Piagam PAS-Umno demi kestabilan, masa depan
KL: PAS menyangkal dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengatakan piagam PAS dan Umno sekadar untuk kepentingan politik semata bukan kerana aspirasi rakyat.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bahawa piagam itu lebih besar daripada kerangka politik pilihan raya semata, bahkan meliputi kestabilan negara dan masa depan Malaysia yang lebih stabil.
"Dia (Wan Azizah) sendiri belum tengok lagi piagam itu, apa isi piagam yang kita akan tandatangani.
"Jadi, mungkin beliau melihat piagam ini hanya dalam konteks politik sahaja, sebenarnya piagam ini lebih besar daripada kerangka politik pilihan raya," katanya kepada Harakahdaily.
Jelasnya, teras utama dalam piagam itu adalah penyatuan ummah Melayu dan Islam dan agenda politik kepartian serta sentimen sempit bukan menjadi keutamaan dalam piagam itu.
Menurutnya, keutamaan sekarang ini adalah menyatukan bangsa Melayu Islam tanpa meminggirkan mana-mana kaum demi untuk kestabilan dan masa depan negara yang lebih baik.
Sementara itu, beliau mengatakan kenyataan Wan Azizah itu hanya cubaan untuk mewujudkan ketakutan dalam kalangan masyarakat terhadap piagam PAS dan Umno itu. - HARAKAHDAILY 30/8/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengatakan 'piagam PAS dan Umno sekadar untuk kepentingan politik semata bukan kerana aspirasi rakyat'.
Mungkin tak salah katanya, kerana beliau melihat dari sudut pilihan raya saja, dari sudut sentimen yang sempit dan dari mata yang sepet.. Maka tak nampak, itu adalah piagam penyatuan ummah Melayu/Islam tanpa pinggirkan kaum lain.
Lihat ini..
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
- Jelajah Colombo, Inilah Yang Saya Cari..
- Bandar Islam Di Colombo..
- Malaysia Termasuk Dalam Tamil Empire?
- Sri Lanka: Orang Melayu Hijrah Keluar Dari Kelompo...
- Gadis Itu Merangkul Lenganku, Mengapa?
- Adam's Peak Sri Lanka, Lambang Kesatuan Manusia
- Khalifah: Anggapan Bahaya Tentang Turunnya Adam..
- Aksi Lacur: Bawah Jejambat Pun Jadi..
- Orang Melayu Membuka Sekolah Islam Di Colombo.
- Sri Lanka: Jumpa Kawan Lama, 22 Tahun Lalu.
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..