Friday, May 17, 2019

2 Sabitan Jenayah DSAI Tidak Dibatalkan Pengampunan Diraja.



Pengampunan Diraja tidak membatalkan sabitan jenayah
KENYATAAN Setiausaha Agong PAS, YB Dato’ Takiyudin Hassan pada 10 Mei 2019 sewaktu berucap dalam ceramah bagi kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, yang melabelkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang “bekas banduan” adalah tepat dan berlandaskan undang-undang.
Secara faktanya, DSAI telah mempunyai 2 sabitan kesalahan jenayah sebagaimana berikut:-
(a) SABITAN PERTAMA:-
Pada 4 April 1999, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Hakim Augustine Paul telah mensabitkan DSAI atas 4 pertuduhan melakukan perbuatan rasuah (corrupt practices) sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, dengan mengarahkan Dato’ Mohd Said Bin Awang (Pengarah Cawang Khas) dan Amir Bin Junus (Timbalan Pengarah Cawangan Khas II PDRM) untuk memperolehi pengakuan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat, yang mana ia merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat, 1970.

Untuk sabitan tersebut, DSAI telah dihukum selama 6 tahun penjara. Rayuan DSAI ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan telah ditolak, sabitan dan hukuman penjara dikekalkan.
(b) SABITAN KEDUA:
Pada 11 April 2014, Mahkamah Rayuan melalui Hakim Mahkamah Rayuan (HMR) Balia Yusuf Wahi, Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh telah membenarkan rayuan Pendakwaraya (terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelumnya membebaskan DSAI) dan mensabitkan DSAI atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii (liwat) dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Untuk sabitan ini, DSAI telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Rayuan DSAI ke Mahkamah Persekutuan telah ditolak, sabitan dan hukuman dikekalkan.
DSAI telah menjalani keseluruhan hukuman penjara bagi Sabitan Pertama, dan sebahagian hukuman penjara bagi Sabitan Kedua kerana telah diberikan Pengampunan DiRaja oleh YDPA pada 16.5.2018. Justeru dengan sabitan undang-undang dan proses hukuman penjara tersebut, adalah jelas bahawa DSAI adalah seorang “bekas banduan” pada kacamata perundangan.
Pengampunan DiRaja di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan adalah merujuk kepada kuasa YDPA untuk memberi ampun (pardon), tunda hukum (reprieve) dan lega hukum (respite) bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang telah disabitkan. Manakala berdasarkan Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan pula, YDPA juga diberikuasa tambahan untuk menggugurkan sekatan ketidaklayakan bagi seseorang yang telah disabitkan jenayah, untuk menyertai pilihanraya bagi tujuan dilantik sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Penelitian lanjut kepada Seksyen 300 dan 301 Kanun Acara Jenayah, akan merujuk kepada kuasa YDPA/Sultan untuk menggantung perlaksanaan hukuman, meringankan dan/atau mengurangkan sesuatu hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah. Bahkan di bawah Seksyen 300(2) Kanun Acara Jenayah, apabila sesuatu permohonan pengampunan dibuat, YDPA/Sultan boleh (may) meminta Hakim/Majistret yang telah mensabitkan banduan tersebut untuk memberikan pendapatnya tentang samada sesuatu permohonan pengampunan itu layak dibenarkan atau sebaliknya.
Justeru penelitian penuh kepada semua peruntukan Perlembagaan dan Kanun Acara Jenayah, Pengampunan DiRaja (Royal Pardon) samada yang disebut sebagai full pardon atau free pardon hanyalah merujuk kepada pengampunan dalam konteks perlaksanaan hukuman semata-mata. Ia hanya merujuk kepada sama ada sesuatu hukuman yang sedang dijalani (atau akan dijalani) tersebut akan dilegakan, diringankan (digantikan dengan hukuman yang lebih ringan) atau ditamatkan serta merta.
Pengampunan DiRaja samada oleh YDPA atau Sultan, tidak akan membatalkan sabitan jenayah (criminal conviction). Tiada mana-mana peruntukan Perlembagaan dan Undang-Undang yang memberi kuasa kepada YDPA / Sultan untuk mengenepikan sesuatu sabitan jenayah. Sabitan jenayah itu akan terus kekal, selagimana ia tidak diketepi dan dibatalkan oleh sebuah mahkamah yang kompeten.
Dalam hal ini, tafsiran perundangan yang jelas telah diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad melalui satu Artikel bertarikh 7.10.2018 yang bertajuk: Pengampunan dan Pembatalan Kehilangan Kelayakan Untuk Menjadi Ahli Parlimen, dimana beliau menegaskan sebagaimana berikut:-
“Pemberian pardon, reprieve dan respite itu tidak bererti sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atas pesalah itu di mansuhkan atau dipadamkan daripada rekod mahkamah. Perintah itu kekal, cuma pesalah itu diampunkan atau dimaafkan daripada menjalani hukumannya.
Pengampunan itu tidak boleh disamakan dengan perintah mahkamah to set aside (mengenepikan), quash (membatalkan), atau deklarasi null and void (tak sah dan batal). Hanya mahkamah yang boleh membuat perintah-perintah itu”
Justeru, kenyataan-kenyataan balas pimpinan Pakatan Harapan, khususnya dari Setiausaha Agung PKR yang menyanggah terma “bekas banduan” dan menyatakan “ia tidak lagi timbul kerana DSAI diberi pengampunan penuh (full pardon) oleh YDPA” adalah merupakan satu pembiasan politik yang sangat terdesak, untuk mengelirukan fakta sebenar seolah-olah sabitan jenayah DSAI telah dibatalkan sepenuhnya.
"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"

WAN ROHIMI WAN DAUD
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Undang-undang (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia
17 Mei 2019 | 12 Ramadhan 1440 – HARAKAHDAILY 17/5/2019

Gambar Cium Aliff Aziz, Kembalilah Kepada Cara Hidup Islam Yang Murni.

Foto kemesraan Aliff Aziz bersama wanita yang dikatakan ibu tunggal tidak lama dahulu.
FOTO kemesraan Aliff Aziz bersama wanita yang dikatakan ibu tunggal tidak lama dahulu. - UTUSAN ONLINE

HALAMAN HIBURAN


Gambar cium itu gambar lama, jangan komen macam ahli syurga! Ibu tunggal pertahan gambar cium dengan Aliff Aziz
KUALA LUMPUR 16 Mei - Selepas kecoh curang dengan gadis tiktok, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz sekali lagi dihimpit kontroversi apabila gambar bercium bersama wanita dipercayai ibu tunggal tular dan mencetuskan 'kemarahan' netizen.
Bagaimanapun, wanita yang dikenali sebagai Mei Fina itu dalam sesi live di Facebook memberitahu, gambar cium tersebut merupakan gambar lama dan dia menegaskan tidak mempunyai hubungan dengan pelakon itu.


Gambar cium itu gambar lama, jangan komen macam ahli syurga!
FOTO kemesraan Aliff Aziz bersama wanita yang dikatakan ibu tunggal tidak lama dahulu. - UTUSAN ONLINE

“Terima kasih kepada semua yang sedang menularkan gambar itu. Itu gambar lama kami. Lama gila. Kenapa nak tularkan sekarang? Saya dengan Aliff tidak ada apa-apa hubungan,” katanya dalam sesi live di Facebook dua jam lepas.
Mei Fina juga sempat menasihatkan warganet supaya cermin diri sebelum mengecam atau menghina dirinya setelah gambar tersebut tersebar.
“Tak payah nak komen macam kamu semua ahli syurga. Selidik dulu! Sebelum kecam, cermin diri masing-masing dulu.
“Kalau tak mahu suami kena rampas, kemaluan jaga dulu! Bagi wangi sikit, baru suami tak lari!” katanya.
Aliff sebelum ini dihimpit kontroversi apabila gambar tidak senonoh bersama seorang gadis bawah umur dikenali sebagai Nismell tular di media sosial. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah cara hidup artis yang lagha.. maka kembalilah kita kepada cara hidup Islam murni, seperti yang ditentukan Allah SWT.


Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

Siti Kharina Mati Dibunuh, Tak Lengkap Berpakaian. 3 Diberkas.


Datuk Noor Azam Jamaludin menunjukkan gambar seorang warganegara Nigeria, Aliwajuwon Gilbertalowonle yang dicari bagi membantu siasatan kes bunuh Siti Kharina Mohd. Kamarudin semasa sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, hari ini. - UTUSAN ONLINE/MOHD SHAHARANI SAIBI



SHAH ALAM 16 Mei - Misteri kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang pada 8 Mei lalu terjawab apabila dia ditemukan mati di sebuah bilik di kondominium di Cyberjaya dekat sini petang semalam.


Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, ditemukan kira-kira pukul 2.30 petang dalam keadaan terlentang di atas lantai dan tidak lengkap berpakaian selain terdapat kesan kelar di bahagian dada, leher serta kepala.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika mengumumkan hal itu berkata, penemuan ibu kepada tiga anak tersebut terbongkar apabila seorang juruteknik datang untuk membaiki mesin basuh tetapi pintu kondominium tidak dapat dibuka.
Menurut Noor Azam, juruteknik itu telah memanggil pemilik rumah tersebut sebelum ternampak darah mengalir keluar daripada salah sebuah pintu bilik kondominium itu.
“Siasatan mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih daripada empat hari di kondominium yang disewanya. Kita juga telah menemukan beberapa barang bukti seperti pisau dan baju.
“Kita juga tidak menemukan kesan pecah masuk pada kediaman tersebut dan menolak kes ini berkaitan samun berikutan barangan peribadi mangsa termasuk kad pengenalan serta barang kemas masih ada selain keretanya berada di parkir,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, Siti Kharina dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu dengan dia kali terakhir menghubungi suami serta anaknya untuk memaklumkan kepulangannya bagi mengecat rumah sebagai persiapan menjelang Aidilfitri pada hari yang sama. 

Sementara itu, pihak polis berjaya memberkas seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang hari ini. Lelaki Nigeria Aliwajuwon Gilbertalowonle yang diburu sebelum ini bagi membantu siasatan kes itu ditahan di sekitar Cheras Sentral di sini pada lebih kurang jam 3 petang.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor SAC Fadzil Ahmat, bertindak atas maklumat siasatan, pasukannya telah berjaya mengesan individu itu.

"Pasukan JSJ Selangor telah berjaya mengesan individu lelaki warganegara Nigeria yang dikehendaki untuk membantu siasatan di Lower Ground Floor, Cheras Sentral, Kuala Lumpur. 

"Berlaku pergelutan ketika tangkapan dibuat namun akhirnya individu tersebut berjaya ditahan," katanya.
Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok. Terdahulu, polis menahan dua individu iaitu seorang wanita Nigeria berumur 35 tahun dan seorang lelaki Pakistan berumur 38 tahun di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini. (IH)

G/Eng Di Mata Penjilat DAP, Ini..


Begitu Sucinya Lim Guan Eng Di Mata Penjilat DAP!!! 
Posted by SnapShot at 5/16/2019

Selepas Felda, Tabung Haji dan kini Yapiem di jadikan agenda untuk menghina pentadbiran orang Islam...
Jika ada kesalahan lapor sahaja kepada SPRM bukannya menggunakan Malaysia Insight dan Malaysiakini untuk memutarbelitkan fakta dan menimbulkan kebencian sesama Islam...

Tapi jika lapor SPRM sahaja bagaimana hendak menjayakan agenda DAP untuk menunjukkan orang Islam tidak amanah dan Lim Guan Eng sahaja paling suci... Orang Islam tidak boleh berharap apa2 dari parti yang kononnya di amanah PH untuk  menjaga agama ini...

Ia di tubuhkan dengan modal DAP dan berpresidenkan seorang yang penuh skandal... Lupakan sahaja serigala berbaju agama ini... Berdoalah semoga satu hari mereka menerima pembalasan sewajarnya dari Allah kerana menjadi alat DAP...
Contoh Bagaimana Guan Eng Di Puja Tahap Dewa 





Akan lahir atas mukabumi ini golongan2 yang sanggup menggadaikan maruah diri, agama dan bangsa hanya semata2 ingin memuaskan hati dan selera pemimpin kafir mata, namun untuk mereka menerimanya, tidak sama sekali...
Walau seribu pendedahan di bentangkan di depan mata, namun untuk mereka menerimanya, tidak sama sekali...
Menghina, memfitnah orang2 yang sebangsa dan seagamanya, akan membuatkan pemimpin kafir mereka tersenyum puas dan bila pemimpin tersenyum puas, bermakna poket mereka akan penuh... Begitulah jijiknya perangai manusia2 begini...


Admin siarkan antara tulisan penjilat DAP:

HENTIKANLAH MENYALAHKAN LIM GUAN ENG DAN CINA DAP DEMI MELINDUNGI KEJAHATAN PEMIMPIN MELAYU

Kenyataan
Lim Guan Eng dan Cina DAP mahu menghapuskan
Institusi Melayu Islam di Malaysia...

Penjelasan














Ini adalah satu kenyataan fitnah terhadap Lim Guan Eng dan Cina DAP...
Lim Guan Eng dan Cina DAP tiada kaitan langsung dengan agenda menghapuskan Institusi Melayu Islam di Malaysia seperti contoh yang sedia ada iaitu Tabung Haji...
Jika Lim Guan Eng dan Cina DAP mahu menghapuskan Institusi Melayu Islam di Malaysia, sudah pasti Tabung Haji akan rugi dan akan di tutup...

Fakta 'Yang Sebenarnya'


Sentimen perkauman dan agama di mainkan di media sosial sebenarnya adalah untuk mengalih isu yang sebenarnya, iaitu isu korupsi, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang telah di lakukan oleh ahli politik UMNO ketika Barisan Nasional...

Mereka sedang memesongkan perhatian rakyat tentang korupsi, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang telah di lakukan oleh ahli politik UMNO yang menjadi Pengerusi di Institusi Melayu Islam seperti TABUNG HAJI, MARA, FELDA, FELCRA, YAPEIM dan institusi2 yang lain, contohnya pengamal rasuah dan korupsi tegar nombor SATU Malaysia iaitu ahli parlimen Baling, Dato' Paduka Abdul Azeez Abdul Rahim...

Penyokong tegar Lim Guan Eng ini menggunakan nama pena Putera Muhammad, tak tahu sama ada nama betul atau nama samaran...

Apakah Putera Muhammad nie seorang penulis upahan berbangsa Melayu yang di upah DAP? Atau Putera Muhammad ialah seorang Cina DAP yang menyamar menjadi Melayu?

Putera Muhammad menuduh pemimpin UMNO di era BN melakukan korupsi, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di Institusi Melayu Islam seperti TABUNG HAJI, MARA, FELDA, FELCRA, YAPEIM dan institusi2 yang lain...

Soalan admin kepada Putera Muhammad, sudah satu tahun PH menjadi kerajaan, berapa ramaikah pemimpin UMNO telah di bicarakan atas penyelewengan dan salah gunakuasa ketika menerajui Institusi Melayu Islam, seperti yang Putera Muhammad dakwa?

Sedangkan kes SRC DS Najib pun, pendakwaraya bergelut dengan fakta dan kenyataan saksi pendakwa TIDAK menyebelahi pihak pendakwaan...

Walau pun sebelum ini PH mengatakan TELAH mempunyai bukti yang KUKUH!!!
Kalau belum ada pemimpin UMNO di bicarakan atas tuduhan penyelewengan dan salahguna kuasa, maka apa bezanya Raja Muhammad dengan Si Kitol di zaman Kesultanan Melayu Melaka atau pun Othman Wok di Singapura?
(Posted by SnapShot)

Kredit :
Fb Jalil Becker

Thursday, May 16, 2019

Tindakan SIS Menyimpang Ajaran Islam -Zailah, AP R/Panjang



KOTA BHARU: Tindakan Sisters In Islam (SIS) mempertikai tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) mengeluarkan notis wanita berpakaian tidak sopan amat dikesali.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kenyataan SIS begitu mengelirukan umat Islam dan dianggap tidak wajar dikeluarkan.
“Sewajarnya SIS mendapat maklumat yang jelas terlebih dahulu daripada Jaheaik berhubung tindakan tersebut,” ujarnya di sini.
Baru-baru ini Jaheaik menahan 39 wanita yang didapati berpakaian seksi dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai sempena Ramadan untuk sesi kaunseling.
Berikutan itu SIS dilapor mahu Jaheik menghentikan operasi mengawasi dan memanggil wanita-wanita berpakaian seksi serta membatal kehadiran mereka di sesi kaunseling.
Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang berkata, tindakan SIS itu jelas menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. -HARAKAHDAILY 16/5/2019

13 Mei: Malaysiakini Cuba Pertikai Laporan Mageran.

MalaysiakiniGambar media sosial
TANGKAP layar laporan portal berita Malaysiakini mengenai tragedi 13 Mei 1969 mencetuskan kemarahan dalam masyarakat. - UTUSAN ONLINE/Gambar media sosial


KUALA LUMPUR 15 Mei - Portal Malaysiakini terus dikecam susulan laporannya mengenai tragedi 13 Mei yang dianggap cuba mempertikaikan Laporan Majlis Gerakan Negara (Mageran) serta mengelirukan rakyat menerusi maklumat tidak sahih.
Hal itu turut mengundang rasa tidak senang sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mempersoalkan tujuan sebenar Malaysiakini berusaha mengumpul maklumat lisan dan didakwa mengeluarkan artikel berbau hasutan berhubung peristiwa 50 tahun lalu.

BURHANUDDIN RUSLAN
BURHANUDDIN RUSLAN 

Ketuanya, Burhanuddin Ruslan berkata, apa yang dilakukan Malaysiakini tidak lagi releven pada masa ini kerana kejadian itu sudah separuh dekad berlalu dan ramai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sudah meninggal dunia.
"Malah mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak mungkin boleh mengingati sepenuhnya peristiwa yang telah berlaku pada 50 tahun lalu.
"Usaha yang dibuat oleh Malaysiakini seolah-olah cuba mempertikaikan Laporan Mageran yang telah menjadi rekod rasmi negara berhubung peristiwa 13 Mei dan cuba mengelirukan rakyat dengan maklumat-maklumat yang tidak sahih," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sejak beberapa hari lalu sempena 50 tahun rusuhan 13 Mei, Malaysiakini telah menyiarkan artikel bertajuk “Pada 13 Mei 1969, satu kampung Cina diserang” yang didakwa mempunyai unsur provokasi serta membawa naratif negatif kepada orang Melayu.
Artikel tersebut kemudian menerima banyak kritikan dan kecaman terutama berhubung motif penyiaran dan tajuk artikel tersebut.
Mungkin menyedari kritikan dan kecaman yang diterima, portal tersebut kemudian didapati menukar tajuk artikel tersebut kepada Gadai nyawa selamatkan jiran pada 13 Mei 1969.
Wira Perkasa mendesak Menteri Dalam Negeri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius dan mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu tanpa membiarkan Malaysia baharu dirosakkan dengan penyebaran laporan seperti itu.
Tambah Burhanuddin, kesan laporan menyebabkan sesetengah pihak menganggap negara tidak berlaku adil terhadap pihak tertentu dengan membandingkan dasar daripada negara-negara luar serta mempertikaikan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Wira Perkasa meminta mana-mana pihak jangan samakan dasar dan Perlembagaan Persekutuan berhubung Perkara 153 sebagai penindasan kepada kaum lain. Semua pihak mesti ingat kerakyatan diberikan kepada kaum lain semasa negara ingin mencapai Kemerdekaan adalah bersyarat berdasarkan kontrak sosial.
"Ini bermakna jika mana-mana pihak cuba mengugat Perkara 153 bermakna mereka menggugat kewarganegaraan yang mereka dapat sekarang ini serta mesti diingat keadaan sosial negara Malaysia adalah tidak sama dengan negara-negara lain," katanya. - UTUSAN ONLINE

Tanah Dilelong Milik ‘de facto’ Pemaju.



KOTA BHARU: Tanah yang akan terbabit lelongan awam seluas 12.6 hektar di Bandar Baru Tunjong pada 27 Mei ini, milik syarikat pemaju secara 'de facto’ bagi membangun kawasan itu.
Perjanjian yang ditandatangani pada 29 Jun 2011, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) melantik sebuah syarikat membangunkan kawasan itu.
Syarikat itu sebagai pihak yang melaksana dan menanggung segala kos pembangunan termasuk kos pengambilan balik tanah yang dinilai sebanyak RM19.4 juta.
Jurucakap PMBK berkata, PMBK dan PMBK Development Sdn Bhd (PMBKD) dan pemaju bersetuju tanah tersebut tidak dipindah milik kepada pihaknya sebaliknya akan dipindah milik secara terus kepada pembeli unit projek terbabit.
“Bayaran pengambilan bernilai RM19.4 juta dibayar sepenuhnya pemaju bagi membolehkan projek itu dilaksanakan.
“Malah pemaju dibenar menggadaikan tanah projek bagi mendapatkan pembiayaan.
Pemaju dibenar mendapatkan kemudahan pembiayaan ‘gadaian pihak ketiga tanpa tanggungan’ daripada bank pembiaya untuk menyelesaikan pinjaman pengambilan balik tanah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya pihak pemaju berjaya menyiapkan fasa 1 dengan membina sebuah Hypermarket Giant.
Manakala fasa 2 membangun sebuah Apartmen Prima Lagenda setinggi 40 tingkat. Namun katanya, projek itu hanya berjalan setakat menanam asas cerucuk dan terhenti sehingga sekarang.
Katanya, kegagalan pemaju untuk membayar bayaran pinjaman menyebabkan bank mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Pihak bank dalam proses melelong tanah tersebut.
Menurutnya juga walaupun tanah berkenaan didaftarkan di atas nama PMBK, namun agensi itu bukan pemilik sebenar memandangkan LTSB mempunyai hak ‘de facto’ ke atas tanah terbabit.
“Tuntutan bank pembiaya untuk mendapatkan nilai tunggakan daripada lelongan tanah projek. Bank tidak membuat tuntutan penyelesaian tunggakan daripada PMBK,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 15/5/2019

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails