakukan perkara yang sama. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini yang PH tunai janji.

Hasil carian imej untuk beca mahathir

Muslimah Boleh Kahwin Kafir?– Prof Siti Musdah Mulia. Benarkah Berita Ini?

Muslimah Boleh Kahwin Kafir Prof Siti Musdah Mulia
Benarkah berita ini? Sila komen..

Putrajaya: Tidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran, dakwa Profesor Dr Siti Musdah Mulia. Prinsip Islam itu sendiri adalah ‘rahmatan lil alamin’ (rahmat untuk seluruh alam), menurutnya lagi.

Profesor Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta itu menerangkan bahawa perbuatan seks sumbang sejenis adalah tidak haram, asalkan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.

Tokoh yang dikagumi oleh ramai di Malaysia itu berkata, “Sekiranya orang gay melakukan perhubungan seks dan melakukannya dengan perasaan cinta dan tanggungjawab, apa yang salahnya tentang itu? Quran lebih menekankan mengenai pelakuan.” “Apa yang haram ialah perbuatan seks yang tidak bertanggungjawab, yang menyakitkan orang dan membuat orang sakit atau terseksa, tidak kisah mana-mana orientasi seks,” katanya lagi.

Tegasnya, “Tidak ada apa-apa kesalahan untuk menjadi Muslim gay. Terdapat sekumpulan Muslimah lesbian di Jawa Barat — ahli-ahlinya kerap melakukan solat berjemaah dan bersedekah kepada anak-anak yatim. Mereka lebih Sufi dari orang-orang lain.

Cuma Tuhan yang berhak untuk menentukan orang itu bersalah atau tidak, beriman atau tidak.” Beliau juga mendakwa kaum Muslimah berhak untuk mengahwini pasangan yang kafir, kerana terdapat khilaf ulama berkenaan perkara tersebut. Lagipun, keseluruhan hukum fiqh dalam perkahwinan hanyalah ciptaan manusia, dakwanya lagi.

Beliau berkata, “Dengan proses globalisasi, tidak dapat dielakkan untuk manusia lebih mudah berhubung dengan sesama sendiri. Mengapa ianya diharamkan sedangkan ulama sendiri ada pandangan yang berbeza mengenai isu tersebut?” “Saya beritahu mereka bahawa keseluruhan hukum fiqh mengenai perkahwinan adalah rekaan manusia, tidak ada satu pun daripadanya bersumberkan faks dari syurga. Kenapa perlu takut?

Tuhan tidak akan marah, Dia sungguh bijaksana,” katanya lagi. Apabila ditanya tentang keperluan untuk beragama memandangkan agama Islam amat bersifat kontekstual, beliau menjawab, “Itu bergantung kepada individu tersebut.

Sekiranya lelaki tersebut atau perempuan tersebut menganggap bahawa agama tidak membawa ketenangan kepada jiwa, lalu tidak ada gunanya untuk mempunyai agama.

Ikut sahaja nurani kamu, serius.” Sedar akan penentangan majoriti umat Islam terhadap pemikirannya itu, beliau mendesak campur tangan pihak kerajaan untuk mengharamkan ajaran Islam yang menjadi anutan mereka dan hanya menggunakan Islam versinya sahaja, yang sesuai dengan prinsip ‘rahmatan lil alamin’. “Pihak kerajaan sepatutnya mengambil pendirian tegas dan berkata bahawa ajaran agama yang hanya boleh diterima di negara ini adalah yang sesuai dengan prinsip-prinsip demokrasi, Pancasila (dasar falsafah negara) dan prinsip Islam sebagai ‘rahmatan lil alamin’ — rahmat kepada semua manusia. Itulah. Kenapa takut?” tegas beliau.
SUMBER : Menara.my Via Lubok Cerita Express.


Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Musdah Mulia, pejuang gay dan lesbian

Masih ramai rupanya yang tidak mengenali siapa Musdah Mulia sebagai pejuang tegar Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia. Mungkin perawakannya yang bertudung, membuatkan sebahagian dari kita sukar menerima bahawa beliau berkongsi pandangan yang sama dengan Irsyad Manji.

