Friday, January 04, 2019
PH Zalim ‘curi’ Wang Rakyat Tanpa Turun Harga Petrol
Datuk Seri Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dianggap kerajaan zalim kerana ‘mencuri’ wang rakyat dengan tidak menurunkan harga petrol.
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mereka merompak wang rakyat dengan menaikkan harga minyak sedangkan harga bahan bakar itu sepatutnya sudah turun berdasarkan harga mminyak mentah dunia.
“Kalau harga sepatutnya RM1.90 (berbanding harga kekal RM2.20 sekarang) 40 sen mereka rompak, ratusan ribu pengguna, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu
“Mereka (kerajaan PH) juga tidak minta kebenaran pun. Masa saya timbalan menteri kewangan, mekanisme iitu jika harga pasaran lebih rendah daripada sepatutnya, bakinya dikenakan tax oleh kerajaan.
“Mereka merompak wang rakyat menaikkan harga minyak sepatutnya turun (ikut sistem apungan),” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam soal jawab ‘Harga Petrol, Rakyat di SST (Samun Secara Terancang) di Ibupejabat UMNO malam tadi. Ahmad juga menyifatkan apa yang berlaku sevagai ‘rompaan di tengahari buta’.
Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bandar Tun Razak yang juga seorang peguam, Adnan Seman menjadi moderator.
Ahmad juga menganggap rejim PH sekarang bukan sahaja kerajaan u turn malah sudah boleh dianggap kerajaan v- turn kerana membuat pusingan tajam berbentuk v bukan lagi pusingan u.
Subsidi pukal petrol juga disifatkan Ahmad sebagai subsidi tersasar kerana ia tidak adil kerana memberi keuntungan kepada mereka yang kaya dan memiliki banyak kenderaan.
“Saya bukan bukan penyebar fitnah. Ini fakta dan rakyat boleh menilai..rindu benar zaman BN,” katanya lagi.
Beliau juga mengulangi kenyataan yang beliau tidak sesekali akan melompat dari UMNO seperti sesetengah wakil rakyat UMNO yang lain.
-MalaysiaGazette
Fokus Sedia Peluang Pekerjaan 2019 - MB K'tan
KOTA BHARU: Bagi mengharungi cabaran tahun baharu, kerajaan negeri memberi tumpuan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan melalui pembangunan industri hiliran.
Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, industri tersebut hasil daripada penerokaan sumber asli yang terdapat di Kelantan.
Manakala fokus kedua mempertingkatkan aspek kebersihan dan keceriaan serta penghijauan negeri.
“Fokus ketiga pula menangani gejala sosial dan aktiviti maksiat,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baru di Kota Darulnaim hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Dato’ Abdullah Ya’kub, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad, anggota-anggota Exco dan ketua-ketua jabatan.
Menteri Besar juga berkata, kerajaan negeri menyasar melaksanakan pertandingan kebersihan dan keceriaan antara pihak berkuasa tempatan (PBT).
Keduanya kata beliau pengaktifan dan penjenamaan semula program Desa Taqwa yang pernah dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini. -HARAKAHDAILY 3/1/2019
Khalwat Malam T/Baharu, Pelajar, Jururawat, Guru.. Tangkap, Jangan XTangkap.
Khalwat malam tahun baharu: pelajar IPTA, jururawat, guru antara ditahan
MELAKA 1 Jan. - Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), jururawat dan guru pendidikan khas antara tiga daripada enam individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi tangkap khalwat, awal pagi tadi.
Tiga wanita berkenaan masing-masing berusia 22, 23 dan 25 tahun dicekup ketika berdua-duaan dengan pasangan masing-masing di tiga bilik berasingan dekat sebuah hotel bajet di Batu Berendam di sini.
Ketua Penguat Kuasa JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, pihaknya terpaksa mengetuk setiap pintu bilik hotel berkenaan kira-kira 30 minit sebelum dibuka oleh tiga pasangan tersebut.
“Hasil soal siasat terhadap salah satu pasangan itu mengaku mereka mengambil kesempatan sempena cuti umum tahun baharu untuk berjumpa dan melepaskan rindu kerana tinggal di negeri berasingan,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Serbuan selama dua jam itu berakhir pukul 4 pagi melibatkan kira-kira 10 pegawai penguat kuasa JAIM dan dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jelas Rahimin, kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tangkap, jangan tak tangkap. Kerana semua agama ada peraturan, termasuk negara yang dikatakan 'tiada beragama'. Kecuali budaya yang tidak bertamadun 'law of the jungle' amalan puak-puak pelampau, disebut juga 'pluralisme' kalau di Malaysia.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tangkap, jangan tak tangkap. Kerana semua agama ada peraturan, termasuk negara yang dikatakan 'tiada beragama'. Kecuali budaya yang tidak bertamadun 'law of the jungle' amalan puak-puak pelampau, disebut juga 'pluralisme' kalau di Malaysia.
Khalwat Tahun Baru.
Alkisahnya sorang makcik ni 55 tahun ni dah bercerai dengan ex asben dia bulan Januari lepas & telah pun bernikah dengan suami baru sehari sebelum dia di ...
Thursday, January 03, 2019
Batallah Larangan Bertudung Di Rumah Putih AS.
Ilhan Omar Wanita pertama dengan jilbab di Kongres
Ilhan Omar, namanya, dia adalah wanita pertama memakai tudung di Kongres Amerika Syarikat yang mewakili partinya, dan mengakhiri larangan itu. Ilhan Omar adalah wakil Demokratik Minnesota yang dipilih, dengan pihaknya membatalkan peraturan yang melarang penutup kepala di Lantai Rumah Putih.
Pelancaran dari Bebas, pada hari Khamis (1/3/2019), Demokrat akan mengawal DPR hari ini. Pada mulanya, kongres adalah salah satu yang akan disusun semula oleh Demokrat dan peraturan tutup kepala dimasukkan.
Contohnya, satu peraturan yang mengubah larangan ke atas penutup kepala agama diizinkan, kecuali untuk perhiasan kepala non-agama.
Perubahan peraturan ini membolehkan Omar memakai tudung sesuai dengan peraturan Islam, sementara dia boleh berada di lantai Dewan untuk membuat ucapan. Ahli perundangan Somalia-Amerika secara terbuka menyatakan hasratnya memakai tudung ketika dia mewakili partinya di Kongres.
"Tiada siapa yang menaruh selendang di kepala saya selain saya," kata Omar sambil mengejek twitter selepas dia memenangi pilihan raya pada November.
Speaker Dewan Rakyat, Nancy Pelosi dan Pengerusi Jawatankuasa Peraturan Dewan Rakyat Jim McGovern, kedua-duanya telah menyokong permintaan Omar.
Mereka meletakkan permintaan mereka ke dalam peraturan yang dibungkus parti pada malam Selasa (2/1/2019).
Lebih banyak perubahan dijangka berlaku apabila Republikan meninggalkan kawalan selepas lapan tahun berkuasa. Mana-mana topi atau cap kepala adalah dilarang dari Rumah Lantai bermula pada tahun 1837. Walaupun jenis topi seperti topi besbol dan topi koboi akan terus diharamkan, kelengkapan keagamaan akan dibenarkan pada Kongres ke-116.
Artikel ini telah disiarkan di intisari-online.com di bawah tajuk Ilhan Omar, Wanita Islam Pertama yang Memakai Hijab di Kongres Amerika Syarikat, 'Pemutus' Ban
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah! Allah Maha Besar.
Kisah Emosi Seorang Transgender..
Seorang transgender emosi dan bergaduh dengan penjaga kedai sebab salah panggil ‘Pak’
Penjaga toko kena marah pelanggannya yang seorang transgenderkerana salah panggil. Dikutip Tribun Video dari Mirror.co.uk, transgender tersebut bahkan sampai mengamuk dan mengajak berkelahi dengan penjaga kedai tersebut.
Awalnya, seorang transgender yang tak disebutkan namanya tersebut hendak membeli mainan di kedai mainan GameStop di Alburque, New Mexico. Kemudian seorang penjaga toko memanggilnya dengan panggilan 'pak'.
Seorang transgender tersebut merasa tersinggung langsung melemparkan sejumlah umpatan pada penjaga kedai.
"Maaf, ini bu, bu. Kamu, harus diam dan urus saja urusanmu sendiri, oke," ucap pelanggan transgender itu.
Tak hanya sampai di situ, pelanggan tersebut bahkan mengajak penjaga toko untuk keluar dan berkelahi.
"Keluar jika anda ingin memanggil saya Pak lagi. Saya akan menunjukkan kepada anda pak," tantangnya.
Melihat situasi makin memanas, pekerja kedai lain mencuba menenangkan situasi tetapi pelanggan transgender ini sudah marah besar. ketika hendak beredar, dia juga memperingatkan lagi pada pekerja tersebut. Ia bahkan menendang beberapa barang yang ada di kedai mainan tersebut.
Pelanggan tersebut kemudian kembali lagi untuk meminta nombor telepon pegawai kedai, namun pegawai kedai menolaknya. Pelanggan tersebut juga mengancam akan menyebarkan perlakuan pekerja kedai tersebut bahkan mengancam akan memberi tahu kepada bos mereka.
"Saya akan memberi tahu mereka bagaimana saya telah diperlakukan beberapa kali di kedai ini," ujarnya. Transgender tersebut semakin marah, namun ia akhirnya pergi meninggalkan kedai tersebut. (TRIBUN-VIDEO.COM )
Dalam wikipedia, pengertian transgender adalah orang yang memiliki identitas gender atau ekspresi gender yang berbeda dengan seksnya yang ditunjuk sejak lahir, misalnya orang yang secara biologis perempuan lebih nyaman berpenampilan dan berperilaku seperti laki-laki atau sebaliknya. Kadang transgender juga disebut dengan transseksual jika ia menghendaki bantuan medis untuk transisi dari seks ke seks yang lain, dengan kata lain ia melakukan operasi kelamin.
Istilah transgender di dalam kajian hukum syariat lebih dekat dengan istilah al-mukhannits (lelaki yang berperilaku seperti perempuan) wal mutarajjilat (perempuan yang berperilaku seperti laki-laki). Di dalam fiqih klasik disebutkan bahwa seorang mukhannits dan mutarajjil statusnya tetap tidak bisa berubah. Disampaikan di dalam Kitab Hasyiyatus Syarwani.
ولو تصور الرجل بصورة المرأة أو عكسه فلا نقض في الاولى وينتقض الوضوء في الثانية للقطع بأن العين لم تنقلب وإنما انخلعت من صورة إلى صورة
Artinya, “Seandainya ada seorang lelaki mengubah bentuk dengan bentuk perempuan atau sebaliknya, maka–jika ada lelaki yang menyentuhnya–tidak batal wudhunya dalam permasalahan yang pertama (lelaki yang mengubah bentuk seperti wanita), dan batal wudhu’nya di dalam permasalahan yang kedua (wanita yang mengubah bentuk seperti lelaki) karena dipastikan bahwa tidak ada perubahan secara hakikatnya, yang berubah tidak lain hanya bentuk luarnya saja,” (Lihat Abdul Hamid Asy-Syarwani, Hasyiyatus Syarwani, Beirut, Darul Kutub Al-Islamiyah, cetakan kelima, 2006, jilid I, halaman 137).
Dengan demikian, walaupun seseorang telah mengalami transgender atau transseksual, maka tetap tidak boleh mengubah statusnya, dengan artian yang laki-laki tetap laki-laki dan yang perempuan tetap perempuan.
Selanjutnya, mengenai takhannuts, An-Nawawi berkata:
المخنث ضربان أحدهما من خلق كذلك ولم يتكلف التخلق بأخلاق النساء وزيهن وكلامهن وحركاتهن وهذا لا ذم عليه ولا إثم ولا عيب ولا عقوبة لأنه معذور والثاني من يتكلف أخلاق النساء وحركاتهن وسكناتهن وكلامهن وزيهن فهذا هو المذموم الذي جاء في الحديث لعنه
Artinya, “Mukhannits ada dua, pertama orang yang terlahir dalam kondisi demikian (mukhannits) dan ia tidak sengaja berusaha berperilaku seperti perilaku para wanita, pakaian, ucapan dan gerakan-gerakannya, mukhannits semacam ini tidak tercela, tidak berdosa, tidak memiliki cacat dan tidak dibebani hukuman karena sesungguhnya ia orang yang ma’dzur (dimaafkan sebab bukan karena kesengajaan dan usaha darinya). Yang kedua, orang yang sengaja berusaha berperilaku seperti perilaku para wanita, gerakan-gerakannya, diamnya, ucapan dan pakaiannya. Mukhannits yang keduanya inilah yang dilaknat di dalam hadits,” (Lihat Al-Mubarakfuri, Tuhfatul Ahwadzi, Beirut, Darul Fikr Al-Ilmiyah, cetakan kedua, 2003 M, jilid VIII, halaman 57).
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas RA:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم لَعَنَ الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلاتِ مِنَ النِّسَاءِ
Artinya, “Sesungguhnya baginda Nabi SAW melaknat para lelaki yang mukhannits dan para wanita yang mutarajjilat,” (HR Al-Bukhari dan Abu Dawud).
Hadits ini secara tegas menyatakan bahwa baginda Nabi SAW melaknat terhadap perilaku takhannus dan tarajjul yang memastikan bahwa perbuatan tersebut hukumnya haram. Di antara alasan dan hikmah larangan atas perbuatan seperti ini adalah menyalahi kodrat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Al-Munawi berkata di dalam karyanya, Faidhul Qadir:
وحكمة لعن من تشبه إخراجه الشئ عن صفته التي وضعها عليه أحكم الحكماء
Artinya, “Hikmah dari laknat terhadap orang yang berusaha menyerupai lawan jenis adalah mengeluarkan sesuatu dari sifat yang telah ditetapkan oleh Sang Mahabijaksana (Allah Swt),” (Lihat Zaid Al-Munawi,Faidhul Al-Qadir, Beirut, Darul Fikr Al-Ilmiyah, cetakan kedua, 2003 M, jilid V, halaman 271).
Di samping itu, kenyataan yang ada, ketika seorang lelaki berperilaku seperti wanita atau sebaliknya, maka sebenarnya ada alasan tertentu yang kalau dinilai secara syariat adalah alasan yang tidak baik. Hal ini senada dengan apa yang disampaikan oleh Ibnu Taimiyah yang dikutip oleh Al-Munawi di dalamFaidhul Qadir:
والمخنث قد يكون قصده عشرة النساء ومباشرته لهن وقد يكون قصده مباشرة الرجال له وقد يجمع الأمرين
Artinya, “Seorang yang mukhannits terkadang tujuannya agar bisa bergaul dan berkumpul dengan para wanita, terkadang tujuannya agar disukai oleh para lelaki, dan terkadang tujuannya adalah kedua-duanya,” (Lihat Zaid Al-Munawi, Faidhul Qadir, Beirut, Darul Fikr Al-Ilmiyah, cetakan kedua, 2003 M, jilid IV, halaman 332).
Jika ada yang menyatakan bahwa dulu baginda Nabi SAW pernah membiarkan seorang mukhannits masuk ke tengah para wanita sehingga hal ini menunjukkan bahwa takhannuts tidaklah diharamkan, maka sesungguhnya kejadian itu dikarenakan orang tersebut kondisi takhannuts-nya sejak lahir dan diduga ia sama sekali tidak ada hasrat dengan lawan jenis. Namun setelah diketahui bahwa ia bisa menyebutkan kondisi-kondisi para wanita yang ia masuki, maka iapun dilarang berkumpul dengan para wanita. (Lihat Al-Mala Al-Qari, Mirqatul Mafatih Syarh Misykatil Mashabih, Beirut, Darul Fikr Al-Ilmiyah, cetakan ketiga, 2004 M, jilid X, halaman 64).
Kesimpulan:
Dari semua keterangan di atas dapat ditarik kesimpulan :
1. Transgender adalah kata lain dari takhannuts dan tarajjul.
2. Transgender tidak bisa mengubah status kelamin.
3. Transgender hukumnya haram dan mendapat laknat. Wallahu a’lam.
Presiden PAS Minta 1Jam 'Life' Di Tv Jelaskan 'Amanat'.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan syarat, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.
Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Abdul Hadi tampil memberikan reaksinya berhubung isu Amanat Haji Hadi sekiranya kerajaan memberinya peluang selama sejam menerusi siaran RTM atau TV3 untuk berbuat demikian.
Menurutnya, beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada menarik balik atau mempertahankan Amanat Haji Hadi sekiranya permintaan itu dipenuhi.
“Saya minta supaya diberi peluang sejam oleh RTM dan TV3 secara live (langsung). Saya percaya kalau jawab di sini akan diputar belit. “Biar satu jam berikan pada saya untuk saya jelaskan, lepas itu baru masyarakat boleh menilai.
Tak kira bila kerajaan nak beri, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan beri arahan," katanya selepas melancarkan melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU ke-13 di Dewan Tok Guru, Rusila semalam.
Pada masa sama, Abdul Hadi berkata, beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.
Amanat Hadi itu mendapat bantahan ramai malah pelbagai pihak termasuk bekas anggota PAS mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat itu demi kekuatan ummah dan perpaduan orang Melayu.
Abdul Hadi turut menolak dakwaan kononnya beliau lama mendiamkan diri kerana takut sebaliknya berkata beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada akanmenarik balik atau mempertahankan Amanat Hadi itu sekiranya dapat menjelaskantersebut menerusi siaran televisyen.
Pelbagai pihak turut tampil mendesak agar Presiden PAS itu menarik balik amanatnya itu. Semalam, Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah berkata, Abdul Hadi wajib menarik balik amanat yang dibuatnya pada 1981 sehingga menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah-belah.
Sekiranya Abdul Hadi enggan berbuat demikian, maka beliau akan berdosa di dunia dan akhirat kerana amanatnya itu telah menyebabkan ada umat Islam yang putus saudara dan bermusuhan sesama sendiri.
Malah katanya, persengketaan umat Islam angkara Amanat Haji Hadi hanya membuka ruang kepada pihak-pihak berfahaman pluralisme dan golongan yang menyokong gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengukuhkan kedudukan mereka.
“Kesan daripada Amanat Haji Hadi itu juga wujud fahaman assabiyah dan kumpulan yang taksub kepada Pas serta pemimpin parti sehingga memberi kesan berpanjangan kepada perpaduan sesama umat Islam," katanya di Kota Bharu. Bekas anggota PAS seumur hidup Zainon Ismail mendedahkan bahawa puluhan ribuanggota PAS masih berpegang teguh kepada Amanat Hadi yang menganggap orang Umno kafir.
Sementara itu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Abdul Hadi akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).
Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.
"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia
Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur semalam. (TEGANUKU )
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berani ke, kerajaan PH. Beri le kalau gentleman..
Fitnah GST Punca Kenaikan Harga Barang. PH Perlu Minta Maaf..
Sudah Tiba Masanya PH Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia
by SnapShot at 1/02/2019
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akhirnya mengaku bahawa kos sara hidup terus meningkat...
Justeru itu mereka perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memfitnah pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai punca kenaikan harga barangan sebelum ini...
PH juga mengaku bahawa GST bukan sebab utama harga barang naik..
.
Masanya sudah sampai untuk PH meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana telah menghasut dan memfitnah selama bertahun2 tentang GST siap berguling2 di jalanraya...
PH berjaya menabur fitnah dengan mengatakan bahawa GST merupakan cukai yang berganda hingga akhirnya rakyat masih mempercayainya sehingga kini...
Dalam akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saiduddin Nasution berkata, kerajaan mengakui bahawa susut nilai ringgit secara beransur2 berbanding mata wang utama lain telah menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup di negara ini, terutamanya bagi barangan makanan dan farmaseutikal yang di import...
Apa yang paling menghairankan ialah di sebalik propaganda2 PH sebelum ini, ramai yang percaya (dan masih percaya) kadar cukai GST ialah +6% +6% +6% iaitu cukai yang berganda2 yang menyebabkan harga barang keperluan naik..
.
Secara logiknya, jika benar harga naik +6% +6% +6% kerana GST, mengapa pula harga tidak jatuh -6% -6% -6% selepas GST di mansuhkan?
GST, cukai yang di perkenalkan pada 2015 dan berkadar 6 peratus telah di mansuhkan PH selepas berjaya
memenangi PRU 14 lalu di mana ia merupakan sebahagian daripada janji gabungan itu dalam manifesto mereka...
Kerajaan PH kemudian mengumumkan pelaksanaan cukai SST berkadar 16 peratus bagi menggantikan GST, di mana ia berkuatkuasa pada 1 September lalu...
Sudah tiba masanya kerajaan PH mengakui kesalahan mereka dan meminta maaf bukan saja kepada kepimpinan mantan kerajaan BN tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia...
Usah lagi cuba mencipta alasan demi alasan yang menyalahkan kerajaan terdahulu kerana rakyat memilih kerajaan PH adalah untuk menyelesaikan masaalah dan bukannya mendengar alasan demi alasan atas kelemahan kerajaan PH...
Tak perlu lagi menegakkan benang yang basah kerana sudah jelas di mata rakyat, yang mana satu kaca dan yang mana satu permata...
Dengan saki baki masa yang masih ada untuk PH menjadi kerajaan, gunakanlah kesempatan itu sebaik2nya, supaya sekurang2nya nanti adalah juga jasa kerajaan PH untuk rakyat kenang bila kerajaan bertukar nanti...
Kredit :
Nur Effy
SuaraTV
Subscribe to:
Posts (Atom)