Friday, July 19, 2019
Rilex.. Harimau Jalan-jalan Di Jalan-raya
Dua video yang masing-masing berdurasi satu minit 25 saat dan 11 saat itu menjadi tular di Facebook apabila kelibat 'Pak Belang' itu dirakam berada di tengah-tengah jalan raya di Hulu Dungun. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Kemunculan seekor harimau yang dirakam melalui dua video yang tular di laman sosial sejak tengahari tadi disahkan berlaku di Dungun, Terengganu.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata pihaknya telah menerima laporan rasmi berhubung kemunculan harimau itu pada pukul 11.30 pagi ini.
"Kakitangan Perhilitan telah pun ke lokasi tersebut dan proses menangkap harimau itu sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dua video yang masing-masing berdurasi satu minit 25 saat dan 11 saat itu menjadi tular di Facebook apabila kelibat 'Pak Belang' itu dirakam berada di tengah-tengah jalan raya di Hulu Dungun.
Dr Abdul Malek berkata pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kemunculan harimau tersebut dan berharap orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak benar.
Pada Februari 2016, negara digemparkan dengan satu kemalangan yang melibatkan seekor harimau belang di kilometer 321.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Kemaman.
Dalam kemalangan pukul 1 pagi itu, harimau tersebut mati selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) itu yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.
Pada Nov 2018 pula, seekor harimau kumbang mati selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 356, Lebuhraya Pantai Timur fasa 2 (LPT2) berhampiran Dungun, Terengganu. -- BERNAMA
Pijak Al-Quran Bersumpah Zina. Pihak Berwajib Bertindak Segera, Kesian Mereka!
Biadap, Pijak al-Quran bersumpah zina
KOTA BHARU - Seorang remaja perempuan bertindak biadab meminjak senaskah al-Quran gara-gara mahu membuktikan dia berzina dengan seorang lelaki.
Sebuah rakaman tular berdurasi tiga minit 13 saat di Facebook itu memaparkan remaja tersebut memijak al-Quran yang terbuka sambil dirakam individu lain dan disaksikan dua lagi remaja perempuan.
Mereka turut bercakap dalam dialek Kelantan.
Dalam paparan video itu, remaja itu disoal sekumpulan remaja perempuan berhubung berbuatan zina dan memintanya membuat pengakuan melakukan perbuatan terkutuk itu.
Mereka juga mengunakan bahasa tidak sopan dan turut bergelak ketawa sambil remaja terbabit mengaku berzina tanpa kerelannya.
Sehingga jam 11.30 malam tadi, paparan itu mendapat lebih 4,000 komen balas dan video tersebut juga turut dikongsi di WhatsApp.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya sedang menyemak kes berkenaan.
(SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian mereka! Pihak berwajib perlu bertindak segera.. Jangan tunggu lama-lama.
Hibur Hibur Sikit
Video:
Sweet Charity -Jangan Tunggu Lama-Lama & Zakiah
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
Misi Kemanusiaan: Suami Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Tv Al-Hijrah Ditahan Di Mesir.
Zulfadhli (dua dari kanan) terkandas di Mesir ketika menyertai misi kemanusiaan #wakeupforgaza.
HALAMAN HIBURAN
KL:- Suami kepada pelakon, Yatt Hamzah iaitu Zulfadhli Khiruddin kini terkandas di sempadan Mesir selepas usaha keluar dari negara tersebut disekat oleh pihak tentera.
Menerusi kemas kini Instagramnya, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah meluahkan rasa syukur kerana pihak tentera yang menahan suaminya dan delegasi #wakeupforgaza adalah dari negara Mesir bukannya Israel.
“Semalaman saya tidak boleh tidur sehinggalah suami menghubungi saya pukul 2 pagi tadi dan memberitahu mereka semua selamat.
“Namun begitu, mereka semua masih tidak dibenarkan keluar dari Gaza. Saya mohon anda semua doakan suami dan delegasi kemanusiaannya,” tulis Yatt lagi.
Heliza Helmi
PERKONGSIAN Heliza Helmi mengenai rombongan misi amal ke Gaza, Palestin, yang terperangkap di Rafah, Mesir. Saat ini juga Heliza turut memaklumkan, mereka belum tahu nasib diri dan bila dapat kembali ke tanah air.
Heliza Helmi
PERKONGSIAN Heliza Helmi mengenai rombongan misi amal ke Gaza, Palestin, yang terperangkap di Rafah, Mesir. Saat ini juga Heliza turut memaklumkan, mereka belum tahu nasib diri dan bila dapat kembali ke tanah air.
Selain Zulfadhli, delegasi #wakeupforgaza turut disertai oleh penyanyi Heliza Helmi bersama adiknya dan juga pasukan media daripada stesen televisyen Al-Hijrah. Mereka sudah berada di sana sejak lima hari lalu untuk misi kemanusiaan. - K! ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Israel dan Mesir sama saja. Lihat siapa dalang di balik usaha menjatuhkan pimpinan Mesir Ikhwanul Muslimin yang sah sebelum ini, kalau bukan Israel/AS?
Lihat..
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
Royalti Petroleam K'tan, K/Pusat 'main tarik tali'' -Siti Zailah
Minta Pusat jelas status sebenar royalti Kelantan
KL: Status komitmen Kerajaan Pusat untuk menjelaskan bayaran royalti petroleum kepada Kelantan sepertimana dijanjikan; ibarat 'main tarik tali' di mana masih menjadi tanda tanya.
Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS - Rantau Panjang) kembali membangkitkan komitmen janji tersebut untuk menuntut kepastian hak royalti Kelantan dibayar oleh Kerajaan Pusat.
Beliau mencelah usul Kementerian Kewangan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Amiruddin Hamzah dalam sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Bagaimanapun, Amiruddin (PH - Kubang Pasu) secara ringkas menjawab bahawa pembayaran royalti petroleum tidak berada di bawah kementeriannya.
"Bukan saya tak mahu jawab Rantau Panjang, tetapi yang ini tidak duduk di bawah MOF (Kementerian Kewangan) dia duduk di bawah kementerian yang lain, saya minta maaf," katanya.
Isu sama pernah dibangkitkan Siti Zailah 8 Julai lalu yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sebab Kelantan masih belum menerima bayaran royalti dan jangkaan akan dilangsaikan.
Dalam jawapan bertulis, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tiada bayaran tunai dibuat oleh PETRONAS kepada mana-mana negeri termasuk Kelantan.
Kerana menurut Guan Eng (PH - Bagan) semua lokasi medan petroleum berada melebihi tiga batu nautika di luar perairan negeri-negeri.
Namun demikian ujarnya, Kerajaan Pusat membuat bayaran dalam bentuk Wang Ehsan kepada Kelantan bagi melaksanakan projek dan program untuk manfaat rakyat di negeri tersebut.
Alasan yang dikemukakannya kerana memandangkan lokasi medan petroleum berdekatan dengan perairan negeri berkenaan.
Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) di Kota Darulnaim, 9 Julai lalu berkata, pembayaran royalti akan dilaksanakan segera selepas proses selesai.
Azmin menyatakan komitmen itu selepas Kerajaan Kelantan menarik semula tuntutan saman terhadap Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS berhubung isu royalti. - HARAKAHDAILY 18/7/2019
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
Anak Speaker Kerja Dengan L.G.Eng. Berat Sebelah?
KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof berkata, beliau tidak akan bertindak berat sebelah walaupun anaknya merupakan setiausaha akhbar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
“Ini bukan perkara yang saya nak sorok, memang (anak saya bekerja dengan Lim), tapi anak saya 31 tahun, mungkin 32 tahun sekarang dan dia bebas bekerja di mana dan di bawah siapa pun.
“Jadi, ini saya ingat bukan penting. Yang penting sama ada saya bertindak secara bebas, tidak dipengaruhi sesiapa saja. Saya tak anggap perkara ini serius, ia normal,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian selepas ketua pembangkang, Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) membangkitkan persoalan banyak pihak mempertikaikan keputusannya semalam menolak usul merujuk Lim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas dakwaan kerajaan terdahulu “merompak” wang pembayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Dakwaan Lim pada Ogos 2018 itu dikatakan mengelirukan Dewan Rakyat kerana hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara mendapati hasil kutipan GST tidak hilang, tetapi berlaku pelanggaran prosedur kerana RM19.4 bilion dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan, bukannya Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST seperti ditetapkan undang-undang.
“Semalam, sepanjang hari sehingga pagi ini tersebar di media sosial yang saya kira boleh menjejaskan reputasi speaker,” kata Ismail Sabri merujuk perbincangan pengguna media sosial mengenai anak Ariff, Lufti Hakim Mohamad dan ada yang menganggap keputusan speaker menolak usul pembangkang sebagai konflik kepentingan.
Kekecohan tercetus disebabkan rasa tidak puas hati ahli Parlimen kerajaan terhadap kenyataan konflik kepentingan yang dibangkitkan Ismail Sabri.
“(Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer) jangan bangun bila saya bercakap. Duduk dulu, ini yang orang cakap tidak tahu adab,” kata Ismail Sabri.
Ia disusuli Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang sekali lagi bangkit membaca peraturan mesyuarat supaya beliau dibenar mengemukakan usul Lim dikenakan tindakan pada sidang Dewan Rakyat Oktober nanti.
Tetapi, beliau berkata, Ariff tidak boleh membuat keputusan berhubung usul itu bagi mengelakkan timbul konflik kepentingan.
Ariff bersetuju dengan permintaan ahli Parlimen Kuala Krau dan meminta wakil rakyat yang tidak berpuas hati dengan keputusannya supaya mencabarnya.
“Di sini, saya ingin meyakinkan (anda), saya akan cuba sedaya upaya bertindak secara bebas, kalau tidak bertindak secara bebas, tolong tegur dan bawa usul, saya akan tarik diri apabila usul ini dibincangkan.” – FMT
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
Berlian Palsu, Penyanyi Indonesia Pula Tuntut Hak Dari Vida.
FIRMAN Siagian menunjukkan hadiah berlian yang diterima sewaktu menyertai Gegar Vaganza (GV) musim keempat lalu. - UTUSAN ONLINE
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Indonesia, Firman Siagian mendakwa hadiah berlian yang diterima sewaktu menyertai Gegar Vaganza (GV) musim keempat lalu, juga tidak tulen.
Justeru penyanyi yang terkenal dengan lagu Kehilangan tersebut akan menuntut haknya melalui proses undang-undang.
Ketika dihubungi Utusan Online petang tadi, Firman memberitahu dia sudah memaklumkan kepada penaja utama program itu, Datuk Seri Vida.
Bagaimanapun kata Firman, sehingga ke hari ini dia tidak mendapat sebarang maklum balas daripada usahawan tersebut.
“Tempoh hari saya mengikuti kes tuntutan hadiah berlian yang didakwa juara GV , Aishah yang tidak tulen.
“Lantas saya pergi ke sebuah kedai emas di Bandung dan terkejut apabila hadiah berlian untuk saya juga tidak tulen,” kata Firman yang merupakan salah seorang finalis program tersebut.
Jelas Firman, pada awalnya dia mahu menyelesaikan masalah tersebut secara baik dengan Vida demi menghormati hubungan mereka dan jasa baik usahawan itu.
Namun tambahnya, jika tiada sebarang maklum balas daripada Vida, dia juga terpaksa menggunakan khidmat peguam.
“Saya cuma mahu hak saya melalui hukum (undang-undang),” kata Firman menerusi mesej WhatsApp ketika dihubungi.
Dalam GV yang lalu, Firman memenangi tempat kelima dan menerima hadiah wang tunai RM15,000 serta barang kemas tajaan Vida. - UTUSAN ONLINE
Berita hangat
Lihat lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)