Friday, July 26, 2019

Mengapa Mahathir Ziarah Makam Pengkhianat Islam Turki?

Mahathir hari ini memulakan program rasmi beliau di Turki dengan majlis meletak kalungan bunga di ma
Mahathir hari ini memulakan program rasmi beliau di Turki dengan majlis meletak kalungan bunga di makam Mustafa Kamal Ataturk di Anitkabir, Ankara. Foto oleh Bernama

ANKARA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Khamis memulakan program rasmi beliau di Turki dengan majlis meletak kalungan bunga di makam Mustafa Kamal Ataturk, pengasas yang juga Presiden pertama Turki, di Anitkabir di sini.
Mahathir turut menandatangani Buku Penghormatan sebelum meneruskan acara yang berikutnya.
Perdana Menteri juga akan melawat Industri Angkasalepas Turki (TAI) iaitu pusat teknologi Turki dalam rekabentuk, pembangunan, pemodenan, perkilangan, integrasi dan sokongan kitaran hidup bagi sistem angkasalepas yang bersepadu, daripada  platform udara sayap tetap dan berputar kepada UAV dan satelit.
Pada Khamis, Mahathir akan mengadakan mesyuarat dengan Erdogan di Kompleks Presiden di sini dan diikuti mesyuarat delegasi Malaysia-Turki.
Mahathir tiba di sini pada Rabu untuk lawatan rasmi empat hari di Turki. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim Siapa Mustafa Kamal Ataturk? Pembela atau pengkhianat agama Islam?
Mustafa Kamal Ataturk

Ringkasnya, menurut H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

'Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.'
Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam. Mulanya beliau mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan. 
Imej Mustapa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil meskipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa Kamal adalah kemenangan disengajakan taktik yang dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Di mana akhirnya, selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. 

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya.. 


Memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan. Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap Islam sehingga hari ini. Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. 

Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, “Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam”. 

Syeikhul Islam, Mustafa Sabri selepas berhijrah ke Mesir pernah berkata, memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah yang mengulingkan baginda.

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.

Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.

Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu menjadikan sebuah gedung. Dalam urusan munakahat, beliau melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. 


Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki. Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin. Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki.

Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadi presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Dosa Attaturk


Antara dosa-dosa oleh Mustapha Kamal Attaturk:-

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.



Negara Islam lemah kerana ikut ajaran Islam salah – Mahathir 25 Julai 2019 9:17 PM



ANKARA - Banyak negara Islam menjadi lemah akibat daripada mengikut ajaran Islam yang salah, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Akibatnya, orang Islam menjadi orang yang paling lemah di dunia sehingga ke hari ini. Ada satu ketika di mana untuk mempertahankan diri pun kita perlukan bantuan orang lain, khususnya orang Eropah. Ini adalah akibat daripada salah mentafsir ajaran Islam," katanya ketika berucap pada Majlis Pendidikan Tinggi Turki (Turkish Higher Education Council) di sini hari ini.
Beliau berkata, banyak orang menterjemah dan mengajar Islam mengikut cara yang tidak begitu Islamik. 
"Hari ini kita lihat ada banyak orang jahil, tidak ikut ajaran al-Quran sebagai panduan kita. Kita lebih cenderung mengikut ketua kita, alim ulama, walaupun tafsiran mereka mengenai Islam sebenarnya bertentangan dengan al-Quran.
"Kita melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Islam dan kita mendakwa ia untuk kepentingan Islam, tetapi tidak. Kita perlu mengikut prinsip Islam yang diajarkan dalam al-Quran," kata beliau.
Beliau berkata, umat Islam mundur dalam soal dedikasi selama beberapa abad dan jahil dari segi kemajuan sains.
"Sebaliknya orang Eropah mempelajari ilmu-ilmu orang Islam, yang asalnya ditemui para saintis Islam dan mereka mendapat manfaat daripada ilmu-ilmu berkenaan sedangkan orang Islam mengabaikannya kerana menganggapnya tidak penting," kata beliau. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Negara Islam lemah kerana ikut ajaran Islam salah – Mahathir'. Kita setuju, negara umat Islam lemah kerana mengikut ajaran Islam versi barat yang salah seperti Mustapha Kamal Attaturk di atas, dan penyanjung-penyanjungnya yang  kepala otaknya telah dijajah oleh pemikiran barat seperti Mahathir sendiri.
Kerana itukah mengapa Mahathir menziarahi makam pengkhianat Islam Turki itu? Adakah kerana cara berfikir dan kepala otak mereka sama?


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Awas Ayam Import, Tidak Halal.




Perketat kawalan, pantauan terhadap ayam import
DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah mengucapkan syabas terhadap pihak berkuasa yang telah berjaya melakukan pemantauan sehingga terbongkarnya isu ayam import tidak halal dan diragui statusnya.
Dimaklumkan menurut perkara ditularkan, daging ayam tersebut telah diimport dari luar negara dan dibungkus semula untuk diedarkan di pasaran Sabah khususnya sekitar Kota Kinabalu dengan harga yang begitu murah. Ia menjadi suatu isu yang sangat serius terhadap pengguna terutama dari kalangan umat Islam.
Seperti yang kita ketahui, permintaan terhadap bahan basah ini begitu tinggi dan kefardhuan umat Islam terhadap perkara berkait 'halalan thoyyibah' perlu menjadi keutamaan dalam menjaga industri makanan halal di negeri kita. 
Melihat terhadap perkara ini, kami mencadangkan beberapa penekanan yang sesuai untuk dipertimbangkan dan dilaksanakan oleh pihak berwajib iaitu:
Penguatkuasaan dan operasi semak status penyembelihan halal yang berterusan dan efisien. Ini kerana  penguatkuasaan yang lompang akan menyebabkan pengusaha berskala besar akan terus menerus bebas memproses ayam yang syubhah penyembelihannya untuk diedarkan kepada pengguna termasuk pengguna Muslim.  
Pengusaha yang telah melanggar peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan hendaklah didakwa dari semasa ke semasa sebagai usaha 'pre-emptive'. Makluman berkaitan pendakwaan hendaklah dikemaskini dan diuar-uarkan kepada awam. 

Penggantungan sementara lesen atau permit penyembelihan dan perniagaan ke atas pengusaha yang telah didakwa kali kedua juga wajar dipertimbangkan untuk dikenakan oleh pihak berwajib. 
Pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah (JHEAINS), dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan JPHPT hendaklah menyediakan dan menggaji pegawai bertauliah untuk ditempatkan atau memantau beberapa pusat penyembelihan berskala besar dan sederhana. Tambahan, peranan pihak kerajaan mengadakan kursus kemahiran menyembelih haiwan juga hendaklah diadakan. Hal ini perlu rentetan kemahiran menyembelih haiwan semakin berkurangan dalam kalangan umat Islam sendiri.
Kami juga memberi saranan agar pengguna yang beragama Islam dapat membeli bekalan ayam di kedai-kedai yang diyakini halal dan dimiliki oleh peniaga Muslim bagi memastikan tidak timbulnya isu seperti sekarang.
Memandangkan Malaysia merupakan negara yang pertama sekali di dunia mengeluarkan manual untuk pemprosesan ayam halal (MS 1500 : 2009) yang telah dijadikan panduan negara lain seperti Brazil dan negara-negara di Eropah, maka pihak berkuasa hendaklah segera menangani masalah ini dari terus berlaku dan meruncing dalam negara. Dengan kajian dan cadangan, pihak berwajib perlu mengambil tanggungjawab terhadap masalah yang telah dan sedang berlaku. 
Ini adalah beberapa saranan daripada Pemuda PAS sebagai parti yang konstruktif sesuai dengan konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Pemuda PAS sedia untuk berkerjasama dengan pihak yang berkaitan bagi membantu agar isu ini tidak berulang.
"Demi Islam"
MUHAMMAD HUZAINI ROHANI
Pengerusi 
Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah - HARAKAHDAILY 25/7/2019

Kakbah &Perluasan Masjidil Haram. Sejarah Perjalanan Haji Ibnu Jubair (3)


Masjidil Haram telah berpuluh kali diperluas, sejak pertama kali dilakukan pada zaman Khalifah Umar (Foto: Antara)


ENTAH sudah berapa puluh milyar jamaah haji datang ke Tanah Haram, sejak disyariatkannya ibadah tersebut. Namun, tidak semua orang mampu dan berkesempatan bahkan menyempatkan diri untuk menuliskan kisah serta pengalamannya. Ibnu Jubair –seperti saya uraikan dalam dua artikel sebelumnya– merupakan seorang di antara sedikit jamaah yang mencatat dengan cermat perjalanan ibadahnya, hingga detail perluasan Masjidil Haram.
Karyanya, yang berjudul Tadzkirah bil Akhbar ‘an Ittifaq al-Asfar (Pengingat Cerita Tentang Perjalanan) yang di masa kemudian dikenal dengan nama Rihlah Ibn Jubair (Kisah Pecrjalanan Ibnu Jubair), merupakan warisan yang bernilai tinggi.
Angel Gonzales Palencia  (w. 1949) dalam karyanya berjudul Historia de la Literatura Arábigo-Españolayang dalam edisi Arabnya bertajuk Tarikh al-Fikr Al-Andalus” memuji catatan perjalanan Ibnu Jubair ini. “Karya Ibnu Jubair yang merupakan catatan harian pribadinya ini ditulis dengan diksi yang baik, mudah dipahami, dan memiliki cita rasa sastra bernilai tinggi”, tandas orientalis asal Spanyol ini.


Sebelumnya saya menguraikan secara ringkas mengenai perjalanan Ibnu Jubair dari Andalusia ke Jeddah hingga kisah pengalaman ibadah umrahnya yang pertama. Pada bagian ketiga ini saya menyuguhkan catatan etnografis Ibnu Jubair mengenai seluk beluk Masjidil Haram dan kesaksiannya dalam melihat fenomena ibadah kaum Muslim di Makkah saat itu.

Masjidil Haram dan Kakbah

Ibnu Jubair mengamati kondisi Masjidil Haram dan kakbah yang kemudian dituliskannya dengan sangat baik. Ia mengatakan, “Di Baitul Haram terdapat empat rukun. Posisinya seperti persegi empat. Muhammad bin Ismail, seorang anak muda penjaga kakbah yang secara genealogis merupakan keturunan dari Thalhah bin Abduddar sahabat Nabi menuturkan kepadaku:

“Tingginya Kakbah dari pintu Shafa; Hajar Aswad sampai “Rukun Yamani” sekitar dua puluh sembilan dzira’ (+- 1.392 cm). Sedangkan dari tiga sisi lainnya sekitar dua puluh delapan dzira’ (+- 1.344 cm). Perbedaan ini disebabkan permukaan lantainya. Rukun pertama adalah rukun di mana Hajar Aswad berada. Di sanalah dimulainya thawaf. Muthawif (orang-orang yang melakukan tawaf) harus melangkahkan mundur kakinya hingga seluruh badannya persis berada di sisi itu. Posisi kakbah ada di sisi kiri muthawif. Kemudian rukun selanjutnya adalah “Rukun Iraqi” yang berada di sisi utara. Lalu “Rukun Syami”, di sisi Barat. Kemudian “Rukun Yamani” yang berada di sisi selatan. Kemudian kembali ke “Rukun Hajar Aswad”.


Masjidil Haram zaman dulu, tidak jelas tahun berapa (Foto: biayaumroh.org)

Ibnu Jubair juga secara detail menjelaskan berbagai sudut bangunan kakbah dan sekitarnya. Termasuk juga dalam mengulas secara rinci ornamen-ornamennya. Sisi-sisi lain seperti Maqam Ibrahim, Sumur Zam-Zam, dan juga tentang Hajar Aswad tak terlewatkan oleh amatan-amatan pelancong asal Andalusia ini.

Perluasan Masjidil Haram


Satu hal yang juga dicatat oleh Ibnu Jubair terkait dengan Masjidil Haram adalah ihwal perluasan Masjidil Haram. Dalam catatan sejarah perluasan Masjidil Haram sendiri, perluasan yang dilakukan oleh Khalifah Abdullah Muhammad Al-Mahdi adalah perluasan yang kesembilan sejak perluasan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Sepeninggal Nabi, fase perluasan Masjidil Haram selanjutnya terjadi di era Khalifah Umar bin Khaththab (w. 23 H/ 644 M ) di tahun 17 H dengan membebaskan lahan di sekitar Masjidil Haram. Kemudian perluasan kembali dilakukan di era Khalifah Utsman bin Affan (w. 35 H/656 M) pada tahun 26 H, Abdullah bin Zubair (w. 71 H/692 M) pada tahun 64 H,  Abdul Malik bin Marwan (w. 84 H/705 M) pada tahun 75 H.
Putera Abdul Malik bin Marwan,  Abdul Walid bin Malik (w. 94 H/715 M), meneruskan “program” ayahnya dengan membebaskan tanah sekitar Masjid seluas 2300 M. Lalu pada era Khalifah Abbasiyah Abu Jakfar Al-Manshur (154 H/775 M), lahan yang dibebaskan mencapai sekitar 4700 meter persegi. Proses pembebasan dilanjutkan oleh puteranya, yakni Muhammad Al-Mahdi (164 H/785 M),  yang melakukan dua kali perluasan,  pada tahun 160 H dan tahun 163 H.

 
Khalifah Al-Mahdi Muhammad bin Abu Jakfar al-Manshur al-Abbasi melakukan perluasan Masjidil Haram. Di dinding sisi barat hingga utara di sana tertulis: atas jasa Amirul Mukminin Abdullah Muhammad al-Mahdi -semoga Allah memberkatinya- dilakukan perluasan Masjidil Haram bagi para jamaah haji pada tahun seratus enam puluh tujuh (Hijriyah).


Mengenai perluasan Masjidil Haram di era Al-Mahdi ini, Muhammad Abd Raqziq berjudul Awraqat al-Masjid al-Haram Minal Abbasiy Hatta Tawassuat As-Sa’udiyyah al-Kubra, mengatakan bahwa kebutuhan perluasan tersebut diawali saat sang Khalifah pergi haji pada tahun 160 H. Ia melihat Masjidil Haram dipenuhi jamaah salat, hingga membeludak.
Kemudian Khalifah Al-Mahdi memerintahkan para pejabat di bawah pemerintahannya untuk melakukan perluasan. Ia secara khusus memasrahkan perluasan Masjidil Haram kepada Qadhi Makkah yang saat itu di bawah kendali Muhammad bin Abdurrahman al-Makhzumi (SI)
(bersambung).
Muhammad Idris
Oleh
Muhammad Idris
Selasa 16 Juli 2019
Lihat Sebelum ini..


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Jana Lumayan Tapi Langgar Undang-undang..


ANTARA barangan kulit haiwan liar dilindungi yang dirampas Perhilitan dari premis di ibu kota, semalam.


Eksklusif tapi haram
JANA pendapatan lumayan hasil penjualan pelbagai barangan mewah diperbuat daripada kulit ular, buaya dan biawak di butik eksklusif terletak di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara.
Bagaimanapun, perniagaan milik seorang lelaki tempatan berusia 30-an itu melanggar undang-undang apabila didapati tidak mempunyai lesen dan permit sah daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Susulan itu, ratusan barangan membabitkan dompet, tali pinggang, beg tangan dan beg pinggang bernilai sekitar RM1 juta dirampas dalam operasi, semalam.
Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, serbuan dilakukan susulan risikan pihaknya terhadap premis di Bukit Bintang itu.

Katanya, maklumat mendapati premis itu menjalankan perniagaan barangan diperbuat menggunakan kulit haiwan.
“Dalam operasi sekitar jam 11 pagi, 11 anggota Jabatan Perhilitan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat pemeriksaan terhadap premis berkenaan.
“Hasil pemeriksaan dilakukan, peniaga yang menjalankan perniagaan itu didapati tidak mempunyai lesen serta permit sah dikeluarkan Perhilitan bagi menjual barangan berasaskan kulit haiwan dilindungi,” katanya.
Beliau berkata, susulan itu pihaknya merampas ratusan barangan membabitkan tali beg, tali pinggang, sarung telefon, penyimpan kad, dompet, beg pinggang, sarung pistol, beg tangan besar dan gelang tangan dijual di premis itu.
“Pengurus syarikat itu turut ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Semua barangan dirampas dianggarkan bernilai RM1 juta dibawa ke Pejabat Perhilitan Wilayah Persekutuan untuk tindakan lanjut.
“Suspek akan disiasat mengikut Akta Hidupan Liar 2010 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Menurutnya, operasi akan diteruskan bagi mengesan kedai cenderamata, butik atau kedai barangan mewah berasaskan kulit haiwan liar dilindungi.
“Langkah ini bertujuan memastikan kulit atau trofi digunakan bagi menghasilkan barangan itu bukan diperoleh daripada kegiatan pemburuan haram atau sindiket,” katanya. (MyMetro)


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Thursday, July 25, 2019

Siapa Lim Kit Siang?



Liciknya Manusia Yang Bernama Lim Kit Siang


LIM Kit Siang bukanlah orang baru dalam kancah politik tanahair... 

Beliau telah berkecimpung dalam dunia ini sejak lebih 50 tahun dahulu, menjadi ahli Parlimen dan Setiausaha Agung DAP sejak 1969, menjadikan beliau pada usia 78 tahun kini sebagai pemimpin tokoh kanan DAP yang paling tua...

warisi perjuangan PAP yang diasasakan mendiang PM Singapura Lee Kuan Yew, DAP memperjuangkan idealisma politik yang sama, mewujudkan sebuah negara demokratik yang sekular berteraskan gagasan 'Malaysian Malaysia'...

Kit Siang telah melalui jatuh bangun dalam politik, keluar masuk penjara sehingga terlalu mahir dengan sepak terajang politik Malaysia...
Kit Siang bijak mengeksploitasi kedudukan kaum-kaum dalam negara untuk meletakkan DAP dipuncak kuasa setelah berkali-kali mencuba dengan syarat punya kuda-kuda tunggangan yang sedia untuk ditunggangi...

Jika puluhan tahun dahulu Kit Siang terpaksa berpuas hati sebagai tokoh pembangkang, tapi selepas memenangi Pulau Pinang sejak 2008, dan sejak setahun lepas beliau sudah menjadi orang penting dalam kerajaan hasil perancangan dan kolabrasi politiknya dengan pihak ketiga...
Kini Kit Siang bukan lagi 'Mr Opposition' tetapi beliau mengetuai parti yang memiliki satu pertiga suara dalam kerajaan Pakatan Harapan yang kini memerintah di Putrajaya...

Tidak cukup dengan itu, parti beliau juga selain menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang dengan 51% suara perwakilan, DAP juga dominan di Perak (60%), Negeri Sembilan (55%) dan Melaka (53%). Ini bermakna DAP punya suara majoriti dalam kerajaan negeri-negeri berkenaan (BACA DI SINI)...

Memecahkan parti-parti Melayu yang tidak sealiran dengannya khasnya PAS dan Umno selain mencaturkan PKR, PAN dan Bersatu di bawah Dr. Mahathir untuk ikut telunjuknya dan menceduk saki-baki undi dan sokongan Melayu, akhirnya dalam PRU ke 14 lalu, DAP di bawah Kit Siang berjaya mencipta 'upset'...

Apabila dengan sokongan padu lebih 90% pengundi bukan Melayu dan sekitar 25% undi Melayu kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri berjaya diruntuhkan...
Selain kelicikkan Kit Siang, runtuhan berkenaan turut berjaya apabila PH juga dengan sumbangan beliau mengemukan janji-janji pilihanraya 'bulan dan bintang' yang sangat diyakini oleh rakyat kebanyakkan yang ketika itu sungguh tertekan dan terdesak...

Dengan sumbangan besar DAP pada kemenangan kerajaan PH Putrajaya selain kerajaaan negeri-negeri yang PH menangi, bermakna DAP begitu berkuasa dan dominan dalam kerajaan PH... Melalui kekuatan suara inilah DAP layak untuk melonjakkan dasar dan perjuangannya menjadi sebahagian dari dasar dan polisi kerajaan...

Dengan pengalaman luas, dan penat jerih yang ditempuhinya untuk naik ke mercu kuasa, Kit Siang perlu sentiasa bersikap licik dan penuh muslihat... Walaupun umum mengetahui bahawa beliau dan DAP lah hari ini merupakan tulang belakang kerajaan PH, namun Kit Siang lebih rela merendah diri dan menafikannya...

Dalam temuramah eksklusif di akhbar The New Sunday Times 14 Julai lalu, Kit Siang menafikan sekeras-kerasnya bahawa orang-orang Melayu dan agama Islam terancam di bawah kerajaan PH kerana kononnya kehadiran besar DAP dalam kerajaan...

Beliau menyalahkan Umno dan PAS yang menakut-nakutkan rakyat dengan tuduhan yang didakwanya tidak berasas... Sebenarnya bukan UMNO dan PAS yang menakut-nakutkan rakyat, tetapi sikap DAP yang anti-Islam sangat-sangat membimbangkan masyarakat Melayu Islam di Malaysia...

Sewaktu DAP berada di kerusi pembangkang lagi, DAP telah melakukan apa saja untuk memastikan Islam tidak didaulatkan di Malaysia walau pun mereka sedar termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Islam adalah ugama rasmi Malaysia..



Sebelum pembentangan pindaan RUU 355 di dalam Dewan Rakyat, DAP mengenakan tekanan kepada PAS yang membawa usul agar pindaan RUU 355 dilakukan, walau pun pada ketika itu PAS dan DAP sama-sama berada dalam Pakatan Rakyat di blok pembangkang..



Ketika usul hendak dibentangkan, DAP sekali lagi bertindak menghalang agar usul pindaan RUU 355 dibentangkan..
Walaupun pada hakikatnya, penganut ugama lain TIDAK TERLIBAT dan TIDAK AKAN TERJEJAS dengan pindaan yang dicadangkan..
.

Tapi bagi DAP, sebutlah apa saja penambahbaikan undang-undang atau kedaulatan Islam di Malaysia, DAP dengan pantas akan menjadi batu penghalang...

Kalau diblok pembangkang lagi DAP sudah berani menghalang kedaulatan Islam di Malaysia, apatah lagi kini DAP sudah menjadi kerajaan!!

Dengan kuasa dan pengaruh DAP yang dominan dan berkuasa dalam kerajaan Pakatan, apakah ianya bukan satu ancaman buat nasib dan masa depan orang-orang Melayu serta agama Islam dalam negara?

Sebagaimana dijelaskan di atas melalui kemenangan dan penguasaan besar mereka dalam kerajaan, sudah pasti DAP mahu menyuntik masuk fahaman dan idelogi mereka dalam kerajaan...

2 perkara besar yang menjadi asas perjuangan DAP adalah mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara sekular selain memastikan negara ini mengamalkan gagasan Malaysian Malaysia, sebagaimana yang telah diperkenalkan oleh mendiang PM Singapura Lee Kuan Yew di Republik berkenaan...

DAP bertekad mahu memastikan Malaysia tidak menjadi 'Negara Islam'... Sekularisma bermakna mendakap fahaman liberal dimana agama bukan penentu dasar dan keputusan tetapi sekadar 'ritual' atau amalan persendirian yang tiada kaitan dengan kerajaan dan pemerintah...

Tidakkah ini satu ancaman terhadap amalan dan 'status quo' yang ada? Jika Malaysia benar-benar dijadikan sebuah negara sekular, maka janganlah bercita-cita atau mengimpikan melihat sebarang usaha untuk memperkasakan pentadbiran mahkamah Syariah...

Malah kewujudan sistem keadilan Islam itu sendiri pasti akan dipertikaikan...

Keduanya adalah perlaksanaan gagasan 'Malaysian Malaysia'... Gagasan ini menidakkan sejarah dan kontrak sosial yang diusahakan oleh para pejuang kemerdekaan kita...

Pada gagasan ini, rakyat Malaysia semuanya setaraf dan sama haknya...

Mempertahan atau mewujudkan sebarang keistimewaan untuk satu-satu kaum contohnya Melayu dan Bumiputera dianggap sebagai satu diskriminasi dan mengancam kedudukan kaum-kaum lain... 

Segala hak dan kesitimewaan tiada tempat dalam Malaysian Malaysia... Ianya akan digantikan dengan amalan atau dasar meritokrasi sebagaimana di Singapura...

Jika pencapaian akademik anak bukan Melayu yang paling cemerlang contohnya, maka beliaulah yang layak untuk biasiswa atau pinjamanan kerajaan bukannya anak Melayu...

Begitu juga sistem kuota untuk penempatan di pusat-pusat pendidikan, tidak kiralah menengah atau IPT akan dihapuskan kerana ia menyekat peluang semua kaum...

Maka masing-masing perlu bersaing secara adil, siapa yang tangkas dan pintar maka dialah yang betuah dan berjaya... Tidakkah ini juga nanti satu ancaman?

Dalam tempuh satu tahun sahaja kehadiran DAP dalam kerajaan kita telah lihat betapa nekad mereka memperjuangkan kepercayaan mereka... Tidak menjadi rahsia lagi bahawa tuntutan ICERD dan Statut Rom yang ditolak sebelumnya didokong kuat oleh mereka, begitu juga usaha mengiktiraf sijil UEC...

Mereka berusaha memperkenalkan tanda-tanda jalan dalam Bahasa Cina di kawasan-kawasan PBT yang mereka berpengaruh, walaupun ditentang beberapa pihak termasuk istana...



Mereka sudah berani masuk ke masjid dan surau untuk mengagihkan bantuan zakat, sesuatu yang MCA dan MIC pun tidak berani sentuh semasa pemerintahan BN dahulu...


Mereka juga berjuang untuk amalan budaya dan seks songsang LGBT selain mempertahankan hak orang Melayu untuk murtad tanpa dihukum...

Pada waktu ini di Putrajaya, mereka menduduki portfolio dan jawatan kritikal dan penting dalam kerajaan termasuk Menteri dan Timbalan Menteri di Kementerian Kewangan, Pertahanan, Komunikasi selain Perdagangan Antarabangsa...

Hampir semua portfolio EXCO PBT dikuasai oleh wakil-wakil DAP di negeri-negeri yang dikuasi PH...

Demikianlah kedudukannya dan tindak-tanduk Kit Siang, tidak menampakkan yang DAP akan menjadi pemain yang pasif dalam kerajaan, sebaliknya sedang dan akan memainkan peranan aktif mencorakkan dasar dan masa depan negara, semuanya nanti dengan menjuarai ideologi dan fahaman mereka yang asing itu...

Kerana itu orang-orang Melayu tidak bersalah untuk merasakan diri mereka terancam... Tiada cara lain buat mereka selain mengalih sokongan dan bersungguh mendukung usaha memartabatkan muafakat dan penyatuan ummah yang dipelopori PAS dan Umno...

Biar kuat dan bertenaga kembali kuasa politik Melayu dalam negara yang majoriti Melayu Islam ini... Tiada pilihan lain selain bersatu bawah panji-panji penyatuan ummah, bersama PAS dan Umno untuk menamatkan dominasi dan penguasaan DAP dan PH...

Kembalikan maruah agama, bangsa dan negara pada tempatnya... Jangan ulangi kesilapan kita yang lampau...
Kredit :
Roslan SMS


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails