Saturday, August 10, 2019

'Ubah dasar pertanian negara' -Ibnu Hasyim Sokong CAP

Hasil carian imej untuk dasar pertanian negara
PULAU PINANG 9 Ogos - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengubah seluruh dasar pertanian serta pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan termasuk rantaian bekalan makanan yang dilihat tidak lestari pada masa ini.

Ini kerana Pemangku Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, pengguna kini hidup di luar kemampuan mereka disebabkan kenaikan harga makanan dipercayai berpunca daripada sistem serta dasar pertanian negara.
"CAP telah lama mendedahkan peningkatan dalam harga makanan sejak berdekad tetapi malangnya gesaan kami tidak mendapat perhatian.
"Kerajaan perlu mengubah seluruh dasar pertanian serta pelbagai agensi kerajaan untuk membaik pulih sepenuhnya sistem sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau, jika sistem sedia ada tidak diubah adalah mustahil untuk memulihkan semula kerosakan yang telah dilakukan sejak hampir empat dekad yang lalu.
"Kita juga tidak mempunyai dasar pengeluaran makanan yang lestari menjadikan kita mudah terjejas dalam keadaan seperti hari ini.
"Lebih-lebih lagi, rantaian bekalan makanan daripada ladang kepada pengguna secara kasarnya tidak cekap yang membolehkan pelbagai peringkat orang tengah mengaut keuntungan daripada proses ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim'Ubah dasar pertanian negara' -Ibnu Hasyim Sokong CAP

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Rakyat Dizalimi, Hanya Kepada Allah Tempat Mengadu..


Ratusan ribu rakyat Kelantan solat royalti
KOTA BHARU: Ratusan ribu rakyat Kelantan sekali lagi menunaikan solat memohon dibayar royalti petroleum.
Solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini diimamkan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
Solat hajat diadakan sebaik sahaja selesai solat Isyak yang diimamkan Imam Masjid Sultan Ismail Petra Ustaz Abdul Bari Abdullah.
Solat hajat royalti tahun ini merupakan kali kedua diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV.
Ratusan ribu rakyat memenuhi segenap ruang stadium memohon supaya royalti yang menjadi hak Kelantan dibayar sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri.
Malah kerajaan negeri sudah menarik balik saman tuntutan royalti terhadap Petronas berikutan ingkar membayar sejak carigali minyak digerudi di perairan Kelantan. – HARAKAHDAILY 9/8/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila rakyat dizalimi, hanya kepada Allah SWT tempat mengadu..

Meski Allah melarang kita mendoakan orang lain agar celaka/dapat bencana, namun khusus terhadap orang-orang yang dizalimi/dianiaya Allah membolehkannya. Jadi saat seseorang dizalimi dan disakiti dan dia mendoakan orang yang menyakitinya agar ditimpa musibah, Allah akan mengabulkannya. 

Allah swt telah berfirman: لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما 

” Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui.” ( 148 : an-Nisa) 

Jadi meski ada orang yang kafir atau jahat, hendaknya kita tetap berlaku adil. Tidak berlebihan dan menzalimi mereka. Sebab doa orang yang teraniaya meski mereka itu kafir dan jahat, tetap dikabulkan oleh Allah SWT.


 
Kepada Penzalim.

Hadis dari Anas r.a , Rasulullah saw bersabda: اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب 
“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah.” Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan 

Hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: دعوة المظلوم مستجابة وإن كان فاجرا ففجوره على نفسه 
“Doa orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi.” 

Hadis hasan riwayat at-Tayalasi Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda: اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة 
“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara.” (Hadis riwayat Hakim – sanad sahih) 

Orang Yang Dizalimi 

Hadits di atas juga memberi isyarat, siapapun kita, agar selalu berbuat adil dalam segala hal dan tidak melakukan perlakuan zalim, kalau seseorang berlaku zalim kepada orang lain maka nantikanlah akibat buruk dari perbuatannya itu, cepat atau lambat dia akan ‘menikmati’ doa orang yang teraniaya tersebut. 

Jadi, buatlah benteng pertahanan pada diri kita dengan tidak berbuat zalim terhadap orang lain dan berusaha untuk berlaku adil, kerana memang doa orang yang terzalimi sangat ‘makbul’ terhadap orang yang menzaliminya.. 

Sehingga Rasulullah SAW pun memberikan satu warning kepada kita bahawa orang yang dizalimi doanya akan terkabul walaupun sebelumnya ada penyebab doanya tidak terkabul.. seperti makanan orang tersebut didapat dari jalan yang haram alias tidak halal. 

Memang ada satu hadits Rasulullah SAW yang mengisyaratkan bahawa doa orang yang pakaian dan makanannya tidak halal, doanya tidak akan terkabul. Namun, misalnya orang seperti dia dizalami oleh seseorang, maka apabila dia berdoa, maka doanya yang dialamatkan kepada pelaku kezaliman tersebut akan terkabul. 

Demikian semua itu adalah isyarat akan terkabulnya doa mereka sebagaimana sabda Rasulullah SAW berikut : 

“ثَلاَثَةٌ لاَ تُرُدُّ دَعْوَتُهُمْ : اَلصَّائِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ يَرْفَعُهَا اللهُ فَوْقَ الْغَمَامِ، وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ، وَيَقُوْلُ لَهَا الرَّبُّ : وَعِزَّتِيْ وَجَلاَلِيْ َلأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِيْنٍ”. 

“Ada tiga orang yang doanya tidak akan tertolak : “Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi, Allah akan angkat doa-doa tersebut di atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman : “Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku pasti akan tolong kamu walau pun setelah melalui suatu masa“. 

H.R. Ahmad Masih banyak lagi doa orang-orang yang apabila dia berdoa Allah SWT akan kabulkan doanya, seperti doa kedua orang tua kepada anaknya, doa orang yang dalam musafir, doa seseorang kepada saudara ketika dia tidak mengetahuinya dan masih banyak lagi tentunya 

*Semoga kita termasuk orang yang mendapatkan kemuliaan dari Allah SWT dengan dikabulkan doa dan harapan kita semua. Amin ya Rabbal ‘alamin. 

Peliharalah Diri Dari Doa Orang Yang Disakiti, Dizalimi Dan Teraniaya.

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Bola Sepak Universiti Al-Azhar. Tapi, Mengapa PAS?

 

SUKAN
Anak M'sia wakili pasukan bola sepak Al-Azhar
BOLA sepak merupakan sukan yang paling terkenal di dunia pada masa kini. Kejayaan dan kemajuan permainan bola sepak boleh menaikkan imej sesebuah institusi.

Hari ini, bola sepak menjadi satu industri, kerjaya, alat diplomasi dan elemen nasionalisma.
"Kunci utama untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang baik adalah bermula dengan minat mendalam terhadap dunia bola sepak," itu antara kata-kata ketua pasukan bola sepak mahasiswa Universiti Al-Azhar, Ahmad Syahman Izani, 22.

Menurut Syahman atau lebih dikenali sebagai Man, beliau mula bermain bola sepak sejak kecil dan terlibat dalam pelbagai kejuaraan bola sepak.
Beliau diberikan kepercayaan untuk menjadi ketua pasukan bola sepak sejak pasukan itu ditubuhkan pada tahun 2015.

Anggota pasukan bola sepak ini terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir terutamanya mahasiswa daripada Universiti Al-Azhar.
Al-Fiz FC telah menyertai sebanyak 13 perlawanan yang diadakan di Padang Wafa Al Amal, Cairo Mesir dan telah memenangi tiga perlawanan.

Pasukan ini dibarisi oleh 13 pemain utama. Antaranya ialah Ahmad Syahman Izani, Ahmad Syakirin Hanafi, Ahmad Naimmuazam Yusof, Amirul Asyraf Sidek, Ahmad Muaz Amran, Imtiaz Saudi, Ahmad Fathi Sabri dan Hanif Othman.
Pemain-pemain tersebut berumur sekitar 22 tahun hingga 25 tahun yang berasal dari seluruh negara. 



Mengapa PAS?

Jersi yang disarungkan oleh pemain Al-Fiz FC tersebut ditaja oleh seorang Pemuda PAS Parlimen Pasir Mas, Kelantan dan juga seorang usahawan terkenal di Mesir dan Kelantan.

Apabila bercakap mengenai sukan, harus diakui tidak banyak sukan yang menyediakan pemakaian yang mematuhi garis panduan mengikuti perspektif Islam.

"Kebanyakan ahli sukan perlu memikirkan sendiri cara bagaimana ingin menutup aurat.
"Dalam masa yang sama, kita dapat menjadi contoh kepada orang bukan Islam bahawa bersukan tidak menghalang umat Islam untuk menonjolkan bakat," ujarnya.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar pasukan bola sepak perlu mencontohi pasukan di bawah Kerajaan Kelantan yang mewajibkan pasukannya untuk menutup aurat.
Bagaimanapun, katanya, minat yang mendalam terhadap dunia bola sepak tidak menghalang beliau untuk meneruskan pelajaran sehingga ke menara gading.

Syahman yang merupakan anak ketiga daripada enam adik beradik tetap berpegang dengan prinsip hidupnya bahawa beliau perlu seimbangkan antara akademik dan bola sepak.
Pelajar lulusan Ulum Islamiah ini sentiasa berpegang pada nasihat ibu bapanya untuk mengekalkan momentum pelajarannya yang kini sudah berada di tahun akhir.

Mengulas lanjut mengenai gambar beliau menyambut Hari Raya Aidilfitri di Dubai bersama rakan-rakan yang tersebar di media sosial baru-baru ini, beliau tidak menyangka gambar itu akan 'viral'.

"Kami memilih lokasi untuk beraya di Dubai kerana tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman.
"Hal ini kerana kami masih mempunyai komitmen terhadap peperiksaan akhir yang dijalankan pada bulan Ramadan yang lalu," ujarnya.

Tambah beliau, gambar bersama rakan-rakan yang dikongsikan di akaun instagram miliknya menjadi tular selepas akaun milik 'igkelantan' turut berkongsi di media sosial tersebut. - HARAKAHDAILY 8/8/2019

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Friday, August 09, 2019

Ini, 'sex maniac' Zaman K'jaan PH..


ADUN Tronoh Popular Di Kalangan Pelancong Wanita Terutamanya Dari Indonesia

Siapa kata kerajaan PH tak ada apa-apa sumbangan pada negara... Di peringkat pusat, segala-galanya bertambah sejak Pakatan ambil alih Putrajaya...

Tapi yang paling win ialah sumbangan ADUN DAP Tronoh, Paul Yong Choo Kiong... Ramai yang tak sedar, ADUN Tronoh tu dah tolong mempopularkan Malaysia, terutamanya Perak, sempena Tahun Melawat Malaysia tahun depan...

Khabarnya, ADUN Tronoh nie popular di kalangan pelancong-pelancong wanita, terutamanya yang datang dari Indonesia... Sebab apa, rasanya ramai dah tahu...

Ingat Semburit, Jangan Lupakan Kes Rogol Adun TRONOH


Kalau dalam kes Semburit, IGP keluarkan statement, video kompom tak edit, tapi heroin tak dapat dikenal pasti...
Cuma admin tertanya-tanya juga, dslam kes Semburit tu, PDRM tak ambil ker tilam, macam kes liwat Anwar dulu...
Mesti ada sperma-sperma yang keciciran atas tilam tu, betultak? Ker tilam tu dah dilupuskan?
Dalam kes rogol ADUN DAP Tronoh yang perangai tak senonoh nie, katanya kertas siasatan pihak pendakwaraya pulangkan balik pada polis sebab lapuran dari pakar perubatan belum siap lagi...

Pelik juga kerajaan Pakatan nie yer... 
Lapuran air kencing anak Mat Sabu makan masa berbulan-bulan...
Heroin dalam kes Semburit pulak tak dapat dikenalpasti dan sekarang lapuran perubatan pulak tak siap-siap lagi...
Jadi pada pihak-pihak yang berkenaan tu, admin nak tolong sikit...
Kut-kut gambar kat atas nie boleh membantu!!!
Bukan apa, kesian admin dengar pelancong-pelancong wanita tu, takut benar demēr nak datang ke Perak...

Bukan apa, takut sperma yang sama masuk dalam rahim demēr agaknya...
Maklumlah, zaman kerajaan Pakatan nie, macam-macam jenis sex maniac ada!!!

Hibur Hibur Sikit..

Video: Jangan Lama-Lama_Sweet Charity (Konsert Sejuta Wajah 1996)



Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Ini Jalan Belakang Speaker S'ngor Main.. Halang Bentang RUU Agama..




Suee Lim guna jalan belakang, ADUN Islam Selangor perlu bersatu
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim dituduh telah menggunakan jalan belakang untuk menghalang pembentangan rang undang-undang pindaan enakmen negeri berkaitan penukaran agama anak di bawah umur.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, ini berdasarkan tindakannya memendekkan sidang DUN hanya kepada dua hari.
Katanya, ini jelas menunjukkan Suee Lim menggunakan jalan belakang untuk memastikan usul itu tidak dibentang.
"Sehubungan itu saya meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang beragama Islam supaya bersatu memastikan perkara yang berkaitan dengan Islam tidak diperkotak-katikkan.
"Usul pindaan ini telah dipersetujui oleh Tuanku Sultan Selangor, Suee Lim tidak sepatutnya menyalahgunakan kuasa untuk menghalang usul ini daripada dibentangkan," katanya.
Usul pembentangan pindaan RUU penukaran agama kanak-kanak di bawah umur pada sidang DUN bulan lalu menimbulkan kekecohan apabila Suee Lim menyingkatkan tempoh sesi persidangan itu kepada dua hari.
Suee Lim berpendapat keputusannya adalah selaras Aturan Mesyuarat, secara tidak langsung menafikan spekulasi bahawa tindakan itu sengaja dilakukan bagi mengelakkan pembentangan pindaan
Melalui pindaan itu, Selangor mencadangkan untuk membenarkan penukaran agama kanak-kanak bawah umur secara sepihak oleh salah seorang daripada ibu atau bapa mereka. - UTUSAN ONLINE
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Westlife Seru Cari Gadis Ireland. Kita Doa Hukum ADUN Perogol Gadis Indo.

Westlife
Kumpulan Westlife mengadakan konsert jelajah The Twenty Tour di Shah Alam.
HALAMAN HIBURAN

Westlife seru bantuan cari gadis Ireland

KUALA LUMPUR- Kumpulan pop popular, Westlife menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama menghulur bantuan maklumat bagi mencari remaja Ireland, Nora Anne Quoririn, 15, yang dilaporkan hilang dari Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban sejak 4 Ogos lalu.
Westlife yang kini berada di Shah Alam untuk jelajah konsert mereka, The Twenty Tour berharap remaja tersebut segera ditemui dan yakin kerajaan Malaysia sedang melakukan yang terbaik dalam misi pencariannya.
“Kami berharap Nora akan segera ditemui dan pada sesiapa yang mempunyai apa-apa maklumat tentang kehilangannya, segeralah laporkan kepada pihak berkuasa.
“Kami pasti keluarganya akan sangat menghargai pertolongan anda, terima kasih Malaysia,”ujar salah seorang ahli kumpulan, Nicky Byrne ketika membuat persembahan sebentar tadi. 
Tambahnya lagi, kehilangan Nora terasa dekat dengan mereka kerana berasal dari negara sama iaitu Ireland.
Sehingga kini, pihak polis belum menemui  motif yang jelas berkenaan kehilangan remaja berkenaan. - K! ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kumpulan pop popular, Westlife menyeru rakyat Malaysia sama-sama menghulur bantuan maklumat bagi mencari remaja Ireland, Nora Anne Quoririn, 15, yang dilaporkan hilang dari Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban sejak 4 Ogos lalu.
Lihat..
Begitu juga pada 8 Julai lalu, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh seorang ADUN Parti DAP (Berjawatan Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung), Paul Yong Choo Kiong, di rumah majikannya itu, di Meru.
Mari kita sama-sama panjatkan doa keadilan untuknya, dan penjenayah itu dihukum dengan wajar.
Lihat ini..


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Khat Jawi: Tahniah Wan Azizah &Pemimpin DAP.. Ucapsindir Dr Kamarul Zaman


Isu tulisan khat Jawi: DAP sudah menang? 
Oleh: DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF


INILAH persepsi awal yang timbul, iaitu DAP sudah menang dalam isu tulisan khat bila para pemimpin tinggi DAP, terutama yang paling lantang menentangnya seperti Ronnie Liu dan Dr P Ramasamy, berlumba-lumba memuatnaikkan kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini bertajuk “Pengenalan Seni Tulisan Khat Dilaksanakan Secara Pilihan”.

Kenyataan media ini menyebut Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2019 telah meneliti semua pandangan mengenai isu pengenalan seni tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah Tahun 4 SJKC dan SJKT mulai tahun 2020 tanpa disebutkan secara spesifik pihak manakah yang memberi semua pandangan tersebut.

Bagaimanapun, melalui laporan media dapat diketahui antara yang mahu menyampaikan kepada Kabinet pendirian mereka mengenai isu tulisan khat ini adalah para pemimpin DAP seperti yang disebut oleh Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, dan para pemimpin DAP Sarawak seperti yang disebut oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Melalui laporan media juga dapat diketahui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Ogos dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ekoran lawatan kerja Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ke Fukuoka, Jepun, di mana Datuk Seri Dr Wan Azizah kemudiannya berlepas ke Mekah selepas mesyuarat itu.

Menarik bila Datuk Seri Dr Wan Azizah, yang sebelum ini berkata beliau akan membincangkan balik isu tulisan khat ini dengan Tun Dr Mahathir selepas Tun Dr Mahathir pulang, kini berani membuat keputusan sendiri tanpa perlu menunggu Tun Dr Mahathir pulang dahulu sedangkan Tun Dr Mahathir sebelum ini berkata ia adalah muktamad.

Walaupun ia hanya akan dilaksanakan pada tahun 2020, yang masih jauh lagi jarak masanya, tetapi isu tulisan khat ini terlalu penting dan mendesak agaknya hingga perlu diputuskan pada 7 Ogos itu juga.
Tahniah Datuk Seri Dr Wan Azizah dan para pemimpin DAP. - HARAKAHDAILY 8/8/2019
Hasil carian imej untuk helikopter PAS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam kes khat Jawi, nampaknya DAP menang lagi. Mungkin kerana itulah  Dr Kamarul Zaman mengucapkan, 'Tahniah Datuk Seri Dr Wan Azizah dan para pemimpin DAP.'

Ya, apa nak buat kerana itulah perjuangan PH yang tak tentu halacara! Teruskan undi PH dalam PRU akan datang, kalau mahu mula menghapuskan Islam cara meredap-redap begitu!

Lagi komen atas tajuk..

2 comments:

Anonymous said...
Rakyat zalim mengundi puak munafik Melayu liberal dan pemimpin parti rasis kafir harbi DAPig untuk memerintah negera dan negeri.

Maka kita tidak merasa terkejut melihat pemimpin-pemimpin kafir harbi DAPig berani menghina agama Islam dan umat Islam secara terang-terangan dan pemimpin munafik Melayu diam membisu seperti syaitan bisu kerana mereka tergila-gilakan dunia dan takut mati.

Maka mereka sanggup menjual agama dan ibubapa mereka sendiri untuk mendapatkan dedak cap roket yang menjadi kegemaran babi. Mereka takut pada l im to kong dan puak kafir tetapi mereka tidak takut pada Allah.

Pakatan Hancing pimpinan kepala bapak kafir harbi DAPig terdiri dari puak semburit, perogol pembantu rumah, puak kunyit @ sotong, puak rasuah banglo & terowong, puak kaki kencing janji palsu, puak gila jawatan pm, penjual agama, puak kaki fitnah, kaki putar belit & u-turn, lembu dicucuk hidung, puak pasu bunga, ularma su' dan puak hilang telur dll.
Anonymous said...
Dalam pkr dan pan, ramai yang sasa. Tak betul kalau hina mereka sebagai lembut atau sotong. Mereka semua pendekar yang sangat bernas bawa prinsip malaysia baru. Idea mereka bernas dan sangat praktikal. Mereka bawa idea baru serta inovasi. Cuma masalahnya telor mereka dalam genggaman dap. Dap picit mereka senak, lantas akur dengan kit siang dan anakandanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails