Friday, February 22, 2019

59 Penghulu Bukan Islam Cina, India, Siam Di K'tan


KOTA BHARU: Biarpun sebagai kaum minoriti di Kelantan namun masyarakat Tionghua sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri.


Malah kerajaan negeri juga membina pintu gerbang khas di Dataran Cheng Ho di Jalan Kebun Sultan Kota Bharu sebagai menggambarkan kewujudan komuniti tersebut di Kelantan.
Selain itu seramai 59 penghulu mewakili masyarakat Cina, India dan Siam juga dilantik kerajaan negeri.
Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, masyarakat bukan Islam di Kelantan merupakan golongan minoriti.
“Tetapi sumbangan mereka terhadap perkembangan ekonomi negeri adalah sangat besar.
“Dalam menjaga keharmonian sosial, kemajuan ekonomi dan kestabilan politik inilah kita memerlukan kerjasama segenap lapisan masyarakat,” katanya pada perasmian Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Perniagaan Cina Kelantan di sini malam tadi.
Teks ucapannya dibaca Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah.
Hadir sama Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, Dato’ Oie Poh Choon, ketua-ketua pertubuhan serta wakil Persatuan Tiong Hwa. – HARAKAHDAILY 20/2/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu sebenarnya, Islam payung Rahmatan lil 'alamin. Bukan seperti Pulau Pinang, puak DAP yang menzalimi Melayu Islam Pulau Pinang. Atau kezaliman Negara China yang menzalimi rakyatnya sendiri kaum Uighur kerana berlainan agama.

Korek Lagi..Konon Bukti Baru, Umno Biaya P'raya PAS.

Sarawak Report dedah bukti baru Umno biaya kempen pilihan raya PAS 
FMT Reporters
PETALING JAYA: Sarawak Report hari ini menyiarkan apa yang didakwa bukti baru yang menunjukkan PAS menerima dana daripada Umno, 3 minggu sebelum Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi keterangan di mahkamah London bahawa partinya tidak bekerjasama dengan Umno.

Laman web pemberi maklumat itu menunjukkan paparan skrin pemindahan wang sebanyak RM2.5 juta daripada bekas pembantu menteri ke akaun PAS menerusi Bank Islam pada 21 Mac tahun lalu.

Dakwaan ini bercanggah dengan kenyataan Hadi, yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kehakiman di London pada 12 April bahawa partinya tidak bergabung dengan Umno, dari segi politik atau lain-lain.

Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Sarawak Report berhubung laporan yang diterbitkan pada Ogos 2017 yang menyatakan pemimpin kanan PAS menerima RM90 juta daripada bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Kedua pihak bersetuju menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah awal bulan ini. Sarawak Report berkata Hadi mengesahkan PAS menerima RM2.5 juta itu sebelum kenyataan mahkamahnya tetapi menafikan wang itu daripada Umno.

Laman web itu juga mendakwa RM1 juta lagi diberi oleh Umno kepada PAS dalam masa yang sama. FMT sedang berusaha mendapatkan respon daripada menteri berkaitan mengenai laporan ini.

Thursday, February 21, 2019

‘2 anak sudah cukup’. Perancang Keluarga Mesir Pula..



SOHAG 20 Feb. - Bagi menghadkan jumlah penduduk yang semakin meningkat, kerajaan Mesir memperkenalkan program perancangan keluarga ‘dua anak sudah cukup’.
Lapor Reuters, Mesir yang kini hampir mencecah 100 juta penduduk dilaporkan mengalami pertambahan populasi kira-kira 2.6 juta orang pada setiap tahun. Keadaan ini membuatkan negara itu berdepan dengan masalah bekalan air selain peluang pekerjaan yang terhad.
Presiden Abdel Fattah al-Sisi berkata, dua ancaman terbesar Mesir adalah pertumbuhan penduduk dan keganasan. -AGENSI


Fatwa Mufti WP Malaysia.
logo english3
SOALAN:
Salam. Boleh saya tanya? Seseorang suami yang berpendapatan rendah, adakah perlu merancang keluarga?

JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Para ulama berbeza pandangan tentang hukum tanzim al-usrah atau perancangan keluarga atas alasan kemiskinan.

Pendapat pertama:
Bagi mereka yang tidak membenarkannya, mereka berhujah:
  • Rezeki itu berada dalam ketentuan Allah, dan Allahlah yang menetapkan pembahagian rezeki bagi setiap anak. Allah berfirman dalam al-Quran:


    وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ

    • Maksudnya: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka. Surah al-An’am, (6:151)
    • Penyerupaan amalan Jahiliyyah yang membunuh anak-anak mereka kerana takut miskin, sekalipun kaedah ini hanyalah menghalang lahirnya anak-anak. Namun tujuannya adalah sama, yakni takut miskin, maka hukum tujuan ialah hukum wasilah (sarana).
    • Rezeki itu adalah milik Allah, dan perancangan keluarga kerana takutkan kemiskinan ialah suatu bentuk sangka buruk kepada Allah. Maka sepatutnya seseorang itu bertawakal kepada Allah kerana Allah akan memberikan rezeki kepada siapa yang Dia ingini tanpa hisab. Wajib baginya berbaik sangka kepada Allah kerana seseorang itu tidak mengetahui hakikat kebaikan dan keperluan yang sebenar seperti yang ditentukan oleh Allah. Firman Allah Taala:

    وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ  

    • Maksudnya: Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya. Surah al-Baqarah, (2:216)
    Pendapat kedua
    Bagi mereka yang membenarkannya, mereka memperincikan perancangan keluarga atau tanzim al-usrah kepada tanzim al-nasal (perancangan anak) dan tahdid al-nasal (membataskan anak).
    Tanzim al-Nasal merujuk kepada usaha untuk menjarakkan anak dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti memakan ubatan pil perancang, melakukan persetubuhan pada waktu tidak subur, memakai kondom, melakukan azal (ejakulasi luar rahim), dan mengeluarkan air mani daripada kemaluan wanita selepas selesai persetubuhan dan memasang perantiintrauterine (IUD) bagi tujuan pemandulan sementara. Kaedah ini diharuskan denga syarat-syarat:
    1. Iktikad bahawa jika Allah ingin mengurniakan anak juga, tiada siapa yang boleh menghalang dan wajiblah pasangan memelihara kandungan dan menjaga maslahatnya.
    2. Tidak mendatangkan kemudaratan kepada pasangan khususnya isteri.
    3. Dilakukan dengan kebenaran dan persetujuan kedua-dua suami isteri.
    Ini berdalilkan athar daripada Jabir RA:
    كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالقُرْآنُ يَنْزِلُ
    • Maksudnya: Kami dahulu melakukan `azal pada zaman Rasulullah SAW sedangkan al-Quran sedang turun.
    Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 5209) dalam al-Sahih
    • Ertinya, tiada larangan daripada al-Quran tentang perkara itu kerana jika ia dilarang nescaya al-Quran akan menyatakan larangan. Dalam riwayat Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang `azal, maka baginda menjawab:
    مَا عَلَيْكُمْ أَنْ لاَ تَفْعَلُوا، فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ كَتَبَ مَنْ هُوَ خَالِقٌ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ
    • Maksudnya: Apa yang baik atas kamu agar kamu tidak melakukannya, kerana Allah telah menulis siapakah yang menjadi Pencipta (bagi setiap sesuatu) sehingga Hari Kiamat.
    Dalam riwayat Abu Said RA menyebut:
    لَيْسَتْ نَفْسٌ مَخْلُوقَةٌ إِلَّا اللَّهُ خَالِقُهَا
    • Maksudnya: Tiada suatu nyawa pun yang diciptakan melainkan Allahlah Penciptanya.
    Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 7409)
    • Ertinya, jika Allah mengkehendaki seorang anak itu dikandungkan dan dilahirkan juga, tiada siapa yang boleh menghalang. Maka, pasagan yang merancang itu hendaklah reda, beramanah dan berasa tanggungjawab.
    Manakala Tahdid al-Nasal menggunakan kaedah yang lebih melibatkan campur tangan perubatan yang kekal seperti pemandulan kekal dan melakukan pengguguran. Kaedah ini dianggap haram kerana melibatkan pengubahan ciptaan Allah, merosakkan asas kehidupan dan melakukan pembunuhan. 

    Ini juga tindakan yang menafikan Allah sebagai Pemberi Rezeki bagi ibu bapa dan anak-anak. Apatahlagi jika ia dilakukan oleh wanita atau lelaki yang belum berkahwin. Pengecualian ialah bagi kes yang melibatkan masalah kesihatan yang mengancam nyawa seseorang wanita seperti risiko besar kematian atau menyebabkan masalah kesihatan yang kritikal bagi ibu akibat mengandung dan bersalin. 

    Maka ketika itu, boleh dilakukan pengguguran sebelum kandungan mencapai umur 120 hari daripada tarikh persenyawaan berlaku, atau 106 hari daripada hari terakhir haid.
    Fatwa-fatwa ulama
    Imam al-Ghazzali  berpendapat pengguguran kandungan ialah haram mutlak sekalipun pada peringkat awal seperti nutfah kerana ianya asas kehidupan manusia. Namun, beliau beliau berpendapat bahawa azal ialah harus dan menyatakan beberapa niat syarie untuk melakukan azal antaranya ialah faktor ekonomi, kesihatan isteri, dan kecantikan isteri bagi tujuan kasih sayang berpanjangan antara pasangan bagi mengelakkan talaq. 
    Beliau juga menyatakan faktor yang fasid (rosak) yang tidak boleh diterima dan berdosa seperti takut untuk mendapat anak perempuan. Rujuk Ihya' Ulum al-Din (2/52)
    Persidangan Majma’ al-Fiqh al-Islami di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Kuwait pada 1-6 Jamadilakhir 1409 H bersamaan 15 Disember 1988 M telah memutuskan, antara lain:
    1. Haramnya menghilangkan kemampuan reproduksi daripada lelaki atau pun wanita, seperti apa yang dikenali dengan pemandulan. Pengecualian diberikan dalam kes-kes darurat yang perlu ditimbang dengan kayu ukur yang Syarie.
    2. Dibolehkan untuk mengawal secara sementara kemampuan reproduksi dengan tujuan menjarakkan antara tempoh-tempoh kehamilan, atau menghentikan bagi tempoh tertentu, jika terdapat keperluan yang diambil kira oleh Syarak, berdasarkan persetujuan dan keredaan daripada perbincangan antara kedua pasangan yang sah, dengan syarat kaedah kawalan untuk tidak mendatangkan mudarat, berdasarkan kaedah yang tepat dengan syariat, dan tidak menzalimi kandungan yang sedia ada.
    3. Rujuk Majallah al-Majma’ Siri 4 (1/73).
    Syeikh Atiyyah pada Mei, 1997 melalui Dar al-Ifta’ al-Misriyyah mengeluarkan fatwa atas soalan hukum melakukan pemandulan bagi tujuan perancangan keluarga bahawa dibolehkan pemandulan atas alasan kesihatan atau selainnya bagi tempoh tertentu, dengan syarat kemampuan untuk reproduksi itu kekal dan boleh digunakan kembali apabila masa berlalu. Justeru, tidak boleh pemandulan itu dilakukan jika kesannya bersifat sempurna dan kekal sehingga hilang kemampuan dan fungsinya, melainkan wujudnya kemudaratan yang serius.
    Rujuk Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah (47/10)
    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-28 yang bersidang pada 29 Februari 1991 telah membincangkan Sistem Susuk Norplant Dalam Program Perancang Keluarga Kebangsaan. Muzakarah telah memutuskan bahawa Sistem Susuk Norplant ini adalah harus digunakan. Penggunaan sistem ini hendaklah tertakluk kepada keputusan Muzakarah Kali Ke-12 pada 20 Januari 1977 yang memutuskan hukum mengenai Perancang Keluarga adalah seperti berikut:
    1. Memandul lelaki dan perempuan hukumnya adalah haram.
    2. Mencegah beranak atau menghadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang perseorangan.
    3. Menyusun keluarga dari kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara yang selain daripada (1) dan (2) di atas adalah harus.
    Rujuk Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa  Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam(ms. 138)
    Kesimpulan
    Berdasarkan soalan yang dikemukakan, dibolehkan bagi kedua pasangan untuk menggunakan kaedah tanzim al-nasal yang diharuskan oleh Syarak bagi tujuan merancang keluarga dengan cara menjarakkan anak, bagi tujuan pengurusan ekonomi kerana berpendapatan rendah. Ini perlu disertakan dengan niat bahawa jika Allah berkehendakkan pasangan itu anak, maka tiada siapa yang boleh menghalang dan hendaklah pasangan itu reda kepada taqdir Allah dan bersikap bertanggungjawab.
    Wallahua'lam. 
    Akhukum fillah,
    S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
    Mufti Wilayah Persekutuan
    21 November 2016 bersamaan 21 Safar 1438H

    Jom Bersatu, Pertahan Kepimpinan Islam. Presiden PAS..



    FIRMAN Allah:
    وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (46)
    “Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”. (Surah Al-Anfaal: 46)
    Al-Quran adalah petunjuk sepanjang zaman, walaupun diwahyukan sejak lima belas abad yang lalu dan sebab diturunkan kerana peristiwa yang berlaku pada zaman itu. Konsepnya Islam wajib ditegakkan dan Islam yang memimpin terus dipertahankan. Maka kelemahan dalaman umat Islam tidak boleh memecahkan mereka dalam menghadapi cabaran daripada pihak lain, khususnya jika memberi peluang kepada musuh yang sentiasa mencari kesempatan.
    Perpecahan boleh berlaku kerana berebut mengejar kepentingan duniawi seperti harta dan pangkat. Berlaku juga disebabkan fanatik kaum dan mazhab walaupun bersatu agama Islamnya.
    Peristiwa Uhud yang berdarah sehingga melukakan jasad Rasulullah S.A.W. dan mengugurkan para syuhada’ yang ramai, disebabkan adanya sekumpulan para sahabat mengejar harta yang ditinggalkan oleh musuh, lalu melupakan arahan Rasulullah S.A.W. supaya berkawal di tempat yang strategik.
    Firman Allah:
    وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ اللَّهُ وَعْدَهُ إِذْ تَحُسُّونَهُم بِإِذْنِهِ حَتَّىٰ إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ وَعَصَيْتُم مِّن بَعْدِ مَا أَرَاكُم مَّا تُحِبُّونَ مِنكُم مَّن يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ الْآخِرَةَ ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْ وَلَقَدْ عَفَا عَنكُمْ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ (152)
    “Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjinya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki Akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman”. (Surah Ali ‘Imran: 152)
    Pernah juga berlaku perpecahan kerana fanatik kabilah di antara 'Aus dan Khazraj yang pernah berperang pada zaman jahiliah. Apabila orang-orang Yahudi berjaya mengapikan semula, lalu Allah menurunkan firmanNya:
    وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (103)
    “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk HidayahNya”. (Surah Aali ‘Imraan: 103)
    Kejatuhan kuasa Islam di Andalusia (Sepanyol dan Portugal) kerana perpecahan umat Islam, walaupun mereka telah bertapak selama lapan abad (lapan ratus tahun) dan berjaya mencipta tamadun negara yang hebat kerana membangunkan manusia dan kemajuan negara bersama Islam.
    Perpecahan yang berlaku dalam kalangan raja-raja wilayah yang berpecah dan berperang sesama mereka pada pertengahan masa pemerintahan dapat diatasi, apabila Ibnu ‘Abbad salah seorang raja yang berjaya menyatukan umat bersama Islamnya dan menentang mereka yang menghalang untuk meminta bantuan daripada kerajaan Islam Murabitun di Morocco kerana kebimbangan terhadap takhta yang mungkin dirampasnya.
    Ibnu ‘Abbad menegaskan bahawa:
    “Lebih baik menjadi gembala unta kepada Islam yang merampas takhta daripada menjadi gembala babi apabila bukan Islam berkuasa”.
    Namun akhirnya selepas beberapa ratus tahun, hilang juga kuasa Islam di Andalusia kerana perpecahan sesama sendiri yang menolak wajibnya kuasa Islam memimpin.
    Begitulah kejatuhan Khilafah Uthmaniyah seratus tahun yang lalu, apabila raja-raja Arab yang berpecah sesama Islam dan bangsanya, bersatu bersama penjajah Barat untuk menentang kerajaan Uthmaniyah di atas semangat kebangsaan Arab dan hanya Arab yang layak menjadi Khalifah.
    Habuannya adalah masing-masing menjadi raja yang kaya raya mengikut arahan penjajah asing, sehingga tidak mempedulikan Palestin yang dirampas menjadi negara Yahudi dan berkuasa merampas Bandar Suci Bait Al-Maqdis sehingga rakyat asal Palestin dihalau dan dimusnahkan rumah mereka untuk penempatan Yahudi yang baru datang.
    Sebaliknya negara-negara Arab bersatu menentang Iran kerana dikatakan bahaya Syiah dan menentang Turki kerana bahaya Uthmaniyyah. Sehingga kini mereka dicucuk hidung supaya bersatu membiarkan Israel dan mempertahankannya daripada ancaman Turki dan Iran yang dianggap musuh, dan pengganas zionis pula dikira kawan.
    Maka di sini pula kita menyaksikan kempen hebat di dalam negara sehingga ke luar negara, semata-mata mahu merebut jawatan Perdana Menteri yang sangat diidamkan tanpa peduli terhadap ketuanan Islam yang sangat mencabar dan memekakkan telinga terhadap kalangan yang berani menggugat kedudukan Islam dan kepimpinannya.
    PAS boleh bersabar menjadi pembangkang sejak ditubuhkan sehingga kini, dan boleh bersatu demi mempertahankan Islam dan kepimpinan negara walaupun berbeza pendekatan, dan melupakan apa sahaja salah laku terhadapnya dan membetulkan apa-apa kesilapannya, kerana kepentingan dasar yang mewajibkan bersatu dan menangguhkan perkara sampingan yang bukannya dasar.
    PAS tetap menolak konsep matlamat menghalalkan cara walau apa sahaja pengorbanannya dan jauh perjalanannya. Meskipun menjadi laksana lilin yang membakar diri demi menerangi semua pihak.
    “Islam Memimpin”
    ABDUL HADI AWANG
    Presiden PAS
    Bertarikh: 15 Jamadilakhir 1440 / 20 Februari 2019 - HARAKAHDAILY 20/2/2019


    Lihat sebelum ini..

    E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

    E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

    . K'jaan PH Atau Gangstar Berkuasa?

    Hasil carian imej untuk Pusat Hiburan, GRO: Kebal Walau 10 Kali Diserbu
    BAHAGIAN Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor melakukan pemeriksaan terhadap pengunjung di sebuah pusat hiburan di Kelana Jaya, Selangor. - UTUSAN ONLINE


    KUALA LUMPUR 21 Feb.- Walaupun pernah diserbu 10 kali oleh pihak berkuasa sebelum ini, sebuah pusat hiburan terletak di Kelana Jaya dekat sini masih tidak serik menjalankan kegiatan mereka.
    Kedegilan mereka itu terbukti apabila sebanyak 16 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO), ditahan dalam serbuan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor kira-kira pukul 10 malam tadi.
    Kesemua mereka yang berusia lingkungan 20 sehingga 30-an itu terdiri daripada sembilan wanita warga Thailand dan Indonesia (7).
    Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, selain mereka turut ditahan ialah dua lelaki warga Bangladesh yang bekerja di pusat hiburan berkenaan.
    Ujarnya, pusat hiburan itu sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu dan pernah diserbu lebih 10 kali oleh pelbagai agensi, termasuk D7 Selangor kerana menggaji warga asing sebagai GRO.
    “Meskipun kerap diserbu, pemilik pusat hiburan berkenaan terus berdegil dan masih menyediakan khidmat GRO warga asing bagi menarik kedatangan pelanggan.
    “Hasil siasatan, kesemua wanita itu didapati menyalahgunakan pas lawatan mereka ,” katanya di sini hari ini.
    Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk diambil keterangan.-UTUSAN ONLINE

    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tertanya-tanya di hati rakyat, adakah kerajaan PH sekarang yang berkuasa atau sudah dikuasai oleh gangster atau puak-puak tertentu?

    Pusat Hiburan Terbakar, 6 Rentung..Bangunan Pejabat Jadi P/Hniburan, Siasat!



    Pusat hiburan di Ipoh terbakar, enam rentung, sesak nafas

    IPOH – Empat lagi mangsa ditemukan maut menjadikan keseluruhan enam maut setakat ini dalam kejadian kebakaran di tingkat empat sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, di sini awal pagi ini.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata empat mangsa iaitu dua wanita dipercayai warga Vietnam manakala seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang lagi lelaki yang belum dikenal pasti warganegara ditemukan kira-kira pukul 9.30 pagi.

    “Tiga mangsa dipercayai dijumpai di dalam bilik air manakala seorang lagi ditemukan di dalam bilik karaoke,” katanya.

    Sebelum itu, dua lelaki masing-masing berumur 36 dan 37 tahun disahkan maut oleh pegawai perubatan kerana sesak nafas manakala seorang lelaki berumur 39 tahun kritikal.

    Kira-kira 39 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kebakaran kira-kira pukul 5.49 pagi tadi.

    Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati ada asap di dalam bangunan dan membawa mangsa turun dari bangunan itu. — Bernama

     BANGUNAN pusat hiburan yang terbakar mengorbankan enam nyawa termasuk dua lelaki warga tempatan di Times Square, Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh. - NSTP/Abdullah Yusof

    Bangunan pejabat ditukar jadi pusat hiburan

    IPOH: Pelan asal bangunan pusat hiburan yang mengorbankan enam nyawa termasuk dua lelaki warga tempatan di Times Square, Jalan Sultan Nazrin Shah, di sini adalah bangunan pejabat.
    Bagaimanapun pemilik premis tidak mengemukakan pertukaran status sejak bertukar hak milik lebih 10 tahun lalu.
    Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata beliau dimaklumkan bangunan berkenaan asalnya adalah milik syarikat pemaju hartanah yang pejabatnya terletak bersebelahan dengan premis terbabit.
    Katanya, selepas syarikat pemaju hartanah menjual kepada pemilik baharu, pihaknya tidak menerima pelan untuk pindaan bangunan daripada pemilik berkenaan.
    “Pelan asal yang ada dalam simpanan bomba adalah bangunan pejabat namun blok bangunan (pusat hiburan) itu sudah dijual kepada pemilik baharu, jadi bangunan itu ada berlaku ‘change of use’ (perubahan kegunaan) untuk pusat hiburan.
    “Bagaimanapun, kita masih menyiasat sama ada mereka ada mengemukakan pelan untuk pindaan dan kalau ikut pelan asal pejabat, ia mempunyai ‘hose reel’ dan alat pengesan asap,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
    Dalam kejadian pada jam 5.30 pagi itu, dua lelaki warga tempatan iaitu Tai Chee Kin, 36, dan Lau Wai Hoong, 37, ditemui maut di tingkat lima premis berkenaan.
    Turut ditemui maut, dua wanita warga Vietnam iaitu Ngu Yen Thi Trang, 19, dan Ngu Yen Thi Thuy Dhong, 20, serta lelaki warga Bangladesh dan seorang lagi lelaki yang identitinya belum dikenal pasti ditemui di tingkat empat premis berkenaan.
    Sayani berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya dimaklumkan seramai 14 individu terperangkap dalam bangunan berkenaan.
    “Anggota berjaya mengawal kebakaran yang berpunca di tingkat empat premis dan siasatan awal mendapati mangsa yang menyedari kebakaran itu berlari ke tingkat lima.
    “Seramai lapan mangsa terperangkap berjaya diselamatkan namun dua daripadanya mengalami sesak nafas yang teruk dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan,” katanya.
    Menurutnya, bomba menemui dua lelaki tempatan di tingkat lima bangunan dan berjaya menurunkan kedua-dua mayat pada jam 6.09 pagi.
    “Selanjutnya, anggota bomba membuat pemeriksaan di tingkat empat bangunan berkenaan dan menemui empat lagi mayat mangsa.
    “Mayat seorang wanita warga Vietnam ditemui dalam sebuah bilik manakala seorang lagi wanita warga Vietnam dan seorang lelaki warga Bangladesh serta seorang lagi lelaki yang identitinya belum dikenal pasti ditemui dalam bilik air, bilik sama sebelum kesemuanya berjaya dibawa keluar jam 11.40 pagi,” katanya.
    Sayani berkata, semua mangsa yang maut dipercayai disebabkan sesak nafas akibat asap tebal namun satu daripada mayat lelaki tempatan yang ditemui mengalami sedikit kesan lecur.
    Beliau berkata, ketika operasi dijalankan, bomba terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam untuk memecahkan dinding dan cermin bangunan bagi membebaskan udara sebelum operasi mengesan empat lagi mangsa yang maut. (BH)

    Hasil carian web

    Lihat sebelum ini..

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails