Friday, March 01, 2019

Salah Faham Islam/Melayu. 'Mesti Sokong Cina Ini..'


Oleh CONTENT CHAMPION
“Kenapa U peluk agama Melayu?” – Jawapan bijak mualaf Cina ini bakal buat kita semua kagum

SEMASA saya beli jam tangan di sebuah kedai jam, pemilik kedai itu, Mr. Lim bertanya kepada saya:

Mr. Lim : Awak berkahwin Melayu, jadi terpaksa masuk Islam?
Saya : Tiada adalah, saya sudah masuk Islam 10 tahun yang lalu, kahwin baru 4 tahun.

Mr. Lim : (muka terkejut). Kenapa masuk agama Melayu? Sebelum ini awak agama apa?
Saya : Saya buat kajian, sebelum ni saya beragama Kristian.

Mr. Lim : Kenapa Kristian tak baik ke? Bukan semua agama ajar baik ke? Kenapa nak masuk agama Melayu?
Saya: Betul. Semua agama ajar buat baik, tapi saya buat kajian untuk cari “kebenaran”. Jadi pada pendapat saya, Islam benar, sebab saya percaya di alam ni cuma ada satu Tuhan sahaja.  Tapi, pada masa yang sama, Islam ajar kita untuk hormati agama orang lain. Saya bukan masuk Melayu, saya masih boleh kekal budaya Cina saya. Islam semua bangsa ada, di China, bilangan Cina Muslim sahaja sudah lebih daripada penduduk Malaysia. Di Amerika Syarikat pun ada Muslim.

Mr. Lim : Oooo, ye ke? Saya tidak pernah tahu pun di China banyak Muslim. Betulkah boleh kekalkan budaya? Awak kahwin bukan terpaksa pakai baju Melayu ke?
Saya: Boleh buka google cari “bilangan China Muslim”. Mana ada? (tunjuk gambar kahwin saya) Saya kahwin pakai baju shamfu mah. (Pakaian tradisional masyarakat Cina untuk lelaki dikenali sebagai shamfu, manakala, cheongsam untuk perempuan)

Mr. Lim :(terdiam sekejap), Hmmm, tetapi bukan awak wajib (tukar) nama ke?
Saya : (tunjuk IC saya) Tidak ada lah. Saya boleh kekalkan nama saya 100%, tidak perlu ditambah nama atau ditukar nama pun. Nama saya pada lesen memandu, kad bank dan sebagainya tidak perlu ditukar sebab saya tidak tukar IC saya. Nama saya Eh Jun Guang, saya pun baru dapat seorang anak dan nama anak saya di dalam surat beranak dia adalah Eh Soon Cong.

Mr. Lim : (muka terkejut sekali lagi). Ye ke? Kalau macam ini, senanglah mahu masuk Islam. Tidak adalah jadi isu besar.
Saya : Memang senang, cuma percaya Tuhan itu hanya satu sahaja, lepas lepas itu cuma lafaz: “I believe there is no god but Allah, and the Prophet Muhammad is the messenger of Allah.”

Mr. Lim : Tetapi kenapa nama tuhan “Allah”, macam nama Melayu?
Saya : Bukan, “Allah” adalah bahasa Arab, dalam tulisan Arab, perkataan “Allah” datang daripada huruf “Al” maksud “The” dan huruf “elah” maksud tuhan. Jadi setelah digabungkan semua huruf, sebutannya akan menjadi “Allah”.  Allah bermaksud Tuhan Yang Maha Esa untuk disembah. Di negara Arab, orang Kristian guna “Allah” di dalam kitab Bible mereka.

Mr. Lim :  Jadi saya rasa awak bukan sahaja boleh jadi Guru Matematik, tetapi awak boleh jadi Guru Agama Islam yang ajar Islam. Banyak ilmu awak tentang Islam.
Saya : Mana ada. Saya belum layak lagi mahu menjadi ustaz, banyak lagi ilmu Islam yang saya perlu belajar. Saya punya kepakaran di dalam subjek Matematik Moden dan Matematik Tambahan saja.
Mr. Lim : Haha, jadi nanti bolehlah awak ajar anak saya nanti. Tahun ini dia SPM.
Saya Haha. Bolehlah tuan.

Mr. Lim : Saya bagi special diskaun untuk jam tangan ini sebab banyak info yang saya dapat hari ni dari awak.
Saya : Terim kasih tuan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita mesti sokong Cina ini, kerana agama dan bangsanya. Al-hamdulillah!

Hina Nabi: Lagi 13 Laporan Polis Di Kuala Muda.

Laporan polis
NAIB Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Azizan Abdullah (empat dari kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani di Kedah, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK OSMAN


SUNGAI PETANI 28 Feb. - Sebanyak 13 laporan polis diterima Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, berikutan rasa tidak puas hati terhadap lelaki warga emas, Wai Foo Sing, 68, kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah itu, Superintenden Sazalee Adam berkata, kesemua laporan tersebut dibuat oleh individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak isu berkenaan tular di laman-laman sosial dan media massa.
Katanya, antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Dakwah Dan Tarbiah Darul Husaini, Pertubuhan Amal Dan Ukhwah Semalaysia (Paduka) dan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (Pusat).
Semalam, Foo Sing didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan Saidatina Aishah.
Dia tidak mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik karikatur yang menghina Nabi Muhammad dan Saidatina Aishah di Facebook miliknya atas nama Foo Sing Wai pada pukul 5 petang, 17 Februari lalu. - UTUSAN ONLINE

Hina Nabi: Solat Hajat Lepas Solat Jumaat. Siap!

Semua masjid, surau di Terengganu adakan solat hajat esok


Hina Nabi: Semua masjid, surau di Terengganu adakan solat hajat esok  
KUALA TERENGGANU 28 Feb. - Semua masjid diminta mengadakan solat hajat secara serentak di seluruh negeri ini sejurus selesai solat Jumaat esok.
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, solat hajat itu untuk memohon kebesaran Allah agar keharmonian negara terpelihara daripada segala anasir negatif yang mengaibkan Rasulullah SAW.
"Solat hajat secara serentak di masjid dan surau ini bertujuan memelihara keharmonian negara serta menghindari anasir negatif yang boleh mengaibkan Rasulullah SAW.
" Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir," kata Dr. Ahmad Samsuri di dalam entri terbaharu beliau dalam akaun Facebooknya, petang tadi.
Himpunan Ummah
Dalam pada itu, umat Islam di Terengganu akan mengadakan Himpunan Ummah Hina Nabi SAW di beberapa buah masjid di negeri ini selepas solat Jumaat esok.
Antara masjid terlibat ialah Masjid Tok Ku Tuan Besar, Masjid Banggol Peradong, Masjid Pasir Minal di Kemaman, Masjid Pekan Ajil, Masjid Batu Rakit, Masjid Tok Ku Paloh dan Masjid Pengadang Baru. - UTUSAN ONLINE

Terbongkar! Tiada Rampas, Beku. Kaji Sumber Siar -SU PAS.



Tiada rampasan, pembekuan akaun - Takiyuddin
KL: Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan menafikan laporan kononnya beberapa akaun bank dibekukan manakala kenderaan mewah, kedai dan wang tunai dirampas pihak berkuasa, berhubung siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Umno.
Kata Takiyuddin, laporan beberapa portal berita sejak petang tadi berhubung isu itu tidak berasas.
Malah beliau meminta agensi media terbabit mengkaji semula penyiaran artikel berkenaan.
Beliau menegaskan, pihaknya baru menghubungi pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tegasnya, apa yang dilaporkan beberapa portal berhubung rampasan dikatakan mempunyai kaitan dengan siasatan kes PAS adalah tidak benar.
Takiyuddin seterusnya mendesak portal yang melaporkan mengkaji balik artikel berkenaan atau berdepam tindakan undang-undang.
Katanya, pihak beliau telah ‘print screen’ (tangkap layar) artikel berkenaan sebagai bukti.
Beberapa portal berita melaporkan, SPRM kononnya merampas beberapa kenderaan mewah, sebuah rumah kedai dan wang tunai selain membekukan beberapa akaun bank berhubung siasatannya mengenai dakwaan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Umno. – HARAKAHDAILY 28/2/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terbongkar! Rupanya Dato’ Takiyuddin Hassan menafikan laporan kononnya beberapa akaun bank dibekukan manakala kenderaan mewah, kedai dan wang tunai dirampas pihak berkuasa, berhubung siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Umno.

Ya, lihat siapa sumbernya? Juga siapa memerangkap dan siapa terperangkap?

Video Hibur Hibue Sikit..

Iwan Fals Bongkar Lirik YouTube

Thursday, February 28, 2019

RM90J, Beku Akaun, Rampas Aset. Siapa Perangkap Siapa?


Hasil carian imej untuk tun m terperangkap
Kes RM90 juta: SPRM beku akaun bank, rampas aset
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun bank dan merampas aset termasuk kereta mewah dipercayai milik pemimpin PAS susulan siasatan dakwaan mereka menerima wang RM90 juta daripada UMNO.
Difahamkan, beberapa akaun bank yang dibekukan itu bernilai RM2.3 juta manakala kenderaan yang dirampas termasuk Toyota Vellfire, Porche dan Range Rover.
Turut dirampas dalam operasi itu adalah wang tunai yang tidak diketahui jumlahnya.
Rampasan itu adalah sebahagian siasatan yang dijalankan agensi penguatkuasaan itu mengikut Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Awal Februari lalu, SPRM memanggil beberapa individu termasuk bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membabitkan wang RM90 juta itu. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Isu RM90 juta, beku akaun bank, rampas aset. Siapa perangkap siapa sebenarnya? Kepada pembela-pembela Islam, Allah bersama kita, samada di dunia dan di akhirat. 
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Anwar Arah Rafizi Lakukan Seuatu Mengenai 2 Individu..?

ANWAR IBRAHIM

Tular rakaman video Anwar kecewa dengan Dr. Mahathir, Mohamed Azmin 
KUALA LUMPUR 28 Feb. – Media sosial digemparkan dengan rakaman video panggilan telefon didakwa milik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kecewa dengan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan tahu tentang perancangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Rakaman video berkenaan dimuat naik di dalam akaun Twitter mahazalimreturn pukul 11.33 malam semalam
Anwar dalam rakan video berdurasi satu minit itu mengarahkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli melakukan sesuatu berhubung tindakan dua individu terbabit.
“Baru ini saya bercakap dengan Muhyiddin (dipercayai Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga, saya beritahu beliau ini buat cara tak betul, Mahathir buat cara tak betul, kita kena susun rangkaian kita.
“Azmin sah, saya cakap dengan awak, sekarang ini 22 Parlimen dengan dia kita kena ambil balik. Kalau kita tak ambil, saya cakap pada awak kita payah nak buat kerja,” katanya.
Walau bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan bahawa suara tersebut adalah milik Anwar.
“Ini bukan suara DSAI, Nahu dan cara sebutan terutama beberapa perkataan terlalu berbeza dan ucapan terlalu gopoh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. – UTUSAN ONLINE

Lihat siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

OlaBola The Musical, Tun M Kagum. Begitu Carafikir Beliau.

OlaBola The Musical pementasan teater terbaik di Malaysia - Tun Mahathir
Dr Mahathir bersama Tiara dan para pelakon OlaBola The Musical. - Instagram Tiara Jacquelina

HALAMAN HIBURAN

OlaBola The Musical pementasan teater terbaik di Malaysia - Tun Mahathir

KL: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan teater OlaBola The Musical sebagai yang terbaik pernah dipentaskan di negara ini.

Malah, naskah arahan Puan Sri Tiara Jacquelina itu disifatkan Dr Mahathir sebagai lebih baik daripada muzikal Miss Saigon, yang dikenali ramai sebagai antara pementasan teater paling berjaya di Broadway.

Hasil carian imej untuk KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan teater OlaBola The Musical sebagai yang terbaik pernah dipentaskan di negara ini.  Malah, naskah arahan Puan Sri Tiara Jacquelina itu disifatkan Dr Mahathir sebagai lebih baik daripada muzikal Miss Saigon, yang dikenali ramai sebagai antara pementasan teater paling berjaya di Broadway.  "Skrin di kiri dan kanan pentas membantu beri kesan, nampak realistik. Saya juga suka babak penggunaan helikopter.  "Saya pernah menyaksikan pementasan Miss Saigon, tetapi ini lebih baik," katanya yang meluangkan masa menonton OlaBola The Musical di Istana Budaya, pada Rabu.   Ketibaan beliau ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pada jam 8.30 malam, disambut sorakan dan tepukan gemuruh penonton yang memenuhi Panggung Sari.  Kedua-duanya turut meluangkan masa bermesra dengan para pelakon serta menyertai sesi bergambar selepas tamat pementasan.  Musim kedua OlaBola The Musical akan dipentaskan sehingga Ahad ini.

"Skrin di kiri dan kanan pentas membantu beri kesan, nampak realistik. Saya juga suka babak penggunaan helikopter.

"Saya pernah menyaksikan pementasan Miss Saigon, tetapi ini lebih baik," katanya yang meluangkan masa menonton OlaBola The Musical di Istana Budaya, pada Rabu.

Ketibaan beliau ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pada jam 8.30 malam, disambut sorakan dan tepukan gemuruh penonton yang memenuhi Panggung Sari.

Kedua-duanya turut meluangkan masa bermesra dengan para pelakon serta menyertai sesi bergambar selepas tamat pementasan.

Musim kedua OlaBola The Musical akan dipentaskan sehingga Ahad ini.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah cara fikir orang yang otaknya dijajah oleh peradapan barat jahiliah. Melihat semua dari barat baik, tetapi dari Islam penuh prasangka buruk.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails