Jumlah harta milik Ahli Parlimen Port Dickson itu adalah bernilai RM10,748,658.83. - Gambar fail/Astro AWANI
KL: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan setiausaha sulitnya Shukri Saad, perisytiharan itu adalah seperti diminta kerajaan untuk semua anggota Kabinet dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan.
Jumlah itu termasuk anggaran nilai semasa RM9.5 juta bagi rumah milik Anwar yang juga Presiden PKR di Bukit Segambut di sini.
"Harta selebihnya adalah dari akaun-akaun pelaburan dan wang simpanan yang berjumlah RM828,658.83.
"Justeru dengan ini dimuktamadkan bahawa jumlah harta milik Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bernilai RM10,748,658.83," katanya.