Hakikatnya juga, kini, sekadar bertudung, tidak mencerminkan fahaman yang sahih. Kerana itu, wanita Islam sewajarnya bertudung bukan kerana peer pressure, trend, dan sekadar menutup rambut, namun lebih penting menutup aurat dengan diiringi oleh kefahaman Islam yang mantap diiringi dengan sifat haya’ atau malu yang selayaknya. 

Terasa sedih kerana ada yang tidak sedar bahawa penampilan mereka sebagai “wanita Muslimah” dijadikan “camouflage” atau penyamaran bagi memudahkan sesuatu ideologi songsang itu lebih diterima.
Siapakah dia?
Seorang professor, Prof. Dr. Siti Musdah Mulia adalah Pensyarah pascasarjana di UIN (Universiti Islam Negeri) Jakarta. Dikenali sebagai aktivis Jaringan Islam Liberal pernah menyelia Rancangan Kompilasi Hukum Islam (Counter Legal Draft) yang dimajukan kepada Kementerian Agama Indonesia yang memohon perubahan seperti :
• Pasal 3 ayat 1 : Asas perkahwinan adalah monogami dan perkahwinan poligami adalah tidak sah dan harus dinyatakan batal secara hukum.
• Pasal 9 : Ijab-kabul boleh dilakukan oleh isteri–suami atau sebaliknya suami–isteri.
• Pasal 54 : Perkahwinan berbeza agama antara muslim atau muslimah dengan non-muslim disahkan.
• Pasal 59 : Talak tidak dijatuhkan oleh pihak laki-laki, tetapi boleh dilakukan oleh suami atau isteri di depan sidang pengadilan agama.
• Pasal 88 ayat 7a : Masa iddah bukan hanya dimiliki oleh wanita tetapi  juga untuk lelaki. Masa iddah bagi lelaki adalah seratus tiga puluh hari.
• Pasal 8 ayat 3 : Bahagian warisan anak laki-laki dan wanita adalah  sama
Draf tersebut bagaimanapun telah ditolak oleh Parlimen dan Kementerian Agama Republik Indonesia.
Dia juga dikenal sebagai aktivis Islam Liberal dan kebebasan beragama daripada kumpulan ICRP (Indonesia Conference of Religions and Peace) ini berkata, “Tidak ada perbezaan di antara lesbian dengan non-lesbian. Dalam pandangan Tuhan, manusia dihargai hanya berdasarkan ketaatannya.” Dan menulis buku“Bias Gender dalam Perspektif Islam”.
Dalam sebuah makalah ringkasnya yang berjudul “Islam Agama Rahmat bagi Alam Semesta”, dia menulis:
“Menurut hemat saya, yang dilarang dalam teks-teks suci tersebut lebih tertuju kepada perilaku seksualnya, bukan pada orientasi seksualnya. Mengapa? sebab, menjadi heteroseksual, homoseksual (gay dan lesbi), dan biseksual adalah kodrati, sesuatu yang “given” atau dalam bahasa fikih disebut sunnatullah. Sementara perilaku seksual bersifat kontruksi manusia. Jika hubungan sejenis atau homo, baik gay atau lesbi sungguh-sungguh menjamin kepada pencapaian-pencapaian tujuan dasar tadi maka hubungan demikian dapat diterima.”
Sumber: Majalah Tabligh DTDK PP Muhammadiyah (2008)

Thursday, November 01, 2018

Henti Guna Bulu-mata Palsu, Sanggul Tinggi.. Jurusolek Insaf, Berkat!


Nina berpengalaman sebagai jurumekap selama lima tahun.

'Jurusolek insaf' hilang pelanggan selepas henti guna bulu mata palsu, sanggul tinggi, tapi..


PETALING JAYA: Cantik di mata manusia tapi buruk pada pandangan Allah, begitulah pendirian seorang jurusolek yang nekad tidak mahu lagi mengingkari larangan Islam dalam menjalankan tugasnya.
Perkongsian Nina Syazana, 25, yang sudah lima tahun menjadi jurusolek ternyata menarik perhatian ramai sehingga ia dikongsi hampir 2,500 pelayar Facebook.
Menerusi posting itu, Nina memaklumkan dia berhenti menawarkan khidmat pemakaian bulu mata palsu, sanggul tinggi serta mekap tebal kerana sedar ia sesuatu yang bertentangan dengan agama.
Sewaktu dihubungi mStar Online, Nina menjelaskan kesedaran itu baru sahaja menjentik diri dan bimbang pendapatan yang diperolehi tidak berkat jika berterusan melakukannya.
"Sebelum ini saya memang pakaikan bulu mata palsu, buat mekap tebal dan pakaikan sanggul untuk pengantin perempuan. Saya juga tolong siapkan pengantin lelaki seperti pakaikan sampin dan tanjak.
"Kadang-kadang saya sendiri yang paksa pelanggan pakai sanggul palsu untuk bagi nampak lebih cantik. Tapi akhirnya saya sedar ia perbuatan yang salah. 
"Tapi ini tak bermakna saya berhenti jadi jurumekap, cuma lepas ni saya akan elakkan apa yang ditegah dalam agama, mekap yang saya akan hasilkan pula lebih kepada gaya natural dan soft sahaja," kata Nina pada Rabu.
ke laman Instagram dan Facebook.Sebahagian daripada perkongsian Nina yang dimuat naik
Tambah Nina lagi, pendirian terbaharu itu turut menyebabkan dia kehilangan beberapa pelanggan.
Malah, beberapa rakan jurusolek turut mendiamkan diri sejak dia membuat posting berkenaan, berkemungkinan tidak bersetuju dengan kenyataannya itu.
"Tempahan mekap saya sudah ada sehingga Ogos 2019. Namun ada lima atau enam orang yang sudah batalkan. Mungkin sebab mereka masih nak pakai bulu mata palsu. Jadi sekarang saya dalam proses untuk kembalikan wang deposit mereka.
"Tapi Alhamdulillah, ajaibnya kuasa Allah, dia gantikan dengan pelanggan baharu. Ramai juga yang mesej, cakap yang mereka suka dengan pendirian saya.
"Malah ada seorang penjual bulu mata palsu pun turut mesej saya. Dia pun dah lama rasa seperti apa saya rasa, selepas baca posting itu dia juga nekad untuk berhenti sebab rasa duit tak berkat.
"Paling terkilan bila kawan-kawan jurumekap yang rapat langsung tak bagi apa-apa respon. Saya faham mereka nak jaga periuk nasi masing-masing," katanya lagi.
Menurut jurusolek yang berpangkalan di Jerantut, Pahang itu, selain rasa 'kosong' dalam hati, kesedaran itu juga timbul setelah menyedari banyak bencana alam yang menimpa dunia, lewat kebelakangan ini.
"Baru-baru ini saya ada baca mengenai bencana di Palu, Indonesia. Dekat ruangan komen ada seorang pengguna Facebook sarankan supaya tengok ceramah seorang ustaz di laman Youtube, ceramah pasal akhir zaman.
"Ceramah tu agak panjang juga, saya tengok dan saya menangis. Saya terus solat sebab rasa macam banyak dosa sangat," luahnya lagi.
Sementara itu, posting Nina di laman Facebook turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya menyambut baik pendirian tersebut.
Malah, ramai yang mengakui tersentuh dengan perkongsian itu sambil mengingatkan bahawa rezeki Allah boleh dihadirkan dalam pelbagai bentuk dan cara.
"Alhamdulillah. Bila kita usaha dekat dengan dia, pasti dia akan bagi yang terbaik untuk kita. Yakin dengan rezeki Allah," tulis Syafiqah Sofian
"InsyaAllah dear.. Percaya... Bila kita cuba buat apa Allah suruh... Rezeki lebih diberkati dan InsyaAllah lebih luas nanti," tulis seorang lagi pengguna Facebook. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, anda dipilih Allah SWT mendapat taufik dan hidayah.. Tahniah.. Jazakallahu khairan kathira..


Video

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails