Budaya ‘Kasar’ Orang Arab, Ini Pengalaman Aku Sepanjang Bekerja Di Sana
Suara September 12, 2017
Oleh Hidayah Malek
BILA ada yang tanya, Kak Mai macam mana life dekat Saudi? Hurm, ini yang seronok nak cerita, pengalaman duduk dekat sini. Dulu-dulu dengar dari mulut orang, Orang Saudi ni kasar , bahaya dan macam-macam lagi. Tapi Bila dah datang sini, dah tahu adat, resam dan budaya mereka taklah seteruk apa yang kita dengar.
Arab Saudi adalah sebuah negara yang masih lagi agak tipikal untuk golongan perempuan, dekat sini golongan perempuan tidak dibenarkan memandu atau lepak minum sesuka hati. Tapi bukanlah tak boleh lepak langsung. Kita masih lagi boleh bersiar-siar dan membeli-belah. Cuma di Saudi, semua urusan atau kaunter akan berasingan.
Saya ingat lagi, mula-mula ke pusat membeli -belah , datang nak order Mc’ Donalds tersilap beratur di kawasan lelaki. Aduhai kena tegur masa tu, tapi buat bodoh saja, lepas kena tegur pergi beratur dekat barisan perempuan. Jadi, lepas tu dah alert dengan sistem pengasingan untuk lelaki dan perempuan.
Bila makan kita akan ada ‘family section’ dan ‘single section’ ( khas untuk lelaki sahaja).
Orang Arab kasar?
Memang betul tak dinafikan, mula-mula dapat gaji melalui cek, kita pergi bank untuk cash kan cek dia ikat getah kemudian baling saja duit! Masha Allah punya terkejutlah saya masa tu. Dalam hati kurang ajar, susah aku dapat duit dia baling pula.
Rupanya masa beli barang dan masa bayar dekat cashier pun sama duit baki kita tu dia campak saja!
Lama-lama dah faham, memang tabiat mereka macam ni. Selain kasar, Orang Arab juga tak pandai bersabar semuanya mahu “Sora-Sora ” (sekarang). Itu belum lagi tengok cara mereka memandu, lemah jantung dibuatnya .
Memang elok pun perempuan Saudi tidak dibenarkan memandu. Dan Orang Arab juga bercakap dengan nada suara yang agak tinggi. Mula – mula kerja takut juga sebab tak tahu yang mereka ni marah atau bercakap dengan kita, sebab gaya macam ajak bergaduh!
Bila tanya ‘Lesh? Enta zahlan?‘ (kenapa awak marah). Mesti mereka akan kata ‘Maleishhhh hidayah mafi zahlan , lazim kalam‘ (bukan marah , memang bercakap macam ni).
Kita pun angguklah tak jadi terkesot hati. Lepas tu lagi satu tabiat lelaki Saudi bila berjumpa siap salam, berlaga dua belah pipi siap berbunyi lagi. Ya ampun, mula-mula tengok sakan gelak dah kenapa dengan mereka ni . Rupanya itu memang cara mereka. Paranoid aku.
Dan mereka juga sangat la Manis. Mula-mula start kerja terkejut juga bila doktorwish kita ‘Hello My Dear How Are You?’, eh garu kepala fikir dia kenal aku ke? Dia jumpa kat mana? Rupanya satu wad dia wish macam tu, jadi tak usahlah nak perasan ya. Bila ada yang wish begini, even bila kita ada urusan dekat bank ke, tengah beratur nak beli donut ke, mereka mesti akan tanya khabar.
Lagi satu, dulu aku tak tahu yang negara padang pasir ni ada musim sejuk. Ingat panas je memanjang, rupanya hujung tahun memang musim sejuk. Jakun juga dapat merasa Winter. Seronok sangat bila tiba musim sejuk sebab dapat buat banyak aktiviti outdoor.
Dekat Saudi memang wajib pakai jubah atau abaya hitam, lagi-lagi di Riyadh sebab kat sini ada King. Kalau pakai pakaian yang agak terang atau tak tutup kepala mesti kena tegur dengan mutawar (Pengawai Agama). Tapi kalau nampak kita pakai baju biasa itu bermakna hanya dekat dalam kawasan perumahan sahaja.
Kehidupan dekat sini tak juga membosankan walaupun kami tak dapat lepak sampai 2-3 pagi macam dekat Malaysia, tak dapat tengok wayang atau main bowling. Tapi kat sini kami ada unlimited internet. Paling heaven bil air dan eletrik bukan kami yang bayar. So kalau boring kami simpan duit bolehlah travel mana- mana. Nak pergi Europe ke, sebab tiket ke Europe murah. Paling tidak kami ke Mekah atau Madinah.
Sunyi tu kadang-kadang terasa juga, tapi tak mengapa sebab boleh video callcuma waktu tak sama. Dekat sini siang dekat Malaysia dah malam. Bagi saya , Saudi tidaklah seteruk mana lagipun memang niat kemari untuk mencari rezeki. Mungkin pada pandangan mata kita Orang Arab nampak kasar, tapi dari sisi yang lain Orang Arab juga sangat peramah dan baik hati. Kata Orang, jauh perjalanan luas pemandangan.
Syukur Alhamdulillah.
Hidayah Malek
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit...
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...
Hidayah Malek
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit...
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...
Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...
Lihat sebelum ini..