Thursday, November 29, 2018

Pulih Hubungan Arab-Israel Adalah 'tikam belakang' Perjuangan Rakyat - Hamas

HAMAS
HAMAS menyifatkan usaha negara-negara Arab untuk memulihkan hubungan dengan Israel sebagai perbuatan tikam belakang terhadap perjuangan rakyat Palestin. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Hamas menyifatkan usaha negara-negara Arab untuk memulihkan hubungan dengan Israel sebagai perbuatan tikam belakang terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Jurucakapnya, Abdel-Latif Al-Qanou berkata, langkah itu juga membelakangkan negara-negara yang membantah pendudukan haram rejim Zionis Israel di Palestin.
Beliau menegaskan, rejim Zionis Israel tetap dianggap sebagai musuh nombor satu rakyat Palestin dan negara-negara Arab.

“Lawatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke negara-negara Arab tidak akan mengubah perkara itu.
“Negara-negara Arab sepatutnya menghentikan sebarang usaha untuk memulihkan hubungan dengan rejim Zionis Israel, memencilkannya serta mendedahkan jenayah yang dilakukannya terhadap rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abdel-Latif mengulas tentang laporan media antarabangsa baru-baru ini berhubung ura-ura lawatan rasmi Netanyahu ke Bahrain.
Netanyahu telah mengadakan lawatan ke Oman bulan lalu manakala menteri-menterinya pernah menghadiri persidangan dan acara antarabangsa di Emiriah Arab Bersatu. - UTUSAN ONLINE

Parti Saadat &AKP Menurut Presiden PAS

Hasil carian imej untuk Parti Saadat dan AKP dari perspektif Presiden PAS

KL: Hubungan tegang antara dua parti politik Turki iaitu Parti Saadat dengan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) kini semakin reda dan PAS cuba mendamaikan antara keduanya supaya bekerjasama.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan situasi kedua parti itu sebagai menjawab soalan hadirin pada Syarahan Perdana “Geopolitik Dunia dan Masa Depan Islam” di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak malam kelmarin.
Penerangannya itu mengimbau susur galur panjang perjuangan politik Islam di Turki yang berhadapan realiti Perlembagaan sekular dan segala cabaran ditempuh sebelum dapat sampai kepada keadaan seperti hari ini.
“Bila jatuhnya Uthmaniyah di Turki, Kamal Ataturk menegakkan negara sekular. Sekular ini dia masuk Perlembagaan Turki, wajib dipertahankan. Tak ada siapa yang boleh menghapuskan sekular. Dengan sebab itu tahun 1961, 60-an, Adnan Menderes yang menang pilihan raya jadi Perdana Menteri.
“Beliau cuba nak buat perubahan sedikit saja, nak benarkan hajat orang Turki pergi Makkah dengan bebas. Buka Madrasah Imam Khatib, untuk menyediakan imam dan khatib masjid-masjid. Beliau digulingkan, dijatuhkan hukuman mati, hukuman bunuh kerana kesalahan itu.
“Kemudian tahun 1970-an, munculnya Najmuddin Erbakan. Beliau seorang ahli akademik yang sangat berpengaruh di Turki. Orang Turki tak berani nak bertindak terhadap dia kerana pengaruh dia besar. Namun dia tak boleh nak berterus terang kepada Islam, jadi masalah,” ceritanya.
Menurut Tuan Guru, usaha Najmuddin membentuk G8 di peringkat antarabangsa dan cuba melaksanakan Islam secara terbuka menyebabkan dia diguling dan menubuhkan parti politik beberapa kali iaitu daripada Parti Salamat kepada Parti Refah, seterusnya Saadat.
Manakala Recep Tayyip Erdogan yang merupakan anak murid Najmuddin pula menubuhkan AKP yang mengadakan perjanjian dengan tentera tidak akan melaksanakan Islam, menyebabkan berlaku perbalahan antara Erdogan dan Erbakan.
“Cuma apa yang saya lihat pada hari ini, walaupun AKP ini tak boleh membatalkan diplomatik dengan Israel sampai sekarang. Namun dia dapat melemahkan pengaruh-pengaruh Israel dalam Turki. Pengaruh-pengaruh, khususnya dia berjaya membebaskan perisikan Turki daripada Mossad, itu kejayaan yang besar.
“Dengan sebab itu rampasan kuasa di Turki yang diatur oleh Israel dan Barat baru ini disokong negara Arab, gagal. Kerana ‘intelligent’ dia dapat kuasai. Satu lagi yang menarik ialah dia berjaya mewujudkan demokrasi, boleh mengajar agama, bebas di masjid-masjid. Dan masjidnya hidup.
“Cumanya kita kena sedar, Erdogan ialah memberi peluang untuk Islam itu bergerak. Dia nak laksanakan Islam, tak boleh lagi. Memberi peluang kepada orang lain untuk menggerakkan Islam. Ini yang dia boleh buat.
“Dan kita harap perubahan yang mutakhir ini, bila Turki mula beralih daripada terikat dengan Amerika, mengadakan Pakatan dengan Russia dan Iran. Selepas rampasan kuasa, Turki mengadakan pakatan dengan Iran dan Russia untuk membebaskan dari pengaruh Amerika,” terang beliau. - HARAKAHDAILY 28/11/2018

Jangan Kongsi Video Cium Mulut. Pelakon Zul Tegur Artis.


Zul kini lebih aktif mengikuti dan menyertai ceramah serta forum agama
HALAMAN HIBURAN
PELAKON Zul Yahya membuat teguran kepada rakan-rakan selebriti yang gemar memuat naik foto seksi dan video bercumbuan di laman sosial.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 45, berkata golongan selebriti sentiasa menjadi perhatian dan sepatutnya mereka perlu menjaga akhlak.

"Kepada rakan-rakan artis janganlah pergi muat naik foto-foto seksi dan video cium mulut.
"Artis ini banyak yang memerhati. Tambah lagi yang kanak-kanak. Jagalah akhlak," kata pelakon yang pernah popular menerusi drama Dunia Anita.

Zul memuat naik tegurannya menerusi laman Instagram.

Zul memuat naik teguran tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu dan rata-rata pengikutnya turut menyokong kenyataannya itu.
Menurut mereka, segelintir artis sukar untuk menerima teguran kerana sudah tidak ada lagi perasaan malu melakukan sesuatu yang tidak elok.

"Orang sekarang tak boleh ditegur Zul. Rasanya tak ada istilah jahil kalau hidup zaman sekarang. Ini semua kehendak sendiri di mana tiada lagi perasaan segan silu dan malu.
"Banyak pengikut artis yang taksub sangat dengan artis. Kita tegur cara elok, kita kena balik. Kita tegur cara kasar nanti dicakap kita tegur cara tak baik.
"Betul... Setuju sangat. Artis ini bila ditegur, ada saja jawapannya. Tunjuklah kelakuan boleh dicontohi sikit," tulis beberapa pengikutnya di laman sosial.

Difahamkan Zul kini sibuk menguruskan perniagaan kedai makan steamboat miliknya di Meru Raya, Meru, Perak.
Menerusi laman sosial Zul kerap mengikuti dan menyertai ceramah-ceramah agama semenjak beberapa tahun tidak lagi aktif dalam dunia seni. (MsTAR)
Zul Yahya menegur segelintir artis yang gemar memuat naik foto seksi dan bercumbuan di laman sosial.


Tuduh Umat Islam Serang Kuil, Exco DAP S'gor Mohon Maaf.




BANGI, 20 Rabiulawal 1440H, Rabu – Ahli Exco Selangor, V Ganabatirau membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini kerana mencetuskan kemarahan pelbagai pihak, berhubung kenyataan yang menuduh umat Islam terbabit menyerang Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Isnin lalu.
Permohonan maaf itu dibuat ketika berucap pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Adun Kota Kemuning itu mendakwa, kenyataan berkenaan dibuat berdasarkan beberapa video kejadian, apabila ada laungan bahasa Arab daripada kumpulan yang memasuki kuil dengan membawa senjata.
“Walaupun saya tidak sebut dalam Dewan ini, saya sebut dalam laman web (Facebook) saya berdasarkan apa yang dilaporkan dan video-video kejadian yang berlaku awal pagi Isnin lalu, ada laungan bahasa Arab dari kumpulan yang memasuki kawasan kuil itu dengan membawa senjata.
“Berdasarkan itu saya telah menyatakan mereka sebagai kumpulan muslim,” katanya.
Ganabatirau mengakui tindakannya menyebut kumpulan muslim sebagai perusuh dalam kekecohan kelmarin, telah menyinggung perasaan orang ramai.
Katanya, dia telah mendapatkan nasihat daripada rakan dalam kerajaan serta pembangkang berhubung isu itu.
“Saya telah menukar kumpulan itu kepada kumpulan samseng. Segala keganasan ini berpunca daripada kumpulan tersebut.
“Jadi saya memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung,” katanya.
Terdahulu, Ismaweb.net melaporkan Ganabatirau memuatnaik status dalam Facebooknya menuduh sekumpulan orang Islam menyerang kuil itu.
Tanpa mengemukakan bukti, Adun daripada parti tamak haloba dan anti-Islam DAP itu berkata, serangan sekumpulan muslim menunjukkan terdapat cubaan untuk mewujudkan ketidakharmonian di kalangan kaum yang hidup aman damai selama ini.
Ganabatirau bagaimanapun, menukar kenyataannya dengan menuduh kumpulan gangster yang berbuat demikian selepas Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor menegaskan, tiada unsur perkauman dalam kejadian rusuhan, dan hanya membabitkan perselisihan faham antara dua kumpulan saja. (ismaweb.net)

Wednesday, November 28, 2018

Keadaan Di One City Selamat

KETUA Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor
SUBANG JAYA 28 Nov. - Sebanyak 500 pegawai dan anggota polis termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah bagi menjaga keselamatan di kawasan sekitar kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 di sini.


Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, kawasan di sekitar kawasan kuil dan pusat beli-belah One City sentiasa dikawal polis.



“Kawalan keselamatan sentiasa diutamakan terutamanya melibatkan kawasan yang menjadi tumpuan umum.


“Cuma kita mohon kepada orang ramai supaya tidak mencetuskan sebarang kekecohan dan tidak menularkan sebarang spekulasi yang melibatkan isu perkauman,” jelasnya.



Menurut Mazlan, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden rusuhan di kuil itu boleh menghubungi talian 012-6009999.
Awal pagi semalam, lebih 2,000 individu berkumpul di kawasan kuil dan sebahagian mereka melakukan rusuhan termasuk menyekat laluan Lebuh Raya Damansara-Puchong di hadapan kuil dan membakar tiga buah kereta.


Bangunan yang menempatkan syarikat pemaju One City Development Sdn. Bhd. turut dirosakkan termasuk sebuah kereta yang terletak di hadapan bangunan itu dimusnahkan kumpulan perusuh tersebut.

 - UTUSAN ONLINE

Cedera Dipukul Bukan Dilanggar. Apa Kata KP Bomba?



KUALA LUMPUR 28 Nov. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membuat satu laporan polis berhubung dakwaan mengatakan Muhammad Adib Mohd. Kassim cedera akibat dilanggar.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, laporan itu dibuat bagi mempertahankan kenyataan sebelum ini bahawa Muhammad Adib cedera akibat dipukul sekumpulan perusuh.
“Rakaman video telah membuktikan bagaimana keadaan ketika itu. Jadi tiada apa untuk dijelaskan,” katanya dalam sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Tambahnya laporan polis tersebut akan dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya malam ini. -UTUSAN ONLINE
KETUA Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohamad Hamdan Wahid
KETUA Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohamad Hamdan Wahid menunjukkan gambar tular di media sosial sewaktu hadir Institut Jantung Malaysia untuk melawat anggota bomba yang cedera dalam satu dalam rusuhan baru-baru ini di Subang Jaya, di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE / FARABI

Altinet: Berhenti Menyanyi Umur 40, Hingga Tolak 5 Angka. Mengapa?


Menunaikan janji berhenti menyanyi pada usia 40 tahun, Altimet bagaimanapun mahu terus mencipta lagu dan membimbing bakat baharu. Kelihatan dalam foto, Altimet bersama penyanyi rap remaja, Ben Ladin. - Foto IG Altimet 

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Berpegang kepada keputusan berhenti menyanyi pada usia 40 tahun, Altimet menolak undangan membuat persembahan biarpun ada antaranya menawarkan habuan lima angka.
Altimet atau nama penuhnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang meraikan hari jadinya, semalam, mahu terus berpegang kepada janji tidak lagi menyanyi sebaik usia genap empat dekad.

“Sempena ambang tahun baharu, saya dapat lima lamaran (persembahan). Semuanya saya tolak biarpun rata-ratanya (bayaran) bernilai lima angka ke atas.
“Saya perlu berpegang pada kata-kata saya.
“Cuma apa yang agak ‘lari’ adalah soal konsert yang dirancang bulan ini, terpaksa ditunda Februari depan,” katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, Altimet mengumumkan dia akan mengadakan konsert penutup sempena pengundurannya. Sebelum itu, dia mahu menghadiahkan sebuah album berjudul O.
Altimet berkata, mulai sekarang, dia tidak lagi bergerak sebagai rapper dalam industri muzik tempatan.
“Selepas album O dilancarkan, saya tidak akan menyanyi lagi. Tidak akan ada persembahan melainkan konsert pada Februari depan,” katanya.
Berkongsi perancangannya selepas berhenti menyanyi, Altimet berkata, dia akan mengusahakan perniagaan francais kedai gunting rambut atau barber.
“Saya juga melabur dalam syarikat pizza dan aplikasi pembelajaran al-Quran iaitu Recite yang baru dilancarkan di Malaysia.
“Selain itu, saya juga menerima beberapa tawaran berlakon filem serta teater. Namun, saya masih menimbangkannya,” katanya.
Altimet berkata, dia bagaimanapun akan terus berkarya dan mencipta lagu untuk penyanyi lain.
Semalam, pada sebuah majlis di Petaling Jaya, Altimet melancarkan album terakhirnya.
Album yang memuatkan 13 lagu itu dianggap perlambangan kerjaya seni Altimet atau kitaran hidup yang sudah lengkap.
Tambah Altimet, konsep album itu tercetus kira-kira lapan tahun lalu.
“Ketika itu, saya tak cukup kemahiran. Sekarang apabila sudah cukup pengalaman, saya boleh katakan, album ini adalah sebuah filem dalam bentuk audio,” katanya.
Apa yang menarik, album itu menyaksikan Altimet bekerjasama dengan rakan-rakan lama seperti Teh Tarik Crew, Aizat Amdan, Aisyah Aziz, Taufik Batisah, Hazama, Aina Abdul, Sona One dan Zizi Kirana.
Album yang diedarkan oleh Warner Music Malaysia itu boleh dimuat turun daripada platform digital mulai 7 Disember depan.
Manakala album fizikal pula boleh didapati di pasaran mulai 21 Disember. Bersamamu adalah single pertama yang dipromosikan daripada album berkenaan. (BH)
 Altimet dan ibunya, Jamalah Agil Alsagoff.
Komen Weblog Ibnu HasyimBiarpun merangkul trofi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Amboi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32, Altimet tetap meneruskan hasrat berhenti menyanyi sebaik usia menginjak 40 tahun pada 27 November  semalam. 

"Saya percaya, Allah beri kemenangan ini bererti cukup-cukuplah saya menyanyi. Saya tidak akan ubah pendirian itu. Saya hanya mampu memanjat kesyukuran atas nikmat ini kepada Tuhan." Azamnya semasa merangkul kemenangan tersebut.

Jadi dapatkah anda meneka mengapa beliau ingin berhenti menyanyi semasa umur 40 tahun, bahkan hingga menolak bayaran tawaran 5 Angka? 

Altimet - Amboi (Official Music Video)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails